Isnin, 20 Januari 2014

Maaf Itu Sempurnakan Kasih Bab 4

Assalam..
Maaf up n3 lmbt.. huhu..
Mood merudum 2 minggu belakangan ni.. haha..
okey, n3 kali ni tak se'sweet' n3 yg hari tu..
Tapi, apa boleh buat kan..
Ini lah kehidupan..
Ada yang manis dan ada yang pahit.. hah..
tu tak tmbah lagi dgn yg tawar, masin dan segala mak nenek lagi lah... haha..
Merepek sudah!
Okey lah, enjoyyy ye..
Jangan lupa, tinggalkan lah jejak anda di sini.. huhhu..
Tegur saya kalau saya ada silap dan salah.. tq.
=)

ARYANA

 
Maaf Itu Sempurnakan Kasih
 
BAB 4
Tahun 2014...
Aryana mendukung anak lelaki Izzatie yang berumur setahun tiga bulan. Izzatie memandang wajah Aryana dengan senyuman terukir di bibir. Dia dapat melihat ciri-ciri keibuan yang ada pada gadis itu. Gadis itu sudah layak menjadi isteri dan ibu. Tetapi, mengapa gadis itu masih belum berkahwin?
Adakalanya dia turut tertanya-tanya, adakah Aryana masih lagi mengingati apa yang pernah berlaku lebih sepuluh tahun yang lalu. Entahlah, dia juga tak dapat nak teka.  Aryana terlalu berahsia apabila melibatkan soal hati dan perasaan.
“Comelnya anak akak. Semangat betul tubuh dia. Geramnya saya.” Aryana bersuara sambil mengagah anak Izzatie. Mengekek budak tu di buatnya. Izzatie tersenyum melihat telatah Aryana melayan anak sulungnya itu.
“Hai! Teringin ke?”
“Sape tak nak anak comel macam ni, kak? Mestilah teringin.” Tanpa mengetahui persoalan sebenar, Aryana tetap menjawab. Izzatie menepuk dahi perlahan. Budak ni tetap tak berubah. Slow!
“Kahwin la Ana kalau nak anak. Seronok apa kahwin!” Aryana tersengeh apabila mendengar ayat yang terluah dari bibir Izzatie. Buat apa kahwin kalau hati merana? Dia tertanya-tanya sendiri.
“Belum sampai seru lagi kak. Lagi pun, tak ada sape nak dekat Ana ni, kak.” Aryana memberi alasan. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu statusnya itu. Izzatie mengerutkan dahinya. Tak percaya dengan kata-kata Aryana. Tubuh ala-ala model. Rupa pula semula jadi cantik. Mungkin menurun dari arwah ibunya.
“Takkanlah tak ada orang nak dekat adik akak ni? Dekat Melbourne sana, tak ada ke mat saleh yang berkenan dekat Ana?” Izzatie berseloroh. Apabila mengenangkan bumi Melbourne, Aryana tersenyum. Ingatannya melayang kepada seorang jejaka Melayu yang menjadi temannya di sana.
“Hah! Tu tersenyum-senyum tu, ada lah ye? Melepaslah kau Fazli.”
“Hish! Apa lah akak ni. Ada pula sebut nama kawan tu. Muncul kang, Ana lari dulu.” Aryana tergelak sebelum berpusing ke belakang. Fazli! Dia telan liur. Tak sangka mamat tu boleh ada dekat situ. Izzatie tersengeh-sengeh. Anaknya di ambil dari pegangan Aryana. Aryana membulatkan mata kepadanya. Allah! Kak Tie ni memang sengaja nak kenakan aku! Hati Aryana terdetik.
“Kenapa Ana lari kalau jumpa abang?” Fazli menyoal. Pandangannya tajam menikam wajah Aryana. Aryana kelu. Soalan itu pernah di tanya suatu ketika dahulu. Oleh orang yang sama, cuma sebabnya sahaja yang berbeza. Aryana memutarkan anak matanya. Dia memang tak berniat langsung nak jawab soalan Fazli.
“Kak, Ana minta diri dulu lah ye. Dah petang sangat ni.” Aryana bangun dari duduknya. Izzatie terpana. Langsung tak menduga sampai begitu sekali gadis itu ingin melarikan diri dari Fazli. Izzatie hanya mampu mengangguk apabila Aryana telah pun menuju ke muka pintu.
 

Aryana melangkah pulang ke rumah peninggalan arwah atuk dan neneknya. Telefon yang bergetar dari dalam poket seluarnya di tarik keluar. Senyuman terukir di bibirnya saat membaca nama pemanggil.
“Aryana, you dekat mana ni?” Aryana tergelak mendengar soalan dari si pemanggil. Masih kelam kabut seperti sewaktu di Melbourne.
“I dekat Malaysia lah. You bila balik KL?” Terdengar gelak tawa Aqil.
“Teka I dekat mana sekarang ni?” Aryana ketawa lagi. Mesti Aqil dah balik Malaysia. Tak sabarnya nak jumpa kawan baik dia ni.
“You dekat KL kan?”
“Nope! I dekat Kelantan. Ambil I dekat airport cepat.” Aqil berkata. Ceria nada suaranya. Aryana membulatkan mata. Tak percaya dengan kata-kata Aqil tu. Bukan dia tak tahu yang Aqil ni suka sangat main-mainkan dia. Dah banyak kali dia kena!
“Tipu lah! Buat apalah you datang Kelantan kan.”
“Babe! I tak tipu you lah!” Serius nada suara Aqil. Aryana mengerutkan dahinya. Biar betul mamat ni?
“You main-main je kan?” Terdengar Aqil ketawa. Aryana tersenyum. Dia yakin sangat yang Aqil sekadar mempermainkan dia.
 
“Ana, damn serious I dekat Kelantan sekarang ni. Pick me up! I dekat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa ni!” Aryana ternganga. Kalau dah Aqil sampai tiga kali Aqil ulang benda yang sama, memang lelaki itu tak tipu.
“You buat apa dekat Kelantan?”
“You datang ambil I dulu. Lepas tu, I cerita the whole story, okey. Cepat sikit!” Talian di putuskan. Aryana menggelengkan kepala. Macam mana lah dia nak pergi ambil mamat tu? Bukannya dia ada kereta pun dekat sini! Masalah betul! Selamat bestfriend merangkap keluarga, kalau tak memang jangan harap lah dia nak susahkan diri pergi ambil dekat airport yang boleh tahan jauh juga dari rumah arwah Tok Ayah dengan Mak Tok. Nak tak nak, kenalah dia patah balik pergi rumah Izzatie.
 
Izzatie memandang Aryana pelik. Tadi rasanya gadis tu kata nak balik. Tapi tak sampai sepuluh minit, dia datang balik. Aryana yang tersengeh-sengeh itu membuatkan dia rasa sesuatu yang pelik.
“Pinjam kereta nak buat apa?” Izzatie menyoal. Aryana tersengeh tetapi tetap tidak menjawab soalan Izzatie.
“Adalah! Pinjam ek, kak.”
“Awak tu tak ada lesen. Macam mana nak bawa kereta?” Izzatie menyoal lagi. Aryana ni kepala otak dia bukannya betul mana pun. Aryana mencebik apabila Izzatie seakan-akan bermain tarik tali dengannya.
“Tak apa lah kalau macam tu. Saya naik motor arwah Tok Ayah aje lah.” Aryana pura-pura merajuk. Izzatie mengeluh lemah. Ada-ada aje modal Aryana ni.
“Yelah! Tapi ada syaratnya. Fazli yang tolong hantar Ana nanti. Macam mana?” Aryana ternganga mendengar syarat yang di berikan Izzatie. Laju tangannya menggaru pipinya.
“Ala! Hurm. Yelah!” Laju Izzatie menghubungi Fazli. Aryana memuncungkan bibirnya tanda protes. Sengaja je si Izzatie ni nak kenakan dia! Tidak sampai lima minit Izzatie menamatkan perbualan dengan Fazli, lelaki itu tiba di hadapan rumah Izzatie.
“Laju nya!”
“Ada dekat depan tu aje tadi.” Fazli berkata sambil memandang Aryana. Aryana sengaja buat-buat tak nampak renungan Fazli itu.
“Akak, kitorang pergi dulu ek. Bye.” Laju Aryana melangkah keluar sebaik sahaja kunci kereta milik Izzatie berada dalam genggaman Fazli. Fazli hanya mengekori Aryana menuju ke arah kereta Izzatie.
 
