Terdapat ralat dalam alat ini

Ahad, 2 Oktober 2016

Misi Menambat Hati Dia

Assalamualaikum.. Mak aih lamanya tak update... ada lagi ke yang jengah blog ni? kalau ada yang masih sudi jengah, terima kasih saya ucapkan.. sekarang tengah busy sangat-sangat. rindu dengan suasana dulu. sama ada di fb mahupun d blog. sejak study ni, semua berkaitan novel agak terabai.. okay lah.. ni cerita baru.. tapi as usual lah.. belum tentu akan habis.. yang lama pun entah kemana nak tambah yang baru pulak saya ni. hahaha.. apa pun enjoy ye pada yang sudi.. boleh jugak follow saya di wattpad @AmelliaFarhana tak banyak pun dekat situ..





Misi Menambat Hati Dia


PROLOG

           
“Cinta?”
“Sayang, apa kena dengan awak ni?” Si dia menyoal lembut namun suaranya sudah mula bergetar menahan perasaan.
“Cinta tu tak pernah wujud dalam diri saya. Hanya dongeng semata-mata.” Penuh angkuh bicara itu dia luahkan. Langsung tidak peduli dengan hati jejaka yang sudah mula berdarah dengan sikapnya.
“What is wrong with you, sayang? Apa yang awak cakapkan ni?”
“We’re done! Itu maksud saya.” Ringkas bicaranya menghancur lumatkan sekeping hati yang ikhlas mencintai.
“Tapi kenapa tiba-tiba? Kalau saya ada buat salah, saya minta maaf. Tapi jangan buat saya macam ni, sayang. I love you. I really do. I swear!” Ego seorang lelaki di campakkan ke tepi demi gadis yang amat di sayanginya itu.
“Tiada istilah cinta dalam hidup saya. How can I love when I never believe in love?”
“Sayang…”
“Maafkan saya.”

1 ulasan:

  1. Salam rakan penulisku,Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/

    BalasPadam