Maaf up n3 lmbt.. huhu..
Mood merudum 2 minggu belakangan ni.. haha..
okey, n3 kali ni tak se'sweet' n3 yg hari tu..
Tapi, apa boleh buat kan..
Ini lah kehidupan..
Ada yang manis dan ada yang pahit.. hah..
tu tak tmbah lagi dgn yg tawar, masin dan segala mak nenek lagi lah... haha..
Merepek sudah!
Okey lah, enjoyyy ye..
Jangan lupa, tinggalkan lah jejak anda di sini.. huhhu..
Tegur saya kalau saya ada silap dan salah.. tq.
=)
ARYANA
Maaf Itu Sempurnakan Kasih
BAB 4
Tahun
2014...
Aryana
mendukung anak lelaki Izzatie yang berumur setahun tiga bulan. Izzatie
memandang wajah Aryana dengan senyuman terukir di bibir. Dia dapat melihat
ciri-ciri keibuan yang ada pada gadis itu. Gadis itu sudah layak menjadi isteri
dan ibu. Tetapi, mengapa gadis itu masih belum berkahwin?
Adakalanya
dia turut tertanya-tanya, adakah Aryana masih lagi mengingati apa yang pernah
berlaku lebih sepuluh tahun yang lalu. Entahlah, dia juga tak dapat nak
teka. Aryana terlalu berahsia apabila
melibatkan soal hati dan perasaan.
“Comelnya
anak akak. Semangat betul tubuh dia. Geramnya saya.” Aryana bersuara sambil
mengagah anak Izzatie. Mengekek budak tu di buatnya. Izzatie tersenyum melihat
telatah Aryana melayan anak sulungnya itu.
“Hai!
Teringin ke?”
“Sape
tak nak anak comel macam ni, kak? Mestilah teringin.” Tanpa mengetahui
persoalan sebenar, Aryana tetap menjawab. Izzatie menepuk dahi perlahan. Budak
ni tetap tak berubah. Slow!
“Kahwin
la Ana kalau nak anak. Seronok apa kahwin!” Aryana tersengeh apabila mendengar
ayat yang terluah dari bibir Izzatie. Buat apa kahwin kalau hati merana? Dia
tertanya-tanya sendiri.
“Belum
sampai seru lagi kak. Lagi pun, tak ada sape nak dekat Ana ni, kak.” Aryana
memberi alasan. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu statusnya itu. Izzatie
mengerutkan dahinya. Tak percaya dengan kata-kata Aryana. Tubuh ala-ala model.
Rupa pula semula jadi cantik. Mungkin menurun dari arwah ibunya.
“Takkanlah
tak ada orang nak dekat adik akak ni? Dekat Melbourne sana, tak ada ke mat
saleh yang berkenan dekat Ana?” Izzatie berseloroh. Apabila mengenangkan bumi
Melbourne, Aryana tersenyum. Ingatannya melayang kepada seorang jejaka Melayu
yang menjadi temannya di sana.
“Hah!
Tu tersenyum-senyum tu, ada lah ye? Melepaslah kau Fazli.”
“Hish!
Apa lah akak ni. Ada pula sebut nama kawan tu. Muncul kang, Ana lari dulu.”
Aryana tergelak sebelum berpusing ke belakang. Fazli! Dia telan liur. Tak
sangka mamat tu boleh ada dekat situ. Izzatie tersengeh-sengeh. Anaknya di
ambil dari pegangan Aryana. Aryana membulatkan mata kepadanya. Allah! Kak Tie
ni memang sengaja nak kenakan aku! Hati Aryana terdetik.
“Kenapa
Ana lari kalau jumpa abang?” Fazli menyoal. Pandangannya tajam menikam wajah
Aryana. Aryana kelu. Soalan itu pernah di tanya suatu ketika dahulu. Oleh orang
yang sama, cuma sebabnya sahaja yang berbeza. Aryana memutarkan anak matanya.
Dia memang tak berniat langsung nak jawab soalan Fazli.
“Kak,
Ana minta diri dulu lah ye. Dah petang sangat ni.” Aryana bangun dari duduknya.
Izzatie terpana. Langsung tak menduga sampai begitu sekali gadis itu ingin
melarikan diri dari Fazli. Izzatie hanya mampu mengangguk apabila Aryana telah
pun menuju ke muka pintu.
Aryana
melangkah pulang ke rumah peninggalan arwah atuk dan neneknya. Telefon yang
bergetar dari dalam poket seluarnya di tarik keluar. Senyuman terukir di bibirnya
saat membaca nama pemanggil.
“Aryana,
you dekat mana ni?” Aryana tergelak mendengar soalan dari si pemanggil. Masih
kelam kabut seperti sewaktu di Melbourne.
