Jumaat, 24 Oktober 2014

Sekadar luahan lagi..

Assalamualaikum..
saya cuma nak kongsi apa yang saya rasa..
tak tahu kenapa..tapi saya nak tulis tentang ni..
INI adalah berdasarkan APA YANG SAYA TAHU!!

Kisah yang aku cuba sampaikan kali ini berkaitan dengan dua insan istimewa yang aku kenali secara tidak sengaja. Aku seorang gadis yang sangat menggilai novel Melayu. Nak dijadikan cerita, ada seorang rakanku di laman sosial Facebook yang kami gelar “mommy” telah menyertakan aku ke dalam sebuah kumpulan yang ditubuhkan di laman sosial ini.
                Sambutan yang diraikan oleh pemilik, admin mahupun ahli-ahli kumpulan ini terhadap ahli baru sepertiku teramatlah meriah. Pemilik kumpulan ini menjamu setiap mata-mata ahli-ahli kumpulannya dengan gambar hidangan yang cukup enak! Cukup mewah! Katalah apa sahaja yang diinginkan, pasti sahaja pemilik dan admin kumpulan ini sanggup mencarinya di Google.
                Itulah pertama kali aku menemui kumpulan yang teramat meriah. Namun, bukan ini yang aku hendak ceritakan. Itu hanyalah sebagai mukaddimahnya sahaja. Panjangkan?? Layan kan aje lah!! Kali ini, aku lebih selesa menggunakan bahasa yang terlebih santai, kerana ini sebenarnya lebih kepada luahan hati aku. Apa yang aku rasakan sejak aku mula mengenali dunia alam maya yang seperti itu. Maafkan aku andai aku silap. Bismillahirrahmanirrahim.
                Kumpulan ini di beri nama Waniza Aisa. Tuan rumahnya ialah Puan Azizah Md Isa atau lebih mesra aku menggelarnya Cik AMI. Dalam kumpulan ini, ada dua orang admin yang membantu Cik AMI mentadbir urusan-urusan yang berkaitan kumpulan tersebut. Sebenarnya, menurut Cik AMI beliau melantik admin-adminnya bukannya bertujuan untuk mentadbir urusan-urusan kumpulaan tersebut...namun admin-admin beliau di lantik dalam kalangan sahabat yang  paling akrab. Sebagai  tanda menghargai  persahabatan yang terjalin antara mereka.
                Dua admin kumpulan tersebut aku kenali dengan nama Nurr Bayu dan Setiaku Disini yang masing-masing aku panggil mereka Cik NB dan Cik SD. Baiklah! Kenapa  aku kenalkan begini? Kerana dua insan yang aku maksudkan ini adalah pemilik kumpulan ini dan salah seorang admin beliau. Nak tahu siapa dan kenapa? Teruskan membaca!
                Persahabatan mereka terjalin bermula pada tahun 2013..(lebih kurang pada bulan April ataupun Mei). Menurut  Cik AMI, mereka berkenalan secara tidak sengaja iaitu melalui laman sosial Facebook itu juga. Mereka berkenalan di sebuah kumpulan yang ditubuhkan oleh sebuah syarikat penerbitan novel. Cik AMI yang ketika itu meletakkan post yang mengongsikan link blog milik beliau di kumpulan tersebut.
                Menurut Cik AMI lagi, salah seorang adminnya itu sentiasa komen dengan tanda (Y) di ruangan komen yang di sediakan. Setiap kali Cik AMI meletakkan link blognya di situ, hanya itulah yang sering adminnya itu komenkan. Kalau nak tahu apa maksud tanda (Y) tu, anda bolehlah mencubanya di mana-mana ruangan komen yang di sediakan di laman sosial Facebook tu.
                Kemudian, Cik AMI membalas komen tersebut dengan beberapa soalan. Dan bermula dari situ lah persahabatan mereka terjalin. Sejujurnya, aku tidak lah tahu banyak tentang perjalanan kisah persahabatan mereka. Ini sekadar apa yang aku tahu sahaja. Berbalik pada kisah mereka.
                Segala suka duka mereka kongsi bersama. Aku ingat lagi, pada awal tahun ini ada seorang insan yang tidak di kenali tiba-tiba sahaja menyertai kumpulan Cik AMI. Setiap kali insan ini memberikan komen, pasti sahaja ia komen yang sangat negatif. Mengkritik setiap karya Cik AMI. Pada mulanya aku hanya memerhati...dan terus memerhati. Timbul tanda tanya dalam diri aku tentang siapa sebenarnya insan ini. Dengan selambanya ia mengutuk dan mengkritik.
                Sehingga satu saat, aku yang membaca komennya mula terasa panas hati. Setiap komen pedasnya aku balas. Aku perhatikan gaya balasannya, lenggok lingguistiknya dan ada sesuatu timbul di benakku. Bicara insan ini seperti biasa aku lihat..seperti biasa aku baca..dan seperti biasa aku hayati.
                Perasaan musykil itu harus aku selidiki.(kononnya nak jadi Jamos Bond la aku ni). Dengan perasaan geram aku bertanya. Siapakah insan tersebut? Yang bicaranya tajam sekali menghiris hati. Yang ayatnya terlalu bisa menyerap di segenap urat saraf. (hiperbola aje tu). Cik AMI katakan kepada aku, layankan sahaja lah. Biarlah bicara itu mengguris hati, yang penting kritikan itu mampu membina Cik AMI menjadi seorang pengkarya yang lebih baik.
                Pernah juga aku tujukan soalan yang sama terhadap kedua-dua admin beliau. Aku ingat lagi, Cik NB pernah memuji aku. Balasanku terhadap apa yang di komenkan oleh insan tersebut membuatkan dia kelu dan kagum. Dia mengatakan aku sudah lebih matang berbanding dengan Amellia Farhana yang dia pernah kenali pada awal perkenalan kami.Cik NB katakan pada aku, mungkin niat insan tersebut baik. Komen pedasnya dan kritikannya mungkin bertujuan untuk membina keyakinan Cik AMI dalam dunia penulisan.
                Kenapa aku bercerita tentang insan tersebut? Insan yang pada mulanya aku anggap langau yang memusnahkan makanan..hahaha.. Aku bercerita kerana ia adalah kisah mereka berdua. Insan yang sangat akrab. Untuk pengetahuan semua, ketiga-tiga insan ini tidak pernah bertemu mata. Hanya sekadar melihat gambar.. hanya sekadar mendengar suara dan hanya sekadar berkongsi satu rasa yang sama.
                Persahabatan yang terjalin antara mereka sangat aku kagumi.. Cik Nurr Bayu (NB) dan Cik Azizah Md Isa (AMI).. Kedua-dua insan ini telah menyedarkan aku.. Pernah aku tanyakan pada Cik AMI..Apa yang membuatkan beliau selesa dengan Cik NB.. Nak tahu beliau jawab apa?
                Cik AMI jawab kerana keikhlasan yang ada dalam diri Cik NB. Keikhlasan Cik NB dalam membantu Cik AMI lah yang menjadi sebab mereka akrab... Lagi kata Cik AMI, mereka akrab mungkin kerana memiliki sense of humor yang lebih kurang sama. Dan banyak persamaan yang ada pada diri mereka berdua. Dan aku?? Jujur aku katakan, tidak pernah aku tidak cemburu dengan keakraban mereka berdua. Malah aku juga cemburu dengan keakraban mereka bertiga. Seakan-akan adik beradik... Seperti kembar... Itu lah yang aku rasakan..
Siapa kata kawan kena depan mata? Siapa kata persahabatan yang akrab tak boleh terjalin tanpa bersua muka? Dulu, aku yang tidak percaya... Dulu, aku yang kata begitu. Kalau kawan depan mata pun asyik bergaduh..beterngkar tak ingat dunia.. Tapi, sekarang aku harus akui.. Setiap perhubungan  pastilah ada pasang surutnya. Bergaduh itu biasalah.. Malah itu lah yang membuatkan perhubungan semakin akrab.

