okey.. ni last.. minta maaf kalau lambat sgt2 hbiskan cte ni.. hehe..
sorry gak lau penghabisan dy mcm trgantung or xberapa habis.. huhu..
sy type part 4 dgn masa dkt kg.. idea mmg ada xada je..
apa pun, enjoy.. n sila lah komen ye.. tq.. =)
Hadirnya Cinta Tanpa Undangan last part!
Amalina tersenyum nipis sambil
menggelengkan kepalanya. Dia melepaskan keluhan sebelum menghalakan
pandangannya kepada Sabrina yang memandangnya. Wajah Sabrina yang keliru di
tatap lama.
“Ina, kau kenapa?” Sabrina menyoalnya.
Amalina ketawa kecil mendengar soalan Sabrina itu.
“Kenapa
dengan aku?” Amalina tidak menjawab sebaliknya menyoal Sabrina. Sabrina
mengerutkan dahi. Ummi ni bagitahu ke idok?
“Ummi cakap apa?”
“Kahwin bulan depan. Minggu depan dah
masuk bulan baru. Cepatnya nak kena tamatkan zaman anak dara aku. Postpone
boleh tak ek?” Amalina mengekalkan riak wajahnya yang selamba. Tanpa menunggu
Sabrina menjawab soalannya, dia melangkah turun dari katil dan menuruni anak
tangga untuk ke dapur.
“Aik! Macam tu aje respon dia? Biar
betul?!” Sabrina duduk bersila di atas katil. Diam-diam Sabrina mengekori Amalina ke dapur. Dia dapat
melihat dengan jelas Amalina yang sedang berbual di talian. Dia memasang
telinga.
“Ayeem okey ke?” Amalina menganggukkan
kepala. Sabrina tertanya-tanya jawapan apakah yang di berikan oleh gerangan
yang berbicara dengan Amalina di talian. Dia pasti itu adalah Faheem. Dia
mencebikkan bibir. Baru ingat nak tengok Amalina menangis. Tapi, lain pulak
jadinya. Dia menaiki anak tangga untuk kembali ke biliknya.
Faheem memandang wajah mama dan papanya.
Keputusan mereka memang dia tak mampu nak bantah. Terpaksa mengikut juga. Sedih mengenangkan
penolakan ummi dan abi Amalina. Entah kenapa, dia pun tak tahu.
“Terpulanglah pada mama. Ayeem ikut
aje.” Lemah Faheem bersuara. Farina pula pelik melihat wajah abangnya. Aik!
Suruh kahwin pun sedih ke? Gambar bakal isteri abangnya di tatap berserta
senyuman.
“Kita buat pagi bertunang, malam akad
nikah. Majlis menyambut menantu kita buat hari yang sama dengan kenduri Kak Na
lah. Jimat masa.” Datuk Sri Fariha bersuara riang. Wajah anak terunanya yang
monyok menambahkan lagi senyum dibibirnya.
“Ayeem naik dulu ma. Nak tidur. Esok
kena pergi kerja awal. Nite mama.” Tangan mamanya di cium sebelum melangkah ke
arah tangga.
“Abang Ayeem! Tak nak tengok ke gambar
bakal isteri abang?” Langkah Faheem terhenti. Dia menarik nafas panjang.
Adiknya seakan tidak memahami perasaannya saat itu sedangkan Farina telah pun
bertemu Amalina, gadis yang amat di cintainya.
“Adik simpan ajelah gambar tu. Nanti
masa akad nikah pun Ayeem boleh tengok!” Sedikit kasar suara Faheem. Datuk Sri
Fariha tahan gelak. Wajah Faheem benar-benar menggeletek hatinya. Farina
ternganga dengan kata-kata Faheem itu. Wajah mamanya di tatap sambil mengangkat
keningnya tanda menyoal.
“Biarlah dia! Cantik tak?”
“Gila tak cantik?! Mestilah cantik!”
Datuk Sri Fariha ketawa. Dia yakin gadis itu lah yang paling sesuai menjadi
pendamping Faheem. Dia yakin, suatu hari nanti pasti Faheem akan berterima
kasih padanya.
