CINTA ITU MILIKKU..
SELAMANYA!!
Susah betullah kalau dapat cikgu
sementara yang poyo tahap gaban ni. Sikit-sikit nak berlagak dengan keputusan
SPM dia yang memang ternyata gempak. Dah lah perasan hensem. Aqilla mengutuk.
Memang tengah berasap telinga minah sorang ni.
“Weyh,
Qilla. Cikgu panggil kau tu. “ Amira berbisik di telinga Aqilla. Aqilla buat
tak dengar. Malas nak layan cikgu poyo ni. Dia dah tahu sangat dah, kalau
panggil aje nama dia mesti ada aje bahan cikgu poyo tu untuk buat Aqilla sakit
hati. Si Aqilla ni pun tak tahu lah apa masalah dia tu.
“Nur
Aqilla Airisy!!” Bergema suara dia dalam kelas tu. Dengan muka meluat, terpaksa
lah Aqilla berdiri jugak. Dari jauh Aqilla dah nampak sengihan sinis di wajah
Cikgu Airill. Dia berjalan menghampiri nya.
Fullamak!!
Wangi giler perfume dia ni. Kenapa aku rasa jantung aku ni berlari laju secara
tiba-tiba ni? Eh, apa pulak yang aku cakap ni?? Sempat lagi Aqilla merepek.
“Awak
pekak ke?” Bulat mata Aqilla memandang Cikgu Airill. Geram!! Tiba-tiba
terlintas di fikirannya untuk mengenakan cikgu poyo ni. Aqilla tersenyum.
Alamak!!
Kenapa minah ni senyum tiba-tiba? Ni yang buat aku naik risau ni. Liur di
telan. Airill cuak tiba-tiba. Tapi dia cuba kawal air muka nya yang jelas gila
menunjukkan yang dia tengah cuak. Dia berdehem beberapa kali. Pelajar lain
dalam kelas hanya memerhatikan lagak mereka berdua.
“Saya
panggil tu, lain kali jawab. Ni tak, buat tak tahu aje.” Bebel Airill. Aqilla
menjulingkan mata tanda menyampah. Airill tambah geram dengan sikap si pelajar
ni. Baru aje dia nak melangkah semula ke depan kelas, tiba-tiba tubuh Aqilla
rebah ke badannya. Terkejut beruk dia. Muka terus pucat lesi.
“Qilla..
Qilla.. Kau kenapa, Qilla??” Amira segera menerpa kearah rakannya yang
tiba-tiba pengsan tu. Dah masak sangat dah dengan taktik si Aqilla ni. Hehehe!!
Padan muka kau, mamat poyo! Sape suruh perasan bagus lagi dengan aku? Kan dah
kena!! Hahaha. Aqilla tahan gelak.
“Aaa..
Aqilla.. Bangun, Qilla..” suara Airill terketar-ketar. Baru pertama kali dia
tengok orang pengsan sebab kena marah. Dia bukan marah pun sebenarnya, tegur
aje tu. Suasana kelas yang
hinggar-binggar tiba-tiba berubah sepi.
“Assalamualaikum.”
Suasana
di dalam bilik mesyuarat itu betul-betul sunyi sepi. Kalau ada jarum jatuh pun,
mesti boleh dengar punya. Pengetua dan ibu
bapa Aqilla memandang tajam kearah Airill. Airill hanya tersengih macam
kerang busuk aje. Amira dan Aqilla saling menjeling antara satu sama lain.
“Apa
yang awak dah buat pada anak saya sampai dia pengsan ni?” Datin Maisarah
menyoal kasar. Geram hatinya apabila melihat puteri kesayangannya, Aqilla
terlentang di dalam kelas sewaktu dia tiba tadi.
“Sarah,
bertenang boleh tak? Jangan marah tak tentu hala. Tak semestinya Cikgu Airill yang
buat anak kita pengsan. Mungkin Qilla….” Belum pun sempat Datuk Fariz menghabiskan bicara, Amira
terlebih dahulu memintas.