“I
dekat Malaysia lah. You bila balik KL?” Terdengar gelak tawa Aqil.
“Teka
I dekat mana sekarang ni?” Aryana ketawa lagi. Mesti Aqil dah balik Malaysia.
Tak sabarnya nak jumpa kawan baik dia ni.
“You
dekat KL kan?”
“Nope!
I dekat Kelantan. Ambil I dekat airport cepat.” Aqil berkata. Ceria nada
suaranya. Aryana membulatkan mata. Tak percaya dengan kata-kata Aqil tu. Bukan
dia tak tahu yang Aqil ni suka sangat main-mainkan dia. Dah banyak kali dia
kena!
“Tipu
lah! Buat apalah you datang Kelantan kan.”
“Babe!
I tak tipu you lah!” Serius nada suara Aqil. Aryana mengerutkan dahinya. Biar
betul mamat ni?
“You
main-main je kan?” Terdengar Aqil ketawa. Aryana tersenyum. Dia yakin sangat
yang Aqil sekadar mempermainkan dia.
“Ana,
damn serious I dekat Kelantan sekarang ni. Pick me up! I dekat Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa ni!” Aryana ternganga. Kalau dah Aqil sampai tiga kali Aqil
ulang benda yang sama, memang lelaki itu tak tipu.
“You
buat apa dekat Kelantan?”
“You
datang ambil I dulu. Lepas tu, I cerita the whole story, okey. Cepat sikit!”
Talian di putuskan. Aryana menggelengkan kepala. Macam mana lah dia nak pergi
ambil mamat tu? Bukannya dia ada kereta pun dekat sini! Masalah betul! Selamat
bestfriend merangkap keluarga, kalau tak memang jangan harap lah dia nak
susahkan diri pergi ambil dekat airport yang boleh tahan jauh juga dari rumah
arwah Tok Ayah dengan Mak Tok. Nak tak nak, kenalah dia patah balik pergi rumah
Izzatie.
Izzatie
memandang Aryana pelik. Tadi rasanya gadis tu kata nak balik. Tapi tak sampai
sepuluh minit, dia datang balik. Aryana yang tersengeh-sengeh itu membuatkan
dia rasa sesuatu yang pelik.
“Pinjam
kereta nak buat apa?” Izzatie menyoal. Aryana tersengeh tetapi tetap tidak
menjawab soalan Izzatie.
“Adalah!
Pinjam ek, kak.”
“Awak
tu tak ada lesen. Macam mana nak bawa kereta?” Izzatie menyoal lagi. Aryana ni
kepala otak dia bukannya betul mana pun. Aryana mencebik apabila Izzatie
seakan-akan bermain tarik tali dengannya.
“Tak
apa lah kalau macam tu. Saya naik motor arwah Tok Ayah aje lah.” Aryana
pura-pura merajuk. Izzatie mengeluh lemah. Ada-ada aje modal Aryana ni.
“Yelah!
Tapi ada syaratnya. Fazli yang tolong hantar Ana nanti. Macam mana?” Aryana
ternganga mendengar syarat yang di berikan Izzatie. Laju tangannya menggaru
pipinya.
“Ala!
Hurm. Yelah!” Laju Izzatie menghubungi Fazli. Aryana memuncungkan bibirnya
tanda protes. Sengaja je si Izzatie ni nak kenakan dia! Tidak sampai lima minit
Izzatie menamatkan perbualan dengan Fazli, lelaki itu tiba di hadapan rumah
Izzatie.
“Laju
nya!”
“Ada
dekat depan tu aje tadi.” Fazli berkata sambil memandang Aryana. Aryana sengaja
buat-buat tak nampak renungan Fazli itu.
“Akak,
kitorang pergi dulu ek. Bye.” Laju Aryana melangkah keluar sebaik sahaja kunci
kereta milik Izzatie berada dalam genggaman Fazli. Fazli hanya mengekori Aryana
menuju ke arah kereta Izzatie.
“Nak
pergi mana ni?”
Fazli
menyoal sebaik sahaja kereta mula di pandu keluar dari kawasan kampung mereka.
Aryana menggigit bibir seketika.
“Airport.”
Fazli mengeluh apabila hanya sepatah perkataan sahaja yang keluar dari mulut
Aryana. Susah betul untuk memancing Aryana untuk berbicara panjang. Semakin
lama dia rasakan semakin jauh gadis itu darinya.
“Nak
ambil siapa?” Fazli mencuba mengajak Aryana berbual. Aryana mengeluh. Nak cakap
terus terang ke, nak bohong?!
“Kawan.”
“Ana..
kenapa pergi dulu tak bagitahu abang?” Aryana memejamkan matanya. Kenapa mesti
kisah yang dah reput dek di telan zaman di ungkit semula? Dia tak suka nak
ingat segala benda yang berlaku yang ada kena mengena dengan lelaki itu. Lelaki
yang pernah mengkhianati cintanya dahulu.
“Ingat
tak, dulu abang kata kalau abang beli kereta, Ana lah orang pertama yang abang
nak bawak pusing-pusing. Tapi..” Belum sempat Fazli meneruskan kata-kata,
Aryana terlebih dahulu bersuara.
“Diam
boleh tak?” Fazli tersentak.
“Kalau
awak nak ungkit benda yang dah lapuk, saya tak nak dengar lah. Sudah-sudah lah
tu. I'm not interested in
listening to ramblings coming out of your mouth!” Kurang ajar bahasanya. Fazli
menekan brek secara tiba-tiba. Aryana mengerling ke arah Fazli saat kereta itu
terhenti di bahu jalan.
“Nur
Aiman Aryana! What happen to you, huh? Kenapa sampai macam ni sekali Ana layan
abang? Ingat sikit abang ni siapa! Mana hilangnya rasa hormat Ana pada abang?
Lupa ke apa hubungan kita sekarang?” tinggi nada suara Fazli. Aryana melepaskan
keluhan kasar. Hubungan itulah yang telah membuatkan dia merana selama ini.
“Rasa
hormat saya pada awak pernah ada. Tapi itu dulu!” Fazli meraup wajahnya. Aryana
kini bukan lagi Aryana yang pernah dia cintai dulu. Aryana di sebelahnya kini
terlalu berbeza dengan Aryana yang amat dia kasihi.
“Abang..”
“Saya
dah lambat ni. Kalau awak nak tolong bawa saya pergi airport, awak bawa kereta
sekarang. Kalau tak nak, biar saya drive sendiri.” Aryana berkata perlahan. Dia
benar-benar kusut saat itu. Fazli menarik nafas panjang. Dia kembali meneruskan
pemanduannya. Radio di pasangnya. Lagu Takku Sangka Takku Duga dendangan Saleem
memecah kesunyian di dalam kereta yang di pandu Fazli.
Dahulu
engkau berikan cinta..
Mengapa
kini engkau berubah?
Manakah
janji.. Akan setiasa menanti..
Takku
sangka, takku duga..
Perpisahan
yang akan melanda..
Dah
ku cuba, pertahankan.. Namun dirimu pergi jua..
Kau
lontar cintaku di tepian.. Ku bagaikan hanyut di lautan..
Yang
lemas di dalam percintaan..
Di
pukul gelombang keresahan..
Mengalir
air mataku.. Menemani malam sepiku..
Ku
rindu saat bersamamu..
Sukarnya
untukku melupakanmu..
Tanpa
sedar, Fazli mengalirkan air mata saat lagu itu berkumandang. Sungguh! Lagu itu
benar-benar kena dengan kehidupan yang di laluinya selama ini. Gadis yang di
cintainya membawa diri gara-gara salah faham berlaku. Sekembalinya Aryana ke
Malaysia, kekuatan yang dahulunya hilang mula kembali sedikit demi sedikit.
Namun, gadis itu bukanlah gadis yang pernah menjadi miliknya dulu.
Aryana
mengetap bibirnya. Tangisan Fazli melemahkan jiwanya. Lagu itu umpama luahan
hati jejaka itu terhadapnya. Akhirnya dia memejamkan matanya. Cuba menenangkan
perasaan sendiri agar tidak tewas dengan kasih sayang yang di berikan jejaka
itu.
“You
dekat mana?” Aryana menyoal Aqil sebaik sahaja kereta yang di pandu Fazli
berjaya di parking. Fazli menjeling Aryana yang sedang berbicara di talian. Dia
kemudiannya memejamkan mata seketika.
“I
dekat Old Town White Coffee. You datang sini lah. Boleh minum-minum dulu.”
Aryana melihat jam di pergelangan tangannya. Gila apa mamat ni? Dah masuk waktu
solat maghrib kot!
“You
ni reti tengok jam ke tak? Dah masuk maghrib lah!”
“Ye!
Dekat sini kan ada surau. Kita solat dekat sini aje lah. You jangan nak banyak
bunyi pula. Cepat lah!” Aqil berkata. Aryana menggelengkan kepalanya. Susah
kalau bercakap dengan orang terlebih pandai ni. Asyik dia aje yang kena!
“Yelah.
Tunggu kejap!” Aryana menamatkan perbualannya. Fazli di sebelahnya di pandang.
Aik! Sempat lagi tidur mamat ni?! Serba salah pula dia untuk mengejutkan lelaki
itu. Terpaksa lah juga! Kalau tak kejut, habislah solat maghrib dia langgar!
“Fazli,
wake up!” Aryana memanggil dengan harapan Fazli akan tersedar. Seboleh mungkin
dia tak nak bersentuhan dengan lelaki itu. Mujurlah Fazli sekadar terlelap aje.
