maaf sgt lama xup n3 baru..
bz? xdelah bz pun.. mood aje yg lari.. haha
okok.. mls nk merapu pnjag2..
d sbbkan ada la dua tiga org duk kata sy xup n3 baru,
ni sy up.. hehe.. (jgn terasa)
masam manis pahit kehidupan, haruslah di tempuh dengan sebaiknya...
jangan terlalu mengikut perasaan sebab hasutan syaitan ni sentiasa ada..
tanpa sedar... kita dh termakan hasutan syaitan yg di rejam ni..
renung2kanlah.. dan selamat beramal.. hehehe...
FAZLI
Maaf Itu Sempurnakan Kasih
BAB 5
Tahun 2003..
Aryana
melilaukan pandangan ke arah batu-batu nisan di hadapannya. Banyak! Dia
tertanya-tanya yang mana satukah kubur arwah bondanya. Wajah Mak Tok di
tatapnya seketika. Mak Tok tersenyum sebelum melangkah menghampiri sebuah
pusara yang bersih.
Kalau
mengikut pandangannya, semua pusara di tanah perkuburan itu sangat bersih dan
terjaga. Malah, tersusun cantik sekali. Kelihatan tidak jauh dari pusara yang
telah ‘berpenghuni’ terdapat kawasan lapang yang di tanda dengan batu biasa
sebagai tanda tanah kubur yang masih lagi kosong.
“Ana..”
Aryana melangkah menghampiri Mak Tok dan Tok Ayah apabila Tok Ayah
menggamitnya. Tahu lah dia kini di mana arwah bondanya bersemadi. Sungguh jauh
dari rumah Mak Tok dan Tok Ayah. Tapi
deminya, Tok Ayah rela memandu selama lapan jam untuk tiba di Tanah Perkuburan
Islam Lebuhraya KL-Karak.
“Assalamualaikum,
bonda..” Aryana memberi salam. Perasaan sebak mula menguasai dirinya. Kolam
matanya di rasakan panas. Mimpi yang hadis dalam tidurnya dahulu kembali
berulang tayang. Dia memejamkan matanya dan membiakan air mata membasahi
pipinya.
“Ana,
sedekahkan Al-Fatihah dan Yaasin pada arwah. Jangan menangis, nanti arwah bonda
terseksa. Ana nak ke arwah terseksa dekat dalam sana?” Mak Tok cuba memujuk.
Aryana mengangguk lemah. Hanya itu yang mampu dia lakukan tika itu.
Usai
membaca Yaasin, Aryana mengusap lembut batu nisan di pusara arwah bondanya. Mak
Tok dan Tok Ayah memberikan ruang buat Aryana bersendirian. Aryana menyapu
lembut air mata yang jatuh bercucuran di pipinya.
“Bonda,
Ana tak pernah melihat bonda. Ana tak pernah rasai kasih sayang bonda. Tapi Ana
tahu.. bonda sayangkan Ana. Kasih sayang yang Mak Tok dan Tok Ayah beri pada
Ana terlalu banyak. Ana bersyukur dengan semua tu. Bonda, ampunkan Ana..
Sepanjang hayat Ana, ini kali pertama Ana menziarahi bonda. Maafkan Ana..
Ana..
nak jumpa bonda.. Kenapa Ana mesti hidup sedangkan bonda tak ada bersama Ana..
Ana nak peluk bonda.. Tapi semua tu hanyalah sebuah khayalan yang tak mampu
terjadi. Ana sunyi.. Kenapa mesti bonda pergi? Ana tak ada tempat nak luahkan
segala yang Ana hadapi.. Selama Ana hidup, hanya keburukan tentang bonda yang
menjadi makanan harian Ana.. Semua orang hina bonda.. Tapi Ana tahu, bonda
merupakan seorang insan yang berhati mulia.
Bonda..
Kesakitan yang Ana rasai selama ni, tak mampu melawan kesakitan yang pernah
bonda alami gara-gara mama. Ana janji bonda.. Ana janji akan buat mama rasa apa
yang bonda rasa.. Memang Ana berdendam.. Selagi rasa sakit di hati Ana masih
terasa.. selagi itu juga lah Ana tak akan maafkan mama. Kesakitan ini lah yang
akan memberi kekuatan kepada Ana.” Aryana menyeka air matanya. Matanya di
pejamkan buat seketika.
