Isnin, 28 Oktober 2013

HADIRNYA CINTA TANPA UNDANGAN (part 3)

Assalamualaikum wbt...
mula-mula sekali, saya nak minta maaf sesangat sebab lama nak update..
makin dekat dengan spm ni, jadi malas pulak! hehe..
study malas, type cerpen pun malas.. semua malas..
tapi sebab Kelantan dapat gi final, saya siapkan part 3 untuk menjadi santapan.. huhuhu..
merepek dah tu!!
okey lah, ayat biasa yang saya pakai, kalau ada salah silap or terkejut dengan part ni, bagitahu yer.. hehehe.. kali ni saya bagi panjang sikit lah.. pengubat rindu.. sebab tak tahu lagi bilalah boleh dapat update cite ni. Jemput baca yer!!

HADIRNYA CINTA TANPA UNDANGAN (part 3)


Pandangan Faheem tertumpah pada wajah Amalina. Sungguh wajah itu terlalu cantik pada pandangannya walau pun saat itu wajah Amalina jelas kelihatan pucat. Memang lah lawa, sebab kau dah jatuh cinta dekat dia, Ayeem!! Haih!! Dia memang lawa lah. Cuba tengok bibir dia yang semulajadi warna pink tu, buat aku rasa nak gigit aje!! Hidung pulak cantik-cantik je. Nak kata mancung, tak jugak!! Hahaha!! Tapi paling aku suka part mata lah!! Mata bulat besar. Fuhh!! Kalau dia jeling sekali, mahu tembus jantung ni tau. Hatinya berbicara.

“Bos!! Nak apa datang jumpa saya ni? Sampai ke dalam rumah saya bos jejak! Kacau orang nak rehat aje!” Amalina mendengus.  Marah dengan Faheem yang selamba badak aje muncul dalam rumah dia. DALAM tau!!! Bukan luar!! Mahu dia tak terkejut. Dah lah dia masih malu lagi pasal luahan kata-kata luar alam dari Faheem semalam.

“Hah?? Err.. Awak kan demam. Kawan awak kata, awak belum gi klinik lagi kan masa saya call tadi? Ni saya datang nak bawak awak pergi klinik lah!” Faaheem berkata. Sedikit tersentak sebenarnya. Habis berterabur semua khayalan nakalnya.

“Saya tak apa-apa lah! Saya okey aje ni.”

“Muka pucat tak berdarah macam ni awak kata okey? Awak nak tunggu nazak dulu ke baru nak pergi klinik?”

“Bos tak payah risau kan saya lah. Saya tahu jaga diri sendiri. Yang bos ni, dah pergi klinik belum?” Amalina menyoal. Dia berasa bersalah sebenarnya. Kalau bukan sebab dia meminta tolong Faheem semalam, pasti lelaki itu tidak akan kemalangan dan luka-luka.

“Hehe.. Nak pergi lah ni.” Faheem menyengeh. Dengan lafaz bismillah, kereta Honda Accord berwarna emas di pandu membelah jalan raya. Amalina mendengus sebelum kembali bersuara.

“Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia pun kurang lebih aje. Huh!!”

“Saya ni lelaki, cedera sikit tak jadi kudis mana pun. Awak tu yang saya risaukan. Saya tak nak awak sakit tau. Susah hati saya.” Faheem berkata. Amalina terdiam. Enggan bersuara lagi apabila Faheem dilihatnya ada tanda-tanda untuk berbicara tentang hal-hal yang cukup elergik buat dirinya.

“Aik, diam dah? Tadi punya la banyak mulut. ” Faheem mengusik. Amalina malas melayan lelaki itu. Makin di layan, makin tebal lah perasaan malunya nanti. Dan makin teruk jugak lah demam dia. Mata di pejam untuk mengurangkan denyutan yang tiba-tiba datang.

Faheem yang melihat Amalina memejamkan mata membuat keputusan untuk menutup mulutnya. Namun, tangan Amalina yang mula mendarat di dahi membuatkan dia risau.

“Lina, awak sakit kepala ke?”

“Bos, diam boleh tak? Bawak je lah kereta tu. Mata tu pandang depan, jangan pandang saya. Tak pasal-pasal pulak dari demam terus jadi arwah!!” berbisa kata-kata Amalina itu. Faheem cuma menyeringai sebelum kembali fokus pada pemanduan.

 

Tak puas rasanya memandang wajah gadis itu. Kalau boleh, setiap masa dia nak menatap wajah Amalina. Wajah yang sentiasa bermain di fikirannya. Pemilik wajah yang bertakhta di hatinya. Dan wajah itu juga lah yang menemani malamnya juga yang hadir ke dalam mimpi-mimpinya.

“Bos, terima kasih lah sebab dah banyak tolong saya. Sudi tolong saya masa kereta saya mati semalam. Sampaikan bos accident semata-mata nak cepat sampai kat tempat saya semalam. Lepas tu hari ni, bawak saya pergi klinik lagi. Walaupun masuk rumah anak dara dengan muka tak tahu malu.” Amalina berkata sambil sempat menyindir. Pedas!!

“Lina, hal kecik aje lah! Macam yang saya katakan semalam, saya tak nak terjadi apa-apa pada awak. Hurm..” Faheem tersenyum nipis.

Amalina membalas senyuman Faheem dengan senyuman yang dibuat-buat. Erk! Bos ni, aku tak suka lah dia cakap macam tu. Buat aku rasa macam jantung aku nak keluar aje. Bukan nak keluar sebab suka, tapi sebab tak tahan dengan ayat jiwang Faheem. Dia dah lah alah sikit bab jiwang-jiwang ni. Mahunya anak tekak tak terkeluar.

“Err.. Terima kasih!” Hanya itu yang mampu Amalina katakan. Nak kata lebih-lebih, lidah dah kelu. Otak pun tak nak bagi idea nak cakap apa. Akhirnya, Amalina hanya fokus pada nasi goreng daging merah yang di pesannya tadi.

“Lina, saya tahu apa yang saya nak cakapkan ni akan buat awak rasa tak selesa. Tapi saya kena cakap jugak!” Faheem meletakkan sudu dan garfu yang dipegangnya. Wajah Amalina di pandang dengan riak wajah yang serius.

“Aa..apa bos?”

“Saya suka awak!”

Amalina tersedak. Laju Faheem menghulurkan teh o’ ais limau kepada Amalina. Terbatuk-batuk Amalina jadinya. Merah wajahnya seketika gara-gara aturan nafasnya menjadi semput. Faheem pula sudah cuak. Amalina memejamkan mata bagi melegakan kepedihan di hidungnya akibat tersedak.

“Awak okey dah, Lina?”

“Ehemm.. Hah!! Erm.. Okey! Okey!” Amalina bersuara tersekat-sekat.

“Sorry. Saya tak sangka pulak awak akan tersedak sampai macam tu. Saya betul-betul mintak maaf.” Menggunung rasa bersalahnya terhadap gadis itu. Amalina hanya mengangguk sambil menundukkan wajah. Malu!

“Lina, saya serius! Saya betul-betul sukakan awak.”

“Bos, saya.. err..” Hilang ayat di buatnya. Amalina akhirnya diam. Tak berani untuk mengangkat wajah apalagi bertentang mata dengan Faheem. Cukup lah hatinya berdebar kencang seperti baru lepas kena kejar dek anjing gila. Hish!! Hiperbola sungguh!

“Hurm.. Makan lah. Saya hantar awak balik kejap lagi.” Hampa nada Faheem. Sungguh dia hampa. Terlalu sakit rasa hatinya. Pedih. Umpama kulit di siat dan luka itu diperahkan dengan asam limau. Sedaya upaya dia tersenyum bagi menutup kedukaan hatinya.

 

Kereta diberhentikan di hadapan rumah teres dua tingkat itu. Amalina memandang seketika raut wajah Faheem.  Kesayuan yang tergambar di mata Faheem membuatkan Amalina tidak enak. Dia sendiri sebenarnya tidak tahu reaksi yang bagaimana harus ditunjukkan apabila berhadapan dengan situasi seperti itu.

“En. Faheem, terima kasih.” Amalina memerhati wajah mendung Faheem. Menanti bicara yang akan lelaki itu suarakan. Namun, hampa. Hanya anggukan lemah yang Faheem berikan. Amalina serba salah.

“Terima kasih sebab suka saya. Saya hargai perasaan bos pada saya. Tapi saya tak mampu membalasnya dengan rasa yang sama. Bos merupakan salah seorang lelaki yang sangat saya kagumi walaupun ada ketika saya tak suka dengan sikap bos yang suka merenung saya. Bos terlalu sempurna pada mata saya. Dan saya pulak terlalu banyak kelemahan sehingga tak mampu dihitung betapa banyaknya. Pangkat dan darjat bos juga membuatkan saya berfikir banyak kali untuk menerima bos biarpun saya mencintai bos. Inikan pula saya memang tak ada perasaan yang sama dengan bos.” Panjang lebar Amalina berkata. Wajah Faheem berubah merah. Marah ataupun malu, Amalina gagal meneka.

