ni e-novel yg tgh sy buat.. huhu..
idea nak tulis cite ni dtg masa duk bersenang lenang kat kampong hari tu..
dah ada idea tu, tulis aje lah.. haha..
plot dy mmg berterabur..
mulanya niat nk buat cte romantic tp last2 jd mcm ni pulak.. haha.
ni lah kepala otak dh blur..
apa pun slmt menghayati..
(sy awal2 type dh nangis) xtau la apa yg sdh sgt.. huhu..
enjoy! n jgn lupa komen.. thank you!
Maaf Itu Sempurnakan Kasih.
PROLOG
Nur Aiman Aryana melangkah laju
menghampiri rumah kampung itu. Di rumah kayu itu lah banyak kenangan manis yang
menceriakan masa-masa remajanya. Di rumah itu juga lah dia mula mengenali erti
kebahagian hidup kekeluargaan.
“Assalamualaikum...” Salamnya
terhenti apabila dia mula menyedari bahawa rumah itu sudah tidak lagi
berpenghuni. Dia tersenyum nipis. Nenek dan atuknya sudah pergi menghadap Ilahi
lebih 3 tahun yang lepas. Sayangnya, dia tiada saat kedua-dua insan yang amat
di sayanginya itu menghembuskan nafas terakhir.
Pintu kayu rumah itu di bukanya.
Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam rumah. Pandangan matanya tertancap
pada bingkai gambar hitam putih arwah nenek dan atuknya. Sebak hatinya
mengenangkan kedua insan yang amat dia sayangi.
Segala kenangan yang pernah berlaku
di situ seakan kembali berulang tayang. Dia tersenyum saat melihat kelibat
neneknya yang memiat telinganya. Melihat atuknya minum kopi sambil melayannya
berbual. Air mata bercucuran membasahi wajahnya. Sungguh dia menyesal kerana
tidak sempat meluangkan masa di saat-saat terakhir mereka.
“Mak Tok, Tok Ayah, Ana rindu Mak
Tok dengan Tok Ayah. Kenapa Mak Tok tak tunggu Ana?” Bingkai gambar itu di
usapnya lembut seakan mengusap wajah-wajah yang di sayanginya. Air mata semakin
laju mengalir menuruni pipinya.
“Maafkan Ana, Mak Tok, Tok Ayah.”
Bingkai gambar itu di cium sebelum kembali di letakkan ke tempat asalnya. Nur
Aiman Aryana mengesat pipinya yang di basahi air mata. Dia bangkit dan menuju
ke bilik arwah nenek dan atuknya. Bilik itu bersih seakan-akan ada yang
mengemas dan membersihkan ruangan itu. Baru dia sedar, kawasan rumah itu juga
bersih.
“Ada orang bersihkan ke?” dia
menyoal sendiri.
“Assalamualaikum.”
Satu
suara menyapa Nur Aiman Aryana. Aryana mengalihkan pandangannya ke arah
datangnya suara itu. Terkedu dia apabila melihat wajah seorang jejaka yang
pernah menghuni hatinya suata masa dahulu.
“Err..
Waalaikummussalam.” Aryana menjawab perlahan. Laju dia melangkah keluar dari
kamar itu. Enggan berdua-duaan dengan jejaka itu. Setiap lelaki dan perempuan
yang bukan muhrim berdua-duaan, pasti ada yang ketiga. Yang ketiga tu pula,
mestilah syaitan. Menghasut aje kerja dia. Lelaki ni pula main terjah ikut dan
aje!
“Lama
dah sampai sini?” Fazli bertanya. Ya, Fazli! Jejaka itu lah yang menjadi punca
dia meninggalkan bumi Malaysia. Alasan yang di berikan kepada Mak Tok dan Tok
Ayah, dia ingin meneruskan pengajiannya di luar negara. Tapi dia tahu, kedua
insan itu sedar bahawa itu hanyalah alasan untuk dia mengelakkan diri dari
berhadapan dengan kenyataan.
“Baru
sampai.” Pendek Aryana menjawab. Tak tahu nak cakap apa. Lagi pun, tak perlu
rasanya dia bermesra dengan jejaka itu. Aryana keluar dari rumah itu dan duduk
di pangkin yang terletak di bawak pokok jambu air. Siapa yang bina pangkin tu
pun dia tak tahu. Rasanya dulu, pangkin tu tak ada. Tapi tu lebih kurang 10
tahun yang lalu. Sebelum dia berangkat ke University of Melbourne.
“Balik
Malaysia, bila?” Fazli tetap tak putus asa cuba mengajaknya berbual walaupun layanannya
terhadap jejaka itu hambar. Wajah Fazli di pandang seketika. Tak mampu nak
pandang lama-lama. Takut sekiranya kenangan lama kembali mengasak ingatannya.
“Semalam.
Nak apa datang sini?”
“Saja.
Bila Izzatie kata orang jauh dah balik, abang datang lah. Jenguk ‘kawan’ lama.
Nanti apa pula orang tu kata kan. Dah lah dulu pergi langsung tak cakap sepatah
pun.” Seakan memerli Fazli bersuara. Aryana tersenyum sinis. Buat apa aku nak
bagitahu orang yang dah hancurkan hati aku? Soalan itu hanya bergema di dalam
hatinya. Betul-betul malas untuk mengungkit kisah lama.
“Hurm.”
Aryana mengumam. Dia melangkah ke arah pintu rumah lalu menutupnya. Beg duit di
ambil sebelum melangkah ke arah kedai serbaneka. Fazli yang masih berada di
pangkin dibiarkan. Tahu lah dia balik sendiri. Tak payah nak menghalau. Pandai
datang, pandai-pandai lah balik! Aryana berkata di dalam hati.
Pandai akak buat novel, kenapa tak publish dekat kaki novel ke? buku prima ke? next entry plz. hehe.
BalasPadamAlhamdulillah.. terima kasih reseberry.. mmg akak ada niat utk ke arah tu, sdg mencuba... thanks sudi baca..
Padamwahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh pandai menulis........ best best!!!!!
BalasPadameh. boss lah.. kihkihkih.... tq kak sudi baca..
BalasPadamhemm....boleh diteruskan cuma nak tanya awat nama Nur Aiman Aryana tuh..Aiman kan nama lelaki...kekekeke (komen pes dari den) kira komen jugaklah
BalasPadamkak nurr bayu lah.. huhu.. actly, sy suka nama aiman sebb mksud dy berkat.. harap2nya, guna nama aiman ni dapt lah berkatnya.. tq kak NB..
Padambesttt.. ;') cerita yg menarik
BalasPadamnk baca entry seterusnya...
tk sabar nak tahu kenangan silam dengan fazli kalau boleh...
hehehehe:)
tq eida aydaa.. insyaAllah..
Padamsorry dear...sis baru bac...awal2 dah menarik hati ku....
BalasPadamkak syeena, xsehebat akak.. hinggakan akid dan ayman menjadi rebutan... huhu
PadamAssalamualaikum ..
BalasPadamAmelia
Best enty nie good luck for next e novel ..in shaaAllah
İ'm thinking what to do about ebook novel actully i must love that Novel ..but i not ideaa ...plz help me ..
Kata semangat
Kejar impian kita seblum dia lupakn kita ...saya hrp awk berjaya