mula-mula sekali, saya nak minta maaf sesangat sebab lama nak update..
makin dekat dengan spm ni, jadi malas pulak! hehe..
study malas, type cerpen pun malas.. semua malas..
tapi sebab Kelantan dapat gi final, saya siapkan part 3 untuk menjadi santapan.. huhuhu..
merepek dah tu!!
okey lah, ayat biasa yang saya pakai, kalau ada salah silap or terkejut dengan part ni, bagitahu yer.. hehehe.. kali ni saya bagi panjang sikit lah.. pengubat rindu.. sebab tak tahu lagi bilalah boleh dapat update cite ni. Jemput baca yer!!
HADIRNYA CINTA TANPA UNDANGAN (part 3)
Pandangan Faheem
tertumpah pada wajah Amalina. Sungguh wajah itu terlalu cantik pada pandangannya
walau pun saat itu wajah Amalina jelas kelihatan pucat. Memang lah lawa, sebab
kau dah jatuh cinta dekat dia, Ayeem!! Haih!! Dia memang lawa lah. Cuba tengok
bibir dia yang semulajadi warna pink tu, buat aku rasa nak gigit aje!! Hidung
pulak cantik-cantik je. Nak kata mancung, tak jugak!! Hahaha!! Tapi paling aku
suka part mata lah!! Mata bulat besar. Fuhh!! Kalau dia jeling sekali, mahu
tembus jantung ni tau. Hatinya berbicara.
“Bos!! Nak apa
datang jumpa saya ni? Sampai ke dalam rumah saya bos jejak! Kacau orang nak
rehat aje!” Amalina mendengus. Marah
dengan Faheem yang selamba badak aje muncul dalam rumah dia. DALAM tau!!! Bukan
luar!! Mahu dia tak terkejut. Dah lah dia masih malu lagi pasal luahan kata-kata
luar alam dari Faheem semalam.
“Hah?? Err.. Awak
kan demam. Kawan awak kata, awak belum gi klinik lagi kan masa saya call tadi?
Ni saya datang nak bawak awak pergi klinik lah!” Faaheem berkata. Sedikit
tersentak sebenarnya. Habis berterabur semua khayalan nakalnya.
“Saya tak apa-apa
lah! Saya okey aje ni.”
“Muka pucat tak
berdarah macam ni awak kata okey? Awak nak tunggu nazak dulu ke baru nak pergi
klinik?”
“Bos tak payah
risau kan saya lah. Saya tahu jaga diri sendiri. Yang bos ni, dah pergi klinik
belum?” Amalina menyoal. Dia berasa bersalah sebenarnya. Kalau bukan sebab dia
meminta tolong Faheem semalam, pasti lelaki itu tidak akan kemalangan dan
luka-luka.
“Hehe.. Nak pergi
lah ni.” Faheem menyengeh. Dengan lafaz bismillah, kereta Honda Accord berwarna
emas di pandu membelah jalan raya. Amalina mendengus sebelum kembali bersuara.
“Mengata dulang paku
serpih, mengata orang dia pun kurang lebih aje. Huh!!”
“Saya ni lelaki,
cedera sikit tak jadi kudis mana pun. Awak tu yang saya risaukan. Saya tak nak
awak sakit tau. Susah hati saya.” Faheem berkata. Amalina terdiam. Enggan
bersuara lagi apabila Faheem dilihatnya ada tanda-tanda untuk berbicara tentang
hal-hal yang cukup elergik buat dirinya.
“Aik, diam dah?
Tadi punya la banyak mulut. ” Faheem mengusik. Amalina malas melayan lelaki itu.
Makin di layan, makin tebal lah perasaan malunya nanti. Dan makin teruk jugak
lah demam dia. Mata di pejam untuk mengurangkan denyutan yang tiba-tiba datang.
Faheem yang melihat
Amalina memejamkan mata membuat keputusan untuk menutup mulutnya. Namun, tangan
Amalina yang mula mendarat di dahi membuatkan dia risau.
“Lina, awak sakit
kepala ke?”
“Bos, diam boleh
tak? Bawak je lah kereta tu. Mata tu pandang depan, jangan pandang saya. Tak
pasal-pasal pulak dari demam terus jadi arwah!!” berbisa kata-kata Amalina itu.
Faheem cuma menyeringai sebelum kembali fokus pada pemanduan.
Tak puas rasanya
memandang wajah gadis itu. Kalau boleh, setiap masa dia nak menatap wajah
Amalina. Wajah yang sentiasa bermain di fikirannya. Pemilik wajah yang
bertakhta di hatinya. Dan wajah itu juga lah yang menemani malamnya juga yang
hadir ke dalam mimpi-mimpinya.
“Bos, terima kasih
lah sebab dah banyak tolong saya. Sudi tolong saya masa kereta saya mati
semalam. Sampaikan bos accident semata-mata nak cepat sampai kat tempat saya
semalam. Lepas tu hari ni, bawak saya pergi klinik lagi. Walaupun masuk rumah
anak dara dengan muka tak tahu malu.” Amalina berkata sambil sempat menyindir.
Pedas!!
“Lina, hal kecik
aje lah! Macam yang saya katakan semalam, saya tak nak terjadi apa-apa pada
awak. Hurm..” Faheem tersenyum nipis.