“Stop it, Lina. Awak menghina saya dengan membezakan pangkat, darjat dan kedudukan. Saya memang sukakan awak, tapi tak perlulah awak menghina saya sampai macam tu sekali. Awak seolah-olah menganggap, sayang saya pada awak terlalu murah dengan cara awak membandingkan semua  tu. Jangan menilai rasa kasih dan sayang saya dengan pangkat dan darjat yang saya miliki. Kerana sayangkan awak, saya sanggup kehilangan pangkat dan darjat. Kerana tak terhitung nilainya sayang saya pada awak, saya sanggup hilang segala harta yang saya ada. Kalau awak tolak saya kerana awak tak suka saya, saya tak akan langsung rasa terhina waima sekuku pun. Tapi, awak tolak saya kerana perbezaan yang awak cakap tadi. Kalau kasih sayang saya awak pertikaikan kerana darjat yang saya miliki, awak dah buat saya rasa lebih hina dari anjing kurap! Terima kasih, Lina. Get well soon. Bye!” Sayu suara Faheem. Amalina pula seperti cicak tertelan kapur. Terkedu dengan apa yang diperkatakan Faheem. Sungguh! Dia langsung tidak berniat untuk menghina jejaka itu. Tetapi mungkin kata-kata yang diucapkannya, mencarik dan merobek hati lelaki itu.

“Saya tak ber..” Belum sempat Amalina menghabiskan kata-kata, Faheem terlebih dahulu mencelah.

“Please! I wanna be alone!” Faheem berkata tanpa memandang ke arah Amalina. Amalina terasa seperti di halau. Laju tangannya membuka pintu kereta dan keluar. Sebaik sahaja dia menutup pintu kereta itu, berdesup laju kereta itu menghilangkan diri. Amalina telan liur. Kesat!

 

Farzliana memandang wajah adik lelakinya yang mendung. Mendungnya mengalahkan mendung nak hujan ribut. Sedari tadi lagi dia memerhati wajah adik nya itu. Apa kena pulak dengan Ayeem ni? Pagi tadi keluar pergi office, muka ceria aje walaupun ada kesan calar balar dekat muka. Bila di tanya macam mana muka boleh calar, senyuman aje yang di ‘sedekahkan’ kepadanya.

“Kak Na, kenapa dengan abang Ayeem?” Farina bertanya. Nada suaranya perlahan. Risau jika soalannya akan didengari oleh Faheem. Farzliana mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Kak Na tak tanya ke?”

“Tak. Adik tak tanya?” Farzliana memandang wajah adik bongsunya. Pelik apabila adiknya yang terkenal dengan sikap kepohchi itu menyoal sesuatu kepadanya sedangkan Farina biasanya menjadi orang pertama yang membongkar sesuatu perkara.

“Apa lah Kak Na ni! Orang tanya sebab tak tahu lah. Kalau dah tahu, tak ada maknanya adik tanya Kak Na.” Terjuih-juih bibir Farina. Farzliana tersengih. Dia kemudiannya meninggalkan Farina dan berjalan ke arah Faheem.

“Ayeem, kenapa balik kerja awal hari ni? Biasanya, pukul 10 malam baru reti balik. What’s up? Tak nak share dengan Kak Na ke?” Hubungan mereka adik-beradik cukup rapat. Mama dan papa mereka mahukan anak-anak mereka sentiasa saling tolong-menolong dan rapat.

“Tak ada apa lah. Nape tak pergi kerja hari ni?” Faheem menyoal kakaknya. Farzliana tidak mengendahkan soalan adiknya itu. Dengan selamba dia menolak kaki adiknya yang bersilang di atas meja. Dia mengambil tempat di hadapan Faheem.

“Let me guess! Perempuan?”

“Apa ni? Sibuk aje lah!” Faheem sedikit membentak. Namun nada suaranya masih lagi terkawal. Tak heran pun Farzliana. Lagi dia suka teka ada lah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kalau betul apa yang dia teka, Faheem pasti akan marah-marah dan membentak. Cukup mudah  untuk di fahami.

“Ayeem kene reject ek?” Sedikit kuat suara Farzliana. Farina yang berada di sofa yang terletak di ruang tamu segera berlari. Menghampiri kakak dan abangnya. Dengan muka terkejut, dia menjerit sedikit.

“What?? Abang Ayeem kena reject? Siapa reject MHB ni?” Faheem menjeling. Menatang apa pulak MHB tu? Adoi!! Adik dengan kakak aku ni tak senang betul la tengok orang nak rehat kejap! Sempat Faheem mengeluh.

“MHB? Apa tu, dik? Kak Na tak pernah dengar pun.”

“Kak Na, MHB stand for Malaya Hot Bachelor la. Tu pun tak tahu ke? Hish!! Mama pun tahu tahu short form untuk Malaya Hot Bachelor tau!” Sengih aje Farzliana dengan budak tak cukup umur ni. Faheem pula hanya menggeleng-gelengkan kepala. Melayan sengal kakak dan adiknya, boleh jadi gila dia. Kalau tambah mama sorang lagi, mahu  Jalan TAR tak laku!

“Kak Na, adik, please stop it. Ayeem tak tahan la dengar korang merepek. Macam duduk dekat Tanjung Rambutan! Agak-agak la nak kutuk Ayeem. Dari panggil Ayeem MHB la,Malaya Hot Bachelor la, baik panggil WMWG! ” Faheem  berloyar buruk. Farzliana dan Farina saling memandang. Tetanya-tanya apakah WMWG yang di maksudkan Faheem.

“Apa tu WMWG, abang Ayeem?” Farina menyoal. Dan dengan selamba Faheem menjawab.

“World Most Wanted Guy! Haha.” Apalagi, ketawa sakan lah ketiga-tiga mereka. Farina yang tadinya berdiri sampai terduduk-duduk di lantai gara-gara menahan tawa. Hilang seketika rasa gundah di jiwa Faheem. Benarlah kata orang, ketawa itu merupakan ubat bagi semua penyakit selepas doa.

 

Amalina berbaring dalam keadaan mengiring ke kanan. Terngiang-ngiang di telinganya kata-kata yang Faheem luahkan selepas menghantarnya pulang. ‘Kerana sayangkan awak, saya sanggup kehilangan pangkat dan darjat. Kerana tak terhitung nilainya sayang saya pada awak, saya sanggup hilang segala harta yang saya ada.’

“Arghh!!” Amalina menjerit nyaring. Tak kisah dah apa jiran-jiran akan bercakap tentangnya yang meroyan di siang hari.

“Hurmm.. Kenapa dia suka aku? Kelebihan apa yang aku ada yang membuatkan dia tertarik pada aku? Adoi!! Dia ni suka lah menyusahkan aku.” Amalina berbicara sendiri. Dia duduk bersila di atas katil sambil menekan-nekan skrin telefon Samsung Galaxy Y nya. Nombor Sabrina di tekannya.

“Ina, kenapa? Bilik sebelah-sebelah pun kau nak call ke? Tahu lah kredit banyak!”

“Rin, kau datang bilik aku boleh?” Amalina bertanya. Terdengar Sabrina mengeluh sebelum bersetuju. Tidak sampai lima minit, wajah Sabrina tersembul di hadapannya.

“Kenapa lambat? Macam duduk sepuluh batu jauh pulak. Padahal bilik sebelah aje.” Amalina membebel. Sabrina menjeling.

“Eleh!! Kata aku, kau pun sama. Kenapa tak kau aje yang berjalan masuk bilik aku? Macamlah aku ni duduk Kuantan kau duduk KL. Macamlah aku dekat rumah ummi kau, kau dekat rumah boyfriend kau. Sape dah nama dia? Faheem kan?” Sabrina berceloteh. Kalau bab-bab meloyar buruk, serah aje dekat Sabrina. Hujah lawyer pun kalah bila lawan dengan hujah loyar buruk Sabrina. Loyar jugak tu! Cuma bukan lawyer tapi loyar. Selamat tak loya.

“Rumah ummi jugak kau nak pergi kan? Mentang-mentanglah abang Emran ada dekat sana, tak menyempat kau kan?” Amalina membidas. Dan seperti kerang busuk jugalah Sabrina menayang sengih.

“Eleh!! Jealous lah tu! Eh, tadi abang kau ada call kau tak?” Sabrina bertanya. Amalina memandang wajah Sabrina dengan riak wajah yang berkerut.

“Tak ada pun. Kenapa?”

“Abang Em kata, ummi dengan abi dah jumpa jodoh yang sesuai untuk kau. Macam-macam ummi...”

“Arghh!!” belum pun Sabrina sempat meneruskan kata-kata, Amalina terlebih dahulu menjerit. Terlompat Sabrina dibuatnya. Huh!! Minah ni dah boleh ganti tarzan dekat hutan dah ni! Sabrina mengomel dengan mata yang terbeliak.

“Weyh!! Weyh!! Apa ni?? Senyap lah!” Sabrina menekup mulut Amalina. Meronta Amalina minta dilepaskan.

“Emm.. emm..Emmm.” Amalina mengeluarkan bunyi apabila dia gagal melepaskan diri. Sabrina menjegilkan mata tanda tidak faham. Amalina menarik tangan Sabrina dari bibirnya. Sabrina tersengeh apabila sedar akan keterlanjurannya.

“Huh!! Selamat tak mati aku!”

“Tu lah, sape suruh jerit kuat-kuat. Mengalahkan tarzan!” Sabrina membebel. Amalina mencubit sedikit lengan sahabatnya itu.

“Adoi!! Apa?”

“Kau cakap apa tadi? Abang Em kata ummi dengan abi jumpa apa?” Amalina menyoal. Bukan dia tak dengar, tapi cuba untuk mengesahkan semula.

“Hishh!! Apalah kau ni. Lain kali orang bercakap, dengar dulu. Jangan nak menjerit, memekik macam orang hilang akal. Abang kau kata, ummi dengan abi jumpa calon suami untuk kau. Ummi duk puji melangit kawan tu. Abang kau tanya aku, kau ni dah ada someone special atau tak. Aku jawablah kau dah ada boyfriend. Handsome lagi! Abang kau pun cakap nanti lah dia call kau.” Panjang Sabrina menjawab.