Faheem merebahkan badannya ke katil.
Wajah Amalina bermain di tubir matanya. Dia memejamkan mata sebelum mengambil
iPhone 5C. Teragak-agak dia menghubungi gadis itu. Entah apalah isi kandungan
perbualan mereka nanti.
“Assalamualaikum.” Faheem memberi salam.
“Waalaikummussalam.” Amalina menjawab
salamnya. Masing-masing mendiamkan diri. Faheem gagal mengawal air matanya dari
mengalir turun membasahi wajahnya.
“Ayeem...” Amalina memanggil. Dia turut
sebak apabila mendengar esak tangis Faheem. Air mata lelaki yang amat sukar
untuk mengalir akhirnya berderai jua. Dan ini semua kerana...
“I miss you... so much..” Faheem berkata
perlahan. Amalina memejamkan matanya. Cuba menghayati luahan hati Faheem itu.
Tanpa sedar, air matanya turut sama gugur. I miss you too. Getus hati Amalina.
“Sayang.. say something, please.”
Amalina menyapu air matanya. Suara Faheem terlalu sayu menyapa telinganya. Dia
tahu, lelaki itu benar-benar menyayanginya. Dia pun begitu. Tapi, apakan daya..
“Sayang, let’s get married.” Amalina
terkedu. Tak menyangka Faheem akan memberi usul yang sedemikian. Memang lah dia
sayangkan lelaki itu, tapi dia enggan memalukan dan menghancurkan harapan dan
kepercayaan kedua orang tuanya terhadap dirinya.
“Ayeem.. Jumpa esok.” Amalina enggan berbicara soal itu. Dia tahu,
perasaan Faheem ketika itu pastilah sedang kucar kacir. Jadi, sikap rasional
yang dimiliki jejaka itu pastinya hilang buat masa ini. Biarlah jejaka itu
mententeramkan hati dan peraasaannya.
Amalina mencapai laptopnya. Laju dia
melarikan jari jemarinya di atas keyboard. Dia yakin dengan keputusannya. Semua
ini bagi merealisasikan dan menghidupkan lagi rancangan sahabat baiknya yang
kini menjadi rancangannya. Rancangan yang di rancang oleh sahabat baiknya namun
sedikit perubahan di rombak oleh dia. Rancangan yang seharusnya tidak dia
ketahui. Namun, dia terlebih dahulu mengetahui rancangan itu.
Apa yang dia perlu lakukan sekarang
ialah just follow the flow! Dia yakin, tiada sesiapa yang akan menggagalkan
rancangannya. Tidak Jessy mahupun ummi, abi mahupun Sabrina sendiri. Dia
teramat yakin.
Wajah Faheem di tatapnya lama. Jelas
kemuraman terlukis di wajah kacak Faheem. Mata mereka bertentangan namun segera
Amalina mengalihkannya. Kalau semalam dia hanya mendengar esakan Faheem, hari
ini dia dapat melihat sendiri air mata yanga bertakung di tubir mata Faheem. Dia
enggan terkesan dengan air mata Faheem.
“Sayang nak larikan diri dari abang?” Faheem
menatap wajah Amalina. Sukar untuk dia meneka apa yang ada di hati dan fikiran
gadis itu. Kadang-kadang, dia tertanya-tanya adakah Amalina mempunyai perasaan
yang sama dengannya. Tapi semua itu tetap utuh menjadi rahsia gadis itu.
“Kalau saya kata ye, kenapa?” Amalina
berkata tanpa memandang Faheem. Faheem melepaskan keluhan. Macam mana lah dia
nak pertahankan hubungan mereka kalau Amalina sendiri tidak menunjukkan
kesungguhan dalam mempertahankan apa yang tersirat di hati gadis itu. Dia
meraup wajahnya lama.
“Awak memang tak pernah sayang saya
kan?” Amalina diam.
“Selama ni, hanya saya yang sayangkan
awak. Sedangkan awak langsung tak ada perasaan pada saya. Macam tu?” Surat
perletakan jawatan yang di hulurkan oleh Amalina sebentar tadi di pandangnya.