“Nak pergi mana ni?”
Fazli menyoal sebaik sahaja kereta mula di pandu keluar dari kawasan kampung mereka. Aryana menggigit bibir seketika.
“Airport.” Fazli mengeluh apabila hanya sepatah perkataan sahaja yang keluar dari mulut Aryana. Susah betul untuk memancing Aryana untuk berbicara panjang. Semakin lama dia rasakan semakin jauh gadis itu darinya.
“Nak ambil siapa?” Fazli mencuba mengajak Aryana berbual. Aryana mengeluh. Nak cakap terus terang ke, nak bohong?!
“Kawan.”
“Ana.. kenapa pergi dulu tak bagitahu abang?” Aryana memejamkan matanya. Kenapa mesti kisah yang dah reput dek di telan zaman di ungkit semula? Dia tak suka nak ingat segala benda yang berlaku yang ada kena mengena dengan lelaki itu. Lelaki yang pernah mengkhianati cintanya dahulu.
“Ingat tak, dulu abang kata kalau abang beli kereta, Ana lah orang pertama yang abang nak bawak pusing-pusing. Tapi..” Belum sempat Fazli meneruskan kata-kata, Aryana terlebih dahulu bersuara.
“Diam boleh tak?” Fazli tersentak.
“Kalau awak nak ungkit benda yang dah lapuk, saya tak nak dengar lah. Sudah-sudah lah tu. I'm not interested in listening to ramblings coming out of your mouth!” Kurang ajar bahasanya. Fazli menekan brek secara tiba-tiba. Aryana mengerling ke arah Fazli saat kereta itu terhenti di bahu jalan.
“Nur Aiman Aryana! What happen to you, huh? Kenapa sampai macam ni sekali Ana layan abang? Ingat sikit abang ni siapa! Mana hilangnya rasa hormat Ana pada abang? Lupa ke apa hubungan kita sekarang?” tinggi nada suara Fazli. Aryana melepaskan keluhan kasar. Hubungan itulah yang telah membuatkan dia merana selama ini.
“Rasa hormat saya pada awak pernah ada. Tapi itu dulu!” Fazli meraup wajahnya. Aryana kini bukan lagi Aryana yang pernah dia cintai dulu. Aryana di sebelahnya kini terlalu berbeza dengan Aryana yang amat dia kasihi.
“Abang..”
“Saya dah lambat ni. Kalau awak nak tolong bawa saya pergi airport, awak bawa kereta sekarang. Kalau tak nak, biar saya drive sendiri.” Aryana berkata perlahan. Dia benar-benar kusut saat itu. Fazli menarik nafas panjang. Dia kembali meneruskan pemanduannya. Radio di pasangnya. Lagu Takku Sangka Takku Duga dendangan Saleem memecah kesunyian di dalam kereta yang di pandu Fazli.
Dahulu engkau berikan cinta..
Mengapa kini engkau berubah?
Manakah janji.. Akan setiasa menanti..
Takku sangka, takku duga..
Perpisahan yang akan melanda..
Dah ku cuba, pertahankan.. Namun dirimu pergi jua..
Kau lontar cintaku di tepian.. Ku bagaikan hanyut di lautan..
Yang lemas di dalam percintaan..
Di pukul gelombang keresahan..
Mengalir air mataku.. Menemani malam sepiku..
Ku rindu saat bersamamu..
Sukarnya untukku melupakanmu..
Tanpa sedar, Fazli mengalirkan air mata saat lagu itu berkumandang. Sungguh! Lagu itu benar-benar kena dengan kehidupan yang di laluinya selama ini. Gadis yang di cintainya membawa diri gara-gara salah faham berlaku. Sekembalinya Aryana ke Malaysia, kekuatan yang dahulunya hilang mula kembali sedikit demi sedikit. Namun, gadis itu bukanlah gadis yang pernah menjadi miliknya dulu.
Aryana mengetap bibirnya. Tangisan Fazli melemahkan jiwanya. Lagu itu umpama luahan hati jejaka itu terhadapnya. Akhirnya dia memejamkan matanya. Cuba menenangkan perasaan sendiri agar tidak tewas dengan kasih sayang yang di berikan jejaka itu.
 
“You dekat mana?” Aryana menyoal Aqil sebaik sahaja kereta yang di pandu Fazli berjaya di parking. Fazli menjeling Aryana yang sedang berbicara di talian. Dia kemudiannya memejamkan mata seketika.
“I dekat Old Town White Coffee. You datang sini lah. Boleh minum-minum dulu.” Aryana melihat jam di pergelangan tangannya. Gila apa mamat ni? Dah masuk waktu solat maghrib kot!
“You ni reti tengok jam ke tak? Dah masuk maghrib lah!”
“Ye! Dekat sini kan ada surau. Kita solat dekat sini aje lah. You jangan nak banyak bunyi pula. Cepat lah!” Aqil berkata. Aryana menggelengkan kepalanya. Susah kalau bercakap dengan orang terlebih pandai ni. Asyik dia aje yang kena!
“Yelah. Tunggu kejap!” Aryana menamatkan perbualannya. Fazli di sebelahnya di pandang. Aik! Sempat lagi tidur mamat ni?! Serba salah pula dia untuk mengejutkan lelaki itu. Terpaksa lah juga! Kalau tak kejut, habislah solat maghrib dia langgar!
“Fazli, wake up!” Aryana memanggil dengan harapan Fazli akan tersedar. Seboleh mungkin dia tak nak bersentuhan dengan lelaki itu. Mujurlah Fazli sekadar terlelap aje. Terpisat-pisat Fazli membuka mata apabila terdengar namanya di panggil.
“Kita pergi solat dulu!” Aryana berkata sambil turun dari kereta. Tergesa-gesa Fazli mematikan enjin kereta dan keluar dari kereta. Langkah Aryana di kejarnya. Sebaik sahaja dia berjalan di sisi gadis itu, sempat dia menggenggam erat jemari Aryana.
“Lepaslah!” Fazli buat tak tahu. Aryana menarik tangannya dari genggaman lelaki itu. Tapi dia gagal. Sakit tangan dia bila Fazli genggam tangan dia macam nak patahkan aje jari-jemari dia tu.
“Kalau tak nak sakit, diam aje lah.” Fazli berkata perlahan. Aryana mendengus geram. Fazli tersenyum kecil. Aryana tak ada lah jenis yang suka melawan mana pun. Aryana tersenyum lebar saat matanya menjamah wajah Aqil.
Aqil berdiri sambil melambai ke arah Aryana. Berkerut dahi dia apabila melihat tangan Aryana di genggam erat oleh seorang lelaki. Dia tersenyum nipis. Mungkin inilah jejaka yang pernah Aryana maksudkan dahulu.
“Hi, babe!” Aqil memeluk Aryana. Tergamam Fazli dengan perlakuan Aqil itu. Aryana pula seakan-akan merelakan. Mendidih hati Fazli. Dia berdehem kuat. Aryana memutarkan bebola matanya. Aqil tersenyum. Tahu yang hati lelaki itu pasti sedang membengkak marah.. dan cemburu.
“Kita solat dulu lah. Kejap lagi baru makan.” Aryana memberi usul. Aqil tersenyum sambil mengangguk. Mereka berjalan menuju ke arah surau. Fazli sekadar berjalan di belakang Aryana dan lelaki yang tidak di ketahui namanya.
 