 Amalina menekup mukanya dengan tangan. Kepala di gelengkan berulang kali. Lepas satu, satu lagi masalah datang. Dah lah masalah dia dengan si Faheem ni tak selesai lagi. Keluhan di lepaskan. Sabrina memandang dengan riak kehairanan.

“Aku nak mintak pendapat kau!! Kau kena tolong aku!”

 

Nyaring iPhone 5C milik Faheem berdering. Dengan perasaan malas, Faheem mengambil telefon pintar itu. Tanpa melihat nama pemanggil, Faheem menjawab.

“Hello.” Faheem bersuara.

“Assalamualaikum. Hai, sejak bila pulak anak mama ni dah tak reti bagi salam?” Datuk Dri Fariha memerli. Faheem pulak menggigit bibir sambil menepuk dahi.

“Sorry, mama. Assalamualaikum.” Salam dihulur. Sekali lagi dia menepuk dahi.

“Waalaikummussalam. Hish!! Anak mama ni kenapa? Angkat phone tak bagi salam. Mama bagi salam tak jawab, lepas tu boleh pulak bagi salam lepas tak jawab salam. Ada masalah apa ni? Kalah rebut tender ke?” Mengeluh Faheem mendengar rungutan mamanya.

“Ma, Ayeem okey lah! Kenapa,ma?” Faheem menyoal lemah. Datuk Sri Fariha pelik dengan anak terunanya yang satu itu. Lemah benar nada suaranya Macam ada masalah besar. There’s something fishy here!!

“Hurm. Mama ingat nak jodohkan Ayeem dengan anak kawan mama. Nama dia Ina.” Straight to the point sungguh! Tak ada simpang siur, terus aje Datuk Sri Fariha berkata.

“Ma, Ayeem tak ready lagi la. Please, ma.”

“No way! Ayeem dah 28 tahun tau tak. Dah sesuai  sangat dah untuk kahwin. Mama ingat nak sekalikan majlis kahwin kamu dengan Kak Na kamu. Jimat masa, tenaga dan duit. And, mama hanya akan cancel majlis kamu dengan Ina kalau kamu dah ada calon sendiri yang mama and papa boleh terima. Ina tu gadis yang paling sesuai dengan Ayeem. Mama nak Ayeem buat keputusan sebelum hujung bulan ni. Whatever it is, tarikh nikah tetap sama dengan Kak Na.” Tidak mampu di goyah lagi keputusan Datuk Sri Fariha. Faheem terdiam sejenak.

“Ma, Ayeem dah ada pilihan sendiri!”Meluncur laju kata-kata itu dari mulutnya.

“Siapa? Mama kenal ke?”

“Amalina! Amalina binti Emzani. Project Manager dekat office Ayeem.  Twenty six years old. Asal Kuantan, Pahang!” tanpa diminta, Faheem memberikan informasi mengenai Amalina kepada mamanya. Belum sempat Datuk Sri Fariha mencelah, Faheem meneruskan kata-kata.

“Ayeem hanya akan kahwin dengan dia! Dan keputusan Ayeem muktamad! Got to go, ma. Assalamualaikum.” Tak langsung memberi peluang kepada mamanya untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai calon pilihannya. Yang terlintas di fikirannya saat itu, bagaimanakah caranya mahu membuatkan gadis itu jatuh cinta kepada dirinya.

 

Sabrina mencerlungkan mata kepada Amalina. Kalau mata dia boleh tersembul, waktu tu juga lah dah tersembul biji mata dia. Terkejut  punya pasal. Ni semua Amalina punya pasal. Selamat dia tak ada sakit jantung. Kalau tak, saat tu juga lah dia jalan. Tak sempat mengucap dah!

“Gila teruk lah kau ni!!” Ayat pertama yang keluar dari mulutnya setelah Amalina menceritakan segala-galanya kepadanya.

“Weh, kau jangan lah cakap macam tu. Apa yang aku cakapkan tu bukan bermaksud aku mennghina kasih sayang dia terhadap aku. Aku cuma cakap apa yang aku rasa aje.” Amalina cuba mempertahankan diri sendiri.

“Ya Allah!! Ina, kalau aku jadi si Faheem tu, aku pun akan rasa macam tu tau. Kau ni senang sangat perlekehkan perasaan orang terhadap kau. Harta, pangkat, darjat semua tu yang kau bangkitkan? Kau cakap sebab dia kaya lah, apa lah, punca kau tolak dia kan? Dah tu, kau tu bukan anak orang kaya ke? Ummi dengan Abi tu ada pangkat datuk datin tau. Kalau sebab harta, pangkat, darjat yang kau katakan tu, aku ni pun langsung tak layak untuk abang kau. Mak ayah dah tak ada, anak orang miskin. Sebidang tanah pun arwah mak dengan ayah aku tak mampu tinggalkan kat aku sebagai harta. Kau bukan aje buat Faheem tu rasa terhina. Tapi kau dah buat aku pun rasa terhina sebab aku tak setaraf dengan keluarga kau.” Panjang lebar Sabrina berkata.

Amalina yang mendengar menjadi sebak. Langsung tak sangka yang dia dah melampaui batas pertuturan. Rasa dirinya sangat kurang ajar tehadap Faheem yang juga bos bagi dirinya. Setitik demi setitik air mata mula membasahi pipi. Keterlanjuran percakapannya yang tidak disengajakan membuatkan Amalina terlalu berasa bersalah.

“Rin, aku mintak maaf. Aku langsung tak bermaksud nak menghina dia dan kau. Aku tak fikir pun dulu apa yang aku nak cakap. Kau pun tahu kan aku ni jenis yang macam mana. Rin, aku mintak maaf sangat tau. Aku tak pernah kisah kau kaya atau tak. Aku bukan memandang pada harta apa yang kau ada. Cukup sekadar kau sudi terima kami sebagai ahli keluarga kau. Please Rin, maafkan aku.” Amalina menangis tersesak-esak.

“Kau kata kau pernah kisah aku kaya atau tak. Tapi kenapa dengan Faheem kau persoalkan semua tu? Hak dia untuk menyayangi diri kau. Hak dia mencintai kau. Tapi, kau persoalkan tentang harta, pangkat dan darjat semua tu dengan dia? Kau dah anggap cinta dia murah tau tak?” Sabrina berkata tanpa memandang wajah Amalina. Dia cukup terasa. Cukup-cukup terasa!

“Memang hak dia. Tapi, aku pun ada hak untuk menolak cinta dia. Hak aku untuk tidak menerima dia.” Sedikit tergores hati Amalina apabila Sabrina enggan memandang wajahnya. Dia juga geram bila Sabrina hanya mempertahankan hak-hak Faheem. Habis tu, dia tak ada hak nak tentukan hidup dia? Dah lah Ummi dengan Abi senang-senang nak jodohkan dia dengan entah mana-mana lelaki entah.

“Memang lah kau ada hak. Tapi siapa pulak bagi kau hak nak hina dia? Siapa? Kau bagitahu aku sekarang. Biar aku pergi sumbat mulut orang yang bagi hak tu kat kau dengan kasut aku. Sekali dengan orang tu, dengan kau kau sekali aku sumbat high heels aku.” Tergelak Amalina dengan bicara Sabrina. Nampak gayanya, mood marah Sabrina sebentar tadi dah kembali okey.

“Rin, sorry tau. Jangan marah aku lagi. Aku janji aku takkan lagi bangkitkan hal tu semua. Sorry tau?” Amalina memandang wajah Sabrina. Sabrina mengherotkan mulutnya.

“Ye lah! Hah! Lepas ni, kau pergi mintak maaf dengan Faheem tu. Kesian dekat dia.” Memuncung bibir Amalina. Tetapi, dia tetap menganggukkan kepalanya.

Masam wajah Amalina apabila panggilannya tidak di jawab. Sudah hampir sepuluh kali dia menghubungi Faheem. Tapi, semua panggilannya masuk ke voice mail box. Mana lah bos aku ni? aku call asyik masuk voice mail aje. Tengah solat ke dia? Ke tengah ‘melabur’? Amalina mula melalut. Seketika kemudian, satu panggilan masuk ke telefon bimbit miliknya. Tersenyum lebar Amalina jadinya. Tanpa melihat nama si pemanggil, dia terus menjawab.

“Assalamualaikum. Bos, saya nak mintak maaf pasal tadi. Saya tahu saya silap sebab...”

“Ina, ni Ummi la. Hai, anak umi sorang ni dah tak kenal nombor telefon Ummi ke?” Datin Zureen menyoal. Amalina terkejut. Bibir digigit tanpa sengaja.

“Err.. Ummi.. err.. Sorry Ummi.” Hanya itu yang mampu Amalina katakan. Rasa terkejut dia belum hilang lagi. Alamak! Macam mana boleh tak perasaan Ummi call? Aku ingatkan bos tadi! Alahai! Malunya dengan Ummi.

“Hurm. Ye lah. Hah! Yang kamu mintak maaf dengan bos kamu tu kenapa? Kamu buat salah apa lagi kali ni? Kamu ngorat dia ke?” Datin Zureen menyoal.

“Ummi ni! Ada pulak ke situ? Ina mintak maaf sebab tak masuk office la. Orang tak berapa sihat.” Amalina berkata. Terpaksa berbohong. Eh, bohong ke? Bukan kau memang tak sihat ke, Ina? Tapi kau minta maaf bukan sebab tu la. Argh! Pedulikan.

