Selasa, 25 Ogos 2015

Cerpen: Indahnya Pengorbanan

Assalamualaikum.. Lama sangat tak update blog.. Busy sgt2 study + xtau nak tulis apa.. Keje tulis menulis pun dah terlalu bnyk terbengkalai.. okey lah.. Nak bagi 1 cerpen.. tp maaf lah.. terlalu bnyk kekurangan dalam cerpen ni.. Ni sebab frust.. tinggalkan komen.. andai ada typo mohon maafkan.. tq tq tq..


CERPEN: INDAHNYA PENGORBANAN


Seakan terhenti degupan jantungnya. Berita yang baru sahaja di khabarkan oleh emak kesayangannya sebentar tadi benar-benar mengejutkan. Mujurlah dia sedang duduk ketika menerima panggilan tersebut. Kalaulah saat ini dia sedang berdiri, dia yakin yang dia akan terduduk di situ juga.
“Mia, kau okey ke tak ni? Kenapa pucat sangat muka kau aku tengok?” Wajah pucat Damia ditatap seketika sebelum tangan gadis itu disentuh lembut. Sejuk! Macam ais!
“Mia!”
Mata Damia beralih ke arah Fatin yang berdiri di hadapannya. Liur ditelan sebelum dia mula menyusun ayat untuk dibicarakan kepada rakan sekerjanya itu. Berkerut dahi Fatin apabila dipandang tanpa kelip oleh Damia. Erk!! Dah kenapa mak cik ni? Kena sampuk ke apa? Seram!
“Atin, abang aku..abang aku, Tin!”
“Kenapa dengan abang kau? Cuba kau bawak bertenang dulu, Mia. Kang tak pasal-pasal kau yang aku tendang!” Membulat mata Fatin memandang Damia. Bukan dia tak kenal sikap Damia macam mana. Kalau dah gelabah, kalah orang mati laki! Kerusi di sebelah gadis itu ditarik sebelum dia melabuhkan duduknya di situ.
“Abang aku…dia nak nikah minggu depan.” Gila! Abang dia memang dah gila! Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba aje nak nikah. Fatin ketap gigi. Menahan geram yang teramat. Ek eleh!! Ingatkan apalah, abang nak nikah aje pun.
“Kau pernah rasa penampar Korea aku tak??”
“Err.. Penampar Korea??”
“Meh sini pipi kau tu! Geram pulak aku dengan minah ni!” Laju tangannya hinggap di pipi Damia. Terteleng Damia dibuatnya. Memang bukan cobaan punya penampar Korea. Ini betul-betul!! Mahu pitam Damia dibuatnya.
“Auwww!!”
“Padan muka kau! Abang kau nak nikah aje pun, bukannya dia nak bunuh diri sampai kau nak menggigil bagai. Patutnya kau happy sebab abang kau dah nak tamatkan zaman bujang dia. Tu tandanya abang kau dah ready nak pikul tanggungjawab yang besar. Ada faham??” Panjang Fatin berceramah. Wajah Damia yang berkerut menahan sakit langsung dia tak pedulikan.
“Tapi…”
“Tapi apa??” Laju Fatin memotong bicara Damia.
“Mak aku kata, abang suruh masuk meminang…”
“Siapa??” Sekali lagi dia memotong.
“Kau!”
“What?” Usai sahaja Fatin menjerit, badan gadis itu terus rebah ke lantai.

**********

Ke hulu ke hilir Damia berjalan. Fatin yang rebah dari atas kerusi petang tadi terus tidak sedarkan diri. Terpaksalah dia dan Azlin rakan sekerja mereka memapah gadis tersebut ke dalam kereta sebelum dikejarkan ke klinik yang berhampiran.
“Doktor, macam mana keadaan kawan saya?” Damia menyoal doktor muda yang baru sahaja keluar bersama Azlin dari bilik rawatan. Azlin yang menemani Fatin ke dalam bilik rawatan tersebut terus sahaja duduk di kerusi yang di sediakan di ruang menunggu.
“Alhamdulillah. Kawan awak tak apa-apa. Cuma tekanan darah dia sedikit rendah. Dia ada terima kejutan apa-apa ke sebelum pengsan?” Damia mula gelabah. Tak tahu bagaimana harus dia terangkan.
“”Err.. Sebenarnya, dia terkejut sebab dengar ada orang nak masuk meminang dia. Lepas dapat tahu je, dia terus rebah.” Terukir senyuman nakal pada wajah doktor muda itu. Lawak agaknya mamat ni rasa! Aku seligi jugak doktor ni karang! Geram Damia dengan doktor itu.
“Sorry. Kelakar sangat kisahnya  saya rasa. Tak sangka ada jugak perempuan yang takut nak kena pinang zaman sekarang ni. Siap pengsan segala.” Terlepas juga tawa yang ditahan doktor itu. Damia mencebikkan bibirnya. Belum sempat dia membidas bicara doktor muda tersebut, terdengar suara jururawat memanggilnya.
“Cik Damia, kawan cik dah sedar.”
“Okey, nurse.” Damia melangkah menuju kearah jururawat tersebut. Namun, langkahnya terhenti apabila doktor muda yang merawat Fatin sebentar tadi bersuara.
“Miss Damia, can you do me a favor?”
“Shoot!”
“Tell your friend, there’s nothing to be afraid.” Terus sahaja doktor tersebut berlalu sebaik sahaja berkata. Terpinga-pinga Damia mendengarkan kata-kata doktor tersebut. Ada sesuatukah di sebalik bicara tersebut atau ia hanya sekadar kata-kata kosong?
“Cik Damia, your friend is finding you.”
Damia mengangguk sebelum kembali melangkah. Namun sempat lagi dia berpaling ke arah pintu yang baru sahaja ditutup dari dalam oleh doktor muda itu.
“Weird!”

