Selasa, 31 Disember 2013

Hadirnya Cinta Tanpa Undangan (part 5) last part..

Assalam..
okey.. ni last.. minta maaf kalau lambat sgt2 hbiskan cte ni.. hehe..
sorry gak lau penghabisan dy mcm trgantung or xberapa habis.. huhu..
sy type part 4 dgn  masa dkt kg.. idea mmg ada xada je..
apa pun, enjoy.. n sila lah komen ye.. tq.. =)

Hadirnya Cinta Tanpa Undangan last part!


Amalina tersenyum nipis sambil menggelengkan kepalanya. Dia melepaskan keluhan sebelum menghalakan pandangannya kepada Sabrina yang memandangnya. Wajah Sabrina yang keliru di tatap lama.

“Ina, kau kenapa?” Sabrina menyoalnya. Amalina ketawa kecil mendengar soalan Sabrina itu.

“Kenapa  dengan aku?” Amalina tidak menjawab sebaliknya menyoal Sabrina. Sabrina mengerutkan dahi. Ummi ni bagitahu ke idok?

“Ummi cakap apa?”

“Kahwin bulan depan. Minggu depan dah masuk bulan baru. Cepatnya nak kena tamatkan zaman anak dara aku. Postpone boleh tak ek?” Amalina mengekalkan riak wajahnya yang selamba. Tanpa menunggu Sabrina menjawab soalannya, dia melangkah turun dari katil dan menuruni anak tangga untuk ke dapur.

“Aik! Macam tu aje respon dia? Biar betul?!” Sabrina duduk bersila di atas katil. Diam-diam  Sabrina mengekori Amalina ke dapur. Dia dapat melihat dengan jelas Amalina yang sedang berbual di talian. Dia memasang telinga.

“Ayeem okey ke?” Amalina menganggukkan kepala. Sabrina tertanya-tanya jawapan apakah yang di berikan oleh gerangan yang berbicara dengan Amalina di talian. Dia pasti itu adalah Faheem. Dia mencebikkan bibir. Baru ingat nak tengok Amalina menangis. Tapi, lain pulak jadinya. Dia menaiki anak tangga untuk kembali ke biliknya.

 

Faheem memandang wajah mama dan papanya. Keputusan mereka memang dia tak mampu nak bantah.  Terpaksa mengikut juga. Sedih mengenangkan penolakan ummi dan abi Amalina. Entah kenapa, dia pun tak tahu.

“Terpulanglah pada mama. Ayeem ikut aje.” Lemah Faheem bersuara. Farina pula pelik melihat wajah abangnya. Aik! Suruh kahwin pun sedih ke? Gambar bakal isteri abangnya di tatap berserta senyuman.

“Kita buat pagi bertunang, malam akad nikah. Majlis menyambut menantu kita buat hari yang sama dengan kenduri Kak Na lah. Jimat masa.” Datuk Sri Fariha bersuara riang. Wajah anak terunanya yang monyok menambahkan lagi senyum dibibirnya.

“Ayeem naik dulu ma. Nak tidur. Esok kena pergi kerja awal. Nite mama.” Tangan mamanya di cium sebelum melangkah ke arah tangga.

“Abang Ayeem! Tak nak tengok ke gambar bakal isteri abang?” Langkah Faheem terhenti. Dia menarik nafas panjang. Adiknya seakan tidak memahami perasaannya saat itu sedangkan Farina telah pun bertemu Amalina, gadis yang amat di cintainya.

“Adik simpan ajelah gambar tu. Nanti masa akad nikah pun Ayeem boleh tengok!” Sedikit kasar suara Faheem. Datuk Sri Fariha tahan gelak. Wajah Faheem benar-benar menggeletek hatinya. Farina ternganga dengan kata-kata Faheem itu. Wajah mamanya di tatap sambil mengangkat keningnya tanda menyoal.

“Biarlah dia! Cantik tak?”

“Gila tak cantik?! Mestilah cantik!” Datuk Sri Fariha ketawa. Dia yakin gadis itu lah yang paling sesuai menjadi pendamping Faheem. Dia yakin, suatu hari nanti pasti Faheem akan berterima kasih padanya.

 

Faheem merebahkan badannya ke katil. Wajah Amalina bermain di tubir matanya. Dia memejamkan mata sebelum mengambil iPhone 5C. Teragak-agak dia menghubungi gadis itu. Entah apalah isi kandungan perbualan mereka nanti.

“Assalamualaikum.” Faheem memberi salam.

“Waalaikummussalam.” Amalina menjawab salamnya. Masing-masing mendiamkan diri. Faheem gagal mengawal air matanya dari mengalir turun membasahi wajahnya.

“Ayeem...” Amalina memanggil. Dia turut sebak apabila mendengar esak tangis Faheem. Air mata lelaki yang amat sukar untuk mengalir akhirnya berderai jua. Dan ini semua kerana...

“I miss you... so much..” Faheem berkata perlahan. Amalina memejamkan matanya. Cuba menghayati luahan hati Faheem itu. Tanpa sedar, air matanya turut sama gugur. I miss you too. Getus hati Amalina.

“Sayang.. say something, please.” Amalina menyapu air matanya. Suara Faheem terlalu sayu menyapa telinganya. Dia tahu, lelaki itu benar-benar menyayanginya. Dia pun begitu. Tapi, apakan daya..

“Sayang, let’s get married.” Amalina terkedu. Tak menyangka Faheem akan memberi usul yang sedemikian. Memang lah dia sayangkan lelaki itu, tapi dia enggan memalukan dan menghancurkan harapan dan kepercayaan kedua orang tuanya terhadap dirinya.

“Ayeem.. Jumpa esok.”  Amalina enggan berbicara soal itu. Dia tahu, perasaan Faheem ketika itu pastilah sedang kucar kacir. Jadi, sikap rasional yang dimiliki jejaka itu pastinya hilang buat masa ini. Biarlah jejaka itu mententeramkan hati dan peraasaannya.

Amalina mencapai laptopnya. Laju dia melarikan jari jemarinya di atas keyboard. Dia yakin dengan keputusannya. Semua ini bagi merealisasikan dan menghidupkan lagi rancangan sahabat baiknya yang kini menjadi rancangannya. Rancangan yang di rancang oleh sahabat baiknya namun sedikit perubahan di rombak oleh dia. Rancangan yang seharusnya tidak dia ketahui. Namun, dia terlebih dahulu mengetahui rancangan itu.

Apa yang dia perlu lakukan sekarang ialah just follow the flow! Dia yakin, tiada sesiapa yang akan menggagalkan rancangannya. Tidak Jessy mahupun ummi, abi mahupun Sabrina sendiri. Dia teramat yakin.

 

Wajah Faheem di tatapnya lama. Jelas kemuraman terlukis di wajah kacak Faheem. Mata mereka bertentangan namun segera Amalina mengalihkannya. Kalau semalam dia hanya mendengar esakan Faheem, hari ini dia dapat melihat sendiri air mata yanga bertakung di tubir mata Faheem. Dia enggan terkesan dengan air mata Faheem.

“Sayang nak larikan diri dari abang?” Faheem menatap wajah Amalina. Sukar untuk dia meneka apa yang ada di hati dan fikiran gadis itu. Kadang-kadang, dia tertanya-tanya adakah Amalina mempunyai perasaan yang sama dengannya. Tapi semua itu tetap utuh menjadi rahsia gadis itu.

“Kalau saya kata ye, kenapa?” Amalina berkata tanpa memandang Faheem. Faheem melepaskan keluhan. Macam mana lah dia nak pertahankan hubungan mereka kalau Amalina sendiri tidak menunjukkan kesungguhan dalam mempertahankan apa yang tersirat di hati gadis itu. Dia meraup wajahnya lama.

“Awak memang tak pernah sayang saya kan?” Amalina diam.

“Selama ni, hanya saya yang sayangkan awak. Sedangkan awak langsung tak ada perasaan pada saya. Macam tu?” Surat perletakan jawatan yang di hulurkan oleh Amalina sebentar tadi di pandangnya.

“Ayeem..” I do love you. Kata-kata itu hanya bergema dalam dirinya. Kalau dia luahkaan, entah perkara gila apalah yang akan Faheem buat nanti. Entah-entah, sampai ke Thailand lah si Faheem ni bawak dia. Tak ke jadi kes besar?!

“Lina, awak setuju dengan keputusan ummi dengan abi awak untuk nikahkan awak dengan lelaki pilihan mereka?” Amalina mengangguk.

“Ayeem, just go on with you life. Saya tahu, mama awak nak jodohkan awak dengan orang lain. Awak ikut aje lah apa yang mama awak nak. Kebahagian seorang anak adalah apabila mendapat redha ibu bapanya. Apabila seorang anak beroleh redha kedua orang tuanya, maka redha Allah juga akan berada bersamanya. Lupakan saya..”

“Atas sebab apa saya nak kena lupakan awak?”

“Sebab.. saya akan cuba lupakan awak.” Amalina berkata yakin. Faheem menggelengkan kepalanya. Dia kemudiannya bangun dan menghampiri Amalina. Amalina sedikit terundur apabila Faheem mula melangkah menghampirinya. Dia terpaksa menahan Faheem dari terus mara ke arahnya dengan menolak dada Faheem.

“Awak..”

“Kalau itu yang awak nak, saya akan tunaikan. Tapi..”

“Err.. Tapi apa?”

“Saya nak awak datang tengok saya saat saya mengangkat akad. If you’re not there, I’ll cancel it. Dan awak yang akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Kalau perkara tu terjadi, saya akan cari awak dan saya tak akan lepaskan awak lagi.” Faheem membisikkan ayat terakhirnya betul-betul di telinga Amalina. Amalina telan liur saat hembusan nafas Faheem hangat terasa di telinganya.

“Sa.. Saya.. tak boleh..” Faheem tersenyum sinis. Dia sudah dapat mengagak jawapan Amalina itu. Dia yakin, gadis itu mencintainya dan tidak akan sanggup melihat dia mengangkat akad.

“Why? Coz you love me, right?”

“No! Saya.. Just, when is your big day?”

“Next month.”

“Sorry. I can’t!” Amalina melangkah menjauhi Faheem. Bahaya betul kedudukan mereka tadi. Dia tak nak perkara itu terjadi lagi. Faheem memandang wajah Amalina.

“Awak tak boleh nafikan perasaan awak pada saya. Just say that you love me. Easy!”

“Saya akan nikah bulan depan..” Faheem terkedu. Tak menyangka semua itu terjadi kepadanya. Amalina melangkah keluar dari bilik Faheem. Dia perlu mengemas segala barang-barangnya.

 

Persiapan pernikahannya rancak di lakukan. Segala-galanya di uruskan oleh mamanya. Dari hantaran sehinggalah ke baju melayu untuk akad nikah. Apabila mamanya meminta pandangannya, dia hanya mampu mengiakan. Hatinya tawar untuk melakukan semua itu.

“Ayeem, betul ke dah ready ni nak jadi suami orang?” Farzliana menyoal. Tinggal seminggu sahaja lagi untuk adiknya itu menggalas gelaran sebagai seorang suami. Namun, wajah Faheem kelihatan sungguh tidak bermaya.

“Entah lah, Kak Na.”

“Ayeem masih ingatkan dia?” Farzliana menyoal lagi. Faheem memandang wajah kakaknya itu. Sesungguhnya dia lebih rapat dengan kakaknya itu. Segala masalah yang dihadapi mampu dia luahkan kepada Farzliana.

“Ayeem betul-betul tak ada hati nak teruskan majlis tu nanti. Tapi Ayeem tak nak mama dangan papa malu. Memang Ayeem sayangkan Amalina, tapi mama dan papa yang banyak berkorban demi Ayeem. Ayeem lebih sayangkan mama dengan papa.” Faheem mengeluh lemah. Memang dia sayangkan gadis itu dan tak mampu melupakannya. Semakin dekat tarikh pernikahannya, semakin dia menyibukkan diri di pejabat.