Amalina membalas
senyuman Faheem dengan senyuman yang dibuat-buat. Erk! Bos ni, aku tak suka lah
dia cakap macam tu. Buat aku rasa macam jantung aku nak keluar aje. Bukan nak
keluar sebab suka, tapi sebab tak tahan dengan ayat jiwang Faheem. Dia dah lah
alah sikit bab jiwang-jiwang ni. Mahunya anak tekak tak terkeluar.
“Err.. Terima
kasih!” Hanya itu yang mampu Amalina katakan. Nak kata lebih-lebih, lidah dah
kelu. Otak pun tak nak bagi idea nak cakap apa. Akhirnya, Amalina hanya fokus
pada nasi goreng daging merah yang di pesannya tadi.
“Lina, saya tahu
apa yang saya nak cakapkan ni akan buat awak rasa tak selesa. Tapi saya kena
cakap jugak!” Faheem meletakkan sudu dan garfu yang dipegangnya. Wajah Amalina
di pandang dengan riak wajah yang serius.
“Aa..apa bos?”
“Saya suka awak!”
Amalina tersedak.
Laju Faheem menghulurkan teh o’ ais limau kepada Amalina. Terbatuk-batuk
Amalina jadinya. Merah wajahnya seketika gara-gara aturan nafasnya menjadi
semput. Faheem pula sudah cuak. Amalina memejamkan mata bagi melegakan
kepedihan di hidungnya akibat tersedak.
“Awak okey dah,
Lina?”
“Ehemm.. Hah!!
Erm.. Okey! Okey!” Amalina bersuara tersekat-sekat.
“Sorry. Saya tak
sangka pulak awak akan tersedak sampai macam tu. Saya betul-betul mintak maaf.”
Menggunung rasa bersalahnya terhadap gadis itu. Amalina hanya mengangguk sambil
menundukkan wajah. Malu!
“Lina, saya serius!
Saya betul-betul sukakan awak.”
“Bos, saya.. err..”
Hilang ayat di buatnya. Amalina akhirnya diam. Tak berani untuk mengangkat
wajah apalagi bertentang mata dengan Faheem. Cukup lah hatinya berdebar kencang
seperti baru lepas kena kejar dek anjing gila. Hish!! Hiperbola sungguh!
“Hurm.. Makan lah.
Saya hantar awak balik kejap lagi.” Hampa nada Faheem. Sungguh dia hampa.
Terlalu sakit rasa hatinya. Pedih. Umpama kulit di siat dan luka itu diperahkan
dengan asam limau. Sedaya upaya dia tersenyum bagi menutup kedukaan hatinya.
Kereta
diberhentikan di hadapan rumah teres dua tingkat itu. Amalina memandang
seketika raut wajah Faheem. Kesayuan
yang tergambar di mata Faheem membuatkan Amalina tidak enak. Dia sendiri
sebenarnya tidak tahu reaksi yang bagaimana harus ditunjukkan apabila
berhadapan dengan situasi seperti itu.
“En. Faheem, terima
kasih.” Amalina memerhati wajah mendung Faheem. Menanti bicara yang akan lelaki
itu suarakan. Namun, hampa. Hanya anggukan lemah yang Faheem berikan. Amalina
serba salah.
“Terima kasih sebab
suka saya. Saya hargai perasaan bos pada saya. Tapi saya tak mampu membalasnya
dengan rasa yang sama. Bos merupakan salah seorang lelaki yang sangat saya
kagumi walaupun ada ketika saya tak suka dengan sikap bos yang suka merenung
saya. Bos terlalu sempurna pada mata saya. Dan saya pulak terlalu banyak
kelemahan sehingga tak mampu dihitung betapa banyaknya. Pangkat dan darjat bos
juga membuatkan saya berfikir banyak kali untuk menerima bos biarpun saya
mencintai bos. Inikan pula saya memang tak ada perasaan yang sama dengan bos.”
Panjang lebar Amalina berkata. Wajah Faheem berubah merah. Marah ataupun malu,
Amalina gagal meneka.
“Stop it, Lina.
Awak menghina saya dengan membezakan pangkat, darjat dan kedudukan. Saya memang
sukakan awak, tapi tak perlulah awak menghina saya sampai macam tu sekali. Awak
seolah-olah menganggap, sayang saya pada awak terlalu murah dengan cara awak
membandingkan semua tu. Jangan menilai
rasa kasih dan sayang saya dengan pangkat dan darjat yang saya miliki. Kerana
sayangkan awak, saya sanggup kehilangan pangkat dan darjat. Kerana tak
terhitung nilainya sayang saya pada awak, saya sanggup hilang segala harta yang
saya ada. Kalau awak tolak saya kerana awak tak suka saya, saya tak akan
langsung rasa terhina waima sekuku pun. Tapi, awak tolak saya kerana perbezaan
yang awak cakap tadi. Kalau kasih sayang saya awak pertikaikan kerana darjat
yang saya miliki, awak dah buat saya rasa lebih hina dari anjing kurap! Terima
kasih, Lina. Get well soon. Bye!” Sayu suara Faheem. Amalina pula seperti cicak
tertelan kapur. Terkedu dengan apa yang diperkatakan Faheem. Sungguh! Dia
langsung tidak berniat untuk menghina jejaka itu. Tetapi mungkin kata-kata yang
diucapkannya, mencarik dan merobek hati lelaki itu.
