Maaf sgt kalau n3 xmemuskan ht ramai pihak..
Sbnrnya, sy langsung xde idea nk type bab 6 ni..
Tp, sy cuba jugak..
Buat kwn2 di facebook yg slalu memberi dorongan..
Terima kasih sgt2..
Buat kakak sy yg xhenti2 suruh sy teruskan buat cerita ni, thanks kak sbb bg adik smgt..
N buat my BFF.. I tahu u baca tau.. haha..
okey lah.. enjoy ye.. =D
Fazli
BAB 6
Aryana
duduk di tangga sambil membelek telefon bimbit yang di hadiahkan papanya. Dia
gembira. Sangat gembira! Dapat bertemu dengan papa dan menziarahi kubur arwah
bondanya merupakan sebuah kebahagian yang tidak berbelah bagi dia rasakan.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
Aryana tergamam saat matanya menjamah wajah si pemilik suara yang memberi
salam. Liur di telan perlahan. Cuba mententeramkan perasaannya yang mula bercelaru.
“Izzatie..
err.. kau buat apa dekat sini?” Izzatie melangkah menghampiri Aryana. Tanpa
teragak-agak, dia melabuhkan duduknya di sebelah Aryana di atas tangga. Terkedu
sekejap Aryana dengan perlakuan Izzatie itu.
“Err..”
“Aku
datang sini sebab.. err.. aku nak minta maaf dengan kau.” Aryana tersenyum. Dan
kali ini senyumannya cukup sinis. Ucapan maaf yang lahir dari bibir Izzatie itu
benar-benar menggeletek hatinya.
“Kau
ada buat salah dengan aku ke?” Izzatie tergamam. Tak sangka yang Aryana akan menyoal
dia sebegitu. Tersentap sekejap jantung dia. Tapi nak buat macam mana kan, dah
memang salah dia. Kenalah redha aje!
“Aku
betul-betul minta maaf, Aryana. Aku tahu aku dah buat dosa besar. Aku hina arwah
bonda kau. Aku hina kau. Aku sedar yang aku dah melampau.” Aryana menarik nafas
dalam-dalam. Ya! Memang gadis itu melampau dalam menuturkan kata-kata.
“Tie,
kau balik lah. Aku perlukan masa.” Aryana bangun dan kemudiannya berlalu ke
dalam rumah. Izzatie memejamkan matanya buat seketika. Itulah yang harus dia
terima akibat kelancangannya dalam berbicara.
Aryana
berjalan menyusuri bendang yang terbentang luas. Ingatannya kembali
mengenangkan perubahan sikap Izzatie. Pelik! Memang pelik! Entah apa lah yang
merasuk fikiran gadis itu sehingga sanggup berjumpa dengannya dan meminta maaf
atas kesilapannya.
“Termenung
lagi. Kau memang suka berangan ek?”
“Eh,
Fikah!” Aryana tersenyum memandang rakannya. Shafikah berjalan seiring dengan
Aryana. Rasa rindu pula tak bertemu dengan rakannya itu.
“Kau
pergi mana dua hari ni?”
“Aku
pergi KL. Ziarah kubur arwah bonda aku. Kau buat apa dekat sini?” Aryana
menyoal Shafikah pula. Jarang gadis itu keluar bersiar-siar seperti ini.
Biasanya Shafikah hanya akan duduk di rumah dan membantu ibunya menyediakan
bahan-bahan untuk berniaga di kantin.
“Saja.
Tak tahu kenapa hari ni aku rasa nak keluar jalan-jalan. Mungkin sebab mata aku
dah berhabuk agaknya. Jadi, untuk hilangkan habuk, kenalah cuci mata. Haha.”
Dia bercakap, dia juga yang ketawa. Aryana tersengeh mendengarkan kata-kata
Shafikah.
“Sejak
bila pula kau ni ada penyakit gatal merenyam, hah? Cuci mata lah sangat! Tahu
lah dekat sini ramai lelaki yang handsome main takraw petang-petang!” Shafikah
ketawa lagi. Aryana sedia maklum, rakannya itu memang murah dengan senyuman.
Asyik senyum dan ketawa aje kerja dia! Waktu gembira, dia senyum. Waktu sedih
pun dia senyum juga. Kalaulah aku boleh jadi macam dia! Detik hati kecil
Aryana.
