Sabtu, 8 Mac 2014

Maaf Itu Sempurnakan Kasih Bab 7 (MISK)

Assalamualaikum wbt..
Ada ke yg menanti cerita ni?? hehe..
kalau ada, alhamdulillah..
maaf sbb sy xsekerap orag lain kalau up n3 baru ni..
hehe..
kalau ada silap salah, as usual lah.. 
sila lah tegur ek..
apa pun, enjoy ye..


Maaf Itu Sempurnakan Kasih (MISK)

BAB 7
Lama pandangan Aryana di halakan ke tengah padang. Memerhati Fazli yang begitu bergaya sekali menggelecek bola. Setiap jatuh bangun jejaka itu di perhatikannya. Sesekali Fazli melambai ke arahnya. Namun, setiap kali pandangan matanya bertemu dengan pandangan mata jejaka itu, dia pasti melarikan pandangannya. Enggan menatap lama sepasang mata itu.
“Ana, sampai bila pun kerja kau ni tak akan siap kalau mata asyik dekat Fazli!” Tersentak seketika Aryana dengan teguran Izzatie. Dia mengalihkan pandangannya ke arah buku yang terletak di atas meja. Namun, tidak sampai seminit, dia kembali melemparkan pandangan ke tengah padang. Lebih tepat lagi, ke arah Fazli! Mengeluh Izzatie di buatnya.
“Ana!” Terdengar jeritan dari tengah padang. Dia melihat Fazli melambai ke arahnya dan menggamitnya ke tengah padang. Kenapalah hari ni dia nampak Fazli itu seakan-akan pemain bola profesional yang sempurna pakejnya? Kacak, hebat dan bertenaga!
“Nak apa?” Aryana menggerakkan bibirnya dan membuat isyarat tangan. Fazli yang berada di tengah padang berterusan menggamitnya.
“Hish!! Mamat ni kan!” Aryana mendengus. Namun dia tetap melangkah ke arah jejaka itu.

********

Dia cuba sedaya upayanya untuk tidak mempedulikan Aryana dan Fazli. Tapi dia gagal! Memang benar, dia dan Aryana sudah berbaik dan dia juga telah berjanji untuk memadamkan perasaannya terhadap Fazli. Namun, semuanya seakan-akan tidak menyebelahi dirinya.
“Mata! Please jangan gatal nak tengok tengah padang!!” Izzatie memberi amaran kepada dirinya sendiri. Keluhan di lepaskan perlahan. Kenapalah hati ni susah benar nak lupakan orang itu?
Perlahan-lahan dia menoleh ke tengah padang. Dia tidak betah lagi untuk terus merenung buku sedangkan fikirannya merewang ke tempat lain. Senyuman yang terlukis di wajah Fazli membuatkan dia sebak.
Jika dahulu, terlalu sukar untuk melihat senyuman terlukis di wajah jejaka itu. Fazli yang dia kenali sebelum kehadiran Aryana ialah seorang yang berhati dan berjiwa kering. Tiada yang penting bagi Fazli selain keluarga, dan pelajarannya. Perlahan Izzatie mengeluh. Dia tahu dia sudah kalah! Kalah dalam merebut hati jejaka yang telah dia serahkan sekeping hati miliknya biarpun dia tahu, Fazli tidak mungkin sudi menyambutnya.
“Ya Allah! Kuatkan hati aku, semangat aku. Padamkan lah perasaan kasihku padanya.” Dia tidak betah lagi untuk terus menanggung gelora perasaannya. Wajahnya dikalihkan dari terus memandang ke arah Fazli dan Aryana. Dia harus membuang Fazli dari hatinya. Titik!