“Saya tak ber..”
Belum sempat Amalina menghabiskan kata-kata, Faheem terlebih dahulu mencelah.
“Please! I wanna be
alone!” Faheem berkata tanpa memandang ke arah Amalina. Amalina terasa seperti
di halau. Laju tangannya membuka pintu kereta dan keluar. Sebaik sahaja dia
menutup pintu kereta itu, berdesup laju kereta itu menghilangkan diri. Amalina
telan liur. Kesat!
Farzliana memandang
wajah adik lelakinya yang mendung. Mendungnya mengalahkan mendung nak hujan
ribut. Sedari tadi lagi dia memerhati wajah adik nya itu. Apa kena pulak dengan
Ayeem ni? Pagi tadi keluar pergi office, muka ceria aje walaupun ada kesan
calar balar dekat muka. Bila di tanya macam mana muka boleh calar, senyuman aje
yang di ‘sedekahkan’ kepadanya.
“Kak Na, kenapa
dengan abang Ayeem?” Farina bertanya. Nada suaranya perlahan. Risau jika
soalannya akan didengari oleh Faheem. Farzliana mengangkat bahu tanda tidak
tahu.
“Kak Na tak tanya
ke?”
“Tak. Adik tak
tanya?” Farzliana memandang wajah adik bongsunya. Pelik apabila adiknya yang
terkenal dengan sikap kepohchi itu menyoal sesuatu kepadanya sedangkan Farina
biasanya menjadi orang pertama yang membongkar sesuatu perkara.
“Apa lah Kak Na ni!
Orang tanya sebab tak tahu lah. Kalau dah tahu, tak ada maknanya adik tanya Kak
Na.” Terjuih-juih bibir Farina. Farzliana tersengih. Dia kemudiannya
meninggalkan Farina dan berjalan ke arah Faheem.
“Ayeem, kenapa
balik kerja awal hari ni? Biasanya, pukul 10 malam baru reti balik. What’s up?
Tak nak share dengan Kak Na ke?” Hubungan mereka adik-beradik cukup rapat. Mama
dan papa mereka mahukan anak-anak mereka sentiasa saling tolong-menolong dan
rapat.
“Tak ada apa lah.
Nape tak pergi kerja hari ni?” Faheem menyoal kakaknya. Farzliana tidak
mengendahkan soalan adiknya itu. Dengan selamba dia menolak kaki adiknya yang
bersilang di atas meja. Dia mengambil tempat di hadapan Faheem.
“Let me guess! Perempuan?”
“Apa ni? Sibuk aje
lah!” Faheem sedikit membentak. Namun nada suaranya masih lagi terkawal. Tak
heran pun Farzliana. Lagi dia suka teka ada lah. Untung sabut timbul, untung
batu tenggelam. Kalau betul apa yang dia teka, Faheem pasti akan marah-marah
dan membentak. Cukup mudah untuk di
fahami.
“Ayeem kene reject
ek?” Sedikit kuat suara Farzliana. Farina yang berada di sofa yang terletak di
ruang tamu segera berlari. Menghampiri kakak dan abangnya. Dengan muka
terkejut, dia menjerit sedikit.
“What?? Abang Ayeem
kena reject? Siapa reject MHB ni?” Faheem menjeling. Menatang apa pulak MHB tu?
Adoi!! Adik dengan kakak aku ni tak senang betul la tengok orang nak rehat
kejap! Sempat Faheem mengeluh.
“MHB? Apa tu, dik?
Kak Na tak pernah dengar pun.”
“Kak Na, MHB stand
for Malaya Hot Bachelor la. Tu pun tak tahu ke? Hish!! Mama pun tahu tahu short
form untuk Malaya Hot Bachelor tau!” Sengih aje Farzliana dengan budak tak
cukup umur ni. Faheem pula hanya menggeleng-gelengkan kepala. Melayan sengal
kakak dan adiknya, boleh jadi gila dia. Kalau tambah mama sorang lagi,
mahu Jalan TAR tak laku!
“Kak Na, adik, please
stop it. Ayeem tak tahan la dengar korang merepek. Macam duduk dekat Tanjung
Rambutan! Agak-agak la nak kutuk Ayeem. Dari panggil Ayeem MHB la,Malaya Hot
Bachelor la, baik panggil WMWG! ” Faheem
berloyar buruk. Farzliana dan Farina saling memandang. Tetanya-tanya
apakah WMWG yang di maksudkan Faheem.
“Apa tu WMWG, abang
Ayeem?” Farina menyoal. Dan dengan selamba Faheem menjawab.
“World Most Wanted
Guy! Haha.” Apalagi, ketawa sakan lah ketiga-tiga mereka. Farina yang tadinya
berdiri sampai terduduk-duduk di lantai gara-gara menahan tawa. Hilang seketika
rasa gundah di jiwa Faheem. Benarlah kata orang, ketawa itu merupakan ubat bagi
semua penyakit selepas doa.
Amalina berbaring
dalam keadaan mengiring ke kanan. Terngiang-ngiang di telinganya kata-kata yang
Faheem luahkan selepas menghantarnya pulang. ‘Kerana sayangkan awak, saya
sanggup kehilangan pangkat dan darjat. Kerana tak terhitung nilainya sayang
saya pada awak, saya sanggup hilang segala harta yang saya ada.’
