Firstly saya nak ucap berbanyak2 time kasih pada yang sudi baca kisah Faheem dengan Amalina ni..
Saya sebenarnya dah terkejut bukan setakat terkejut beruk, tp sampai anak beruk, mak beruk, sampai ke tok nenek beruk pun terkejut sama.. Alhamdulillah..
Saya tak pernah sangka pun cerpen yang saya tulis akan dapat sambutan.. Bukan apa, takut nak kongsi bersama sebenarnya.. malu pun ada jugak.. hehe..
Okey! Okey!! berbalik pada kisah Faheem dengan Amalina ni..
Saya sebenarnya konpius sikit.. layak ke ini di panggil cerpen?? sebab saya rasa cite ni still lagi panjang.. tp xtau la pnjg mana.. haha.. okey.. tak nak panjang2 merepek..
terima lah HADIRNYA CINTA TANPA UNDANGAN (part 2).. kalau ada salah komen2 la ye.. saya ni kan budak baru belajar.. hehe..
HADIRNYA CINTA TANPA UNDANGAN (part 2)
Amalina resah menanti ketibaan Faheem. Sudah lebih lima minit dia menanti, namun Faheem tetap juga belum tiba. Baru sahaja dia berura-ura mahu menelefon jejaka itusemula, terdengar bunyi motosikal menghampiri kawasan itu. Perasaan takut mula mengalir ke seluruh urat nadinya. Jantungnya berdegup kencang. Segala macam surah yang di ingati dibacanya. Saat cermin kereta di ketuk, terasa seakan jantungnya berhenti.
“Lina, bukak pintu
ni.” Faheem mengetuk cermin kereta itu dengan sedikit kuat.Dia tahu kelewatannya
tiba boleh mengundang bahaya pada gadis itu. Tapi dia tidak sengaja. Dalam
keadaan tergesa-gesa ingin mendapatkan Amalina, motor yang di bawa laju hampir
sahaja merempuh sebuah kereta. Mujurlah brek sempat di tekan. Namun,
kegagalannya mengawal motor menyebab kan dia jatuh dan terseret bersama
motosikalnya.
Amalina yang
mendengar suara bosnya segera membuka mata dan memandang ke arah tingkap
kereta. Nafas di hembus perlahan. Lega melihat Faheem berada di situ. Laju
tangan membuka pintu. Wajah Faheem yang calar-balar di pandang lama.
“Awak okey ke Lina?”
Faheem menyoal. Tangan Amalina di capainya. Cuba mengalirkan aura selamat
kepada gadis itu. Wajah Amalina di pandang risau. Kecederaan yang dialami tidak
di hiraukan. Amalina mengangguk sebelum menarik kembali tangannya dari
genggaman Faheem.
“Saya okey, En.
Faheem.” Amalina menjawab perlahan. Tangannya yang di tarik Faheem tadi di
rasakan basah. Segera Amalina menjatuhkan pandangan ke arah tangannya. Tompokan
darah yang ada pada tangannya di pandang seketika sebelum dia menarik tangan
Faheem.
“Eh, bos! Kenapa
tangan bos berdarah ni? Ya Allah!! Bos accident ke?” Amalina memandang wajah
Faheem seketika. Faheem hanya tersenyum nipis.
“Err.. Sikit aje
ni. Dah jom! Saya hantar awak balik.” Faheem melangkah ke arah motosikal
berkuasa besarnya. Amalina mengekori perlahan.
“Awak pegang saya
kuat-kuat ye Lina. Takut awak terbang nanti.” Faheem melawak. Amalina berhenti
seketika sebelum kembali berjalan ke keretanya. Dia tercari-cari first-aid yang
memang tersedia di dalam keretanya itu.
“Bos!! Meh sini
dulu. Biar saya letak ubat dekat tempat luka tu dulu.”
“Tak payah la,
Lina. Sikit je pun ni.” Faheem berkata. Namun raut wajahnya yang berkerut gagal
meyakinkan Amalina.
“Jangan degil boleh
tak?? Saya suruh datang sini, datang aje lah. Macam budak kecik!!” Tangan
Faheem di tarik supaya duduk di kerusi keretanya. Amalina mengeluh saat dia
terpandangkan seluar Faheem yang terkoyak di bahagian lutut. Luka jugak lah tu.
