Isnin, 12 Mei 2014

Maaf Itu Sempurnakan Kasih Bab 8 (MISK)

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, siap jugak akhirnya bab 8 MISK.. punya lah lama nak menaip 1 bab sy ni.. hehehe.. maaf ye.. busy menguruskan 'rumah tangga'.. haha.. okey! gurau je.. apa pun, sy harap ada yang sudi menanti kisah ni.. sy masih baru dalam bidang ni.. jadi, andainya ada salah dan silap, mohon sangat jangan malu jangan segan sila lah tegur saya ye.. enjoy reading ya.. *jangan lupa komen ye.. hehe.. thanks..

Maaf Itu Sempurnakan Kasih

BAB 8

“Maaf cikgu. Bukan niat saya nak berkurang ajar. Tapi, rasanya cikgu perlu terangkan apa yang telah saya dan Fazli buat sampai cikgu tuduh kami ni memburukkan agama Islam. Lagi satu, memberi salam adalah sunat, manakala menjawab salam adalah wajib. Tapi, yang wajib pun cikgu tak jawab, inikan pula nak buat yang sunat.” Pedas Aryana membalas. Panas hatinya dengan tuduhan yang di lemparkan Cikgu Mat Salleh itu. Berubah wajah Cikgu Mat Salleh dengan kata-kata Aryana itu. Fazli pula sudah terlopong. Tak sangka yang Aryana berani berkata begitu dengan guru yang paling di geruni di sekolah itu.
“Aryana! Behave! Ni bukan bandar, awak nak kurang ajar macam tu.” Fazli menegur. Aryana mendengus tidak puas hati. Selamba aje tuduh mereka macam-macam. Kena sedas, berubah wajah tu! Sempat dia mengumam sendiri.
“Hurm. Ada laporan mengatakan kamu berdua bercinta dan.. err.. bermesra dalam kawasan sekolah beberapa hari lepas.” Aryana tersenyum sinis. Fazli menggelengkan kepalanya. Dia dapat meneka apa yang bermain di minda gadis itu.
“Maaf sekali lagi cikgu. Saya rasa, ada salah faham di sini. Kami ni kawan aje. Kawan baik! Saya tak tahu mana cikgu dapat cerita ni, tapi saya dengan Aryana memang tak ada hubungan seperti yang cikgu katakan.” Perlahan tetapi tegas kata-kata yang di sampaikan Fazli.
“Kalau macam tu tak apalah. Hurm. Saya minta maaf kalau dah tuduh kamu berdua secara terburu-buru tadi.” Perlahan juga suara Cikgu Mat Salleh memohon maaf.
“Tak apa lah cikgu. Manusia dah terdidik sejak kecil lagi dengan meminta maaf selepas membuat salah. Tak ada orang pun nak minta maaf sebelum buat salah. Kalau ada pun, boleh di kira dengan jari.” Sekali lagi Aryana membidas.
“Err.. Maaf, cikgu. Kalau tak ada apa-apa lagi, kami minta diri dulu ye. Assalamualaikum.” Sebaik sahaja habis berbicara, laju Fazli menarik tangan gadis itu keluar dari bilik disiplin sebelum Aryana berbicara lebih banyak lagi. Dia yang mendengar kata-kata Aryana pun terasa panas telinga, inikan pula orang yang sememangnya di tujukan dengan kata-kata itu. Mahu tercabut telinga Cikgu Mat Salleh nanti! Jadi kes lain pula nanti!