“Arghh!!” Amalina
menjerit nyaring. Tak kisah dah apa jiran-jiran akan bercakap tentangnya yang
meroyan di siang hari.
“Hurmm.. Kenapa dia
suka aku? Kelebihan apa yang aku ada yang membuatkan dia tertarik pada aku?
Adoi!! Dia ni suka lah menyusahkan aku.” Amalina berbicara sendiri. Dia duduk
bersila di atas katil sambil menekan-nekan skrin telefon Samsung Galaxy Y nya.
Nombor Sabrina di tekannya.
“Ina, kenapa? Bilik
sebelah-sebelah pun kau nak call ke? Tahu lah kredit banyak!”
“Rin, kau datang
bilik aku boleh?” Amalina bertanya. Terdengar Sabrina mengeluh sebelum
bersetuju. Tidak sampai lima minit, wajah Sabrina tersembul di hadapannya.
“Kenapa lambat?
Macam duduk sepuluh batu jauh pulak. Padahal bilik sebelah aje.” Amalina membebel.
Sabrina menjeling.
“Eleh!! Kata aku,
kau pun sama. Kenapa tak kau aje yang berjalan masuk bilik aku? Macamlah aku ni
duduk Kuantan kau duduk KL. Macamlah aku dekat rumah ummi kau, kau dekat rumah
boyfriend kau. Sape dah nama dia? Faheem kan?” Sabrina berceloteh. Kalau
bab-bab meloyar buruk, serah aje dekat Sabrina. Hujah lawyer pun kalah bila
lawan dengan hujah loyar buruk Sabrina. Loyar jugak tu! Cuma bukan lawyer tapi
loyar. Selamat tak loya.
“Rumah ummi jugak
kau nak pergi kan? Mentang-mentanglah abang Emran ada dekat sana, tak menyempat
kau kan?” Amalina membidas. Dan seperti kerang busuk jugalah Sabrina menayang
sengih.
“Eleh!! Jealous lah
tu! Eh, tadi abang kau ada call kau tak?” Sabrina bertanya. Amalina memandang
wajah Sabrina dengan riak wajah yang berkerut.
“Tak ada pun.
Kenapa?”
“Abang Em kata,
ummi dengan abi dah jumpa jodoh yang sesuai untuk kau. Macam-macam ummi...”
“Arghh!!” belum pun
Sabrina sempat meneruskan kata-kata, Amalina terlebih dahulu menjerit.
Terlompat Sabrina dibuatnya. Huh!! Minah ni dah boleh ganti tarzan dekat hutan
dah ni! Sabrina mengomel dengan mata yang terbeliak.
“Weyh!! Weyh!! Apa
ni?? Senyap lah!” Sabrina menekup mulut Amalina. Meronta Amalina minta
dilepaskan.
“Emm.. emm..Emmm.”
Amalina mengeluarkan bunyi apabila dia gagal melepaskan diri. Sabrina
menjegilkan mata tanda tidak faham. Amalina menarik tangan Sabrina dari
bibirnya. Sabrina tersengeh apabila sedar akan keterlanjurannya.
“Huh!! Selamat tak
mati aku!”
“Tu lah, sape suruh
jerit kuat-kuat. Mengalahkan tarzan!” Sabrina membebel. Amalina mencubit
sedikit lengan sahabatnya itu.
“Adoi!! Apa?”
“Kau cakap apa tadi?
Abang Em kata ummi dengan abi jumpa apa?” Amalina menyoal. Bukan dia tak
dengar, tapi cuba untuk mengesahkan semula.
“Hishh!! Apalah kau
ni. Lain kali orang bercakap, dengar dulu. Jangan nak menjerit, memekik macam
orang hilang akal. Abang kau kata, ummi dengan abi jumpa calon suami untuk kau.
Ummi duk puji melangit kawan tu. Abang kau tanya aku, kau ni dah ada someone
special atau tak. Aku jawablah kau dah ada boyfriend. Handsome lagi! Abang kau
pun cakap nanti lah dia call kau.” Panjang Sabrina menjawab.
Amalina menekup mukanya dengan tangan. Kepala
di gelengkan berulang kali. Lepas satu, satu lagi masalah datang. Dah lah
masalah dia dengan si Faheem ni tak selesai lagi. Keluhan di lepaskan. Sabrina
memandang dengan riak kehairanan.
“Aku nak mintak
pendapat kau!! Kau kena tolong aku!”
Nyaring iPhone 5C
milik Faheem berdering. Dengan perasaan malas, Faheem mengambil telefon pintar
itu. Tanpa melihat nama pemanggil, Faheem menjawab.
“Hello.” Faheem
bersuara.
“Assalamualaikum.
Hai, sejak bila pulak anak mama ni dah tak reti bagi salam?” Datuk Dri Fariha
memerli. Faheem pulak menggigit bibir sambil menepuk dahi.
“Sorry, mama.
Assalamualaikum.” Salam dihulur. Sekali lagi dia menepuk dahi.
“Waalaikummussalam.