“Tak buat solat istikharah? Minta petunjuk dari Allah. Tenangkan hati Ayeem. Kak Na yakin, kalau betul dia jodoh Ayeem, Ayeem pasti akan dapat miliki dia. Tapi kalau sebaliknya, tabahkan hati Ayeem. Terima segalanya sebagai takdir hidup Ayeem.” Faheem tersenyum biarpun senyuman itu sekadar meutup luka di hatinya. Farzliana menepuk lembut bahu Faheem.

“Dah hafal nama bakal isteri? Kang tak pasal-pasal tersasul tersebut nama orang lain pulak.” Farzliana berkata separuh mengusik. Faheem tersenyum kelat. Sesungguhnya dia benar-benar tidak tahu apakah nama bakal isterinya itu.

“Ayeem tak tahu pun nama dia sape.”

“Biar betul? Mama tak bagitahu ke? Ayeem tahu tak yang Ayeem akan nikah dekat Kuantan?” Farzliana membeliakkan mata. Faheem menggelengkan kepala. Mana lah dia tahu. Tak kuasa dia nak ambil tahu!

“Ya Allah! Nama dia Qaseh Amalina binti Datuk Emzani.” Faheem tersentak. Nama tu.. Amalina? Mungkin kah ianya gadis yang sama? Kuantan?! Rumah keluarga Amalina pun di Kuantan. Adakah satu kebetulan?

“Kak Na!!” Faheem ketawa riang. Laju dia berlari mendapatkan Farina. Terkebil-kebil mata Farina melihat abangnya yang gembira semacam aje.

“Adik, mana gambar bakal isteri abang?”

 

Amalina ketawa saat Farina menceritakan apa yang terjadi saat Faheem melihat gambar bakal isterinya itu. Tak dapat dia nak bayangkan macam mana gembiranya Faheem apabila apa yang difikirkannya itu sebenarnya kenyataan.

“So, kita nak teruskan jugak ke Ina?” Farina menyoal. Amalina ketawa kecil. Kesudian Farina membantunya dalam menjayakan rancangan Sabrina yang telah pun menjadi miliknya benar-benar menghidupkan lagi rancangan itu.

“Kita teruskan lah. Tapi, bagitahu abang awak tu.. Jangan sampai mama dengan papa awak tahu tentang ni. Kita teruskan lakonan, jangan sampai kantoi pulak.”

“Ala.. Ina cakap sendirilah dengan dia. Dari tadi asyik sibuk menyendeng dekat dengan orang. Abang Ayeem, tak payah nak bulatkan mata sangat lahh!” Terdengar gelak Faheem saat adiknya menghulurkan telefon kepadanya. Amalina ketawa lagi saat mendengar Faheem menghalau Farina kerana ingin berbicara dengannya sendirian tanpa gangguan.

“Assalamualaikum.” Amalina tersenyum nipis. Jelas nada kegembiraan dari Faheem.

“Waalaikummussalam.” Amalina menjawab salam. Faheem menarik nafas sebelum tergelak. Amalina ikut sama tergelak. Sabrina yang lalu di hadapan biliknya memandang pelik. Segera Amalina bangun dan menutup pintu biliknya. Sempat dia memberikan senyuman kepada Sabrina.

“Hurm. Nakalnya sayang ni.” Faheem bersuara selepas tawanya reda.

“Ye ke? Mana ada nakal.” Amalina bersuara perlahan. Dia yakin, Sabrina pastilah masih lagi berada di hadapan pintu biliknya bagi mendengar perbualannya.

“Kenapalah tak bagitahu abang awal-awal? Saja ek nak buat abang frust?”

“Tak lah. Mana ada. Seronok apa macam ni? Dapat tengok Ayeem nangis. Jarang tau lelaki menangis hanya kerana putus cinta. Manjalah dia ni!” Amalina mengusik. Faheem tergelak-gelak. Malu betul dia apabila menangis hanya kerana ummi dengan abi Amalina ‘tolak’ dia. Amalina pulak boleh rahsiakan dari dia.

“Owh. Suka ek? Hurm. Miss you, sayang. Rindukan abang tak?” Amalina tersenyum. Sememangnya dia masih belum kebal dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan hati dan perasaan ini.

“Macam mana ek nak jawab?”

“Kalau tak tahu nak jawab, abang akan bocorkan rahsia ni.” Faheem mengugut. Amalina mencebikkan bibirnya. Main ugut-ugut lah pulak!

“Eleh. Ingat orang takut ke?”

“Kalau macam tu..”

“Miss you! Bubye.” Laju Amalina memutuskan talian. Dia menampar pipinya perlahan. Berharap agar pipinya yang merah akan berkurangan merahnya. Perbuatannya itu terhenti apabila pintu biliknya di tolak.

“Adik, jangan lah ketawa kuat-kuat! Kalau Rin tahu macam mana?”

 

Tak sudah-sudah Faheem tersenyum sehinggakan Datuk Sri Fariha rasa kelainan dalam diri anaknya itu. Apabila di tanya, Faheem hanya terus tersenyum lebar. Akhirnya dia hanya membuat telahan sendiri. Faheem tersenyum kerana telah mampu menerima segalanya dengan hati terbuka.

“Ayeem, jangan lupa petang nanti kita dah nak bertolak ke Kuantan. Jangan balik lambat pulak. Baju-baju semua dah kemaskan ke?” Datuk Sri Fariha menyoal ketika mereka sekeluarga sedang menikmati sarapan pagi.

“Hurm. Kalau Ayeem lambat, mama dengan daddy pergi lah dulu. Nanti adik pergi dengan Ayeem.” Selamba Faheem membalas. Sempat dia menjeling adiknya sambil mengangkat kening. Tersedak Farina dibuatnya.

“Adik, makan tu elok-elok. Gelojoh sangat!” Datuk Sri Fariha menegur. Farina memuncungkan bibirnya.

“Ma, ada lah tu mana-mana lelaki handsome sebut nama adik. Tu yang tersedak ni.” Faheem sengaja berkata begitu. Laju cubitan tangan Farina singgah di lengannya.

“Sakit tahu!”

“Padan muka! Tak nak temankan abang Ayeem petang nanti.” Farina mengugut. Faheem mencebik.

“Ma, Ayeem pergi office dulu lah.” Faheem mencium pipi mamanya sebelum berbisik sesuatu ke telinga Farina. Farina tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya.

“Apa yang dibisikkan tu? Adik?!”

“Tak ada apa-apa, mama. Abang ajak pergi Tutti Fruity petang nanti.” Farina menjawab lancar. Dia telan liur sebaik sahaja melihat Datuk Sri Fariha mengangguk. Fuhh! Selamat...

 

Hari yang di nanti-nantikan akhirnya tiba juga. Pagi tadi majlis pertunangannya berlangsung dengan lancar sekali. Kalau tak salah dia, Datuk Sri Fariha yang menyarungkan cincin belah rotan di jari manisnya. Terkejut juga dia tadi apabila bukan sahaja sebentuk cincin belah rotan di terimanya malah kakak sulung Faheem, Farzliana mengkalungkan seutas rantai emas putih berloketkan perkataan FAHEINA iaitu gabungan namanya dan Faheem.

Kata Farzliana, ianya merupakan hadiah istimewa daripada adiknya buat bakal isterinya. Ianya juga sebagai tanda penghargaan kerana sudi menerima lelaki itu sebagai suaminya. Terdetik di hati Amalina kalaulah Faheem tidak mengetahui gerangan bakal isterinya, pasti sahaja lelaki itu tidak akan memberikannya rantai itu.

“Rin, aku nak tanya ni.” Amalina berkata kepada Sabrina. Sabrina yang sedang sibuk membelek hantarannya menoleh ke arahnya.

“Apa dia?”

“Kan ummi kata, nama bakal suami aku tu Akmal. Tapi kenapa rantai ni terukir nama FAHEINA? Aku peliklah.” Amalina tersenyum nipis. Sengaja dia berpura-pura tidak tahu. Kalau tak tanya kang, pelik pulak kawan tu. Sabrina tersenyum. Ingatkan tak nak tanya tadi.

“Sebabnya, nama Akmal tu nama kedua bakal laki kau tu. Ummi suka panggil nama Akmal berbanding nama pertama laki kau. Jadinya, ummi bagitahulah dekat kau yang bakal suami kau tu nama dia Akmal. Faham?” Amalina mengangguk kononnya faham lah. Padahal dia tahu Sabrina dan umminya ada rancangan nak kenakan dia.

“Dah tu, apa nama pertama tunang aku tu?”

“Err.. Faa.. fa.. apa ek? Aku lupa lah. Kau bacalah sendiri dekat borang nikah nanti.” Tergagap-gagap Sabrina menjawab. Laju dia melarikan diri dari bilik Amalina. Amalina tersenyum mengejek. Tu lah! Nak kenakan aku sangat. Baru tanya macam tu, dah tergagap. Macam tak rancang betul-betul pulak. Tapi kalaulah diorang rancang betul-betul, mesti dia tak akan dapat tahu. Time tu baru ye menangis berlagu!

Hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki di pandangnya lama. Semua sekali 9 dulang hantaran. Antara barang yang di berikan Faheem kepadanya ialah sepasang telekung, senaskah Al-Quran, dan Samsung Galaxy Note 3 dan Gear. Dari pihaknya pula, dia membalas dengan 9 dulang juga. Walaupun pada mulanya ummi ingin membalas sebanyak 11 dulang, namun dia berkeras. Dia tetap mahukan 9 dulang.

 

Dua jam sahaja lagi untuk dia bergelar suami yang sah kepada Amalina, gadis yang amat dia sayangi dan cintai. Jam sembilan setengah malam nanti, dia akan bergelar suami. Tak sabar rasanya untuk mengangkat akad nanti. Terasa seakan lama masa bergerak. Faheem mencapai telefon dan menghantar pesanan ringkas kepada tunangnya, Tak percaya pulak dia apabila dia telah pun bergelar tunangan kepada Amalina.

Assalamualaikum, sayang..

Amalina yang baru sahaja mandi mengerling ke arah telefon miliknya. Sebentar lagi, dia akan di ‘operasi’ oleh jurumekap  yang di panggil khas dari kolej yayasan persatuan anak-anak yatim Kuantan. Umminya berkata lebih baik menggunakan khidmat anak-anak yatim yang berkebolehan dari menggunakan jurumekap profesional yang ‘mencekik darah’. Untuk kendurinya pun, umminya mengupah orang yang sama. Sambil-sambil beramal kata umminya lagi. Dia tersenyum apabila pesanan ringkas itu di bacanya.

Wassalam.. Awak, saya tgh sibuk ni.

Sengaja Amalina membalas sebegitu. Kalau tak, memang tak boleh siap lah dia malam ni. Walaupun dia tahu wajahnya tidak akan mengambil masa yang lama untuk dimekap, namun dia enggan berlengah. Sebentar lagi azan maghrib akan berkumandang.

Abang gementar... tak tahu macam mana nak redakan perasaan gementar ni..

Faheem membalas. Ketawa kecil Amalina di buatnya. Laju jari-jemari Amalina menaip balasan. Sebenarnya, dia turut sama merasai perasaan gemuruh itu.

Hafal nama saya betul-betul ye.. Jgn sampai trsasul sebut nama org lain pulak..

Tergelak Faheem dengan balasan Amalina itu. Memang dia gementar. Tak nak lah kalau nanti dia menggigil pulak masa nak sambut tangan tok kadi. Dan dia tak nak lah nampak terlalu gopoh. Orang kata apa pulak nanti.

InsyaAllah tak trsasul. Mana boleh apa lupa nama bakal isteri tersayang..

Amalina tersenyum kecil. Niatnya untuk membalas pesanan Faheem itu terbantut kerana azan maghrib yang mula berkumandang. Dia segera menyarungkan telekung dan menghampar sejadah mengikut kiblat.

 

Faheem tersenyum memandang Amalina yang berdiri di sebelahnya. Mereka berdua melangkah keluar dari rumah milik keluarga Amalina setelah sesi bergambar tamat. Tangan Faheem mencapai jari-jemari Amalina. Amalina menoleh ke arahnya saat merasakan tangannya di pegang oleh seseorang. Dia membulatkan matanya ke arah Faheem.