********

“Kenapa?” Sedikit keras Aryana menyoal. Fazli menayang sengih kepada Aryana. Saja je dia menggamit Aryana menghampirinya. Kalau dia ke tempat Aryana, tak dapat lah nak manja-manja dan mengusik gadis itu. Memang tak dapatlah dia nak mengusik Aryana dengan kehadiran Izzatie.
“Sakit!” Berkerut dahi Aryana seketika sebelum dia memandang ke arah kaki Fazli. Tak ada cedera pun! Desis Aryana. Wajah Fazli yang sedang tersengih di tatapnya. Ni macam sengih nak kenakan aku aje ni! Aryana bermonolog.
“Awak kena apa sampai sakit? Sakit, tapi boleh pula awak sengih! Sakit otak eh?” Fazli tersenyum manis sambil tangan di hulur kepada Aryana sebagai tanda untuk membantunya berdiri. Nak tak nak aje Aryana menyambut huluran tangan jejaka itu. Ingat aku ni halal untuk dia apa?! Sempat lagi Aryana mengomel.
“Saya sakit dekat sini!” Tangan kanannya di bawa ke dada. Terangkat sebelah kening Aryana melihat tindakan Fazli. Pelik juga dia! Selama ni, mana ada dia dengar jejaka itu mempunya penyakit yang serius. Dan, mana boleh penghidap penyakit jantung main bola punya lah bertenaga macam Fazli main.
“Sakit jantung?”
“Sakit jatuh cinta! Cintakan awak!” Redup anak mata Fazli menikam anak mata Aryana. Gulp! Aryana telan liur. Dia tak salah dengar kan? Memang Fazli cakap yang jejaka itu mencintainya kan?
“Ana, dengar tak ni? Saya cintakan awak!” Terkebil-kebil mata Aryana. Dia tak percaya!! Tak mungkin! Mustahil!!
“Err...”

********

“Ana! Aryana!!”
Sedikit kuat suaranya menyebut nama gadis itu. Macam nak pecah jantung dia bila Aryana tidak bereaksi dan wajah gadis itu pula tiba-tiba sahaja pucat tidak berdarah. Di tambah lagi dengan mata yang terkebil-kebil. Dah macam tersampuk dek hantu!
“Kenapa muka awak pucat? Ana! Are you okey?” Fazli menggoyangkan tangannya betul-betul di hadapan wajah Aryana. Aryana mengangkat wajahnya sedikit. Dia kemudiannya memandang ke kiri dan kanannya. Berkerut dahi Fazli melihat kelakuan Aryaana.
“Ouch!! Sakit lah!” Terjerit kecil Fazli apabila satu cubitan hinggap di perutnya. Aryana melepaskan keluhan. Dia tak bemimpi? Serius dia tak bermimpi? Fazli telan liur. Risau betul dia apabila melihat Aryana masih lagi berdiam diri.
“Awak.. cintakan saya?” Fazli tergelak besar. Ini rupanya yang membuatkan Aryana diam seribu bahasa dan pucat serupa mayat! Ingatkan kenapa lah tadi!
“Ana, saya main-main ajelah! Awak ingat, awak tu cantik sangat ke sampai saya boleh jatuh cinta dengan awak?” Fazli tergelak lagi. Buntang mata Aryana dengan kata-kata Fazli itu. Ewah! Sedap aje mamat ni kutuk aku ye!
“Hello!! Saya memang cantik pun! Tak tau ke?” Fazli terus ketawa. Aryana mengetap bibir. Laju tangannya menampar bahu Fazli.
“Sakit lah! Main kasar pula dia.” Pipi Aryana di tarik geram. Menyeringai Aryana menahan sakit. Sebaik sahaja pipi gadis itu di lepaskan, laju kaki Fazli berlari.
“Awak!!” Aryana menjerit memanggil Fazli sambil mengejar jejaka itu. Tanpa mereka sedari, dua pasang mata memerhati segala perlakuan mereka itu.
“You don’t deserve her!”