“Bonda..
maafkan Ana.” Terus sahaja dia berlalu dari situ. Langsung tidak menoleh lagi.
Keputusannya muktamad untuk memberi pembalasan kepada Datin Sarimah. Aryana
melangkah menghampiri Mak Tok dan Tok Ayah yang setia menantinya di pondok yang
terdapat di tanah perkuburan itu.
“Tok
Ayah, malam ni kita tidur rumah papa ke?” Tok Ayah menggeleng. Aryana
melepaskan keluhan lega. Seboleh mungkin dia tak nak bertemu dengan Datin
Sarimah. Paling tidak pun, buat masa ini. Dia masih belum punya kekuatan untuk
memandang wajah wanita kejam itu.
“Kita
tidur rumah Pak Su Akif.”
“Pak
Su Akif?” berkerut dahi Aryana apabila mendengar nama itu. Kalau tak salah dia,
itukan nama adik kepada papanya. Dan kalau tak salah dia juga, lelaki itu
bukannya menetap di Malaysia.
“Hurm..
abang.. saya rasa elok lah kita bergerak sekarang. Dah lewat sangat ni.” Mak
Tok berkata kepada Tok Ayah. Tak Ayah hanya mengangguk. Tidak manis kalau
hendak menumpang tapi tiba saat matahari tenggelam.
“Tok
Ayah..” Aryana teragak-agak untuk bersuara. Dia risau sekiranya adik papanya
turut sama membenci dirinya dan arwah bondanya. Dia tidak rela lagi menerima
cacian dan makian mengenai arwah bondanya.
“Pak
Su Akif okey, sayang. Kalau tak, tak ada lah kita nak duduk rumah dia.” Tok
Ayah tertawa kecil. Aryana tersenyum dengan penerangan Tok Ayah itu. Betul juga
kan! Kalau Pak Su Akif tak suka dia, mestilah Tok Ayah tak akan setuju
menumpang di rumah itu.
Fazli
mengeluh perlahan saat melihat rumah kayu itu sepi dan pintunya pula terkunci.
Kereta Proton Saga milik Tok Ayah Aryana turut tiada di bawah rumah itu.
Manalah si Ana ni pergi? Fazli menyoal sendirian. Tangannya mula menggaru
kepalanya yang tidak gatal. Dia melangkah ke rumah yang terletak tidak jauh
dari rumah milik Tok Ayah Aryana.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.
Hah! Kamu kenapa, Li?” Abang Kamil anak kepada jiran Tok Ayah menyoal. Fazli
mula menggaru kepalanya lagi.
“Abang,
Mak Tok dengan Tok Ayah pergi mana ek? Li tengok rumah tu kosong aje. Ana pun
tak ada. Abang tahu tak?” Tergelak Abang Kamil dengan soala Fazli. Nampak
sangat yang si Fazli ni bukannya nak tahu sangat tentang Tok Ayah tapi pasal
Aryana.
“Kau
nak kelentong abang ek, Li? Kalau kau nak jumpa Ana, tak payah tanya panjang
lebar sampai ke nama Tok Ayah dengan Mak Tok.” Tersengih Fazli. Kantoi dah!
“Hehe.
Abang tahu tak diorang pergi mana?”
“Hurm.
Kalau tak salah, mak abang ada cakap yang Tok Ayah nak bawa Ana pergi ziarah
kubur arwah bonda dia. Dekat Kuala Lumpur rasanya.” Fazli mengeluh hampa.
Kenapalah Aryana tak bagitahu dia yang mereka nak pergi Kuala Lumpur? Sedangkan
elok aje mereka makan ABC sama-sama.
“Tak
apa lah kalau macam tu. Thanks, bang.” Fazli segera berlalu dengan kehampaan.
Eh, kejap! Aku hampa? Mana ada! Buat apalah aku nak hampa bagai dengan dia?
Fazli menyoal hatinya sendiri. Gila dah dia agaknya!
Izzatie
memandang kelibat Fazli dari jauh. Sengaja dia mengekori dan memerhati segala
perlakuan Fazli. Rasa bersalah terhadap Fazli begitu menggunung dalam dirinya.