“Ayeem..” I do love you. Kata-kata itu
hanya bergema dalam dirinya. Kalau dia luahkaan, entah perkara gila apalah yang
akan Faheem buat nanti. Entah-entah, sampai ke Thailand lah si Faheem ni bawak
dia. Tak ke jadi kes besar?!
“Lina, awak setuju dengan keputusan ummi
dengan abi awak untuk nikahkan awak dengan lelaki pilihan mereka?” Amalina
mengangguk.
“Ayeem, just go on with you life. Saya
tahu, mama awak nak jodohkan awak dengan orang lain. Awak ikut aje lah apa yang
mama awak nak. Kebahagian seorang anak adalah apabila mendapat redha ibu
bapanya. Apabila seorang anak beroleh redha kedua orang tuanya, maka redha Allah
juga akan berada bersamanya. Lupakan saya..”
“Atas sebab apa saya nak kena lupakan
awak?”
“Sebab.. saya akan cuba lupakan awak.”
Amalina berkata yakin. Faheem menggelengkan kepalanya. Dia kemudiannya bangun
dan menghampiri Amalina. Amalina sedikit terundur apabila Faheem mula melangkah
menghampirinya. Dia terpaksa menahan Faheem dari terus mara ke arahnya dengan
menolak dada Faheem.
“Awak..”
“Kalau itu yang awak nak, saya akan
tunaikan. Tapi..”
“Err.. Tapi apa?”
“Saya nak awak datang tengok saya saat
saya mengangkat akad. If you’re not there, I’ll cancel it. Dan awak yang akan
bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Kalau perkara tu terjadi, saya akan
cari awak dan saya tak akan lepaskan awak lagi.” Faheem membisikkan ayat
terakhirnya betul-betul di telinga Amalina. Amalina telan liur saat hembusan
nafas Faheem hangat terasa di telinganya.
“Sa.. Saya.. tak boleh..” Faheem
tersenyum sinis. Dia sudah dapat mengagak jawapan Amalina itu. Dia yakin, gadis
itu mencintainya dan tidak akan sanggup melihat dia mengangkat akad.
“Why? Coz you love me, right?”
“No! Saya.. Just, when is your big day?”
“Next month.”
“Sorry. I can’t!” Amalina melangkah
menjauhi Faheem. Bahaya betul kedudukan mereka tadi. Dia tak nak perkara itu
terjadi lagi. Faheem memandang wajah Amalina.
“Awak tak boleh nafikan perasaan awak
pada saya. Just say that you love me. Easy!”
“Saya akan nikah bulan depan..” Faheem
terkedu. Tak menyangka semua itu terjadi kepadanya. Amalina melangkah keluar
dari bilik Faheem. Dia perlu mengemas segala barang-barangnya.
Persiapan pernikahannya rancak di
lakukan. Segala-galanya di uruskan oleh mamanya. Dari hantaran sehinggalah ke
baju melayu untuk akad nikah. Apabila mamanya meminta pandangannya, dia hanya
mampu mengiakan. Hatinya tawar untuk melakukan semua itu.
“Ayeem, betul ke dah ready ni nak jadi
suami orang?” Farzliana menyoal. Tinggal seminggu sahaja lagi untuk adiknya itu
menggalas gelaran sebagai seorang suami. Namun, wajah Faheem kelihatan sungguh
tidak bermaya.
“Entah lah, Kak Na.”
“Ayeem masih ingatkan dia?” Farzliana
menyoal lagi. Faheem memandang wajah kakaknya itu. Sesungguhnya dia lebih rapat
dengan kakaknya itu. Segala masalah yang dihadapi mampu dia luahkan kepada Farzliana.
“Ayeem betul-betul tak ada hati nak
teruskan majlis tu nanti. Tapi Ayeem tak nak mama dangan papa malu. Memang
Ayeem sayangkan Amalina, tapi mama dan papa yang banyak berkorban demi Ayeem.
Ayeem lebih sayangkan mama dengan papa.” Faheem mengeluh lemah. Memang dia
sayangkan gadis itu dan tak mampu melupakannya. Semakin dekat tarikh
pernikahannya, semakin dia menyibukkan diri di pejabat.