Aku sangat berbesar hati mengenali mereka. Malah amat bersyukur dapat mengenali mereka bertiga. Korang nak join group penulis ni?? Meh join.. Jangan lupa beli novel sulung karya Cik Ami iaitu Aku, Dia dan Mrs, Syhh.. terbitan CUTE Kreatif. Dan bakal novel kedua  beliau iaitu Cinta Sos dan Kicap.  Jangan lupa juga baca karya-karya beliau di blog...

https://www.facebook.com/groups/313089188846815/
(ini adalah link blog tersebut)

terima kasih pada yang sudi jengah..dan layan saya..



Jumaat, 17 Oktober 2014

Maaf Itu Sempurnakan Kasih bab 10 (MISK)

Assalamualaikum..
Rasa macam meleret-leret  lak bab ni..
Okey,. Enjoy reading.

Maaf Itu Sempurnakan Kasih

Bab  10

Panjang muncung Aryana apabila papa dan abangnya berkeras untuk ke sungai bersama Fazli. Jika hanya mereka yang pergi tidak mengapa juga, ini dipaksanya dia untuk pergi sama. Geram! Sempat dia menjeling kearah Fazli. Baru dia perasan, bibir jejaka itu kelihatan seperti..lebam! Perlahan kaki Aryana melangkah menghampiri Fazli.
“Masamnya muka awak!” Fazli mengusik Aryana sebaik sahaja gadis itu menghampirinya. Aryana menjegilkan mata. Geram betul dia! Memang hari ni hari geram sedunia atau aku seorang je yang geram ni? Sempat Aryana mengomel.
“Pipi ni kena apa? Awak bercium dengan siapa sampai biru bibir tu?” Sarkastik aje nada aryana bersuara. Fazli tersenyum sebelum merapatkan jurang di antara mereka berdua.
“Erm. Saya bercium dengan awak la sayang. Lupa ek?”
Papp!! 
“Aduh! Sakit lah sayang!”
Tiga pasang mata memandang kearah Fazli. Aryana mengetap bibir. Ya Allah! Malunya!! Fazli ni memang tak agak-agak langsung memanggilnya dengan panggilan sayang walaupun di hadapan papa dan abangnya.
“Amboi! Bukan main lagi korang bersayang-sayang ye?”
“Abang!!” Aryana merengek geram! Kaki di hentak berkali-kali di atas rumput. Malu! Datuk Aryan tersenyum hambar. Sejujurnya, dia mula berasa tidak berkenan dengan hubungan Aryana dengan pemuda itu. Mungkin ia berkait dengan rasa bersalah yang dirasai olehnya.
“Ana, come here! Walk with me. Papa ada sesuatu nak bagitahu Ana.” Aryana menganguk lalu melangkah ke arah papanya. Sempat dia mencubit lengan Fazli seketika untuk melepaskan kegeramannya.
“Hahaha.. Padan muka kau.” Aiman Ariff tergelak kuat melihat wajah Fazli yang berkerut menahan sakit. Adiknya itu memang brutal. Pantang diusik, pasti si pengacau akan menerima habuan.
“Abang jangan nak ketawakan orang lain. Kan tak pasal-pasal abang pun kena dengan Ana.” Aryana melaung agak kuat. Terhenti terus tawa Aiman Ariff. Terkulat-kulat dia memandang ke arah adiknya itu. Habislah siapa yang jadi suami adik aku!! Sempat dia mengomel sebelum liur di telan.

