Assalamualaikum.. Alhamdulillah, siap jugak akhirnya bab 8 MISK.. punya lah lama nak menaip 1 bab sy ni.. hehehe.. maaf ye.. busy menguruskan 'rumah tangga'.. haha.. okey! gurau je.. apa pun, sy harap ada yang sudi menanti kisah ni.. sy masih baru dalam bidang ni.. jadi, andainya ada salah dan silap, mohon sangat jangan malu jangan segan sila lah tegur saya ye.. enjoy reading ya.. *jangan lupa komen ye.. hehe.. thanks..
Maaf Itu Sempurnakan Kasih
BAB 8
“Maaf
cikgu. Bukan niat saya nak berkurang ajar. Tapi, rasanya cikgu perlu terangkan
apa yang telah saya dan Fazli buat sampai cikgu tuduh kami ni memburukkan agama
Islam. Lagi satu, memberi salam adalah sunat, manakala menjawab salam adalah
wajib. Tapi, yang wajib pun cikgu tak jawab, inikan pula nak buat yang sunat.”
Pedas Aryana membalas. Panas hatinya dengan tuduhan yang di lemparkan Cikgu Mat
Salleh itu. Berubah wajah Cikgu Mat Salleh dengan kata-kata Aryana itu. Fazli
pula sudah terlopong. Tak sangka yang Aryana berani berkata begitu dengan guru
yang paling di geruni di sekolah itu.
“Aryana!
Behave! Ni bukan bandar, awak nak kurang ajar macam tu.” Fazli menegur. Aryana
mendengus tidak puas hati. Selamba aje tuduh mereka macam-macam. Kena sedas,
berubah wajah tu! Sempat dia mengumam sendiri.
“Hurm.
Ada laporan mengatakan kamu berdua bercinta dan.. err.. bermesra dalam kawasan
sekolah beberapa hari lepas.” Aryana tersenyum sinis. Fazli menggelengkan
kepalanya. Dia dapat meneka apa yang bermain di minda gadis itu.
“Maaf
sekali lagi cikgu. Saya rasa, ada salah faham di sini. Kami ni kawan aje. Kawan
baik! Saya tak tahu mana cikgu dapat cerita ni, tapi saya dengan Aryana memang
tak ada hubungan seperti yang cikgu katakan.” Perlahan tetapi tegas kata-kata
yang di sampaikan Fazli.
“Kalau
macam tu tak apalah. Hurm. Saya minta maaf kalau dah tuduh kamu berdua secara
terburu-buru tadi.” Perlahan juga suara Cikgu Mat Salleh memohon maaf.
“Tak
apa lah cikgu. Manusia dah terdidik sejak kecil lagi dengan meminta maaf
selepas membuat salah. Tak ada orang pun nak minta maaf sebelum buat salah.
Kalau ada pun, boleh di kira dengan jari.” Sekali lagi Aryana membidas.
“Err..
Maaf, cikgu. Kalau tak ada apa-apa lagi, kami minta diri dulu ye.
Assalamualaikum.” Sebaik sahaja habis berbicara, laju Fazli menarik tangan
gadis itu keluar dari bilik disiplin sebelum Aryana berbicara lebih banyak
lagi. Dia yang mendengar kata-kata Aryana pun terasa panas telinga, inikan pula
orang yang sememangnya di tujukan dengan kata-kata itu. Mahu tercabut telinga
Cikgu Mat Salleh nanti! Jadi kes lain pula nanti!
**********************************************************************
Terangkat
sebelah kening Aryana saat dia melihat Fazli yang berjalan di sebelahnya
tersengih-sengih macam kerang busuk. Bila mengingatkan kembali sikap Fazli yang
hanya berdiam diri ketika di tuduh macam-macam sebentar tadi, dia berasa
jengkel melihat sengihan jejaka itu.
“Yang
awak tersengih-sengih macam budak kecik baru dapat lolipop ni kenapa?” Geram
betul Aryana dengan Fazli. Kalau nak ikutkan hati dia yang tengah menggelegak,
memang dah lama penumbuk dia hinggap di perut jejaka itu.
“Saya
tak sangka.” Pendek Fazli menjawab.
“Tak
sangka? Apa yang awak tak sangka?”
“Saya
tak sangka yang awak ni sebenarnya berani. Cikgu Mat Salleh tu guru paling
garang tau dalam sekolah ni. Tapi, awak berani perli dia depan-depan. Tak
pernah lagi tau pelajar buat macam tu pada dia.” Fazli menerangkan. Aryana
tersenyum bangga. Hilang bengangnya terhadap Fazli sebentar tadi.
“Well!
Tu baru sikit. Saya boleh buat lagi hebat dari tu tau. Ni Aryana lah!” Bongkak
Aryana berkata. Fazli tersenyum hambar. Dia serba salah sebenarnya hendak
berterus terang dengan Aryana tentang apa yang terbuku di hatinya saat itu. Situasinya
saat itu seolah-olah di telan mati emak, di luah mati bapa.
“Ana..
Saya minta maaf kalau apa yang saya nak cakapkan ni akan buat awak terasa hati
dengan saya. Tapi, saya tetap kena cakap juga. Untuk kepentingan kita bersama.”
Tenang Fazli bersuara. Aryana mengerutkan dahinya. Lain macam pula mamat ni!
Omel Aryana.
“Apa
dia?”
“Hurm.
Macam yang saya cakap tadi, memang tak pernah ada pelajar yang menjawab macam
tu pada Cikgu Mat Salleh. Bukan menjawab, tapi lebih tepat lagi berkurang ajar.
Bukan sebab tak ada orang yang berani buat macam tu, tapi sebab senakal-nakal
kami, kami masih tahu batas kami..” Belum sempat Fazli menghabiskan bicara,
Aryana terlebih dahulu bersuara.
“Awak
maksudkan saya kurang ajar dengan Cikgu Mat Salleh tu?”
“Hurm.
Awak dah lima belas tahun Ana. Dah pandai menilai mana baik dan mana buruk. Awak
faham kan maksud saya?” Sebaik sahaja selesai berkata, laju Fazli melangkah
meninggalkan Aryana.
*******************************************************************
“Kau
dah kenapa?” Shafikah menyoal Aryana yang sedang muncung bibirnya. Pelik pula
dia dengan rakannya itu hari ni. Senyap aje sejak kembali dari bilik guru. Kalau
tak, pantang ada masa, mesti tang tu juga mulut duk berbunyi. Mengadu itu ini!
“Fazli.”
Sepatah Aryana menjawab. Berkerut dahi Shafikah di buatnya. Dah kenapa pula
dengan diorang dua ni? Sempat dia mengomel sendiri.
“Kenapa
dengan Fazli kau tu?”
“Ish!
Sejak bila pulak dia jadi Fazli aku, hah?”
“Okey,
fine! Kalau macam tu, Fazli aku lah! Habis cerita.” Shafikah bersuara sambil
ketawa. Dan saat itu jugalah cubitan Aryana hinggap di lengannya. Makin kuat
dia ketawa. Macam lah dia tak tahu yang dalam hati si Aryana sebenarnya tengah
ada bunga-bunga cinta terhadap Fazli. Tapi ego punya pasal, sanggup nafi!
“Hahaha.
Ana, kau suka dia kan?” Meleret nada suara Shafikah. Saja nak mengusik!
“Fikah!!”
dengan suara tertahan Aryana menyebut nama Shafikah. Geram sungguh dia. Besar
kecil, besar kecil aje dia nampak Shafikah ni! Kalau bukan kawan, dah lama
agaknya dia ‘ngap’ Shafikah ni.
“Okey!
Okey! Take it easy la, beb! Kalau kau suka dia sekali pun, okey apa. Dia handsome,
baik, sopan-santun. Sesuai dah tu!” Aryana tergelak. Memanglah Fazli tu dah
cukup okey! Tapi, sesuai ke dengan dia?? Aryana menyoal diri sendiri.
“Sesuai
ke dengan aku??”
“Apa?”
“Kan
tadi kau kata dia sesuai dah dengan aku. Ye ke dia sesuai dengan aku?” Shafikah
tergelak besar.
“Haha.
Aku tak cakap dia sesuai dengan kau, tapi sesuai dengan aku lah! Adeh! Perasan
betul kau ni kan?” Ternganga mulut Aryana dengan kata-kata Shafikah! Kurang
asam punya kawan!! Argh!! Malunya!!!
“Blah
la kau!” Menonong Aryana berjalan meninggalkan Shafikah. Sumpah!! Dia malu
gila!! Terdengar tawa Shafikah di belakangnya. Gelak lah! Gelak lahhh!!!
Izzatie
memandang lama wajah Fazli. Pedih hatinya di tuduh yang bukan-bukan. Entah apa
yang merasuk jejaka itu, dia sendiri tidak tahu. Menyesal pula dia setuju untuk
bertemu jejaka itu.
“Mengaku
aje lah, Tie. Kau cemburu dengan kemesraan aku dan Ana kan, sebab tu lah kau
fitnah kami. Aku tak sangka kau macam ni. Mana hilangnya kawan baik aku yang
lemah lembut? Mana hilangnya Wan Nur Izzatie yang aku kenal dulu?” Sedikit
tinggi nada suara Fazli. Izzatie cuba bertenang.
Izzatie
mengeluh perlahan. Kalau nak ikut apa yang di rasainya saat itu, memang sudah
di cili-cili mulut Fazli. Tak kisah dah dia sayang sekalipun terhadap jejaka
itu. Tapi, apabila mengenangkan pepatah kalau di ikutkan rasa, binasa lah jadinya
dan kalau di ikutkan hati, mati pula akibatnya, dia hanya mampu bersabar.
“Oh!
Kau kenal aku? Li, kalau kau kenal aku, kau takkan tuduh aku macam ni. Ye, aku
mengaku aku cemburu dengan kemesraan kau dengan Ana. Tapi aku tak akan buat
benda-benda macam tu lah! Buat apa aku report sedangkan aku sendiri ada dengan
Ana waktu tu? Li, aku Wan Nur Izzatie yang kau kenal dulu, dan yang kau kenal
sekarang tak pernah berubah. Tapi, kau Mohd Fazli yang aku kenal sekarang bukan
lagi yang seperti aku kenal dulu.”
Izzatie
menjeling sekilas wajah Fazli yang mula berubah. Dia mengeluh lemah. Jejaka itu
sudah berubah sejak mengenali Aryana. Paranoid! Jika dahulu, memanglah dia tak
suka Aryana, tapi keadaan sekarang ni dah berubah. Dia tidak akan sesekali pun
menghancurkan hubungan sesiapa lagi.
“Aku
tak menuduh. Aku tanya aje kan!” Tersenyum sinis Izzatie dengan kata-kata Fazli
itu.
“Tanya?
Macam tu kau kata tanya?! Itu bukan tanya lagi dah, Li. Tu namanya menuduh!”
Fazli memejamkan matanya seketika. Rasa bersalah mula menghuni hatinya. Tapi, kalau
bukan Izzatie, siapa lagi yang nak memburukkan namanya dan Aryana?
“Tie,
aku minta maaf. Aku pelik!”
“Apa
yang kau pelikkan?”
“Siapa
yang sanggup tabur fitnah pada aku dan Ana? Dan apa motif orang tu buat macam
tu?” Lemah Fazli bersuara. Kalau dia dapat siapa yang berani mencalit arang ke
mukanya dan Aryana, memang naya dia kerjakan! Panas hatinya dengan kejadian yang
berlaku pada hari itu. Izzatie hanya diam. Tiada apa yang mampu dia katakan
saat itu.
********************************************************************
“I’m
sorry!”
“Sebab?”
Sepatah Aryana menjawab. Wajah Fazli langsung tidak di tatapnya. Dia masih lagi terasa hati dengan bicara jejaka
itu. Dah lah masa kena marah tadi, senyap aje! Geram betul! Sempat dia
mengomel. Fazli menggaru kepalanya yang tidak gatal. Haih! Dalam sehari,
macam-macam perkara yang jadi pada dirinya. Berhadapan dengan seekor harimau
agaknya lagi mudah berbanding berhadapan dengan dua orang gadis. Hiperbola
sungguh!!
“Err..
Sebab saya diam masa kena marah pagi tadi.”
“Hurm.
Awak ni android ke? Macam orang tak ada perasaan dah saya tengok! Awak tak
sakit hati ke bila kena tuduh dan fitnah macam-macam?” Aryana menyoal Fazli
namun lebih kepada memerli.
“Benda
kecil aje lah. Lagi pun, pahala saya dengan awak bertambah. Lagi bagus kan?
Atau awak tak nak pahala awak bertambah?” Selamba Fazli berkata. Aryana
mengeluh. Ada-ada aje jawapan mamat ni! Kang ada yang kena siku dengan aku
karang!
“Hish!!
Awak ni memang pandai menjawab tau tak! Geram betul!”
“Ana,
bukan saya tak marah atau kecil hati. Tapi, mungkin cara kita bergurau dan
keakraban kita ni membuatkan orang salah sangka. Jadi, tak boleh nak salahkan
mereka seratus peratus.” Wajah Aryana di renung lembut. Cuba untuk tidak
menyalahkan sesiapa. Bagi dia, semua yang berlaku pasti ada hikmah di
sebaliknya.
“Hurm.
Memang lah! But, the problem is they did not ask us first. They accuse us
without checking the truth! Semua pun akan mengamuk kalau macam tu. Awak sorang
je yang buat muka toya tau tak!” Fazli tergelak kuat. Sekali Aryana cakap
omputeh, memang tak dapat nak tangkap maksudnya. Laju sangat!!
“Yang
awak tergelak ni kenapa?”
“Sayang,
you are so cute! Damn cute tau tak?” Aryana terkedu. Terkebil-kebil mata nya
memandang Fazli yang masih lagi ketawa. Oh my! Jantung please behave! Kasihani
lah tuanmu ini! Aryana merayu sendiri. Entah sedar, entah tidak jejaka itu
memanggilnya sayang. Tapi apa yang pasti, dia memang suka sangat dengan
panggilan itu. Hehehe.
Sian Aryana dgn Fazli jdi mangsa tuduhan. Cikgu dorg tu mmg grrr... Lia sambung lgi erk..hehe ^_^
BalasPadamtq kak eira.. ni n3 special tuk akak ni..
PadamBest dear!! akk suka sangat citer zaman2 sekolah ni...gaya bahasa pun mudah difahami dan BESTTTTTT lahhhh
BalasPadamBESTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
BalasPadamTq tq tq kak zai sudi jengah.. :-)
Padam