**********

“Damia!” Hampir sahaja Damia melompat apabila tiba-tiba sahaja dia disergah sebaik sahaja dia dan Fatin masuk ke dalam kereta. Perlahan dadanya diurut tanda terkejut dengan sergahan itu. Wajah Fatin yang tegang disebelahnya dipandang takut-takut.
“Err.. Kau okey tak ni?”
“Bawak aku pergi rumah kau! Aku nak jumpa abang kau yang gila tu! Entah apa lah yang ada dalam kepala otak abang kau ni. Ingat aku ni anak patung ke? Sesuka hati dia aje nak main pinang-meminang aku tak bagitahu!” Panas betul hatinya! Kalau lah mereka ni berada dalam alam kartun, dah tentu berasap telinga dia.
“Err..”
“Jalanlah! Kalau setakat duduk dalam kereta tapi tak gerak, sampai sudah pun takkan sampai rumah kau tu.” Damia teguk liur. Dah macam driver kena marah dah dia ni. Serba salah dia jadinya. Kalau bawa si Fatin yang tengah berangin ni ke rumah, mahu nanti jahanam rumah teres milik ayahnya nanti.
“Fatin, aku boleh bawak kau balik rumah. Tapi kau kena janji dengan aku dulu. Janji dengan aku kau takkan biulkan kepala abang aku yang memang dah biul tu? Aku tak nak mak ayah aku hilang anak teruna dia orang nanti.” Terbuntang mata Fatin dengan kata-kata Damia.
“Kalau kau tak nak tambahkan bilangan orang biul dalam rumah kau tu, baik kau bawak aje kereta ni senyap-senyap.” Matanya terus ditutup tanda enggan lagi menerima alasan dari Damia. Di sebabkan abang minah ni lah tak pasal-pasal dia kena serangan darah rendah. Selamat darah rendah, bukan darah tinggi. Kalau darah tinggi, entah-entah dah dekat atas dah dia saat ni.
“Err.. Fatin, kau tak nak tanya ke kenapa abang aku nak masuk meminang kau?”
“Sebab aku nak tahu kenapa lah aku suruh kau bawak aku pergi rumah kau. Senang sikit aku nak pelangkung kepala abang kau tu!” Memuncung bibir Damia dengan balasan rakannya  itu. Ingat kepala abang aku tu tak bayar zakat apa nak pelangkung sesuka hati?
“Kau jangan nak mengata aku dalam  hati! Karang, kau yang aku pelangkung!”
“Yelah! Duduk diam-diam. Pakai seatbelt!” Damia mengarah. Kali ini Fatin hanya menurut. Dia pun belum rasa nak mati lagi.

