Khamis, 20 Februari 2014

Bab 6: Maaf Itu Sempurnakan Kasih (MISK)

Assalamualaikum wbt..
Maaf sgt kalau n3 xmemuskan ht ramai pihak..
Sbnrnya, sy langsung xde idea nk type bab 6 ni..
Tp, sy cuba jugak..
Buat kwn2 di facebook yg slalu memberi dorongan..
Terima kasih sgt2..
Buat kakak sy yg xhenti2 suruh sy teruskan buat cerita ni, thanks kak sbb bg adik smgt..
N buat my BFF.. I tahu u baca tau.. haha..
okey lah.. enjoy ye.. =D


Fazli


BAB 6
Aryana duduk di tangga sambil membelek telefon bimbit yang di hadiahkan papanya. Dia gembira. Sangat gembira! Dapat bertemu dengan papa dan menziarahi kubur arwah bondanya merupakan sebuah kebahagian yang tidak berbelah bagi dia rasakan.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.” Aryana tergamam saat matanya menjamah wajah si pemilik suara yang memberi salam. Liur di telan perlahan. Cuba mententeramkan perasaannya yang mula bercelaru.
“Izzatie.. err.. kau buat apa dekat sini?” Izzatie melangkah menghampiri Aryana. Tanpa teragak-agak, dia melabuhkan duduknya di sebelah Aryana di atas tangga. Terkedu sekejap Aryana dengan perlakuan Izzatie itu.
“Err..”
“Aku datang sini sebab.. err.. aku nak minta maaf dengan kau.” Aryana tersenyum. Dan kali ini senyumannya cukup sinis. Ucapan maaf yang lahir dari bibir Izzatie itu benar-benar menggeletek hatinya.
“Kau ada buat salah dengan aku ke?” Izzatie tergamam. Tak sangka yang Aryana akan menyoal dia sebegitu. Tersentap sekejap jantung dia. Tapi nak buat macam mana kan, dah memang salah dia. Kenalah redha aje!
“Aku betul-betul minta maaf, Aryana. Aku tahu aku dah buat dosa besar. Aku hina arwah bonda kau. Aku hina kau. Aku sedar yang aku dah melampau.” Aryana menarik nafas dalam-dalam. Ya! Memang gadis itu melampau dalam menuturkan kata-kata.
“Tie, kau balik lah. Aku perlukan masa.” Aryana bangun dan kemudiannya berlalu ke dalam rumah. Izzatie memejamkan matanya buat seketika. Itulah yang harus dia terima akibat kelancangannya dalam berbicara.