“Tak buat solat istikharah? Minta
petunjuk dari Allah. Tenangkan hati Ayeem. Kak Na yakin, kalau betul dia jodoh
Ayeem, Ayeem pasti akan dapat miliki dia. Tapi kalau sebaliknya, tabahkan hati
Ayeem. Terima segalanya sebagai takdir hidup Ayeem.” Faheem tersenyum biarpun
senyuman itu sekadar meutup luka di hatinya. Farzliana menepuk lembut bahu
Faheem.
“Dah hafal nama bakal isteri? Kang tak
pasal-pasal tersasul tersebut nama orang lain pulak.” Farzliana berkata separuh
mengusik. Faheem tersenyum kelat. Sesungguhnya dia benar-benar tidak tahu
apakah nama bakal isterinya itu.
“Ayeem tak tahu pun nama dia sape.”
“Biar betul? Mama tak bagitahu ke? Ayeem
tahu tak yang Ayeem akan nikah dekat Kuantan?” Farzliana membeliakkan mata. Faheem
menggelengkan kepala. Mana lah dia tahu. Tak kuasa dia nak ambil tahu!
“Ya Allah! Nama dia Qaseh Amalina binti
Datuk Emzani.” Faheem tersentak. Nama tu.. Amalina? Mungkin kah ianya gadis
yang sama? Kuantan?! Rumah keluarga Amalina pun di Kuantan. Adakah satu
kebetulan?
“Kak Na!!” Faheem ketawa riang. Laju dia
berlari mendapatkan Farina. Terkebil-kebil mata Farina melihat abangnya yang gembira
semacam aje.
“Adik, mana gambar bakal isteri abang?”
Amalina ketawa saat Farina menceritakan
apa yang terjadi saat Faheem melihat gambar bakal isterinya itu. Tak dapat dia
nak bayangkan macam mana gembiranya Faheem apabila apa yang difikirkannya itu
sebenarnya kenyataan.
“So, kita nak teruskan jugak ke Ina?”
Farina menyoal. Amalina ketawa kecil. Kesudian Farina membantunya dalam
menjayakan rancangan Sabrina yang telah pun menjadi miliknya benar-benar
menghidupkan lagi rancangan itu.
“Kita teruskan lah. Tapi, bagitahu abang
awak tu.. Jangan sampai mama dengan papa awak tahu tentang ni. Kita teruskan
lakonan, jangan sampai kantoi pulak.”
“Ala.. Ina cakap sendirilah dengan dia.
Dari tadi asyik sibuk menyendeng dekat dengan orang. Abang Ayeem, tak payah nak
bulatkan mata sangat lahh!” Terdengar gelak Faheem saat adiknya menghulurkan
telefon kepadanya. Amalina ketawa lagi saat mendengar Faheem menghalau Farina
kerana ingin berbicara dengannya sendirian tanpa gangguan.
“Assalamualaikum.” Amalina tersenyum
nipis. Jelas nada kegembiraan dari Faheem.
“Waalaikummussalam.” Amalina menjawab
salam. Faheem menarik nafas sebelum tergelak. Amalina ikut sama tergelak.
Sabrina yang lalu di hadapan biliknya memandang pelik. Segera Amalina bangun
dan menutup pintu biliknya. Sempat dia memberikan senyuman kepada Sabrina.
“Hurm. Nakalnya sayang ni.” Faheem
bersuara selepas tawanya reda.
“Ye ke? Mana ada nakal.” Amalina
bersuara perlahan. Dia yakin, Sabrina pastilah masih lagi berada di hadapan
pintu biliknya bagi mendengar perbualannya.
“Kenapalah tak bagitahu abang awal-awal?
Saja ek nak buat abang frust?”
“Tak lah. Mana ada. Seronok apa macam
ni? Dapat tengok Ayeem nangis. Jarang tau lelaki menangis hanya kerana putus
cinta. Manjalah dia ni!” Amalina mengusik. Faheem tergelak-gelak. Malu betul
dia apabila menangis hanya kerana ummi dengan abi Amalina ‘tolak’ dia. Amalina
pulak boleh rahsiakan dari dia.