“You buat apa datang sini?” Aryana menyoal Aqil sebaik sahaja mereka selesai menunaikan solat. Hanya Fazli yang belum keluar dari surau. Aqil mengerutkan dahi seolah-olah soalan yang di tanya Aryana itu terlalu sukar untuk di jawab. Laju Aryana memukul bahu Aqil. Mengekek ketawa lelaki itu.
“I datang sini sebab ibu suruh I tengok-tengokkan her beloved daughter ni lah. Actually, I tak datang sorang tau. Adik pun ikut.” Aryana membeliakkan matanya. Tak sangka pula Aqilah turut berada di situ.
“Mana? I tak nampak dia pun.”
“Solat. Tadi dia pergi toilet, so I sms dia, cakap kita solat dulu. Hum. What’s up with him?” Aqil menyoal Aryana. Aryana pura-pura tak faham.
“Who?”
“Your beloved..” Belum sempat Aqil menghabiskan bicara, Fazli keluar dari surau. Serta-merta mereka berdua mendiamkan diri. Fazli menjeling ke arah Aryana.
“So, tak nak kenalkan abang dengan kawan Ana?” Aryana tersentak dengan soalan Fazli. Wajah Aqil di pandang lama. Aqil hanya tersenyum.
“Err.. Aqil, kenalkan ni Fazli.. Dia ni.. err..” Aryana tak tahu nak kenalkan Fazli ni sebagai apa padanya. Sebab pada dia, Fazli is nothing!
 “Kak Aryana!” Aryana berpaling ke arah datangnya suara itu. Senyuman lebar menghiasi wajahnya. Lega bila dia tak payah susah-susah nak perkenalkan Fazli pada Aqil sedangkan Aqil dah tahu siapa Fazli padanya. Hanya Fazli yang tak tahu siapa Aqil padanya.
“Rindunya dengan akak!” Tubuh Aryana di peluknya erat. Aryana membalas pelukan Aqilah. Dia pun rindukan gadis itu. Mereka lah yang banyak membantunya selama ini.
“Akak pun rindu Qila.” Fazli mengerutkan dahinya. Siapa pula perempuan ni? Dah lah mamat ni pun belum habis cerita lagi. Ni tambah lagi sorang! Serabut kepala Fazli dengan kehadiran dua makhluk Allah yang tak dia kenali itu.
“Hurm. Jom pergi makan. I dah lapar ni Ana.”
“Okey, jom.” Aryana menarik tangan Aqilah. Kelam kabut Aqilah menarik bagasinya. Apa yang di kejarkan Aryana pun dia tak tahu lah. Fazli dan Aqil mengekori kedua gadis itu dari belakang. Masing-masing hanya mendiamkan diri.
 

Rabu, 15 Januari 2014

Biar berkali ku ucap kata benci
Tapi hati ini sentiasa merindu
Berkali kali hati ini parah
Namun dia masih tetap padamu...

Adakala akal mula menafi realiti
Tapi hati ini tetap membelamu
Dia berkata kepada akal
Sekali hati ini menjadi milikmu
Selamanya begitu...

Aku...
Bukanlah insan yang mudah memberi hati
Namun...
Sekali kau menerima...
Kau akan terus memiliknya..
Jangan pernah kau sia-siakan hati itu
Kerana sekali kau melukakannya,
Maka berkali-kalilah titik hitam mula tertanam di hati itu..

Pernah aku mencuba..
Membuang rasa yang amat kukuh terpahat di hati sanubari ini..
Berkali-kali aku membohongi diri sendiri..
Berharap agar ketenangan itu menghampiri..
Namun semakin jauh ia pergi..

Isnin, 13 Januari 2014

Maaf Itu Sempurnakan Kasih bab 3

Assalamualaikum wbt..
kpd yg sudi dtg dan menjengah blog den...
den ucap berbanyk trima kasih..
MISK ni masih belum tahu hujung pangkalnya..
kalau penulis lain dh ado draft tuk jln crita sesuatu crite,
sy lak masa nk tulis bru lah draft tu ada..
kihkihkih..
tp xapa lah..
budak baru blajar bertatih kan...

ok lah.. x mo cakap pnjang2..
layanzz!!
(jgn lupa komen2 ye)..

Maaf Itu Sempurnakan Kasih
 
Aryana
 
BAB 3
Aryana melangkah perlahan menuju ke kantin. Dia ingin makan terlebih dahulu sebelum kelas tambahan bagi pelajar tingkatan 3 bermula. Syafikah yang membantu ibunya di kantin tersenyum memandang Aryana. Dia melangkah menghampiri rakannya itu.
“Nak makan ke?”
“Hurm. Makan dulu lah. Kejap lagi extra class dah nak mula. Sempatlah makan lepas tu baru solat.” Aryana berkata. Dia berjalan ke kaunter kantin untuk memilih makanan.
“Subject apa hari ni?”
“Mathematics!” Sepatah Aryana menjawab. Syafikah menganggukkan kepala. Dia kemudiannya memandang wajah Aryana.
“Siapa lelaki yang ambil kau hari tu ek? Aku lupa nak tanya kau.”
“Cikgu Fazli!” Aryana tergelak. Syafikah mengerutkan dahinya. Kalau tak salah dia, mana ada guru yang bernama Fazli di sekolah mereka itu. Kalau senior-senior, adalah juga.
“Kau kelentong aku ek? Mana ada cikgu Fazli dekat sekolah ni.” Aryana mengangguk.
“Fazli form 4 lah. Dia tolong hantarkan aku balik.”
“Amboi! Cepat kau tangkap!” Aryana memandang Syafikah pelik. Tangkap? Tangkap apa? Dia tak memahami apa yang Syafikah cuba untuk sampaikan. Dia menghulurkan wang kepada emak Syafikah selepas mengambil nasi goreng.
“Maksud kau?” Dia tercari-cari meja yang kosong. Enggan bersesak-sesak dengan pelajar lain. Syafikah setia mengekorinya. Sebaik sahaja dia duduk, wajah rakannya itu di pandang meminta penerangan.
“Maksud aku, tangkap abang-abang senior lah!” Terjegil mata Aryana. Gila apa minah ni? Bila masa pula dia nak ‘tangkap’ abang senior ni?!
“Oit! Mulut kau tu jaga sikit ek! Tak ada kerja aku nak buat macam tu. Merepek aje kau ni!” Syafikah tersengeh macam kerang busuk. Aryana menjeling sekilas ke arah Syafikah. Kata-kata hinaan yang di lemparkan kepada oleh Izzatie kembali terngiang-ngiang di telinganya. Terlalu sukar untuk memadamkan peristiwa itu di ingatannya.
 
