kpd yg sudi dtg dan menjengah blog den...
den ucap berbanyk trima kasih..
MISK ni masih belum tahu hujung pangkalnya..
kalau penulis lain dh ado draft tuk jln crita sesuatu crite,
sy lak masa nk tulis bru lah draft tu ada..
kihkihkih..
tp xapa lah..
budak baru blajar bertatih kan...
ok lah.. x mo cakap pnjang2..
layanzz!!
(jgn lupa komen2 ye)..
Maaf Itu Sempurnakan Kasih
Aryana
BAB 3
Aryana
melangkah perlahan menuju ke kantin. Dia ingin makan terlebih dahulu sebelum
kelas tambahan bagi pelajar tingkatan 3 bermula. Syafikah yang membantu ibunya
di kantin tersenyum memandang Aryana. Dia melangkah menghampiri rakannya itu.
“Nak
makan ke?”
“Hurm.
Makan dulu lah. Kejap lagi extra class dah nak mula. Sempatlah makan lepas tu
baru solat.” Aryana berkata. Dia berjalan ke kaunter kantin untuk memilih
makanan.
“Subject
apa hari ni?”
“Mathematics!”
Sepatah Aryana menjawab. Syafikah menganggukkan kepala. Dia kemudiannya
memandang wajah Aryana.
“Siapa
lelaki yang ambil kau hari tu ek? Aku lupa nak tanya kau.”
“Cikgu
Fazli!” Aryana tergelak. Syafikah mengerutkan dahinya. Kalau tak salah dia,
mana ada guru yang bernama Fazli di sekolah mereka itu. Kalau senior-senior,
adalah juga.
“Kau
kelentong aku ek? Mana ada cikgu Fazli dekat sekolah ni.” Aryana mengangguk.
“Fazli
form 4 lah. Dia tolong hantarkan aku balik.”
“Amboi!
Cepat kau tangkap!” Aryana memandang Syafikah pelik. Tangkap? Tangkap apa? Dia
tak memahami apa yang Syafikah cuba untuk sampaikan. Dia menghulurkan wang
kepada emak Syafikah selepas mengambil nasi goreng.
“Maksud
kau?” Dia tercari-cari meja yang kosong. Enggan bersesak-sesak dengan pelajar
lain. Syafikah setia mengekorinya. Sebaik sahaja dia duduk, wajah rakannya itu
di pandang meminta penerangan.
“Maksud
aku, tangkap abang-abang senior lah!” Terjegil mata Aryana. Gila apa minah ni?
Bila masa pula dia nak ‘tangkap’ abang senior ni?!
“Oit!
Mulut kau tu jaga sikit ek! Tak ada kerja aku nak buat macam tu. Merepek aje
kau ni!” Syafikah tersengeh macam kerang busuk. Aryana menjeling sekilas ke
arah Syafikah. Kata-kata hinaan yang di lemparkan kepada oleh Izzatie kembali
terngiang-ngiang di telinganya. Terlalu sukar untuk memadamkan peristiwa itu di
ingatannya.
“Berangan!”
Aryana tersentak. Dia tercari-cari wajah Syafikah, namun yang ada di hadapannya
hanyalah Fazli. Entah bila lah jejaka itu berada di hadapannya dia pun tak
sedar. Nasi goreng yang masih banyak bersisa di dalam pinggan kembali di
suapkan ke dalam mulut.
“Nak
sikit.”
“Hah?
Apa dia?” Terjegil mata Aryana. Dah buang tebiat apa mamat ni? Tiba-tiba aje
minta nasi orang! Nak beli sendirilah! Getus hati Aryana. Fazli tak
menghiraukan soalan Aryana sebaliknya dia menarik sudu dari tangan Aryana dan
menyudu nasi goreng itu.
“Awak!”
Terjerit kecil Aryana dengan reaksi Fazli itu. Tak percaya langsung yang jejaka
itu akan sanggup membuat begitu. Fazli mengerutkan dahinya.
“Yang
awak terjerit-jerit ni kenapa?”
“Kenapa
awak makan nasi goreng saya?” Fazli terus menyuapkan nasi goreng itu. Dia
betul-betul lapar. Bila dah nampak Aryana punya nasi goreng, dia makan aje lah!
“Sorry..