Hish!! Anak mama ni kenapa? Angkat phone tak bagi salam. Mama bagi salam tak
jawab, lepas tu boleh pulak bagi salam lepas tak jawab salam. Ada masalah apa
ni? Kalah rebut tender ke?” Mengeluh Faheem mendengar rungutan mamanya.
“Ma, Ayeem okey
lah! Kenapa,ma?” Faheem menyoal lemah. Datuk Sri Fariha pelik dengan anak
terunanya yang satu itu. Lemah benar nada suaranya Macam ada masalah besar.
There’s something fishy here!!
“Hurm. Mama ingat
nak jodohkan Ayeem dengan anak kawan mama. Nama dia Ina.” Straight to the point
sungguh! Tak ada simpang siur, terus aje Datuk Sri Fariha berkata.
“Ma, Ayeem tak
ready lagi la. Please, ma.”
“No way! Ayeem dah
28 tahun tau tak. Dah sesuai sangat dah
untuk kahwin. Mama ingat nak sekalikan majlis kahwin kamu dengan Kak Na kamu.
Jimat masa, tenaga dan duit. And, mama hanya akan cancel majlis kamu dengan Ina
kalau kamu dah ada calon sendiri yang mama and papa boleh terima. Ina tu gadis
yang paling sesuai dengan Ayeem. Mama nak Ayeem buat keputusan sebelum hujung
bulan ni. Whatever it is, tarikh nikah tetap sama dengan Kak Na.” Tidak mampu
di goyah lagi keputusan Datuk Sri Fariha. Faheem terdiam sejenak.
“Ma, Ayeem dah ada
pilihan sendiri!”Meluncur laju kata-kata itu dari mulutnya.
“Siapa? Mama kenal
ke?”
“Amalina! Amalina
binti Emzani. Project Manager dekat office Ayeem. Twenty six years old. Asal Kuantan, Pahang!”
tanpa diminta, Faheem memberikan informasi mengenai Amalina kepada mamanya.
Belum sempat Datuk Sri Fariha mencelah, Faheem meneruskan kata-kata.
“Ayeem hanya akan
kahwin dengan dia! Dan keputusan Ayeem muktamad! Got to go, ma.
Assalamualaikum.” Tak langsung memberi peluang kepada mamanya untuk mengulas
dengan lebih lanjut mengenai calon pilihannya. Yang terlintas di fikirannya
saat itu, bagaimanakah caranya mahu membuatkan gadis itu jatuh cinta kepada
dirinya.
Sabrina
mencerlungkan mata kepada Amalina. Kalau mata dia boleh tersembul, waktu tu
juga lah dah tersembul biji mata dia. Terkejut
punya pasal. Ni semua Amalina punya pasal. Selamat dia tak ada sakit
jantung. Kalau tak, saat tu juga lah dia jalan. Tak sempat mengucap dah!
“Gila teruk lah kau
ni!!” Ayat pertama yang keluar dari mulutnya setelah Amalina menceritakan
segala-galanya kepadanya.
“Weh, kau jangan
lah cakap macam tu. Apa yang aku cakapkan tu bukan bermaksud aku mennghina
kasih sayang dia terhadap aku. Aku cuma cakap apa yang aku rasa aje.” Amalina
cuba mempertahankan diri sendiri.
“Ya Allah!! Ina,
kalau aku jadi si Faheem tu, aku pun akan rasa macam tu tau. Kau ni senang
sangat perlekehkan perasaan orang terhadap kau. Harta, pangkat, darjat semua tu
yang kau bangkitkan? Kau cakap sebab dia kaya lah, apa lah, punca kau tolak dia
kan? Dah tu, kau tu bukan anak orang kaya ke? Ummi dengan Abi tu ada pangkat
datuk datin tau. Kalau sebab harta, pangkat, darjat yang kau katakan tu, aku ni
pun langsung tak layak untuk abang kau. Mak ayah dah tak ada, anak orang
miskin. Sebidang tanah pun arwah mak dengan ayah aku tak mampu tinggalkan kat
aku sebagai harta. Kau bukan aje buat Faheem tu rasa terhina. Tapi kau dah buat
aku pun rasa terhina sebab aku tak setaraf dengan keluarga kau.” Panjang lebar
Sabrina berkata.
Amalina yang
mendengar menjadi sebak. Langsung tak sangka yang dia dah melampaui batas pertuturan.
Rasa dirinya sangat kurang ajar tehadap Faheem yang juga bos bagi dirinya.
Setitik demi setitik air mata mula membasahi pipi. Keterlanjuran percakapannya
yang tidak disengajakan membuatkan Amalina terlalu berasa bersalah.
“Rin, aku mintak
maaf. Aku langsung tak bermaksud nak menghina dia dan kau. Aku tak fikir pun
dulu apa yang aku nak cakap. Kau pun tahu kan aku ni jenis yang macam mana.
Rin, aku mintak maaf sangat tau. Aku tak pernah kisah kau kaya atau tak. Aku
bukan memandang pada harta apa yang kau ada. Cukup sekadar kau sudi terima kami
sebagai ahli keluarga kau. Please Rin, maafkan aku.” Amalina menangis
tersesak-esak.