********************

Aryana mencebik saat melihat aksi-aksi akrobatik Fazli dan abangnya, Aiman Ariff. Terjunan demi terjenun dengan pelbagai aksi dan gaya dilakukan mereka benar-benar membuatkan Aryana meluat. Meluat kerana dia tidak berani untuk masuk ke dalam sungai dan ikut serta bersama mereka.
“Ana, jom lah join abang. Rugi tau datang sungai tapi tak mandi sungai.” Aiman Ariff melaung dari atas dahan pokok sebelum melompat ke dalam sungai. Aryana menggeleng perlahan. Tetap enggan masuk ke dalam sungai.
“Hai lah lintah, kenapa la kau ada dalam sungai ni? Kesian kekasih hati aku. Sanggup tak masuk sungai hanya kerana takutkan engkau, wahai lintah.” Terkekeh-kekeh Fazli dan Aiman Ariff.
“Oh, suka ye! Siaplah awak dengan abang bila naik sini nanti. Ana kejar sampai tak cukup tanah korang lari.” Panjang muncung Aryana. Datuk Aryan tertawa nipis. Sungguh dia terhibur dengan keletah anak teruna dan anak gadisnya itu.
“Sayang, kalau nak main air sungai tu jom lah. Papa temankan.”
“Tak nak! Nanti binatang penghisap darah tu hisap darah Ana.” Datuk Aryan menggelengkan kepala. Macam-macam sungguh anak gadisnya yang satu itu.
“Okey!”

“Papa!!!”
Lantang suara Aryana menjerit. Laju dia berlari sambil dikejar oleh Fazli dan Aiman Ariff. Air mata pula usah kata. Meleleh laju menuruni pipinya. Fazli dan Aiman Ariff tergelak kuat. Gembira apabila dapat mengusik Aryana.
“Papa, tolong!” Tubuh Datuk Aryan di peluk erat sebaik sahaja dia berjaya mendapatkan papanya. Menggigil tubuhnya.
“Abang! Apa ni?” Datuk Aryan bersuara tegas. Wajah anak terunanya di pandang tajam. Pandangannya jatuh pula di wajah Fazli. Terkedu Aiman Ariff dengan jerkahan Datuk Aryan. Belum pernah lagi dia melihat papanya itu segarang ini. Aiman Ariff telan liur.
“Err.. Sorry papa. Abang..err..abang saja je nak usik adik.”
“Mengusik apa sampai menangis adik dibuatnya?” Pandangan Datuk Aryan jatuh ke betis Aiman Ariff. Jelas kelihatan darah mengalir di betis anak terunanya itu. Keluhan di lepaskan saat melihat lintah yang melekap kemas di betis anak terunanya itu. Ini ke puncanya? Haih!
“Ya Allah! Abang, cabut lah lintah tu. Tak kesian ke dekat adik ni? Meraung-raung macam orang mati laki dah papa tengok.” Kepala di gelengkan perlahan. Aiman Ariff tersenyum kelat. Laju tangannya mengambil ranting kayu lalu mencabut makhluk penghisap darah yang membuatkan Aryana ketakutan itu.
“Sorry, papa. Abang tak sangka Ana terlalu takutkan lintah ni.” Aryana yang masih teresak-esak dalam pelukan papanya itu di pandang dengan penuh rasa serba salah. Aiman Ariff melepaskan keluhan.
“Ana, abang minta maaf.”
“Saya pun.” Fazli menyampuk.
“Just go away! I hate both of you!!” Serak suara Aryana. Aiman Ariff dan Fazli berpandang di antara satu sama lain. Datuk Aryan pula hanya sekadar menggeleng. Pandai-pandai lah mereka berdua memujuk anak gadisnya itu.
“Padan muka korang berdua.” Datuk Aryana berkata sambil mengusap lembut rambut Aryana.