**********

Daqisy mengeluh perlahan apabila mata emaknya tajam menikah wajah. Ayahnya pula sekadar menanti bicara yang bakal emak luahkan. Rasanya keputusan yang dia buat bukannya salah. Dia hanya ingin memperisterikan gadis yang dia suka. Bukannya dia nak buat benda tak elok pun. Dia hanya nak tambahkan ummat Islam aje!
“Abang sedar tak apa yang abang buat ni? Ingat kerja nikah kahwin ni boleh buat main ke?” Puan Khadeeja melontarkan soalan. Sudahlah yang hendak dipinangnya adalah kawan baik kepada adiknya sendiri. Gadis itu kalau lemah lembut dan sopan santun tidak mengapalah jugak. Tapi ini, sudahlah berpewatakan seakan-akan lelaki, minah rempit pulak tu! Baik memang lah baik, tapi dia kalau boleh nak lah satu-satunya menantu perempuannya nanti mampu sejukkan mata dan hati mereka selaku ibu dan bapa mertua.
“Abang serius lah ni, mak. Abang dah siap beli cincin risik dengan tunang dah tau!” Bersungguh Daqisy menjawab. Dua bekas cincin yang menempatkan dua bentuk cincin dikeluarkan dari poket seluarnya.
“Bukanlah mak nak kata abang tak serius. Tapi si Fatin tu setuju ke nak nikah dengan abang ni? Abang betul ke nak dia jadi isteri abang? Mak tak nak abang menyesal nanti.”  Wajah suaminya di tatap seketika.
“Abang nak dia! Abang yakin dia mesti terima punya!” Sebaik sahaja Daqisy selesai berkata, satu suara menerjah telinga mereka sekeluarga.
“Siapa kata aku akan terima? Pandai-pandai kau aje kan!” Selamba Fatin masuk ke dalam rumah tersebut. Perlahan dia melangkah kearah Puan Khadeeja dan Encik Haiqarl dan menyalami tangan kedua orang tua itu.
“Err.. Bila Fatin sampai, nak?” Tergagap-gagap Puan Khadeeja menyoal.
“Cukup untuk dengar semua sekali, mak cik.”
“Fatin, kau tak nak terima aku sebagai suami kau?” Daqisy menyoal perlahan.
“Memang aku tak nak!” Sekali lagi selamba sahaja gadis itu berkata. Puan Khadeeja hanya telan liur. Tangan suaminya di genggam kuat. Risau sekiranya gadis itu mengamuk walaupun dia tahu Fatin tidak akan pernah bersikap kurang ajar di hadapan orang tua.
“Bagi aku sebab kenapa kau tak nak terima aku?”
“Qisy, aku dah anggap kau macam abang kandung aku sendiri kot. Keluarga ni dah macam keluarga kandung aku sendiri. Macam mana aku nak terima kau sebagai suami aku sedangkan aku anggap kau sebagai abang aku? Mana boleh adik kahwin dengan abang dia sendiri kan?” Lembut suara Fatin bersuara. Cuba untuk memujuk jejaka itu agar membatalkan rancangannya.
“Kalau kau anggap kami ni keluarga kau, kau terima aku jadi suami kau. Jadi kau boleh jadikan kami semua ni keluarga kau yang sebenar. Tak perlu nak anggap-anggap bagai dah. Kau tahukan aku sayang kau. Bukan sebagai adik, tapi sebagai seorang lelaki yang mencintai seorang perempuan. Aku tak pernah anggap kau adik aku!” Daqisy terus-terusan merayu. Dia akan usaha sedaya upaya untuk memperisterikan Fatin.
Damia yang baru sahaja muncul setelah memakirkan kereta agak jauh dari rumahnya itu hanya mampu memandang. Dia melabuhkan duduk di sebelah emak dan ayahnya. Biarlah mereka berdua sahaja yang menyelesaikan masalah tersebut.
“Qish! Kenapa lah kau ni tak faham bahasa, hahh??”
“Aku tak nak faham apa-apa pun! Yang aku tahu, aku hanya cintakan kau!”
“Abang, sudah-sudahlah tu. Fatin, meh sini dekat pak cik.” Encik Haiqarl menggamit gadis itu agar menghampirinya. Fatin hanya menurut. Lebih baik berbincang dengan orang yang faham bahasa berbanding bincang dengan jejaka itu!
“Pak cik, Fatin mintak maaf. Fatin betul-betul tak boleh terima Daqisy sebagai suami Fatin.” Sayu sahaja suaranya. Encik Haiqarl tersenyum dengan kata-kata yang terbit dari mulut gadis yang seusia anak gadisnya itu.
“Tak ada sesiapa pun yang akan paksa Fatin terima Daqisy. Semua keputusan ada pada tangan Fatin. Pak cik bukan nak sebelahkan Daqisy sebab dia anak pak cik, dan pak cik juga tak akan paksa Fatin terima Daqisy. Tapi pak cik harap Fatin pertimbangkan apa yang pak cik akan katakan ni.  Mintak petunjuk dari Allah SWT. Solat istikharah untuk ketahui jawapan yang terbaik untuk Fatin. Abang, ayah tak nak abang paksa Fatin lagi. Apa jua keputusan yang Fatin berikan nanti, ayah nak abang terima dengan hati yang terbuka.” Panjang lebar Encik Haiqarl berkata-kata.
“Tapi ayah, abang cintakan Fatin!”
“Abang!” Meleret suara ayah menegur Daqisy. Daqisy mengeluh lemah sebelum menundukkan pandangannya. Nada suara ayahnya walaupun lembut namun sudah cukup untuk dia meneka apa yang cuba disampaikan oleh ayahnya itu.