Amalina sempat mengomel.
“Awak buat pelan-pelan
ye. Sakit ni.” Faheem menyeringai.
“Tadi kata sikit
je. Macam mana boleh accident ni bos?”
“Saya nak cepat
sampai sini. Saya tak nak apa-apa jadi kat awak.” Faheem memandang wajah
Amalina.
“Saya tak nak
sesuatu yang buruk jadi pada orang yang saya sayang.” Amalina terkedu. Ayat
Faheem benar-benar membuatkan dia terperanjat. Serta-merta wajah jejaka itu
direnungnya.
Sabrina memandang
wajah Amalina yang kelihatan agak pucat itu. Petang semalam dia terpaksa pulang
ke kampung gara-gara kucing kesayangannya mati.
Kampungnya yang cuma di Sungai Buaya membolehkan dia pulang hari. Dia
langsung tidak menduga Amalina akan menghadapi kesulitan semasa ketiadaannya. Sebaik
sahaja tiba di rumah awal pagi tadi, agak terkejut dia apabila melihat Amalina
sedang terbaring di sofa yang berada di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu,
sedangkan kereta Myvi milik Amalina tiada di halaman rumah mereka.
“Ina, jom aku bawak
kau pergi klinik. Kau demam ni.” Tangannya menjamah dahi Amalina yang sedang
tidur. Amalina sedikit terjaga. Dia menggeleng seketika sebelum kembali memejam
mata.
“Jangan lah degil.
Kau nak aku bagitahu abang Emran ke?” Sabrina mengugut. Hanya dengan mengugut
untuk memberitahu Emran sahaja caranya untuk Amalina bersetuju. Entah apa yang
nak di takutkan lah dengan tunang aku tu?!! Sweet je aku rasa. Hehe. Sempat
fikiran Sabrina melayang.
“Aku okey lah!! Kau
tak pergi kerja ke hari ni?”
“Malas. Hari ni aku
cuti berkabung. Mimi dah arwah!! Eh, jom lah gi klinik! Kau demam ni.”
“Hurm.. Yang kau
balik kampung semalam sebab Mimi mampus lah ni? Adoi!! Apa ke bengap sangat kau
ni?” Amalina menggelengkan kepala. Nasib abang Em la dapat tunang yang gila
kucing ni.
“Ha’ah!! Aku...”
Belum pun sempat Sabrina menghabiskan
ayatnya, deringan telefon bimbit Amalina mematikan perbualan mereka.
Amalina yang terbaring hanya membiarkan telefon itu terus melalak. Sabrina
menjeling sahabatnya seketika. Laju tangannya mencapai telefon Amalina.
“Angkat lah telefon
tu. Memekak aje lah!” Amalina mengeluh. Telefon itu di rampas dari pegangan
tangan Sabrina.
“Hello, ye bos!”
Amalina bersuara perlahan.
“Kenapa tak datang
office hari ni?” Faheem menyoal lembut. Dia risaukan gadis itu. Semalam,
selepas dia melafazkan rasa sayangnya buat gadis itu, Amalina hanya diam
membisu dan memandang wajahnya dengan raut tidak percaya.
“Sorry, bos! Saya
tak berapa sihat ni. Esok saya pergi office. Sorry sekali lagi, bos.” Amalina
berkata. Ye, memang dia tidak sihat. Terkejut mungkin! Siapa tak terkejut bila
tiba-tiba bos sendiri ucap kata-kata sayang? Dah lah dia tak berapa berkenan
dengan sikap Faheem yang suka mengusik dan merenung dirinya. Ni lagi lah
selepas si bos luahkan perasaan. Mahu dia tak kena demam terkejut!!
“Awak dekat mana
ni?” Faheem bertanya.
“Rumah, bos!”
“Rumah saya? Awak
buat apa dekat rumah saya?” Faheem pelik. Amalina menepuk dahi perlahan.
Sabrina yang memandang tergeleng-geleng melihat tingkahnya.
“Rumah saya lah!
Buat apa pergi rumah bos pulak!” Faheem tergelak kecil. Sedar dengan salah
faham yang berlaku.
“Hehe!! Sorry. Dah
pergi klinik ke belum ni?”
“Err.. Dah!!”
Amalina sedikit gugup. Sabrina yang sedari tadi memerhati dan mendengar
perbualannya menjerit sedikit.