Dia sedar dia dah terlalu berkurang ajar terhadap Aryana. Tapi nak buat macam
mana lagi, dia betul-betul cemburu dengan gadis itu. Dah lah dekat sekolah pun
tahap populariti dia jatuh gara-gara Aryana yang cantik lebih sedikit dari dia.
Sedikit aje!
“Kau
gaduh dengan mamat tu ke?” Shafikah menegur. Bukan dia tak kenal sepupu dia tu.
Ya! Memang mereka sepupu! Tapi ramai tak tahu. Bukan apa, dia sebenarnya tak
berapa suka sangat dengan Izzatie adik-beradik. Poyo je lebih!
“Kau
buat apa dekat sini?” Izzatie menyoal kuat. Terkejut juga dia. Selamatlah tak
gugur jantung dia tu. Tahu-tahu aje si Shafikah ni dah ada belakang dia. Minah
ni memang ikut aku ke apa?
“Aku
nampak kau duk perhatikan Fazli dari tadi, jadi aku tegur lah kau.” Shafikah
memandang wajah Izzatie. Dia dapat mengesan riak wajah sepupunya itu muram.
Entah apa kenalah dengan sepupu dia tu.
“Kalau
kau dah rasa bersalah, pergi aje minta maaf. Tak rugi apa pun! Untung lagi
adalah.” Izzatie segera mengalihkan pandangan matanya ke arah Shafikah. Apa
yang gadis itu tahu tentang masalah nya?
“Apa
maksud kau? Apa yang kau tahu?”
“Aku
ni tak ada lah tahu apa-apa pun. Aku agak aje. Cuma, aku nak kau tahu.. selagi
perasaan buruk sangka, iri hati, cemburu buta tu ada dalam diri kita, sampai
bila-bila pun hidup kita tak akan senang. Dari raut wajah kau tu, aku rasa
mesti kau dah buat sesuatu yang Fazli tak suka sampai kau gaduh dengan dia
kan?” Shafikah memberi pendapatnya. Izzatie hanya mendiamkan diri. Mangaku pun
tidak, menafikan pun tak. Biarlah apa yang terjadi itu menjadi rahsia.
“Orang-orang
tua kata, diam itu tanda setuju. Jadi betul lah yang kau ada buat salah dekat
dia. Senang je kalau kau nak hilangkan rasa bersalah kau tu. Minta maaf! Senang
cerita!” Mudah kesimpulan yang dapat Shafikah rumuskan. Izzatie terdiam dengan
bicara sepupunya itu. Dalam diam dia bersetuju dengan semua kata-kata Shafikah.
“Dah
lah! Bercakap dengan kau ni macam bercakap dengan tunggul! Orang tanya, tak
jawab! Entah-entah apa yang aku cakapkan pun kau tak dengar. Aku balik dulu
lah!” Shafikah berjalan meninggalkan Izzatie yang masih memandang ke arah
tengah bendang sedangkan Fazli telah pun tiada di situ.
“Betul
apa yang kau cakapkan, Fikah! Hidup aku tak tenang dengan apa yang berlaku
sekarang...” Izzatie mengeluh perlahan sebelum melangkah pulang ke rumahnya.
Liar
mata Aryana memerhati sekitar rumah mewah itu. Rumah milik Pak Su Akif lebih
kurang besar milik rumah papanya. Mungkin rumah papanya besar sedikit sahaja
dari rumah Pak Su Akif. Saat pintu pagar automatik itu terbuka, Aryana sedikit
gementar. Entah bagaimanalah nanti penerimaan Pak Su Akif sekeluarga dengan
kedatangannya. Adakah di terima atau dia akan di halau seperti anjing kurap?
Seperti yang pernah mama lakukan padanya suatu ketika dahulu.
“Ana,
termenungkan apa lagi tu?” Teguran Tok Ayah menerbangkan segala lamunannya.
Aryana tersenyum nipis sebelum melangkah masuk. Dia melihat Mak Toknya
bersalaman dengan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan akhir 30-an.
Wanita itu berjalan menghampirinya.
“Aryana..
Mak Lang, ni Ana?” Aryana melihat Mak Toknya mengangguk sebagai tanda mengiakan
soalan wanita itu.
“Ana..
anak ibu.” Tubuh Aryana di tarik ke dalam pelukannya. Aryana terpaku dengan
tindakan wanita itu. Saat pelukan di rungkaikan, wanita itu mencium pipinya
bertalu-talu.
“Ibu
rindu Ana.” Belum sempat Aryana menyoal siapakah gerangan wanita itu, Mak Tok
terlebih dahulu bersuara.
“Ana..
Ni Mak Su Ida, isteri Pak Su Akif.” Aryana tersenyum saat matanya bertemu
dengan mata milik Mak Su Ida. Jelas terpancar cahaya kasih di mata wanita itu
terhadapnya. Tangan Mak Su Ida di capai dan di ciumnya. Mak Su Ida mengusap lembut
rambutnya.
“Mak
Lang, Pak Lang, Ana masuk lah.” Lelaki yang berdiri bersama Tok Ayah menjemput.
Mungkin ni lah Pak Su Akif. Teka Aryana di dalam hati.
“Hah,
yelah!”
“Mak
Lang dengan Pak Lang duduk lah dulu. Biar Ida buatkan air.” Mak Su Ida berkata
sebaik sahaja Aryana, Mak Tok dan Tok Ayah melangkah ke dalam ruang tamu rumah
mewah itu.
“Mak
Su, biar Ana tolong Mak Su.” Mak Su Ida tersenyum sebelum kembali melangkah
menghampiri Aryana.
“Sayang,
panggil ibu. Ibu akan lebih bahagia kalau Ana panggil ibu, ibu. Yang Pak Su
Akif tu pula panggil daddy.” Sebuah kucupan hinggap di dahi Aryana. Terasa
bagaikan kasih sayang Mak Su Ida mengalir ke seluruh tubuhnya. Perlahan-lahan
Aryana memeluk erat tubuh Mak Su Ida.
“Terima
kasih ibu, daddy. Terima kasih sebab sudi terima Ana.”
“Ana,
ibu sayangkan Ana sama macam ibu sayangkan anak-anak ibu. Ibu yang menyusukan
Ana masa Ana lahir. Ana anak ibu, mestilah ibu sayangkan Ana. Dah lah tu. Jom
tolong ibu buat air. Boleh pula dia buat drama sampai ibu pun menangis sama.”
Tergelak Pak Su Akif dengan kata-kata isterinya itu. Aryana tersenyum malu.
“Sayang,
bukan Ida ke yang drama queen? Pantang ada sesi menyentuh jiwa, dia lah yang
jadi ratu air mata.” Membulat besar mata Mak Su Ida dengan usikan Pak Su Akif.
Aryana pun hampir-hampir aje nak ketawa dengan usikan Pak Su Akif dia tu.
“Owh.
Saja ek abang nak kenakan Ida depan Ana ye? Malam ni, siap lah abang!”
“Sorry,
sayang. Main-main aje tu. Abang tak nak tidur luar! Malu dengan Pak Lang
nanti.” Meletus ketawa mereka semua. Sweet aje Pak Su Akif dengan Mak Mak Su
Ida! Getus Aryana perlahan.
“Sudah
lah tu. Ana, pergi tolong ibu dekat dapur ye.” Aryana mengangguk. Tak sangka
juga dia yang Pak Su Akif ni jenis yang lawak dan sporting. Jauh beza dengan
papa dia.
“Sayang,
jangan lupa tambah satu sudu penuh gula cinta untuk abang ye. Special for me,
okey? Just for me!” Sempat Pak Su Akif mengusik Mak Su Ida. Tok Ayah hanya
boleh gelak aje dengan kerenah Pak Su Akif yang happy go lucky tu. Mak Su Ida
pula tersenyum sambil kepala di gelengkan.
“Tak
payah layan sangat daddy tu. Saja je nak kenakan ibu!” Aryana tersenyum dengan
kata-kata Mak Su Ida. Dia sebenarnya suka tengok kemesraan Pak Su Akif dengan
Mak Su Ida. Macam orang muda-mudi bercinta. Hehehe.
Aqil
Syazmi memandang belakang badan gadis itu lama. Tajam matanya menyoroti tubuh
gadis di hadapannya itu. Entah siapa-siapalah budak perempuan ni? Aqil menyoal
sendiri. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri gadis itu. Belum pun sempat
dia menyergah, gadis itu terlebih dahulu berpaling ke arahnya. Dan...
“Arghhh!!!”
Terpejam mata Aqil di buatnya. Kuat gila gadis tu menjerit. Rasa macam nak pecah
gegendang telinga dia pun ada juga. Boleh pekak kalau hari-hari macam ni.
“Woi!!
Jangan jerit lah!” Aqil berkata dengan nada yang boleh tahan kuat juga. Ye lah!
Kalau dia cakap slow, mana gadis tu nak dengar. Jadi nak tak nak, dia kena lah
samakan voice level dia dengan gadis itu untuk menandingi jeritan gadis itu.
“Ana,
kenapa ni?” Mak Su Ida menerpa ke arah Aryana. Terkejut dia bila dengar jeritan
Aryana tu. Risau juga dia kalau-kalau terjadi sesuatu yang buruk pada Aryana.
Aryana pula terus sahaja memeluk Mak Su Ida erat sebaik sahaja Mak Su Ida
muncul di hadapannya.
“Ibu..
tolong.. Ada pencuri!”
“Mana
pencuri? Mana? Mana??” Kelam kabut Mak Su Ida mencari pencuri yang di maksudkan
Aryana. Membulat lagi mata Mak Su Ida bila melihat Aqil di hadapannya.
“Oh!
Ni lah dia pencurinya ye?” Aqil membulatkan matanya. Geram bila ibunya
menggelarkan dia sebagai pencuri walaupun dengan nada gurauan. Sensitif tahu
tak! Sempat Aqil mengomel. Amboi! Senang-senang aje peluk ibu dia! Ini tidak
adil!! Aryana yang memandangnya di belakang ibunya di tenung tajam.
“Ibu!”
Mak Su Ida tergelak perlahan. Perlahan-lahan dia menarik Aryana yang memeluknya
dari belakang. Dia yakin yang Aryana dah salah faham. Kesian Aryana!
“Aqil,
meh sini jumpa Ana.” Aqil Syazmi memuncungkan bibirnya. Umur dah 17 tahun, tapi
perangai mengalahkan budak umur 10 tahun. Sempat Mak Su Ida mengomel perlahan.
“Aqil,
ni Ana. Adik Aqil.”
“Aik!
Macam mana dia boleh jadi adik Kay, ibu? Anak ibu dengan siapa?” Terbeliak mata
Mak Su Ida dengan soalan Aqil tu. Tapi nak buat macam mana kan, dah memang anak
teruna dia tak tahu menahu pun.
“Eh!
Budak ni, ada pula cakap macam tu! Ana ni adik beradik susuan Kay!” Aryana
mengangguk perlahan. Owh! Baru dia faham. Patutlah tadi Mak Su Ida ada cakap
yang dia yang menyusukan Aryana masa kecil dulu. Aqil tergelak besar dengan
kata-kata ibunya.
“Sorry,
ibu. Kay gurau je.” Aqil memeluk ibunya erat.
“Oit!
Dah lah tu. Naik lemas ibu, awak peluk kuat sangat. Nampak dek daddy ni, habis
lah Kay! Daddy tu mana boleh tengok ibu kena peluk dengan orang lain! Dengan
anak pun cemburu!” Aryana ketawa perlahan. Suka melihat kemesraan ibu dan anak
itu.
“Ana,
ni Aqil. Anak sulung ibu. Nama je anak sulung, tapi manja mengalahkan Aqilah!”
Aryana mengangguk perlahan. Owh! Ibu ada dua orang anak rupanya.
Aqil
memetik jarinya betul-betul depan muka Aryana. Tersentak Aryana. Melilau dia
mencari kelibat Mak Su Ida. Tak jumpa pun! Yang ada depan dia sekarang.. Aqil!
Bila masa Mak Su Ida keluar pun dia tak sedar.
“Err..
Hai.” Aqil tersenyum mesra. Aryana membalas seadanya.
“Ana..
umur berapa ek?” Beralun nada suara Aqil. Tergelak kecil Aryana. Aqil
mengerutkan dahinya. Aku ada buat lawak ke? Rasanya, tak! Perlahan dia berjalan
dan duduk di atas kabinet dapur. Aryana pula duduk di atas kerusi betul-betul
di hadapan Aqil.