********

Sesekali Aqil mengerling ke arah ibunya yang sedang sibuk meneliti buku resepi. Entah apa lah yang di cari ibunya itu. Selama ini, mana pernah ibu dia membelek buku resepi. Segala resepi masakan semuanya dah berada di dalam kepala ibunya itu.
“Yang Kay tengok ibu kenapa? Homework tu dah siap ke?” Tanpa mengalihkan pandangan, Mak Su Ida menegur anak sulungnya itu. Aqil tersengih-sengih. Ibu ni ada mata tiga ke apa? Tahu-tahu aje!
“Ibu ni! Kay nak pandang ibu sendiri pun tak boleh ke? Ke ibu nak suruh Kay tengok awek-awek cun dekat luar rumah tu?” tersenyum Aqil dengan kata-katanya sendiri. Namun, senyumannya mati saat pandangan mata ibunya tajam menikam wajah.
“Sejak bila awak ni pandai main mata dengan awek-awek ni? Dah gatal sangat nak berbini ke?” terkedu Aqil. Sekali kena sembur dengan ibu, memang telan liur aje lah. Beku serta-merta otak nak proses balasan kata ibunya itu.
“Err.. Kay main-main aje lah ibu. Err.. Ibu cari resepi apa ni?” Laju aje Aqil mengubah topik. Ibu, kalau menjeling memang menakutkan. Mak Su Ida kembali membelek buku resepi milik bibik.
“Tak ada apa pun. Saja nak belek buku bibik aje. Hurm. Yang Kay duk tenung ibu tadi kenapa?” Aqil mengeluh perlahan. Serba salah dia jadinya. Nak tanya atau tak? Kalau tak tanya, sampai bila-bila pun dia tak akan tahu cerita sebenar. Tanya aje lah!
“Ibu, kenapa Ana tak duduk dengan Pak Long and Mak Long? Nak kata Pak Long tak sayang Ana, macam mustahil! Kay tengok mereka tu loving sangat. Pak Long nampak sayang sangat dekat Ana. Tapi kenapa Ana tinggal dengan Tok Wan and Mak Tok?” Mak Su Ida berhenti membelek buku resepi itu. Fokusnya kini beralih ke arah satu-satunya anak teruna yang di milikinya.
“Kenapa awak nak tahu?” Soalan di balas soalan. Aqil menggaru kepalanya yang tiba-tiba sahaja gatal. Gatal sebab tak tahu nak bagi jawapan yang macam mana untuk soalan ibunya itu.
“Hurm.. Actually, Kay just wondering. Mak Long tak suka Ana ke?” Aqil serkap jarang. Mak Su Ida mengeluh perlahan. Entah kenapa tiba-tiba sahaja anak sulungnya itu bertanya.
“Ibu rasa, awak tak perlu tahu sebabnya. Apa pun yang berlaku, awak kena ingat. Awak kena hormatkan Mak Long. Ibu tak nak Kay benci sebab dia tak suka ibu. Itu hak dia nak membenci sesiapa pun.” Aqil menundukkan kepalanya.
“Ibu, Kay minta maaf. Sebelum Kay tahu yang Ana tu adik susuan Kay, memang Kay tak nak ambil tahu kenapa Mak Long bencikan ibu. Tapi, bila Kay dah tahu hubungan Kay dengan Ana, dan hubungan Mak Long dengan Ana, perasaan ingin tahu dalam diri Kay ni membuak-buak.” Mak Su Ida mengusap lembut rambut Aqil.
“Ibu, please! Tell me the whole story. Aqil tak nak perasaan benci pada Mak Long terus menjadi barah dalam hati Kay. Dan ibu sendiri tahu betapa bahayanya penyakit hati yang satu itu kan?” Penuh cermat Aqil berkata. Dia enggan mengguris hati ibunya walaupun hanya calar kecil.
Mak Su Ida tersenyum nipis. Apa pun yang anak terunanya itu katakan, dia tetap tak akan bercerita. Terbongkar kisah itu bermakna aib ramai pihak akan turut terbongkar. Dan dia tidak sesekali ingin menjadi orang yang membuka aib itu. Biarlah ianya terus menjadi rahsia selagi hayatnya di kandung badan. Untuk bercerita, tidak sesekali!