“Berangan!” Aryana tersentak. Dia tercari-cari wajah Syafikah, namun yang ada di hadapannya hanyalah Fazli. Entah bila lah jejaka itu berada di hadapannya dia pun tak sedar. Nasi goreng yang masih banyak bersisa di dalam pinggan kembali di suapkan ke dalam mulut.
“Nak sikit.”
“Hah? Apa dia?” Terjegil mata Aryana. Dah buang tebiat apa mamat ni? Tiba-tiba aje minta nasi orang! Nak beli sendirilah! Getus hati Aryana. Fazli tak menghiraukan soalan Aryana sebaliknya dia menarik sudu dari tangan Aryana dan menyudu nasi goreng itu.
 
“Awak!” Terjerit kecil Aryana dengan reaksi Fazli itu. Tak percaya langsung yang jejaka itu akan sanggup membuat begitu. Fazli mengerutkan dahinya.
“Yang awak terjerit-jerit ni kenapa?”
“Kenapa awak makan nasi goreng saya?” Fazli terus menyuapkan nasi goreng itu. Dia betul-betul lapar. Bila dah nampak Aryana punya nasi goreng, dia makan aje lah!
“Sorry.. Saya dah lapar sangat dah ni. Tadi rehat tak sempat nak makan. Pergi pinjam buku dengan cikgu. Nah, ambillah. Untuk buat ulangkaji nanti.” Serentak itu juga dia menghulurkan dua buah buku rujukan novel kepada Aryana. Aryana menjuihkan bibirnya. Tak jadi nak halang bila dengar yang Fazli tak sempat makan kerana pergi ambil buku untuknya. Dia memang sangat memerlukan buku-buku rujukan itu. Disebabkan silibus pelajaran di Kuala Lumpur dan Kelantan berbeza, dia terpaksa membuat ulangkaji sendiri.
“Selamatlah ada alasan kukuh!” Fazli ketawa kecil. Dia menyudu lagi nasi di dalam pinggan. Tetapi kali ini dia tidak terus menyuap ke dalam mulut sebaliknya sudu itu di dekatkan ke mulut Aryana. Terkejut Aryana dengan tindakan Fazli itu.
“Tak nak!” Gila apa nak bersuap?! Dah lah dalam kawasan sekolah. Mengundang tohmahan lagi adalah! Fazli mengangkat bahunya. Dia kembali menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Aryana menggelengkan kepalanya. Memang sah lelaki ni gila!
“Ada kelas ek?” Fazli menyoal. Aryana mengangguk. Fazli membulatkan bibirnya tanda menyebut ‘oh’.
“Jangan lupa letak pinggan tu dalam besen. Saya nak pergi solat dulu. Bye.” Aryana bangun dan berjalan menuju ke surau. Fazli tersenyum nipis. Dia sebenarnya terkejut juga bila berani menyudu nasi kepada gadis itu. Tergeleng-geleng kepalanya. Kau dah gila ni!
 
Aryana berjalan menghampiri Tok Ayahnya yang sedang membaca surat khabar. Kalau nak di bandingkan dengan Mak Tok, Tok Ayah lebih pendiam. Tapi dia tak kisah. Sebab yang pentingnya, Tok Ayah dengan Mak Tok sama-sama sayangkan dia. Kadang-kadang, ada juga rindu yang menyapa hatinya terhadap papa. Apa lah yang papa tengah buat sekarang ni? Aryana mengeluh.
“Kenapa dengan cucu Tok Ayah ni? Ada masalah ke, Ana?” Tok Ayah menyapanya. Aryana tersengeh apabila sedar yang dia dah agak jauh mengelamun.
“Tok Ayah, macam mana ek papa boleh jumpa dengan bonda?” Tok Ayah memandang Aryana pelik. Aryana tersenyum.
“Kenapa tiba-tiba aje tanya ni?”
“Tak ada lah. Ana cuma nak tahu aje. Tok Ayah cerita lah macam mana diorang jumpa.” Aryana berkata lagi. Nak juga dia tahu macam mana kisah cinta mereka bermula. Selama ni, dia hanya di suapkan dengan perkara buruk aje tentang kisah papa dan bondanya. Dan semua itu mestilah Datin Sarimah yang bercerita. Sebenarnya bukanlah bercerita, tapi lebih kepada mengungkit dan mencerca. Tok Ayah mengusap lembut kepalanya.
“Papa kenal dengan bonda Ana masa dekat universiti.”
 
Adrianna membeliakkan matanya. Wajah jejaka yang melanggarnya itu di tenung lama. Aryan telan liur. Sungguh dia tak sengaja melanggar gadis di hadapannya itu. Baju kurung berwarna putih berbunga merah yang di pakai gadis itu di pandangnya.
“Sorry.. sorry. I betul-betul tak sengaja terlanggar you.” Aryan bersuara memohon maaf. Adrianna mengetap bibirnya. Menyesal pula dia pakai baju warna putih hari tu. Dah lah yang tumpah dekat baju dia tu air kopi!
“Habis kotor baju saya! Semua ni salah awak!” Adrianna sebak. Menitis air matanya. Aryan semakin kalut. Alamak! Aku nak buat macam mana ni? Dia berjalan menghampiri Adrianna.
“I’am so sorry. Please! Don’t cry. Okey! Macam ni.. I belikan you baju baru. Ganti baju yang dah kotor ni.” Semakin kuat tangisan Adrianna. Baju tu bukannya boleh di tukar ganti dengan baju lain walaupun serupa. Tu baju yang di hadiahkan emak dan ayahnya sempena hari lahirnya baru-baru ini.
“You.. Please, stop crying! I’am so sorry, okey..” Aryan memujuk. Malu juga dia apabila mereka berdua menjadi tumpuan beberapa pasang mata. Mujurlah sekarang ni dah hampir pukul sepuluh malam, jadi pelajar-pelajar yang lain tidak ramai yang berada di kantin.
“Awak ingat baju ni boleh ganti dengan baju lain ke? Ni hadiah dari mak dengan ayah saya tau.” Adrianna bersuara perlahan. Aryan mendiamkan diri. Dia tahu tu salah dia. Saat tangisan Adrianna reda, barulah dia kembali bersuara.
“I minta maaf.” Adrianna mengangkat wajahnya. Dia mengeluh perlahan. Malu pula apabila mengenangkan yang dia menangis hanya kerana air tertumpah pada baju. Wajah lelaki yang melanggarnya sebentar tadi di pandang.
“Hurm. Yelah!” Aryan tersenyum.
“Err.. Pasal baju you ni, esok I bawa you pergi beli baju lain. Okey?” Adrianna memandang wajah Aryan. Boleh percaya ke dengan mamat ni? Entah-entah dia ni ada niat tak baik! Berkerut dahinya memikirkan segala kemungkinan yang boleh berlaku.
“Thanks.. but no thanks!” Adrianna bangun dan segera berlalu dari situ. Bajunya yang kotor tidak di pedulikan lagi. Dia tak nak berlama-lama duduk dengan lelaki yang tidak di kenali. Aryan tersengeh pelik apabila gadis itu seakan-akan kelam-kabut pergi.
“Weird!”
 