Saya dah lapar sangat dah ni. Tadi rehat tak sempat nak makan. Pergi pinjam
buku dengan cikgu. Nah, ambillah. Untuk buat ulangkaji nanti.” Serentak itu
juga dia menghulurkan dua buah buku rujukan novel kepada Aryana. Aryana menjuihkan
bibirnya. Tak jadi nak halang bila dengar yang Fazli tak sempat makan kerana
pergi ambil buku untuknya. Dia memang sangat memerlukan buku-buku rujukan itu.
Disebabkan silibus pelajaran di Kuala Lumpur dan Kelantan berbeza, dia terpaksa
membuat ulangkaji sendiri.
“Selamatlah
ada alasan kukuh!” Fazli ketawa kecil. Dia menyudu lagi nasi di dalam pinggan.
Tetapi kali ini dia tidak terus menyuap ke dalam mulut sebaliknya sudu itu di
dekatkan ke mulut Aryana. Terkejut Aryana dengan tindakan Fazli itu.
“Tak
nak!” Gila apa nak bersuap?! Dah lah dalam kawasan sekolah. Mengundang tohmahan
lagi adalah! Fazli mengangkat bahunya. Dia kembali menyuap nasi goreng ke dalam
mulutnya. Aryana menggelengkan kepalanya. Memang sah lelaki ni gila!
“Ada
kelas ek?” Fazli menyoal. Aryana mengangguk. Fazli membulatkan bibirnya tanda
menyebut ‘oh’.
“Jangan
lupa letak pinggan tu dalam besen. Saya nak pergi solat dulu. Bye.” Aryana
bangun dan berjalan menuju ke surau. Fazli tersenyum nipis. Dia sebenarnya
terkejut juga bila berani menyudu nasi kepada gadis itu. Tergeleng-geleng
kepalanya. Kau dah gila ni!
Aryana
berjalan menghampiri Tok Ayahnya yang sedang membaca surat khabar. Kalau nak di
bandingkan dengan Mak Tok, Tok Ayah lebih pendiam. Tapi dia tak kisah. Sebab
yang pentingnya, Tok Ayah dengan Mak Tok sama-sama sayangkan dia.
Kadang-kadang, ada juga rindu yang menyapa hatinya terhadap papa. Apa lah yang
papa tengah buat sekarang ni? Aryana mengeluh.
“Kenapa
dengan cucu Tok Ayah ni? Ada masalah ke, Ana?” Tok Ayah menyapanya. Aryana tersengeh
apabila sedar yang dia dah agak jauh mengelamun.
“Tok
Ayah, macam mana ek papa boleh jumpa dengan bonda?” Tok Ayah memandang Aryana
pelik. Aryana tersenyum.
“Kenapa
tiba-tiba aje tanya ni?”
“Tak
ada lah. Ana cuma nak tahu aje. Tok Ayah cerita lah macam mana diorang jumpa.”
Aryana berkata lagi. Nak juga dia tahu macam mana kisah cinta mereka bermula.
Selama ni, dia hanya di suapkan dengan perkara buruk aje tentang kisah papa dan
bondanya. Dan semua itu mestilah Datin Sarimah yang bercerita. Sebenarnya
bukanlah bercerita, tapi lebih kepada mengungkit dan mencerca. Tok Ayah
mengusap lembut kepalanya.
“Papa
kenal dengan bonda Ana masa dekat universiti.”
Adrianna
membeliakkan matanya. Wajah jejaka yang melanggarnya itu di tenung lama. Aryan
telan liur. Sungguh dia tak sengaja melanggar gadis di hadapannya itu. Baju
kurung berwarna putih berbunga merah yang di pakai gadis itu di pandangnya.
“Sorry..
sorry. I betul-betul tak sengaja terlanggar you.” Aryan bersuara memohon maaf.
Adrianna mengetap bibirnya. Menyesal pula dia pakai baju warna putih hari tu.
Dah lah yang tumpah dekat baju dia tu air kopi!
“Habis
kotor baju saya! Semua ni salah awak!” Adrianna sebak. Menitis air matanya.
Aryan semakin kalut. Alamak! Aku nak buat macam mana ni? Dia berjalan
menghampiri Adrianna.
“I’am
so sorry. Please! Don’t cry. Okey! Macam ni.. I belikan you baju baru. Ganti baju
yang dah kotor ni.” Semakin kuat tangisan Adrianna. Baju tu bukannya boleh di
tukar ganti dengan baju lain walaupun serupa. Tu baju yang di hadiahkan emak
dan ayahnya sempena hari lahirnya baru-baru ini.
“You..