“Dah halal kan?” Faheem berbisik perlahan di telinga Amalina. Amalina menjarakkan sedikit kedudukan mereka. Segan benar dia dengan sanak-saudaranya dan suaminya yang memandang mereka berdua.

“Ina, congrats.” Sabrina menghampiri Amalina lalu memeluk erat sahabatnya itu. Rancangannya untuk melihat Amalina bersedih kerana ber ‘pisah’ dengan Faheem tidak tercapai. Langsung dia tak sangka yang Amalina mampu mengekalkan riak selambanya.

“Plan kau tak berjaya kan?” Amalina menyoalnya. Sabrina segera melepaskan rangkulannya pada Amalina. Wajah Amalina di pandang lama.

“Aa.. apa maksud kau?”

“Aku tahu tentang rancangan kau. Thanks to abang Em.” Terbeliak mata Sabrina mendengar kata-kata Amalina itu.

“Ina!! Jahatnya kau.”

“Aku pulak yang jahat?” Amalina ketawa. Sempat dia melihat wajah Faheem yang sedang tersenyum bahagia. Handsomenya laki aku ni!

“Sorry lah. Aku nak kau rasa macam mana sakitnya bila cinta di tolak. Tak sangka pulak kau boleh chill aje.” Faheem menarik Amalina rapat ke sisinya. Amalina menggigit bibirnya. Malu giler!!

“Dia memang tak rasa. Tapi saya yang rasa!” Faheem tergelak kecil. Sabrina turut sama tergelak. Nak mengenakan Amalina dengan niat membiarkan Amalina rasa kepedihan yang pernah Faheem alami, tapi akhirnya Faheem jugak yang merana. Sasaran dah betul, tapi salah mangsa!

“Tak apa lah. Yang penting, awak dapat dia jugak kan?” Sabrina berkata separuh mengusik sebelum berlalu meninggalkan pasangan pengantin baru itu. Faheem merenung lama wajah Amalina. Amalina pula sengaja buat-buat tak nampak.

“Ayeem, sudah-sudah lah tu. Malu mama dengan papa awak tengok!”

“Abang, sayang. Bukan Ayeem.. Mama dengan papa abang, dah jadi mama dengan papa sayang jugak sekarang ni.” Amalina tersenyum. Lupa dengan hakikat yang satu itu. Amalina menoleh ke arah suaminya. Tangan suaminya di cium.

“Thank you so much.. abang. Terima kasih kerana sudi terima saya seadanya. I.. Love.. You!” Sebuah kucupan hinggap di pipi Faheem. Laju Amalina melepaskan pegangan tangan Faheem apabila siulan nakal kedengaran. Faheem terpana dengar tindakan Amalina itu. Sesungguhnya dia bersyukur dengan takdir milik Allah. Sebagai hamba-Nya, kita harus redha dengan ketentuan Allah. Benar kata Amalina.. Kebahagian seorang anak adalah apabila mendapat redha ibu bapanya. Apabila seorang anak beroleh redha kedua orang tuanya, maka redha Allah juga akan berada bersamanya...

tq so much ye.. nanti sy akan letak cte yang tgh sy type dkt sini lagi..
tp yg bakal  ltk nanti tu sy ingt nk usaha siapkan mss.. hehe..
ok.. assalam..

Jumaat, 27 Disember 2013

Hadirnya Cinta Tanpa Undangan (part4)

Assalam wbt..
sy minta maaf sbb lmbt update cite ni..
sbg tanda mohon maaf, sy update kawkaw pnjang.. almost 30 pages ni..
haha.. enjoy.. n jangan lupa komen ye..

Hadirnya Cinta Tanpa Undangan (part4)


Wajah Farah di tatapnya. Meletus tawanya memandang wajah pucat gadis itu. Pasti Farah takut untuk berhadapan dengannya setelah mendengar ugutan yang dia ucapkan kepada Jessy sebentar tadi.

“Err.. Cik Ina. Err.. ada.. ada apa-apa yang saya boleh bantu ke?” Tergagap-gagap suaranya. Masih belum hilang ketar di kakinya gara-gara ugutan Amalina. Amalina duduk dihadapan gadis itu. Geli hatinya apabila mengenangkan Farah yang takut untuk berhadapan dengannya.

“Farah, kenapa dengan awak?” Sudah gerharu cendana pula, dah tau buat-buat tanya pula.

“Er.. Tak.. tak ada apa-apa. Saya okey aje.” Farah menundukkan kepala. Tak berani memandang wajah Amalina. Dia takut sekiranya Amalina akan benar-benar melakukan apa yang di perkatakannya tadi. Dan yang makin membuatkan dia kecut perut, mangsa Amalina ialah dia dan bukannya Jessy.

“Saya tahu awak terkejut dengan apa yang saya cakap tadi. Relax lah, Farah. Saya bukannya kejam sangat sampai nak bunuh dia. Saya ugut aje. Bukannya saya buat betul-betul pun.  Dia tu, kalau tunjukkan yang kita lemah depan dia, makin lah dia pijak kita sesuka hati. Kalau dia fikir saya takut dengan dia, memang silap besarlah!” Amalina berkata. Dia bukannya betul-betul maksudkan apa yang dia katakan.

Ugutan itu hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan Jessy agar tidak mengganggunya lagi. Bukan dia tak tahu yang Jessy itu bukannya berani mana pun. Cakap aje lebih! Sedangkan dia sendiri pun cakap aje lebih, buatnya memang tak lah. Tak nak dia kena reman bawah seksyen 302 kanun keseksaan yang membawa kepada hukuman gantung mandatori akibat membunuh orang. Dah lah ada saksi yang dengar dia ugut si Jessy tu. Memang tak boleh lepas punya!

“Cik Ina, saya nak tanya sikit boleh tak?” Hilang gagapnya setelah mendengar penjelasan dari Amalina.

“Tanyalah.”

“Err.. Kenapa tadi Cik.. err.. Puan tu kata yang Cik Ina rampas suami dia?” sebaik sahaja Farah menghabiskan soalannya,Amalina memandang wajahnya lama. Riak wajahnya berubah. Kenangan pahitnya dahulu kembali berlegar-legar dalam fikirannya. Keluhan di lepaskan.

“Hurm. Kalau awak nak tahu, dia sebenarnya ex-wife mantan bos saya, sebelum saya kerja dekat sini. Dia bini nombor tiga. Masa tu, saya kerja sebagai assistance manager. Hubby dia ada lah mengayat saya. Tapi saya tak layan lah. Entah macam mana, tiba-tiba satu hari tu dia datang serang saya. Dia cakap yang boss saya kata nak ceraikan dia sebab nak nikah dengan saya. Saya punyalah terkejut! Sejak bila pulak saya setuju nak nikah dengan suami dia pun saya tak tahu. Punya lah saya dok nafi, boleh dia bagi saya makan penampar depan officemate saya yang lain. Macam tadi tulah! Siap dia ugut nak simbah asid lagi atas muka saya yang cun melecun ni! Dengan notis 24 jam jugak saya berhenti!” Bersemangat sekali Amalina bercerita. Ekspresi wajahnya nampak bersungguh-sungguh sekali.

Farah menganggukkan kepalanya tanda memahami apa yang di ceritakan oleh Amalina. Pen di jarinya di gigit. Cuba membayangkan keadaan yang berlaku sekiranya dia di tempat Amalina. Tak sangka betul dia yang Amalina perlu menghadapi semua ini. Tapi masih ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

“Tapi, kalau Cik Ina tak takutkan Puan Jessy, kenapa Cik Ina berhenti jugak?”

“Hurm. Sebenarnya, hal tu melibatkan ummi dengan  abi saya. Jadi, sebab tak nak besarkan hal, saya resign aje lah. Tak ada lah ummi dengan abi saya naik turun court sebab isu saman-menyaman yang berpunca dari..” belum sempat Amalina menghabiskan kata-katanya, suatu susuk tubuh menghampirinya sebelum menyoalnya.

“Lina! Awak tak apa-apa ke?”

 

Wajah Faheem ditatap dengan riak tidak percaya. Dia kemudiannya memalingkah wajahnya ke arah Farah sambil membuat isyarat mata dan wajah. Farah yang terkulat-kulat dengan kehadiran bosnya itu hanya terkelu. Tak sangka bosnya sanggup hadir ke wisma Hijau Geroda sekaligus membatalkan temu janji penting yang bakal berlangsung di Langkawi.

“Lina, saya ada benda nak cakap dengan awak. Masuk bilik saya!” Faheem berkata sebelum berlalu dari bilik setiausahanya. Amalina tercengang-cengang dengan arahan yang diterima.

“Sorry, Cik Ina. Saya ada bagitahu bos tentang apa yang jadi tadi.” Farah berkata. Amalina tersenyum sedikit. Nak buat macam mana, nasib badan lah bila bos dah tahu perang yang melanda sebentar tadi.

“It’s okey, Farah! Tak ada apalah. Saya pergi dulu.” Amalina berlalu. Di dalam fikirannya sudah terbayang-bayang apa yang bakal berlaku sebaik sahaja dia bertemu dengan bosnya itu. Alahai, Ina! Kes semalam tak selesai lagi, hari ni timbul kes baru pulak! Nasib badan!

Pintu bilik Faheem di ketuk sebelum arahan agar dia masuk ke ruangan itu kedengaran dari dalam. Perlahan-lahan tombol pintu bilik itu di pulasnya. Debaran di dada usah dikata lah. Rasa macam nak tercabut jantungnya.

“Assalamualaikum, bos.”

“Waalaikummussalam.  Duduk, Lina.” Faheem memberi arahan. Amalina hanya menurut. Dia hanya diam menanti bicara dari Faheem. Memang tidak lah kalau dia yang nak bersuara dulu. Faheem hanya memandang wajah Amalina yang duduk di hadapannya.

“Bos, marah saya ke?” Akhirnya dia bersuara juga setelah hampir lima minit Faheem mendiamkan diri dan hanya merenungnya. Keluhan dilepaskan Faheem. Amalina pula menanti jawapan dari Faheem sambil mengusap pipinya yang baru rasa sakit akibat ditampar Jessy tadi.

“Sakit lagi ke pipi tu?” Faheem bertanya. Soalan Amalina dibiarkan sepi tanpa jawapan. Amalina tersenyum. Boleh pun cakap! Ingatkan dah bisu tadi!
“Sikit aje ni. Bos, saya betul-betul minta maaf. Saya dah banyak susahkan bos. Saya dah banyak sakitkan hati bos.” Perlahan suara Amalina. Kalau ikutkan hatinya, nak aje dia meraung menyatakan betapa sakitnya pipinya itu. Di tambah lagi dengan denyutan yang tiba-tiba sahaja menjengah kepalanya.

“Hurm.” Faheem enggan banyak bicara sebenarnya. Dia mahu Amalina terus memujuknya walaupun dia sendiri kurang yakin yang Amalina akan memujuknya.

“Bos! Saya..” Belum sempat Amalina meneruskan kata-kata, dia merasakan ada sesuatu yang mengalir dari hidungnya. Laju tangannya mengelap cecair yang difikirnya hingus itu.

“Ya Allah. Lina, hidung awak berdarah tu!” Serentak itu juga Faheem menghampiri Amalina bersama sapu tangannya. Wajah Amalina bertukar pucat. Belum pun sempat Faheem menyapu darah dari hidung Amalina, gadis itu terlebih dahulu jatuh ke pelukannya.

“Lina, wake up! Farah! Farah!” Pipi Amalina di tepuk perlahan sambil nama pembantu peribadinya di jerit kuat. Farah yang mendengar jeritan Faheem laju berjalan ke bilik lelaki itu. Tanpa mengetuk pintu, Farah terus sahaja memasuki bilik bosnya.

“Ya Allah! Bos, kenapa dengan Cik Ina ni?” soalnya. Terkejut apabila melihat Amalina yang tidak sedarkan diri di pangkuan Faheem.

“Farah, ambil kunci kereta saya atas meja tu. Pergi start enjin kereta sekarang jugak. Saya nak bawak Lina ke hospital. Cepat sikit Farah!” Farah yang mendengar arahan Faheem kelam kabut mengambil kunci kereta yang di maksudkan. Sempat beg Amalina yang berada di dalam bilik milik gadis itu di sambarnya.