Aryana berjalan menyusuri bendang yang terbentang luas. Ingatannya kembali mengenangkan perubahan sikap Izzatie. Pelik! Memang pelik! Entah apa lah yang merasuk fikiran gadis itu sehingga sanggup berjumpa dengannya dan meminta maaf atas kesilapannya.
“Termenung lagi. Kau memang suka berangan ek?”
“Eh, Fikah!” Aryana tersenyum memandang rakannya. Shafikah berjalan seiring dengan Aryana. Rasa rindu pula tak bertemu dengan rakannya itu.
“Kau pergi mana dua hari ni?”
“Aku pergi KL. Ziarah kubur arwah bonda aku. Kau buat apa dekat sini?” Aryana menyoal Shafikah pula. Jarang gadis itu keluar bersiar-siar seperti ini. Biasanya Shafikah hanya akan duduk di rumah dan membantu ibunya menyediakan bahan-bahan untuk berniaga di kantin.
“Saja. Tak tahu kenapa hari ni aku rasa nak keluar jalan-jalan. Mungkin sebab mata aku dah berhabuk agaknya. Jadi, untuk hilangkan habuk, kenalah cuci mata. Haha.” Dia bercakap, dia juga yang ketawa. Aryana tersengeh mendengarkan kata-kata Shafikah.
“Sejak bila pula kau ni ada penyakit gatal merenyam, hah? Cuci mata lah sangat! Tahu lah dekat sini ramai lelaki yang handsome main takraw petang-petang!” Shafikah ketawa lagi. Aryana sedia maklum, rakannya itu memang murah dengan senyuman. Asyik senyum dan ketawa aje kerja dia! Waktu gembira, dia senyum. Waktu sedih pun dia senyum juga. Kalaulah aku boleh jadi macam dia! Detik hati kecil Aryana.
“Aku tak cakap pun nak cuci mata tengok lelaki! Aku cakap cuci mata aje. Kau aje yang fikir benda lain tau!”
“Yelah! Aku juga yang salah!” Mereka berdiam diri buat seketika. Menikmati keindahan petang yang nyaman.
“Beb, aku nak tanya sikit, boleh?”
“Apa dia?”
“Kalau ada orang dah hina mak kau, hina kau.. lepas tu dia minta maaf, kau rasa.. kau akan maafkan dia tak?” Shafikah mengerling Aryana. Pelik bila Aryana tiba-tiba sahaja menyoal sebegitu.
“Hurm.. Kalau aku lah.. aku maafkan aje.”
“Sebab?”
“Kan dia dah minta maaf. Jadi, maksudnya dia dah sedar lah apa yang dia buat tu salah. Lagi pun, sedangkan Nabi pun ampunkan ummat, ni kan pula kita.. insan biasa aje. Ada faham?” Aryana mengangguk. Pandangannya di arahkan ke tengah bendang. Cuba memikirkan kata-kata Shafikah itu. Ada betulnya juga! Tapi,..
“Ana! Ish! Budak ni, sempat lagi kau berangan. Apa nak jadi lah dengan kau ni?”
“Err.. Kenapa Fikah? Kau cakap apa?”
“Aku cakap, aku nak balik dululah. Jumpa esok dekat sekolah. Hah! Lagi satu, jangan balik lambat sangat. Kena sorok dek benda, padan muka.” Shafikah mengusik. Aryana tersenyum nipis. Suka sangat cakap yang bukan-bukan! Kang kena betul-betul, naya aku! Omel Aryana.
“Yelah, mak cik!” Shafikah menjegilkan matanya. Tergelak besar Aryana. Dia hanya memerhati langkah Shafikah.

Buntang mata Adrianna memandang wajah jejaka itu. Tak sangka langsung yang dia akan bertemu lagi dengan lelaki itu. Ingatkan cerita mereka akan tamat saat kemalangan air hari tu, tapi nampak gayanya tak habis lagi. Wajah jejaka itu di tatap tajam.
“Err.. Sorry.. I sebenarnya nak bagi you ni.”  Bungkusan plastik itu di hulurkan kepada gadis di hadapannya. Berkerut dahi Adrianna. Sekali lagi dia serba-salah.
“Ambillah. Ni sebagai tanda I ganti baju you hari tu.”
“It’s okey! Baju tu boleh pakai lagi. Terima kasih.” Adrianna ingin berlalu sebaik sahaja dia menghabiskan bicaranya. Namun Aryan bertindak lebih pantas. Beg sandang yang di galas di bahu Adrianna di tarik. Mengundur Aryana dengan tindakan Aryan itu.
“Hey! Gila ke?”
“Sorry, miss.. err.. boleh I tahu nama you?” Adrianna membulatkan matanya. Aduh! Masalah betullah!
“Awak nak apa sebenarnya, hah?”
“Tak banyak! Just nak kenal dengan you aje. Tak salah kan?”
“Malas nak layan awak!” Adrianna kembali mengatur langkah. Dan kali ini, sekali lagi dia mengundur apabila beg sandang miliknya kembali di tarik.
“Astaghfirullah al-adzim! Lepas lah! Saya ada kelas ni tahu tak?!” Aryan tersenyum manis. Suka betul dia tengok gadis itu marah. Makin cantik. Tapi dia merasakan gadis itu lebih cantik ketika sedang bersedih. Terserlah keayuan sebenar gadis itu.
“Okey! Macam ni.. Just tell me your name, and I’ll let you go. Easy right?” Adrianna mengeluh kasar. Jam di tangan di pandang sekilas. Alamak! Kelas aku dah nak mula! Habis lah aku kali ni! Adrianna mengomel lemah.
“Fine! Adrianna. Nama saya Adrianna.” Aryan tersenyum kemenangan. Cantik nama tu. Secantik tuannya juga. Aryan memuji di dalam hatinya.
“Excuse me! Boleh lepaskan beg saya tak? Saya dah lambat ni!” Perlahan-lahan Aryan melepaskan pegangannya dari beg milik Adrianna. Adrianna pula berlalu pergi dan tidak menoleh lagi sebaik sahaja begnya di lepaskan.
“Adrianna!” Aryan ketawa kecil. Bungkusan plastik yang berada di tangannya di pandang lama. Kepalanya di gelengkan berulang kali.