**********

Fatin memicit lembut kepalanya yang mula berdenyut. Perlahan-lahan dia merebahkan badannya ke atas sofa yang terdapat di dalam biliknya. Hari ini dalam sejarah betul bagi dirinya. Sudah lah tiba-tiba sahaja si Daqisy abang Damia mahu menikahinya. Bila pulang ke rumah pula, mamanya pula mengkhabarkan bahawa anak kenalan papa masuk merisik. Mahu tak pening kepala dia?? Banyak betul perkara yang jadi dalam satu hari. Mata di pejamkan seketika bagi meredakan sakit kepala yang di hadapinya saat itu.
“Atin, boleh mama masuk?” Ketukan berserta suara mamanya menerjah pendengaran.
“Masuklah, ma.” Lemah nada suaranya.
“Penat sangat ke kerja hari ni sampai terbongkang macam ni sekali? Haih! Anak dara jenis apa lah anak mama ni!” Riuh mulutnya membebel namun tangannya mula memicit lembut dahi anak daranya yang bongsu itu. Anak dara yang paling tak dengar kata!
“Thanks, mama.” Lembut nada suaranya.
“Tak ada apa-apa nak share dengan mama ke? You look terrible today, sayang. Mama rasa macam berlaku ribut taufan dalam hati anak mama  hari ni.” Bicara Puan Sakinah itu seakan-akan dapat meneka apa yang sedang anak daranya itu sedang hadapi ketika itu.
“Ma, bukan ribut taufan biasa ni. Dah tsunami dah ni! Atin penat sangat nak cerita apa yang jadi hari ni. Atin rasa, kalau mama tahu pun mama tak akan sanggup nak dengar.”  Dengan mata terpejam Fatin berseloroh.
“Tak cukup capang lagi ke telinga mama ni?” Serentak itu juga tangan Puan Sakinah menyentuh telinganya. Fatin tergelak manja sebelum menarik tangan mamanya kembali. Ish! Mama ni kalau buat lawak tak agak-agak langsung! Telinga yang cun macam tu dikatakan capang? Hahahah.
“Atin cerita. Tapi mama kena tolong Atin buat keputusan. Boleh?”
“Mama Tak boleh tolong buat keputusan untuk Atin, tapi mama boleh bantu dengan beri anak mama ni nasihat. Amacam? Deal?” Kening kirinya diangkat beberapa kali tanda menyoal. Fatin mencebik sebelum mengangguk setuju.
“Tadi, Atin pengsan...”
“Ya Allah! Dekat  mana? Kenapa tak inform mama terus? Anak mama dah okey belum ni?” Belum sempat Fatin menamatkan bicaranya, Puan Sakinah terlebih dahulu memintas. Habis seluruh tubuh dan wajahnya dibelek mamanya.
“Ma, I’m okey! Belum habis cerita lagi mama dah kalut. Sebab tu Atin tak nak cerita!” Fatin menenangkan Puan Sakinah yang dalam kekalutan itu. Puan Sakinah mengucup lembut dahi anak daranya itu.
“Okey, sambung.” Ringkas Puan Sakinah berkata.
“Atin pengsan sebab Damia kata abang dia, Daqisy nak nikah dengan Atin minggu depan and nak suruh mak dia masuk meminang Atin. Terkejut punya pasal, anak mama yang rock ni terus kiok kat situ. Tak pasal-pasal kena darah rendah. Lepas pergi klinik semua, Atin pergi serang Si Daqisy tu dekat rumah dia orang. Belum lagi selesai masalah yang pertama, balik tadi mama and papa pulak cakap ada orang masuk merisik.  Mahu tak serabut kepala otak Fatin ni!” Serba sedikit Fatin bercerita.
“Wow! Hot jugak anak mama ni kan walaupun perangai macam jantan!”
“Mama, jangan nak perli-perli eh! Tadi kata nak tolong!” Manja Fatin merengek.
“Erm.. Papa ada bagitau mama tadi. Dia ingat nak terima aje risikan Uncle Helmi. Tapi keputusan semuanya pada tangan Fatin. Papa dengan mama hanya nak tengok anak kami bahagia. Kalau mama dengan papa tak ada nanti, at least adalah yang jaga anak-anak kami.  Along, alhamdulillah dah lepas. Angah tu pulak lepas habis master ni dah nak nikah.  Yang bongsu ni aje yang entah ke mana lagi ni.” Puan Sakinah sudah berbicara ala-ala skrip drama. Fatin hanya memuncungkan bibirnya. Dia dah besar panjang dah pun! Tak ada orang jaga pun dia boleh hidup lah!
“Ma, ayat mama tu dh cliché la. Banyak sangat dah drama tv guna!”
“Tak kisah lah dah banyak guna atau apa pun. But you have to make a decision. Mama okey aje kalau Atin pilih Daqisy tapi mama okey jugak kalau Atin pilih anak Uncle Helmi. Yang penting anak mama happy!” Fatin mengeluh. Mama ni bukan membantu  tapi tambah kusut kepala otak dia lagi ada lah! Maksudnya dekat sini, by hook or by crook memang dia kena cari someone special.  Tapi ingat mudah ke??
“Okey lah. Kejap lagi mandi, solat lepas tu turun makan. Masam sangat dah bau anak mama ni.” Puan Sakinah bangkit dari duduknya dan melangkah ke arah pintu bilik Fatin. Fatin hanya memerhati sahaja langkah mamanya yang keluar dari biliknya. Perlahan keluhan lemah terbit dari bibirnya.