Faheem mencempung Amalina keluar dari biliknya. Pekerja yang memerhati mula membuat spekulasi. Mujurlah ada juga yang prihatin untuk membantu Faheem.

“Farah! Handbag dia!” Laju Farah menghulurkan.

“Lina, please wake up!” Sempat Faheem berbicara sendiri saat keretanya mula keluar dari parking lot wisma Syarikat Hijau Geroda.

 

Sabrina memandang wajah Amalina yang terbaring di atas katil hospital itu. Itulah nasibnya kalau degil! Dapat MC dua hari, mengada jugak nak pergi kerja. Demam semalam belum kebah lagi, tak pasal-pasal dapat sakit lain pulak! Mujurlah Faheem menghubunginya memberitahu keadaan sahabatnya itu.

“Seronok masuk hospital?” Sabrina memerli. Memuncung bibir Amalina. Faheem yang sedang memerhatikannya dari sofa yang disediakan pihak hospital dijeling sekilas.

“Rin, kau bagitahu abang Em?” Amalina menyoal. Dia malas untuk membalas perlian Sabrina. Tak habis-habis nak perli dia. Mana lah dia tahu yang si Jessy a.k.a. Jaznah tu nak pergi serang dia. Tu pun selamat makan penampar sekali aje. Kalaulah dia tak sempat hadang tamparan kedua wanita itu, pasti keadaannya lebih teruk.

“Abang Em kau datang kejap lagi. Sayang sangat dekat kau!” Sabrina berkata. Berkerut dahi Faheem apabila Amalina dan Sabrina berbual mengenai seorang lelaki. Siapalah pulak ‘Abang Em’ ni? Adoi! Takkan la aku ada pesaing pulak? Faheem mengeluh kasar. Wajah Amalina yang ceria setelah mendapat tahu bahawa ‘jejaka’ itu akan hadir, di pandang sayu.

Pandangan Faheem di wajah Amalina mati saat pintu wad di tolak dari luar. Melulu sahaja seorang jejaka menyerbu ke arah Amalina. Terus sahaja tubuh kecil gadis itu dipeluknya erat.

Faheem yang melihat adegan itu serta-merta berdiri tegak. Laju sahaja kakinya melangkah ke arah jejaka yang sedang memeluk gadis yang dicintainya. Lengan jejaka itu di tarik kasar sehingga pelukan di tubuh Amalina terungkai. Terus sahaja sebiji penumbuk di lepaskan ke wajah jejaka itu.

“Abang Em!” Amalina menjerit.

Sakit sungguh hati Faheem mendengarkan jeritan gadis itu. Kenapa Amalina beria-ria sangat mempertahankan lelaki yang sewenang-wenangnya memeluk dirinya. Wajah lelaki itu dipandangnya geram. Rasa macam nak tumbuk sampai lunyai aje jejaka itu.

“Awak! Kenapa awak tumbuk Abang Em?”

“Kenapa? Awak tanya saya kenapa?! Sesuka hati dia aje peluk awak! Yang awak nak bela dia sangat kenapa? Kekasih awak?” Faheem benar-benar cemburu. Sabrina tergelak kecil. Wajah Faheem yang cemberut itu sungguh lucu pada pandangannya. Pantas sahaja dia mendekati Emran yang memegang bibirnya yang berdarah gara-gara di tumbuk Faheem. Lengan Emran di peluknya. Faheem yang menyaksikan kemesraan Sabrina dan lelaki yang di tumbuknya itu, terus sahaja terkelu.

“Faheem, meet my fiance, Emran. Abang kandung Amalina.”

“What??” Terkebil-kebil mata Faheem. Amalina menggelengkan kepalanya. Main serang aje! Kan dah malu! Kesian abang kesayangan aku. Apalah bos ni!

 

“I’m sorry!”

Amalina menahan senyum. Sungguh! Wajah Faheem saat itu benar-benar kelakar. Entah apa lah yang difikirkan Faheem saat abangnya memeluk dirinya sebentar tadi sehingga Emran terus sahaja menumbuk abangnya.

“Lina, please! Saya minta maaf. Maafkan saya ye?”

“Kenapa pulak saya kena maafkan awak, bos? Awak dah tumbuk abang kesayangan saya tahu tak?” Amalina berpura-pura marah. Faheem mengeluh perlahan. Wajah Amalina kembali di tatapnya.

“Lina, maaf lah. Saya sebenarnya cemburu. Dah lah dia datang aje terus peluk awak! Saya yang bawak awak ke hospital ni, awak tak pandang pun.”

“Kenapa pulak saya kena pandang awak?”

 
“Lina, saya tak tahu lagi dah macam mana nak buat awak percayakan saya. Saya sayang awak. Sayang sangat!” Faheem berhenti berbicara seketika. Amalina kelu.
“Bila saya dengar awak cakap tentang lelaki lain depan saya, saya rasa sakit hati sangat. Lepas tu, boleh pulak awak tayang muka ceria bila Sabrina kata yang lelaki tu akan datang sini jenguk awak. Bila lelaki yang saya tak tahu apa hubungan antara awak dengan dia datang, terus aje dia peluk awak, saya rasa tercabar. Cuba awak bayangkan kalau awak di tempat saya, orang yang sangat awak sayang, yang sangat awak cintai di peluk depan mata awak sendiri, apa yang awak akan rasa?” Faheem bersuara lirih.
“Please, marry me! I want you to be my soulmate. Would you?” Tanpa di duga, Faheem melutut. Ternganga mulut Amalina jadinya. Ohh my!!
Amalina tidak faham dengan apa yang terjadi. Jiwanya meronta untuk berada di samping Faheem. Rasa bahagia menyentak hatinya. Dia sendiri tidak tahu mengapa rasa itu muncul saat Faheem melamarnya. Adakah dia sebenarnya telah jatuh hati dengan sikap jejaka itu yang sentiasa prihatin terhadapnya? Namun, entah mengapa dia tidak yakin dengan perasaan yang dirasainya itu.
“Lina, please terima saya! Jangan diam macam ni.” Faheem terus merayu. Dia perlu cepat mengikat hati milik Amalina. Dia sayangkan Amalina. Amalina memandang wajah Faheem yang tampak beria-ria.
“Saya tak pasti dengan apa yang saya rasai apabila bersama dengan awak dalam masa tiga hari ni. Saya takut jika saya terima awak, saya akan kecewakan awak. Tapi, saya masih nak cuba menyemai rasa kasih saya pada awak. Boleh kan?” Amalina menyoal. Memang benar dia tidak pasti, tapi dia tetap mahu mencuba menjalinkan hubungan dengan Faheem.
Faheem terpana dengan bicara Amalina. Melompat dia dibuatnya. Amalina tersenyum bahagia. Lapang dadanya dengan keputusan yang telah di pilihnya. Mungkinkah sebenarnya aku telah di takdirkan buatnya? Amalina menyoal dirinya sendiri. Kegembiraan yang tergambar di wajah Faheem membuatkan dia rasa seperti berada di dunia yang hanya wujud dia dan Faheem. Buat pertama kalinya dia merasakan Faheem kelihatan sungguh kacak apabila tertawa sebegitu.
“Thanks so much, sayang! Yes! Finally! Haha.” Terjerit-jerit Faheem. Sabrina dan Emran yang berada di luar wad itu masuk setelah mendengar suara Faheem yang kuat.
“What’s up?”
“Lina, dia terima lamaran saya!” Faheem berkata kepada Sabrina. Terkejut Sabrina dan Emran. Wajah gembira Faheem di pandang dengan riak tidak percaya. Emran mengalihkan pula pandangannya ke wajah adiknya, Amalina.
“Aku ada satu syarat!”
 
Faheem memandang lagi wajah Amalina yang sedang tidur. Gundah juga dia apabila memikirkan syarat yang perlu dilaksanakan untuk menjadikan Amalina sebagai surinya. Tidak lah berat mana pun syarat yang Emran berikan. Cuma dia saja yang bimbang sekiranya gagal dan Amalina akan terlepas ke tangan orang lain. Haih! Mahu merana makan daun dia.
“Kau tengah fikir pasal syarat yang aku bagi ke?” Tiba-tiba sahaja satu suara menegurnya dari belakang. Faheem hanya terkaku di situ. Matanya tidak lari dari memandang wajah gadis pujaannya.
“Kau tak boleh tunaikan ke?” Sinis nada suara Emran. Faheem memejamkan matanya seketika. Terasa tercabar dengan kata-kata sinis yang dilemparkan ‘bakal’ abang iparnya itu. Yakin aje! Namun, Faheem tetap mendiamkan dirinya. Malas pulak dia nak bergaduh dengan Emran. Tak pasal-pasal aje kena reject.
“Kalau kau hanya nak permainkan perasaan adik aku, baik kau lupakan aje lah. Aku tak akan biarkan sesiapa pun lukakan hati dan perasaan dia.” Emran berkata lagi. Sikap Faheem yang hanya mendiamkan diri itu membuatkan Emran tidak yakin dengan niat lelaki itu.
“Aku ikhlas sayangkan adik kau. Aku sanggup terima apa sahaja syarat demi jadikan dia milik aku. Kalau kau fikir yang aku hanya nak mainkan perasaan Lina, kau salah!” Tanpa memandang wajah Emran, Faheem berkata. Wajahnya di tundukkan ke arah jari-jemari Amalina.
“Kalau itu yang kau katakan, aku percaya. Tapi, untuk syarat yang aku bagi tu, kau kena buat yang terbaik. Aku ada sebab kenapa aku kenakan syarat tu.”
“Kenapa?”  Faheem menyoal. Kata-kata Emran yang mengatakan bahawa dia punya sebab memberikannya syarat untuk mendapatkan Amalina mula menarik minatnya.
“Kawan ummi dengan abi aku dah masuk merisik!” Faheem terkedu. Pantas sahaja dia memalingkan wajahnya ke arah Emran. Riak wajahnya seperti menyoal What? Aku tak salah dengar tadi kan?
“So, better kau pikat hati ummi dengan abi aku. Wishing you best of luck and take care of my sis!” Emran berkata sebelum keluar dari wad yang menempatkan Amalina.
Faheem termenung seketika. Kata-kata Emran tadi membuatkan dia semakin risau. Sekiranya dia gagal, pasti dia terpaksa kehilangan Amalina. Dan yang paling di takutinya, dia perlu mengahwini wanita pilihan mamanya.
 
