Ahad, 15 Mac 2015

CERPEN: KISAH AKU DARI JIWA

assalamualaikum wbt..
lama blog ni tak di jengah.. kesibukan yang melanda diri buatkan saya terlupa dengan kewujudan blog yang amat saya kasihi ni.. okey.. cerpen bertajuk KISAH AKU DARI JIWA merupakan sebuah kisah benar.. 98% peratus benar ye. yang 2% lagi tu saya edit untuk membuatkan kisah ini menarik.. sudi-sudi kanlah jenguk dan baca kisah ni. segala komen yang membina ataupun yang mengeji saya terima seadanya.. nak jadi novelis, tapi nampak gayanya tak mampu di capai.. jadi sy rela paksa lepaskan impian tu. tulis suka suka je lah jawabnya.. enjoy reading ya..


KISAH AKU DARI JIWA

Aku berpaling kiri dan kanan. Berasap kepala aku dengan perangai budak kampung ni. Macam tak pernah tengok budak bandar balik kampung pula gaya mereka. Nak kata aku pakai skirt paras paha dengan baju yang terdedah sana sini, memang jauh panggang dari api. Aku pakai jeans dengan t-shirt okey!!
“Dasar budak kampung!”
Syafiq sepupuku hanya memerhati. Dah kawan dia yang buat onar dengan aku. Cakap lebih-lebih memang sah lah dia kena setepek dengan aku. Jadi, dari dia bising-bising dekat telinga aku, baik dia diam. Dari berdiri, aku melabuhkan duduk di bangku kosong bersebelahan Syafiq. Aku jeling sekilas wajah Syafiq yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk. Dah macam orang gila!
“Mana kawan engkau ni? Dah berjanggut aku tunggu tahu! Menyusahkan orang betul lah! Ingat handsome sangat ke mamat tu sampai aku kena tunggu dia sampai berjanggut dah ni?” Aku hamburkan lagi amarahku. Belum sempat Syafiq membalas, aku terdengar deruman beberapa buah motosikal.
“Hek eleh! Nak jumpa perempuan seorang aje pun, tapi bawak member sampai sepuluh orang. Penakut betul kawan kau tu! Pondan betul lah!” Laju aku bangun dan terus berjalan ke arah mamat poyo itu. Sakit betul hati aku! Syafiq pula hanya mengekori aku dari belakang.
“Ad, tunggu aku. Bahaya kau pergi sorang!”
“Cepat lah sikit!” Jerit aku dari hadapan tanpa berpaling ke belakang.
Sebaik sahaja aku berdiri betul-betul di hadapan lelaki yang tak serupa lelaki tu, aku terus tatap tajam wajah dia. Huh! Menyampah gila! Bajet handsome padahal muka macam orang pecah rumah. Meluat gila aku! Seorang demi seorang aku pandang wajah mereka. Nak tengok sejauh mana budak kampung punya rupa dan gaya.
“Kau apahal jeling-jeling muka kitorang? Dah tergoda ke? Alahai! Tak payah nak tenung sangat lah! Aku tahu lah aku ni handsome!” Mak aihh!! Perasan betul mamat nih! Terus aje  aku buat muka.
“Ha ha ha!” Sepatah demi sepatah aku ketawa. Niat aku memang nak persendakan mamat tu. Handsome lah sangat! Sinis senyuman aku sedekahkan pada diorang. Tapi sempat dalam marah-marah tu aku perasan ada seorang lelaki ni pandang aku tak berkelip.
“Kau tak payah nak gelak macam tu lah! Kang ada jugak yang makan kaki aku karang!” Mamat tu dah mula naik angin. Aku kekalkan senyum sinis aku. Mamat ni nama dia Naim. Memang dari awal lagi aku tak berkenan dengan Si Naim ni. Terhegeh-hegeh nak dekat aku! Tak sedar diri betul!