“Cikgu
Airill yang marah Qilla, uncle. Cikgu Airill siap kata Qilla pekak lagi. Mana
boleh macam tu!” Aqilla memandang tajam ke arah Amira. Memang cari pasal lah
dia ni. Aqilla mengomel. Dia sebenarnya tidak menyangka yang ibu bapanya akan
hadir ke sekolah untuk bertemu dengannya hari itu. Kalau tahu, taubat dia tak
akan pura-pura pengsan. Kesian Cikgu Airill.
“Abang
dengar tak tu?? Cikgu tak guna ni kata anak kita pekak!! Kita yang ibu bapa dia
ni pun tak pernah lagi nak kata macam tu dekat Aqilla.” Datin Maisarah sudah
memandang suaminya dengan wajah tidak puas hati. Pengetua, En. Jamil
menggelengkan kepalanya. Tidak menyangka guru sementara itu berani mengeluarkan
perkataan yang agak tidak sopan kepada seorang pelajar. Nur Aqilla Airisy lagi.
Anak Datuk pulak tu.
“Patut
lah anak Datin ni spoil!! Mak bapak dia tak pernah ajar rupanya.” Selamba
Airill berkata. Datin Maisarah menjegilkan wajahnya.
“Kurang
ajar!! Tak sedar diri punya cikgu!” gamat bilik mesyuarat seketika dengan
makian dari Datin Maisarah. Aqilla dengan perasaan sebal berlalu meninggalkan
bilik tersebut.Dia malas melihat mummy nya memalukan diri sendiri.
“Qilla,
tak patut tau you buat Cikgu Airill tu macam tu. Dah lah dia tu anak orang
miskin. Kalau ye pun geram, jangan lah sampai bagitahu yang dia sengaja. Tak
fikir ke macam mana keadaan keluarga dia kalau dia di kenakan tindakan?” Ammar
membebel. Sikap Aqilla yang yang nakal dan degil itu sungguh membuatkan dia
geram. Aqilla mendengus. Tidak puas hati dengar bebelan bestfriend nya itu.
“Bukan
aku yang cakap kat daddy la. Mira yang bagi makin hot tadi. Dia dah tahu aku
main-main, boleh lagi dia cakap macam tu. Ala, En. Jamil takkan ambil tindakan
punya lah.” Aqilla buat muka. Ammar menggelengkan kepala. Belum sempat Ammar
berkata lagi, Amira berlari kearah mereka.
“Qilla,
cikgu kena berhenti.”
“What??”
serentak Ammar dan Aqilla menjerit.
“Cikgu
Airill!! Dia kena buang kerja dari jadi guru sementara kat sekolah kita ni.
Mummy kau paksa En. Jamil berhentikan dia.” Aqilla segera berlari meninggalkan
Amira dan Ammar. Tujuannya hanya satu, mencari Cikgu Airill.
Tiga
hari Aqilla tidak hadir ke sekolah. Ketiadaan mummy dan daddy memberi kebebasan
untuknya memonteng. Hari ini Aqilla bercadang untuk ke pasar pagi yang terletak
agak jauh dari kawasan rumahnya.
“Ikan
kembung, ikan bawal, ikan pari, semua ada. Mai singgah!! mai singgah!! mai singgah!!”
terdengar suara seorang peniaga mempromosikan jualannya. Eh, macam pernah
dengar lah pulak suara tu. Aqilla memanjangkan lehernya mencari pemilik suara
itu.
“Tu
bukan Cikgu Airill ke?”
Langkah
di atur kearah gerai yang menjual beraneka jenis ikan itu. Ingin mencari
jawapan kepada persoalan yang ada di benaknya. Aqilla tersenyum melihat bekas
gurunya itu sibuk melayan pelanggan yang hendak membeli ikan. Nak tunggu ke tak
ni? Kalau tunggu, boleh jumpa. Tak tunggu, rindu. Eh, merepek lagi. Sejak bila
entah aku ni nak rindu-rindu dia ni. Otak, kau dak makin mereng ni. Aqilla
menggelengkan kepala.
“Ponteng?”
“Hah??”
Aqilla tersentak.
“Kenapa
tak pergi sekolah?” Airill memandang Aqilla. Aqilla memandang wajah bekas gurunya itu.
“Err..
Tak sihat!” Tergagap-gagap Aqilla menjawab.
“Tak
sihat? Pasar boleh pulak datang?”
“Suka
hati orang la. Yang awak sibuk ni kenapa?”
“Hurm..
Sihat?” eh,kenapa tiba-tiba aje aku tanya dia sihat tak ni?? Bukan tadi dia
kata tak sihat ke?? Aduih!! Mulut ni kenapa lancang sangat ni?? Airill memarahi
dirinya sendiri.
Aqilla
terkebil-kebil memandang Cikgu Airill. Tidak menyangka yang bekas guru
sementaranya itu akan menyoal begitu. Betul ke ni Cikgu Airill?? Kenapa lain
sangat ni?? Kat sekolah punyalah layan aku macam apa, alih-alih jumpa kat pasar
tetiba aje baik!! Pelik ni!! Aqilla merepek tak sudah-sudah.
“Sihat.
Awak?” aku cakap aku sihat??Alamak!! ah, biar je lah!!
“Alhamdulillah.”
Hanya itu yang mampu Airill jawab.
“Saya
nak mintak maaf.” Aqilla memulakan bicara. Sanggup dia datang balik masa pasar
dah nak tutup semata-mata untuk jumpa CIkgu Airill nya. Eh, bila masa pulak
Cikgu AIrill ni jadi Cikgu Airill nya ni?? Ah, Pedulikan!!
“Motif??”
Airill bertanya. Aqilla menarik nafas seketika.
“Awak
kena pecat dengan En. Jamil hari tu. Sebab saya awak kena kerja kat pasar ni.”
“Dah
rezeki saya sampai situ aje dekat sekolah tu. Tapi bagus jugak. Tak ada lah
jumpa lagi student perangai macam hantu.” Padan muka!! Kan dah kena sedas
dengan aku. Airill tahan gelak. Mencuka wajah Aqilla apabila terasa dia
disindir.
“What??
Awak kata perangai saya macam hantu? You..”
“Ye,
sayang. Saya kata perangai awak macam hantu. Tak payah la nak you segala. Kan
sedap kalau panggil saya abang aje.” Belum sempat Aqilla menghabiskan ayatnya,
Airill menyampuk. Aqilla terkedu dengan panggilan sayang yang keluar dari bibir
Airill. Berbunga hatinya apabila di panggil dengan gelaran yang cukup romantik
itu.
“Err.. Awak kan cikgu saya.
Kenapa pulak nak berabang-abang bagai??” Soal Aqilla kalut.
“Bekas
cikgu, sayang. Nak duduk sini sampai pukul berapa ni? Nak dekat zohor dah ni.”
Airill bertanya sambil melihat jam di tangannya. Aqilla memandang perlakuan
Airill yang kelihatan macho pada pandangannya.
Eh, Qilla!! Sejak bila pulak cikgu poyo ni
nampak macho? Poyo dengan macho tu lain ek? Lainlah!! Kau dah tergoda dengan
dia ni, Qilla. Baik kau hati-hati. Ala, jatuh hati berjuta kali pun aku sanggup
kalau dengan dia. Eh, kau merepek apa ni?? Aqilla berperang hebat dengan
dirinya sendiri. Tanpa sedar, dia menggelengkan kepalanya berulang kali.
Airill memandang Aqilla yang
begitu comel ketika mengelamun. Alahai!! Comelnya sayang abang ni. Erk!!
Alamak, terlebih lah pulak!! Hehe.. Airill ketawa perlahan. Tawa Airill
menyedarkan Aqilla dari terus mengelamun. Sungguh mempersonakan!!
“Assalamualaikum,
sayang.”senyuman di bibir Airill mekar.
“Waalaikummussalam.
Awak ni dah kenapa?”
“Kenapa
dengan abang, sayang?” Aqilla memandang Airill dengan pandangan geram, namun
dalam hatinya, berbunga cinta. Hai lah Cikgu Airill ni. Suka sangat panggil aku
sayang. Kan aku dah tergoda ni. Tapi dia tak pernah pun luahkan perasaan dia
kat aku. Aku ni dah lah suka perasan.
“Yang
awak dok panggil saya sayang ni kenapa? Nama saya Aqilla tahu. Nur Aqilla
Airisy!!” Aqilla memberitahu. Airill hanya senyum hingga ke telinga. Suka
melihat kemarahan Aqilla. Baginya, makin Aqilla marah, makin comel dan menarik
wajahnya.
“Sebab
abang suka…”
“Huh!!
Suka aje??” Airill ketawa. Walaupun Aqilla lebih kepada berbicara seorang diri,
namun dia mendengar omelan Aqilla itu. Aqilla berjalan untuk keseberang jalan.
Tanpa dia duga, sebuah kereta tiba-tiba sahaja muncul dan….
“Qilla!!!”
Aqilla
tergamam seketika sebelum merasakan hentaman yang agak kuat. Aqilla
terpelanting tidak jauh dari tempat dia di langgar. Darah mula mengalir turun
dari kepalanya. Pandangan nya kabur dan terasa sesak sekali dadanya. Aqilla
cuba untuk bersuara namun hanya darah yang membuak-buak keluar tanpa henti dari
mulutnya.
“Ya
Allah!! Aqilla.. Sayang, bangun sayang.
Ya Allah, selamatkan la dia. Qilla, sabar sayang. Tolong!! Tolong
telefon ambulans…”
Sudah 3
minggu Aqilla terlantar di katil hospital. Datin Maisarah sudah puas menangisi
nasib anaknya itu. Aqilla koma akibat hentakan yang kuat di kepalanya ketika
terhempas di atas jalan setelah di langgar.
“Aunty..”
“Airill..
Maaf lah, aunty tak perasan. Dah lama sampai?”
Airill
tersenyum nipis. Sudah hampir sepuluh minit dia di situ. Wajah Aqilla di perhatikan.
Perasaan sayang di hatinya begitu membuak-buak buat gadis itu. Terlalu rindu
hatinya untuk melihat senyuman kembali menghiasi bibir comel itu.
“Aunty
balik lah dulu. Biar Airill yang jaga Qilla pulak. Lagi pun, semalam kan Airill
tak dapat temankan Qilla dekat sini. Aunty balik rehat dulu ye.” Airill
menyuruh Datin Maisarah. Datin Maisarah menganggukkan kepalanya dan mencium
dahi Aqilla sebelum meminta diri untuk pulang.
“Assalamualaikum,
sayang. Sayang abang macam mana hari ni? Sihat tak? Maafkan abang, semalam tak
temankan sayang. Abang ada kerja sikit.” Airill ‘berbicara’ dengan Aqilla.
Itulah yang selalu di lakukannya apabila
Aqilla berkeadaan kaku. Doktor yang merawat Aqilla ada mengatakan bahawa
pesakit yang koma dapat mendengar segala percakapan orang di sekelilingnya. Cuma mereka gagal memberi reaksi positif.
“Abang mintak maaf sebab abaikan
sayang. Abang tak patut biar sayang jalan sendiri waktu tu. Abang tak sangka
yang akan ada sesuatu yang buruk berlaku pada sayang. Abang rasa bersalah
sangat. Masa abang tengok kereta tu tiba-tiba muncul, abang terkejut. Tak mampu
nak buat apa-apa. Abang tak berguna kan sayang?? Abang tak dapat lindungi
sayang.”
“Saat sayang terbaring kaku di
pangkuan abang, abang rasakan yang abang dah hilang separuh dari nyawa abang. Sayang,
please wake up. I miss you so much!!” Airill mencapai tangan Aqilla yang kaku
lalu di kucupnya syahdu.
“Abang selalu sakitkan hati Qilla. Dekat sekolah
dulu, abang langsung tak ada niat nak buli sayang. Abang cuma nak buat sesuatu
yang mampu menarik minat sayang. Tapi Qilla tak pernah sedar. Aa… abang.. abang
cintakan Qilla. I love you. I really love you..” jemari Aqilla yang berada
dalam genggamannya di cium sepuasnya.
“Aa.. Airill..” Airill pangku
kepala. Dia seakan-akan mendengar suara yang amat dirinduinya. Airill memandang
wajah Aqilla. Terlihat bibir gadis itu bergerak. Airill kelu..
“Airill.. air.. nak air..” Airill
tersedar dari rasa kaget. Dia tergesa-gesa mengambil air dan menuangkannya ke
dalam cawan.
“Qilla, abang suapkan air.”
Kepala Aqilla diangkatnya sedikit. Dia menyuakan air ke bibir kering milik
Aqilla.
“Tunggu kejap sayang. Abang
panggil doktor.” Tergesa-gesa dia berlari keluar dari wad yang menempatkan
Aqilla dan terus menuju ke ruangan Doktor Sakinah.
“Keadaan Cik Aqilla dah semakin
sembuh. Dalam masa dua atau tiga hari lagi, Cik Aqilla dah boleh balik rumah.
Cuma, buat masa ni kami akan pantau dulu kesihatan Cik Aqilla. Mana lah tahu
akan ada kesan sampingan gara-gara terhentak kuat dulu. Buat masa ni, Alhamdulillah,
Cik Aqilla baik-baik aje.”
Tidak tergambar rasanya
kegembiraan dan syukur pada Allah dengan berita yang disampaikan oleh Doktor
Sakinah itu. Datin Maisarah dan Datuk Fariz melangkah kearah Aqilla yang sedang
lena. Bergilir mereka mencium dahi puteri kesayangan mereka. Airill hanya
memandang dari sofa yang terletak di hujung wad V.I.P itu. Teramat gembira dia
mendengarkan berita bahawa gadis kesayangannya itu dalam keadaan sihat.
“Airill, aunty nak ucapkan terima
kasih banyak-banyak. Airill dah banyak berkorban masa dan tenaga semasa Qilla
tak sihat ni. Aunty terhutang budi sangat dengan Airill. Kalau Airill tak ada
masa kemalangan tu berlaku, aunty tak tahu lah apa nasib Qilla. She’s my only
lovely princess. Thanks so much, Airill.” Sebak Datin Maisarah bersuara. Airill
turut menahan sebak.
“It’s okey, aunty. Jika Qilla
merupakan satu-satunya anak aunty dan uncle, dan pada Airill, dia adalah
satu-satunya kekasih, bakal isteri,dan bakal ibu hanya pada anak-anak Airill.
Airill harap aunty dan uncle sudi terima pinangan Airill. Airill betul-betul
ikhlas untuk menjadikan Qilla suri dalam hidup Airill.” Panjang lebar Airill
berkata. Dia enggan lagi kehilangan Aqilla. Cukup hanya sekali dia merasai
pengalaman kehilangan Aqilla.
“Airill… Terima kasih kerana sudi
menjadikan Qilla satu-satunya insan istimewa di hati Airill.” Aqilla berkata
perlahan namun cukup untuk di dengari oleh Datin Maisarah, Datuk Fariz dan
Airill. Air matanya mengalir laju membasahi pipi. Cukup terharu dengan kasih
sayang yang di curahkan buat dirinya.
“Jangan menangis, sayang. Air
mata Qilla terlalu berharga buat abang. Please, stop crying sayang. It will
hurt me!!” Airill duduk di sisi Aqilla. Tangannya mengelap lembut air mata yang
sedari tadi mengalir. Datin Maisarah dan Datuk Fariz terharu dengan layanan
Airill kepada anak mereka.
“Will you marry me, aa.. abang??
Will you love me till the end of my life?? Will you be by my side anytime,
anywhere?? Will you, abang??”
Airill terkaku. Sungguh indah
terdengar di telinganya panggilan mesra dari bibir Aqilla. Airill tersenyum
lalu mengangguk perlahan.
“I will, sayang.. I always
will..”
Comel...
BalasPadamhehe.. thanks!!
BalasPadamsweet..minat giler ngn citer nie.
BalasPadamCeritanya bagus yah. Keep it up
BalasPadamCeritanya bagus yah. Keep it up
BalasPadamBest..daebaak👍👍👍👍
BalasPadamAwesome
BalasPadamBest mmg trbaik��
BalasPadamBanyk nye iktilat dia
BalasPadamBila nk buat blog lagi. Tak sabar nk tunggu. Apapun terbaik 😘
BalasPadamSo sweet giler . Semangat lgi utk menulis cerpen yg akan dtang
BalasPadam