“Aku
tak cakap pun nak cuci mata tengok lelaki! Aku cakap cuci mata aje. Kau aje
yang fikir benda lain tau!”
“Yelah!
Aku juga yang salah!” Mereka berdiam diri buat seketika. Menikmati keindahan
petang yang nyaman.
“Beb,
aku nak tanya sikit, boleh?”
“Apa
dia?”
“Kalau
ada orang dah hina mak kau, hina kau.. lepas tu dia minta maaf, kau rasa.. kau
akan maafkan dia tak?” Shafikah mengerling Aryana. Pelik bila Aryana tiba-tiba
sahaja menyoal sebegitu.
“Hurm..
Kalau aku lah.. aku maafkan aje.”
“Sebab?”
“Kan
dia dah minta maaf. Jadi, maksudnya dia dah sedar lah apa yang dia buat tu
salah. Lagi pun, sedangkan Nabi pun ampunkan ummat, ni kan pula kita.. insan
biasa aje. Ada faham?” Aryana mengangguk. Pandangannya di arahkan ke tengah
bendang. Cuba memikirkan kata-kata Shafikah itu. Ada betulnya juga! Tapi,..
“Ana!
Ish! Budak ni, sempat lagi kau berangan. Apa nak jadi lah dengan kau ni?”
“Err..
Kenapa Fikah? Kau cakap apa?”
“Aku
cakap, aku nak balik dululah. Jumpa esok dekat sekolah. Hah! Lagi satu, jangan
balik lambat sangat. Kena sorok dek benda, padan muka.” Shafikah mengusik.
Aryana tersenyum nipis. Suka sangat cakap yang bukan-bukan! Kang kena
betul-betul, naya aku! Omel Aryana.
“Yelah,
mak cik!” Shafikah menjegilkan matanya. Tergelak besar Aryana. Dia hanya
memerhati langkah Shafikah.
Buntang
mata Adrianna memandang wajah jejaka itu. Tak sangka langsung yang dia akan
bertemu lagi dengan lelaki itu. Ingatkan cerita mereka akan tamat saat
kemalangan air hari tu, tapi nampak gayanya tak habis lagi. Wajah jejaka itu di
tatap tajam.
“Err..
Sorry.. I sebenarnya nak bagi you ni.”
Bungkusan plastik itu di hulurkan kepada gadis di hadapannya. Berkerut
dahi Adrianna. Sekali lagi dia serba-salah.
“Ambillah.
Ni sebagai tanda I ganti baju you hari tu.”
“It’s
okey! Baju tu boleh pakai lagi. Terima kasih.” Adrianna ingin berlalu sebaik
sahaja dia menghabiskan bicaranya. Namun Aryan bertindak lebih pantas. Beg
sandang yang di galas di bahu Adrianna di tarik. Mengundur Aryana dengan
tindakan Aryan itu.
“Hey!
Gila ke?”
“Sorry,
miss.. err.. boleh I tahu nama you?” Adrianna membulatkan matanya. Aduh!
Masalah betullah!
“Awak
nak apa sebenarnya, hah?”
“Tak
banyak! Just nak kenal dengan you aje. Tak salah kan?”
“Malas
nak layan awak!” Adrianna kembali mengatur langkah. Dan kali ini, sekali lagi
dia mengundur apabila beg sandang miliknya kembali di tarik.
“Astaghfirullah
al-adzim! Lepas lah! Saya ada kelas ni tahu tak?!” Aryan tersenyum manis. Suka
betul dia tengok gadis itu marah. Makin cantik. Tapi dia merasakan gadis itu
lebih cantik ketika sedang bersedih. Terserlah keayuan sebenar gadis itu.
“Okey!
Macam ni.. Just tell me your name, and I’ll let you go. Easy right?” Adrianna
mengeluh kasar. Jam di tangan di pandang sekilas. Alamak! Kelas aku dah nak
mula! Habis lah aku kali ni! Adrianna mengomel lemah.
“Fine!
Adrianna. Nama saya Adrianna.” Aryan tersenyum kemenangan. Cantik nama tu.
Secantik tuannya juga. Aryan memuji di dalam hatinya.