“Sorry,
abang Aqil. Ana tingkatan tiga tahun ni. Abang pula?” Aryana berkata perlahan.
Senyuman nipis tidak putus-putus mekar di bibirnya. Hati gembira lah katakan!
“Ala.
Tak payah lah panggil abang-abang bagai. Just call me Aqil or Kay aje.” Aryana
mengangguk tanda mengerti.
“I
pula, dua tahun tua dari you. Ana, duduk dekat Kelantan ek? Dengan Tok Ayah and
Mak Tok ek?” Aqil menyoal. Telan liur Aryana bila Aqil gunakan ‘I’ ‘you’ dengan
dia. Kembang tekak sekejap.
“Yup!
Baru je. Sebelum ni duduk dengan papa.”
“Papa?
Who’s your papa?” Macam mengejek pun ada nada suara Aqil tu. Tapi serius! Dia
memang tak tahu siapa papa Aryana. Yang dia tahu, Aryana ni adik-beradik susuan
dia. Tu pun baru aje dia tahu. Tak sampai lima minit lepas. Kalau ibu tak cakap
dekat dia, mati-mati dia tak tahu yang dia ada adik-beradik susuan.
“Your
Pak Long lah!” Geram Aryana menjawab. Nampak sangat yang Aqil langsung tak tahu
apa hubungan asal mereka. Tapi, dia pun mula-mula tak tahu juga. Kalau bukan
Mak Su Ida yang cakap, memang sepatah apa pun dia tak tahu. Jadi, memang tak
boleh nak salahkan Aqil lah!
“Pak
Long?! Oh my! I don’t believe it. You ni anak Mak Long Imah?”
“Tak.
Ana anak bonda. Arwah isteri kedua papa.” Aqil sedikit tersentak. Perubahan
riak wajah Aryana dapat di kesannya. Serba salah dia jadinya.
“Sorry!
I didn’t mean to hurt your feeling. I really don’t know.” Aryana tersenyum
menutup kelukaan hatinya. Aqil melangkah menghampiri Aryana. Kerusi di sebelah
gadis itu di tarik sebelum dia melabuhkan duduknya di situ.
“Actually,
I tak suka sangat dengan Mak Long Imah. She’s annoying! Really annoying!” Aqil
berkata siap dengan riak muka lagi. Tergelak kecil Aryana. Tapi pelik juga dia.
Kenapa Aqil tak suka dengan mama?
“Kenapa?”
“Sorry?
What did you ask just now?”
“I
tanya, kenapa you tak suka mama?” Aqil mengeluh perlahan. Nak cerita
lebih-lebih pun dia tak tahu sangat kisah sebenarnya. Yang dia tahu, sesiapa
yang benci atau tak sukakan ibu, memang dia akan benci orang tu. Dia sayangkan
ibu lebih dari nyawa dia sendiri. Dia sanggup mati demi ibu!
“She
hates ibu... and I hate her and her son!”
“How
about papa? Did you hate him too?”
“Hurm.
Pak Long... I tak benci dia. Tapi dia pengecut..” Aryana tersentak. Tersentap
jantung dia bila Aqil kata papa dia pengecut. Kurang ajar nama dia! Aqil
menggigit bibir. Tahu dia tersalah cakap.
“Watch
your words, brother!!”
“Sorry...again.
My mistake! Come, follow me! I’ll introduce you to my.. sorry.. our younger
sister!” Tangan Aryana di tarik perlahan. Dalam keterpaksaan, dia mengekori
Aqil. Kata-kata Aqil sebentar tadi kembali bermain di fikirannya. Entah lah!
Hendak menidakkan, nampak gayanya macam iya! Kalau nak mengiakan, kurang ajar
pula!
Datin
Sarimah memandang tajam ke arah suaminya yang sedang bersiap-siap. Sempat dia
memuji ketampanan suaminya itu walaupun usia suaminya sudah pun mencecah angka
44 tahun. T-shirt POLO dan seluar jeans Levi’s yang di pakai Datuk Aryan membuatkan
dia kelihatan lebih muda berbanding usianya.
“You
nak pergi mana ni?” Daruk Aryan menjeling sekilas wajah isterinya yang terbias
di cermin. Dia tahu soalan itu pasti akan di tanya isterinya. Pantang nampak
dia bersiap, mulalah isterinya itu menyoal.