Aryana menutup diari arwah bondanya yang di berikan oleh Tok Ayah kepadanya. Dia tersenyum nipis saat membaca luahan hati arwah bondanya itu. Perkenalan antara kedua ibu bapanya hanyalah bermula secara tidak sengaja.
“Ana.. jom makan.” Mak Tok memanggilnya.
“Ye, Mak Tok.” Aryana memandang diari itu sebelum meletakkannya di atas katil milik arwah bondanya. Dia melangkah keluar dari bilik itu.
“Hah! Dah baca?” Tok Ayah menyoalnya. Aryana hanya tersenyum. Masih banyak lagi yang belum dia baca. Hanya pertemuan pertama sahaja yang sempat dia baca.
“Hurm. Tok Ayah, arwah bonda di kebumikan dekat mana? Ana tak pernah pun pergi kubur arwah bonda.” Aryana menyoal Tok Ayahnya. Dia dapat melihat reaksi Mak Tok dan Tok Ayahnya yang saling berpandangan saat soalan itu di ajukannya.
“Ana tak pernah ziarah kubur arwah?”  Aryana menggeleng. Setiap kali hari raya, dia hanya di benarkan duduk di rumah bersama uncle Farouq iaitu pemandu papanya. Dan dia juga pasti yang papanya juga tidak pernah menziarahi pusara arwah bonda. Bukan sebab papa tak nak, tapi sebab mama tak benarkan.
“Mama tak bagi Ana keluar pun masa raya. Papa ada pernah juga janji nak bawa Ana ziarah kubur arwah bonda..” tapi sampai sekarang semua tu hanya tinggal janji. Aryana tersenyum kelat. Nasi di dalam pinggannya di tenung seketika sebelum di suapkan ke dalam mulut. Tok Ayah mengerling ke arah Mak Tok. Langsung tidak menyangka sampai begitu sekali Aryana di perlakukan.
“Ana, hari jumaat ni Mak Tok dengan Tok Ayah bawa Ana ziarah kubur arwah bonda, nak?” Tok Ayah bertanya lembut.
“Betul ke Tok Ayah? Nak nak nak!” Aryana membulatkan matanya. Akhirnya dia akan dapat menziarahi kubur arwah bondanya. Tok Ayah dan Mak Tok tersenyum kecil. Kasihan cucunya itu. Kasih sayang seorang wanita bergelar ibu tidak pernah di rasai sepanjang hayatnya. Mujurlah mereka masih ada.
Dia juga bersyukur Datin Sarimah memaksa Datuk Aryan meletakkan Aryana di bawah jagaan dia dan isterinya. Tujuan Datin Sarimah untuk memisahkan Aryana dengan papanya memberi peluang buat dia dan isterinya memberi kasih sayang kepada cucunya yang tidak bersalah itu. Kali ini Datin Sarimah tersilap percaturan dalam menghadiahkan kesengsaraan kepada cucunya itu.
 
Izzatie duduk sendirian di atas pangkin. Sejak kemasukan Aryana di sekolahnya, tumpuan rakan-rakan mahupun guru-guru semakin beralih kepada gadis itu. Yang paling meyakitkan hatinya, Fazli juga semakin dingin dengannya. Kalau dulu, boleh di katakan hampir setiap minggu mereka mengulangkaji pelajaran bersama. Tapi kini, jejaka itu lebih memberikan tumpuan pada Aryana.
“Hai. Lama dah kau tunggu aku?” Izzatie tersentak. Tidak sedar dengan kehadiran Fazli. Izzatie tersenyum nipis.
“Apasal kau lambat?”
“Aku yang lambat ke kau yang tercepat ni?” Fazli menyindir. Izzatie memutar bebola matanya.
“Ye lah! Asyik-ayik aku juga yang kena balik kan. Hah! Apasal kau nak jumpa aku ni? Biasa kalau aku ajak study macam dulu-dulu kau tak nak! Ni mimpi apa kau nak jumpa aku?” Izzatie menyoal. Fazli sekadar mengangkat bahu. Dia sebenarnya ada hal yang hendak di bicarakan secara empat mata dengan Izzatie.
“Kau cakap apa dekat Ana tentang kita?” berubah riak wajah Izzatie.
“Jadi, kau nak jumpa aku ni hanya sebab tu?” Dia mengeluh kasar. Hatinya mendidih marah. Fazli mengeluh lemah. Dia pun tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia. Yang dia tahu, dia tak akan biarkan sesiapa pun mengganggu Aryana.
“Aku cuma nak tahu. Aku tak nak lah kita gaduh berpunca dari hal yang kecil.”
“Kenapa kau back up sangat minah tu? Sejak dia datang kampung kita ni, kau langsung tak pedulikan aku lagi dah. Kalau dulu kita study sekali, sekarang ni nak nampak batang hidung kau pun susah tau. Ke kau dah suka dia sebab bapak dia kaya? Jadi, kau boleh lah tumpang senang dia kan?!” Fazli memejamkan matanya seketika. Cuba bertenang.
“Apa kau merepek ni?”
“Aku suka kau! Dari dulu lagi! Tapi kau tak pernah ambil peduli. Salah ke kalau aku bagi amaran pada Aryana supaya jangan jadi macam mak dia yang perampas tu! Memang padan muka mak dia mati macam tu!” Serentak itu juga tangan Fazli hampir sahaja naik ke wajah Izzatie.
 

“Awak!”
Aryana terjerit. Langsung dia tak sangka yang Fazli berani akan berani untuk memukul Izzatie. Mujurlah dia cepat, kalau tak memang berbekas tapak tangan lah dekat pipi Izzatie yang gebu tu.
“Kau dah lebih Tie!” Aryana segera mendapat Fazli. Tangan lelaki itu di tariknya. Makin lama Fazli di situ, entah apa lagi akan jadi. Izzatie seakan-akan tergamam.
“Apa awak buat ni? Gila ke?” Aryana menyoal kasar. Fazli berjalan laju tanpa memandang ke arah Izzatie mahupun Aryana. Aryana mengeluh lemah. Sikap lelaki itu sukar untuk di teka.
“Fazli!”
“Apa?” Kasar suara Fazli menyoal. Aryana mengejar langkah Fazli yang agak jauh di hadapannya.
“Kenapa dengan awak ni? Apa salah dia sampai awak naik tangan dekat dia? Dayus ek nak tampar perempuan?” Fazli berhenti melangkah sebaik sahaja tiba di bendang tempat pertemuan pertamanya dengan Aryana. Dia duduk bersila di atas rumput. Aryana turut sama duduk di sebelah Fazli.
“Kenapa sampai macam tu sekali sikap Izzatie berubah? Selama ni dia lemah lembut, sopan. Tapi kenapa tiba-tiba aje dia berubah?” Soalan Fazli itu hanya mampu Aryana jawab dengan menjungkitkan bahunya. Mana lah dia tahu kenapa perempuan tu boleh berubah!
“Tanyalah dia! Tanya saya buat apa. Bukannya saya boleh jawab pun.” Fazli mengeluh. Izzatie suka dia? Dari dulu lagi?
“Awak, saya tahu awak marah dia sebab dia hina saya. Hina arwah bonda saya. Tapi biarkan je dia tu. Saya tak kisah pun apa yang dia cakapkan tu. Awak tak payah lah nak perbesarkan hal ni.” Aryana berkata apabila Fazli tidak membalas kata-katanya. Bukan dia tak dengar apa yang Izzatie katakan. Memang gadis itu melampau, tapi mulut orang memang kita tak boleh tutup.
“Kau ni memang tak ada perasaan ke?” Panggilan kau kembali di gunakan.
“Kenapa pula awak kata macam tu? Awak ada nampak ke perasaan saya ni ada ke tak?” Aryana menyoal pelik. Sebenarnya, dia faham je apa yang Fazli cuba sampaikan. Tapi malaslah dia nak kecoh-kecoh.
“Dah tu, orang kata macam-macam dekat kau dengan arwah bonda kau pun kau still boleh relax. Bukan ke tak ada perasaan macam tu?” Aryana tergelak perlahan. Fazli ikut sama tersenyum. Nampak gayanya, angin Fazli semakin baik.
“Dekat sini ada jual ABC tak?”
 

 
Aryana memandang Fazli tidak percaya. Mesin pengisar ais di hadapannya di pandang bersilih ganti dengan wajah Fazli. Jangan cakap mamat ni nak buat ABC sendiri! Fazli berjalan menuju ke arah peti ais. Pintu peti ais di buka dan satu persatu barang-barang bagi membuat ABC di keluarkan.
“Awak nak buat apa ni?”
“Laa.. Tadi kata nak makan ABC. Nak buat lah ni.” Fazli menjawab bersama senyuman manis di bibirnya. Terpana sekejap Aryana apabila melihat senyuman Fazli itu. Baru hari ni dia nampak Fazli tu sweet sangat kalau tersenyum.
“Awak nak buat sendiri?”
“Ye lah! Ambil ais dalam  freezer tu.” Fazli mengarah Aryana sambil tangannya lincah memasukkan cendol dan jagung serta beberapa jenis lagi bahan-bahan untuk menyedapkan lagi ABC yang akan dibuatnya.
“Mana awak belajar buat ABC ni?” Aryana bertanya apabila melihat Fazli seakan-akan tidak kekok dalam membuat ABC. Teruja juga dia bila melihat ais yang di kisar mula jatuh ke dalam cawan.
“Saya meniaga ABC dekat pasar malam.” Fazli bersuara tenang. Aryana menganggukkan kepalanya tanda memahami. Dia lupa yang Fazli ni kan kerja untuk mendapatkan duit.
“Nah, rasalah!” ABC yang telah siap di hulurkan kepada Aryana. Dia mengambil ABC yang selebihnya lalu di berikan kepada adik-adiknya. Aryana memandang gelagat Fazli itu dengan senyuman nipis. Penyayang juga mamat ni! Detik hatinya.
“Macam mana?”
“Sedap!” Fazli tersenyum apabila melihat Aryana makan dengan berselera sekali. Macam tak pernah jumpa ABC pula! Fazli mencapai tisu dan menghulurkannya kepada Aryana.
“Thanks. Sedap gila tau tak!”
“Tengok orang lah! ABC tu sedap sebab orang yang buat ABC tu handsome.” Fazli berkata. Tersembur ABC yang di makan Aryana. Habis wajah Fazli kotor gara-gara semburan Aryana. Aryana telan liur. Tu lah, sape suruh perasan sangat kan dah tersedak dia di buatnya.
“Awak, sorry!” Aryana mengambil tisu lalu mengelap wajah Fazli. Fazli membuka matanya dan pandangan mereka bersatu. Timbul getar di hati Aryana saat itu. Segera dia menjatuhkan tangannya dari wajah Fazli. Astaghfirullah al adzim! Kenapa dengan aku ni?! Aryana kembali duduk. Fazli menghampiri Aryana. Liur di teguk. Banyak pula air liur ni!
“Mulut awak.. comot.” Serentak itu tangannya mengelap perlahan mulut Aryana. Aryana rasa nak pengsan saat tu jaga. Memang gilalah perasaan yang tiba-tiba je muncul dalam diri dia. Lain macam! Scary!!


Jumaat, 10 Januari 2014

Maaf Itu Sempurnakan Kasih bab 2

assalamualaikum wbt..
kepada yg sudi jengah ke mari, sy ucpkan bnyk2 terima kasih..
bnyk kekurangan lg dlm karya sy..
dan sy sgt memerlukan bantuan2 para senior..
sila lah komen dan betulkan apa yang slah pd karya sy..

selamat membaca..
segala yang baik datangnya dari Allah SWT..
dan segala kekurangan, datangnya dari saya..
enjoy all!!
=D


Fazli
 
 

Maaf Itu Sempurnakan Kasih
 
BAB 2
 
 
Aryana duduk di pondok yang terletak berhampiran dengan padang sekolah barunya itu. Jika hendak di bandingkan sekolahnya yang dulu dengan yang sekarang, memang jauh beza. Ibarat langit dengan bumi. Mana taknya, sekolah lamanya di Kuala Lumpur merupakan sekolah swasta yang di lengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan. Di sini pula hanyalah sekolah kerajaan yang hanya biasa-biasa sahaja. Tapi dia seronok berada di sini.
Jika dahulu, semua rakan-rakannya hanyalah anak orang yang berada. Jika anak orang kebanyakan bersekolah di situ, pasti mereka akan di perhambakan oleh anak-anak orang kaya. Dia juga pernah mengalami semua itu. Mujurlah ada Ainul. Gadis itu tidak pernah kisah untuk berkawan dengan sesiapa jua. Anak orang kaya atau miskin, dia tetap layan sekata.
“Woi! Berangan!”
“Mak!!” Aryana terjerit kuat. Selamat tak tergolek dia. Dadanya di urut perlahan. Terbeliak matanya memandang Syafikah. Gadis itu tergelak melihat dia yang terkejut.
“Suka sangat terkejutkan orang! Kalau aku ada sakit lemah jantung macam mana? Tak ke mati terus?” Aryana pura-pura marah. Ala! Bukannya dia marah betul pun. Main-main aje.
“Sorry lah.  Aku ingatkan kau perasan aku sampai sini. Hurm. Asal kau tak balik lagi? Tok Ayah kau tak datang lagi?” Aryana menggelengkan kepala. Hari ni, Mak Tok dengan Tok Ayah keluar pergi bandar sekejap. Pergi beli barang dapur.
“Tak. Tok Ayah dengan Mak Tok pergi beli barang dapur. Yang kau kenapa tak balik lagi?” Aryana menyoal Syafikah pula. Kemudian menepuk dahinya. Terlupa yang mak Syafikah ni bekerja dekat kantin sekolah. Selagi waktu rehat sesi petang belum tamat, selagi tu lah mak dia dengan dia-dia sekali tak balik.
“Kau ni! Tua dah ke? Hish!” Selamba dia meluku kepala Aryana. Aryana mengaduh perlahan. Padahal tak sakit pun. Saja aje nak berlakon. Belum pun sempat Aryana membalas semula, sebuah motor Honda bulat membunyikan hon. Aryana dan Syafikah memandang ke arah motor itu. Terlopong mulut Aryana apabila dia melihat gerangan yang membawa motor itu. Syafikah menolak bahu Aryana di sebelahnya.
 
“Beb, sape tu?” Aryana tak menjawab soalan itu. Dia melangkah menghampiri lelaki itu. Nampak gayanya, memang lelaki itu membunyikan hon kepadanya.
“Err.. Awak buat apa dekat sini?”
“Aku sekolah dekat sini. Hurm. Tok Ayah suruh aku hantar kau balik. Jom lah.” Fazli berkata. Helmet di hulurkan kepada Aryana. Teragak-agak Aryana mengambil helmet yang di hulurkan. Seakan tidak percaya dengan apa yang di perkatakan Fazli.
 
“Awak biar betul?”
“Betullah! Cepat sikit! Aku tak solat lagi ni.” Aryana berlari anak mengambil beg dan buku-bukunya. Sempat dia berbisik kepada Syafikah.
“Weyh! Jumpa esok. Aku balik dengan mamat tu. Bye.” Syafikah hanya sekadar mengangguk.
 