“Excuse
me! Boleh lepaskan beg saya tak? Saya dah lambat ni!” Perlahan-lahan Aryan
melepaskan pegangannya dari beg milik Adrianna. Adrianna pula berlalu pergi dan
tidak menoleh lagi sebaik sahaja begnya di lepaskan.
“Adrianna!”
Aryan ketawa kecil. Bungkusan plastik yang berada di tangannya di pandang lama.
Kepalanya di gelengkan berulang kali.
Fazli
tersenyum kecil saat melihat kelibat Aryana yang sedang duduk di pondok itu.
Nampak kusyuk benar gadis itu membaca sesuatu. Buku barangkali. Teka Fazli.
Perlahan-lahan dia menghampiri Aryana dari belakang.
“Hai!
Awak buat apa tu?” Aryana memalingkan wajahnya. Senyuman nipis terlukis di
wajahnya saat Fazli duduk di sebelahnya.
“Hurm.
Tak ada buat apa pun. Kenapa tak balik lagi?”
“Saja
je! Saya nak tanya sikit boleh tak?”
“Tanya
apa?” Fazli menoleh ke arah gadis itu. Ingin menatap wajah yang mula bermain di
dalam tidurnya. Juga di waktu siang hari. Entah apa kenalah dengan dia sejak akhir-akhir
ni. Sikit-sikit, teringatkan Aryana. Lepas tu, tak lama kemudian mulalah duk
terbayangkan wajah Aryana. Dengan perangai kebudak-budakkan nya. What a such
alluring character that she had. Detik hatinya.
“Pergi
mana hari Jumaat hari tu? Puas saya cari awak!” Aryana tersenyum. Dari
pandangan mata Fazli, senyuman itu bagaikan hidup. Sinar kebahagian terpancar
jelas di sepasang mata milik gadis itu.
“Saya..
pergi.. ziarah kubur arwah bonda. Best sangat! First time tau saya pergi ziarah
kubur arwah bonda. Rasa macam saya dapat jumpa bonda. Saya dapat rasakan
kehadiran dia di sisi saya. Mungkin itu adalah kasih sayang dia buat saya. Hah!
Papa pun saya jumpa juga.” Bersemangat sekali Aryana bercerita.
“Kenapa
tak bagitahu saya?”
“Bagitahu
apa?” Aryana menyoal. Wajah jejaka itu di pandang dengan penuh rasa aneh. Pelik
juga dia! Tiba-tiba sahaja Fazli menyoalnya begitu. Fazli melepaskan keluhan.
Baru hari ni dia sedar yang si Aryana ni agak bendul dan lambat tangkap apa
yang mereka bicarakan.
“Awak
ni slow lah, Aryana!” Selepas berkata begitu, elok sahaja tangan Aryana hinggap
di bahunya.
“Adoi!
Sakit lah!”
“Tu
lah! Sape suruh cakap saya slow! Kan dah kena!” Fazli mengusap bahunya yang
sengal. Sakit juga penangan perempuan di sebelahnya itu. Rasa bersalah mula
menguasai Aryana apabila melihat jejaka itu mengusap kawasan yang di pukulnya.
“Sorry!”
Fazli tersenyum. Tak kisah lah! Bukannya sakit macam nak mati. Sakit sikit aje.
Setakat mana aje lah sakit kena pukul macam tu dengan sakit saat ajal di tarik
oleh malaikat maut iaitu malaikat Izrael.
“Tak
apa lah. Saya tak kisah pun awak nak pukul saya berapa kali. Lagi saya suka.”
Terjegil mata Aryana di buatnya. Fazli ketawa kecil. Comel sangat wajah Aryana
saat itu.
“Buku
apa ni?” Fazli mengambil buku itu dari tangan Aryana. Buntang mata Aryana. Laju
tangannya cuba menapai kembali buku itu dari tangan Fazli.
“Hey!
Bagi balik buku tu!” Keras suaranya. Tersentak Fazli. Perlahan-lahan tangannya
menghulurkan kembali buku itu kepada Aryana. Kasar Aryana menarik buku itu dari
genggaman Fazli.
“Jangan
sentuh barang saya tanpa kebenaran!” Fazli mengeluh perlahan. Cepat sangat
emosi gadis itu berubah. Sekejap okey! Sekejap angin satu badan! Tak faham
betul dia dengan sikap Aryana.
“Okey!