“Bos!”
Lamunan Faheem mati saat Amalina bersuara memanggilnya. Dia melangkah menghampiri Amalina sambil tersenyum. Sebolehnya dia enggan membiarkan rancangan mamanya di ketahui Amalina. Baru saja gadis itu sudi mencuba untuk menyayanginya, jadi dia enggan membiarkan cubaan Amalina untuk menyayanginya terbantut gara-gara rancangan mamanya.
“Bangun dah?”
“Hurm. Saya rasa macam dah lama tidur. Bos tak balik, kenapa?”
“Emran nak keluar dengan Sabrina, jadi biar saya je lah yang jaga awak.”  Faheem berkata. Setiap kali mengingati Emran, kembali terngiang-ngiang bicara lelaki itu sebentar tadi.
Amalina memandang Faheem dengan riak wajah yang pelik. Tadi bukan main bahagia ketawa, sekarang ni memanglah senyum. Tapi nampak seperti tiada gula. Apa yang terjadi saat dia sedang lena? Ada apa-apa yang dia dah terlepas ke?
“Bos.. Is there anything happen when I was sleeping? It seems like there’s something make you feel disturbed.” Amalina berkata.
“Stop calling me ‘bos’! Itu yang menganggu saya.”
“Err..  Dah tu saya nak panggil apa?” Terangkat kening Amalina. Faheem tergelak kecil melihat reaksi gadis itu. Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan Amalina. Faheem memandang wajah Amalina tanpa berkelip. Naik segan Amalina jadinya.
“Ehem. Err..” Tergagap-gagap Amalina cuba bersuara.
“Panggil saya Ayeem, Lina. Lagi bagus kalau panggil saya ‘abang’. It’s really make me pleasure!” Faheem bersuara menggoda. Mata kirinya dikenyitkan tanda mengusik.
“Er.. Pasal syarat abang Em tu... Awak sanggup ke? Saya tak kisah kalau awak ..” Belum sempat pun Amalina mnghabiskan kata-katanya, Faheem terlebih dahulu memintas.
“Dan biarkan awak dengan lelaki pilihan keluarga awak? Awak memang tak faham perasaan saya kan? Segala keterangan saya sebelum ni masih belum mencukupi ke untuk meyakinkan awak? Kalau saya tak yakin, saya tak akan berada dekat sini sekarang ni! Apa lagi yang saya kena buat untuk meyakinkan awak, Lina?” Faheem sedikit membentak.
Amalina mengeluh perlahan. Kenapa lah mamat ni jadi overdos emosional bila berkaitan dengan aku? Terlebih vitamin S lah dia ni! Alahai! Nasib lah kalau dia betul-betul jadi laki aku! Sempat lagi Amalina merepek walaupun Faheem sedang naik angin.
“Ya Allah! Bos, apa bos merepek panjang lebar ni? Saya baru nak cakap kalau-kalau bos nak postpone ke tarikh lain. Hisy! Suka sangat salah faham.” Amalina berkata.
“Oh! Hehe! Sorry, sayang!” Memerah wajah Amalina bila mendengarkan panggilan sayang yang keluar dari mulut Faheem. Faheem pula sekadar tayang senyum menggoda. Tadi tu dia ingatkan yang Amalina nak suruh dia lupakan hasrat untuk jadikan gadis itu sebagai surinya. Sebab tu lah dia melenting. Huhu!
“Pasal syarat abang Em, sayang tu.. Saya rasa elok kalau next week sayang ambil cuti. Kita balik rumah bakal mertua saya. Boleh?” Nakal suara Faheem. Amalina yang masih belum hilang segan dengan Faheem menekup mukanya dengan tapak tangan.
Sumpah! Dia segan tahap tak ingat! Dengan bos sendiri kot! Siap bersayang. Kalau dulu, memang dia benci sangat dengan si Faheem ni. Tapi selepas peristiwa yang kereta dia mati tengah jalan dulu dan Faheem yang sanggup cedera demi tiba awal bagi memastikan dia selamat betul-betul mengubah persepsinya terhadap jejaka itu.
“InsyaAllah! Itu pun kalau bos saya bagi cuti.” Amalina mengusik Faheem pula bagi mengurangkan rasa malu yang di tanggungnya. Faheem tergelak sebelum bersuara.
“Dia mesti bagi punya! Demi masa depan rumah tangga dia jugakkan?!” Terjegil mata Amalina. Laju tangannya mencapai bantal lalu memukul lengan Faheem. Mengaduh jejaka itu di buatnya.
“Sakit lah, sayang!”
“Padan muka! Gatal!” Amalina tergelak. Faheem menggoyangkan jari telunjuknya ke arah Amalina tanda memberi amaran. Amalina tak takut pun. Siap jelir lidah lagi tu. Huhu!
 
Beg pakaian telah siap dikemaskan. Tunggu masa aje nak bertolak ke rumah orang tuanya di Kuantan. Ummi dengan abi sudah pun dimaklumkan akan tujuannya pulang pada minggu itu. Masa dia bagitahu umminya bahawa dia ingin membawa pulang seseorang bersamanya, bersemangat sekali ummi menyoalnya siapakah gerangan ‘seseorang’ itu. Dia hanya ketawa dan menyuruh ummi dan abinya tunggu dan lihat. Siap suruh jangan terkejut lagi!
“Siap dah semuanya?” Sabrina bertanya. Beg pakaiannya di perhatikan. Puas hati!
“Dah! Tunggu masa nak gerak aje nanti. Kau tak nak ikut ke?”
“Satu beg je ke?” Tanpa menjawab soalan Amalina, Sabrina menyoal lagi. Amalina mengerutkan dahi. Kenapa pulak dengan minah ni?
“Ye lah! Baju aku dekat rumah ummi dah banyak. Kenapa?”
“Mana lah tahu, ummi suruh kau nikah terus! Boleh terus pergi honeymoon. Haha.” Sabrina ketawa. Amalina menjegilkan matanya sebelum mencubit lengan sahabatnya itu. Otak kuning betul!
“Amboi! Kau ni kan, memang tak sayang mulut ye? Aku balik ni sebab baru nak kenalkan Faheem dengan ummi and abi. Yang kau melalut sampai nikah la, honeymoon la kenapa?” Sabrina ketawa lagi. Bukan dia tak tahu ‘perancangan’ ummi dan abi Amalina di kampung. Emran, tunangnya merangkap abang Amalina telah terlebih dahulu membocorkan rahsia ‘perancangan’ tersebut.
“Ina, aku harap Faheem berjaya pikat hati ummi dengan abi kau.” Sabrina berkata sambil tersenyum misteri. Amalina yang perasan dengan senyuman misteri yang terukir di bibir Sabrina mula curiga. Ni mesti ada something tak kena ni. Lain macam aje dia ni senyum! Amalina mula tertanya-tanya.
“Eh, pergilah cepat! Cik abang sayang awak tu dah tunggu.” Sabrina berkata. Sebelum berpisah, sempat mereka berpelukan seketika. Amalina melambai sambil membuat flying kiss ke arah Amalina.
“I’ll miss you, dear!” Sabrina menjerit. Macam lah dah tak jumpa! Tapi, ajalkan tak menentu.
Seperti soalan yang di tanya oleh Imam Al-Ghazali kepada anak-anak muridnya.
“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )
 
Bip! Bip!
Satu pesanan ringkas masuk ke telefon milik Amalina. Tangan kanan membimbit beg pakaian yang di bawanya, manakala tangan kirinya pula di selukkan ke dalam poket untuk mengambil Samsung Galaxy Y nya. Sebaik sahaja pesanan ringkas itu di buka, senyuman mula melebar di bibirnya.
Assalam! Sayang, where r u?
Kepala di gelengkan berulang kali. Sejak mereka cuba mengenal hati budi masing-masing, jejaka itu tidak henti-henti memanggilnya sayang. Itu boleh lagi dia tahan! Yang tak boleh tahannya, Faheem telah siap mengemaskan pakaiannya sebaik sahaja Amalina keluar dari hospital sehari selepas Amalina bersetuju untuk mencuba menerimanya.
Wassalam. Otw.
Pantas dia menaip. Sebaik sahaja dia menekan skrin telefonnya, sebuah kereta meluru laju ke arahnya. Amalina yang sedang leka memerhatikan telefon bimbit langsung tidak sedar akan bahaya yang bakal menimpanya. Dalam kelekaannya itu, tiba-tiba sahaja tangannya di sentap kuat. Saat itu juga, kereta  Mini Cooper yang di pandu laju melepasi dirinya. Tergamam dia dengan situasi yang benar-benar mengancam nyawanya.
“Kalau berjalan tu lain kali tengok depan. Nak lintas jalan tengok kiri kanan!” Satu suara yang keras menyentak rasa terkejut Amalina. Terus matanya menjamah wajah orang yang telah menyelamatkannya.
“Awak?!” Terbuntang lagi mata Amalina. Selamat tak terkeluar biji mata.
“Ya Allah! Kenapa lah kekasih saya ni cuai sangat?” Faheem berkata. Mujur lah dia cepat bertindak. Kalau terlambat tadi, mahu Amalina mati katak!
“Aa.. Err..” Tergagap-gagap suara Amalina.
“Dah jom! Naik satu kereta je. Bahaya kalau awak drive sorang. Saya tak nak kehilangan orang yang saya sayang sebelum saya sempat memiliki dia.” Sempat Faheem membebel. Amalina yang masih lagi tergamam hanya mengikut langkah Faheem menuju ke kereta milik jejaka itu.
 
“Awak, janganlah marah saya! Saya betul-betul tak perasankan kereta tadi tu.” Amalina berkata setelah hampir setengah jam Faheem mendiamkan diri sebaik sahaja mereka berdua bertolak ke Kuantan.
Tak jalan pun Amalina pujuk! Faheem tetap buat muka coldstone. Alahai!  Susahnya nak pujuk lelaki yang merajuk! Nak buat apa lagi ni? Ahah! Idea sudah mari! Amalina tersenyum sendirian.
Please! Jgn mrh saya.. =(
Faheem mencapai telefon pintarnya sebaik sahaja telefon itu berbunyi. Saat pesanan ringkas itu di bacanya, dia menjeling sekilas ke arah Amalina. Amalina menayang muka merayu. Faheem buat tak layan. Amalina mengeluh. Tapi, takkan lah dia nak putus asa kan? Memang tak lah!
Buruknya muka bos kalau merajuk! Senyum skt ek! =D
“Berapa kali saya nak kena cakap? Stop calling me boss, En. Faheem or what so ever!” Tanpa memandang wajah Amalina Faheem berkata. Kelakar pulak bila Amalina memujuknya dengan menghantar pesanan ringkas. Macam budak-budak bercinta saja. Tapi, dia suka! Huhuhu.
“Ada pun suara! Sorry ye, AYEEM!” Sengaja dia menekankan suaranya saat menyebut nama panggilan Faheem itu. Tersenyum juga Faheem jadinya. Senang aje nak pujuk lelaki merajuk ni! Merajuk lah sangat!
“Ye lah! Lain kali tu, pandang kiri kanan kalau nak lintas jalan. Tak kira lah siapa pun yang mesej. Kalau jadi apa-apa macam mana? Saya tahu lah yang awak tu tak sayang saya. Tapi ingat lah dekat bakal keluarga mertua saya.” Faheem berkata.
Amalina menjulingkan mata. Keluarga mertua konon! Macam yakin aje yang ummi dengan abi dia akan terima Faheem. Entah-entah kena reject. Kalau abi mungkin lah boleh terima Faheem, tapi ummi.. Dia tak yakin. Ummi tu cerewet jugak kalau bab-bab masa depan anak-anak dia. Mujurlah Sabrina tu memang ummi dah sayang macam anak sendiri. Kalau tak, mesti kena lalui ujian bagai sebelum boleh bertunang dengan abang Emrannya.
“Apa yang ummi dengan abi awak suka ek? Agak-agak ummi dengan abi awak akan buat apa ek dekat saya?” Soalan Faheem mematikan lamunannya. Wajah lelaki itu di pandang hairan. Apasal tetiba je tanya macam tu? Jangan kata nak rasuah ummi dengan abi dia. Tak kan jalan punya kalau itu niat Faheem!
“Awak tunggu dan lihat!” Sengaja dia kata begitu. Nak bagi Faaheem gubra. Tak banyak, sikit pun jadi lah!
Saat keretanya berhenti di kediaman mewah milik keluarga Amalina, dia sedikit terkejut. Ingatkan rumah kayu aje, tapi ini rumah banglo dah ni. Boleh kata dah lebih kurang rumah keluarga dia aje. Tak terjangkau di fikiran langsung rumah keluarga Amalina boleh jadi sebesar ni.
“Err.. Awak! Betul ke ni rumah family awak?” Faheem menyoal teragak-agak tanpa memandang ke arah Amalina sebab rasa terkejut tak hilang lagi. Tapi tiada jawapan dari Amalina. Faheem memandang ke sebelah tempat duduknya.
“Aik! Bila masa dia keluar?!” Dia berkata sendiriran apabila melihat Amalina tiada di sebelahnya tetapi telah pun berada di hadapan pintu rumah itu. Tanpa di suruh, enjin kereta di matikan dan dia melangkah turun menghampiri Amalina yang sedang memeluk seorang wanita yang lebih kurang usia mamanya.
“Assalamualaikum.”
Tiga pasang mata terarah kepadanya saat dia memberi salam. Wajah Amalina pula dah mula berubah. Takut barangkali menyaksikan reaksi ummi dan abinya. Emran hanya tersenyum ke arah Faheem. Tak sangka jejaka itu betul-betul sanggup datang ke rumah keluarganya demi Amalina. Faheem dah mula cuak. Kenapa semua pandang aku tak berkelip ni?
“Er.. Ummi, abi.. ni kawan adik yang adik cakap tu. Kenalkan ni Faheem. Awak, yang cantik bergaya ni ummi saya. Yang kacak tak ingat ni pulak abi saya.” Sempat Amalina melawak. Tangan Emran, abangnya di peluk erat.
“Apa khabar uncle, auntie?” Faheem menyalami tangan abi Amalina. Kemudian Faheem menunduk sedikit tanda memberi hormat pada ummi Amalina.
“Sihat, alhamdulillah. Faheem ye, jemput lah masuk. Buat macam rumah sendiri.” Abi Amalina menjemput. Dah tetamu datang ke rumah, mestilah kena layan. Ummi Amalina hanya tersenyum sambil melangkah mengikut suaminya yang masuk bersama Faheem ke dalam rumah. Amalina yang melihat senyuman umminya terasa sesuatu yang aneh. Gaya umminya senyum nampak pelik dari biasa. Abangnya yang berada di sisinya mula melangkah menuruti abi dan Faheem.
“Abang! Tunggu dulu! Adik nak tanya ni.” Amalina memanggil abangnya. Terhenti langkah Emran. Wajah adiknya di pandang.
“Apa dia?”
“Abang ada bagitahu ummi ke adik nak bawak Ayeem balik?”
“Mana ada. Ummi dah tahu dah!” Emran berkata tanpa sedar yang dia dah terlepas cakap. Laju tangannya menekup mulut. Amalina menjegilkan mata ke arah Emran.
“Apa maksud abang, ummi dah tahu?”
“Err.. Ummi kata yang adik dah bagitahu nak bawak kawan balik rumah!” Kalut Emran menjawab. Belum sempat pun Amalina meneruskan sesi soal siasatnya, ummi terlebih dahulu memanggil mereka berdua.
“Abang! Adik! Nak berdiri dekat pintu aje ke? Meh masuk! Adik tolong ummi dekat dapur, jom!” Amalina tayang senyum. Wajah abangnya di pandang tajam seolah berkata ‘abang selamat kali ni’. Amalina dan Emran melangkah masuk ke dalam rumah. Faheem yang sedang berbual dengan abinya di ruang tamu dipandang sekilas. Sempat Faheem mengeyitkan mata kepadanya saat abinya tidak sedar. Laju Amalina melangkah menuju ke dapur.
 