Fazli tersenyum kecil saat melihat kelibat Aryana yang sedang duduk di pondok itu. Nampak kusyuk benar gadis itu membaca sesuatu. Buku barangkali. Teka Fazli. Perlahan-lahan dia menghampiri Aryana dari belakang.
“Hai! Awak buat apa tu?” Aryana memalingkan wajahnya. Senyuman nipis terlukis di wajahnya saat Fazli duduk di sebelahnya.
“Hurm. Tak ada buat apa pun. Kenapa tak balik lagi?”
“Saja je! Saya nak tanya sikit boleh tak?”
“Tanya apa?” Fazli menoleh ke arah gadis itu. Ingin menatap wajah yang mula bermain di dalam tidurnya. Juga di waktu siang hari. Entah apa kenalah dengan dia sejak akhir-akhir ni. Sikit-sikit, teringatkan Aryana. Lepas tu, tak lama kemudian mulalah duk terbayangkan wajah Aryana. Dengan perangai kebudak-budakkan nya. What a such alluring character that she had. Detik hatinya.
“Pergi mana hari Jumaat hari tu? Puas saya cari awak!” Aryana tersenyum. Dari pandangan mata Fazli, senyuman itu bagaikan hidup. Sinar kebahagian terpancar jelas di sepasang mata milik gadis itu.
“Saya.. pergi.. ziarah kubur arwah bonda. Best sangat! First time tau saya pergi ziarah kubur arwah bonda. Rasa macam saya dapat jumpa bonda. Saya dapat rasakan kehadiran dia di sisi saya. Mungkin itu adalah kasih sayang dia buat saya. Hah! Papa pun saya jumpa juga.” Bersemangat sekali Aryana bercerita.
“Kenapa tak bagitahu saya?”
“Bagitahu apa?” Aryana menyoal. Wajah jejaka itu di pandang dengan penuh rasa aneh. Pelik juga dia! Tiba-tiba sahaja Fazli menyoalnya begitu. Fazli melepaskan keluhan. Baru hari ni dia sedar yang si Aryana ni agak bendul dan lambat tangkap apa yang mereka bicarakan.
“Awak ni slow lah, Aryana!” Selepas berkata begitu, elok sahaja tangan Aryana hinggap di bahunya.
“Adoi! Sakit lah!”
“Tu lah! Sape suruh cakap saya slow! Kan dah kena!” Fazli mengusap bahunya yang sengal. Sakit juga penangan perempuan di sebelahnya itu. Rasa bersalah mula menguasai Aryana apabila melihat jejaka itu mengusap kawasan yang di pukulnya.
“Sorry!” Fazli tersenyum. Tak kisah lah! Bukannya sakit macam nak mati. Sakit sikit aje. Setakat mana aje lah sakit kena pukul macam tu dengan sakit saat ajal di tarik oleh malaikat maut iaitu malaikat Izrael.
“Tak apa lah. Saya tak kisah pun awak nak pukul saya berapa kali. Lagi saya suka.” Terjegil mata Aryana di buatnya. Fazli ketawa kecil. Comel sangat wajah Aryana saat itu.
“Buku apa ni?” Fazli mengambil buku itu dari tangan Aryana. Buntang mata Aryana. Laju tangannya cuba menapai kembali buku itu dari tangan Fazli.
“Hey! Bagi balik buku tu!” Keras suaranya. Tersentak Fazli. Perlahan-lahan tangannya menghulurkan kembali buku itu kepada Aryana. Kasar Aryana menarik buku itu dari genggaman Fazli.
“Jangan sentuh barang saya tanpa kebenaran!” Fazli mengeluh perlahan. Cepat sangat emosi gadis itu berubah. Sekejap okey! Sekejap angin satu badan! Tak faham betul dia dengan sikap Aryana.
“Okey! Sorry!” Aryana mendengus. Tanpa pamitan, dia beredar dari situ. Entah lah! Dia tak suka orang sentuh barang dia. Langkah Aryana di pandang hingga kelibat gadis itu hilang.