**********

Suasana di meja makan yang riuh rendah dengan suara anak-anak Along langsung tidak mematahkan selera Fatin. Dia makan seakan-akan sudah seminggu tidak menjamah makanan mahupun minuman. Gaya macam orang kebuluran pun ada jugak!
“Adik, aku dengar ada orang masuk merisik kau. Betul ke?” Tersedak Fatin dengan soalan dari kakak sulungnya itu. Kalau iya pun nak tanya, tunggu lah masa yang sesuai sikit. Ini masa dia makan jugak yang Along dia ni tanya.
“Haah.” Senada Fatin menjawab.
“Mama kata Daqisy berminat dengan kau.”
“Yup!” Ringkas lagi.
“Dik, agak-agak kau pilih yang mana eh?”
“Entah!”
“Main-main lah kau ni, adik! Aku lepuk jugak karang budak ni.” Along mula naik angin. Fatin hanya beriak selamba. Kalau dilayan makin menjadi-jadi Along nya itu nanti. Pasti nanti disakatnya dia sehingga memerah pipi.
“Mana ada main-main.”
“Dik, anak Uncle Helmi tu handsome tau. Adik kawan Abang Long. Kiranya sesuai lah jugak dengan kau yang ala-ala cantik comot ni.” Hah, kan dah kata! Ada aje idea Along nak menyakat dia. Tangan yang tadinya terhenti dari menyuap nasi kembali bergerak. Perutnya yang lapar tambahan pula dengan emosinya yang tidak stabil itu membuatkan selera makannya meningkat sekali ganda.
“Along, aku kalau boleh nak hubby macam Abang Long. Dapat Abang Long pun tak apa.” Selamba Fatin berkata dan serentak itu juga dia dicubit oleh Alongnya. Dia menyeringai menahan pedih yang mula mencucuk di lengannya itu. Itulah padahnya kalau bergurau tak kena tempat.
“Kau nak Abang Long ceraikan aku ke, dik?”
“Ish kau ni! Aku main-main aje lah. Kau kan kakak aku, takkanlah aku nak tengok kau sedih. Kalau Abang Long curang dengan kau, kau bagi tahu aku. Aku boleh ajak geng-geng motor aku belasah dia!” Sebaik sahaja berkata begitu, terasa telinganya pula menjadi mangsa. Dan kali ini, giliran Abang Long yang membuatnya.
“Aduhh!!”
“Sedapnya nak ajak geng-geng awak nak belasah Abang Long!” Telinga adik iparnya dilepaskan. Bukan kuat mana pun dia tarik. Tarik-tarik manja aje! Kerusi di sebelah isterinya ditarik sebelum melabuhkan duduk.
“Abang Long, tadi Along kata anak Uncle Helmi tu kawan Abang Long kan? Handsome tak? Ada gaya macam Adi Putra tak? Badan dia macam mana? Kerja apa?” Bertalu-talu soalan diajukan oleh Fatin. Dalam fikirannya sekarang hanya ingin mengelak dari Si Daqisy. Jejaka itu walaupun baik namun dia tetap enggan menerima Daqisy sebagai suaminya. Lebih rela dengan anak Uncle Helmi tu!
“Hurm. Nak kata macam Adi Putra tu tak lah, tapi sedap mata memandang jugak lah. Badan pulak kecik sikit dari badan Zul Ariffin tu. Kira sesuai lah dengan adik. Kerja pun alhamdulillah mampu setakat nak tampung sepuluh orang anak kalau kau orang kahwin nanti.” Tergelak sakan Abang Long dan Along. Dia orang ingat benda ni kelakar agaknya?!
“Abang Long ingat adik ni kilang buat anak ke?”
“Eh, bukan ek?” Sekali lagi Fatin diketawakan.
“Dah lah! Malas nak layan laki bini yang tak betul otaknya!” Pinggan nasinya yang telah pun licin diangkat lalu dibawa ke dapur untuk dicuci. Lebih baik dia masuk bilik dan fikir cara penyelesaiannya. Mintak pendapat dari Angahnya pun bagus juga.