“Hurm. Ye lah. Ni Ummi call nak bagitahu yang ada orang bertanyakan Ina.” Sedikit berkias Datin Zureen berkata. Amalina pulak dah faham, tapi sengaja buat-buat tak faham.

“Tanya apa Ummi? Kalau Ina boleh jawab, Ina jawablah. Kalau tak boleh, suruh diorang tanya abang Em aje lah.”

“Ina ni. Ke situ pulak. Ni, kawan Ummi ada tanya-tanyakan Ina dekat Ummi. Dia tanyalah, Ina ni dah ada kekasih ke belum. Ummi jawablah yang Ina sekarang ni tengah single and available. Dia berkenan sangat dengan Ina. Ummi dengan Abi pun suka sangat dengan Akmal tu. Dah lah handsome, sesuai sangat dengan Ina. Tapi, alih-alih abang Em kata yang Ina dah ada boyfriend. Betul ke Ina?” Datin Zureen menyoal.

“Ummi, kenapa cepat sangat? Ina muda lagi lah. Abang Em umur 29 pun tak kahwin lagi. Kenapa pulak Ina kena kahwin awal?” Merengek Amalina jadinya. Soalan yang umminya tuju pun tak terjawab.

“Abang Em kan dah bertunang. Cuba jawab soalan ummi ni.”

“Hurm. Bagi orang masa boleh tak ummi?”

“Hujung bulan ni. Kalau Ina dah ada kekasih, bawak kekasih Ina balik sini. Biar ummi, abi dengan abang Em buat ujian ketahanan dulu.” Tergelak Datin Zureen di talian. Amalina pula tersenyum. Mana dia nak cekau lelaki ni? Adoi! Dia tak nak tipu ummi dengan abi. Kusut betul lah!

“Hurm. Ye lah. Ummi, kirim salam abi dengan abang ye. Nanti suruh abang datang KL. Rin dah rindu sangat ni. Haha. Okey, ummi. Nite! Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Panggilan di putuskan.

 

Wajah Farzliana dan Farina di pandang. Menanti keputusan yang akan mereka berdua berikan. Farzliana memandang wajah Faheem sebelum menoleh ke arah Farina. Farina pula mengangkat bahu apabila kakak sulungnya itu memandang wajahnya sambil mengangkat kening. Dah macam gaya Ziana Zain pulak kakaknya itu!

“So, amacam? Nak ikut Ayeem pergi Langkawi tak ni? Esok rabu, kerja Ayeem habis paling lewat hari Jumaat. Lepas tu kita sambunglah holiday, hari Ahad pagi kita balik lah.” Faheem mengatur rancangan.

Farzliana membuat muka terkejut.Farina pula membulatkan mata. Terkejut apabila Faheem tiba-tiba sahaja mengajak mereka untuk ikut serta ke sesuatu tempat untuk urusan yang melibatkan kerjanya. Wajah Faheem di tatap dengan sungguh-sungguh. Farina pula laju sahaja meletakkan tapak tangannya ke dahi Faheem.

“Adik! Apa ni? Abang Ayeem okey lah!” Faheem menepis tangan adiknya yang mendarat di dahinya.

“Kak Na!! Betul ke ni, abang Ayeem? Adik tak caye lah Kak Na.” Terjerit Farina. Faheem mendengus kuat. Dah macam kuda dah bunyinya.

“Hish! Nak ikut tak ni? Banyak pulak bunyi adik ni.”

“Kak Na tak boleh. Busy sangat sekarang ni. Restoran cawangan baru bina tu dah sampai last stage dah. Banyak kerja nak buat. Mana nak interview pekerja yang ada untuk jawatan manager lagi, cari pekerja baru lagi. Mama tu, banyak sangat songeh nak pilih pekerja tau.” Farzliana berkata.

“Adik nak tolong Kak Na.” Faheem mengeluh.

“Ye lah. Jaga diri elok-elok. Okey lah. Ayeem naik bilik dulu. Nite. Assalamualaikum.”

“Nite too, WMWG!” serentak Farzliana dan Farina berkata sambil terus ketawa.

 

Faheem memasukkan begnya ke dalam kereta. Dia kemudiannya melangkah ke arah kakak dan adiknya yang berdiri di pintu rumah. Tangan dihulur kepada kakaknya sebelum beralih kepada adiknya.

“Kak Na, selama Ayeem tak ada ni, jaga rumah, jaga keselamatan elok-elok. Adik, dengar cakap Kak Na. Jangan buat perkara gila. Jangan ajak Kak Na keluar pergi Jalan TAR, Uptown Danau Kota or mana-mana aje.Duduk rumah diam-diam.” Faheem menjegilkan sedikit matanya ke arah Farina. Farzliana ketawa mengekek. Farina mencebik.

“Abang Ayeem ni, semua pun tak boleh. Kak Na boleh jaga adik lah. Eh, adik boleh jaga diri sendiri lah.” Farina bersuara. Tidak puas hati apabila dilarang keluar merambu.

“When I said NO, that means NO!! Where ever both of you wanna go at night, just postpone it till I come back! This is an order and no compromise! Faham?” Faheem bertegas. Kedegilan si Farina memang tak dapat di duga. Datang perangai tak semengah dia, mahu pukul dua, tiga pagi ajak keluar merambu.

“Yelah! Abang Ayeem pergi Langkawi pergi kerja ke pergi ubati luka di hati gara-gara kena tolak? Jujur dengan adik!” Farina mengalah kemudian menyoal.

“Kerja lah! Dah jangan mengarut. Ayeem pergi dulu, Kak Na. Jaga baby girl ni.” Faheem mencubit pipi Farina. Menjerit gadis itu.

“Sakit lah! Dah,dah! Pergi cepat. Semak aje lah! Hehehe.” Farina menghalau Faheem. Faheem menjegilkan mata sebelum berjalan ke arah keretanya. Hon ditekan sekali bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Farzliana dan Farina.

 

Terkebil-kebil Farah memandang Amalina. Sesekali berkerut juga dahi dia. Amalina tayang sengih. Cuba bersabar menantikan jawapan kepada soalannya.

“Cik Ina tanya apa tadi?”

“Saya tanya, En. Faheem masuk office pukul berapa hari ni.”

“Err.. Dia tak masuk office hari ni.” terbuntang mata Amalina. Dahi ditepuk kuat. Terlupa yang Farah sedang memandang dirinya.

“Dia pergi mana? Buat apa? Bila balik?”

“Err.. Bos, tak bagi cakap lah, Cik Ina. Dia kata ada hal aje.” Tergagap Farah menjwab. Amalina mengeluh. Wajah Farah kembali di tatap. Jelas kehampaan terpamer di matanya.

“Hurm. Tak apa lah! Thanks, Farah.” Tanpa menanti balasan Farah, dia berjalan longlai ke biliknya. Tangan mencapai Samsung Galaxy Y. Nombor Faheem dihubunginya. Jawab lah,bos!!

“Assalamualaikum!”

“Waalaikummussalam. Bos pergi mana?” Gembira Amalina apabila Faheem menjawab panggilannya.

“Saya ada kerja.” Ringkas dan beku sahaja jawapan Faheem.

“Bos marah saya ke? Bos benci saya ek? Saya mintak maaf. Saya tak nak bos marah saya. Saya tak suka bos benci saya.” Hampir menangis Amalina mendengar nada beku Faheem. Sedih tak terkata lah!

“Saya busy ni. Please, jangan ganggu saya!” Terkedu Amalina apabila panggilannya di putuskan begitu saja. Air mata yang bertakung di empangan mata akhirnya jatuh berderai membasahi pipi.

 

Wajah perempuan di hadapannya dipandang dengan perasaan yang bercampur baur. Ada perasaan terkejut, marah dan yang paling ketara sekali, perasaan takut. Memang dia takut. Sangat takut untuk berhadapan sekali lagi dengan perempuan itu. Takut sekiranya dia hilang sabar dan sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada perempuan itu yang juga bekas isteri ketiga mantan bosnya dahulu.

“Err.. Puan..” Tergagap-gagap suara Amalina.

“Apa puan puan hah?? Kau ni memang tak sedar diri kan? Dulu kau rampas suami aku! Sekarang kau nak rampas Ayeem pulak dari aku? Perempuan tak guna!!” Satu tamparan hinggap di pipi Amalina. Farah yang masih belum hilang terkejutnya dengan kedatangan Jessy kini menerima kejutan buat kali kedua apabila melihat Amalina di tampar.

Amalina menyentuh pipinya yang terasa pijar. Sungguh dia tak menyangka akan bertemu lagi dengan perempuan itu. Perempuan yang pernah mengugutnya akan menyimbah asid ke wajahnya. Langsung tak terduga dek akalnya, perempuan yang sama juga telah memalukannya di hadapan para pekerja Syarikat Hijau Geroda.

“Kau dengar sini perempuan sundal!! Aku nak kau berhenti dari syarikat ni sekarang jugak! Kau faham tak? Kalau dulu kau boleh lepas, sekarang ni, aku tak akan biarkan kau!!” Jessy menjerit. Tangannya sekali lagi dihayunkan untuk menampar Amalina. Namun, kali ini Amalina sempat menangkap tangan Jessy. Di pulasnya tangan perempuan itu kebelakang. Terjerit Jessy di buatnya.

“Maafkan saya, Puan Jessy! Saya rasa puan dah salah orang nak cari gaduh ni. Kalau dulu saya letak jawatan dengan notis 24 jam, sekarang jangan harap lah.” Bisik Amalina di telinga Jessy. Jessy terkedu.

“Eh, betina! Lepaskan aku lah!” Jessy menjerit lagi. Amalina menekan sedikit tanganJessy yang dipuasnya.

“Hurm! Nampaknya Puan Jessy masih belum kenal saya. Jangan ingat saya takut pada Puan. Saya langsung tak takut. Kalau Puan Jessy nak simbah asid pada saya, saya boleh buat lebih teruk lagi pada puan. Mungkin juga, bila puan naik kereta sekejap lagi, puan akan...” Kata-katanya terhenti setakat itu. Farah yang berada berdiri di sebelahnya memandang dengan riak tidak percaya. Terlopong mulut gadis itu.

“Aa.. Apa maksud kau? Kau.. Siapa kau sebenarnya hah?” Jessy menyoal perlahan. Kecut hatinya mendengar kata-kata Amalina. Sungguh tak di sangkanya, gadis yang kelihatan lemah itu boleh berubah menjadi begitu menakutkan. Mahu tercabut lututnya mendengar nada suara Amalina yang menyeramkan di telinganya.

“Saya bagi amaran pada Puan Jessy! Sekali lagi puan mengganggu saya, saya tak akan teragak-agak untuk memberi anjing tepi jalan makan daging puan yang bersepah dan kucing pula minum darah merah puan menggantikan susu. Ingat amaran saya ni!” pautan tangan Jessy di lepaskan. Tanpa mempedulikan Farah, Amalina berjalan menuju ke biliknya. Jessy tergamam. Farah memandang Amalina dengan riak wajah yang jelas kelihatan dia sedang dalam katakutan. Laju kakinya melangkah ka arah biliknya tanpa menghiraukan Jessy. Dia perlu menenangkan dirinya sendiri dahulu sebelum menenangkan orang lain. Kalau tidak, saat tu juga dia jalan!!
terima kasih daun keladi,
lain kali sudi lah jengah lagi!! hehehe.. =)

Selasa, 8 Oktober 2013

Cerpen: HADIRNYA CINTA TANPA UNDANGAN (PART 2)

Assalamualaikum wbt...
Firstly saya nak ucap berbanyak2 time kasih pada yang sudi baca kisah Faheem dengan Amalina ni..
Saya sebenarnya dah terkejut bukan setakat terkejut beruk, tp sampai anak beruk, mak beruk, sampai ke tok nenek beruk pun terkejut sama.. Alhamdulillah..
Saya tak pernah sangka pun cerpen yang saya tulis akan dapat sambutan.. Bukan apa, takut nak kongsi bersama sebenarnya.. malu  pun ada jugak.. hehe..
Okey! Okey!! berbalik pada kisah Faheem dengan Amalina ni..
Saya sebenarnya konpius sikit.. layak ke ini di panggil cerpen?? sebab saya rasa cite ni still lagi panjang.. tp xtau la pnjg mana.. haha.. okey.. tak nak panjang2 merepek..
terima lah HADIRNYA CINTA TANPA UNDANGAN (part 2).. kalau ada salah komen2 la ye.. saya ni kan budak baru belajar.. hehe..


HADIRNYA CINTA TANPA UNDANGAN (part 2)

Amalina resah menanti ketibaan Faheem. Sudah lebih lima minit dia menanti, namun Faheem tetap juga belum tiba. Baru sahaja dia berura-ura mahu menelefon jejaka itusemula, terdengar bunyi motosikal menghampiri kawasan itu. Perasaan takut mula mengalir ke seluruh urat nadinya. Jantungnya berdegup kencang. Segala macam surah yang di ingati dibacanya. Saat cermin kereta di ketuk, terasa seakan jantungnya berhenti.

“Lina, bukak pintu ni.” Faheem mengetuk cermin kereta itu dengan sedikit kuat.Dia tahu kelewatannya tiba boleh mengundang bahaya pada gadis itu. Tapi dia tidak sengaja. Dalam keadaan tergesa-gesa ingin mendapatkan Amalina, motor yang di bawa laju hampir sahaja merempuh sebuah kereta. Mujurlah brek sempat di tekan. Namun, kegagalannya mengawal motor menyebab kan dia jatuh dan terseret bersama motosikalnya.

Amalina yang mendengar suara bosnya segera membuka mata dan memandang ke arah tingkap kereta. Nafas di hembus perlahan. Lega melihat Faheem berada di situ. Laju tangan membuka pintu. Wajah Faheem yang calar-balar di pandang lama.

“Awak okey ke Lina?” Faheem menyoal. Tangan Amalina di capainya. Cuba mengalirkan aura selamat kepada gadis itu. Wajah Amalina di pandang risau. Kecederaan yang dialami tidak di hiraukan. Amalina mengangguk sebelum menarik kembali tangannya dari genggaman Faheem.

“Saya okey, En. Faheem.” Amalina menjawab perlahan. Tangannya yang di tarik Faheem tadi di rasakan basah. Segera Amalina menjatuhkan pandangan ke arah tangannya. Tompokan darah yang ada pada tangannya di pandang seketika sebelum dia menarik tangan Faheem.

“Eh, bos! Kenapa tangan bos berdarah ni? Ya Allah!! Bos accident ke?” Amalina memandang wajah Faheem seketika. Faheem hanya tersenyum nipis.

“Err.. Sikit aje ni. Dah jom! Saya hantar awak balik.” Faheem melangkah ke arah motosikal berkuasa besarnya. Amalina mengekori perlahan.

“Awak pegang saya kuat-kuat ye Lina. Takut awak terbang nanti.” Faheem melawak. Amalina berhenti seketika sebelum kembali berjalan ke keretanya. Dia tercari-cari first-aid yang memang tersedia di dalam keretanya itu.

“Bos!! Meh sini dulu. Biar saya letak ubat dekat tempat luka tu dulu.”

“Tak payah la, Lina. Sikit je pun ni.” Faheem berkata. Namun raut wajahnya yang berkerut gagal meyakinkan Amalina.

“Jangan degil boleh tak?? Saya suruh datang sini, datang aje lah. Macam budak kecik!!” Tangan Faheem di tarik supaya duduk di kerusi keretanya. Amalina mengeluh saat dia terpandangkan seluar Faheem yang terkoyak di bahagian lutut. Luka jugak lah tu. Amalina sempat mengomel.

“Awak buat pelan-pelan ye. Sakit ni.” Faheem menyeringai.

“Tadi kata sikit je. Macam mana boleh accident ni bos?”

“Saya nak cepat sampai sini. Saya tak nak apa-apa jadi kat awak.” Faheem memandang wajah Amalina.

“Saya tak nak sesuatu yang buruk jadi pada orang yang saya sayang.” Amalina terkedu. Ayat Faheem benar-benar membuatkan dia terperanjat. Serta-merta wajah jejaka itu direnungnya.

 

Sabrina memandang wajah Amalina yang kelihatan agak pucat itu. Petang semalam dia terpaksa pulang ke kampung gara-gara kucing kesayangannya mati.  Kampungnya yang cuma di Sungai Buaya membolehkan dia pulang hari. Dia langsung tidak menduga Amalina akan menghadapi kesulitan semasa ketiadaannya. Sebaik sahaja tiba di rumah awal pagi tadi, agak terkejut dia apabila melihat Amalina sedang terbaring di sofa yang berada di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu, sedangkan kereta Myvi milik Amalina tiada di halaman rumah mereka.

“Ina, jom aku bawak kau pergi klinik. Kau demam ni.” Tangannya menjamah dahi Amalina yang sedang tidur. Amalina sedikit terjaga. Dia menggeleng seketika sebelum kembali memejam mata.

“Jangan lah degil. Kau nak aku bagitahu abang Emran ke?” Sabrina mengugut. Hanya dengan mengugut untuk memberitahu Emran sahaja caranya untuk Amalina bersetuju. Entah apa yang nak di takutkan lah dengan tunang aku tu?!! Sweet je aku rasa. Hehe. Sempat fikiran Sabrina melayang.

“Aku okey lah!! Kau tak pergi kerja ke hari ni?”

“Malas. Hari ni aku cuti berkabung. Mimi dah arwah!! Eh, jom lah gi klinik! Kau demam ni.”

“Hurm.. Yang kau balik kampung semalam sebab Mimi mampus lah ni? Adoi!! Apa ke bengap sangat kau ni?” Amalina menggelengkan kepala. Nasib abang Em la dapat tunang yang gila kucing ni.

“Ha’ah!! Aku...” Belum pun sempat Sabrina menghabiskan  ayatnya, deringan telefon bimbit Amalina mematikan perbualan mereka. Amalina yang terbaring hanya membiarkan telefon itu terus melalak. Sabrina menjeling sahabatnya seketika. Laju tangannya mencapai telefon Amalina.

“Angkat lah telefon tu. Memekak aje lah!” Amalina mengeluh. Telefon itu di rampas dari pegangan tangan Sabrina.

“Hello, ye bos!” Amalina bersuara perlahan.

“Kenapa tak datang office hari ni?” Faheem menyoal lembut. Dia risaukan gadis itu. Semalam, selepas dia melafazkan rasa sayangnya buat gadis itu, Amalina hanya diam membisu dan memandang wajahnya dengan raut tidak percaya.

“Sorry, bos! Saya tak berapa sihat ni. Esok saya pergi office. Sorry sekali lagi, bos.” Amalina berkata. Ye, memang dia tidak sihat. Terkejut mungkin! Siapa tak terkejut bila tiba-tiba bos sendiri ucap kata-kata sayang? Dah lah dia tak berapa berkenan dengan sikap Faheem yang suka mengusik dan merenung dirinya. Ni lagi lah selepas si bos luahkan perasaan. Mahu dia tak kena demam terkejut!!

“Awak dekat mana ni?” Faheem bertanya.

“Rumah, bos!”

“Rumah saya? Awak buat apa dekat rumah saya?” Faheem pelik. Amalina menepuk dahi perlahan. Sabrina yang memandang tergeleng-geleng melihat tingkahnya.

“Rumah saya lah! Buat apa pergi rumah bos pulak!” Faheem tergelak kecil. Sedar dengan salah faham yang berlaku.

“Hehe!! Sorry. Dah pergi klinik ke belum ni?”

“Err.. Dah!!” Amalina sedikit gugup. Sabrina yang sedari tadi memerhati dan mendengar perbualannya menjerit sedikit.

“Belum lagi tu!! Eleh, nak menipu konon!” Amalina mencubit lengan Sabrina. Mengaduh kawan tu.

“Tunggu saya. Saya bawak awak pergi klinik.” Tanpa menanti balasan, Faheem memutuskan panggilan. Amalina terkedu.

“Eh, bos! Bos!” Tapi hanya sia-sia. Sabrina tersenyum lebar. Amalina yang geram dengan Sabrina melemparkan bantal kecil ke arah sahabatnya. Namun Sabrina pantas menyambut.

“Alahai, sukanya bila ada orang sayang!! Jealous lah pulak aku!! Hahaha..” Sabrina mengejek sebelum mendaki tangga untuk ke tingkat atas.

 

Mencerlung mata Faheem memandang gadis seksi di hadapannya. Wajah yang sedang tersenyum ke arahnya di pandang dengan raut wajah tidak percaya. Baru sahaja gadis itu ingin menyentuh tangannya, Faheem segera menepis. Masam wajah gadis itu dengan reaksinya sebentar lagi.

“Farah, saya nak keluar. Tak masuk dah. Cancel semua appointment saya dengan clients. Emergency ni. Bubye.” Tanpa mempedulikan gadis seksi itu, Faheem segera beredar.

“You nak pergi mana, Ayeem? I datang sini semata-mata nak jumpa you tau.” Sedikit merengek Jessy atau nama sebenarnya Jaznah bersuara. Meremang bulu roma Farah yang mendengarnya.

“Hey!! Kau ni kenapa? Sesat ek?” Faheem menjerkah. Farah terkedu. Pertama kali dia melihat bosnya mengamuk sebegitu.

“Farah, panggil security. Dan jangan benarkan lagi betina ni datang sini.” Segera Faheem berlalu apabila Jessy menghampirinya.

“Ayeem, you nak pergi mana??? Hey, balik sini semula lah!!” Jessy menghentakkan kakinya ke lantai. Geram dengan Faheem yang tidak mempedulikan dirinya.

Faheem mengeluh kasar. Macam mana betina tu boleh ada kat sini pulak? Adoi!! Mati lah aku kali ni. Dah lah mama tak ada kat KL. Nak buat macam mana ni? Lepas ni wajib lah hari-hari dia datang kacau aku. Faheem meraup wajahnya. Wajah Amalina menari-nari di wajahnya. Segera dia memandu kereta ke rumah gadis itu.


rumah Amalina dan Sabrina
 
Bunyi hon yang bertalu-talu menyedarkan Sabrina dari lenanya. Dalam keadaan yang masih mamai, Sabrina turun ke tingkat bawah rumah teres dua tingkat itu. Dilihatnya Amalina masih lagi terlena di atas sofa sambil selimut membaluti seluruh tubuhnya. Sabrina menjengah sedikit ke luar rumah untuk melihat siapakah gerangan yang terlalu biadap dirasakannya membunyi kan hon tanpa henti di hadapan rumah teres dua tingkat itu.

“Assalamualaikum.” Faheem memberi salam sambil menekan hon.

“Waalaikummussalam. Encik ni siapa? Kenapa main hon kereta depan rumah orang ni?” Sabrina menyoal geram. Terkebil-kebil mata Faheem memandang Sabrina. Dia segera mematikan enjin kereta lalu keluar dari kereta.

“Err.. Saya mintak maaf lah mengganggu. Hurm.. Amalina duduk sini kan?”

“Hurm.. Ye. Kenapa? Awak ni siapa dengan Amalina?”

“Saya Faheem. Kekasih dia. Dia tak sihat kan hari ni? Saya janji dengan dia nak bawak dia pergi klinik. Boleh panggilkan dia tak?” Faheem menjawab sambil tersenyum ke arah Sabrina. Sabrina yang dalam keadaan mamai terus segar-bugar di buatnya.

Sejak bila pulak Ina ni ada kekasih?? Dia tak bagitahu aku pun!! Nak kena minah sorang ni. Sabrina menggelengkan kepala. Pelik Faheem melihat Sabrina yang menggelengkan kepala. Mesti perempuan ni tak caye yang aku ni kekasih Lina. Haha..

“Err.. Awak!! Boleh panggilkan Amalina tak?” Faheem menyoal. Sabrina hanya menganggukkan kepalanya sebelum masuk kembali ke dalam rumah.

“Ina, bangun lah! Boyfriend kau datang nak bawak gi klinik tu.” Bahu Amalina digoncangkan sedikit. Amalina bergerak sedikit tapi matanya masih lagi terpejam. Sabrina mengeluh perlahan.

“Ina, bangun!! Jom lah pergi klinik. Tadi aku ajak kau degil. Sekarang ni boyfriend kau dah datang tu. Bangun lah.” Amalina membuka mata sedikit.

“Kenapa Rin?? Aku tak larat ni. Jangan kacau aku lah.” Serak suara Amalina. Sabrina serba salah. Tak dikejutkan, macam mana nak pergi klinik? Kalau kejutkan kesian lah pulak. Mengeluh juga Sabrina dibuatnya. Hurm.. Suruh boyfriend Ina je lah angkat minah ni bawak gi klinik. Sabrina menuju semula ke muka pintu.

“Err.. Awak.. Ala, sape dah nama?” Sabrina menggaru kepala. Terlupa nama lelaki yang memperkanalkan diri sebagai kekasih Amalina. Faheem tersenyum.

“Faheem. Nama saya Faheem. Amalina mana?”

“Hurmm.. Amalina tak larat sangat lah. Boleh tak awak tolong cempung dia lepas tu bawak pergi klinik?” Sabrina menyoal. Faheem terdiam seketika sebelum keluhan di lepaskan.

“Dia dah pakai tudung ke belum?” Faheem bertanya. Sabrina yang tidak menduga soalan itu akan ditanya, tersentak.

“Err.. Belum.”

“Awak tolong pakaikan tudung untuk dia. Dah siap nanti panggil saya.” Sabrina hanya mengangguk. Hairan bila disuruh berbuat demikian tetapi dia terpaksa turutkan juga.

 

Faheem melangkah ke dalam rumah itu perlahan-lahan. Sabrina mengekori dari belakang. Amalina yang masih lagi tidur di sofa di pandang Faheem dengan penuh rasa kasih. Wajah pucat itu ditenungnya seketika sebelum di hampirinya.

“Lina, wake up! Jom, saya bawak awak gi klinik.” Faheem berkata perlahan. Cuba mengejutkan Amalina dari tidurnya. Amalina meraup perlahan wajahnya. Dia seakan mendengar suara lelaki yang telah menyebabkan dirinya terbaring tidak bermaya. Sabrina memerhati tingkah Feheem dari meja makan yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdua.

“Lina, sayang! Bangun lah. Kalau Lina tak pergi klinik, macam mana nak sihat?” Faheem menyoal lembut. Kali ini terbuka luas mata Amalina. Dia pasti yang dia tidak salah dengar lagi. Memang betul suara bos!! Laju dia mengalihkan pandangan ke arah tepi.

“Warghh!! Bos buat apa dekat rumah saya?” Amalina menjerit. Seketika kemudian, dia meraba-raba kepalanya bagi memastikan rambutnya terlindung daripada menjadi tatapan lelaki yang bukan mahramnya. Faheem tersenyum.

“Bangun pun!! Puas kawan awak kejutkan, tak bangun-bangun. Saya kejut aje, terus bangun!” Faheem sedikit memerli. Merona merah wajah Amalina. Di pandangnya Sabrina yang tersenyum lebar memandang drama sebabak antara dirinya dan Faheem. Laju sahaja dia berdiri dan menolak tubuh jejaka itu keluar dari rumahnya.

“Eh, Lina awak buat apa ni?”

“En. Faheem keluar dulu. Nanti kejap lagi saya datang balik. Saya nak siap-siap dulu.” Amalina menutup pintu rumah tanpa mempedulikan Faheem yang tercegat di luar pintu rumah tersebut. Kemudiannya mencerlung mata Amalina memandang Sabrina. Sabrina menelan liur. Mampuih den!! Detik hati Sabrina.

“Kau dah gila ke?” Jerkah Amalina. Sabrina terkejut apabila di jerkah sebegitu. Mahu luruh jantung dia kalau hari-hari kena jerkah macam tu.

“Err.. Aa.. aku..  err..”

“Tergagap-gagap!! Selamat tudung ni ada kat kepala aku. Kalau tak, kau tanggung dosa aku!! Eh, jap!! Macam mana tudung ni boleh ada dekat kepala aku?” Amalina menyoal. Sabrina menyeringai.

“Aku pakaikan sebelum suruh boyfriend kau masuk rumah tadi.” Amalina terkejut. Siapa pulak boyfriend aku ni? Macam mana aku tak tahu yang aku dah ada boyfriend? Wajah Sabrina kembali dipandang.

“Sape pulak boyfriend aku? Kau jangan nak memandai ek!!” Sabrina menggaru kepalanya. Tak tahu nak jawab apa sebenarnya.

“Tu yang dekat luar tu. Dia yang mengaku yang dia tu kekasih kau.” Terbeliak biji mata Amalina. What the... Cool Ina.. Cool!! Tanpa pedulikan Sabrina, laju Amalina mendaki anak tangga untuk ke biliknya. Dia perlu membersihkan diri sebelum kembali bertemu dengan Faheem.

 
kereta Jessy a.k.a. Jaznah


Jessy memandang Faheem yang bersandar pada kereta. Kejadian di pejabat lelaki itu tadi masih berlegar dalam fikirannya. Geram dan marah dengan Faheem yang sanggup mengarahkan pengawal keselamatan mengusirnya dari bangunan 14 tingkat itu masih bersisa. Selamat dia tak kena campak ikut tingkap dari tingkat sembilan. Kalau kena campak tadi, sia-sia aje aku mati tupai!! Eh, ada ke mati tupai?? Betul lah!! Tupai kan duduk atas pokok. Tinggi tu!! Sama macam keadaan aku tadi lah!! Otak dia yang sudah sememangnya kosong  sempat terfikirkan perkara itu.

“Kenapa pulak lah Ayeem datang sini?” Dia menyoal sendirian. Macam lah ada orang yang akan jawab persoalan dia.

“Hurm.. Ni rumah betina garik tu kan?? Ayeem kenal ke betina tu?” Jessy a.k.a. Jaznah mengorek hidungnya.  Bersemangat giler dia korek hidung sambil fikir apa hubungan Faheem dengan Amalina yang di panggilnya betina garik itu. Sungguh tidak senonoh tabiat Jessy itu.

“Agaknya, diorang ni ada scandal ke, hah??” lagi sekali bertanya sendirian. Jessy kembali memandang kelibat Faheem. Kelihatan pada pandangan matanya, Faheem sedang membukakan pintu kereta buat Amalina.

“Eeee!! Meluatnya aku!! Apa lebihnya betina tu sampai semua pun tergila-gila kan dia? Dah lah berbungkus!! Muka pulak sememeh tak ada make up!!” sesuka hati Jessy mengutuk. Perasaan marahnya pada Faheem tadi kini beralih pada Amalina. Dendam lama yang dah padam kembali menyala. Stereng Mini Cooper miliknya di genggam kuat.
Siap lah kau betina garik!! Kalau dulu kau selamat, kali ni kau takkan selamat lagi!! Di jelingnya sekilas Faheem dan Amalina sebelum dia memecut laju Mini Cooper itu. Sekelip mata kereta yang di pandu membelah jalan.

sampai sini aje lah dulu ye.. ada masa saya publish lagi.. tq.. =D

Sabtu, 5 Oktober 2013

cerpen: hadirnya cinta tanpa undangan part 1

assalamualaikum..
penat trkejar-kejar nk type cerpen ni.. tarik nafas dulu kejap.. huh!! lega.. okey, kali ni sy publish part 1 dlu.. idea xbrapa nk dtg lps exam.. kalau ada salah silap, jgn lupa untuk tegur sy ye.. biasalah, budak baru belajar lagi ni.. sdngkan tupai yg pro dlm lompatan, blh jatuh.. inikan sy yg msh mentah sgt2.. hehe.. enjoy!!

HADIRNYA CINTA TANPA UNDANGAN (part 1)

Amalina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tudung yang dipakai pula sudah senget akibat tangan yang tidak henti-henti berlari di kepalanya. Rakan yang duduk berhadapan dengannya tidak dipedulikan. Bengang dengan apa yang terjadi  tadi masih belum hilang.

“Weyh, Ina. Dah lah tu garu kepala. Tahu lah kau pakai tudung, orang tak kan nampak kalau rambut kau botak pun. Tapi tak kan nak garu sampai kepala tu betul-betul botak kot?” Sabrina yang memerhati dari awal pertemuan mereka memerli. Amalina menjeling tajam.

“Rin, aku dah tak tahan lah kerja dekat situ. Naik meremang bulu roma aku.”

“Kenapa pulak kali ni? Dalam masa enam bulan, dah tiga kali kau berhenti tau tak. Lepas satu-satu masalah kau ni. Dulu, kes bekas bini bos serang kau, siap ugut nak simbah asid, memang patut lah kau berhenti. Lepas tu kes bos kau gatal merenyam lah, itu lah ini lah. Kali ni kes apa pulak? Bos kau ajak nikah pulak? jadi bini nombor dua? Tiga? Empat?” Sabrina membebel. Segala cerita yang dah berlaku semuanya di ungkit semula.

“Datuk Farid tu memanglah okey!! Tapi, yang tak okey nya anak dia. Merangkap bos dekat department aku tu. Pening kepala aku nak layan dia. Tiap-tiap pagi, mesti dia lepak dekat meja aku dulu. Siap jual minyak lagi dengan aku. Kalau aku nak beli tu tak apa lah jugak. Masalahnya, aku tak nak!! Seram lah aku, Rin!!” Amalina mengadu. Seram dengan sikap lelaki yang bergelar bos muda itu.

Air mata mula bertakung di tubir mata. Bila-bila masa empangan air matanya akan pecah. Sabrina mengeluh. Sudah masak dengan kemanjaan rakan nya itu. Kadangkala dia tertanya-tanya, adakah semua anak bongsu, manja seperti Amalina?? Baru usik sikit, mula lah buat drama air mata. Sikit-sikit nangis!! Manja betul lah budak ni!! Sempat Sabrina mengutuk.

“Dah tu, kau nak aku buat apa?”

“Tempat kau tak ada kerja kosong ke? Aku tak nak dah kerja kat situ. Tolong lah aku, Rin!” Amalina menyeka lembut air mata yang mengalir di pipi nya. Wajah Sabrina dipandang penuh pengharapan. Mata di kerdip berulang kali.

“Tak ada!! Kau teruskan aje kerja dekat Hijau Geroda tu. Buat tak tahu je dengan bos kau tu. Tak pun, kau layan aje kerenah dia. Lama-lama nanti, berhenti lah dia kacau kau. Tak payah nak cari kerja lain.” Sabrina terpaksa bertegas. Kalau ikutkan kehendak Amalina, semua kerja dia tak akan jalan.

“Sampai hati kau, Rin!! Macam ni ke kawan baik?” Amalina merengek. Sabrina menggelengkan kepala. Handbag di capai sebelum berdiri.

“Dah lah tu. Lunch hour dah nak habis ni. Pergi masuk office balik. Aku chow dulu. Jumpa dekat rumah malam ni. Hah!! Kau ingat nasihat aku ni, kalau dia bertindak gila, kau ikut kan aje. Tapi jangan melebihi tahap. Dengar tak ni??” Sabrina berkata dan menyoal.

Amalina menganggukkan kepala. Terpaksa mengalah dengan sahabat baik merangkap bakal kakak iparnya itu. Kalau tak ikut, mesti Sabrina report pada Emran, abangnya. Jika Emran tahu, pasti disuruhnya Amalina balik kampung tanam anggur a.k.a. menganggur. Paling tidak, Emran akan berkata ‘adik duduk rumah,tunggu orang masuk meminang,lepas tu kahwin. Tak pun, belajar masak. Senang nanti dah kahwin nanti. Tak de lah suami adik cari lain’.

Aku tak nak kahwin lagi!! Bos ni pun satu hal jugak, dalam ramai-ramai pekerja dia, kenapa aku yang jadi mangsa? Main tenung-tenung aku sampai nak terkeluar biji mata lah, kenyit mata bagai. Aku korek biji mata karang, baru tahu. Nasib anak big boss, kalau tak dah lama aku telan. Boleh jugak jadi makanan aku. Huh!!

 

“Lina, hai!!”

Faheem menegur Amalina. Dalam diam, dia sebenarnya meminati pengarah operasi syarikat milik keluarganya itu. Namun, layanan gadis itu terhadapnya sangat-sangat formal. Adakala, Faheem bengang dengan layanan acuh tidak acuh yang diterima dari Amalina.

“Hai, bos.” Amalina menjawab ringkas. Pesanan Sabrina terngiang-ngiang di telinga nya. ‘kalau dia bertindak gila, kau ikut kan aje’. Yup!! Aku kena ikut aje peel dia. Amalina tersenyum tanpa sedar.

“Hah!! Kan cantik kalau hari-hari awak tunjuk senyuman macam ni dekat saya. Tergoda saya tau. Hai, tak tahan betul tengok awak senyum! Kalau macam ni lah, saya kena serbu rumah mak ayah awak cepat-cepat ni.” Faheem duduk di hadapan Amalina.

Amalina sedikit tersentak dengan bicara Faheem. Baru dia sedar, dia tersenyum dengan tidak sengaja ketika teringatkan nasihat Sabrina, dan bosnya itu telah salah sangka dengan senyuman yang terpamer di wajahnya.

“Err.. En. Faheem nak buat apa serbu rumah mak ayah saya?? Bukan ada kenduri pun.”

“Serbu sebab nak cilok anak dara diorang lah. Buat menantu mummy dengan daddy saya. Boleh??” Faheem tersengih. Walaupun kedengaran seperti gurauan, Faheem sememangnya mempunyai niat itu. Bila lah aku boleh laksanakan niat yang satu ni? Esok boleh tak? Hehe. Faheem menyoal diri sendiri.