“Rumah
Akif. I ada hal nak bincang dengan dia. You nak ikut ke? Kalau nak ikut,
pergilah bersiap.” Sengaja dia berkata begitu. Kalau di ajak pergi rumah adik
dia tu, memang tak lah Datin Sarimah nak ikut.
“You
ada hal dengan Akif atau you nak mengurat bini Akif? You jangan buat perangai
belakang I! Kalau I tahu you buat macam-macam belakang I, tahu lah apa nasib
you!” Datuk Aryan menggeleng perlahan. Tak sudah-sudah dengan fikiran negatif
bini dia sorang ni. Apa nak jadi pun dia tak tahu lah!
“You
ni kan, kalau tak tuduh I macam-macam tak boleh ke? Dah I ajak you ikut sama,
you tak nak. Lepas tu mulalah fikir bukan-bukan. Kalau you nak tahu sangat apa
yang I buat dekat sana, jom lah ikut I.” Provok Datuk Aryan lagi. Dia berani
mengajak Datin Sarimah banyak kali sebab memang dia yakin seratus peratus yang
isterinya itu tak akan ikut. Bukan dia tak tahu yang Datin Sarimah tu takut
dengan isteri Akif, Ida.
“Dah
lah! You nak pergi tu, pergi ajelah rumah dia. You sengaja aje kan nak sakitkan
hati I. You tahukan yang I ni benci dengan isteri adik you tu! Mulut macam
puaka!” Selamba Datin Sarimah memaki Ida.
“Yang
you nak benci-benci dia tu kenapa? Apa yang dia dah buat dekat you?”
“Banyak!
Tapi yang buatkan I benci dia sangat-sangat sebab dia sanggup menyusukan anak
perempuan sundal tu!” Datuk Aryan mengeluh kasar. Tak habis-habis lagi dendam
Datin Sarimah. Dan kali ini terhadap adik iparnya pula. Yang pastinya, semuanya
berkaitan dengan Adrianna.
“Dah
lah, Imah! Saya nak pergi dulu.” Menonong Datuk Aryan keluar dari bilik. Sakit
hati dengan si isteri yang tidak sudah-sudah mempunyai rasa benci. Adakalanya
dia tertanya-tanya, adakah dia seorang suami yang dayus kerana hanya membiarkan
sahaja segala perlakuan Datin Sarimah?!
“Papa!”
Laju
kaki Aryana melangkah menghampiri papanya. Tersenyum Datuk Aryan saat Aryana
berada dalam pelukannya. Rindunya dia pada Aryana hanya dia dan Allah saja yang
tahu. Memang itu lah tujuannya datang ke rumah Akif. Menyesal kerana telah
beberapa bulan tidak menjenguk anaknya itu
“Anak
papa sihat?” Aryana tersenyum manis. Dia tahu, papa memang sayang kan dia.
Aryana mengangguk laju. Datuk Aryan mengusap lembut rambut anak gadisnya itu.
“Papa
sihat?”
“Papa
sihat, sayang. Mak Tok dengan Tok Ayah mana?”
“Ada
kat dapur. Ana rindu gila dekat papa.” Aryana mencium pipi papanya. Tersenyum
lebar Datuk Aryan dengan tingkah laku Aryana. Paling tidak, dia tahu yang anak
gadisnya itu tetap menyayangi dan merinduinya walaupun mereka terpaksa
berjauhan.
“Miss
you too, honey!” Ubun-ubun Aryana di cium penuh kasih. Tubuh anak gadisnya itu
kembali di peluk erat. Rasa bersalah cuba di buang jauh-jauh. Aryana
membenamkan wajahnya di dada milik papanya. Air mata mula mengalir perlahan.
Alangkah indahnya kehidupan dia sekiranya bonda berada bersama mereka saat ini.
Bonda, I miss you so much! Both of us missing you so much!
“Papa..
I miss bonda.. miss her so much!”
“Me
too, honey! I miss her too.” Perlahan suara Datuk Aryan.
cukup?? hehe.. komen2 lah ye.. hehe
Ouhh.. terbaekk.. tak sabar nak tunggu cerita selajutnya.
BalasPadamtq eida.. =)
Padam