“Kau kata kau
pernah kisah aku kaya atau tak. Tapi kenapa dengan Faheem kau persoalkan semua
tu? Hak dia untuk menyayangi diri kau. Hak dia mencintai kau. Tapi, kau
persoalkan tentang harta, pangkat dan darjat semua tu dengan dia? Kau dah
anggap cinta dia murah tau tak?” Sabrina berkata tanpa memandang wajah Amalina.
Dia cukup terasa. Cukup-cukup terasa!
“Memang hak dia.
Tapi, aku pun ada hak untuk menolak cinta dia. Hak aku untuk tidak menerima
dia.” Sedikit tergores hati Amalina apabila Sabrina enggan memandang wajahnya.
Dia juga geram bila Sabrina hanya mempertahankan hak-hak Faheem. Habis tu, dia
tak ada hak nak tentukan hidup dia? Dah lah Ummi dengan Abi senang-senang nak
jodohkan dia dengan entah mana-mana lelaki entah.
“Memang lah kau ada
hak. Tapi siapa pulak bagi kau hak nak hina dia? Siapa? Kau bagitahu aku
sekarang. Biar aku pergi sumbat mulut orang yang bagi hak tu kat kau dengan
kasut aku. Sekali dengan orang tu, dengan kau kau sekali aku sumbat high heels
aku.” Tergelak Amalina dengan bicara Sabrina. Nampak gayanya, mood marah
Sabrina sebentar tadi dah kembali okey.
“Rin, sorry tau.
Jangan marah aku lagi. Aku janji aku takkan lagi bangkitkan hal tu semua. Sorry
tau?” Amalina memandang wajah Sabrina. Sabrina mengherotkan mulutnya.
“Ye lah! Hah! Lepas
ni, kau pergi mintak maaf dengan Faheem tu. Kesian dekat dia.” Memuncung bibir
Amalina. Tetapi, dia tetap menganggukkan kepalanya.
Masam wajah Amalina
apabila panggilannya tidak di jawab. Sudah hampir sepuluh kali dia menghubungi
Faheem. Tapi, semua panggilannya masuk ke voice mail box. Mana lah bos aku ni?
aku call asyik masuk voice mail aje. Tengah solat ke dia? Ke tengah ‘melabur’?
Amalina mula melalut. Seketika kemudian, satu panggilan masuk ke telefon bimbit
miliknya. Tersenyum lebar Amalina jadinya. Tanpa melihat nama si pemanggil, dia
terus menjawab.
“Assalamualaikum.
Bos, saya nak mintak maaf pasal tadi. Saya tahu saya silap sebab...”
“Ina, ni Ummi la.
Hai, anak umi sorang ni dah tak kenal nombor telefon Ummi ke?” Datin Zureen
menyoal. Amalina terkejut. Bibir digigit tanpa sengaja.
“Err.. Ummi.. err..
Sorry Ummi.” Hanya itu yang mampu Amalina katakan. Rasa terkejut dia belum
hilang lagi. Alamak! Macam mana boleh tak perasaan Ummi call? Aku ingatkan bos
tadi! Alahai! Malunya dengan Ummi.
“Hurm. Ye lah. Hah!
Yang kamu mintak maaf dengan bos kamu tu kenapa? Kamu buat salah apa lagi kali
ni? Kamu ngorat dia ke?” Datin Zureen menyoal.
“Ummi ni! Ada pulak
ke situ? Ina mintak maaf sebab tak masuk office la. Orang tak berapa sihat.” Amalina
berkata. Terpaksa berbohong. Eh, bohong ke? Bukan kau memang tak sihat ke, Ina?
Tapi kau minta maaf bukan sebab tu la. Argh! Pedulikan.
“Hurm. Ye lah. Ni
Ummi call nak bagitahu yang ada orang bertanyakan Ina.” Sedikit berkias Datin
Zureen berkata. Amalina pulak dah faham, tapi sengaja buat-buat tak faham.
“Tanya apa Ummi?
Kalau Ina boleh jawab, Ina jawablah. Kalau tak boleh, suruh diorang tanya abang
Em aje lah.”
“Ina ni. Ke situ
pulak. Ni, kawan Ummi ada tanya-tanyakan Ina dekat Ummi. Dia tanyalah, Ina ni
dah ada kekasih ke belum. Ummi jawablah yang Ina sekarang ni tengah single and
available. Dia berkenan sangat dengan Ina. Ummi dengan Abi pun suka sangat
dengan Akmal tu. Dah lah handsome, sesuai sangat dengan Ina. Tapi, alih-alih
abang Em kata yang Ina dah ada boyfriend. Betul ke Ina?” Datin Zureen menyoal.
“Ummi, kenapa cepat
sangat? Ina muda lagi lah. Abang Em umur 29 pun tak kahwin lagi. Kenapa pulak
Ina kena kahwin awal?” Merengek Amalina jadinya. Soalan yang umminya tuju pun
tak terjawab.
“Abang Em kan dah
bertunang. Cuba jawab soalan ummi ni.”
“Hurm. Bagi orang
masa boleh tak ummi?”
“Hujung bulan ni.
Kalau Ina dah ada kekasih, bawak kekasih Ina balik sini. Biar ummi, abi dengan
abang Em buat ujian ketahanan dulu.” Tergelak Datin Zureen di talian. Amalina
pula tersenyum. Mana dia nak cekau lelaki ni? Adoi! Dia tak nak tipu ummi dengan
abi. Kusut betul lah!
