kepada yg sudi jengah ke mari, sy ucpkan bnyk2 terima kasih..
bnyk kekurangan lg dlm karya sy..
dan sy sgt memerlukan bantuan2 para senior..
sila lah komen dan betulkan apa yang slah pd karya sy..
selamat membaca..
segala yang baik datangnya dari Allah SWT..
dan segala kekurangan, datangnya dari saya..
enjoy all!!
=D
Fazli
Maaf Itu Sempurnakan Kasih
BAB 2
Aryana
duduk di pondok yang terletak berhampiran dengan padang sekolah barunya itu.
Jika hendak di bandingkan sekolahnya yang dulu dengan yang sekarang, memang
jauh beza. Ibarat langit dengan bumi. Mana taknya, sekolah lamanya di Kuala
Lumpur merupakan sekolah swasta yang di lengkapi dengan pelbagai jenis
kemudahan. Di sini pula hanyalah sekolah kerajaan yang hanya biasa-biasa
sahaja. Tapi dia seronok berada di sini.
Jika
dahulu, semua rakan-rakannya hanyalah anak orang yang berada. Jika anak orang
kebanyakan bersekolah di situ, pasti mereka akan di perhambakan oleh anak-anak
orang kaya. Dia juga pernah mengalami semua itu. Mujurlah ada Ainul. Gadis itu
tidak pernah kisah untuk berkawan dengan sesiapa jua. Anak orang kaya atau
miskin, dia tetap layan sekata.
“Woi!
Berangan!”
“Mak!!”
Aryana terjerit kuat. Selamat tak tergolek dia. Dadanya di urut perlahan.
Terbeliak matanya memandang Syafikah. Gadis itu tergelak melihat dia yang
terkejut.
“Suka
sangat terkejutkan orang! Kalau aku ada sakit lemah jantung macam mana? Tak ke
mati terus?” Aryana pura-pura marah. Ala! Bukannya dia marah betul pun.
Main-main aje.
“Sorry
lah. Aku ingatkan kau perasan aku sampai
sini. Hurm. Asal kau tak balik lagi? Tok Ayah kau tak datang lagi?” Aryana
menggelengkan kepala. Hari ni, Mak Tok dengan Tok Ayah keluar pergi bandar
sekejap. Pergi beli barang dapur.
“Tak.
Tok Ayah dengan Mak Tok pergi beli barang dapur. Yang kau kenapa tak balik
lagi?” Aryana menyoal Syafikah pula. Kemudian menepuk dahinya. Terlupa yang mak
Syafikah ni bekerja dekat kantin sekolah. Selagi waktu rehat sesi petang belum
tamat, selagi tu lah mak dia dengan dia-dia sekali tak balik.
“Kau
ni! Tua dah ke? Hish!” Selamba dia meluku kepala Aryana. Aryana mengaduh
perlahan. Padahal tak sakit pun. Saja aje nak berlakon. Belum pun sempat Aryana
membalas semula, sebuah motor Honda bulat membunyikan hon. Aryana dan Syafikah
memandang ke arah motor itu. Terlopong mulut Aryana apabila dia melihat
gerangan yang membawa motor itu. Syafikah menolak bahu Aryana di sebelahnya.
“Beb,
sape tu?” Aryana tak menjawab soalan itu. Dia melangkah menghampiri lelaki itu.
Nampak gayanya, memang lelaki itu membunyikan hon kepadanya.
“Err..
Awak buat apa dekat sini?”
“Aku
sekolah dekat sini. Hurm. Tok Ayah suruh aku hantar kau balik. Jom lah.” Fazli
berkata. Helmet di hulurkan kepada Aryana. Teragak-agak Aryana mengambil helmet
yang di hulurkan. Seakan tidak percaya dengan apa yang di perkatakan Fazli.
“Awak
biar betul?”
“Betullah!
Cepat sikit! Aku tak solat lagi ni.” Aryana berlari anak mengambil beg dan
buku-bukunya. Sempat dia berbisik kepada Syafikah.
“Weyh!
Jumpa esok. Aku balik dengan mamat tu. Bye.” Syafikah hanya sekadar mengangguk.
“Awak,
kenapa Tok Ayah suruh awak ambil saya?”Aryana menyoal Fazli saat motor yang
dinaiki mereka berada di tengah jalan raya. Mujur juga Fazli membawa motor dengan
perlahan. Kalu bawa laju, entah-entah dengan dia-dia sekali terbang. Huh! Dia
tak nak mati lagi. Dia nak belajar tinggi-tinggi.
“Tok
Ayah takut kalau dia lambat balik. Dia pergi rumah orang meninggal. Mak Tok ada
dekat rumah. Tu yang Tok Ayah suruh aku ambil. Lagi pun, kebetulan aku sekolah
sama dengan kau.” Fazli bersuara sedikit kuat. Cuba melawan bunyi angin yang
kuat saat memandu.
“Owh.
Kenapa selama ni saya tak pernah nampak awak dekat sekolah ek? Dah dekat 2
bulan saya belajar kat situ.” Macam mana dia boleh tak tahu yang Fazli tu
sekolah sama dengan dia? Haih! Tak boleh jadi betul.
“Kau,
kalau dah berjalan, mana tengok kiri kanan dah. Aku jalan sebelah kau pun kau
tak perasan.” Fazli menempelak. Aryana mencebik. Tapi dia memang kena akui yang
dia kalau dah berjalan, memang tak tengok kiri kanan dah.
“Hurm.
Ye lah. Cuba awak fikir ek.. Kalau berjalan tapi tak pandang depan, mesti
terjatuh. Sebabnya, kalau ada kayu ke apa ke, mesti terlanggar. Jadi, baiklah
saya pandang depan aje. Betul tak?”
“Habis
tu, kalau kau nak lintas jalan? Kau main redah aje ke? Tak kan!! Mesti kena tengok kiri, kanan lepas
tu kiri balik. Bila dah yakin kereta tak ada, baru melintas kan? So, same goes to it. Faham?” Amboi! Speaking
London la pula dia ni. Aryana tergelak kecil. Betul juga apa yang Fazli
katakan.
“Awak,
boleh tak kalau awak jangan bahasakan kau aku dengan saya? Kasar sangat lah.
Awak panggil saya Ana aje lah. Nampak lah sopan sikit! Ni tak, macam samseng
aje.” Aryana berkata lagi. Fazli terdiam. Tak tahu nak balas apa.
Fazli
menghentikan motor apabila tiba di halaman rumah Tok Mak Aryana. Aryana turun
dari motor. Helmet separuh bulat itu di cabut dari kepalanya dan di hulurkan
kepada Fazli. Laju Aryana berlari ke dalam rumah selepas mengucapkan terima
kasih kepada Fazli.
Fazli
hanya melihat telatah Aryana bersama gelengan kepala. Umur dah 15 tahun, tapi
perangai macam budak umur 5 tahun! Dia tersenyum sebelum menepuk dahinya. Solat
Zohor dia belum tunaikan lagi. Laju dia memecut untuk pulang ke rumahnya pula.
“Tolong
kak... Jangan seksa saya macam ni.. Kesiankanlah saya, kak!” tangisan itu
benar-benar sayu. Wajah bengis itu di pandangnya. Dia seakan-akan pernah
melihat wajah itu. Mama!!
“Kau
nak aku kesiankan kau? Perempuan macam kau tak layak di kesiankan! Perampas!”
Tamparan hinggap di wajah jelita wanita yang sedang mengandung itu. Tidak cukup
dengan itu, sepakan demi sepakan hinggap di tubuh dan perut wanita itu.
“Allahuakhbar!
Allah!”
“Kau
ingat kau jerit panggil Allah, Allah boleh tolong kau ke, hah?” Seakan tiada
akidah Sarimah bersuara. Rambut Adrianna di tarik mendekati wajahnya.
“Eh,
perempuan! Kau dengar sini. Sampai mati pun aku tak akan maafkan kau. Anak
dalam perut kau ni, aku akan biarkan dia hidup. Tapi aku bersumpah! Aku tak
akan biarkan dia hidup bahagia. Aku akan seksa dia lebih dari aku seksa kau.”
Rambut Adrianna di lepaskan. Kepala wanita di tonyoh kuat.
“Kak..
Ja.. jangan sek..sa anak sa.. saya..” Lemah Adrianna bersuara. Tidak terdaya
lagi untuk bangun. Dia dapat merasakan cecair mengalir dari celah-celah
pehanya. Tidak putus-putus dia menyebut Allah. Sarimah tergelak jahat. Puas
hatinya melihat madunya itu terbaring lemah di lantai rumah.
“Ana..
Bangun.. Dah dekat maghrib ni. Mengigau budak ni!” Tok Mak menggoyangkan tubuh
Aryana yang sedang meracau dalam tidurnya. Peluh sudah membasahi wajahnya.
“Bonda.. bonda..” Aryana meracau. Mak Tok menepuk
lengan Aryana. Seketika kemudian, mata Aryana terbuka. Wajah Mak Tok di pandang
pelik. Peluh yang membasahi wajahnya di kesat perlahan.
“Ana,
kenapa tidur senja-senja macam ni? Kan dah mengigau. Hurm. Pergi mandi dulu.
Kejap lagi kita solat berjemaah dengan Tok Ayah.” Mak Tok mengusap lembut
rambut Aryana. Wajah Aryana di pandang lembut. Aryana sekadar mengangguk. Air
mata yang mula bergenang di tubir matanya sedaya upaya di tahan. Enggan
mengundang kerisauan Mak Tok.
“Ana
pergi mandi dulu.” Mak Tok mengangguk. Bukannya dia tak nampak air mata yang
bergenang di mata cucunya itu. Dia juga dengar apa yang di racaukan Aryana.
Pasti cucunya itu bermimpikan arwah bondanya lagi.
Aryana
memandang biasan wajahnya di cermin yang berada di dalam bilik mandi. Menurut
papanya, wajahnya seiras arwah bondanya. Dia tersenyum sambil menyeka air mata
yang mula mengalir di pipinya.
“Bonda,
Ana tak akan maafkan mama.” Terluah juga kata-kata itu dari mulutnya. Dia tahu
dendam Datin Sarimah terhadap dia dan arwah bondanya masih kekal. Dan dia
yakin, dendam itu hanya akan padam setelah dia mati.
“Satu
hari nanti, mama akan melutut dan merayu di kaki Ana supaya Ana memaafkan mama.
Hingga saat itu tiba, Ana akan biarkan mama buat apa sahaja pada Ana.” Aryana
berkata. Datin Sarimah pasti akan menerima balasan yang setimpal dengan segala
perbuatan yang pernah dia lakukan dahulu. Hanya cepat atau lambat. Saat itu
pasti akan tiba juga. Aryana pasti tentang itu.
“Hey,
budak bandar!”
Aryana
tersentak. Tiba-tiba sahaja dia di kelilingi oleh 5 orang pelajar perempuan.
Kalau tak silap dia, mereka semua merupakan seniornya. Syafikah kata, mereka
berlima ni merupakan student hot sekolah itu. Tak tahu lah hot sebab apa. Sebab
pandai atau sebab lawa. Tapi dia akui, mereka berlima memang cantik. Terutama
sekali Izzatie, ketua di antara mereka berlima.
“Err..
Kau panggil aku ke?”
“Dah
tu, ada budak bandar lain ke kat sini?” Sinis Izzatie bersuara. Aryana
tersenyum. Dia pun tak tahu bila masa pula dia tukar nama dari Nur Aiman Aryana
kepada ‘budak bandar’.
“Ada
apa?”
“Aku
nak kau jauhkan diri kau dari boyfriend aku!” berkerut dahi Aryana. Siapa entah
boyfriend minah ni? Alahai! Wajah Izzatie di pandangnya.
“Macam
ni lah.. Aku minta maaf kalau aku ada ganggu kau dengan kawan-kawan kau. Aku
kenal pun tak siapa boyfriend kau, macam
manalah aku nak kacau.” Aryana berkata. Dia tak nak lah cari gaduh dekat sini.
Izzatie mendengus.
“Kau
dengan mak kau sama aje perangai! Perempuan perampas!” Aryana tersentak. Wajah
Izzatie di pandang tajam. Kalau betul secara tak sengaja dia ada mengganggu
hubungan gadis di hadapannya ini, kenapa mesti arwah bondanya di kaitkan sama?!
“Kau
ingat, kalau kau pandang aku macam tu aku akan takut, jangan harap! Aku tak
akan takut pada perempuan murah!” Izzatie mengherdik lagi. Aryana melangkah
menghampiri Izzatie.
“Jangan
hina arwah bonda aku! Dia dah meninggal pun. Ni antara aku dengan kau, jadi
jangan kaitkan dengan arwah bonda aku.” Aryana berjalan meninggalkan Izzatie.
Sempat dia melihat senyuman sinis di wajah gadis yang telah menghina arwah
bondanya itu. Sakit di hatinya hanya Allah saja yang tahu.
“Dengar
sini! Ini amaran terakhir aku. Jangan dekat dengan Fazli! He’s mine!” Aryana
tersenyum sebagai usaha untuk menutup luka di hatinya.
“Kalau
itu boleh membahagiakan kau.. InsyaAllah.” Aryana meneruskan langkahnya yang
terbantut. Air matanya yang mula mengalir di sekanya. Biar lah apa yang orang
hendak katakan. Satu hari nanti, kebenaran akan terbongkar juga.
Seminggu
dia tak bertemu Aryana. Kali terakhir dia berbicara dengan Aryana adalah ketika
dia menghantar gadis itu pulang ke rumah dulu. Kalau dekat sekolah pula, setiap
kali dia cuba mendekati gadis itu, laju sahaja Aryana hilang. Ada juga dia cuba
mengingati kembali adakah dia ada membuat salah terhadap Aryana. Tapi, dia rasa
tak ada.
“Ana!”
Fazli menjerit memanggil Aryana saat gadis itu melintasinya yang sedang duduk
di pondok dalam kawasan sekolah. Aryana berpaling namun kemudiannya dia
melangkah laju. Fazli bergegas mendapatkan Aryana.
“Ana!
Kenapa dengan kau ni, hah?” Lengan Aryana di tarik. Aryana berhenti melangkah.
Lengannya yang di pegang Fazli di rentap perlahan. Anak mata di putarkan. Wajah
Fazli kemudiannya di pandang.
“Nak
apa?”
“Kenapa
kau lari?”
“Mana
ada saya lari. Saya jalan aje lah! Tak nampak ke?” Aryana meloyar buruk. Fazli
mendengus kuat. Dia dapat rasakan yang Aryana memang berniat untuk melarikan
diri dari dirinya. Tangan Aryana sekali lagi di tarik sehinggakan Aryana
benar-benar menghadapnya.
“Ana..
Kenapa lari dari saya?”
“Hah?”
Aryana terkedu. Terbeliak matanya memandang Fazli. Panggilan yang di gunakan
Fazli itu benar-benar mengejutkannya.
“Err..
Mana ada saya lari. Berapa kali saya nak cakap?”
“Cuba
berterus terang dengan saya. Ada orang buli awak ke?” Fazli menyoal. Tangan
Aryana masih di pegangnya. Enggan Aryana lari lagi.
“Tak
ada. Kekasih awak yang tak nak saya rapat dengan awak. Jadi, saya tak nak lah
rosakkan hubungan awak dengan Izzatie.” Aryana berterus terang. Fazli ketawa mengekek. Berkerut dahi Aryana apabila
melihat Fazli yang tiba-tiba sahaja ketawa.
“Gelak,
kenapa?”
“Izzatie?
Kekasih saya? Sejak bila?” Makin kuat Fazli ketawa. Sejak bila lah dia bercinta
dengan Izzatie. Aryana melepaskan
keluhan.
“Izzatie
tu kawan saya je. Dah lah. Jom balik. Tok Ayah tak sempat ambil awak hari ni.
Tok Ayah pergi bandar ambil duit. Balik dengan saya, jom.” Aryana menggeleng.
Tak nak dah naik motor dengan Fazli.
“Tak
nak naik motor dengan awak.”
“Hurm.
