Ahad, 7 April 2013

HADIAH KURNIAAN TUHAN

Luka demi luka tiba,
Tiap masa tiap ketika,
Tanpa mengira dimana saja,
Terus terluka hati di dada..

Sedang aku mencuba,
Menahan sakit walau derita,
Hati berdarah jiwa terluka,
Sabar dengan dugaan dariNya.

Ada masa dianggap bencana,
Menimpa diri tanpa di duga,
Sungguh hina di mata manusia,
tanpa sedar akidah terluka.

Pandangan hina di lempar manusia,
Bersedih berduka diri di caci,
Hidup duniawi semata-mata,
Hampir telupa Allah memandang..

Mujur sedar sebelum murka,
Memohon ampun bertaubat segera,
Berharap Dia mengampunkan dosa,
Berjanji setia berduka lara,
Hanya padaNya..

ini sajak yang aku tulis khas..
menyatakan kesedaran aku terhadap segala yang berlaku dalam hidup..
masih banyak lagi kekurangan, namun ini lah hidup aku..
kesalahan demi kesalahan yang dilakukan oleh setiap insan..
namun sedarlah bahawa Allah swt itu Maha Pengampun..
terus berdoa agar setiap dosa yang di lakukan akan di ampunkan..
kita hidup di dunia ini hanya untuk mencari bekalan..
bekalan untuk ke dunia yang kekal abadi..