Please, stop crying! I’am so sorry, okey..” Aryan memujuk. Malu juga dia
apabila mereka berdua menjadi tumpuan beberapa pasang mata. Mujurlah sekarang
ni dah hampir pukul sepuluh malam, jadi pelajar-pelajar yang lain tidak ramai
yang berada di kantin.
“Awak
ingat baju ni boleh ganti dengan baju lain ke? Ni hadiah dari mak dengan ayah
saya tau.” Adrianna bersuara perlahan. Aryan mendiamkan diri. Dia tahu tu salah
dia. Saat tangisan Adrianna reda, barulah dia kembali bersuara.
“I
minta maaf.” Adrianna mengangkat wajahnya. Dia mengeluh perlahan. Malu pula
apabila mengenangkan yang dia menangis hanya kerana air tertumpah pada baju.
Wajah lelaki yang melanggarnya sebentar tadi di pandang.
“Hurm.
Yelah!” Aryan tersenyum.
“Err..
Pasal baju you ni, esok I bawa you pergi beli baju lain. Okey?” Adrianna memandang
wajah Aryan. Boleh percaya ke dengan mamat ni? Entah-entah dia ni ada niat tak
baik! Berkerut dahinya memikirkan segala kemungkinan yang boleh berlaku.
“Thanks..
but no thanks!” Adrianna bangun dan segera berlalu dari situ. Bajunya yang
kotor tidak di pedulikan lagi. Dia tak nak berlama-lama duduk dengan lelaki
yang tidak di kenali. Aryan tersengeh pelik apabila gadis itu seakan-akan
kelam-kabut pergi.
“Weird!”
Aryana
menutup diari arwah bondanya yang di berikan oleh Tok Ayah kepadanya. Dia
tersenyum nipis saat membaca luahan hati arwah bondanya itu. Perkenalan antara kedua
ibu bapanya hanyalah bermula secara tidak sengaja.
“Ana..
jom makan.” Mak Tok memanggilnya.
“Ye,
Mak Tok.” Aryana memandang diari itu sebelum meletakkannya di atas katil milik
arwah bondanya. Dia melangkah keluar dari bilik itu.
“Hah!
Dah baca?” Tok Ayah menyoalnya. Aryana hanya tersenyum. Masih banyak lagi yang
belum dia baca. Hanya pertemuan pertama sahaja yang sempat dia baca.
“Hurm.
Tok Ayah, arwah bonda di kebumikan dekat mana? Ana tak pernah pun pergi kubur
arwah bonda.” Aryana menyoal Tok Ayahnya. Dia dapat melihat reaksi Mak Tok dan
Tok Ayahnya yang saling berpandangan saat soalan itu di ajukannya.
“Ana
tak pernah ziarah kubur arwah?” Aryana
menggeleng. Setiap kali hari raya, dia hanya di benarkan duduk di rumah bersama
uncle Farouq iaitu pemandu papanya. Dan dia juga pasti yang papanya juga tidak
pernah menziarahi pusara arwah bonda. Bukan sebab papa tak nak, tapi sebab mama
tak benarkan.
“Mama
tak bagi Ana keluar pun masa raya. Papa ada pernah juga janji nak bawa Ana
ziarah kubur arwah bonda..” tapi sampai sekarang semua tu hanya tinggal janji.
Aryana tersenyum kelat. Nasi di dalam pinggannya di tenung seketika sebelum di
suapkan ke dalam mulut. Tok Ayah mengerling ke arah Mak Tok. Langsung tidak
menyangka sampai begitu sekali Aryana di perlakukan.
“Ana,
hari jumaat ni Mak Tok dengan Tok Ayah bawa Ana ziarah kubur arwah bonda, nak?”
Tok Ayah bertanya lembut.
“Betul
ke Tok Ayah? Nak nak nak!” Aryana membulatkan matanya. Akhirnya dia akan dapat
menziarahi kubur arwah bondanya. Tok Ayah dan Mak Tok tersenyum kecil. Kasihan
cucunya itu. Kasih sayang seorang wanita bergelar ibu tidak pernah di rasai
sepanjang hayatnya. Mujurlah mereka masih ada.
Dia
juga bersyukur Datin Sarimah memaksa Datuk Aryan meletakkan Aryana di bawah
jagaan dia dan isterinya. Tujuan Datin Sarimah untuk memisahkan Aryana dengan
papanya memberi peluang buat dia dan isterinya memberi kasih sayang kepada
cucunya yang tidak bersalah itu. Kali ini Datin Sarimah tersilap percaturan
dalam menghadiahkan kesengsaraan kepada cucunya itu.