Aiman Ariff duduk bersendirian di gazebo yang terdapat di kawasan rumah banglo mewah itu. Dia sunyi! Sunyi sangat! Ingatannya kembali melayang pada adiknya, Aryana. Dia akui, saat Aryana tinggal di rumah itu, dia tidak pernah melayan Aryana dengan elok. Ariff mengeluh perlahan.
“Ana, abang rindukan Ana.” Terasa menyesal dengan layanan kasarnya terhadap Aryana.
“What’s wrong, abang? Papa tengok abang macam ada masalah aje ni. Wanna share it with me?” Datuk Aryana menegur. Dari jauh lagi dia melihat kelakuan anak teruna dia itu. Seakan mengelamun dan termenung jauh.
“Ariff okey, pa.”
“Abang, kalau abang ada masalah, jangan malu bagitahu papa. Masalah apa sekali pun, mesti ada cara penyelesaiannya. Abang anak papa, jadi papa tak nak abang pendam sorang-sorang. Boleh jadi gila tahu.” Ariff tersenyum kecil.
“Pa, bila Ana nak balik sini? Abang rindu Ana lah papa.” Datuk Aryan mengeluh lemah. Wajah anak terunanya ditatap seketika sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah kolam renang. Tak tahu sama ada dia boleh percaya atau tidak kata-kata yang terluah di bibir Ariff.
“Papa, abang betul-betul rindukan Ana. Selama ni, abang selalu buli Ana. Tak pernah layan Ana dengan baik. Abang tak sedar yang selama ni hanya Ana yang jadi teman abang bermain. Tapi Ana sentiasa layan abang dengan baik walaupun abang layan dia buruk.” Ariff berkata perlahan. Dia rindukan Aryana!
“Abang, jom masuk. Dah lewat petang sangat dah ni.” Datuk Aryan mengajak. Enggan memanjangkan isu mengenai anak gadisnya. Kalaulah Datin Sarimah tahu tentang hal ini, pasti isterinya akan mengungkit kembali kisah-kisah lampau. Dia bosan dan takut. Takut sekiranya tembok kesabarannya runtuh. Ariff mengeluh buat kesekian kalinya. Papanya langsung tidak bereaksi dan bersuara. Longlai dia berjalan.