“Macam mana kau boleh dapat nombor phone aku? Baik kau terus terang dengan aku!” Aku gertak kasar. Dia ingat dia lelaki aku takut dekat dia? Minta maaf lah! Sikit pun tak ada perasaan gentar dalam diri aku dekat mamat macam ni! Dah lah pelajaran pun hancur. Harapkan darah keturunan raja dia aje! Tu pun sipi-sipi aje! Huh! Pleaselah!!
“Ad, sudah-sudah lah tu! Kejap lagi orang keluar dari masjid, kau jugak yang malu. Ada ke patut cari port gaduh dekat dengan masjid! Aduhai!!” Syafiq tarik tangan aku perlahan. Aku pandang sekeliling. Alahai! Baru aku perasan yang tempat aku pilih ni langsung tak sesuai. Dah lah waktu solat fardhu Asar pulak tu!
“Kali ni kau selamat! Sekali lagi aku terima sms dari kau, siap kau belasah. Kata jantan, tapi nak jumpa aku sorang pun nak bawak sampai sepuluh orang member. Dasar pondan!” Sebaik sahaja aku selesai berbicara, terus aku berpaling. Tapi, sempat lagi aku pandang lelaki yang aku perasan dari awal aku gaduh sampai akhir dia duk ralit tatap aku. Dalam ramai-ramai lelaki kat situ, dia sorang je yang naik basikal BMX. Pakai seluar jeans lusuh dan baju t-shirt warna putuh bersih. Kepala pula ditutup dengan topi berwarna hitam. Wajah pula, hurm..not bad! 

~~~~~~~~
*********
~~~~~~~~

Bila aku sampai rumah, aku tengok kawan-kawan sepupu aku yang tadinya menemani Naim ada depan rumah mak cik aku. Tapi Si Naim tu tak ada pulak! Agaknya mamat tu takut aku hambat dia dengan parang depan rumah mak cik aku ni agaknya. Dengan aku jangan di buat main! Prinsip aku mudah aje, aku buat apa yang aku cakap!
“Ad, kau masuk rumah dulu. Aku nak jumpa kawan aku dulu.” Syafiq terus menghampiri kawan-kawan dia sebaik sahaja dia suruh aku masuk rumah terlebih dahulu. Sekali lagi sempat aku kerling mamat yang pakai baju putih dan naik basikal BMX tu. Kebetulan pulak masa aku pandang dia, dia pun tengah pandang aku. Seketika mata aku dan dia saling menatap antara satu sama lain.
“Err.. Syafiq, jangan lambat. Aku ada benda nak cakap dengan kau.” Terus aje aku lari masuk rumah. Jantung aku berdebar kencang. Ratapan mata lelaki tu betul-betul boleh buat aku sakit jantung. Menusuk terus ke dalam dada. Aura dia buat urat saraf aku terhenti.
“Fuh, selamat!” Dada aku urut perlahan.
“Adlina! Apa kamu buat belakang pintu tu? Menyorok dari siapa?” Mek merangkap mak cik aku menyoal. Terkejut aku dengar suara dia yang tiba-tiba aje menerjah telinga aku. Ada jugak yang kiok dekat sini nanti. Haih! Aku tersenyum sumbing ke arah Mek. Terus aje aku melangkah menjauhi pintu yang Mek maksudkan.
“Mek, Umi dengan Bak mana? Ad tak Nampak pun diorang.”
“Umi dengan Bak kamu ada atas rumah tu hah. Tengah minum teh o’ dengan makan pisang goreng. Pergi lah naik, Umi kamu kata tadi nak balik rumah nenek kamu kejap lagi. Karang ada jugak yang tertinggal dekat rumah Mek kamu ni nanti. Bukannya Ad nak tidur rumah Mek.” Suara Mek dah seakan-akan merajuk pula aku dengar.