Izzatie
duduk sendirian di atas pangkin. Sejak kemasukan Aryana di sekolahnya, tumpuan
rakan-rakan mahupun guru-guru semakin beralih kepada gadis itu. Yang paling
meyakitkan hatinya, Fazli juga semakin dingin dengannya. Kalau dulu, boleh di
katakan hampir setiap minggu mereka mengulangkaji pelajaran bersama. Tapi kini,
jejaka itu lebih memberikan tumpuan pada Aryana.
“Hai.
Lama dah kau tunggu aku?” Izzatie tersentak. Tidak sedar dengan kehadiran
Fazli. Izzatie tersenyum nipis.
“Apasal
kau lambat?”
“Aku
yang lambat ke kau yang tercepat ni?” Fazli menyindir. Izzatie memutar bebola
matanya.
“Ye
lah! Asyik-ayik aku juga yang kena balik kan. Hah! Apasal kau nak jumpa aku ni?
Biasa kalau aku ajak study macam dulu-dulu kau tak nak! Ni mimpi apa kau nak
jumpa aku?” Izzatie menyoal. Fazli sekadar mengangkat bahu. Dia sebenarnya ada
hal yang hendak di bicarakan secara empat mata dengan Izzatie.
“Kau
cakap apa dekat Ana tentang kita?” berubah riak wajah Izzatie.
“Jadi,
kau nak jumpa aku ni hanya sebab tu?” Dia mengeluh kasar. Hatinya mendidih
marah. Fazli mengeluh lemah. Dia pun tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia.
Yang dia tahu, dia tak akan biarkan sesiapa pun mengganggu Aryana.
“Aku
cuma nak tahu. Aku tak nak lah kita gaduh berpunca dari hal yang kecil.”
“Kenapa
kau back up sangat minah tu? Sejak dia datang kampung kita ni, kau langsung tak
pedulikan aku lagi dah. Kalau dulu kita study sekali, sekarang ni nak nampak
batang hidung kau pun susah tau. Ke kau dah suka dia sebab bapak dia kaya?
Jadi, kau boleh lah tumpang senang dia kan?!” Fazli memejamkan matanya
seketika. Cuba bertenang.
“Apa
kau merepek ni?”
“Aku
suka kau! Dari dulu lagi! Tapi kau tak pernah ambil peduli. Salah ke kalau aku bagi
amaran pada Aryana supaya jangan jadi macam mak dia yang perampas tu! Memang
padan muka mak dia mati macam tu!” Serentak itu juga tangan Fazli hampir sahaja
naik ke wajah Izzatie.
“Awak!”
Aryana
terjerit. Langsung dia tak sangka yang Fazli berani akan berani untuk memukul
Izzatie. Mujurlah dia cepat, kalau tak memang berbekas tapak tangan lah dekat
pipi Izzatie yang gebu tu.
“Kau
dah lebih Tie!” Aryana segera mendapat Fazli. Tangan lelaki itu di tariknya.
Makin lama Fazli di situ, entah apa lagi akan jadi. Izzatie seakan-akan
tergamam.
“Apa
awak buat ni? Gila ke?” Aryana menyoal kasar. Fazli berjalan laju tanpa
memandang ke arah Izzatie mahupun Aryana. Aryana mengeluh lemah. Sikap lelaki
itu sukar untuk di teka.
“Fazli!”
“Apa?”
Kasar suara Fazli menyoal. Aryana mengejar langkah Fazli yang agak jauh di
hadapannya.
“Kenapa
dengan awak ni? Apa salah dia sampai awak naik tangan dekat dia? Dayus ek nak
tampar perempuan?” Fazli berhenti melangkah sebaik sahaja tiba di bendang
tempat pertemuan pertamanya dengan Aryana. Dia duduk bersila di atas rumput.
Aryana turut sama duduk di sebelah Fazli.
“Kenapa
sampai macam tu sekali sikap Izzatie berubah? Selama ni dia lemah lembut,
sopan. Tapi kenapa tiba-tiba aje dia berubah?” Soalan Fazli itu hanya mampu
Aryana jawab dengan menjungkitkan bahunya. Mana lah dia tahu kenapa perempuan
tu boleh berubah!
“Tanyalah
dia! Tanya saya buat apa. Bukannya saya boleh jawab pun.” Fazli mengeluh.
Izzatie suka dia? Dari dulu lagi?