********************

Buntu Aiman Ariff dan Fazli apabila Aryana melancarkan mogok bersuara terhadap mereka berdua. Puas Aiman Ariff memujuk namun Aryana tetap berdiam diri. Fazli pula sekadar memerhati Aiman Ariff yang bersungguh-sungguh memujuk Aryana.
“Ariff, let me.” Ringkas Fazli berkata. Aiman Ariff memandang ke arah Fazli seketika sebelum mengangguk lemah. Menyesal okey!! Fazli melangkah perlahan ke arah Aryana. Mengambil masa untuk seketika sambil ligat otaknya menyusun kata maaf buat Aryana.
“Ana, marah saya ek?” Aryana menjeling dengan ekor mata. Gila tak marah?? Mestilah marah! Fazli tersengih menerima jelingan Aryana. Sekurang-kurangnya, gadis itu bereaksi juga apabila dia bertanya.
“Okey lah. I’m sorry, sayang. Promise tak buat lagi dah. Please! Maafkan saya ek?” Tangan kanannya di angkat paras bahu tanda berjanji. Mata di kerlip berkali-kali dan bibir diukir dengan senyuman yang manis.
“Janji?” Aryana bertanya manja.
“Ye, saya janji tak buat lagi dah.”
“Hurm. Saya boleh maafkan awak dengan abang, tapi bersyarat. Boleh?” Keningnya diangkat tanda meminta persetujuan. Fazli diam seketika sebelum mengangguk tanda bersetuju.
“Anything for you, my sweetheart! Syarat apa?” Aryana senyum gembira. Ayat-ayat manis yang diucapkan Fazli benar-benar membuai perasaannya. Kalau hari-hari kena pujuk rayu macam ni, mahu aku kena kencing manis. Sempat Aryana mengomel.
“Saya teringin nak makan ikan pari bakar cicah air asam. Bawa saya pergi pasar malam boleh? Agak-agak ada tak ikan pari bakar dengan air asam?” Lembut nada suara Aryana. Ini lah orang kata, lembut gusi dari lidah bila ada sesuatu yang di kehendaki.
“Hurm. Saya tak sure la awak. Tapi, apa kata kita suruh Mak Tok buatkan? Kita beli bahan-bahan yang di perlukan lepas tu minta tolong Mak Tok.” Fazli memberi cadangan. Di Kelantan, pasar malam di sekitar kawasan kampung tidak lah sebesar mana. Lagi pula, tak ramai yang menjual ikan pari bakar. Kalau pasar malam di sekitar bandar, mungkin lah ada.
“Okey, deal. Jom lah.”  Spontan Aryana menarik tangan Fazli. Fazli tersentak. Seakan terasa arus eletrik mengalir dalam segenap urat saraf mereka berdua. Mata bertentang mata, jatuh ke hati dan terus menimbulkan satu rasa yang sukar diungkap dengan bicara. Hanya mata dan hati bersuara dan hanya mampu difahami oleh mereka berdua.
“Err.. Sorry!” Serentak Aryana dan Fazli berkata.

********************

Buntang mata Aryana dan Fazli apabila Mak Tok terpaksa bergegas ke  surau untuk membantu menyediakan juadah untuk majlis tahlil yang akan diadakan selepas solat Isyak pada hari itu.
“Macam mana ni? Siapa nak buat ikan pari bakar sekarang?” Mencuka wajah Aryana. Fazli pula hanya mampu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Rosak segala rancangan mereka apabila watak utama untuk sesi masak-memasak ni tiada.
“Search Google aje lah.” Selamba Aiman Ariff memberi cadangan. Aryana dan Fazli saling berpandangan mendengarkan cadangan Aiman Ariff. Teragak-agak Aryana ingin bersuara.
“Err.. Tok Ayah tahu tak ek?”
“Hurm. Tak lah. Biar saya panggil Izzatie. Mungkin dia tahu kot.” Selesai sahaja bberkata, Fazli terus berlari ke arah motornya. Aryana hanya mampu memandang pemergian jejaka itu dengan perasaan yang berbaur.
“Izzatie? Siapa tu?” Aryana hanya diam. Enggan mengulas apa-apa.
“Adik, are you okey?” Bahu Aryana dipaut lembut. Kekeruhan yang terpancar pada wajah adiknya itu berjaya dikesannya. Jelas kelihatan bahawa adiknya itu cemburu. Aiman Ariff tersenyum nipis.
“I’m okey. Abang, can you do me a favour?”
“Anything for you, adik. Tell me!”
“Jom cari resepi dekat Google. Sementara Fazli panggil Izzatie, kita cari resepi apa yang patut dulu. Boleh?” Aiman Ariff sekadar mengangguk bersetuju. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi adiknya itu. Kesilapan lampaunya dahulu harus di tebus kembali!