Terus aje aku peluk lengan Mek. Cuba memujuk Mek yang terasa dengan sikap aku. Ala.. Bukannya aku tak nak tidur rumah Mek, tapi aku tak selesa. Kalau balik kampung, mesti aku akan tidur rumah nenek belah Umi. Lagi pula, aku tak berapa rapat dengan keluarga belah Bak. Rapat tak rapat, dengan Syafiq aje lah aku okey. Tu pun suam-suam kuku aje.
“Mek, kalau Mek merajuk macam ni confirm Ayah tak selera tengok Mek.” Aku mengusik Mek. Segaja aku guna nama Ayah merangkap suami Mek dalam usaha memujuk. Aku nampak Mek mencebik. Mesti Mek tak suka aku usik Mek begitu. Hahaha. Sempat aku tergelak dalam hati.
“Dah lah, Ad. Baik kamu pergi dekat Umi kamu sebelum Mek tarik telinga kamu.”
“Hahaha. Yelah Mek. Ad naik dulu.” Sempat aku hadiahkan ciuman penuh kasih ke pipi Mek sebelum memanjat anak tangga untuk ke ruang tamu utama rumah kampung milik Mek dan Ayah itu.

~~~~~~~
********
~~~~~~~

Aku berlari-lari anak dari dapur menuju ke ruang tamu. Harry Potter and The Sorcers Stone merangkap movie yang paling aku minat dah nak mula. Tangan aku penuh dengan kerepek untuk dimakan semasa menonton. Menggeleng nenek tengok perangai cucu perempuan dia. Heheh. Aku hanya mampu tersengih.
“Ad, hampar toto dulu. Karang senang, kalau tertidur pun tertidur atas toto.” Mak iaitu kakak kepada Umi menyuruh. Laju aku berlari ke dalam bilik untuk mengambil toto. Bergegar sekejap rumah papan nenek!
“Ad, runtuh lah rumah nenek kamu lari macam tu!”
“Nenek, sorry! Ad tak sabar nak tengok cerita tu!” Teriak aku dari dalam bilik membalas kata-kata nenek. Nampak aje toto yang berlonggok di dalam bilik, terus aku angkat dan bawa ke luar. Dah terbiasa tidur depan tv bila tiap kali aku sekeluarga balik kampung. Telefon bimbit berjenama Nokia 1330 milik aku yang berada di dalam poket bergetar menandakan ada sms masuk.
“Ish! Sape lah yang kacau aku malam-malam macam ni! Mengganggu betul lah!” Toto yang aku angkat tadi terus aku bentang lalu aku capai bantal dan terus merebahkan badan di atas toto. Tangan aku selukkan ke dalam poket untuk mengambil telefon bimbit.
Hai.. boleh kenal?
“Haih! Siapa pulaklah yang kacau aku ni?”
“Ad, kamu membebel apa sorang-sorang  ni?” Mak menyoal perlahan. Aku hanya tersenyum sebelum lincah tangan aku menekan-nekan telefon itu. Tetap membalas pesanan ringkas itu walaupun aku langsung tidak mengenali pemilik nombor telefon tersebut.
Sape ni ye?
Terkebil-kebil aku menunggu si dia membalas. Tak sabar sebenarnya nak tahu siapa yang berani kacau aku. Harap-harap lah yang sms ni lelaki, handsome pulak tu. Aku ketawa nipis dengan angan-angan yang aku reka sendiri. Mustahil lah!
Nama sy, Farid. Ikhlas nk kenal awk.
Aku tergelak lagi. Entah betul entah tidak nama dia ni Farid. Entah-entah Si Naim senget tu yang berlakon. Sengaja nak kenakan aku mungkin. Harry Potter yang bersiaran di kaca televisyen langsung aku tak pedulikan. Hati aku dah tertarik untuk meneruskan sesi berbalas pesanan ringkas dengan si jejaka yang mengaku dirinya sebagai farid.