“Hurm. Ye lah.
Ummi, kirim salam abi dengan abang ye. Nanti suruh abang datang KL. Rin dah
rindu sangat ni. Haha. Okey, ummi. Nite! Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
Panggilan di putuskan.
Wajah Farzliana dan
Farina di pandang. Menanti keputusan yang akan mereka berdua berikan. Farzliana
memandang wajah Faheem sebelum menoleh ke arah Farina. Farina pula mengangkat
bahu apabila kakak sulungnya itu memandang wajahnya sambil mengangkat kening.
Dah macam gaya Ziana Zain pulak kakaknya itu!
“So, amacam? Nak
ikut Ayeem pergi Langkawi tak ni? Esok rabu, kerja Ayeem habis paling lewat
hari Jumaat. Lepas tu kita sambunglah holiday, hari Ahad pagi kita balik lah.”
Faheem mengatur rancangan.
Farzliana membuat
muka terkejut.Farina pula membulatkan mata. Terkejut apabila Faheem tiba-tiba
sahaja mengajak mereka untuk ikut serta ke sesuatu tempat untuk urusan yang
melibatkan kerjanya. Wajah Faheem di tatap dengan sungguh-sungguh. Farina pula
laju sahaja meletakkan tapak tangannya ke dahi Faheem.
“Adik! Apa ni?
Abang Ayeem okey lah!” Faheem menepis tangan adiknya yang mendarat di dahinya.
“Kak Na!! Betul ke
ni, abang Ayeem? Adik tak caye lah Kak Na.” Terjerit Farina. Faheem mendengus
kuat. Dah macam kuda dah bunyinya.
“Hish! Nak ikut tak
ni? Banyak pulak bunyi adik ni.”
“Kak Na tak boleh.
Busy sangat sekarang ni. Restoran cawangan baru bina tu dah sampai last stage
dah. Banyak kerja nak buat. Mana nak interview pekerja yang ada untuk jawatan
manager lagi, cari pekerja baru lagi. Mama tu, banyak sangat songeh nak pilih
pekerja tau.” Farzliana berkata.
“Adik nak tolong
Kak Na.” Faheem mengeluh.
“Ye lah. Jaga diri
elok-elok. Okey lah. Ayeem naik bilik dulu. Nite. Assalamualaikum.”
“Nite too, WMWG!”
serentak Farzliana dan Farina berkata sambil terus ketawa.
Faheem memasukkan
begnya ke dalam kereta. Dia kemudiannya melangkah ke arah kakak dan adiknya
yang berdiri di pintu rumah. Tangan dihulur kepada kakaknya sebelum beralih
kepada adiknya.
“Kak Na, selama
Ayeem tak ada ni, jaga rumah, jaga keselamatan elok-elok. Adik, dengar cakap
Kak Na. Jangan buat perkara gila. Jangan ajak Kak Na keluar pergi Jalan TAR,
Uptown Danau Kota or mana-mana aje.Duduk rumah diam-diam.” Faheem menjegilkan
sedikit matanya ke arah Farina. Farzliana ketawa mengekek. Farina mencebik.
“Abang Ayeem ni,
semua pun tak boleh. Kak Na boleh jaga adik lah. Eh, adik boleh jaga diri
sendiri lah.” Farina bersuara. Tidak puas hati apabila dilarang keluar merambu.
“When I said NO,
that means NO!! Where ever both of you wanna go at night, just postpone it till
I come back! This is an order and no compromise! Faham?” Faheem bertegas.
Kedegilan si Farina memang tak dapat di duga. Datang perangai tak semengah dia,
mahu pukul dua, tiga pagi ajak keluar merambu.
“Yelah! Abang Ayeem
pergi Langkawi pergi kerja ke pergi ubati luka di hati gara-gara kena tolak?
Jujur dengan adik!” Farina mengalah kemudian menyoal.
“Kerja lah! Dah
jangan mengarut. Ayeem pergi dulu, Kak Na. Jaga baby girl ni.” Faheem mencubit
pipi Farina. Menjerit gadis itu.
“Sakit lah!
Dah,dah! Pergi cepat. Semak aje lah! Hehehe.” Farina menghalau Faheem. Faheem
menjegilkan mata sebelum berjalan ke arah keretanya. Hon ditekan sekali bagi
mengucapkan selamat tinggal kepada Farzliana dan Farina.
Terkebil-kebil
Farah memandang Amalina. Sesekali berkerut juga dahi dia. Amalina tayang
sengih. Cuba bersabar menantikan jawapan kepada soalannya.
“Cik Ina tanya apa
tadi?”
“Saya tanya, En.
Faheem masuk office pukul berapa hari ni.”
“Err.. Dia tak
masuk office hari ni.” terbuntang mata Amalina. Dahi ditepuk kuat. Terlupa yang
Farah sedang memandang dirinya.
“Dia pergi mana?
Buat apa? Bila balik?”
“Err.. Bos, tak
bagi cakap lah, Cik Ina. Dia kata ada hal aje.” Tergagap Farah menjwab. Amalina
mengeluh. Wajah Farah kembali di tatap. Jelas kehampaan terpamer di matanya.
“Hurm. Tak apa lah!