********************

Riuh rendah suara dua beradik itu dapat di dengari hingga ke luar rumah. Fazli tersenyum nipis dengan keriuhan tersebut. Izzatie yang tiba lewat seminit darinya mengerutkan dahi.
“Siapa ada kat rumah ni? Ana dengan siapa?” Izzatie menyoal kehairanan.
“Aryana dengan abang dia, Ariff. Eh, jomlah naik!” Perlahan-lahan tangga kayu di dakinya. Izzatie mengikut langkah Fazli perlahan.
“Abang! Betul-betullah!” Aryana menjerit kuat. Tergapai-gapai tangannya ingin mencapai kertas yang di pegang Aiman Ariff. Tergelak-gelak Aiman Ariff dengan keletah manja Aryana itu.
“Biar lah abang baca dulu resepi ni!” Aiman Ariff terus-terusan mengusik Aryana. Resepi la sangat! Aryana mencebik. Memang salah dia juga! Ketika Aiman Ariff menyuruhnya menyalin resepi, tangannya pula gatal tulis luahan tidak puas hatinya terhadap Fazli. Sekarang ni, terpaksa lah dia menanggung malu.
“Assalamualaikum.” Kejar-mengejar antara Aryana dan Aiman Ariff terhenti tatkala mendengarkan salam yang di beri. Masing-masing memandang ke arah pintu yang terkuak luas itu.
“Waalaikumsalam.” Serentak dua beradik itu menjawab.
“Apa yang bising-bising ni?” Fazli menyoal dua beradik itu. Aiman Ariff tersenyum lebar. Kertas di tangannya di sorok ke belakang badan sebelum perlahan-lahan di masukkan ke dalam poket seluar yang di pakainya.
“Mana Izzatie?” Aryana menyoal dingin.
“Here am I!” Aryana tersenyum nipis. Wajah Fazli langsung tidak di pandangnya. Abangnya di sebelah pula seakan-akan terpegun melihat Izzatie. Nampak gayanya, bakal berkakak iparkan Izzatie lah aku ni! Sempat Aryana mengomel.
“Can we start now?”
“Sure!”

********************

Fazli melangkah menghampiri Aryana yang sedang membalut ikan pari dengan daun pisang. Gadis itu langsung tidak kekok melakukan kerja-kerja memasak itu. Nampak gaya macam tak lekat di dapur tapi siapa sangka gadis itu berusaha belajar memasak dari Mak Toknya.
“Hai! Kusyuknya sayang saya ni buat kerja.” Aryana memandang sekilas ke arah Fazli. Laju tangannya mencapai seekor lagi ikan pari yang di belah dua sebelum melumurkan perencah dan membalutnya.
“Mana Izzatie?”
“Izzatie pula yang awak tanya. Saya ni awak tak tanya pun.” Masam wajh Fazli. Aryana tahan gelak. Comel sangat wajah masam Fazli pada pandangannya. Tangannya yang dipenuhi perencah di cuit ke pipi jejaka itu.
“Sayang!!” Kuat Fazli menjerit sebelum mengejar Aryana.
“Mana awak nak lari, hah?” Aryana tergelak kuat. Laju dia melarikan diri masuk ke dalam rumah. Satu tempat aje yang selamat untuk dia bersembunyi dan yang dia pasti Fazli tak akan berani jejak. Dalam bilik!!
“Awak, pergilah duduk atas pemanggang sekali dengan ikan-ikan tu! Perencah dah ada, mesti sedap kalau makan.” Tergelak Aryana dengan kata-katanya sendiri. Fazli tergelak kuat. Nakal!
“Sayang, sampai hati nak makan saya. Tak sayang saya ek?” Terkedu seketika Aryana dengan soalan Fazli. Ish! Suka sangat tanya soalan yang boleh timbulkan kontroversi! Panjang muncung Aryana apabila mendengar ketawa Aiman Ariff. Kan ada yang salah faham dah!!
“Adik, cuba tengok apa Fazli buat ni!” teriak Aiman Ariff. Tawa yang bergema di halaman rumah menarik minat Aryana. Jendela biliknya di kuak luas. Sabaik sahaja dia melihat permandangan di halaman rumahnya itu, Aryana terus sahaja menghamburkan tawa.
“Ana, tolong saya balut badan dengan daun pisang ni. Baru wangi kalau bakar. Sedap sikit awak nak makan saya.” Selamba Fazli berkata. Izzatie yang baru sahaja keluar dari dapur tercengang-cengang melihat gelagat Fazli itu.
“Astaghfirullah al-adzim!!” 

Isnin, 13 Oktober 2014

Maaf Itu Sempurnakan Kasih bab 9 (MISK)

Assalamualaikum. ingat lagi tak dengan cerita ni??
Kisah Aryana dan Fazli..
Lama tertangguh d sebabkan busy menyiapkan kerja sekolah dan yg sewaktu dengannya.
Sekarang ada masa sebulan free sebelum meneruskan pembelajaran.
Akan cuba menaip cerita ni sebanyak dan secepat yang mungkin.
kalau ada salah silap, harap di tegur..
Enjoy reading.