“Awak,
saya tahu awak marah dia sebab dia hina saya. Hina arwah bonda saya. Tapi
biarkan je dia tu. Saya tak kisah pun apa yang dia cakapkan tu. Awak tak payah
lah nak perbesarkan hal ni.” Aryana berkata apabila Fazli tidak membalas
kata-katanya. Bukan dia tak dengar apa yang Izzatie katakan. Memang gadis itu
melampau, tapi mulut orang memang kita tak boleh tutup.
“Kau
ni memang tak ada perasaan ke?” Panggilan kau kembali di gunakan.
“Kenapa
pula awak kata macam tu? Awak ada nampak ke perasaan saya ni ada ke tak?”
Aryana menyoal pelik. Sebenarnya, dia faham je apa yang Fazli cuba sampaikan.
Tapi malaslah dia nak kecoh-kecoh.
“Dah
tu, orang kata macam-macam dekat kau dengan arwah bonda kau pun kau still boleh
relax. Bukan ke tak ada perasaan macam tu?” Aryana tergelak perlahan. Fazli
ikut sama tersenyum. Nampak gayanya, angin Fazli semakin baik.
“Dekat
sini ada jual ABC tak?”
Aryana
memandang Fazli tidak percaya. Mesin pengisar ais di hadapannya di pandang
bersilih ganti dengan wajah Fazli. Jangan cakap mamat ni nak buat ABC sendiri!
Fazli berjalan menuju ke arah peti ais. Pintu peti ais di buka dan satu persatu
barang-barang bagi membuat ABC di keluarkan.
“Awak
nak buat apa ni?”
“Laa..
Tadi kata nak makan ABC. Nak buat lah ni.” Fazli menjawab bersama senyuman
manis di bibirnya. Terpana sekejap Aryana apabila melihat senyuman Fazli itu.
Baru hari ni dia nampak Fazli tu sweet sangat kalau tersenyum.
“Awak
nak buat sendiri?”
“Ye
lah! Ambil ais dalam freezer tu.” Fazli
mengarah Aryana sambil tangannya lincah memasukkan cendol dan jagung serta
beberapa jenis lagi bahan-bahan untuk menyedapkan lagi ABC yang akan dibuatnya.
“Mana
awak belajar buat ABC ni?” Aryana bertanya apabila melihat Fazli seakan-akan
tidak kekok dalam membuat ABC. Teruja juga dia bila melihat ais yang di kisar
mula jatuh ke dalam cawan.
“Saya
meniaga ABC dekat pasar malam.” Fazli bersuara tenang. Aryana menganggukkan
kepalanya tanda memahami. Dia lupa yang Fazli ni kan kerja untuk mendapatkan
duit.
“Nah,
rasalah!” ABC yang telah siap di hulurkan kepada Aryana. Dia mengambil ABC yang
selebihnya lalu di berikan kepada adik-adiknya. Aryana memandang gelagat Fazli
itu dengan senyuman nipis. Penyayang juga mamat ni! Detik hatinya.
“Macam
mana?”
“Sedap!”
Fazli tersenyum apabila melihat Aryana makan dengan berselera sekali. Macam tak
pernah jumpa ABC pula! Fazli mencapai tisu dan menghulurkannya kepada Aryana.
“Thanks.
Sedap gila tau tak!”
“Tengok
orang lah! ABC tu sedap sebab orang yang buat ABC tu handsome.” Fazli berkata.
Tersembur ABC yang di makan Aryana. Habis wajah Fazli kotor gara-gara semburan
Aryana. Aryana telan liur. Tu lah, sape suruh perasan sangat kan dah tersedak
dia di buatnya.
“Awak,
sorry!” Aryana mengambil tisu lalu mengelap wajah Fazli. Fazli membuka matanya
dan pandangan mereka bersatu. Timbul getar di hati Aryana saat itu. Segera dia
menjatuhkan tangannya dari wajah Fazli. Astaghfirullah al adzim! Kenapa dengan
aku ni?! Aryana kembali duduk. Fazli menghampiri Aryana. Liur di teguk. Banyak
pula air liur ni!
“Mulut
awak.. comot.” Serentak itu tangannya mengelap perlahan mulut Aryana. Aryana
rasa nak pengsan saat tu jaga. Memang gilalah perasaan yang tiba-tiba je muncul
dalam diri dia. Lain macam! Scary!!
best
BalasPadamtq =)
PadamAaaaaa... comel nyaaa.. sweet sangat ;)
BalasPadamtq eida aydaa.. =)
Padam