Ummi memandang wajah Amalina dengan pandangan yang sukar untuk di tafsirkan. Ummi ni pelik sangat lah hari ni. Tadi senyum semacam, sekaran pandang macam nak telan pun ye jugak. Amalina berbicara sendiri.
“Amboi! Siap bawak balik anak teruna orang lagi ye.” Ummi menyindir. Amalina tersengih aje. Tak tahu nak balas apa. Bagi mengelakkan ummi tanya macam-macam lagi, baik aku buat air. Laju tangannya mencapai teko. Ummi hanya memerhati segala tingkah lakunya.
“Ina, baik terus terang dengan ummi. Apa tujuan si Faheem tu datang sini? Hujan tidak, ribut tidak, kamu bawak balik dia dekat rumah.” Amalina dah agak dah. Mesti ummi akan tanya dia jugak.
“Ummi, kita bawak air ni keluar dulu ye. Tujuan dia datang sini, biar dia yang jelaskan. Hihi.”
“Hah! Sengaja anak ummi ni nak selamatkan diri. Hisy! Adik, lain kali bagi intro sikit kalau nak bawak anak teruna orang. Ni, ummi nak tahu. Macam mana adik boleh kenal dia?” Tak habis lagi umminya mengorek cerita dia. Amalina tergelak aje. Tahu dah perangai ummi dia tu macam mana. Tahap curiousity umminya memang tinggi. Tambah-tambah lagi kalau tentang diri dia.
“Hurm. Ayeem tu sebenarnya... bos adik. Err.. Ummi.. Sebenarnya, adik ada benda nak bagitahu. Err.. Macam mana ek nak cakap...”
“Umminya, lama sangat buat air tu kenapa? Gula tak ada stok ke kat rumah kita ni?” Abi menjengah ke dapur. Apa lah yang bini dengan anak aku buat samapai nak buat air pun kena tunggu dekat 20 minit! Abi mengomel. Amalina tergelak mendengar kata-kata gurauan dari abinya. Abi kalau menyakat, boleh tahan!!
“Dah siap dah ni! Nak bawak keluar aje. Adik, bawak air tu keluar. Ummi nak letak kerepek pisang dalam piring dulu.” Ummi menyuruh. Amalina hanya menuruti segala arahan umminya. Dulang yang berisi cawan dan teko itu dibawanya keluar. Sempat dia melihat abangnya berbual dengan Faheem.
“Abang! Err.. Awak, meh la minum dulu.” Amalina mengajak. Faheem dan Emran bangun ke arah meja makan. Saat Faheem berdiri di sebelahnya sempat Amalina berbisik kepada jejaka itu.
“Awak tak bagitahu abi ke apa tujuan awak datang sini?”
“Belum. Saya ingat nak tunggu ummi awak ada sekali, baru nak cakap. Jangan risau ek, sayang. Nanti saya cakap dekat ummi dengan abi tentang saya nak awak jadi isteri saya. Kalau diorang tak bagi, saya bawak lari anak dara diorang ni pergi Siam! Kahwin kat sana free tau!” Sempat Faheem mengusik. Membulat mata Amalina jadinya. Selamatlah bos merangkap boyfriend to be. Kalau tak dah lama makan penumbuk sulung dia.
“Awak jangan nak merepek macam-macam depan ummi dengan abi saya. Tak pasal-pasal diorang paksa saya kahwin dengan lelaki pilihan diorang!” Amalina membentak geram. Faheem tersengih-sengih.
“Sayang jugakkan awak dekat saya!” Mengekek ketawa Faheem. Tanpa mereka sedari, dua pasang mata memerhatikan mereka di sebalik dinding yang memisahkan ruang dapur dengan meja makan itu. Senyuman semakin melebar di  kedua wajah yang memerhatikan mereka itu.
 
“Auntie, uncle.. Mula-mula sekali saya nak minta maaf kalau kedatangan saya ni menganggu keamanan auntie dan uncle sekeluarga. Sebenarnya, saya datang sini ada hajat.” Faheem berhenti bersuara sejenak. Wajah ummi dan abi Amalina di pandangnya seketika.
“Saya berniat nak menjadikan Amalina isteri saya. Saya tahu cara saya datang ke sini, tak manis. Tapi saya nak buktikan bahawa saya betul-betul jujur dengan perasaan saya pada Amalina.” Faheem melepaskan nafasnya. Rasa macam nak tercabut jantung dia! Takut woo!!
Amalina pula selamba aje menghirup air tanpa sedar yang Faheem ni dah nak pecah jantung tahan debaran. Emran menyiku adiknya. Amalina memandang wajah Emran dengan kerutan di dahi. Apasal abang Em ni? Kacau aje!
“Macam ni lah, Faheem. Uncle faham niat Faheem datang sini. Kami sebenarnya dah ada calon suami buat Ina..” Sebaik sahaja abinya berkata begitu, Amalina tersedak. Terbatuk-batuk dia jadinya. Semua mata memandang ke arahnya. Ada ke cakap macam tu? Bukan hari tu ummi kata nak bagi masa sampai hujung bulan ke?
“Tapi, di sebabkan Ina dah ada pilihan sendiri, uncle dengan auntie akan cuba pertimbangkan. Cuma, uncle ada beberapa perkara yang hendak dinilaikan.” Abi Amalina berhenti berbicara dan memandang Faheem yang menanti dengan sabar. Sabar lah sangat! Padahal dalam hati tu dah terjerit nak tahu .
“Perkara apa tu, uncle?”
“Memandangkan uncle dengan auntie belum kenal hati budi Faheem yang sebenarnya, uncle harap Faheem dapat stay sini dalam seminggu. Uncle dengan auntie yang akan menilai segala tentang Faheem. Itu pun kalau Faheem tak keberatan.” Abi Amalina berkata. Wajah Amalina berkerut mendengar bicara abinya. Aik! Sampai macam tu sekali? Faheem terdiam sejenak. Tengah fikir tentang usul abi Amalina.
“InsyaAllah. Kalau itu mampu buatkan uncle dengan auntie yakin terhadap saya, insyaAllah saya boleh.” Ummi tersenyum memandang abi. Emran pula sedaya upaya menahan ketawa. Memang lawak lah ummi dengan abi ni. Faheem menelan liur. Ah! Tak kisah lah. Asalkan Lina is with me!
“Hurm. Kalau macam tu, adik boleh lah balik KL esok. Abi dengan ummi nak jalankan penilaian terhadap Faheem. Lagi pun, tak elok pulak kan kalau anak dara dengan anak teruna yang masih belum ada hubungan duduk dalam satu rumah.” Ummi menambah perisa. Terkejut biawak Faheem. Amalina lagi lah! Mati lah aku! Hati Faheem menjerit.
 
 
 
 

 
Saat jam berdenting menandakan waktu sudah dua belas tengah malam, Amalina membaringkan badannya di atas katil biliknya. Puas tadi dia melepak dalam bilik abangnya Emran. Segala ketidakpuasan hatinya diluahkan kepada abangnya itu. Sempat juga dia berskype dengan Sabrina. Amalina bangun dari pembaringannya dan menuju ke bilik mandi yang terletak di dalam biliknya, telefon miliknya berdering.
“Assalamualaikum. Nak apa call saya tengah-tengah malam ni?”
“Waalaikummussalam. Hurm. Saya risau lah, sayang.” Faheem berkata. Amalina kembali berbaring di katilnya. Bila Faheem kembali membangkitkan hal petang tadi, dia pun jadi seram sikit. Entah apalah rancangan ummi dengan abi dia ni.
“Kalau awak takut, batalkan jelah. Lagi pun, takkanlah awak nak tinggalkan kerja awak dekat KL selama seminggu hanya kerana ummi dengan abi nak nilai awak! Saya tak nak lah awak rasa terpaksa dan tertekan!” Amalina berkata perlahan. Entahlah! Sebenarnya dia sendiri tak faham dengan apa yang dia rasa. Kadang-kadang tu rasa sayang dekat Faheem. Tapi, kadang-kadang tu pulak, rasa macam tak selesa. Setiap kali dia suruh Faheem mengalah, hati dia rasa sakit sangat. Tapi, suruh jugak Faheem mengalah!
“Sayang, it just for a week la! Pasal kerja saya tak risau, yang saya risaukan ni, apa yang saya kena buat masa awak tak ada nanti? Sunyi lah saya!”
“Ayeem, ummi dengan abi saya nak nilai awak aje lah. Kalu dah tertulis jodoh kita di Loh Mahfuz, insyaAllah kita tetap akan bersama walaupun awak dekat utara, saya pulak dekat selatan. Jangan risau lah.” Saja je nak sedapkan hati Faheem dengan hati sendiri. Dia pun sebenarnya tak tahu apa yang ummi dengan abi dia nak buat pada Faheem. Jangan digulaikan jejaka itu jadi lauk sudahlah!
“Ye, sayang! I know that. Hurm.. Esok sayang balik pukul berapa? Nak saya hantarkan?” seboleh mungkin dia nak luangkan masa berdua dengan Amalina sebelum di nilai oleh ummi dan abi Amalina.
“Tak apa lah. Abang Em hantarkan. Lagipun, apa pulak ummi kata nanti kalau awak hantar saya. Entah-entah dia fikir yang awak ni tak sanggup berpisah dengan anak gadis dia.”Sengaja Amalina mengusik Faheem.
“Haha. Mesti ummi sayang fikir yang saya ni terlalu cinta and sayangkan sayang sampai tak nak berpisah walaupun sesaat dengan anak dara dia tu. Sayang sepatutnya bersyukur tau dapat kekasih macam saya ni.” sempat dia memuji dirinya sendiri. Amalina yang mendengar kata-kata Faheem hanya tersenyum.
“Ye lah tu. Ayeem, pergi lah tidur. Takut terlepas subuh esok kang tak pasal-pasal ummi dengan abi reject awak. Hurm.. Saya pun dah mengantuk ni. Nak balik KL lagi esok.” Amalina menutup mulutnya menahan rasa mengantuk.
“Sayang.. Nited.. Love you so much.. Sleep tight..  Assalam.” Mendayu-dayu suara Faheem.
“Waalaikummussalam, Ayeem. Nited!” Merah pipi Amalina mengalahkan pakai blusher! Malu siot! Bantal di tekupkan ke muka. Senyuman yang terukir di bibir semakin melebar. Hilang terus rasa mengantuk bila Faheem bagi ayat yang mencairkan segala macam perasaan. Haih! Tidurlah mata!
 