“Belum lagi tu!!
Eleh, nak menipu konon!” Amalina mencubit lengan Sabrina. Mengaduh kawan tu.
“Tunggu saya. Saya
bawak awak pergi klinik.” Tanpa menanti balasan, Faheem memutuskan panggilan.
Amalina terkedu.
“Eh, bos! Bos!”
Tapi hanya sia-sia. Sabrina tersenyum lebar. Amalina yang geram dengan Sabrina
melemparkan bantal kecil ke arah sahabatnya. Namun Sabrina pantas menyambut.
“Alahai, sukanya bila
ada orang sayang!! Jealous lah pulak aku!! Hahaha..” Sabrina mengejek sebelum
mendaki tangga untuk ke tingkat atas.
Mencerlung mata
Faheem memandang gadis seksi di hadapannya. Wajah yang sedang tersenyum ke
arahnya di pandang dengan raut wajah tidak percaya. Baru sahaja gadis itu ingin
menyentuh tangannya, Faheem segera menepis. Masam wajah gadis itu dengan
reaksinya sebentar lagi.
“Farah, saya nak
keluar. Tak masuk dah. Cancel semua appointment saya dengan clients. Emergency
ni. Bubye.” Tanpa mempedulikan gadis seksi itu, Faheem segera beredar.
“You nak pergi
mana, Ayeem? I datang sini semata-mata nak jumpa you tau.” Sedikit merengek
Jessy atau nama sebenarnya Jaznah bersuara. Meremang bulu roma Farah yang
mendengarnya.
“Hey!! Kau ni
kenapa? Sesat ek?” Faheem menjerkah. Farah terkedu. Pertama kali dia melihat
bosnya mengamuk sebegitu.
“Farah, panggil
security. Dan jangan benarkan lagi betina ni datang sini.” Segera Faheem
berlalu apabila Jessy menghampirinya.
“Ayeem, you nak
pergi mana??? Hey, balik sini semula lah!!” Jessy menghentakkan kakinya ke
lantai. Geram dengan Faheem yang tidak mempedulikan dirinya.
Faheem mengeluh
kasar. Macam mana betina tu boleh ada kat sini pulak? Adoi!! Mati lah aku kali
ni. Dah lah mama tak ada kat KL. Nak buat macam mana ni? Lepas ni wajib lah
hari-hari dia datang kacau aku. Faheem meraup wajahnya. Wajah Amalina
menari-nari di wajahnya. Segera dia memandu kereta ke rumah gadis itu.
rumah Amalina dan Sabrina
Bunyi hon yang
bertalu-talu menyedarkan Sabrina dari lenanya. Dalam keadaan yang masih mamai,
Sabrina turun ke tingkat bawah rumah teres dua tingkat itu. Dilihatnya Amalina
masih lagi terlena di atas sofa sambil selimut membaluti seluruh tubuhnya.
Sabrina menjengah sedikit ke luar rumah untuk melihat siapakah gerangan yang terlalu
biadap dirasakannya membunyi kan hon tanpa henti di hadapan rumah teres dua
tingkat itu.
“Assalamualaikum.”
Faheem memberi salam sambil menekan hon.
“Waalaikummussalam.
Encik ni siapa? Kenapa main hon kereta depan rumah orang ni?” Sabrina menyoal
geram. Terkebil-kebil mata Faheem memandang Sabrina. Dia segera mematikan enjin
kereta lalu keluar dari kereta.
“Err.. Saya mintak
maaf lah mengganggu. Hurm.. Amalina duduk sini kan?”
“Hurm.. Ye. Kenapa?
Awak ni siapa dengan Amalina?”
“Saya Faheem.
Kekasih dia. Dia tak sihat kan hari ni? Saya janji dengan dia nak bawak dia
pergi klinik. Boleh panggilkan dia tak?” Faheem menjawab sambil tersenyum ke
arah Sabrina. Sabrina yang dalam keadaan mamai terus segar-bugar di buatnya.
Sejak bila pulak
Ina ni ada kekasih?? Dia tak bagitahu aku pun!! Nak kena minah sorang ni.
Sabrina menggelengkan kepala. Pelik Faheem melihat Sabrina yang menggelengkan
kepala. Mesti perempuan ni tak caye yang aku ni kekasih Lina. Haha..
“Err.. Awak!! Boleh
panggilkan Amalina tak?” Faheem menyoal. Sabrina hanya menganggukkan kepalanya
sebelum masuk kembali ke dalam rumah.
“Ina, bangun lah!
Boyfriend kau datang nak bawak gi klinik tu.” Bahu Amalina digoncangkan sedikit.
Amalina bergerak sedikit tapi matanya masih lagi terpejam. Sabrina mengeluh
perlahan.
“Ina, bangun!! Jom
lah pergi klinik. Tadi aku ajak kau degil. Sekarang ni boyfriend kau dah datang
tu. Bangun lah.” Amalina membuka mata sedikit.
“Kenapa Rin?? Aku tak
larat ni. Jangan kacau aku lah.” Serak suara Amalina. Sabrina serba salah. Tak
dikejutkan, macam mana nak pergi klinik? Kalau kejutkan kesian lah pulak.
Mengeluh juga Sabrina dibuatnya. Hurm.. Suruh boyfriend Ina je lah angkat minah
ni bawak gi klinik. Sabrina menuju semula ke muka pintu.
“Err.. Awak.. Ala,
sape dah nama?” Sabrina menggaru kepala. Terlupa nama lelaki yang
memperkanalkan diri sebagai kekasih Amalina. Faheem tersenyum.
“Faheem. Nama saya
Faheem. Amalina mana?”
“Hurmm.. Amalina
tak larat sangat lah. Boleh tak awak tolong cempung dia lepas tu bawak pergi
klinik?” Sabrina menyoal. Faheem terdiam seketika sebelum keluhan di lepaskan.
“Dia dah pakai
tudung ke belum?” Faheem bertanya. Sabrina yang tidak menduga soalan itu akan
ditanya, tersentak.
“Err.. Belum.”
“Awak tolong
pakaikan tudung untuk dia. Dah siap nanti panggil saya.” Sabrina hanya
mengangguk. Hairan bila disuruh berbuat demikian tetapi dia terpaksa turutkan
juga.
Faheem melangkah ke
dalam rumah itu perlahan-lahan. Sabrina mengekori dari belakang. Amalina yang
masih lagi tidur di sofa di pandang Faheem dengan penuh rasa kasih. Wajah pucat
itu ditenungnya seketika sebelum di hampirinya.
“Lina, wake up!
Jom, saya bawak awak gi klinik.” Faheem berkata perlahan. Cuba mengejutkan
Amalina dari tidurnya. Amalina meraup perlahan wajahnya. Dia seakan mendengar
suara lelaki yang telah menyebabkan dirinya terbaring tidak bermaya. Sabrina
memerhati tingkah Feheem dari meja makan yang terletak tidak jauh dari tempat
mereka berdua.
“Lina, sayang!
Bangun lah. Kalau Lina tak pergi klinik, macam mana nak sihat?” Faheem menyoal
lembut. Kali ini terbuka luas mata Amalina. Dia pasti yang dia tidak salah
dengar lagi. Memang betul suara bos!! Laju dia mengalihkan pandangan ke arah
tepi.
“Warghh!! Bos buat
apa dekat rumah saya?” Amalina menjerit. Seketika kemudian, dia meraba-raba
kepalanya bagi memastikan rambutnya terlindung daripada menjadi tatapan lelaki
yang bukan mahramnya. Faheem tersenyum.
“Bangun pun!! Puas
kawan awak kejutkan, tak bangun-bangun. Saya kejut aje, terus bangun!” Faheem
sedikit memerli. Merona merah wajah Amalina. Di pandangnya Sabrina yang
tersenyum lebar memandang drama sebabak antara dirinya dan Faheem. Laju sahaja
dia berdiri dan menolak tubuh jejaka itu keluar dari rumahnya.
“Eh, Lina awak buat
apa ni?”
“En. Faheem keluar
dulu. Nanti kejap lagi saya datang balik. Saya nak siap-siap dulu.” Amalina
menutup pintu rumah tanpa mempedulikan Faheem yang tercegat di luar pintu rumah
tersebut. Kemudiannya mencerlung mata Amalina memandang Sabrina. Sabrina
menelan liur. Mampuih den!! Detik hati Sabrina.
“Kau dah gila ke?”