Sorry!” Aryana mendengus. Tanpa pamitan, dia beredar dari situ. Entah lah! Dia
tak suka orang sentuh barang dia. Langkah Aryana di pandang hingga kelibat
gadis itu hilang.
Aiman
Ariff duduk bersendirian di gazebo yang terdapat di kawasan rumah banglo mewah
itu. Dia sunyi! Sunyi sangat! Ingatannya kembali melayang pada adiknya, Aryana.
Dia akui, saat Aryana tinggal di rumah itu, dia tidak pernah melayan Aryana
dengan elok. Ariff mengeluh perlahan.
“Ana,
abang rindukan Ana.” Terasa menyesal dengan layanan kasarnya terhadap Aryana.
“What’s
wrong, abang? Papa tengok abang macam ada masalah aje ni. Wanna share it with
me?” Datuk Aryana menegur. Dari jauh lagi dia melihat kelakuan anak teruna dia
itu. Seakan mengelamun dan termenung jauh.
“Ariff
okey, pa.”
“Abang,
kalau abang ada masalah, jangan malu bagitahu papa. Masalah apa sekali pun,
mesti ada cara penyelesaiannya. Abang anak papa, jadi papa tak nak abang pendam
sorang-sorang. Boleh jadi gila tahu.” Ariff tersenyum kecil.
“Pa,
bila Ana nak balik sini? Abang rindu Ana lah papa.” Datuk Aryan mengeluh lemah.
Wajah anak terunanya ditatap seketika sebelum dia mengalihkan pandangannya ke
arah kolam renang. Tak tahu sama ada dia boleh percaya atau tidak kata-kata
yang terluah di bibir Ariff.
“Papa,
abang betul-betul rindukan Ana. Selama ni, abang selalu buli Ana. Tak pernah
layan Ana dengan baik. Abang tak sedar yang selama ni hanya Ana yang jadi teman
abang bermain. Tapi Ana sentiasa layan abang dengan baik walaupun abang layan
dia buruk.” Ariff berkata perlahan. Dia rindukan Aryana!
“Abang,
jom masuk. Dah lewat petang sangat dah ni.” Datuk Aryan mengajak. Enggan memanjangkan
isu mengenai anak gadisnya. Kalaulah Datin Sarimah tahu tentang hal ini, pasti
isterinya akan mengungkit kembali kisah-kisah lampau. Dia bosan dan takut.
Takut sekiranya tembok kesabarannya runtuh. Ariff mengeluh buat kesekian
kalinya. Papanya langsung tidak bereaksi dan bersuara. Longlai dia berjalan.
Aryana
mengeluh lemah. Apa yang dah dia lakukan? Perasaan serba salah mula mengasak
dadanya. Sikap Fazli terhadapnya berubah setelah kejadian lelaki itu mengambil
diari arwah bondanya hampir seminggu yang lalu. Sebelum ini, lelaki itu sering
bertegur sapa dengannya jika mereka bertemu. Tapi kini, lelaki itu bersikap
dingin terhadapnya.
“Ana,
boleh aku duduk dekat sini?” Aryana nerpaling sebelum tersenyum tanda
membenarkan gadis itu duduk di sebelahnya.
“Sekali
lagi aku minta maaf. Aku tak sepatutnya hina kau dan arwah bonda kau. Aku tahu
perbuatan aku tu melampau.” Izzatie berkata sebelum matanya di halakan ke
tengah bendang. Aryana hanya mendiamkan diri.
“Sejak
kau datang, Fazli lebih banyak habiskan masa dia dengan kau. Aku cemburu!
Cemburu dengan kau sebab kau cantik, bijak. Tak sampai tiga bulan kau dekat
sini, semua dah sukakan kau. Cikgu-cikgu tak putus-putus puji kau.” Aryana
berpaling ke arah Izzatie. Terkejut dengan penerangan gadis itu.
“Kau
tak payah nak cemburu. Aku ni tak ada apa-apa pun untuk di cemburui. Kalau kau
kata, kau cemburu sebab aku cantik. Lupakanlah! Benda ni tak kekal lama pun.
Esok lusa bila dah tua, tetap berkedut. Dan kerana kecantikan jugalah arwah
bonda pergi.” Aryana bersuara perlahan. Ayat terakhir yang dia ucapkan lebih di
tujukan kepada dirinya sendiri.