MAAF ITU SEMPURNAKAN KASIH

bab 9


Fazli menatap lama wajah jejaka yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapannya dan Aryana saat mereka sedang rancak berbual. Sesekali dia mengerling ke arah Aryana yang kelihatan terkejut menerima kedatangan jejaka itu. Siapa pula mamat ni? Muka dah lah boleh tahan handsome! Haih! Tergugat aku macam ni! Fazli mengomel.
“Ana! Tak nak salam abang ke?” Aryana terkedu. Jejaka itu membahasakan dirinya sebagai abang? Tangannya menekup wajahnya. Sungguh dia tidak percaya! Air mata mula mengalir di pipinya.
“Abang Aiman! Aa.. Abang.” Perlahan suaranya memanggil Aiman Ariff. Berkerut dahi Fazli melihat Aryana yang tiba-tiba sahaja menangis. Dengan perlahan Aiman Ariff menghampiri Aryana dan menarik tubuh itu ke dalam pelukannya. Membiarkan dadanya basah dengan tangisan si adik. Tercengang-cengang Fazli jadinya.
“Ana, abang minta maaf. Abang rindu Ana abang ni. Maafkan abang, Ana.”
“Abang..” Hanya itu yang mampu Aryana ucapkan. Sungguh dia terharu dan gembira. Terima kasih Ya Allah! Terima kasih kerana memberi diri ini peluang merasai kasih sayang seorang abang kandung.
“Ehem.. ehem..” Fazli berdehem. Panas betul hatinya dengan drama swasta yang di pertontonkan Aryana dan jejaka yang tidak di kenalinya itu. Ingat ni dekat Amerika ke nak main peluk-peluk?! Hangin betul aku!! Pelukan Aryana pada Aiman Ariff lerai saat mendengar deheman Fazli.
“Err.. Sorry! Abang, kenalkan ni..”
“Fazli, kekasih Aryana.” Tangan di hulur untuk bersalaman tanpa menghiraukan Aryana yang terkejut. Aiman Ariff tersenyum senget. Tahu sangat maksud yang tersurat di sebalik kata-kata Fazli itu. Huluran tangan Fazli di sambutnya.
“Aiman Ariff, your future brother in law.” Melopong Aryana di buatnya. Dua-dua jejaka di hadapannya itu betul-betul buat dia rasa bingung. Apa kena lah dengan diorang dua ni? Berkerut dahi Fazli mendengarkan kata-kata Aiman Ariff. Bakal abang ipar? Takkanlah...
“Aa.. Abang Aryana ek?” Tergagap Fazli menyoal. Aiman Ariff hanya tersenyum tanda mengiakan. Perlahan Fazli meraup wajahnya. Malu!
“Err.. Abang, jom balik! Ana nak jumpa papa.” Tangan Aiman Ariff di tarik lembut. Abangnya menggosok perlahan kepala Aryana. Fazli yang melihat adegan itu hanya mampu memandang. Nak kata tak cemburu, tipulah! Tapi kalau dia cemburu pun, sia-sia aje. Bukannya mereka berdua tu boleh bercinta pun.
“Ana balik lah dulu. Abang nak cakap dengan bakal adik ipar abang ni sekejap.” Aryana menggoyangkan tangan abangnya tanda enggan abangnya berbicara dengan ‘bakal adik ipar’. Ish! Fazli ni pun satu hal! Kenapa lah mengaku yang dia tu kekasih aku? Haih!
“Abang.. jom lah balik. Kata tadi  rindu Ana. Ana nak jumpa papa dekat rumah. Jom lah balik dengan Ana.” Merengek nada suara Aryana. Tergelak Aiman Ariff dengan gelagat manja adiknya itu. Dalam diam dia menyesal kerana tidak pernah memberi perhatian yang sepatutnya terhadap satu-satunya adik yang dia ada.
“Manja betul Ana ni! Hurm. Okay! Abang balik dengan Ana, tapi dengan satu syarat. Ana kena temankan abang pergi sungai esok. Boleh?” Aryana memuncungkan bibirnya. Pergi sungai? Dekat mana ada sungai dekat sini? Dia mana lah tahu! Lagipun, dekat sungai mesti ada lintah. Tak sanggup dia berdepan dengan makhluk penghisap darah tu!
“Ana tak tahu sungai dekat mana. Lagipun..”
“Ariff, kalau kau nak pergi sungai, esok aku bawak.” Sengaja Fazli memintas percakapan Aryana. Biarlah dia berkenalan dengan abang si gadis sementara jejaka itu berada di kampung.
“Okey, deal! See you tomorrow.” Bahu Fazli di tepuk perlahan. Wajah Aryana yang kelat di pandang. Jelas riak wajah adiknya itu tidak menyenangi usulnya untuk ke sungai. Eleh! Takut pacat dengan lintah lah tu! Sempat Aiman Ariff mengutuk adiknya itu.
“Ana, let’s go!”