“Okey.” Tangan aku kembali menekan-nekan punat telefon bimbit. Mencari ayat yang sesuai untuk melanjutkan sesi tersebut. Salah ayat bermakna singkat lah perbualan antara aku dan si dia. Kalau macam tu, tak berjaya lah aku nak korek siapa mamat ni.
Ikhlas tu umpama semut hitam yang berjalan atas batu hitam pada malam hari.
Sengaja aku membalas begitu.
Demi jadi kawan awk, sy sanggup jd semut hitam, batu hitam atau malam yang gelap gelita.
“Hahaha. Pandai mamat ni beli jiwa. Confirm playboy Malaya ni!” Terus aje paha aku di tampar kuat. Tersentak aku dibuatnya. Terus aku pandang ke arah Mak. Dah Mak aje yang duduk sebalah aku, sah-sah lah Mak yang tampar aku.
“Ad ni kenapa? Harry Potter tu bukannya playboy Malaya. Dia playboy Hollywood aje!” tersengih-sengih aku dengan bicara Mak. Fuh, lega! Setidak-tidaknya Mak anggap aku ni tengah berangankan si Harry Potter walaupun aku rasa macam tak logik aje. Tak pun Mak buat-buat tak faham ataupun Mak tengah perli aku. Erk! Jangan lah Mak syak yang bukan-bukan.
“Err.. Lupa pulak yang Harry potter ni  bukan orang Melayu.  Hehehe.”
“Ek eleh! Macam Mak tak nampak Ad tengah buat apa.”
“Erk! Alamak, kantoi!!” Tersengih-sengih aku bila sedar yang Mak sebenarnya perli aku.
“Jangan macam-macam, Ad. Tahu dekat Umi dengan Bak, mahu kena sula kamu agaknya.” Ayat Mak buat aku tergelak. Tapi sebenarnya gelak aku sumbang! Sebab aku tahu macam mana keadaannya kalau Umi dengan Bak tahu. Gerun okey!!
“Ala.. kalau Mak tak bagitahu Umi dengan Bak, mesti diorang tak tahu kan? Jadi, Mak diam-diam je lah ek? Please, Mak!” Aku kelipkan mata berulang kali. Kononnya nak tunjuk comel, tapi akhirnya pelangkung jugak yang aku terima.
“Malas Mak nak layan Ad.”
Marah ke? Atau dah tidur? Or tak sudi?
Aku pandang Mak.
Mak pandang aku.
Aku angkat kening.
Mak jegil mata.
Aku tergelak!
Lina. Nama sy Lina. Mana dapat nombor sy?
Send!
Lima minit! Sepuluh minit! Dan akhirnya sejam berlalu. Langsung tiada balasan dari Farid. Tak nak dianggap terhegeh-hegeh, aku biarkan aje. Menyesal pun ada sebab melayan. Terasa macam dia sengaja nak kenakan aku. Geram pulak aku rasa!
“Good night, Mak. Ad tidur dulu.” Terus aku tarik selimut dan pejam mata. Layan mimpi lagi best! Huhh!

~~~~~~
*******
~~~~~~

Nyaring telefon bimbit aku berbunyi. Terpisat-pisat aku menggosok mata. Telefon yang berada di sebelah bantal tidur aku kerling dalam keadaan mamai. Cuba mengintai nama si pemanggil yang mengganggu tidurku.
Farid??
Terus sahaja aku bangkit dari pembaringan. Teragak-agak aku nak terima panggilan itu ataupun tolak. Deringan telefon bimbit aku terhenti dan aku mengeluh lega. Tapi tak sampai seminit telefon aku kembali berbunyi nyaring.
“Hello!” Suara lelaki kedegaran di corong telefon bimbit aku.
“Err.. Ye!”
“Lina ye?”
“Ye, saya. Siapa ni ek?”
“Saya Farid. Erm.. Sebenarnya, saya nak minta maaf.” Terangkat sebelah kening aku dengan ayat yang dia ucapkan. Nak minta maaf sebab apa? Sebab dia dah tipu aku? Ataupun sebab dia tak balas sms aku semalam?