“Aku
sukakan Fazli. Sentiasa cari ruang untuk dekat dengan dia. Tapi dia layan aku
tak lebih dari seorang kawan. Bila kau datang sini, dia jadi lain. Senyuman dia
makin berseri-seri. Masa mula-mula ayah dia bagi motor dekat dia, aku minta dia
bawa aku pusing-pusing kampung. Dia tolak mentah-mentah. Kau tahu dia jawab
apa?” Sebelah kening Aryana terangkat.
“Apa
dia?”
“Perempuan
yang boleh naik motor dengan aku hanyalah insan yang istimewa dalam hati aku.
Mak, kakak, adik dan bakal isteri aku. Jadi, bila aku nampak kau naik motor
dengan dia, aku marah sangat. Sebab tu lah aku serang kau.” Aryana tersenyum.
Lawak dengan penerangan Izzatie mengenai Fazli. Hailah! Kalau macam tu, aku ni
bakal isteri dia ke? Haha.
“Tie,
tak semestinya macam tu. Aku dengan dia kawan aje. Sama macam kau dengan dia.
Dan aku nak, kita pun kawan. Aku maafkan kau. Dan aku pun nak minta maaf dengan
kau. Maafkan aku.” Bulat mata Izzatie memandang Aryana. Tak percaya!
“Aa..
Aku..”
“Tak
apa! Tak payah cakap apa-apa. Aku tahu dah! Aku baik, dan kau berterima kasih
sangat sebab aku maafkan kau. Aku tahu dah apa yang kau nak cakap! Haha.”
Izzatie tergelak sama. Sungguh! Aryana memang pelik! Mood gadis ini memang
mudah swing! Padanlah Fazli muka ketat aje seminggu ni.
Fazli
menjeling sekilas ke arah Aryana di hadapannya. Seminggu aku merajuk baru dia
nak pujuk? Hish! Apalah minah ni!! Sempat dia mengomel sendiri. Aryana
mengerdipkan matanya berkali-kali.
“Awak
ingat awak comel ke buat macam tu?”
Ternganga Aryana jadinya. Fazli tahan senyum. Comel sungguh sebenarnya
gadis itu!
“Awak!
Sorry. Saya tak sengaja marah awak hari tu. Please! Maafkan saya!” Wajah Fazli
yang tidak beriak di tenung lama. Kalau tak fikirkan dia yang salah, memang
jangan haraplaj dia nak merayu segala. Memang betul apa yang orang kata. Buruk
muka orang lelaki merajuk! Sempat lagi Aryana mengutuk.
“Kalau
nak saya maafkan awak, temankan saya setiap petang dekat padang selama
seminggu. Boleh?” melopong Aryana dengan permintaan Fazli. Tak nak lah dia
tercongok dekat padang semata-mata nak temankan Fazli.
“Kenapa
pula saya kena temankan awak?”
“Awak
nak saya maafkan ke tak ni?” Aryana mengeluh. Memanglah dia nak Fazli maafkan
dia, tapi dia tak naklah seringkali di lihat berdua bersama Fazli. Timbul
fitnah pula nanti!
“Kalau
saya ajak Izzatie temankan saya boleh?” Fazli diam. Niat dia buat permintaan
macam tu untuk berdua dengan gadis itu. Kalau ajak Izzatie, tak ada chance lah
dia nak main mata dengan Aryana. Tapi...
“Okey
lah! So, start esok awak tunggu saya dekat pondok berhampiran padang.” Nak tak
nak memang dia kena berada di situ jugalah. Aryana senyum tidak ikhlas.
“Ye
lah!”
“Good
girl. Sebab tu lah saya suka awak!” Wajah Fazli ditatap lama. Dia tak salah
dengar kan tadi? Ke suka yang di maksudkan Fazli tu suka sebagai kawan aje?
“Suka?”
Fazli senyum sebelum berlalu meninggalkan Aryana. Ya! Dia memang sukakan
Aryana. Kalau dia tak suka, tak adanya dia nak merajuk sampai seminggu. Tapi
gadis itu susah sangat nak faham perasaan dia. Memang hati beku sungguh!
p/s: sy xpandai sgt bahasa omputeh.. lau slh, tolonggggggg la tegur.. merayu ni..