*******************

Aryana memeluk erat tubuh tegap Datuk Aryan. Melempiaskan rindu yang membara di dada. Bahagia menerpa saat terasa kepalanya di usap lembut. Biarlah dia dianggap manja dan kebudak-budakan. Dia tidak peduli! Yang di inginkan hanyalah merasai kasih sayang satu-satunya papa yang dia miliki.
“Berapa lama papa stay dekat sini?” Aryana menyoal sebaik sahaja pelukannya dirungkaikan. Wajah Datuk Aryan ditatap lama. Terlalu berharap agar jawapan yang bakal diterimanya mampu membuatkan dia mengukirkan senyuman lebar.
“Berapa lama dear nak papa stay dekat sini?” Sambil tersenyum datuk Aryan menyoal kembali anak gadisnya. Suka benar dia melihat wajah Aryana yang tersenyum lebar di sisinya.
“Kalau  boleh, Ana memang nak papa duduk sini dengan Ana lama-lama. Tapi Ana tahu yang papa sibuk.” Dan Ana jugak tahu yang mama tak akan pernah mahu papa jenguk Ana. Aryana menyambung di dalam hati.  
“Kalau macam tu, how abaut a week?”
“Papa! Are you kidding?”
“Papa serius, sayang. I miss my  one and only daughter ni. So, sayang papa ni ada nak bawa papa pusing-pusing ke mana sepanjang papa dengan abang dekat sini?” Lembut rambut anak gadisnya itu di usapnya. Biarlah berkorban masa seminggu demi anak nya itu. Sayu hatinya bukan kepalang saat Aryana berkata ingin dia berada di sisi anak gadisnya itu.
“Thanks, papa! I love you so much!” Pipi Datuk Aryan dicium bertalu-talu persis anak kecil. Seminggu sudah mencukupi baginya. Cukuplah untuk melepaskan rindu terhadap papanya itu.
“Papa, esok abang dah janji dengan kekasih Ana. Kita pergi sungai nak?” Aiman Ariff memberi usul. Berkerut dahi Datuk Aryan apabila mendengar perkataan kekasih Aryana. Aryana mengetap bibirnya kuat. Adehh! Kenapa la abang cakap macam tu? Mampus aku!!
“Erm.. Sejak bila anak papa ni dah ada kekasih?”
“Err.. papa.. Ana dengan Fazli bukan kekasih. Kami kawan aje. Kalau tak percaya, papa boleh tanya Mak Tok dengan Tok Ayah.” Kelam kabut Aryana menjawab. Enggan papanya salah faham dengan hubungannya dan Fazli.
“Hurm. Nampak gayanya, papa ada tertinggal kereta api ni! It’s okey! I’ll ask Mak Tok and Tok Ayah about this thing.” Sengaja Datuk Aryan berkta begitu. Seronok dapat mengusik anak gadisnya itu. Wajah yang akan berubah kemerah-merahan tatkala di usik sebegitu. Persis arwah bondanya!
“Papa!!” 

*******************

Telefon bimbit dibelek lama. Nak hantar pesanan ringkas buat Fazli atau tidak. Haih!! Memandai aje mengaku yang dia tu kekasih aku! Geramnya!! Aryana mengomel geram. Tak pasal-pasal papanya dah salah faham. Mujurlah Datuk Aryan seorang papa yang sporting. Kalau papa orang lain agaknya dah kena hambat dengan rotan.
“Hurm. Cucu Tok Ayah tak tidur lagi?” Pintu bilik Aryana dikuat perlahan. Tok Ayah melangkah perlahan kearah satu-satunya cucu yang dimilikinya. Aryana tersenyum nipis kepada Tok Ayah.
“Belum lagi, Tok Ayah. Yang Tok Ayah pula kenapa tak tidur lagi? Dah lewat ni.” Lembut Aryana berkata.
“Tok Ayah nak tanya sesuatu ni.”
“Tanya apa Tok Ayah?” Laju Aryana menyoal.
“Petang tadi Tok Ayah jumpa Cikgu Mat Salleh.” Belum lagi Tok Ayah meneruskan kata-katanya, Aryana terlebih dahulu mengeluh berat. Cepat benar cerita sebegini disampaikan ke telinga Tok Ayah.
“Kenapa Ana mengeluh?” Lembut nada suara Tok Ayah bertanya. Rambut lurus cucunya itu diusap lembut. Sungguh! Aryana lah satu-satunya permata hati yang amat bernilai ditinggal oleh satu-satunya anak yang dia ada. Tiada yang lebih bernilai berbanding Aryana bagi dia dan isterinya.
“Hurm. Apa yang Cikgu Mat Salleh bagitahu Tok Ayah?”
“Dia minta maaf dengan Tok Ayah sebab tuduh Ana dengan si Fazli tu buat perkara bukan-bukan dalam kawasan sekolah. Tok Ayah mula-mula tu terkejut la juga. Tiba-tiba aje dia datang minta maaf. Apa sebenarnya yang berlaku ni Ana? Tok Ayah tak nak Ana dipandang serong oleh pelajar lain.”
Panjang lebar Tok Ayah bercerita. Buat kali yang entah ke berapa, Aryana kembali mengeluh. Entah macam mana dia hendak terangkan agar Tok Ayahnya itu faham kerana dia sendiri tidak tahu bagaimana cerita itu tersebar. Tahu-tahu sahaja dia dan Fazli dipanggil oleh guru disiplin itu.
“Tok Ayah, Ana sendiri tak tahu siapa yang sebarkan cerita tu. Ana dengan Fazli memang tak ada apa-apa. Kami tak buat apa- apa yang salah pun, Tok Ayah.” Bersungguh-sungguh Aryana cuba mempertahankan dirinya. Tok Ayah melepaskan keluhan.
“Masakan pokok bergoyang jika tidak ditiup angin.”
“Tok Ayah tak percayakan Ana?”
Pedih hatinya saat Tok Ayahnya berkata begitu. Seolah-olah dia telah menghancurkan kepercayaan yang diberikan oleh Tok Ayah dan Mak Tok. Aryana menjatuhkan pandangan. Air mata mula bertakung di tubir mata. Bila-bila masa saja akan jatuh ke pipinya.
“Sayang, Tok Ayah bukan tak percaya. Cuma mungkin keakraban Ana dan Fazli di salah ertikan. Mak Tok tahu cucu Mak Tok macam mana.” Mak Tok tiba-tiba sahaja muncul di dalam bilik Aryana. Lembut kepala cucu kesayangannya itu diusapnya. Mulut orang memang tak boleh ditutup. Selagi boleh bercakap, selagi itu jugalah mereka akan terus berkata-kata.
“Maafkan Ana.” Erat tangannya memeluk Mak Tok. Terasa satu kucupan halus menjamah lembut ubun-ubunnya. Dia hanya mampu berserah dan tawakal ke hadrat Ilahi. Sesungguhnya, Allah SWT maha mengetahui segala-galanya.