“Owh. Suka ek? Hurm. Miss you, sayang.
Rindukan abang tak?” Amalina tersenyum. Sememangnya dia masih belum kebal
dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan hati dan perasaan ini.
“Macam mana ek nak jawab?”
“Kalau tak tahu nak jawab, abang akan
bocorkan rahsia ni.” Faheem mengugut. Amalina mencebikkan bibirnya. Main
ugut-ugut lah pulak!
“Eleh. Ingat orang takut ke?”
“Kalau macam tu..”
“Miss you! Bubye.” Laju Amalina
memutuskan talian. Dia menampar pipinya perlahan. Berharap agar pipinya yang
merah akan berkurangan merahnya. Perbuatannya itu terhenti apabila pintu
biliknya di tolak.
“Adik, jangan lah ketawa kuat-kuat!
Kalau Rin tahu macam mana?”
Tak sudah-sudah Faheem tersenyum
sehinggakan Datuk Sri Fariha rasa kelainan dalam diri anaknya itu. Apabila di
tanya, Faheem hanya terus tersenyum lebar. Akhirnya dia hanya membuat telahan
sendiri. Faheem tersenyum kerana telah mampu menerima segalanya dengan hati
terbuka.
“Ayeem, jangan lupa petang nanti kita
dah nak bertolak ke Kuantan. Jangan balik lambat pulak. Baju-baju semua dah
kemaskan ke?” Datuk Sri Fariha menyoal ketika mereka sekeluarga sedang
menikmati sarapan pagi.
“Hurm. Kalau Ayeem lambat, mama dengan
daddy pergi lah dulu. Nanti adik pergi dengan Ayeem.” Selamba Faheem membalas.
Sempat dia menjeling adiknya sambil mengangkat kening. Tersedak Farina
dibuatnya.
“Adik, makan tu elok-elok. Gelojoh
sangat!” Datuk Sri Fariha menegur. Farina memuncungkan bibirnya.
“Ma, ada lah tu mana-mana lelaki
handsome sebut nama adik. Tu yang tersedak ni.” Faheem sengaja berkata begitu.
Laju cubitan tangan Farina singgah di lengannya.
“Sakit tahu!”
“Padan muka! Tak nak temankan abang
Ayeem petang nanti.” Farina mengugut. Faheem mencebik.
“Ma, Ayeem pergi office dulu lah.”
Faheem mencium pipi mamanya sebelum berbisik sesuatu ke telinga Farina. Farina
tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya.
“Apa yang dibisikkan tu? Adik?!”
“Tak ada apa-apa, mama. Abang ajak pergi
Tutti Fruity petang nanti.” Farina menjawab lancar. Dia telan liur sebaik
sahaja melihat Datuk Sri Fariha mengangguk. Fuhh! Selamat...
Hari yang di nanti-nantikan akhirnya
tiba juga. Pagi tadi majlis pertunangannya berlangsung dengan lancar sekali.
Kalau tak salah dia, Datuk Sri Fariha yang menyarungkan cincin belah rotan di
jari manisnya. Terkejut juga dia tadi apabila bukan sahaja sebentuk cincin
belah rotan di terimanya malah kakak sulung Faheem, Farzliana mengkalungkan
seutas rantai emas putih berloketkan perkataan FAHEINA iaitu gabungan namanya
dan Faheem.
Kata Farzliana, ianya merupakan hadiah
istimewa daripada adiknya buat bakal isterinya. Ianya juga sebagai tanda
penghargaan kerana sudi menerima lelaki itu sebagai suaminya. Terdetik di hati
Amalina kalaulah Faheem tidak mengetahui gerangan bakal isterinya, pasti sahaja
lelaki itu tidak akan memberikannya rantai itu.
“Rin, aku nak tanya ni.” Amalina berkata
kepada Sabrina. Sabrina yang sedang sibuk membelek hantarannya menoleh ke
arahnya.
“Apa dia?”
“Kan ummi kata, nama bakal suami aku tu
Akmal. Tapi kenapa rantai ni terukir nama FAHEINA? Aku peliklah.” Amalina
tersenyum nipis. Sengaja dia berpura-pura tidak tahu. Kalau tak tanya kang,
pelik pulak kawan tu. Sabrina tersenyum. Ingatkan tak nak tanya tadi.
“Sebabnya, nama Akmal tu nama kedua
bakal laki kau tu. Ummi suka panggil nama Akmal berbanding nama pertama laki
kau. Jadinya, ummi bagitahulah dekat kau yang bakal suami kau tu nama dia
Akmal. Faham?” Amalina mengangguk kononnya faham lah. Padahal dia tahu Sabrina
dan umminya ada rancangan nak kenakan dia.
“Dah tu, apa nama pertama tunang aku
tu?”
“Err.. Faa.. fa.. apa ek? Aku lupa lah.
Kau bacalah sendiri dekat borang nikah nanti.” Tergagap-gagap Sabrina menjawab.
Laju dia melarikan diri dari bilik Amalina. Amalina tersenyum mengejek. Tu lah!
Nak kenakan aku sangat. Baru tanya macam tu, dah tergagap. Macam tak rancang
betul-betul pulak. Tapi kalaulah diorang rancang betul-betul, mesti dia tak
akan dapat tahu. Time tu baru ye menangis berlagu!
Hantaran yang diberikan oleh pihak
lelaki di pandangnya lama. Semua sekali 9 dulang hantaran. Antara barang yang
di berikan Faheem kepadanya ialah sepasang telekung, senaskah Al-Quran, dan
Samsung Galaxy Note 3 dan Gear. Dari pihaknya pula, dia membalas dengan 9
dulang juga. Walaupun pada mulanya ummi ingin membalas sebanyak 11 dulang,
namun dia berkeras. Dia tetap mahukan 9 dulang.
Dua jam sahaja lagi untuk dia bergelar
suami yang sah kepada Amalina, gadis yang amat dia sayangi dan cintai. Jam
sembilan setengah malam nanti, dia akan bergelar suami. Tak sabar rasanya untuk
mengangkat akad nanti. Terasa seakan lama masa bergerak. Faheem mencapai
telefon dan menghantar pesanan ringkas kepada tunangnya, Tak percaya pulak dia
apabila dia telah pun bergelar tunangan kepada Amalina.
Assalamualaikum, sayang..
Amalina yang baru sahaja mandi
mengerling ke arah telefon miliknya. Sebentar lagi, dia akan di ‘operasi’ oleh jurumekap yang di panggil khas dari kolej yayasan
persatuan anak-anak yatim Kuantan. Umminya berkata lebih baik menggunakan
khidmat anak-anak yatim yang berkebolehan dari menggunakan jurumekap
profesional yang ‘mencekik darah’. Untuk kendurinya pun, umminya mengupah orang
yang sama. Sambil-sambil beramal kata umminya lagi. Dia tersenyum apabila
pesanan ringkas itu di bacanya.
Wassalam.. Awak, saya tgh sibuk ni.
Sengaja Amalina membalas sebegitu. Kalau
tak, memang tak boleh siap lah dia malam ni. Walaupun dia tahu wajahnya tidak
akan mengambil masa yang lama untuk dimekap, namun dia enggan berlengah.
Sebentar lagi azan maghrib akan berkumandang.
Abang gementar... tak tahu macam mana nak redakan perasaan gementar
ni..
Faheem membalas. Ketawa kecil Amalina di
buatnya. Laju jari-jemari Amalina menaip balasan. Sebenarnya, dia turut sama
merasai perasaan gemuruh itu.
Hafal nama saya betul-betul ye.. Jgn sampai trsasul sebut nama org
lain pulak..
Tergelak Faheem dengan balasan Amalina
itu. Memang dia gementar. Tak nak lah kalau nanti dia menggigil pulak masa nak
sambut tangan tok kadi. Dan dia tak nak lah nampak terlalu gopoh. Orang kata
apa pulak nanti.
InsyaAllah tak trsasul. Mana boleh apa lupa nama bakal isteri
tersayang..