Terpisat-pisat Fazli membuka mata apabila terdengar namanya di panggil.
“Kita
pergi solat dulu!” Aryana berkata sambil turun dari kereta. Tergesa-gesa Fazli
mematikan enjin kereta dan keluar dari kereta. Langkah Aryana di kejarnya.
Sebaik sahaja dia berjalan di sisi gadis itu, sempat dia menggenggam erat
jemari Aryana.
“Lepaslah!”
Fazli buat tak tahu. Aryana menarik tangannya dari genggaman lelaki itu. Tapi
dia gagal. Sakit tangan dia bila Fazli genggam tangan dia macam nak patahkan
aje jari-jemari dia tu.
“Kalau
tak nak sakit, diam aje lah.” Fazli berkata perlahan. Aryana mendengus geram.
Fazli tersenyum kecil. Aryana tak ada lah jenis yang suka melawan mana pun.
Aryana tersenyum lebar saat matanya menjamah wajah Aqil.
Aqil
berdiri sambil melambai ke arah Aryana. Berkerut dahi dia apabila melihat
tangan Aryana di genggam erat oleh seorang lelaki. Dia tersenyum nipis. Mungkin
inilah jejaka yang pernah Aryana maksudkan dahulu.
“Hi,
babe!” Aqil memeluk Aryana. Tergamam Fazli dengan perlakuan Aqil itu. Aryana
pula seakan-akan merelakan. Mendidih hati Fazli. Dia berdehem kuat. Aryana
memutarkan bebola matanya. Aqil tersenyum. Tahu yang hati lelaki itu pasti
sedang membengkak marah.. dan cemburu.
“Kita
solat dulu lah. Kejap lagi baru makan.” Aryana memberi usul. Aqil tersenyum
sambil mengangguk. Mereka berjalan menuju ke arah surau. Fazli sekadar berjalan
di belakang Aryana dan lelaki yang tidak di ketahui namanya.
“You
buat apa datang sini?” Aryana menyoal Aqil sebaik sahaja mereka selesai
menunaikan solat. Hanya Fazli yang belum keluar dari surau. Aqil mengerutkan
dahi seolah-olah soalan yang di tanya Aryana itu terlalu sukar untuk di jawab.
Laju Aryana memukul bahu Aqil. Mengekek ketawa lelaki itu.
“I
datang sini sebab ibu suruh I tengok-tengokkan her beloved daughter ni lah.
Actually, I tak datang sorang tau. Adik pun ikut.” Aryana membeliakkan matanya.
Tak sangka pula Aqilah turut berada di situ.
“Mana?
I tak nampak dia pun.”
“Solat.
Tadi dia pergi toilet, so I sms dia, cakap kita solat dulu. Hum. What’s up with
him?” Aqil menyoal Aryana. Aryana pura-pura tak faham.
“Who?”
“Your
beloved..” Belum sempat Aqil menghabiskan bicara, Fazli keluar dari surau.
Serta-merta mereka berdua mendiamkan diri. Fazli menjeling ke arah Aryana.
“So,
tak nak kenalkan abang dengan kawan Ana?” Aryana tersentak dengan soalan Fazli.
Wajah Aqil di pandang lama. Aqil hanya tersenyum.
“Err..
Aqil, kenalkan ni Fazli.. Dia ni.. err..” Aryana tak tahu nak kenalkan Fazli ni
sebagai apa padanya. Sebab pada dia, Fazli is nothing!
“Kak Aryana!” Aryana berpaling ke arah
datangnya suara itu. Senyuman lebar menghiasi wajahnya. Lega bila dia tak payah
susah-susah nak perkenalkan Fazli pada Aqil sedangkan Aqil dah tahu siapa Fazli
padanya. Hanya Fazli yang tak tahu siapa Aqil padanya.
“Rindunya
dengan akak!” Tubuh Aryana di peluknya erat. Aryana membalas pelukan Aqilah.
Dia pun rindukan gadis itu. Mereka lah yang banyak membantunya selama ini.
“Akak
pun rindu Qila.” Fazli mengerutkan dahinya. Siapa pula perempuan ni? Dah lah
mamat ni pun belum habis cerita lagi. Ni tambah lagi sorang! Serabut kepala
Fazli dengan kehadiran dua makhluk Allah yang tak dia kenali itu.
“Hurm.
Jom pergi makan. I dah lapar ni Ana.”
“Okey,
jom.” Aryana menarik tangan Aqilah. Kelam kabut Aqilah menarik bagasinya. Apa
yang di kejarkan Aryana pun dia tak tahu lah. Fazli dan Aqil mengekori kedua
gadis itu dari belakang. Masing-masing hanya mendiamkan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan