okey.. saya nak mohon maaf sebab lama xupdate blog..
sorry ek?? (sambil kelip-kelip mata) hahaha..
ini ada satu cerita baru..erm.. sebenarnyabukan baru mana pun..
lama giler perap crita ni.. sebab cerita ni pada mulanya sekadar untuk melepaskan stress..
okey lah.. Maaf Itu Sempurnakan Kasih pun entah ke mana hala tujunya, ni dah masuk cerita baru.
tapi tu lah.. dah sy ni ting tong lebih sikit kan.. heheh..
harap-harap ada yang sudi baca.. enjoy reading.. tq.
CELARU CINTA
BAB
1
“Julia!!!!”
Bunyi
yang menggegarkan SMP Kampung Dalam secara tiba-tiba. Alamak! Habis lah aku. Tu
dia mak rimau dah mengaum. Sekejap lagi adalah tu yang kena makan dengan mak
rimau seekor ni.
“Ye
akak. Ada pape yang Ju boleh tolong?” Julia menyoal dengan suara yang perlahan.
Mati lah aku kalau bercakap kasar dengan mak rimau ni. Sempat Julia mengomel.
“Mana
name list ahli kelab Kebudayaan? Kan akak dah cakap nak pagi semalam” senior
tersebut bertanyakannya. Terkebil-kebil mata Julia memandang wajah seniornya
itu. Eh, bukan semalam aku bagi si Eyja dah ke? Ni mesti jadi kes lagi. Aduh!!
Nasib lah! Blur sekejap Julia jadinya.
“Err..
Julia dah bagi kat Kak Eyja semalam. Dia kata kat Ju, yang akak suruh Ju bagi
dia. Ju pun bagi lah. Cuba akak tanya dia”. Takut-takut Julia memberi jawapan
kepada seniornya yang bernama Fazurina.
“Hahh!! Si Eyja? Bila pula akak suruh dia cakap macam
tu kat Ju?” suara senior Fazurina sudah kembali meninggi. Aku dah agak dah!
Julia
hanya mampu menyeringai. Sedar yang dia salah. Bukannya dia tidak tahu
permusuhan antara senior Fazurina dengan senior Eyja ni. Diorang ni pantang
berjumpa. Tak bertengkar, bergaduh. Satu sekolah pun tahu. Tapi macam mana lah
kau boleh lupa yang diorang tu musuh, Lia oii!! Sempat Julia memarahi dirinya
sendiri.
“Err..
Kak, saya jalan dulu lah ye. Kalau akak nak name list tu, akak minta lah dengan
kak Eyja tu. Saya cabut dulu kak!” Julia berkata seraya laju melangkah
meninggalkan seniornya yang kian membara. Dia tahu, makin lama dia berada di
situ, dia pasti akan menjadi orang tengah untuk meleraikan pergaduhan antara
dua senior yang paling hot di sekolahnya itu. Punca pergaduhan antara kedua seniornya
itu gagal dia ketahui.
Nak
kata gaduh pasal berebutkan lelaki, sekolah mereka mana ada lelaki. Sekolah
perempuan memang lah tak ada lelaki. Tak tahu lah pula kalau mereka berdua
berebutkan lelaki di luar sekolah. Akhirnya, Julia pun malas nak ambil tahu.
Biarlah mereka. Dua-dua dah besar panjang. Pandai-pandai lah kedua mereka
menyelesaikan masalah mereka itu. Julia enggan ambil peduli.
**********
Sebaik
sahaja Julia melangkah ke dalam dorm yang di diaminya bersama empat rakannya
yang lain, dia terus sahaja dikerumuni oleh rakan-rakannya. Kesemua mereka
menayangkan wajah bersemangat. Bukan semangat apa, semangat nak bergosip aje
lebih!
“Apa
kes kakak kesayangan kau tadi?” tanya jiran atas katilnya, Amira.
“Kes
apanya?” Julia menyoal kembali tanpa menjawab persoalan dari Amira. Belum
sempat Amira menjawab. Seorang lagi rakannya menyampuk.
“Tadi
aku dengar dia mengaum nama kau.. Kau ada buat salah ke dengan dia?” Mengeluh
Julia dibuatnya. Hendak atau tidak, terpaksa lah dia menjawab. Kalau tak
dijawab, mahu merajuk rakan-rakannya. Sebenarnya dia tidaklah kisah sangat
sekiranya rakan-rakannya itu merajuk. Bagi Julia, biarlah Hana, Amira dan
Zulaikha merajuk. Asalkan Farizah tidak.
“Tak
lah. Dia tanya aku mana name list ahli kelab Kebudayaan. Aku pun cakaplah aku
dah bagi dekat si Eyja seteru dia tu. Sah-sah lah mengamuk dia. Aku pun lupa
yang dia dengan si Eyja tu bukannya boleh berjumpa pun. Asal jumpa aje, mesti
nak bercakaran.” Terang Julia.
Belum
sempat jiran-jiran tetangganya yang lain mengajukan soalan yang seterusnya,
pintu dorm mereka telah di ketuk oleh ketua blok Lavender iaitu senior
Shuhaiza. Salah seorang top student bagi upper six di SMP Kampung Dalam.
“Ju,
Hana, Mira dan yang lain-lain, ada seorang palajar yang baru masuk sekolah kita
akan di tempatkan di dorm kamu semua. Saya perkenalkan, ini Zahara” kata senior
Shuhaiza.
“Hai!
Nama saya Hana. Ini Mira, Zulaikha, dan yang comel lote ni nama dia Farizah.
Nice to meet you, Zahara.” kata Hana mewakili kawan-kawan yang lain. Tapi dia
terlupa untuk memperkenalkan Julia.
“Hai!
Saya Zahara. Awak semua boleh panggil saya Zaha” kata Zahara.
“Hahh..
Ju, kamu tak perkenalkan diri ke?” senior Shuhaiza menyoal Julia. Julia
tersengih sebelum memperkenalkan dirinya.
“Oh..
Err.. Nama aku Julia. Kau boleh panggil aku macam diorang panggil aku, JU”.
Selamba reaksi yang Julia tunjukkan. Hana menggelengkan kepala. Tidak puas hati
lah tu!
Itulah
sikap sebenar Julia. Ramai yang mengatakan bahawa dia adalah seorang yang sombong. Tapi mereka bukanlah mengenali
dirinya yang sebenar. Julia jenis yang susah mesra dengan orang yang dia tak
kenal. Bonda dengan abahnya selalu tegur. Tapi biasalah, Julia buat derkk jer.
Pengakhirannya, dia juga yang menang. Buang air liur aje lah kalau berbalah
dengan bakal peguam terhebat Malaysia ni.
“Woi!!
Berangan ke?” jerkah Hana.
“Ehh..
senior Shuhaiza dah chow ke?” tanya Julia dengan muka yang blur.
“Nenek,
kau ni kenapa hah? Meroyan ke?” tegur Hana.
“Eh,
tak lah. Aku kahwin belum lagi, beranak apatah lagi, mana boleh meroyan. Sengal
la kau. Err.. Aku nak pergi main handball dulu ye. Bye. Assalamualaikum” Julia
menjawab pantas sambil berlalu sebelum dirinya menerima sepitan ketam dari
Hana.
**********
Sepanjang
perjalanannya menuju ke gelanggang bola baling, Julia kembali berangan. Sesuatu
yang amat jarang dilakukannya secara sengaja mahupun tidak sengaja. Memang aneh
kerana dia bukan lah jenis orang yang suka berangan. Tapi hari itu telah
menjadi satu hari yang amat aneh.
Tersentak
seketika Julia, apabila dia tiba-tiba terdengar satu suara yang menegurnya dan
sekaligus menghentikan lamunannya tadi. Segera dia menoleh ke belakang.
Terkejut bukan kepalang Julia apabila melihat seorang remaja lelaki berdiri
betul-betul di hadapannya.
Ehhh..
macam mana boleh ada lelaki kat sekolah ni? Bukan ke sekolah aku ni pompuan ke
semua? Ke mamat ni tersalah masuk sekolah? Bertubi-tubi soalan mula timbul di
benaknya ketika itu.
“Assalamualaikum”
salam dihulur.
“Waalaikummussalam”
jawab Julia. Kan ke jawab salam tu wajib. Hehehe.
“Saya
nak tanya, bangunan asrama blok Lavender mana ye?”
“Blok
Lavender kat depan tu” jawabnya lagi.
“Thanks
ya” ucap mamat tersebut sebelum memulakan langkah menuju ke tempat yang di
tanya. Namun, sebelum sempat dia meneruskan langkahnya, Julia terlebih dahulu
memanggilnya.
“Bro..
Amacam lu boleh ada dalam area sekolah ni?” dengan kurang ajarnya Julia
menyoal. Hilang terus sikap ayu Julia bila berkata-kata dengan mamat unknown
ni..
“Maaf
ye. Awak ni perempuan tulen atau cetak rompak? Bercakap biar beradap ye” sound
dia pula.
Terkelu
seketika Julia. Tapi takkan la nak biarkan mamat ni menang kot. Belum sempat
Julia membidas kata-katanya, mamat unknown itu meneruskan kata-katanya lagi.
“Sebenarnya
saya nak cari adik saya. Tapi saya tak jumpa blok yang dia duduk. Bila fikirkan
balik, takkan lah saya nak kena pergi blok yang semuanya perempuan kan. Boleh
awak tolong saya?”
Selepas
menimbang-nimbang kembali apa yang di ucapkannya, Julia bersetuju membantu
mamat unknown ni memanggil adiknya. Lagi pun, tu blok aku. “Okey! Siapa nama
adik.. Err.. Lu.. Err.. Awak?” tanyanya tergagap-gagap. Bukan apa, dia tak tahu
nak membahasakan diri dia sebagai apa.
“Zahara.
Adik saya baru masuk hari ni” jawabnya ringkas.
“Tunggu
jap” balas Julia sebelum melangkah laju.
Dengan
segera Julia memulakan langkah menuju ke bloknya. Dalam masa yang sama, dia
mula tercari-cari siapakah adik perempuan mamat unknown tu. Ada ke budak nama Zahara?
Baru masuk? Oh!! Minah baru yang duduk dorm aku. Tak sangka aku, dia ada abang
yang handsome macam tu. Hampir tergugat iman aku.
Ehh!!
Tergoda ke?? Ahh!! Merepek je lah. Julia segera memanjangkan langkahnya ke dorm
dan enggan melayan lamunan sesaatnya sebantar tadi.
**********
“Zahara.
Abang kau tunggu kat bawah” Julia berkata tanpa memandang wajah pelajar baru
itu. Enggan menatap wajah gadis itu kerana malu dengan sikap kurang ajar nya
terhadap mamat unknown yang juga abang kepada Zahara.
“Abang?”
tanya nya.
“Ye
lah, abang kau. Dia dekat bawah. Kau pergi jelah jumpa dia.”
Julia
terus merebahkan badannya ke katil miliknya yang bukan miliknya. Lantas dia
memejamkan mata.
“Cik
Julia. Mana you jumpa abang Zaha?” soalan yang terpancul dari bibir Farizah
merangkap kawan baik Julia sejak azali lagi.
“Hurm..
Jumpa dekat bawah tadi. Dia minta tolong.” Sambil mata terpejam, Julia berkata.
“Tadi
bukan you nak pergi main handball ke? Kenapa you tidur pula ni?” Farizah
menyoal lagi.
“Aku
nak tidur lah. Pening. Nanti aku story ok!” kata Julia perlahan. Hilang moodnya
untuk bermain bola baling, sukan kegemarannya sejak di alam persekolahan
sekolah rendah lagi. Tanpa mempedulikan sesiapa, Julia terus sahaja tidur.
thumbs up liakuu... boleh diperbaiki lagi ni. Sila sambung lagi.hehehe :D
BalasPadamKak eirakuuuuu... Hahaha.. Tq sudi baca.. In shaa Allah akan d perbaiki lg.. Tq juga atas tunjuk ajarr.. Hehee
BalasPadam