********************************************************************** 

Terangkat sebelah kening Aryana saat dia melihat Fazli yang berjalan di sebelahnya tersengih-sengih macam kerang busuk. Bila mengingatkan kembali sikap Fazli yang hanya berdiam diri ketika di tuduh macam-macam sebentar tadi, dia berasa jengkel melihat sengihan jejaka itu.
“Yang awak tersengih-sengih macam budak kecik baru dapat lolipop ni kenapa?” Geram betul Aryana dengan Fazli. Kalau nak ikutkan hati dia yang tengah menggelegak, memang dah lama penumbuk dia hinggap di perut jejaka itu.
“Saya tak sangka.” Pendek Fazli menjawab.
“Tak sangka? Apa yang awak tak sangka?”
“Saya tak sangka yang awak ni sebenarnya berani. Cikgu Mat Salleh tu guru paling garang tau dalam sekolah ni. Tapi, awak berani perli dia depan-depan. Tak pernah lagi tau pelajar buat macam tu pada dia.” Fazli menerangkan. Aryana tersenyum bangga. Hilang bengangnya terhadap Fazli sebentar tadi.
“Well! Tu baru sikit. Saya boleh buat lagi hebat dari tu tau. Ni Aryana lah!” Bongkak Aryana berkata. Fazli tersenyum hambar. Dia serba salah sebenarnya hendak berterus terang dengan Aryana tentang apa yang terbuku di hatinya saat itu. Situasinya saat itu seolah-olah di telan mati emak, di luah mati bapa.
“Ana.. Saya minta maaf kalau apa yang saya nak cakapkan ni akan buat awak terasa hati dengan saya. Tapi, saya tetap kena cakap juga. Untuk kepentingan kita bersama.” Tenang Fazli bersuara. Aryana mengerutkan dahinya. Lain macam pula mamat ni! Omel Aryana.
“Apa dia?”
“Hurm. Macam yang saya cakap tadi, memang tak pernah ada pelajar yang menjawab macam tu pada Cikgu Mat Salleh. Bukan menjawab, tapi lebih tepat lagi berkurang ajar. Bukan sebab tak ada orang yang berani buat macam tu, tapi sebab senakal-nakal kami, kami masih tahu batas kami..” Belum sempat Fazli menghabiskan bicara, Aryana terlebih dahulu bersuara.
“Awak maksudkan saya kurang ajar dengan Cikgu Mat Salleh tu?”
“Hurm. Awak dah lima belas tahun Ana. Dah pandai menilai mana baik dan mana buruk. Awak faham kan maksud saya?” Sebaik sahaja selesai berkata, laju Fazli melangkah meninggalkan Aryana.

*******************************************************************

“Kau dah kenapa?” Shafikah menyoal Aryana yang sedang muncung bibirnya. Pelik pula dia dengan rakannya itu hari ni. Senyap aje sejak kembali dari bilik guru. Kalau tak, pantang ada masa, mesti tang tu juga mulut duk berbunyi. Mengadu itu ini!
“Fazli.” Sepatah Aryana menjawab. Berkerut dahi Shafikah di buatnya. Dah kenapa pula dengan diorang dua ni? Sempat dia mengomel sendiri.
“Kenapa dengan Fazli kau tu?”
“Ish! Sejak bila pulak dia jadi Fazli aku, hah?”
“Okey, fine! Kalau macam tu, Fazli aku lah! Habis cerita.” Shafikah bersuara sambil ketawa. Dan saat itu jugalah cubitan Aryana hinggap di lengannya. Makin kuat dia ketawa. Macam lah dia tak tahu yang dalam hati si Aryana sebenarnya tengah ada bunga-bunga cinta terhadap Fazli. Tapi ego punya pasal, sanggup nafi!
“Hahaha. Ana, kau suka dia kan?” Meleret nada suara Shafikah. Saja nak mengusik!
“Fikah!!” dengan suara tertahan Aryana menyebut nama Shafikah. Geram sungguh dia. Besar kecil, besar kecil aje dia nampak Shafikah ni! Kalau bukan kawan, dah lama agaknya dia ‘ngap’ Shafikah ni.
“Okey! Okey! Take it easy la, beb! Kalau kau suka dia sekali pun, okey apa. Dia handsome, baik, sopan-santun. Sesuai dah tu!” Aryana tergelak. Memanglah Fazli tu dah cukup okey! Tapi, sesuai ke dengan dia?? Aryana menyoal diri sendiri.
“Sesuai ke dengan aku??”
“Apa?”
“Kan tadi kau kata dia sesuai dah dengan aku. Ye ke dia sesuai dengan aku?” Shafikah tergelak besar.
“Haha. Aku tak cakap dia sesuai dengan kau, tapi sesuai dengan aku lah! Adeh! Perasan betul kau ni kan?” Ternganga mulut Aryana dengan kata-kata Shafikah! Kurang asam punya kawan!! Argh!! Malunya!!!
“Blah la kau!” Menonong Aryana berjalan meninggalkan Shafikah. Sumpah!! Dia malu gila!! Terdengar tawa Shafikah di belakangnya. Gelak lah! Gelak lahhh!!!

Izzatie memandang lama wajah Fazli. Pedih hatinya di tuduh yang bukan-bukan. Entah apa yang merasuk jejaka itu, dia sendiri tidak tahu. Menyesal pula dia setuju untuk bertemu jejaka itu.
“Mengaku aje lah, Tie. Kau cemburu dengan kemesraan aku dan Ana kan, sebab tu lah kau fitnah kami. Aku tak sangka kau macam ni. Mana hilangnya kawan baik aku yang lemah lembut? Mana hilangnya Wan Nur Izzatie yang aku kenal dulu?” Sedikit tinggi nada suara Fazli. Izzatie cuba bertenang.
Izzatie mengeluh perlahan. Kalau nak ikut apa yang di rasainya saat itu, memang sudah di cili-cili mulut Fazli. Tak kisah dah dia sayang sekalipun terhadap jejaka itu. Tapi, apabila mengenangkan pepatah kalau di ikutkan rasa, binasa lah jadinya dan kalau di ikutkan hati, mati pula akibatnya, dia hanya mampu bersabar.
“Oh! Kau kenal aku? Li, kalau kau kenal aku, kau takkan tuduh aku macam ni. Ye, aku mengaku aku cemburu dengan kemesraan kau dengan Ana. Tapi aku tak akan buat benda-benda macam tu lah! Buat apa aku report sedangkan aku sendiri ada dengan Ana waktu tu? Li, aku Wan Nur Izzatie yang kau kenal dulu, dan yang kau kenal sekarang tak pernah berubah. Tapi, kau Mohd Fazli yang aku kenal sekarang bukan lagi yang seperti aku kenal dulu.”
Izzatie menjeling sekilas wajah Fazli yang mula berubah. Dia mengeluh lemah. Jejaka itu sudah berubah sejak mengenali Aryana. Paranoid! Jika dahulu, memanglah dia tak suka Aryana, tapi keadaan sekarang ni dah berubah. Dia tidak akan sesekali pun menghancurkan hubungan sesiapa lagi.
“Aku tak menuduh. Aku tanya aje kan!” Tersenyum sinis Izzatie dengan kata-kata Fazli itu.
“Tanya? Macam tu kau kata tanya?! Itu bukan tanya lagi dah, Li. Tu namanya menuduh!” Fazli memejamkan matanya seketika. Rasa bersalah mula menghuni hatinya. Tapi, kalau bukan Izzatie, siapa lagi yang nak memburukkan namanya dan Aryana?
“Tie, aku minta maaf. Aku pelik!”
“Apa yang kau pelikkan?”
“Siapa yang sanggup tabur fitnah pada aku dan Ana? Dan apa motif orang tu buat macam tu?” Lemah Fazli bersuara. Kalau dia dapat siapa yang berani mencalit arang ke mukanya dan Aryana, memang naya dia kerjakan! Panas hatinya dengan kejadian yang berlaku pada hari itu. Izzatie hanya diam. Tiada apa yang mampu dia katakan saat itu.

******************************************************************** 

“I’m sorry!”
“Sebab?” Sepatah Aryana menjawab. Wajah Fazli langsung tidak di tatapnya. Dia  masih lagi terasa hati dengan bicara jejaka itu. Dah lah masa kena marah tadi, senyap aje! Geram betul! Sempat dia mengomel. Fazli menggaru kepalanya yang tidak gatal. Haih! Dalam sehari, macam-macam perkara yang jadi pada dirinya. Berhadapan dengan seekor harimau agaknya lagi mudah berbanding berhadapan dengan dua orang gadis. Hiperbola sungguh!!
“Err.. Sebab saya diam masa kena marah pagi tadi.”
“Hurm. Awak ni android ke? Macam orang tak ada perasaan dah saya tengok! Awak tak sakit hati ke bila kena tuduh dan fitnah macam-macam?” Aryana menyoal Fazli namun lebih kepada memerli.
“Benda kecil aje lah. Lagi pun, pahala saya dengan awak bertambah. Lagi bagus kan? Atau awak tak nak pahala awak bertambah?” Selamba Fazli berkata. Aryana mengeluh. Ada-ada aje jawapan mamat ni! Kang ada yang kena siku dengan aku karang!
“Hish!! Awak ni memang pandai menjawab tau tak! Geram betul!”
“Ana, bukan saya tak marah atau kecil hati. Tapi, mungkin cara kita bergurau dan keakraban kita ni membuatkan orang salah sangka. Jadi, tak boleh nak salahkan mereka seratus peratus.” Wajah Aryana di renung lembut. Cuba untuk tidak menyalahkan sesiapa. Bagi dia, semua yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
“Hurm. Memang lah! But, the problem is they did not ask us first. They accuse us without checking the truth! Semua pun akan mengamuk kalau macam tu. Awak sorang je yang buat muka toya tau tak!” Fazli tergelak kuat. Sekali Aryana cakap omputeh, memang tak dapat nak tangkap maksudnya. Laju sangat!!
“Yang awak tergelak ni kenapa?”

“Sayang, you are so cute! Damn cute tau tak?” Aryana terkedu. Terkebil-kebil mata nya memandang Fazli yang masih lagi ketawa. Oh my! Jantung please behave! Kasihani lah tuanmu ini! Aryana merayu sendiri. Entah sedar, entah tidak jejaka itu memanggilnya sayang. Tapi apa yang pasti, dia memang suka sangat dengan panggilan itu. Hehehe.