Jalan kaki?” Aryana mengangguk. Dia pelik dengan perubahan Fazli. Pelik bila
lelaki itu mendengar permintaannya dulu untuk tidak menggunakan aku kau
sebaliknya saya awak, lepas tu jadi mesra alam semacam aje. Yang paling pelik, kenapa
Fazli tiba-tiba kisah pula dia tak bertegur dengan lelaki itu. Sebelum ini pun,
mereka jarang-jarang juga bertemu dan bercakap. Argh! Dia malas lah nak ambil
tahu. Aryana melangkah laju. Fazli mengekori langkahnya.
“Jangan
lah laju sangat!” Fazli berkata. Aryana memperlahankan langkah. Fazli berjalan
di sebelahnya. Dia menjeling sekilas sebelum terus berjalan.
“Ana,
lain kali jangan dengar apa yang orang cakap. Kalau saya tak suruh awak jauhkan
diri dari saya, awak tak payah lah nak jauhkan diri. Apa yang orang nak kata,
biar aje lah.” Fazli berkata tenang. Aryana menarik nafas panjang. Dia bukannya
pedulikan apa yang orang nak kata, tapi bila melibatkan arwah bondanya, dia
terpaksa juga dengar cakap orang.
“Awak
tak payah risaukan saya. Kalau saya tak cakap dengan awak pun, bukannya awak
rugi apa pun. Lagi pun, saya tak nak rosakkan hubungan awak dengan Izzatie
sekalipun awak kata yang dia tu hanyalah kawan awak.” Langkah Fazli terhenti. Memang lah dia tak
rugi apa pun. Tapi tak salahkan kalau dia berkawan dengan Aryana sama macam dia
kawan dengan Izzatie?
“Izzatie
cakap apa dekat awak sampaikan awak tak nak cakap dengan saya?”
“Tak
ada apa lah!” Aryana melangkah laju. Fazli pula terpaksa berlari anak untuk
mengejar langkah Aryana. Dia berhenti di hadapan Aryana. Hampir aje Aryana
terlanggar tubuhnya.
“Awak
ni kenapa?”
“Baik
awak bagitahu saya. Kalau tak, saya akan tanya dia sendiri.” Aryana mengeluh
kasar. Mamat ni kan!
“Pergilah
tanya dia sendiri! Lagi bagus! Lepas tu jangan awak nak sibuk hal saya lagi!
Menyibuk aje kerja dia.” Aryana berkata sedikit kasar. Dia tak suka di desak
tambah lagi kalau benda tu melibatkan diri dia. Suka hati dialah nak bagitahu
ke tak. Yang Fazli nak menyibuk sangat kenapa?!
“Ana..
Okey! Saya takkan tanya dia. Tapi, tolong lah jangan tiba-tiba larikan diri
dari saya. Mak Tok dengan Tok Ayah percayakan saya. Diorang minta tolong saya
jagakan awak dekat sekolah.” Fazli bersuara lembut. Agak terkejut sebenarnya
bila Aryana seperti mengamuk.
“Saya
minta maaf kalau dah buat awak marah!” Fazli berkata apabila melihat Aryana
hanya mendiamkan diri. Api tak boleh lawan dengan api. Kena lawan dengan air
baru api akan padam. Aryana menjeling ke arah Fazli.
“Fine!
Lain kali, tak perlulah nak ambil tahu semua benda. Saya tahu jaga diri
sendiri.” Fazli tersenyum. Pacat gigit pun dah menangis! Getusnya.
“Pacat
tu lain cerita okey!” Aryana seakan-akan dapat membaca apa yang bermain di
fikiran Fazli. Tergelak besar Fazli dengan kata-kata Aryana itu.
“Saya
tak cakap apa-apa pun!” Fazli tersenyum lagi. Aryana mengetap bibirnya. Dia
kembali meneruskan langkah. Fazli berjalan seiring dengan Aryana. Tak sangka betul
dia, kepala angin juga si Aryana ni.
silalah tinggalkan komen ye.. hihi.. tq..
wah sah-sah berbakat jadi penulis ni! kak, kalau buku ni siap, lebih baik akak publishkan. Jalan cite pon best. hihi. ;)
BalasPadamterima kasih roseberry..
Padamakak masih bnyk klemahan lagi..
insyaAllah akak akn perbaiki lg..
cuma, jgn segan2 tgur akak lau ada salah silap ye..
tq sudi baca..
okehhh (Y) teruskan.....
BalasPadamtq kak NB..
Padam