“Maaf kenapa?”  Terluah juga pertanyaan itu dari bibir aku.
“Maad sebab saya tak balas sms awak semalam. Tetidur pula. Lama sangat tunggu awak balas sms saya.” Suka pula aku dengar dia bercakap. Suara yang sangat jantan tapi terserlah kelembutan dalam lenggok bicaranya. Aku tak tahu sama ada memang begitu cara dia ataupun hanya sekadar manis bicara dia terhadap aku.
“Tak apa.” Ringkas aku membalas.
“Err.. Awak baru bangun tidur ke? Suara awak saya dengar macam Ella lagi ni.”
Termalu alah pula aku bila tekaan dia tepat kena batang hidung aku. Perlahan-lahan aku jauhkan telefon bimbit dari telinga sebelum berdehem membetulkan suara aku yang ala-ala suara Ella macam yang Si Farid ni cakap.
“Dah lama bangun.” Perlahan aku berkata. Tipu sunat!
“Hahaha. Okey!”
“Siapa bagi awak nombor saya?”
“Syafiq!” Terus terbuntang biji mata aku! Apa kes pulak Si Syafiq sengal tu pergi bagi nombbor aku dekat mamat ni?? Motif kau apa, SENGAL??? Bergema jeritan yang berupa soalan itu dalam hati aku!
“Hello. Lina, awak ada lagi ke?” Amboi mamat ni. Tanya macam aku ni dah kiok pulak! Geram punya pasal, terus aku tamatkan panggilan. Si Syafiq ni memang nak kena dengan aku! Laju tangan aku mencari nama Syafiq di dalam kenalan telen bimbit aku. Sebaik sahaja jumpa, terus aku menekan punat menghubungi.
“Syafiq!!!” Nyaring aku menjerit saat panggilan aku berjawab. Kalau gegendang telinga mamat ni pecah sekali pun, aku dah tak peduli! Kalau aku ni Hulk, dah lama aku bertukar jadi hijau. Entah-entah siap bertukar warna-warni lagi sebab marah yang terlampau.
“Err.. Ad, kenapa ni?”
“Weh! Boleh kau tanya aku kenapa? Yang kau pergi bagi nombor aku dekat kawan kau yang entah apa-apa tu kenapa?? Entah-entah kau jugak yang bagi nombor aku dekat Naim tak?” Tuduh aku. Tapi, ada logiknya juga kan tuduhan aku? Dari mana lagi Naim dapat nombor aku kalau bukan dari Si Syafiq ni. Tak mungkin dia minta dari Umi atau Bak!
“Fiq, bagi sini phone kau. Biar aku cakap sendiri.” Aku terdengar satu suara dari belah sana. Walaupun baru je dengar suara tu, tapi aku dapat cam siapa pemilik suara tersebut. Farid!
“Tak payah lah awak nak jerit-jerit di Syafiq ni. Dari buang air liur awak membebel dekat dia, baik awak bebel dekat saya terus. Ada juga faedahnya.” Faedah? Faedah kepala hang! Hah, kan dah kena setepek dengan aku walaupun hanya dalam hati.
“Adlina, saya dah bagitahu awak kan semalam. Saya ikhlas nak kawan dengan awak.” Aku diam.
“Ad, awak tak cantik kalau marah.” Terus aku tamatkan panggilan.
Fuhh! Lemah segala urat saraf aku dengar suara dia yang ala-ala menusuk kalbu tu. Tarik nafas dulu Ad! Aku tarik nafas dalam-dalam. Kemudian aku hempus perlahan-lahan. Lega! Bila aku rasa yang aku dah betul-betul lega, terus ku menaip di telefon bimbit.
I hate you, Syafiq!!!
Aku tekan butang hantar. Tapi..erk, alamak!! Aku tersend dekat nombor Farid!!! Mati aku! Ya Allah, malunya aku!