Aryana mengeluh lemah. Apa yang dah dia lakukan? Perasaan serba salah mula mengasak dadanya. Sikap Fazli terhadapnya berubah setelah kejadian lelaki itu mengambil diari arwah bondanya hampir seminggu yang lalu. Sebelum ini, lelaki itu sering bertegur sapa dengannya jika mereka bertemu. Tapi kini, lelaki itu bersikap dingin terhadapnya.
“Ana, boleh aku duduk dekat sini?” Aryana nerpaling sebelum tersenyum tanda membenarkan gadis itu duduk di sebelahnya.
“Sekali lagi aku minta maaf. Aku tak sepatutnya hina kau dan arwah bonda kau. Aku tahu perbuatan aku tu melampau.” Izzatie berkata sebelum matanya di halakan ke tengah bendang. Aryana hanya mendiamkan diri.
“Sejak kau datang, Fazli lebih banyak habiskan masa dia dengan kau. Aku cemburu! Cemburu dengan kau sebab kau cantik, bijak. Tak sampai tiga bulan kau dekat sini, semua dah sukakan kau. Cikgu-cikgu tak putus-putus puji kau.” Aryana berpaling ke arah Izzatie. Terkejut dengan penerangan gadis itu.
“Kau tak payah nak cemburu. Aku ni tak ada apa-apa pun untuk di cemburui. Kalau kau kata, kau cemburu sebab aku cantik. Lupakanlah! Benda ni tak kekal lama pun. Esok lusa bila dah tua, tetap berkedut. Dan kerana kecantikan jugalah arwah bonda pergi.” Aryana bersuara perlahan. Ayat terakhir yang dia ucapkan lebih di tujukan kepada dirinya sendiri.
“Aku sukakan Fazli. Sentiasa cari ruang untuk dekat dengan dia. Tapi dia layan aku tak lebih dari seorang kawan. Bila kau datang sini, dia jadi lain. Senyuman dia makin berseri-seri. Masa mula-mula ayah dia bagi motor dekat dia, aku minta dia bawa aku pusing-pusing kampung. Dia tolak mentah-mentah. Kau tahu dia jawab apa?” Sebelah kening Aryana terangkat.
“Apa dia?”
“Perempuan yang boleh naik motor dengan aku hanyalah insan yang istimewa dalam hati aku. Mak, kakak, adik dan bakal isteri aku. Jadi, bila aku nampak kau naik motor dengan dia, aku marah sangat. Sebab tu lah aku serang kau.” Aryana tersenyum. Lawak dengan penerangan Izzatie mengenai Fazli. Hailah! Kalau macam tu, aku ni bakal isteri dia ke? Haha.
“Tie, tak semestinya macam tu. Aku dengan dia kawan aje. Sama macam kau dengan dia. Dan aku nak, kita pun kawan. Aku maafkan kau. Dan aku pun nak minta maaf dengan kau. Maafkan aku.” Bulat mata Izzatie memandang Aryana. Tak percaya!
“Aa.. Aku..”
“Tak apa! Tak payah cakap apa-apa. Aku tahu dah! Aku baik, dan kau berterima kasih sangat sebab aku maafkan kau. Aku tahu dah apa yang kau nak cakap! Haha.” Izzatie tergelak sama. Sungguh! Aryana memang pelik! Mood gadis ini memang mudah swing! Padanlah Fazli muka ketat aje seminggu ni.

Fazli menjeling sekilas ke arah Aryana di hadapannya. Seminggu aku merajuk baru dia nak pujuk? Hish! Apalah minah ni!! Sempat dia mengomel sendiri. Aryana mengerdipkan matanya berkali-kali.
“Awak ingat awak comel ke buat macam tu?”  Ternganga Aryana jadinya. Fazli tahan senyum. Comel sungguh sebenarnya gadis itu!
“Awak! Sorry. Saya tak sengaja marah awak hari tu. Please! Maafkan saya!” Wajah Fazli yang tidak beriak di tenung lama. Kalau tak fikirkan dia yang salah, memang jangan haraplaj dia nak merayu segala. Memang betul apa yang orang kata. Buruk muka orang lelaki merajuk! Sempat lagi Aryana mengutuk.
“Kalau nak saya maafkan awak, temankan saya setiap petang dekat padang selama seminggu. Boleh?” melopong Aryana dengan permintaan Fazli. Tak nak lah dia tercongok dekat padang semata-mata nak temankan Fazli.
“Kenapa pula saya kena temankan awak?”
“Awak nak saya maafkan ke tak ni?” Aryana mengeluh. Memanglah dia nak Fazli maafkan dia, tapi dia tak naklah seringkali di lihat berdua bersama Fazli. Timbul fitnah pula nanti!
“Kalau saya ajak Izzatie temankan saya boleh?” Fazli diam. Niat dia buat permintaan macam tu untuk berdua dengan gadis itu. Kalau ajak Izzatie, tak ada chance lah dia nak main mata dengan Aryana. Tapi...
“Okey lah! So, start esok awak tunggu saya dekat pondok berhampiran padang.” Nak tak nak memang dia kena berada di situ jugalah. Aryana senyum tidak ikhlas.
“Ye lah!”
“Good girl. Sebab tu lah saya suka awak!” Wajah Fazli ditatap lama. Dia tak salah dengar kan tadi? Ke suka yang di maksudkan Fazli tu suka sebagai kawan aje?

“Suka?” Fazli senyum sebelum berlalu meninggalkan Aryana. Ya! Dia memang sukakan Aryana. Kalau dia tak suka, tak adanya dia nak merajuk sampai seminggu. Tapi gadis itu susah sangat nak faham perasaan dia. Memang hati beku sungguh! 

p/s: sy xpandai sgt bahasa omputeh.. lau slh, tolonggggggg la tegur.. merayu ni..

1 ulasan: