lama blog ni tak di jengah.. kesibukan yang melanda diri buatkan saya terlupa dengan kewujudan blog yang amat saya kasihi ni.. okey.. cerpen bertajuk KISAH AKU DARI JIWA merupakan sebuah kisah benar.. 98% peratus benar ye. yang 2% lagi tu saya edit untuk membuatkan kisah ini menarik.. sudi-sudi kanlah jenguk dan baca kisah ni. segala komen yang membina ataupun yang mengeji saya terima seadanya.. nak jadi novelis, tapi nampak gayanya tak mampu di capai.. jadi sy rela paksa lepaskan impian tu. tulis suka suka je lah jawabnya.. enjoy reading ya..
KISAH AKU DARI JIWA
Aku berpaling
kiri dan kanan. Berasap kepala aku dengan perangai budak kampung ni. Macam tak
pernah tengok budak bandar balik kampung pula gaya mereka. Nak kata aku pakai
skirt paras paha dengan baju yang terdedah sana sini, memang jauh panggang dari
api. Aku pakai jeans dengan t-shirt okey!!
“Dasar budak
kampung!”
Syafiq sepupuku
hanya memerhati. Dah kawan dia yang buat onar dengan aku. Cakap lebih-lebih
memang sah lah dia kena setepek dengan aku. Jadi, dari dia bising-bising dekat
telinga aku, baik dia diam. Dari berdiri, aku melabuhkan duduk di bangku kosong
bersebelahan Syafiq. Aku jeling sekilas wajah Syafiq yang sedang
tersengih-sengih macam kerang busuk. Dah macam orang gila!
“Mana kawan
engkau ni? Dah berjanggut aku tunggu tahu! Menyusahkan orang betul lah! Ingat
handsome sangat ke mamat tu sampai aku kena tunggu dia sampai berjanggut dah
ni?” Aku hamburkan lagi amarahku. Belum sempat Syafiq membalas, aku terdengar
deruman beberapa buah motosikal.
“Hek eleh! Nak
jumpa perempuan seorang aje pun, tapi bawak member sampai sepuluh orang.
Penakut betul kawan kau tu! Pondan betul lah!” Laju aku bangun dan terus
berjalan ke arah mamat poyo itu. Sakit betul hati aku! Syafiq pula hanya
mengekori aku dari belakang.
“Ad, tunggu aku.
Bahaya kau pergi sorang!”
“Cepat lah
sikit!” Jerit aku dari hadapan tanpa berpaling ke belakang.
Sebaik sahaja
aku berdiri betul-betul di hadapan lelaki yang tak serupa lelaki tu, aku terus
tatap tajam wajah dia. Huh! Menyampah gila! Bajet handsome padahal muka macam
orang pecah rumah. Meluat gila aku! Seorang demi seorang aku pandang wajah
mereka. Nak tengok sejauh mana budak kampung punya rupa dan gaya.
“Kau apahal
jeling-jeling muka kitorang? Dah tergoda ke? Alahai! Tak payah nak tenung sangat
lah! Aku tahu lah aku ni handsome!” Mak aihh!! Perasan betul mamat nih! Terus
aje aku buat muka.
“Ha ha ha!”
Sepatah demi sepatah aku ketawa. Niat aku memang nak persendakan mamat tu.
Handsome lah sangat! Sinis senyuman aku sedekahkan pada diorang. Tapi sempat
dalam marah-marah tu aku perasan ada seorang lelaki ni pandang aku tak
berkelip.
“Kau tak payah
nak gelak macam tu lah! Kang ada jugak yang makan kaki aku karang!” Mamat tu
dah mula naik angin. Aku kekalkan senyum sinis aku. Mamat ni nama dia Naim.
Memang dari awal lagi aku tak berkenan dengan Si Naim ni. Terhegeh-hegeh nak
dekat aku! Tak sedar diri betul!
“Macam
mana kau boleh dapat nombor phone aku? Baik kau terus terang dengan aku!” Aku
gertak kasar. Dia ingat dia lelaki aku takut dekat dia? Minta maaf lah! Sikit
pun tak ada perasaan gentar dalam diri aku dekat mamat macam ni! Dah lah
pelajaran pun hancur. Harapkan darah keturunan raja dia aje! Tu pun sipi-sipi
aje! Huh! Pleaselah!!
“Ad,
sudah-sudah lah tu! Kejap lagi orang keluar dari masjid, kau jugak yang malu.
Ada ke patut cari port gaduh dekat dengan masjid! Aduhai!!” Syafiq tarik tangan
aku perlahan. Aku pandang sekeliling. Alahai! Baru aku perasan yang tempat aku
pilih ni langsung tak sesuai. Dah lah waktu solat fardhu Asar pulak tu!
“Kali
ni kau selamat! Sekali lagi aku terima sms dari kau, siap kau belasah. Kata
jantan, tapi nak jumpa aku sorang pun nak bawak sampai sepuluh orang member.
Dasar pondan!” Sebaik sahaja aku selesai berbicara, terus aku berpaling. Tapi,
sempat lagi aku pandang lelaki yang aku perasan dari awal aku gaduh sampai
akhir dia duk ralit tatap aku. Dalam ramai-ramai lelaki kat situ, dia sorang je
yang naik basikal BMX. Pakai seluar jeans lusuh dan baju t-shirt warna putuh
bersih. Kepala pula ditutup dengan topi berwarna hitam. Wajah pula, hurm..not
bad!
~~~~~~~~
*********
~~~~~~~~
Bila
aku sampai rumah, aku tengok kawan-kawan sepupu aku yang tadinya menemani Naim
ada depan rumah mak cik aku. Tapi Si Naim tu tak ada pulak! Agaknya mamat tu
takut aku hambat dia dengan parang depan rumah mak cik aku ni agaknya. Dengan
aku jangan di buat main! Prinsip aku mudah aje, aku buat apa yang aku cakap!
“Ad,
kau masuk rumah dulu. Aku nak jumpa kawan aku dulu.” Syafiq terus menghampiri
kawan-kawan dia sebaik sahaja dia suruh aku masuk rumah terlebih dahulu. Sekali
lagi sempat aku kerling mamat yang pakai baju putih dan naik basikal BMX tu.
Kebetulan pulak masa aku pandang dia, dia pun tengah pandang aku. Seketika mata
aku dan dia saling menatap antara satu sama lain.
“Err..
Syafiq, jangan lambat. Aku ada benda nak cakap dengan kau.” Terus aje aku lari
masuk rumah. Jantung aku berdebar kencang. Ratapan mata lelaki tu betul-betul
boleh buat aku sakit jantung. Menusuk terus ke dalam dada. Aura dia buat urat
saraf aku terhenti.
“Fuh,
selamat!” Dada aku urut perlahan.
“Adlina!
Apa kamu buat belakang pintu tu? Menyorok dari siapa?” Mek merangkap mak cik
aku menyoal. Terkejut aku dengar suara dia yang tiba-tiba aje menerjah telinga
aku. Ada jugak yang kiok dekat sini nanti. Haih! Aku tersenyum sumbing ke arah
Mek. Terus aje aku melangkah menjauhi pintu yang Mek maksudkan.
“Mek,
Umi dengan Bak mana? Ad tak Nampak pun diorang.”
“Umi
dengan Bak kamu ada atas rumah tu hah. Tengah minum teh o’ dengan makan pisang
goreng. Pergi lah naik, Umi kamu kata tadi nak balik rumah nenek kamu kejap
lagi. Karang ada jugak yang tertinggal dekat rumah Mek kamu ni nanti. Bukannya
Ad nak tidur rumah Mek.” Suara Mek dah seakan-akan merajuk pula aku dengar.
Terus
aje aku peluk lengan Mek. Cuba memujuk Mek yang terasa dengan sikap aku. Ala..
Bukannya aku tak nak tidur rumah Mek, tapi aku tak selesa. Kalau balik kampung,
mesti aku akan tidur rumah nenek belah Umi. Lagi pula, aku tak berapa rapat
dengan keluarga belah Bak. Rapat tak rapat, dengan Syafiq aje lah aku okey. Tu
pun suam-suam kuku aje.
“Mek,
kalau Mek merajuk macam ni confirm Ayah tak selera tengok Mek.” Aku mengusik
Mek. Segaja aku guna nama Ayah merangkap suami Mek dalam usaha memujuk. Aku
nampak Mek mencebik. Mesti Mek tak suka aku usik Mek begitu. Hahaha. Sempat aku
tergelak dalam hati.
“Dah
lah, Ad. Baik kamu pergi dekat Umi kamu sebelum Mek tarik telinga kamu.”
“Hahaha.
Yelah Mek. Ad naik dulu.” Sempat aku hadiahkan ciuman penuh kasih ke pipi Mek
sebelum memanjat anak tangga untuk ke ruang tamu utama rumah kampung milik Mek
dan Ayah itu.
~~~~~~~
********
~~~~~~~
Aku
berlari-lari anak dari dapur menuju ke ruang tamu. Harry Potter and The Sorcers
Stone merangkap movie yang paling aku minat dah nak mula. Tangan aku penuh
dengan kerepek untuk dimakan semasa menonton. Menggeleng nenek tengok perangai
cucu perempuan dia. Heheh. Aku hanya mampu tersengih.
“Ad,
hampar toto dulu. Karang senang, kalau tertidur pun tertidur atas toto.” Mak
iaitu kakak kepada Umi menyuruh. Laju aku berlari ke dalam bilik untuk
mengambil toto. Bergegar sekejap rumah papan nenek!
“Ad,
runtuh lah rumah nenek kamu lari macam tu!”
“Nenek,
sorry! Ad tak sabar nak tengok cerita tu!” Teriak aku dari dalam bilik membalas
kata-kata nenek. Nampak aje toto yang berlonggok di dalam bilik, terus aku
angkat dan bawa ke luar. Dah terbiasa tidur depan tv bila tiap kali aku
sekeluarga balik kampung. Telefon bimbit berjenama Nokia 1330 milik aku yang
berada di dalam poket bergetar menandakan ada sms masuk.
“Ish!
Sape lah yang kacau aku malam-malam macam ni! Mengganggu betul lah!” Toto yang
aku angkat tadi terus aku bentang lalu aku capai bantal dan terus merebahkan
badan di atas toto. Tangan aku selukkan ke dalam poket untuk mengambil telefon
bimbit.
Hai.. boleh kenal?
“Haih!
Siapa pulaklah yang kacau aku ni?”
“Ad,
kamu membebel apa sorang-sorang ni?” Mak
menyoal perlahan. Aku hanya tersenyum sebelum lincah tangan aku menekan-nekan
telefon itu. Tetap membalas pesanan ringkas itu walaupun aku langsung tidak
mengenali pemilik nombor telefon tersebut.
Sape ni ye?
Terkebil-kebil
aku menunggu si dia membalas. Tak sabar sebenarnya nak tahu siapa yang berani
kacau aku. Harap-harap lah yang sms ni lelaki, handsome pulak tu. Aku ketawa
nipis dengan angan-angan yang aku reka sendiri. Mustahil lah!
Nama sy, Farid. Ikhlas nk kenal awk.
Aku
tergelak lagi. Entah betul entah tidak nama dia ni Farid. Entah-entah Si Naim
senget tu yang berlakon. Sengaja nak kenakan aku mungkin. Harry Potter yang
bersiaran di kaca televisyen langsung aku tak pedulikan. Hati aku dah tertarik
untuk meneruskan sesi berbalas pesanan ringkas dengan si jejaka yang mengaku
dirinya sebagai farid.
“Okey.”
Tangan aku kembali menekan-nekan punat telefon bimbit. Mencari ayat yang sesuai
untuk melanjutkan sesi tersebut. Salah ayat bermakna singkat lah perbualan
antara aku dan si dia. Kalau macam tu, tak berjaya lah aku nak korek siapa
mamat ni.
Ikhlas tu umpama semut hitam yang berjalan
atas batu hitam pada malam hari.
Sengaja
aku membalas begitu.
Demi jadi kawan awk, sy sanggup jd semut
hitam, batu hitam atau malam yang gelap gelita.
“Hahaha.
Pandai mamat ni beli jiwa. Confirm playboy Malaya ni!” Terus aje paha aku di
tampar kuat. Tersentak aku dibuatnya. Terus aku pandang ke arah Mak. Dah Mak
aje yang duduk sebalah aku, sah-sah lah Mak yang tampar aku.
“Ad
ni kenapa? Harry Potter tu bukannya playboy Malaya. Dia playboy Hollywood aje!”
tersengih-sengih aku dengan bicara Mak. Fuh, lega! Setidak-tidaknya Mak anggap
aku ni tengah berangankan si Harry Potter walaupun aku rasa macam tak logik
aje. Tak pun Mak buat-buat tak faham ataupun Mak tengah perli aku. Erk! Jangan
lah Mak syak yang bukan-bukan.
“Err..
Lupa pulak yang Harry potter ni bukan
orang Melayu. Hehehe.”
“Ek
eleh! Macam Mak tak nampak Ad tengah buat apa.”
“Erk!
Alamak, kantoi!!” Tersengih-sengih aku bila sedar yang Mak sebenarnya perli
aku.
“Jangan
macam-macam, Ad. Tahu dekat Umi dengan Bak, mahu kena sula kamu agaknya.” Ayat
Mak buat aku tergelak. Tapi sebenarnya gelak aku sumbang! Sebab aku tahu macam
mana keadaannya kalau Umi dengan Bak tahu. Gerun okey!!
“Ala..
kalau Mak tak bagitahu Umi dengan Bak, mesti diorang tak tahu kan? Jadi, Mak
diam-diam je lah ek? Please, Mak!” Aku kelipkan mata berulang kali. Kononnya
nak tunjuk comel, tapi akhirnya pelangkung jugak yang aku terima.
“Malas
Mak nak layan Ad.”
Marah ke? Atau dah tidur? Or tak sudi?
Aku
pandang Mak.
Mak
pandang aku.
Aku
angkat kening.
Mak
jegil mata.
Aku
tergelak!
Lina. Nama sy Lina. Mana dapat nombor sy?
Send!
Lima
minit! Sepuluh minit! Dan akhirnya sejam berlalu. Langsung tiada balasan dari
Farid. Tak nak dianggap terhegeh-hegeh, aku biarkan aje. Menyesal pun ada sebab
melayan. Terasa macam dia sengaja nak kenakan aku. Geram pulak aku rasa!
“Good
night, Mak. Ad tidur dulu.” Terus aku tarik selimut dan pejam mata. Layan mimpi
lagi best! Huhh!
~~~~~~
*******
~~~~~~
Nyaring
telefon bimbit aku berbunyi. Terpisat-pisat aku menggosok mata. Telefon yang
berada di sebelah bantal tidur aku kerling dalam keadaan mamai. Cuba mengintai
nama si pemanggil yang mengganggu tidurku.
Farid??
Terus
sahaja aku bangkit dari pembaringan. Teragak-agak aku nak terima panggilan itu
ataupun tolak. Deringan telefon bimbit aku terhenti dan aku mengeluh lega. Tapi
tak sampai seminit telefon aku kembali berbunyi nyaring.
“Hello!”
Suara lelaki kedegaran di corong telefon bimbit aku.
“Err..
Ye!”
“Lina
ye?”
“Ye,
saya. Siapa ni ek?”
“Saya
Farid. Erm.. Sebenarnya, saya nak minta maaf.” Terangkat sebelah kening aku
dengan ayat yang dia ucapkan. Nak minta maaf sebab apa? Sebab dia dah tipu aku?
Ataupun sebab dia tak balas sms aku semalam?
“Maaf
kenapa?” Terluah juga pertanyaan itu
dari bibir aku.