**********

Fatin memandang skrin kecil telefon bimbit berjenama Nokia 3310 miliknya. Telefon yang di anggap antik pada zaman ini kerana tidak lagi dijual di mana-mana kedai. Pesanan ringkas yang tidak henti-henti dari Daqisy yang diterimanya sebentar tadi semakin menyesakkan fikirannya.
Please! Berikan aku peluang.
Aku janji aku akan bahagiakan kau.
Aku nak kau!
Bosan diganggu, dia mematikan telefon bimbitnya itu. Kalau telefon canggih, boleh lah block aje nombor Si Daqisy itu. Tapi dah nama pun guna telefon antik, memang tiada kemudahan untuk menghalang jejaka itu dari menghubunginya melainkan dengan mamatikan telefon bimbit itu.
“Mamat ni memanglah bebal! Ayah dia dah suruh jangan kacau aku, dia tetap kacau! Degil nak mampus!” Fatin membebel sendirian. Komputer riba dicapai dari atas meja belajar di tepi katil miliknya. Dari melayan pening dengan kerenah Daqisy dan permintaan papa yang mahunya memilih anak Uncle Helmi sebagai suaminya, baik dia melayan Facebook.
“Aduhai! Kenapa lah aku rasa hidup aku dua tiga hati ni macam novel atau drama aje? Macam tak real! Aku mimpi ke apa ni?” Fatin mengeluh kuat. Ingatkan bila melayan facebook, lupalah kejap masalah yang dihadapi. Tapi dia tetap tak boleh lupa! Arghh!! Stress!
“Angah, masa-masa macam nilah kau tak ada pulak!”
“Woi! Apa ni seru-seru nama orang?” Tanpa ketukan mahupun salam, Angah terus sahaja menerjah masuk ke dalam bilik Fatin sebelum berbaring di atas katil adik bongsunya itu. Novel yang tersusun elok di atas rak buku adiknya dicapai dan dibelek.
“Angah! Bila kau balik?”
“Dari tadi lagi aku sampai rumah. Sempat jugak lah bergosip dengan Along and Abang Long sebelum diorang balik rumah tadi. Dik, aku tak sangka yang aku ada adik yang hot berapi gitu! Perangai macam jantan, tapi dalam diam boleh pulak dua orang lelaki minat kau! Hebat adik aku!” Panjang berjela bicara yang terluah dari mulut Angah. Berasap juga lah telinga Fatin dengan bebelan kakaknya itu. Dalam memuji, berdas-das perlian terhambur sama!
“Ngah, shut up!”
“Pulak dah!”
“Ish! Nak kenalah orang tua ni! Aku harap kau balik ni, boleh lah tolong aku. Tapi kau pulak menceceh macam mak nenek! Serabut kau tahu tak?!!” Fatin melangkah menuju ke tandas. Angah hanya memandang adiknya dengan tenang. Dia kenal bagaimana sikap adiknya itu.
“Dik, duduk sini!”
Panggilan Angah langsung tidak dihiraukan oleh Fatin. Pintu tandas dihempas sekuat hati. Angah menggelengkan kepala dengan sikap baran Fatin sebelum terus membelek helaian demi helaian novel yang dipegangnya. Tidak sampai lima minit di dalam tandas, Fatin melangkah keluar dengan wajah yang dibasahi air.
“Yang basah kuyup ni kenapa?”
“Diam lah!”
“Orang tanya, boleh pulak dia suruh kita diam. Dah lah kita ni nak tolong dia. Tak faham betul aku dengan perangai remaja zaman sekarang ni!” Angah membebel. Fatin menjeling sekilas ke arah Angahnya sebelum membentangkan sejadah.
“Dari aku mintak tolong dengan kau, baik aku mintak tolong dengan Allah.” Telekung dicapai dan disarung bagi menutup rambutnya yang terdedah. Angah tersenyum nipis melihat Fatin yang mula mengangkat takbir. Itulah adik kesayangannya! Kasar perwatakannya, namun tetap ada sisi baiknya. Hanya individu yang kenal rapat dengan Fatin sahaja yang tahu bagaimana sikap sebenar adiknya itu.

**********

“Fatin, kau okey?” Azlin menyoal Fatin yang sedang termenung. Mujur juga lah ketika itu tiada pelanggan yang singgah di kedai tempat bekerja. Wajah tidak bermaya Fatin ditatap seketika sebelum tangan Azlin kembali ligat menyusun peralatan menulis ke dalam bekas.
“Fatin!” Azlin menyergah apabila tiada respon yang dari Fatin.
“Apa?”
“Kau ada masalah ke? Sehari dua ni aku tengok kau macam tak okey aje. Is there anything you want to share with me?” Fatin tersenyum hambar. Tidak tahu sama ada wajar atau tidak dia menceritakan masalah yang sedang dia hadapi ketika itu.
“Aku okey! Thanks for your concern, Alin. Aku penat sikit sejak akhir-akhir ni.”
“Hurm, it’s okey! Maybe you’re not ready yet to share your problem with me. Cuma aku nak kau tahu, aku sentiasa ada untuk kau. InsyaAllah!” Bahu Fatin ditepuk lembut sebelum mereka berpelukan buat seketika.
“Thank you, Alin! Really appreciate it.”
“Tak ada hal lah!” Azlin senyum nipis. Mungkin perkenalan mereka singkat, namun itu semua bukan alasan untuk mereka tidak akrab. Damia yang baru sahaja keluar dari stor mengerutkan dahi apabila melihat Azlin dan Fatin sedang berpelukan.
“Dah kenapa buat drama tak ajak aku ni? Aku pun nak famous jugak!”
“Ish! Sibuk lah perempuan ni.” Selamba Fatin berkata sambil meleraikan pelukan. Kepala Damia terus disekehnya. Mengaduh gadis itu dibuatnya. Mana pernah Fatin bergurau tidak kasar. Kasar memanjang!
“Fatin, aku nak cakap sikit.”
“Hurm. Cakap apa?” Damia memandang ke arah Azlin. Faham dengan isyarat yang disampaikan Damia, Azlin melangkah menjauhi mereka berdua. Fatin memandang wajah Damia dengan tidak sabar. Dia dapat mengagak apa yang ingin Damia sampaikan kepadanya. Pastinya berkaitan denga Daqisy!
“Ni pasal abang aku.”
“Mia, kau tahukan yang aku tak akan terima abang kau sebagai suami aku?”
“Aku tahu! Tapi abang aku tetap berdegil nak suruh mak aku hantar rombongan merisik dan meminang kau hujung minggu ni. Aku dengan mak ayah aku dah penat bagitahu dia yang kau memang tak boleh nak terima dia. Aku siap kata pada dia yang dah ada orang masuk merisik kau, tapi dia tak percaya dan tetap nak kau jadi bini dia.” Panjang berjela Damia menjelaskan perkara yang berlaku.
“Sorry, Damia. Aku betul-betul tak boleh terima abang kau. Dan aku rasa, mak kau pun tak nak aku jadi menantu dia.” Damia mengeluh perlahan. Ya! Puan Khadeeja memang tidak pernah mahu menerima Fatin sebagai menantu. Bagi emaknya, Fatin terlalu kasar dan tidak sesuai menjadi isteri kepada Daqisy. Emak risau kalau-kalau anak lelaki kesayangannya itu mati kebuluran atau didera oleh Fatin yang persis lelaki perwatakannya.
“Macam ni lah, biar aje mak dan ayah aku pergi dengan rombongan. Tapi, keputusan semuanya terletak di tangan kau. Biar abang aku sedar sikit! Cakap baik-baik bukannya dia nak dengar. Nak ikut kepala dia aje!”
“Hurm. Kalau itu kata kau, terpulang lah!” Lemah nada suara Fatin. Belum lagi selesai satu masalah, masalah lain pula yang muncul dan menambah beban padanya. Wajahnya diraup seketika bagi menenangkan perasaanya ketika itu.
“Maaf kalau Daqisy dah susahkan kau.”
“It’s okey!”