Terbeliak mata Amalina. Terkejut dengan kata-kata Faheem tadi. Ya Allah!! Jangan lah si Faheem ni serius. Aku tak nak kahwin lagi!! Tambah-tambah lagi dengan mamat sengal ni. Gila betul lah Faheem ni. Kalau aku kahwin dengan mamat ni, jawabnya aku terpaksa menjebakkan diri dalam ‘kegilaan’ mamat ni. A big NO!!!

“Boleh tak, Lina??”

“Hah!! Err.. Boleh sangat lah bos!!”

“Serius ni??” Faheem teruja.

“Ada nampak muka saya ni tengah main-main ke??”

“Kalau macam tu, esok saya suruh mummy dengan daddy saya pergi rumah Lina. Okey tak??”

Alamak!! Ina, macam mana ni?? Habis lah kau. Tu lah, siapa suruh main-main soal kahwin?? Kan dah terjerat. Ina, cari idea cepat!! Ahah, Dapat pun!!

“Tapi.. ada tapinya, bos.” Amalina berkata. Keluhan di lepaskan perlahan. Lega kerana idea muncul di saat-saat genting. Faheem senyap seketika. Dia kemudiannya memandang Amalina dengan kening diangkat tanda tidak sabar untuk mendengar syarat yang akan dikemukakan.

“Untuk mahar, saya nak mintak 30K. Masa bertunang bagi separuh, separuh lagi masa hari akad nikah. Boleh?” Amalina tersenyum. Kening di angkat berulang kali. Padan dengan muka kau!!  Haha. Amalina gelak dalam hati.

“Apa lah awak ni, Lina. Demand giler. Dalam Islam, ada mengatakan bahawa mas kahwin yang di minta haruslah di ambil kira kemampuan bakal suami kan?? Kalau awak mintak banyak macam tu, tak ada sesiapa pun akan kahwin dengan awak tau. Sepatutnya, kita ni kena bersederhana aje tau. Orang kata, kalau tak nak jadi andartu, berpada-pada lah meminta mahar.” Faheem berkata. Dia hanya ingin menguji Amalina. Bukan dia tak mampu beri mahar sebanyak itu kepada Amalina. Malah, terlebih mampu.

Drpd Aishah r.a. , bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
sesungguhnya sebesar-besar keberkatan dalam
perkahwinan ialah yang bersederhana maharnya.

Ambik kau sebijik!! Kan dia dah bagi ceramah free!!  Nak balas apa ni ek?? Amalina terdiam seketika. Mencari hujah untuk membalas setiap kata-kata yang Faheem bentangkan.

“Tapi, En. Faheem mampu kan?? Saya rasa, bos lebih dari mampu nak bagi kalau setakat 30K. Well, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tak gitu, En. Faheem Akmal?” Amalina senyum sambil mengangkat keningnya. Terasa kemenangan berpihak kepadanya apabila tiada balasan dari Faheem.

Faheem menggelengkan kepala berulang kali. Pandai sungguh Amalina mengenakan dia. Akhirnya, Faheem melangkah memasuki ruang office nya. Amalina pula sudah terbahak-bahak ketawa. Hilang ciri-ciri gadis Melayu terakhir yang ada pada dirinya.

 

Tawa Amalina dapat Faheem dengar hingga ke dalam ruangan pejabatnya. Bahagia rasanya mendengar gelak ketawa gadis pujaan hati. Alahai Lina, nakal pulak awak hari ni. Kalau hari-hari macam ni kan bagus. Faheem tersenyum kecil.  Wajah Amalina yang masih ketawa di luar ruang pejabatnya di pandang melalui cermin gelap yang ada di ruangan itu.

Faheem kemudiannya memfokuskan tumpuan ke arah dokumen yang harus di semak sebelum menghadiri mesyuarat sebentar lagi. Namun, tumpuan nya hilang apabila iPhone 5C  nya mula mendendangkan lagu Cinta Kita Berbeda dendangan Saleem.  Sempat mata Faheem singgah di dada skrin iPhone 5C tersebut sebelum menjawab.

“Assalamualaikum, mama.” Salam di hulur. Matanya kembali di halakan kearah fail yang terbuka luas di atas mejanya.

“Waalaikummussalam, Ayeem. Ayeem ada kat mana ni?” Datuk Sri Fariha menyoal lembut.

“Office lah, ma. Kenapa call Ayeem ni?”

“Hisy!! Ayeem ni, mama call pun tak boleh? Dah lah nak jumpa satu-satunya anak bujang mama sendiri pun payah. Pagi keluar kerja, tengah malam baru balik. Ayeem bukannya kisahkan mama dah sekarang ni. Tak sayang kat mama dah agaknya.” Sayu Datuk Sri Fariha bersuara. Cuba memancing perhatian anak lelakinya yang workaholic itu.

Faheem mengeluh perlahan. Sedar akan kesilapannya yang terlalu mementingkan kerja sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Dia tahu, mamanya itu kesunyian di rumah setelah menyerahkan syarikat yang di terajui kepada kakak sulungnya, Farzliana. Manakala dirinya pula mengambil alih syarikat milik Datuk Farid, papanya.

“Ayeem mintak maaf, mama. Ayeem busy sangat sekarang ni. Nak rebut tender untuk supply simen untuk projek pembinaan jambatan Pulau Pinang ketiga. Sekejap lagi pun ada meeting.”

“Kalau macam ni lah gayanya, tak dapat lah mama nak merasa dapat menantu. Mama dengan papa pergi Kuantan tau minggu ni. Jangan pulak Ayeem balik nanti, duk tercari-cari mama dengan papa. Hujung minggu nanti baru mama dengan papa balik K.L. Hah!! Lagi satu, balik rumah awal sikit. Tolong tengok-tengokkan kakak dengan adik . Kesian kakak dengan adik duduk rumah tak ada orang jaga.” Datin Fariha menyuruh. Dia tetap bimbang dengan keselamatan dua orang anak gadisnya walaupun rumah mewah itu dikawal rapi oleh dua orang pengawal keselamatan dan di sekitar kawasan rumah itu pula di awasi oleh CCTV.

Faheem mengangguk namun seketika sahaja apabila sedar yang anggukannya itu tidak dapat dilihat oleh mamanya. Keselamatan kakak dan adiknya harus di utamakan. Faheem tahu tanggungjawabnya sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Dia harus melindungi kedua-dua mereka sedaya upayanya.

“InsyaAllah, ma. Habis aje meeting, Ayeem terus balik rumah. Don’t worry, mama. I will take care of both of them very well. Sampai kan mama dengan papa balik nanti, tak akan ada waima sikit pun debu kat diaorang. Hehe..” Faheem ketawa perlahan dengan jenaka nya sendiri.

“Tak apa lah kalau Ayeem dah kata macam tu. Ingat mama cakap tadi, balik awal!! Mama letak dulu lah. Jaga diri elok-elok. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.”

 

Huarghh!! Penatnya. Kalau macam nilah hari-hari, kompem aku tak dan nak menikah. Hurm, mama dengan papa kat Kuantan la pulak. Faheem memejamkan mata untuk melepaskan penat. Seketika kemudian, iPhone 5C  nya berbunyi. Keluhan di lepaskan. iPhone tersebut di capai sebelum menjawab panggilan yang masuk.

“En. Faheem kat mana ni?” tanpa salam suara itu menyoal. Faheem terkejut seketika sebelum memandang skrin iPhone milik dia untuk mengesahkan suara pemanggil. Betul lah dia!! Hati Feheem bersuara.

“En. Faheem.. hello!!” suara itu memanggil lagi.

“Err.. Ye saya. Kenapa Lina?” Faheem menyoal. Teruja bila mendapat panggilan dari gadis pujaan hati. Tapi dia masih mampu control nada suaranya agar tidak terlalu kedengaran teruja.

“Bos ada kat office lagi ke? Saya nak mintak tolong sikit ni. Boleh tak?” Amalina bertanya. Perasaan serba salah yang hadir cuba diusir. Kalau tak mintak tolong bos, nak mintak tolong sape lagi? Nak mintak tolong Rin, dia pulak emergency kena balik kampung. Argh!! Lantak lah..

“Kenapa dengaan awak Lina? Awak nak mintak tolong apa? Awak tak apa-apa kan?” kalut nada suara Faheem. Risau kejadian yang tidak diingini berlaku kepada gadis itu. Segera Faheem mencapai kunci motor Kawasaki Versys  sebelum melangkah keluar dari bilik tidurnya.

“Kereta saya tiba-tiba mati lah bos. Kalau bos ada dekat office lagi, boleh tak bos datang dekat traffic light dekat dengan Pusat Sains Negara?” Amalina benar-benar risau. Pandai pula keretanya hendak mati dekat tempat sunyi. Baru sahaja dia hendak u-turn, enjin keretanya mati. Terkejut beruk dibuatnya. Dah lah kawasan tu sunyi, dia pulak perempuan. Sendirian pulak tu!! Memang benda ni dah nak jadi pada dia agaknya!

“Masuk dalam kereta, kunci pintu!! Now!! Lima minit lagi saya sampai sana.” Panggilan di tamatkan. Menderum kuat bunyi motosikal berkuasa besar itu. Laju Faheem memecut. Enggan membuang masa lagi. Takut sekiranya berlaku sesuatu ke atas gadis pujaannya.

tq yg sudi baca.. sudi-sudi lah komen ye.. =D