Jerkah Amalina. Sabrina terkejut apabila di jerkah sebegitu. Mahu luruh jantung
dia kalau hari-hari kena jerkah macam tu.
“Err.. Aa..
aku.. err..”
“Tergagap-gagap!!
Selamat tudung ni ada kat kepala aku. Kalau tak, kau tanggung dosa aku!! Eh,
jap!! Macam mana tudung ni boleh ada dekat kepala aku?” Amalina menyoal.
Sabrina menyeringai.
“Aku pakaikan
sebelum suruh boyfriend kau masuk rumah tadi.” Amalina terkejut. Siapa pulak
boyfriend aku ni? Macam mana aku tak tahu yang aku dah ada boyfriend? Wajah
Sabrina kembali dipandang.
“Sape pulak
boyfriend aku? Kau jangan nak memandai ek!!” Sabrina menggaru kepalanya. Tak
tahu nak jawab apa sebenarnya.
“Tu yang dekat luar
tu. Dia yang mengaku yang dia tu kekasih kau.” Terbeliak biji mata Amalina.
What the... Cool Ina.. Cool!! Tanpa pedulikan Sabrina, laju Amalina mendaki
anak tangga untuk ke biliknya. Dia perlu membersihkan diri sebelum kembali
bertemu dengan Faheem.
kereta Jessy a.k.a. Jaznah
Jessy memandang
Faheem yang bersandar pada kereta. Kejadian di pejabat lelaki itu tadi masih
berlegar dalam fikirannya. Geram dan marah dengan Faheem yang sanggup
mengarahkan pengawal keselamatan mengusirnya dari bangunan 14 tingkat itu masih
bersisa. Selamat dia tak kena campak ikut tingkap dari tingkat sembilan. Kalau
kena campak tadi, sia-sia aje aku mati tupai!! Eh, ada ke mati tupai?? Betul
lah!! Tupai kan duduk atas pokok. Tinggi tu!! Sama macam keadaan aku tadi lah!!
Otak dia yang sudah sememangnya kosong
sempat terfikirkan perkara itu.
“Kenapa pulak lah
Ayeem datang sini?” Dia menyoal sendirian. Macam lah ada orang yang akan jawab
persoalan dia.
“Hurm.. Ni rumah
betina garik tu kan?? Ayeem kenal ke betina tu?” Jessy a.k.a. Jaznah mengorek
hidungnya. Bersemangat giler dia korek
hidung sambil fikir apa hubungan Faheem dengan Amalina yang di panggilnya
betina garik itu. Sungguh tidak senonoh tabiat Jessy itu.
“Agaknya, diorang
ni ada scandal ke, hah??” lagi sekali bertanya sendirian. Jessy kembali
memandang kelibat Faheem. Kelihatan pada pandangan matanya, Faheem sedang
membukakan pintu kereta buat Amalina.
“Eeee!! Meluatnya
aku!! Apa lebihnya betina tu sampai semua pun tergila-gila kan dia? Dah lah
berbungkus!! Muka pulak sememeh tak ada make up!!” sesuka hati Jessy mengutuk.
Perasaan marahnya pada Faheem tadi kini beralih pada Amalina. Dendam lama yang
dah padam kembali menyala. Stereng Mini Cooper miliknya di genggam kuat.
Siap lah kau betina garik!! Kalau
dulu kau selamat, kali ni kau takkan selamat lagi!! Di jelingnya sekilas Faheem
dan Amalina sebelum dia memecut laju Mini Cooper itu. Sekelip mata kereta yang
di pandu membelah jalan. sampai sini aje lah dulu ye.. ada masa saya publish lagi.. tq.. =D
hehe...tido umah bos,ape kes plak mu pi tido umah bos tuh lina....mmg sweetttttt sngt...dua2 pandai wat lawak....haha best dek nk lg yer...terhibur akk dek...tq yer dek writer...
BalasPadamhaha.. si faheem slh faham je tu kak.. tq sudi baca akak..
Padambestttttttt...cpat smbung yew dik...huhuhuhuh...
BalasPadamlmbt la kak.. sehari b4 spm boleh?? hehe
PadamBEST NAK LAGI....
BalasPadambaby mio... lmbt lg ni.. haha.. tgh buat preparation untuk spm.. huhu
BalasPadam