Encik Ashraf memandang wajah anak bongsunya dengan penuh mengharap. Berharap agar Fatin menerima dan bersetuju dengan perancangannya dalam menentukan masa hadapan anak bongsu kesayangannya itu. Fatin mengeluh lemah. Permintaan papa dan mama kali ini benar-benar membebankan fikirannya. Jika dia terima, mental dan fizikal harus dia siap siagakan. Menolak bermaksud kecewalah papa dan mamanya. Dan mengecewakan papa dan mama adalah perkara yang paling ingin dijauhinya.
“Papa tak nak paksa Atin, tapi papa harap sangat Atin setuju.” Lembut suara Encik Ashraf berkata. Dia memang boleh memaksa Fatin supaya menerima, namun dia mahu anaknya itu membuat keputusan dengan rela.
“Atin, keluarga Uncle Helmi kata kalau boleh mereka nak kata putus minggu hadapan.”
“Mama, Atin ada benda nak cakap.”
“Apa, sayang?”
“Keluarga Mia nak datang hujung minggu ni. Berkaitan dengan Daqisy yang nak jadikan Atin sebagai isteri dia.” Wajahnya ditundukkan. Malu untuk menyampaikan pesanan Damia kepada kedua orang tuanya. Encik Ashraf memandang Puan Sakinah dengan pandangan penuh tanda tanya.
“Maksud Fatin, Daqisy nak hantar rombongan merisik?” Encik Ashraf menyoal.
“Ye, papa. Tapi Atin tak setuju. Mak dan ayah Mia tak paksa Atin terima tapi sebagai menghormati adat. Lagipun, Daqisy yang berkeras nak datang. Walaupun Fatin tolak, dia tetap nak usaha. Selagi papa dan mama tak bagi keputusan, selagi tu juga lah dia akan terus kejar Fatin. Jadi Fatin harap sangat papa dengan mama tolak risikan mereka.” Panjang lebar Fatin menjelaskan segalanya. Encik Ashraf memandang Puan Sakinah sebelum mengangguk. Dia tahu macam mana nak selesaikan masalah ni.
“Hanya ada satu cara aje nak selesaikan masalah ni.”
“Macam mana?”
“Pilih antara dua. Anak Uncle Helmi atau Daqisy?!”
“Papa, I’m not ready yet! Fatin muda lagi kot!” Fatin mengeluh perlahan. Ini bukannya selesaikan masalah, tapi merumitkan masalah asal. By hook or by crook, dia tetap kena nikah! Dia belum puas hidup sebagai anak dara. Fatin tersandar lemah.