“Maad
sebab saya tak balas sms awak semalam. Tetidur pula. Lama sangat tunggu awak
balas sms saya.” Suka pula aku dengar dia bercakap. Suara yang sangat jantan
tapi terserlah kelembutan dalam lenggok bicaranya. Aku tak tahu sama ada memang
begitu cara dia ataupun hanya sekadar manis bicara dia terhadap aku.
“Tak
apa.” Ringkas aku membalas.
“Err..
Awak baru bangun tidur ke? Suara awak saya dengar macam Ella lagi ni.”
Termalu
alah pula aku bila tekaan dia tepat kena batang hidung aku. Perlahan-lahan aku
jauhkan telefon bimbit dari telinga sebelum berdehem membetulkan suara aku yang
ala-ala suara Ella macam yang Si Farid ni cakap.
“Dah
lama bangun.” Perlahan aku berkata. Tipu sunat!
“Hahaha.
Okey!”
“Siapa
bagi awak nombor saya?”
“Syafiq!”
Terus terbuntang biji mata aku! Apa kes pulak Si Syafiq sengal tu pergi bagi
nombbor aku dekat mamat ni?? Motif kau apa, SENGAL??? Bergema jeritan yang
berupa soalan itu dalam hati aku!
“Hello.
Lina, awak ada lagi ke?” Amboi mamat ni. Tanya macam aku ni dah kiok pulak!
Geram punya pasal, terus aku tamatkan panggilan. Si Syafiq ni memang nak kena
dengan aku! Laju tangan aku mencari nama Syafiq di dalam kenalan telen bimbit
aku. Sebaik sahaja jumpa, terus aku menekan punat menghubungi.
“Syafiq!!!”
Nyaring aku menjerit saat panggilan aku berjawab. Kalau gegendang telinga mamat
ni pecah sekali pun, aku dah tak peduli! Kalau aku ni Hulk, dah lama aku
bertukar jadi hijau. Entah-entah siap bertukar warna-warni lagi sebab marah
yang terlampau.
“Err..
Ad, kenapa ni?”
“Weh!
Boleh kau tanya aku kenapa? Yang kau pergi bagi nombor aku dekat kawan kau yang
entah apa-apa tu kenapa?? Entah-entah kau jugak yang bagi nombor aku dekat Naim
tak?” Tuduh aku. Tapi, ada logiknya juga kan tuduhan aku? Dari mana lagi Naim
dapat nombor aku kalau bukan dari Si Syafiq ni. Tak mungkin dia minta dari Umi
atau Bak!
“Fiq,
bagi sini phone kau. Biar aku cakap sendiri.” Aku terdengar satu suara dari
belah sana. Walaupun baru je dengar suara tu, tapi aku dapat cam siapa pemilik
suara tersebut. Farid!
“Tak
payah lah awak nak jerit-jerit di Syafiq ni. Dari buang air liur awak membebel
dekat dia, baik awak bebel dekat saya terus. Ada juga faedahnya.” Faedah?
Faedah kepala hang! Hah, kan dah kena setepek dengan aku walaupun hanya dalam
hati.
“Adlina,
saya dah bagitahu awak kan semalam. Saya ikhlas nak kawan dengan awak.” Aku
diam.
“Ad,
awak tak cantik kalau marah.” Terus aku tamatkan panggilan.
Fuhh!
Lemah segala urat saraf aku dengar suara dia yang ala-ala menusuk kalbu tu.
Tarik nafas dulu Ad! Aku tarik nafas dalam-dalam. Kemudian aku hempus
perlahan-lahan. Lega! Bila aku rasa yang aku dah betul-betul lega, terus ku
menaip di telefon bimbit.
I hate you, Syafiq!!!
Aku
tekan butang hantar. Tapi..erk, alamak!! Aku tersend dekat nombor Farid!!! Mati
aku! Ya Allah, malunya aku!
Believe me darling. You are so hot when you
are angry. But I love when you smilling!
Okey,
pengsan!!!
~~~~~~
*******
~~~~~~
Pejam
celik, pejam celik. Dah hampir lima tahun aku berhubungan dengan Farid. Aku
rasa, tak ada sesiapa pun yang tahu hubungan antara aku dengan dia. Tidak Umi
ataupun Bak. Tidak juga Syafiq. Tapi mungkin Mek tahu! Sebabnya, bila aku balik
kampung mesti nama Farid akan muncul. Takkan lah secara kebetulan, ye tak?
Namun, aku buat tak tahu je. Buat macam tak ada kena mengena dengan aku pun. Seingat
aku, tahun pertama perkenalan antara aku dan dia hanya berlangsung sebagai
kawan. Kawan biasa. Tiada yang istimewanya pun.
Tapi
bila masuk tahun kedua, Farid mula bagi petunjuk dekat aku. Mula mengusik aku
dengan panggilan sayang dan memperlawa aku menjadi kekasih dia. Mulanya aku
tolak, tapi dari hari ke hari aku mula berperasaan sama seperti dia. Bila
sehari dia tak hubungi aku, aku rasa jiwa aku kosong. Rasa sunyi sangat. Dan
bila sekali lagi dia melamar aku jadi kekasih dia, aku terima. Terima dengan
perasaan yang berbunga.
Kisah
cinta aku dengan dia tak ada lah menarik macam kisah cinta Romeo dan Juliet,
tidak juga seagung cinta Adam dan Hawa. Apa yang kami lalui dan hadapi bersama
sehari-hari, itulah apa yang kami rasa. Segala suka duka yang kami tempuhi
itulah asam garam sebuah percintaan. Aku harapkan percintaan kami kekal sampai
ke jinjang pelamin.
Tapi,
sebaik mana pun perancangan manusia, perancangan Allah Taala adalah sebaik-baik
perancangan. Panas yang aku sangka sampai ke petang rupa-rupanya hujan di
tengah hari. Hubungan aku dengan dia mula retak bila aku mengambil keputusan
untuk fokus pada pelajaran aku. Silap aku juga. Segala pesanan yang ingin aku
sampaikan kepada Farid, aku utuskan melalui sahabat karib aku. Dan kesilapan
dan kealpaan aku itu membuka ruang antara Farid dan sahabat aku untuk
berkenalan dengan lebih rapat.
Saat
aku menerima perkhabaran itu, jujurnya hati aku retak seribu. Pedihnya
mencengkam dada hingga terasa sukarnya untuk aku bernafas. Gelap seketika dunia
ini aku rasakan. Aku sujud pada-Nya memohon petunjuk. Aku merayu dan terus
merayu kepada yang Maha Berkuasa agar kembalikan insan yang aku sayangi. Andai
dia yang Kau kurniakan buatku hamba-Mu yang hina ini, Kau dekatkan lah aku
sedekat-dekatnya kepada dia. Andai sebaliknya, Kau jauhkan lah aku
sejauh-jauhnya dari dia. Tiga malam berturut-turut aku melakukan solat sunat
Istikharah. Dan bayangan itu mula hadir.
Mimpi
pertama, aku lihat dia berjalan menghampiri aku. Keadaan sekeliling yang pada
mulanya bingit bertukar sepi tatkala dia melangkah. Persiapan pernikahan sedang
berlangsung. Segala hantaran telah tersedia, hanya menunggu masa itu hadir. Dia
berjalan melewati aku sambil tersenyum manis ke arah aku. Sempat jarinya
mencuit lembut pipi aku. Dan aku terus sahaja tersedar.
Mimpi
kedua pula hanya sekadar mimpi pendek. Aku hanya mampu melihat dia dari jauh
tanpa berpeluang untuk menghampirinya. Pandangan aku jatuh ke jari-jemari yang
berinai merah. Aku tersenyum bahagia. Dan akhirnya sekali lagi au tersedar.
Apakah
maksud mimpi aku??
~TAMAT~
Itu je ke pengakhiran cerita ni. Tamat mcm tu je ke?
BalasPadamHuhu.. yup..
Padam