Believe me darling. You are so hot when you are angry. But I love when you smilling!
Okey, pengsan!!!

~~~~~~
*******
~~~~~~

Pejam celik, pejam celik. Dah hampir lima tahun aku berhubungan dengan Farid. Aku rasa, tak ada sesiapa pun yang tahu hubungan antara aku dengan dia. Tidak Umi ataupun Bak. Tidak juga Syafiq. Tapi mungkin Mek tahu! Sebabnya, bila aku balik kampung mesti nama Farid akan muncul. Takkan lah secara kebetulan, ye tak? Namun, aku buat tak tahu je. Buat macam tak ada kena mengena dengan aku pun. Seingat aku, tahun pertama perkenalan antara aku dan dia hanya berlangsung sebagai kawan. Kawan biasa. Tiada yang istimewanya pun.
Tapi bila masuk tahun kedua, Farid mula bagi petunjuk dekat aku. Mula mengusik aku dengan panggilan sayang dan memperlawa aku menjadi kekasih dia. Mulanya aku tolak, tapi dari hari ke hari aku mula berperasaan sama seperti dia. Bila sehari dia tak hubungi aku, aku rasa jiwa aku kosong. Rasa sunyi sangat. Dan bila sekali lagi dia melamar aku jadi kekasih dia, aku terima. Terima dengan perasaan yang berbunga.
Kisah cinta aku dengan dia tak ada lah menarik macam kisah cinta Romeo dan Juliet, tidak juga seagung cinta Adam dan Hawa. Apa yang kami lalui dan hadapi bersama sehari-hari, itulah apa yang kami rasa. Segala suka duka yang kami tempuhi itulah asam garam sebuah percintaan. Aku harapkan percintaan kami kekal sampai ke jinjang pelamin.
Tapi, sebaik mana pun perancangan manusia, perancangan Allah Taala adalah sebaik-baik perancangan. Panas yang aku sangka sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari. Hubungan aku dengan dia mula retak bila aku mengambil keputusan untuk fokus pada pelajaran aku. Silap aku juga. Segala pesanan yang ingin aku sampaikan kepada Farid, aku utuskan melalui sahabat karib aku. Dan kesilapan dan kealpaan aku itu membuka ruang antara Farid dan sahabat aku untuk berkenalan dengan lebih rapat.
Saat aku menerima perkhabaran itu, jujurnya hati aku retak seribu. Pedihnya mencengkam dada hingga terasa sukarnya untuk aku bernafas. Gelap seketika dunia ini aku rasakan. Aku sujud pada-Nya memohon petunjuk. Aku merayu dan terus merayu kepada yang Maha Berkuasa agar kembalikan insan yang aku sayangi. Andai dia yang Kau kurniakan buatku hamba-Mu yang hina ini, Kau dekatkan lah aku sedekat-dekatnya kepada dia. Andai sebaliknya, Kau jauhkan lah aku sejauh-jauhnya dari dia. Tiga malam berturut-turut aku melakukan solat sunat Istikharah. Dan bayangan itu mula hadir.
Mimpi pertama, aku lihat dia berjalan menghampiri aku. Keadaan sekeliling yang pada mulanya bingit bertukar sepi tatkala dia melangkah. Persiapan pernikahan sedang berlangsung. Segala hantaran telah tersedia, hanya menunggu masa itu hadir. Dia berjalan melewati aku sambil tersenyum manis ke arah aku. Sempat jarinya mencuit lembut pipi aku. Dan aku terus sahaja tersedar.
Mimpi kedua pula hanya sekadar mimpi pendek. Aku hanya mampu melihat dia dari jauh tanpa berpeluang untuk menghampirinya. Pandangan aku jatuh ke jari-jemari yang berinai merah. Aku tersenyum bahagia. Dan akhirnya sekali lagi au tersedar.
Apakah maksud mimpi aku??



~TAMAT~