Along dan Angah tersenyum nakal saat menatap wajah cemberut adik bongsu kesayangan mereka itu. Masam mengalahkan asam jawa! Jelingan tajam Fatin langsung tidak menakutkan mereka. Alah! Setakat jelingan budak kecik yang kena paksa nikah, apalah sangat!
“Gelak lah gelak! Mentang-mentang aku kena paksa nikah, kau orang gelakkan aku ye.” Kata-kata Fatin mengundang tawa besar Angah dan Alongnya. Bertambah mencukalah wajah Fatin.
“Dik, cuba kau senyum sikit. Karang tak pasal-pasal laki kau tak ada selera nak jamah kau malam nanti.” Angah tergelak kuat mendengarkan usikan Along. Selamba badak dia aje mengusik adik bongsu mereka tentang cerita dalam kelambu.
“Amboi, mentang-mentang kau dah ada pengalaman! Kalau dia tak ada selera tengok aku, aku lagi lah tak ada selera nak terkam dia!” Fatin membalas usikan Alongnya. Along dan Angahnya itu kalau tak dilayan, memang teruk dia kena. Tapi kalau dilayan, bertambah-tambah teruk lah dia akan kena!
“Dik, kata-kata tu satu doa tau. Kau tahu apa hukumnya kalau seorang isteri tidur membelakangkan suami?” Angah menegur lembut. Suasana yang kecoh dengan ketawa Along sebentar tadi berubah hening. Isu yang serius bagi seorang gadis yang kosong ilmu di dada berkaitan alam rumah tangga.
“Erk!” Fatin terdiam. Begitu juga Along.
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Apabila seorang laki-laki memanggil isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya, hingga marahlah suaminya, maka tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat semuanya.”
            “Kau sanggup ke dik menghadapi laknat malaikat sepanjang malam sampailah suami kau redha dengan perbuatan kau?” Serius Angah menyoal. Wajah Fatin dan Along dipandangnya mengharapkan jawapan dari kakak dan adiknya.
            “Setelah sahnya akad, kau jadi hak milik dia. Segala dosa kau dia tanggung, syurga kau pun beralih pada dia, bukan lagi di telapak kaki mama. Kau amanah yang dia harus pegang sepanjang kau bergelar isterinya. Bila seorang wanita menjadi isteri, keutamaan wanita itu bukan lagi pada kedua ibu dan bapanya tetapi kepada suami. Malah, seorang wanita harus mendahulukan anak-anaknya dahulu sebelum mendahulukan kedua orang tuanya.” Fatin menundukkan wajah. Bisa kata-kata yang Angah ucapkan, namun dia sedar bahawa itulah hakikat sebenarnya.
            Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang engkau sukai.”
            “Adik, aku bukan nak takutkan kau. Tapi aku nak kau sedar sebelum kau lakukan kesalahan bodoh yang macam dalam drama ataupun novel-novel yang kau gilai tu. Kalau boleh, aku nak kita sekeluarga bersama-sama mencari redha Allah. Bukannya mengundang murka Allah S.W.T dengan membelakangkan suami. Kau faham kan maksud aku?” Fatin tersenyum nipis.
            “Aku faham, Ngah. Terima kasih sebab sedarkan aku. Aku sayang kau dengan Along.” Kedua-dua kakaknya dipeluk erat. Inilah ahli keluarga yang sentiasa susah dan senang bersama-sama dengannya sejak kecil lagi.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
(Al-Fatihah)

            “Sah!”
            Air mata mengalir perlahan membasahi pipi Fatin. Dia kini telah menjadi milik seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Belum pun sempat tangannya menyeka air mata yang berlinangan, terasa seakan ada jemari yang menyentuh wajahnya.
            “Andai ini air mata kekesalan, istighfarlah. Namun, sekiranya air mata ini ialah air mata kesyukuran, ucaplah alhamdulillah.” Lembut suara jejaka itu menyapa telinga Fatin. Wajahnya didongakkan bagi membolehkan wajah jejaka yang kini telah sah sebagai suaminya.
            “InsyaAllah, segala yang terjadi saya terima dengan redha. Terima kasih sudi menjadi imam saya.” Lembut Fatin berkata-kata. Suaminya hanya tersenyum sebelum menghulurkan tangan untuk disalami. Tanpa teragak-agak, Fatin menyambut huluran tangan tersebut lalu dengan perlahan tangan kasar itu dicium.
            “Alhamdulillah.”

            Senyuman lebar terukir di wajah Fatin. Ya, dia bahagia. Dia akan pastikan hidupnya bahagia. Demi papa, mama dan insan-insan yang amat dia sayangi. Percaturan Ilahi merupakan sebaik-baik percaturan. Siapalah kita untuk menidakkan takdir Allah?
            “Fatin, aku nak cakap sikit dengan kau.” Damia menarik lembut tangan Fatin ke arahnya. Berkerut dahi Fatin dengan reaksi sahabatnya itu. Sempat dia meminta izin dari suaminya yang hanya tersenyum memandang telatah Damia.
            “Kenapa, Mia?”
            “Kau tahu tak siapa laki kau tu?”
            “Anak Uncle Helmi lah!” Selamba Fatin menjawab.
            “Dia lah doktor yang rawat kau masa kau pengsan masa kau tahu yang abang aku nak masuk meminang kau!” Beria-ia Damia berkata. Kini baru dia tahu mengapa waktu itu wajah doktor itu tidak putus-putus dengan senyuman saat merawat Fatin.
            “Beb, mungkin inilah jodoh yang terbaik buat aku. Walaupun aku tak kenal dia, tapi aku yakin aku akan bahagia bersama dengannya. Sebuah hubungan yang mendapat restu kedua-dua orang tua, insyaAllah akan turut diberkati Allah SWT.” Fatin tersenyum nipis. Itulah harapannya saat dia membuat keputusan untuk menerima Amirul iaitu lelaki yang kini bergelar suaminya.
            “Hati ini tidak pernah menjadi milik kita, kerana hati ini sentiasa milik Allah SWT. Dia Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang, memberi hamba-Nya peluang untuk berkongsi dan menikmati kasih dan sayang antara mereka. Dan demi Allah, hati ini abang ingin penuhkan denga rasa kasih buat isteri tercinta, Nur Fatin Farhana.” Lembut ciuman hinggap di pipi kiri Fatin. Tubuh Fatin dipeluk erat dari arah belakang.

            “Terima kasih. Semoga Allah redhai perjalanan kita di muka bumi-Nya.”