Faheem melihat Amalina yang bersalaman dengan ummi dan abinya. Rasa sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan Amalina walaupun hanya selama seminggu. Emran menepuk lembut bahunya. Cuba menenangkan perasaan Faheem.
“Relax lah. Bukannya kau tak jumpa dia dah.” Emran berkata sambil wajah sedih Faheem di pandangnya seketika.
“Relax dah ni. Kau aje yang memandai!” senyum palsu di tampal ke wajah. Amalina menghampiri Faheem sebelum memandang ke arah abangnya. Ummi dengan abinya pula sengaja masuk ke dalam rumah untuk memberi peluang kedua-dua pasangan itu berbicara sebelum berpisah. Emran tak berganjak pun. Saja dia nak mengusik adiknya.
“Abang Em, pergilah tunggu dalam kereta. Orang nak privacy lah!” Amalina merengek. Abang Em ni sengaja tau nak menyakat! Emran tergelak perlahan sebelum melangkah ke arah kereta. Amalina menundukkan kepalanya. Enggan menatap wajah Faheem. Sedih lah pulak nak tinggalkan mamat ni sorang-sorang!
“Awak.. err.. Take care. Anything, call saya!” Amalina berkata perlahan. Faheem pula senyum aje. Dia tahu, Amalina malu. Faheem memandang wajah Amalina yang menunduk itu.
“Sayang, look at me.” Amalina mengangkat wajahnya. Faheem yang sedang tersenyum itu dipandangnya.
“Jangan risau okey. Nanti abang call sayang tiap-tiap malam ek. Hurm.. Gonna miss you, dear. Dah lah tu buat muka sedih. Nanti abang bawak jumpa tok kadi terus kang.” Sengaja mengusik. Panggilannya juga sudah berubah. Lebih sweet gitu.
Amalina pulak dah makin sayu bila Faheem membahasakan dirinya abang. Kenapalah dia ni pandai sangat memikat hati aku? Alahai! Mintak-mintak lah ummi dengan abi tak dera dia. Sempat Amalina mengelamun.
“Saya pergi dulu. Abang Em dah lama tunggu tu. Take care. Assalamualaikum.” Belum sempat Faheem menjawab salamnya, dia terburu-buru masuk ke dalam kereta.
“Waalaikummussalam.”
 
Ummi dan abi Amalina memandang Faheem yang sedikit muram. Jelas benar yang jejaka itu tidak sanggup berpisah dengan anak gadis mereka. Tapi, demi memiliki anak mereka, Faheem tetap sanggup berjauhan dengan Amalina.
“Faheem kerja apa?” Ummi menyoal.
“Saya kerja biasa-biasa aje, auntie. Makan gaji sama macam Lina.” Faheem merendah diri. Sengaja tak nak cakap jawatan yang di sandangnya. Ummi pula dah senyum-senyum. Lulus ujian pertama! Tak bongkak dan bangga diri!
“Dekat KL, Faheem duduk dengan siapa?”
“Dengan family. Mama tak bagi duduk rumah sendiri selagi belum kahwin.” Ummi dan abi Amalina tersenyum penuh makna. Faheem pulak dah makin pelik. Semalam, sewaktu Amalina ada bersama mereka, ummi dan abi Amalina tidak pula bertanya macam-macam.
“Owh. Kamu anak bongsu ke?” Abi Amalina turut tak nak ketinggalan mengajukan soalan pada pilihan hati anak gadisnya. Faheem tersenyum. Soalan itu dah dia agak akan di ajukan apabila berkata begitu.
“Saya anak nombor dua dari tiga beradik, uncle. Tapi, mama layan saya macam anak bongsu, sebabnya saya sorang aje anak teruna yang dia ada.”  Ummi dan abi Amalina tertawa kecil mendengar jawapan Faheem itu.
“Hurm. Faheem, nanti tolong auntie angkat pasu dekat depan boleh?” ummi Amalina memulakan langkah kedua. Dia nak tengok betapa kentalnya Faheem ni. Kekentalan mental dan fizikal pemuda itu harus di uji. Kalau Faheem tahan dengan ‘penderaan’ dia, maka jejaka itu akan mampu tahan dengan sikap Amalina.
“Boleh, auntie.”
 
Jessy menjerit kegeraman. Rancangannya untuk melanggar Amalina gagal apabila Faheem menyelamatkan gadis itu. Dia perlu mencari jalan untuk menghapuskan Amalina. Dia tak nak ada sebarang halangan pun untuk dia mendapatkan Faheem.
“Hello. Boleh sambungkan saya kepada En. Faheem.” Suara di lunakkan.
“Boleh saya tahu ni siapa?”
“Saya dari syarikat yang deal dengan En. Faheem berkenaan.. err.. projek pembinaan lebuh raya KL-Karak.” Jessy berkata. Dia hanya hentam kromo saja menyebut.
“Err.. En. Faheem tak ada. Emergency leave selama seminggu. Lusa baru dia masuk. Ada apa-apa pesanan yang boleh saya sampai kan kepada dia?” Farah menyoal. Seingat dia, syarikat itu mana ada terlibat dengan projek pembinaan lebuh raya KL-Karak. Lagi pun, lebuh raya tu memang dah wujud pun. Tapi kenapa wakil syarikat yang meghubunginya itu kata baru nak bina?
“Cik Amalina ada?”
“Ada. Cik nak saya sambungkan panggilan kepada dia ke?”
“Err.. Tak.. Tak apalah.” Jessy memutuskan panggilan. Dia akan mencuba sekali lagi. Kali ini dia yakin berjaya. Tak akan ada lagi yang akan selamatkan kau perempuan! Dia ketawa kuat. Gayanya seperti orang yang hilang kewarasan

Amalina tersenyum mendengarkan suara Faheem yang sedikit tidak bermaya. Entah apalah yang ummi dengan abi lakukan terhadap Faheem. Bila dia bertanyakan Faheem, jejaka itu hanya ketawa. Akhirnya, soalan itu hanya terbiar tanpa jawapan.
“Penat sangat ke?”
“Penat sayang. Sakit pinggang saya ni. Rasa macam nak patah pun ada.” Faheem berkata. Nadanya kedengaran seperti sedang berseloroh. Tapi itu lah kenyataannya. Ummi dan abi Amalina benar-benar mengenakannya. Macam-macam yang di suruh.
“Ummi dengan abi suruh awak buat apa sebenarnya ni?” Sekali lagi Amalina menyoal. Bila dia call ummi tanya, ummi suruh dia tanyakan pada Faheem sendiri. Tapi bila tanya Faheem, memang harem lah nak dapat jawapan.
“Tak ada apa pun, sayang. Hurm. Miss me?” memerah pipi Amalina. Malunya hanya Allah saja yang tahu. Walaupun hampir setiap kali berbual, Faheem ada bertanyakan soalan itu, tapi dia tetap masih malu untuk memberikan jawapan. Faheem pula hanya ketawa-ketawa sahaja apabila dia mendiamkan diri.
“Awak, saya tengah dekat office ni. Err.. Ada discussion dengan budak-budak kejap lagi. Talk to you later okey?” Amalina sengaja mengubah topik. Faheem melepaskan keluhan. Entah lah. Dia jadi tidak sedap hati. Rasa macam ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Mungkin pada Amalina atau pada hubungan mereka. Atau.. Kedua-duanya sekali.
“Sayang, balik before 9 ye. Kalau tak habis bincang lagi, stop dulu. Esok boleh sambung. Bahaya nanti awak nak balik sorang-sorang lewat malam.” Faheem bersuara. Amalina hanya mengiakan sahaja. Terharu dengan keprihatinan Faheem terhadap dirinya.
 
Tergelak-gelak Emran mendengar cerita tunangannya. Tak sangka sampai macam tu sekali Faheem kena dera dengan ummi. Boleh tahan juga sikap pembuli yang ada dalam diri umminya itu. Dia yakin, Amalina pasti akan terkejut dengan rancangan mereka.
“Rin yakin ke plan ni boleh berjaya?”
“InsyaAllah. Rin pasti Ina akan ikut apa yang ummi dengan abi nal. Jangan risau lah.” Sabrina berkata kepada tunangnya. Emran menjuihkan bibirnya. Ada-ada aje tunangnya itu untuk mengenakan Amalina. Sampaikan ummi dengan abi pun ikut sama setuju dengan plan Sabrina. Tapi, bila di fikirkan tentang perasaan Amalina, pasti dia akan kecewa.
“Tak melampau sangat ke?” Emran menyoal lagi. Sabrina mengeluh. Memanglah melampau! Tapi biarlah Amalina merasai keperitan itu.
“Ala! She will be fine!”
“Tak lah! Rin yakin ke yang Ina tak akan mengamuk? Soal hati dan perasaan dia, kita tak patut masuk campur.” Sabrina memandang wajah Emran. Janganlah tunang aku ni berubah fikiran. Sabrina telan liur.
“Em, jangan kata yang Em nak bocorkan rahsia kita dekat Ina?” Mata di jegilkan. Emran mendiamkan diri. Cuba memikirkan kewajaran plan gila Sabrina ini. Apalah yang membuatkan ummi dengan abi dia setuju dengan plan tunangnya itu.
“Em! Kita saja nak havoc kan majlis aje.”
“Ye lah! Dah lah tu.” Emran terpaksa dalam rela menuruti rancangan tunang kesayangannya. Sabrina tersenyum lebar. Biar Amalina rasakan betapa sakitnya hati bila cinta di tolak atau cinta terhalang. Dia tersenyum jahat.
 
Farina melihat gadis yang baru sahaja keluar dari Wisma Syarikat Hijau Geroda itu. Jam di tangannya di lihat. Seakan tak percaya masih ada lagi pekerja di syarikat milik papanya pulang ke rumah saat jam menunjukkan ke angka 10.58 minit malam. Gelagat gadis itu yang ingin melintas jalan dengan beg yang penuh ditangan menyebabkan matanya enggan di kalihkan dari terus memandang ke arah itu.
“Banyak betul dia bawak beg. Kalau jatuh beg tu tengah jalan, bahaya betul.” Farina berkata sendirian. Saat itu juga dia melihat salah satu beg yang di bawa gadis itu jatuh di atas jalan. Dia tertawa kecil.
“Haih! Baru aje cakap, dah jatuh. Masin betul mulut aku ni.” Dia bangun dari duduknya dan melangkah ke arah gadis itu. Dari jauh dia melihat gadis itu agak terkial-kial untuk mengambil kembali begnya yang terjatuh. Dia menggelengkan kepalanya. Ketika itu jugalah dia terlihat sebuah kereta menderu laju ke arah gadis itu. Laju dia berlari ke arah gadis itu dan menolak gadis itu ke tepi. Mujur juga lah Amalina sempat menarik sama tangan Farina. Jika tidak, pasti sahaja gadis itu menjadi mangsa.
“Ya Allah!” Terjerit kuat Amalina. Sempat wajah pemandu di lihatnya. Farina  tercengang dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Dia ingin menyelamatkan gadis itu tapi dia pula yang hampir kehilangan nyawa.
“Cik.. Cik tak apa-apa ke?” Amalina menyoal. Dia yakin, sebenarnya dia lah yang menjadi sasaran pemandu tadi. Mujurlah ada gadis muda itu yang sempat menolaknya.
“Err.. Saya tak apa-apa. Err.. Awak okey ke?”
“Saya okey aje. Terima kasih banyak-banyak.” Amalina mengucapkan terima kasih kepada gadis itu. Farina hanya mengangguk. Amalina memandang wajah Farina. Wajah gadis itu mirip wajah Faheem. Apabila melihat Farina seakan-akan masih lagi terpaku dengan kejadian tadi, Amalina mengajaknya minum di bistro berhampiran.
 