Amalina tersenyum kecil. Niatnya untuk
membalas pesanan Faheem itu terbantut kerana azan maghrib yang mula
berkumandang. Dia segera menyarungkan telekung dan menghampar sejadah mengikut
kiblat.
Faheem tersenyum memandang Amalina yang
berdiri di sebelahnya. Mereka berdua melangkah keluar dari rumah milik keluarga
Amalina setelah sesi bergambar tamat. Tangan Faheem mencapai jari-jemari
Amalina. Amalina menoleh ke arahnya saat merasakan tangannya di pegang oleh
seseorang. Dia membulatkan matanya ke arah Faheem.
“Dah halal kan?” Faheem berbisik
perlahan di telinga Amalina. Amalina menjarakkan sedikit kedudukan mereka.
Segan benar dia dengan sanak-saudaranya dan suaminya yang memandang mereka
berdua.
“Ina, congrats.” Sabrina menghampiri
Amalina lalu memeluk erat sahabatnya itu. Rancangannya untuk melihat Amalina
bersedih kerana ber ‘pisah’ dengan Faheem tidak tercapai. Langsung dia tak
sangka yang Amalina mampu mengekalkan riak selambanya.
“Plan kau tak berjaya kan?” Amalina
menyoalnya. Sabrina segera melepaskan rangkulannya pada Amalina. Wajah Amalina
di pandang lama.
“Aa.. apa maksud kau?”
“Aku tahu tentang rancangan kau. Thanks
to abang Em.” Terbeliak mata Sabrina mendengar kata-kata Amalina itu.
“Ina!! Jahatnya kau.”
“Aku pulak yang jahat?” Amalina ketawa.
Sempat dia melihat wajah Faheem yang sedang tersenyum bahagia. Handsomenya laki
aku ni!
“Sorry lah. Aku nak kau rasa macam mana
sakitnya bila cinta di tolak. Tak sangka pulak kau boleh chill aje.” Faheem
menarik Amalina rapat ke sisinya. Amalina menggigit bibirnya. Malu giler!!
“Dia memang tak rasa. Tapi saya yang
rasa!” Faheem tergelak kecil. Sabrina turut sama tergelak. Nak mengenakan
Amalina dengan niat membiarkan Amalina rasa kepedihan yang pernah Faheem alami,
tapi akhirnya Faheem jugak yang merana. Sasaran dah betul, tapi salah mangsa!
“Tak apa lah. Yang penting, awak dapat
dia jugak kan?” Sabrina berkata separuh mengusik sebelum berlalu meninggalkan
pasangan pengantin baru itu. Faheem merenung lama wajah Amalina. Amalina pula
sengaja buat-buat tak nampak.
“Ayeem, sudah-sudah lah tu. Malu mama
dengan papa awak tengok!”
“Abang, sayang. Bukan Ayeem.. Mama
dengan papa abang, dah jadi mama dengan papa sayang jugak sekarang ni.” Amalina
tersenyum. Lupa dengan hakikat yang satu itu. Amalina menoleh ke arah suaminya.
Tangan suaminya di cium.
“Thank you so much.. abang. Terima kasih
kerana sudi terima saya seadanya. I.. Love.. You!” Sebuah kucupan hinggap di
pipi Faheem. Laju Amalina melepaskan pegangan tangan Faheem apabila siulan
nakal kedengaran. Faheem terpana dengar tindakan Amalina itu. Sesungguhnya dia
bersyukur dengan takdir milik Allah. Sebagai hamba-Nya, kita harus redha dengan
ketentuan Allah. Benar kata Amalina.. Kebahagian seorang anak adalah apabila
mendapat redha ibu bapanya. Apabila seorang anak beroleh redha kedua orang
tuanya, maka redha Allah juga akan berada bersamanya...
tq so much ye.. nanti sy akan letak cte yang tgh sy type dkt sini lagi..
tp yg bakal ltk nanti tu sy ingt nk usaha siapkan mss.. hehe..
ok.. assalam..
best..teruskn ag utk bwat cerpen bersiri..keep it up sis...C':
BalasPadam-ara-