********

Lebam-lebam di wajah sepupunya itu di belek lama. Entah apa pula alasan yang akan di berikan oleh sepupunya itu kali ini. Bengkak di bibir sepupunya itu di sentuh lembut. Pasti sepupunya itu menahan sakit yang amat. Dengan kandungan yang mencecah hampir lima bulan, dan tanpa suami tercinta di sisi, pasti sepupunya itu tertekan.
“Ria, aku bawa kau pergi klinik. Dah teruk sangat dah aku tengok kau ni. Biar doktor periksa keadaan kau. Risau aku tengok kau dengan kandungan kau ni.” Ida berkata perlahan. Tangannya pula cermat menyapu ubat di wajah serta tangan Adrianna. Risau benar hatinya melihat keadaan sepupunya itu. Namun, Adrianna masih mampu tersenyum.
“Aku okey, Ida. Kau jangan risaukan aku. Sikit aje ni. Aku terlanggar kabinet dapur masa nak simpan barang aje ni. Bukannya serius pun.” Ida mengeluh. Tak munasabah langsung alasan sepupunya itu. Kalau nak menipu sekalipun, jangan lah ketara sangat tipunya.
“Kau tak boleh tipu aku, Ria. Orang lain ye, tapi tidak aku. Aku kenal kau sejak kau lahir lagi. Dari riak muka kau tu pun aku dah tahu sama ada kau jujur atau tipu aku. Imah buat kau lagi ek?” Adrianna menggeleng cuba menafikan. Tapi matanya mula kabur dengan takungan air mata. Ida mengeluh perlahan. Tumpah rasa simpatinya kepada Adrianna.
“Aku tak tipu. Betul aku terlanggar kabinet dekat dapur. Aqil mana? Aku rindu dengan anak buah aku yang sorang tu.” Adrianna cuba mengubah topik. Dia tahu dia tidak akan mampu bertahan lagi sekiranya Ida terus-terusan mendesaknya menceritakan perkara yang sebenar.
“Hurm. Dah kalau itu yang kau kata, tak apa lah. Tapi, sekali lagi aku tengok kau lebam sana, lebam sini, memang aku heret kau pergi balai polis. Aku tak peduli dah.” Adrianna tersenyum dengan bicara sepupunya itu. Ida terlalu memahaminya.
“Mana Aqil? Tak nampak pun dari tadi.”
“Ada dekat dalam. Jom lah masuk. Kau rehat-rehat dulu dekat dalam tu. Nanti aku hantar kau balik. Dalam keadaan macam ni, aku tak yakin kau boleh drive.” Ida berkata sambil tangannya membantu Adrianna untuk bangkit dari duduk.
“Ye lah! Membantah pun buang air liur aje nanti. Bukan aku tak kenal kau macam mana.” Sempat lagi Adrianna memerli sepupu rapatnya itu. Ida ketawa kecil dengan perlian Adrianna itu.
“Tahu tak apa! Hurm. Aku sayang kau lebih dari sayang seorang sepupu. Kau tu adik aku. Aku tekan kan sekali lagi! ADIK AKU, tahu! Jadi, kau tu di bawah tanggungjawab aku. Amanah aku walaupun kau tu dah bergelar isteri orang.” Adrianna menggenggam erat tangan sepupunya. Terharu dengan kata-kata yang terluah dari bibir Ida.
“Thanks, Ida. Kau lah satu-satunya sepupu dan kakak aku yang terbaik. Aku sayang kau sangat, Ida.” Kasihnya pada sepupunya itu terlalu mendalam. Susah dan senangnya sentiasa di kongsi bersama sepupunya itu. Mereka terlalu rapat! Sangat rapat! Dan dia yakin, Ida lah satu-satunya insan yang mampu menjaga amanahnya dengan sebaik mungkin.