Gagal lagi! Dia pun tak tahu ilmu apa yang perempuan tu pakai sampai asyik selamat aje dari segala macam rancangan yang dia rancangkan. Setiap kali dia nak mengenakan Amalina, pasti ada sahaja halangan atau penyelamat. Hari tu, Faheem. Kali ni, kalau tak salah dia, Farina. Adik Faheem.
“Perempuan ni pakai ilmu hitam apa lah sampai selalu aje gagal rancangan aku.”  Jessy menyoal dirinya sendiri. Dah naik sakit kepala dengan rancangan dia yang selalu aje tak menjadi.
“Adoi! Apa lagi aku nak buat dengan dia ni?” Kepala di gelengkan. Tak ada idea dah nak buat apa.
“Agak-agak dia nampak tak aku tadi?” Tiba-tiba dia terfikirkan tentang hal itu. Dia mengeluh. Dah lah dia pakai kereta dia sendiri. Kalau Amalina report polis, memang sah-sah dia masuk jail! Amalina pulak bukannya boleh jangka. Ugutan perempuan itu pun dah buat dia kecut perut. Kalau Amalina buat apa yang dia katakan, mampus lah dia.
“Habislah aku!”
 
“Saya betul-betul berterima kasih pada Farina. Kalau Farina tak ada tadi, entah apa lah yang jadi pada saya. Silap-silap tinggal jasad aje.” Amalina berkata sambil tersenyum kecil. Farina membalas senyuman Amalina seikhlasnya.
“Saya pun berterima kasih pada Ina. Selamat Ina sempat tarik saya. Kalau tidak...” Farina tidak meneruskan kata-katanya sebaliknya menggelengkan kepalanya berulang kali. Tak dapat nak bayangkan apa yang akan jadi padanya kalau lah Amalina tak tarik dia.
“Spontan!” Amalina menjawab berserta mimik muka. Farina tergelak perlahan. Wajah Amalina di tatapnya lagi. Serasanya, dia pernah melihat wajah gadis itu. Tapi dia lupa!
“Hurm. Ina kerja dekat sana ek?” Farina meenyoal sambil menunjuk ke arah wisma Hijau Geroda. Amalina mengangguk. Tiba-tiba sahaja dia terasa menyesal apabila mengendahkan nasihat Faheem untuk pulang ke rumah sebelum pukul 9 malam.
“Lewatnya Ina balik. Buat apa?”
“Ada discussion..” telefon bimbit Farina berbunyi. Amalina mematikan kata-katanya. Farina mengangkat tangannya tanda memohon untuk menjawab panggilan telefon. Amalina mengangguk.
“Assalamualaikum. Adik how are you?”
“Waalaikummussalam, abang Ayeem. Adik err.. okey. Ke.. kenapa?” Tergagap Farina menjawab.
“Are you sure, adik? Abang dengar macam suara adik bergetar ni kenapa?” Farina menepuk dahinya perlahan. Dia seakan-akan lupa dengan kehadiran Amalina yang berada di hadapnnya.  Farina bangkit dari duduknya. Segan apabila Amalina melihat reaksinya yang agak lepas laku itu. Amalina tersenyum kecil melihat gelagat Farina itu.
“Err.. Abang, actually there’s something happen to me just now. But I’m safe right now.”
“What happen?”
“It just an accident. There’s someone at your office nak kena langgar, but now, adik dengan dia dah okey.”
“What?! Sanggup adik bahayakan diri sendiri? Siapa yang tak balik lagi time-time macam ni?” Kelam kabut Faheem menyoal. Perangai adiknya yang satu itu benar-benar merungsingkan dia. Tapi dia juga hairan apabila Farina berkata masih ada pekerjanya yang belum pulang walaupun telah hampir tengah malam. Seingatnya, dia telah menyuruh Amalina menangguhkan perbincangan pada keesokan hari sahaja jika jam sudah mencecah 9 malam.
“Amalina. Did you know her? Dia lah yang nak kena langgar tadi.”
“Dik, got to go now. Take care.” Talian telefon di putuskan. Farina mengerutkan dahi mengenangkan sikap abangnya itu sebelum berjalan ke arah Amalina.
“Sorry. My brother.”
“It’s okey.” Telefon bimbit Amalina pula berbunyi. Tergelak Amalina dan Farina jadinya.  Amalina memandang nama yang tertera di Samsung Galaxy Y nya. Dia mengetap bibirnya apabila melihat nama Faheem tertera di skrin telefonnya itu.
 
“Assalamualaikum.”
“Sayang, where are you right now?” Tegang suara Faheem. Amalina menjarakkan sedikit teefon dari telinganya. Sakit telinganya apabila Faheem tiba-tiba sahaja menjerkahnya.
“Err.. Dekat.. err..”
“Office?” Faheem berkata kasar. Amalina sedikit tersentak dan sedikit berjauh hati dengan sikap Faheem itu.
“Nope! Dekat bistro depan office. Kenapa ni? Suara cemas aje saya dengar.”
“Macam mana tak cemas kalau sayang tu nak kena langgar? Kan saya dah cakap, balik before 9. Kenapa tak dengar?” Amalina terdiam. Macam mana dia tahu? Takkan lah.. Wajah Farina di pandangnya lama.
“Awak, sorry. Saya double check proposal tadi. Tak perasan dah nak masuk pukul 11.” Amalina bersuara perlahan. Tak nak Farina dengar perbualannya.
“Sayang okey tak ni?” Suara Faheem mula mengendur. Terpujuk marahnya apabila Amalina meminta maaf.
“Sayang okey lah!.. ops.. Saya Okey!” Amalina menutup mulutnya. Farina ketawa kecil mendengar bicara Amalina itu. Dia yakin, pasti kekasih Amalina yang menghubungi gadis itu. Amalina menggigit bibirnya saat melihat senyuman di wajah Farina. Malunya! Macam mana lah dia boleh terlepas cakap.
“Haha. Oh my! Sayang, please say it once again.”
“Awak!” Amalina bersuara perlahan. Matanya di pejamkan seketika bagi mengurangkan perasaan malu pada Faheem dan Farina.Malunya hanya Allah aje yang tahu! Merah pipinya dengan usikan Faheem itu.  Terdengar gelak Faheem di telinganya.
“Sayang, please be carefull. Abang risau lah dengan sayang abang ni. Selamat ada Farina. Kalau tak, abang tak tahu lah apa yang jadi.”  Faheem berkata perlahan. Panggilan abang kembali di gunakan. Amalina tersenyum nipis. Perasaannya terhadap faheem semakin kuat. Mungkin kerana sikap prihatin jejaka itu terhadapnya.
“Ye. Err.. jap. Macam mana awak tahu Farina yang selamatkan saya? Awak kenal ke Farina?” Farina mengerutkan dahi saat Amalina menyoal Faheem. Dia kenal ke dengan kekasih Amalina? Dan macam mana kekasih Amalina tahu yang dia yang selamatkan Amalina? Mungkin kah kekasih Amalina itu merupakan... Faheem! Dia mengetap bibirnya. Tangan di hulurkan tanda meminta telefon yang di pegang oleh Amalina. Amalina menghulurkan telefonnya walaupun merasa pelik dengan tindakan Farina. Farina menekan loud speaker bagi memudahkan perbualan antara mereka bertiga.
“WMWG?” Farina menyoal. Amalina pula mengangkat keningnya. Terkejut dengan soalan Farina terhadap Faheem. Diorang ni memang kenal ke? Dia terdengar Faheem tergelak kuat di talian. Farina turut tersenyum.
“Hey, adik ni sengaja tau bagi pecah rahsia. Sayang, are you still there?” Faheem ketawa lagi Amalina masih tidak memahami apa yang berlaku sebenarnya. Farina tersenyum-senyum mendengarkan bahasa abangnya itu. Owh! Kiranya, Amalina lah yang buat abang Ayeem monyok hari tu. Sempat Farina mengagak. Farina menyerahkan kembali telefon kepada Amalina. Tak nak mengganggu perbualan pasangan kekasih itu.
“Awak, saya tak faham.”
“Sayang, Farina tu bakal adik ipar sayang.  She’s my younger sister.” Terbeliak mata Amalina. Wajah Farina di tatapnya lama. Habis lah aku!
“Err.. Awak, nanti kita cakap lagi ek. Saya nak call abang Em kejap. Ada hal penting!” tanpa sempat Faheem menjawab, Amalina memutuskan perbualan. Amalina segera meminta diri untuk pulang. Masih ada perkara yang lebih penting untuk di lakukannya.
 
Emran dan Sabrina menanti Amalina dengan penuh ketidak sabaran. Terkejut bukan kepalang dia, apabila adiknya menghubunginya dan mengatakan yang gadis itu hampir sahaja di langgar. Dan yang paling terkejut, orang yang cuba melanggar Amalina itu ialah orang yang sama yang mengugut dan menampar adiknya itu.
“Tak serik betul lah si Jaznah tu!” Sabrina bersuara. Emran mencebik. Memang nak kena perempuan tu dengan dia. Kalau bukan sebab Amalina tak nak besarkan hal ni dulu, mesti si Jaznah a.k.a. Jessy tu dah merempat dalam penjara.
“Apa lagi yang dia tak puas hati dengan Ina? Bukan ke Ina tu dah berhenti kerja dengan datuk miang tu? Apa lagi lah yang dia nak?” Emran menyoal Sabrina. Sabrina mengangkat bahu tanda tidak tahu. Ketika itu juga lah Amalina tiba di Red Chair Cafe berhampiran Uptown Danau Kota.
“Adik, cuba cerita apa yang jadi sebenarnya. Apa lagi yang perempuan tu nak?” Emran terus sahaja menyoal sebaik sahaja Amalina duduk di hadapannya. Amalina terus sahaja menceritakan apa yang berlaku kepadanya.  Tergeleng kepala Emran dan Sabrina jadinya. Tak sangka Jessy sanggup membuat cubaan membunuh hanya kerana untuk memiliki Faheem.
“So, apa adik nak buat sekarang ni?”
 “Report polis lah!” Emran dan Sabrina tersentak.
“Adik tak main-mainkan?”
“Ingat adik main-main ke? Ni soal nyawa tau. Selamat adik Ayeem ada tadi.” Emran mengangguk. Setuju dengan tindakan adiknya itu. Kalau ikutkan dia, baik kerat 18 aje perempuan tu. Tapi, dia tak ada lah sebodoh itu untuk melibatkan diri dalam kes jenayah.
“So, jom lah. Apa tunggu lagi?” Emran bangun dan mula berganjak dari situ Sabrina dan Amalina hanya mengangguk.
 
“Assalamualaikum, Ina. Ummi dah buat keputusan.” Amalina terkedu. Liur di telan. Keputusan apa yang telah ummi nya buat?
“Waalaikummussalam, ummi. Err.. Keputusan apa?”
“Ummi dengan abi sayangkan Ina. Ummi tak nak Ina salah faham dengan keputusan yang ummi dengan abi ambil. Percayalah!” Amalina menarik nafas panjang mendengar kata-kata umminya itu. Sabrina yang berbaring di sebelahnya  mengangkat kening tanda menyoalnya kenapa.
“Maksud ummi apa?”
“Ummi dengan abi buat keputusan untuk nikahkan Ina pertengahan bulan depan.” Amalina tersenyum lebar. Sabrina pula tersenyum nakal. Kau ketawa ye? Tak apa.. Kejap lagi, aku yakin kau akan menangis tak cukup air mata. Kita tunggu! Dia memandang Amalina lagi. Entah macam manalah ummi nak bagitahu Amalina tentang ni. Sabrina terfikir. Dia menahan gelak. Kalau tergelak kang, kantoi habis plannya nanti.
“Faheem dah tahu tentang ni?”
“Ina.. tak akan kahwin dengan Faheem..” 
 
 
maaf ye kalau ada bnyk kurang dan salah silap.. apa2 hal, gtau ek.. hihihi..