“Awak, kenapa Tok Ayah suruh awak ambil saya?”Aryana menyoal Fazli saat motor yang dinaiki mereka berada di tengah jalan raya. Mujur juga Fazli membawa motor dengan perlahan. Kalu bawa laju, entah-entah dengan dia-dia sekali terbang. Huh! Dia tak nak mati lagi. Dia nak belajar tinggi-tinggi.
“Tok Ayah takut kalau dia lambat balik. Dia pergi rumah orang meninggal. Mak Tok ada dekat rumah. Tu yang Tok Ayah suruh aku ambil. Lagi pun, kebetulan aku sekolah sama dengan kau.” Fazli bersuara sedikit kuat. Cuba melawan bunyi angin yang kuat saat memandu.
“Owh. Kenapa selama ni saya tak pernah nampak awak dekat sekolah ek? Dah dekat 2 bulan saya belajar kat situ.” Macam mana dia boleh tak tahu yang Fazli tu sekolah sama dengan dia? Haih! Tak boleh jadi betul.
“Kau, kalau dah berjalan, mana tengok kiri kanan dah. Aku jalan sebelah kau pun kau tak perasan.” Fazli menempelak. Aryana mencebik. Tapi dia memang kena akui yang dia kalau dah berjalan, memang tak tengok kiri kanan dah. 
“Hurm. Ye lah. Cuba awak fikir ek.. Kalau berjalan tapi tak pandang depan, mesti terjatuh. Sebabnya, kalau ada kayu ke apa ke, mesti terlanggar. Jadi, baiklah saya pandang depan aje. Betul tak?”
“Habis tu, kalau kau nak lintas jalan? Kau main redah aje ke?  Tak kan!! Mesti kena tengok kiri, kanan lepas tu kiri balik. Bila dah yakin kereta tak ada, baru melintas kan?  So, same goes to it. Faham?” Amboi! Speaking London la pula dia ni. Aryana tergelak kecil. Betul juga apa yang Fazli katakan.
“Awak, boleh tak kalau awak jangan bahasakan kau aku dengan saya? Kasar sangat lah. Awak panggil saya Ana aje lah. Nampak lah sopan sikit! Ni tak, macam samseng aje.” Aryana berkata lagi. Fazli terdiam. Tak tahu nak balas apa.
Fazli menghentikan motor apabila tiba di halaman rumah Tok Mak Aryana. Aryana turun dari motor. Helmet separuh bulat itu di cabut dari kepalanya dan di hulurkan kepada Fazli. Laju Aryana berlari ke dalam rumah selepas mengucapkan terima kasih kepada Fazli.
Fazli hanya melihat telatah Aryana bersama gelengan kepala. Umur dah 15 tahun, tapi perangai macam budak umur 5 tahun! Dia tersenyum sebelum menepuk dahinya. Solat Zohor dia belum tunaikan lagi. Laju dia memecut untuk pulang ke rumahnya pula.
 
“Tolong kak... Jangan seksa saya macam ni.. Kesiankanlah saya, kak!” tangisan itu benar-benar sayu. Wajah bengis itu di pandangnya. Dia seakan-akan pernah melihat wajah itu. Mama!!
“Kau nak aku kesiankan kau? Perempuan macam kau tak layak di kesiankan! Perampas!” Tamparan hinggap di wajah jelita wanita yang sedang mengandung itu. Tidak cukup dengan itu, sepakan demi sepakan hinggap di tubuh dan perut wanita itu.
“Allahuakhbar! Allah!”
“Kau ingat kau jerit panggil Allah, Allah boleh tolong kau ke, hah?” Seakan tiada akidah Sarimah bersuara. Rambut Adrianna di tarik mendekati wajahnya.
“Eh, perempuan! Kau dengar sini. Sampai mati pun aku tak akan maafkan kau. Anak dalam perut kau ni, aku akan biarkan dia hidup. Tapi aku bersumpah! Aku tak akan biarkan dia hidup bahagia. Aku akan seksa dia lebih dari aku seksa kau.” Rambut Adrianna di lepaskan. Kepala wanita di tonyoh kuat.
“Kak.. Ja.. jangan sek..sa anak sa.. saya..” Lemah Adrianna bersuara. Tidak terdaya lagi untuk bangun. Dia dapat merasakan cecair mengalir dari celah-celah pehanya. Tidak putus-putus dia menyebut Allah. Sarimah tergelak jahat. Puas hatinya melihat madunya itu terbaring lemah di lantai rumah.
 
“Ana.. Bangun.. Dah dekat maghrib ni. Mengigau budak ni!” Tok Mak menggoyangkan tubuh Aryana yang sedang meracau dalam tidurnya. Peluh sudah membasahi wajahnya.
“Bonda..  bonda..” Aryana meracau. Mak Tok menepuk lengan Aryana. Seketika kemudian, mata Aryana terbuka. Wajah Mak Tok di pandang pelik. Peluh yang membasahi wajahnya di kesat perlahan.
“Ana, kenapa tidur senja-senja macam ni? Kan dah mengigau. Hurm. Pergi mandi dulu. Kejap lagi kita solat berjemaah dengan Tok Ayah.” Mak Tok mengusap lembut rambut Aryana. Wajah Aryana di pandang lembut. Aryana sekadar mengangguk. Air mata yang mula bergenang di tubir matanya sedaya upaya di tahan. Enggan mengundang kerisauan Mak Tok.
“Ana pergi mandi dulu.” Mak Tok mengangguk. Bukannya dia tak nampak air mata yang bergenang di mata cucunya itu. Dia juga dengar apa yang di racaukan Aryana. Pasti cucunya itu bermimpikan arwah bondanya lagi.
Aryana memandang biasan wajahnya di cermin yang berada di dalam bilik mandi. Menurut papanya, wajahnya seiras arwah bondanya. Dia tersenyum sambil menyeka air mata yang mula mengalir di pipinya.
“Bonda, Ana tak akan maafkan mama.” Terluah juga kata-kata itu dari mulutnya. Dia tahu dendam Datin Sarimah terhadap dia dan arwah bondanya masih kekal. Dan dia yakin, dendam itu hanya akan padam setelah dia mati.
“Satu hari nanti, mama akan melutut dan merayu di kaki Ana supaya Ana memaafkan mama. Hingga saat itu tiba, Ana akan biarkan mama buat apa sahaja pada Ana.” Aryana berkata. Datin Sarimah pasti akan menerima balasan yang setimpal dengan segala perbuatan yang pernah dia lakukan dahulu. Hanya cepat atau lambat. Saat itu pasti akan tiba juga. Aryana pasti tentang itu.
 
“Hey, budak bandar!”
Aryana tersentak. Tiba-tiba sahaja dia di kelilingi oleh 5 orang pelajar perempuan. Kalau tak silap dia, mereka semua merupakan seniornya. Syafikah kata, mereka berlima ni merupakan student hot sekolah itu. Tak tahu lah hot sebab apa. Sebab pandai atau sebab lawa. Tapi dia akui, mereka berlima memang cantik. Terutama sekali Izzatie, ketua di antara mereka berlima.
“Err.. Kau panggil aku ke?”
“Dah tu, ada budak bandar lain ke kat sini?” Sinis Izzatie bersuara. Aryana tersenyum. Dia pun tak tahu bila masa pula dia tukar nama dari Nur Aiman Aryana kepada ‘budak bandar’.
“Ada apa?”
“Aku nak kau jauhkan diri kau dari boyfriend aku!” berkerut dahi Aryana. Siapa entah boyfriend minah ni? Alahai! Wajah Izzatie di pandangnya.
“Macam ni lah.. Aku minta maaf kalau aku ada ganggu kau dengan kawan-kawan kau. Aku kenal pun tak siapa boyfriend kau,  macam manalah aku nak kacau.” Aryana berkata. Dia tak nak lah cari gaduh dekat sini. Izzatie mendengus.
“Kau dengan mak kau sama aje perangai! Perempuan perampas!” Aryana tersentak. Wajah Izzatie di pandang tajam. Kalau betul secara tak sengaja dia ada mengganggu hubungan gadis di hadapannya ini, kenapa mesti arwah bondanya di kaitkan sama?!
“Kau ingat, kalau kau pandang aku macam tu aku akan takut, jangan harap! Aku tak akan takut pada perempuan murah!” Izzatie mengherdik lagi. Aryana melangkah menghampiri Izzatie.
“Jangan hina arwah bonda aku! Dia dah meninggal pun. Ni antara aku dengan kau, jadi jangan kaitkan dengan arwah bonda aku.” Aryana berjalan meninggalkan Izzatie. Sempat dia melihat senyuman sinis di wajah gadis yang telah menghina arwah bondanya itu. Sakit di hatinya hanya Allah saja yang tahu.
“Dengar sini! Ini amaran terakhir aku. Jangan dekat dengan Fazli! He’s mine!” Aryana tersenyum sebagai usaha untuk menutup luka di hatinya.
“Kalau itu boleh membahagiakan kau.. InsyaAllah.” Aryana meneruskan langkahnya yang terbantut. Air matanya yang mula mengalir di sekanya. Biar lah apa yang orang hendak katakan. Satu hari nanti, kebenaran akan terbongkar juga.
 
Seminggu dia tak bertemu Aryana. Kali terakhir dia berbicara dengan Aryana adalah ketika dia menghantar gadis itu pulang ke rumah dulu. Kalau dekat sekolah pula, setiap kali dia cuba mendekati gadis itu, laju sahaja Aryana hilang. Ada juga dia cuba mengingati kembali adakah dia ada membuat salah terhadap Aryana. Tapi, dia rasa tak ada.
“Ana!” Fazli menjerit memanggil Aryana saat gadis itu melintasinya yang sedang duduk di pondok dalam kawasan sekolah. Aryana berpaling namun kemudiannya dia melangkah laju. Fazli bergegas mendapatkan Aryana.
“Ana! Kenapa dengan kau ni, hah?” Lengan Aryana di tarik. Aryana berhenti melangkah. Lengannya yang di pegang Fazli di rentap perlahan. Anak mata di putarkan. Wajah Fazli kemudiannya di pandang.
“Nak apa?”
“Kenapa kau lari?”
“Mana ada saya lari. Saya jalan aje lah! Tak nampak ke?” Aryana meloyar buruk. Fazli mendengus kuat. Dia dapat rasakan yang Aryana memang berniat untuk melarikan diri dari dirinya. Tangan Aryana sekali lagi di tarik sehinggakan Aryana benar-benar menghadapnya.
“Ana.. Kenapa lari dari saya?”
“Hah?” Aryana terkedu. Terbeliak matanya memandang Fazli. Panggilan yang di gunakan Fazli itu benar-benar mengejutkannya.
“Err.. Mana ada saya lari. Berapa kali saya nak cakap?”
“Cuba berterus terang dengan saya. Ada orang buli awak ke?” Fazli menyoal. Tangan Aryana masih di pegangnya. Enggan Aryana lari lagi.
“Tak ada. Kekasih awak yang tak nak saya rapat dengan awak. Jadi, saya tak nak lah rosakkan hubungan awak dengan Izzatie.” Aryana berterus terang. Fazli  ketawa mengekek. Berkerut dahi Aryana apabila melihat Fazli yang tiba-tiba sahaja ketawa.
“Gelak, kenapa?”
“Izzatie? Kekasih saya? Sejak bila?” Makin kuat Fazli ketawa. Sejak bila lah dia bercinta dengan Izzatie.  Aryana melepaskan keluhan.
“Izzatie tu kawan saya je. Dah lah. Jom balik. Tok Ayah tak sempat ambil awak hari ni. Tok Ayah pergi bandar ambil duit. Balik dengan saya, jom.” Aryana menggeleng. Tak nak dah naik motor dengan Fazli.
“Tak nak naik motor dengan awak.”
“Hurm. Jalan kaki?” Aryana mengangguk. Dia pelik dengan perubahan Fazli. Pelik bila lelaki itu mendengar permintaannya dulu untuk tidak menggunakan aku kau sebaliknya saya awak, lepas tu jadi mesra alam semacam aje. Yang paling pelik, kenapa Fazli tiba-tiba kisah pula dia tak bertegur dengan lelaki itu. Sebelum ini pun, mereka jarang-jarang juga bertemu dan bercakap. Argh! Dia malas lah nak ambil tahu. Aryana melangkah laju. Fazli mengekori langkahnya.
“Jangan lah laju sangat!” Fazli berkata. Aryana memperlahankan langkah. Fazli berjalan di sebelahnya. Dia menjeling sekilas sebelum terus berjalan.
 
“Ana, lain kali jangan dengar apa yang orang cakap. Kalau saya tak suruh awak jauhkan diri dari saya, awak tak payah lah nak jauhkan diri. Apa yang orang nak kata, biar aje lah.” Fazli berkata tenang. Aryana menarik nafas panjang. Dia bukannya pedulikan apa yang orang nak kata, tapi bila melibatkan arwah bondanya, dia terpaksa juga dengar cakap orang.
“Awak tak payah risaukan saya. Kalau saya tak cakap dengan awak pun, bukannya awak rugi apa pun. Lagi pun, saya tak nak rosakkan hubungan awak dengan Izzatie sekalipun awak kata yang dia tu hanyalah kawan awak.”  Langkah Fazli terhenti. Memang lah dia tak rugi apa pun. Tapi tak salahkan kalau dia berkawan dengan Aryana sama macam dia kawan dengan Izzatie?
“Izzatie cakap apa dekat awak sampaikan awak tak nak cakap dengan saya?”
“Tak ada apa lah!” Aryana melangkah laju. Fazli pula terpaksa berlari anak untuk mengejar langkah Aryana. Dia berhenti di hadapan Aryana. Hampir aje Aryana terlanggar tubuhnya.
“Awak ni kenapa?”
“Baik awak bagitahu saya. Kalau tak, saya akan tanya dia sendiri.” Aryana mengeluh kasar. Mamat ni kan!
“Pergilah tanya dia sendiri! Lagi bagus! Lepas tu jangan awak nak sibuk hal saya lagi! Menyibuk aje kerja dia.” Aryana berkata sedikit kasar. Dia tak suka di desak tambah lagi kalau benda tu melibatkan diri dia. Suka hati dialah nak bagitahu ke tak. Yang Fazli nak menyibuk sangat kenapa?!
“Ana.. Okey! Saya takkan tanya dia. Tapi, tolong lah jangan tiba-tiba larikan diri dari saya. Mak Tok dengan Tok Ayah percayakan saya. Diorang minta tolong saya jagakan awak dekat sekolah.” Fazli bersuara lembut. Agak terkejut sebenarnya bila Aryana seperti mengamuk.
“Saya minta maaf kalau dah buat awak marah!” Fazli berkata apabila melihat Aryana hanya mendiamkan diri. Api tak boleh lawan dengan api. Kena lawan dengan air baru api akan padam. Aryana menjeling ke arah Fazli.
“Fine! Lain kali, tak perlulah nak ambil tahu semua benda. Saya tahu jaga diri sendiri.” Fazli tersenyum. Pacat gigit pun dah menangis! Getusnya.
“Pacat tu lain cerita okey!” Aryana seakan-akan dapat membaca apa yang bermain di fikiran Fazli. Tergelak besar Fazli dengan kata-kata Aryana itu.
“Saya tak cakap apa-apa pun!” Fazli tersenyum lagi. Aryana mengetap bibirnya. Dia kembali meneruskan langkah. Fazli berjalan seiring dengan Aryana. Tak sangka betul dia, kepala angin juga si Aryana ni.
 
 
silalah tinggalkan komen ye.. hihi.. tq..