Thanks, Farah.” Tanpa menanti balasan Farah, dia berjalan longlai ke biliknya.
Tangan mencapai Samsung Galaxy Y. Nombor Faheem dihubunginya. Jawab lah,bos!!
“Assalamualaikum!”
“Waalaikummussalam.
Bos pergi mana?” Gembira Amalina apabila Faheem menjawab panggilannya.
“Saya ada kerja.”
Ringkas dan beku sahaja jawapan Faheem.
“Bos marah saya ke?
Bos benci saya ek? Saya mintak maaf. Saya tak nak bos marah saya. Saya tak suka
bos benci saya.” Hampir menangis Amalina mendengar nada beku Faheem. Sedih tak
terkata lah!
“Saya busy ni.
Please, jangan ganggu saya!” Terkedu Amalina apabila panggilannya di putuskan
begitu saja. Air mata yang bertakung di empangan mata akhirnya jatuh berderai
membasahi pipi.
Wajah perempuan di
hadapannya dipandang dengan perasaan yang bercampur baur. Ada perasaan
terkejut, marah dan yang paling ketara sekali, perasaan takut. Memang dia
takut. Sangat takut untuk berhadapan sekali lagi dengan perempuan itu. Takut
sekiranya dia hilang sabar dan sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada
perempuan itu yang juga bekas isteri ketiga mantan bosnya dahulu.
“Err.. Puan..”
Tergagap-gagap suara Amalina.
“Apa puan puan
hah?? Kau ni memang tak sedar diri kan? Dulu kau rampas suami aku! Sekarang kau
nak rampas Ayeem pulak dari aku? Perempuan tak guna!!” Satu tamparan hinggap di
pipi Amalina. Farah yang masih belum hilang terkejutnya dengan kedatangan Jessy
kini menerima kejutan buat kali kedua apabila melihat Amalina di tampar.
Amalina menyentuh
pipinya yang terasa pijar. Sungguh dia tak menyangka akan bertemu lagi dengan
perempuan itu. Perempuan yang pernah mengugutnya akan menyimbah asid ke
wajahnya. Langsung tak terduga dek akalnya, perempuan yang sama juga telah
memalukannya di hadapan para pekerja Syarikat Hijau Geroda.
“Kau dengar sini
perempuan sundal!! Aku nak kau berhenti dari syarikat ni sekarang jugak! Kau
faham tak? Kalau dulu kau boleh lepas, sekarang ni, aku tak akan biarkan kau!!”
Jessy menjerit. Tangannya sekali lagi dihayunkan untuk menampar Amalina. Namun,
kali ini Amalina sempat menangkap tangan Jessy. Di pulasnya tangan perempuan
itu kebelakang. Terjerit Jessy di buatnya.
“Maafkan saya, Puan
Jessy! Saya rasa puan dah salah orang nak cari gaduh ni. Kalau dulu saya letak
jawatan dengan notis 24 jam, sekarang jangan harap lah.” Bisik Amalina di
telinga Jessy. Jessy terkedu.
“Eh, betina!
Lepaskan aku lah!” Jessy menjerit lagi. Amalina menekan sedikit tanganJessy
yang dipuasnya.
“Hurm! Nampaknya
Puan Jessy masih belum kenal saya. Jangan ingat saya takut pada Puan. Saya langsung
tak takut. Kalau Puan Jessy nak simbah asid pada saya, saya boleh buat lebih
teruk lagi pada puan. Mungkin juga, bila puan naik kereta sekejap lagi, puan
akan...” Kata-katanya terhenti setakat itu. Farah yang berada berdiri di
sebelahnya memandang dengan riak tidak percaya. Terlopong mulut gadis itu.
“Aa.. Apa maksud
kau? Kau.. Siapa kau sebenarnya hah?” Jessy menyoal perlahan. Kecut hatinya
mendengar kata-kata Amalina. Sungguh tak di sangkanya, gadis yang kelihatan
lemah itu boleh berubah menjadi begitu menakutkan. Mahu tercabut lututnya
mendengar nada suara Amalina yang menyeramkan di telinganya.
“Saya bagi amaran
pada Puan Jessy! Sekali lagi puan mengganggu saya, saya tak akan teragak-agak
untuk memberi anjing tepi jalan makan daging puan yang bersepah dan kucing pula
minum darah merah puan menggantikan susu. Ingat amaran saya ni!” pautan tangan
Jessy di lepaskan. Tanpa mempedulikan Farah, Amalina berjalan menuju ke
biliknya. Jessy tergamam. Farah memandang Amalina dengan riak wajah yang jelas
kelihatan dia sedang dalam katakutan. Laju kakinya melangkah ka arah biliknya
tanpa menghiraukan Jessy. Dia perlu menenangkan dirinya sendiri dahulu sebelum
menenangkan orang lain. Kalau tidak, saat tu juga dia jalan!!
terima kasih daun keladi, lain kali sudi lah jengah lagi!! hehehe.. =)
bestttttt...x pew adik...i will wait for a new post...focus on the important first lessons...good luck...
BalasPadamtq akak.. spm di dahulukan, cerpen di utamakan.. haha..
PadamSmbng lagi akak... Good luck SPM
BalasPadaminsyaAllah akan smbung.. tp lpas spm ye balqiz.. hehe
Padam