********************

Wajah lena Aryana ditatap seketika sebelum keluhan dilepaskan. Bukan pertama kali dia berhadapan dengan tohmahan penduduk kampung, malah berkali-kali. Dari ketika anak nya masih hidup lagi dia harus berhadapan dengan segala tohmahan yang dilemparkan penduduk kampung.
“Abang, apa lagi yang dimenungkan tu?” Mak Tok menyoal perlahan. Bukannya dia tidak tahu apa yang bermain di fikiran suami tercintanya itu. Perlahan tangannya mengusap bahu suaminya.
“Tak usahlah difikirkan lagi apa yang dah jadi, bang. Orang kampung boleh bercakap, mengata. Tapi mereka tahu perkara yang sebenarnya. Penat nanti berhentilah mulut mereka tu.” Lembut suaranya menenangkan insan kesayangannya. Tok Ayah tersenyum hambar dengan bicara Mak Tok.
“Betul tu, Mah. Abang cuma risaukan Ana. Kalau boleh, abang tak nak Ana dicemuh dan dihina seperti mana anak kita dulu. Dia satu-satunya permata hati kita, Mah. Sedih dia, sedih lagi kita. Abang tak nak Ana malu, Mah. Cukup lah dengan apa yang anak kita hadapi. Janganlah cucu kita pun terpaksa hadapi perkara yang sama.” Panjang lebar Tok Ayah berkata. Jarinya lembut mengelus rambut cucu kesayangannya.
“Ayah, Ayyan minta maaf.” Datuk Aryan tiba-tiba sahaja berkata. Secara tidak sengaja dia terdengar perbualan mak dan ayah mertuanya itu. Terdetik dihatinya, bapa jenis apakah dia? Tidak langsung peka dengan apa yang terjadi terhadap anak gadisnya sehingga atuk dan nenek kepada anaknya lebih peka dan peduli dengan apa yang berlaku terhadap Aryana.
“Aryan!” Tersentak Tok Ayah dan Mak Tok.

********************

Fazli menyapu lembut bibirnya yang berdarah. Inilah padahnya apabila cerita-cerita yang tidak tentu kesahihannya disebarkan. Wajah ayahnya dipandang kosong. Entah siapalah yang memperbesarkan hal ini. Kalau dapat, lunyai dia kerjakan! Tidak pasal-pasal kecoh surau usai solat Isyak tadi gara-gara perbalahannya dan beberapa remaja seusianya.
“Ayah tak nak lagi dengar berita-berita macam ni lagi! Sekali lagi ayah dengar perkara tak elok tentang Li dengan Aryana, jangan harap Li boleh berkawan lagi dengan budak tu!” Kasar nada suara ayahnya. Perlahan-lahan Fazli berjalan mendekati ayahnya yang sedang menghisap rokok. Secara perlahan-lahan juga dia melutut di kaki ayahnya itu.
“Ayah, abang minta maaf.” Perit dipipinya langsung tidak dipedulikan. Apa yang penting baginya tika itu hanyalah sebuah kemaafan dari orang tua yang amat dihormatinya itu.
“Ayah kecewa, Li! Bukan seorang dua yang bercerita, tapi ramai. Jemaah di surau tadi pandang ayah macam ayah ni tak reti mendidik anak. Tak reti ajar anak apa yang halal dan apa yang haram.” Amarahnya kembali terbakar apabila mengenangkan keceluparan bicara Cikgu Mat Salleh yang beria-ia bercerita mengenai anak lelakinya dan Aryana.
“Ayah.. Ayah percaya kan yang abang tak akan pernah malukan ayah dan keluarga?”
“Ayah berikan sepenuh kepercayaan pada abang selama ini. Dan ayah harap abang tak ulangi lagi kesilapana yang sama. Ayah tak halang abang kawan dengan Aryana, tapi ayah nak abang ingat. Kita ni orang Islam, ada pegangannya. Segala yang Allah SWT larang, dan apa yang disuruh-Nya semuanya bersebab.” Panjang lebar nasihat yang diberikan untuk anak terunanya itu. Lembut bibir Fazli diusapnya. Luka dibibir anak terunanya itu dipandang lama.
“Terima kasih ayah kerana percayakan abang. Abang janji, ini akan jadi yang pertama dan yang terakhir. Maafkan abang, ayah.” Tangan ayahnya dicapai dan dicium lama. Dalam diam dia bertekad tidak akan membenarkan kepercayaan ayahnya terhadap dirinya goyah. Kasihnya terhadap keluarganya melebihi segala-galanya selepas Allah SWT dan Rasulullah SAW.