********

“Nur Aiman Aryana! Sila ikut pengawas ke  bilik disiplin sekarang juga!” Buntang mata Aryana memandang dua orang pengawas yang berbaju biru di hadapan kelasnya itu. Tertanya-tanya dia apakah kesalahan yang di lakukannya sehingga dia di panggil ke bilik guru oleh dua orang utusan berbaju biru itu.
“Ana, kenapa?” Sempat Shafikah menyoal. Aryana hanya mampu mengangkat bahu tanda tidak tahu sebelum langkahnya di atur menuruti dua orang pengawas itu yang mula melangkah ke luar kelasnya.
“Tak padan dengan budak baru, dah kena panggil dengan cikgu! Tak sedar diri!” Tajam kata-kata seorang pengawas yang memanggilnya sebentar tadi. Aryana memejamkan matanya seketika. Cuba untuk menenangkan hatinya yang mula membara.
“Huh! Budak perasan bagus, macam ni lah!” pengawas yang satu lagi terus menyimbah api ke hati Aryana. Baru sahaja Aryana hendak membalas kata-kata kedua-dua pengawas itu, mereka berhenti melangkah. Salah seorang dari pengawas itu melangkah masuk ke dalam kelas tingkatan empat.
“Mohd Fazli! Sila ikut saya ke bilik disiplin sekarang!” Aryana tersentak. Aik! Mamat ni pun kena panggil juga ke? Pelik ni!!
“Eh, Ana! Kenapa ni?”
“Mana lah saya tahu. Awak tanya lah makhluk asing berbaju biru ni!” Sedas Aryana membalas. Tajam kedua-dua pengwas perempuan itu menjeling. Eleh! Ini Aryana lah! Setakat jelingan macam tu, tak tinggal bekas pun. Hehe.. Sempat Aryana meloyar buruk.
“Makhluk asing? Siapa?” Lurus Fazli menyoal. Aryana sudah tahan gelak apabila melihat wajah kedua-dua pengawas itu masam mencuka mengalahkan asam jawa.
“La.. Awak tak nampak ke?” Fazli menggeleng.
“Ni hah! Cun tak makhluk asing berbaju biru ni?” Aryana tersengih-sengih. Padan muka makhluk asing berbaju biru ni!
“Sengih lah selagi kau mampu sengih! Kejap lagi, jangan menangis sudah!” Sinis suara pengawas itu. Fazli mengerutkan dahinya tanda tidak memahami maksud kata-kata pengawas a.k.a. makhluk asing berbaju biru itu.
“Apa maksud korang ni?”
“Jangan tanya kami. Tanya diri sendiri apa yang korang dah buat.” Aryana membuat muka. Entah apa-apalah pengawas dua orang ni. Nak kata dia ada buat salah dengan mereka berdua, dia sendiri pun tak kenal siapa mereka. Tapi, tak tahu lah kalau ada salah yang dia lakukan tanpa dia sedar.

********

“Sampai pun bakal pengantin kita ni! Lama saya tunggu kamu berdua.”  Cikgu Mat Salleh bersuara sambil menepuk tangan. Pengawas yang mengiringi Fazli dan Aryana tersenyum mengejek. Mereka faham benar dengan maksud ayat yang di ucapkan oleh ketua guru disiplin itu. Esok, ada lah yang duduk atas pelamin di tapak perhimpunan nanti.
“Assalamualaikum, cikgu.” Fazli memberi salam sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Cikgu Mat Salleh. Terukir senyuman sinis di bibir guru pertengahan umur itu. Huluran tangan Fazli tidak di sambut. Malah dia hanya menjeling sahaja huluran tangan jejaka itu.
“Hulurkan tangan awak untuk berjabat dengan tok kadi aje lah nanti. Saya tak ingin nak sambut huluran tangan pelajar yang menjatuhkan maruah sekolah, inikan pula pelajar yang memburukkan agama Islam.” Fazli tersentak. Sungguh berbisa kata-kata yang keluar dari mulut guru itu.
“Apa maksud cikgu? Maaf, saya tak faham.” Tenang Fazli bersuara. Apa pun yang keluar dari mulut guru itu, dia sedar yang dia perlu bertenang dan mendengar segala penjelasan agar kekeruhan dapat di selesaikan.

“Tak faham atau buat-buat tak faham?” Aryana menggenggam kuat tangannya. Melampau sungguh guru ini!