Kisah Aryana dan Fazli..
Lama tertangguh d sebabkan busy menyiapkan kerja sekolah dan yg sewaktu dengannya.
Sekarang ada masa sebulan free sebelum meneruskan pembelajaran.
Akan cuba menaip cerita ni sebanyak dan secepat yang mungkin.
kalau ada salah silap, harap di tegur..
Enjoy reading.
MAAF ITU SEMPURNAKAN KASIH
bab 9
Fazli
menatap lama wajah jejaka yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapannya dan Aryana
saat mereka sedang rancak berbual. Sesekali dia mengerling ke arah Aryana yang
kelihatan terkejut menerima kedatangan jejaka itu. Siapa pula mamat ni? Muka
dah lah boleh tahan handsome! Haih! Tergugat aku macam ni! Fazli mengomel.
“Ana!
Tak nak salam abang ke?” Aryana terkedu. Jejaka itu membahasakan dirinya
sebagai abang? Tangannya menekup wajahnya. Sungguh dia tidak percaya! Air mata
mula mengalir di pipinya.
“Abang
Aiman! Aa.. Abang.” Perlahan suaranya memanggil Aiman Ariff. Berkerut dahi Fazli
melihat Aryana yang tiba-tiba sahaja menangis. Dengan perlahan Aiman Ariff
menghampiri Aryana dan menarik tubuh itu ke dalam pelukannya. Membiarkan
dadanya basah dengan tangisan si adik. Tercengang-cengang Fazli jadinya.
“Ana,
abang minta maaf. Abang rindu Ana abang ni. Maafkan abang, Ana.”
“Abang..”
Hanya itu yang mampu Aryana ucapkan. Sungguh dia terharu dan gembira. Terima
kasih Ya Allah! Terima kasih kerana memberi diri ini peluang merasai kasih
sayang seorang abang kandung.
“Ehem..
ehem..” Fazli berdehem. Panas betul hatinya dengan drama swasta yang di
pertontonkan Aryana dan jejaka yang tidak di kenalinya itu. Ingat ni dekat
Amerika ke nak main peluk-peluk?! Hangin betul aku!! Pelukan Aryana pada Aiman
Ariff lerai saat mendengar deheman Fazli.
“Err..
Sorry! Abang, kenalkan ni..”
“Fazli,
kekasih Aryana.” Tangan di hulur untuk bersalaman tanpa menghiraukan Aryana
yang terkejut. Aiman Ariff tersenyum senget. Tahu sangat maksud yang tersurat
di sebalik kata-kata Fazli itu. Huluran tangan Fazli di sambutnya.
“Aiman
Ariff, your future brother in law.” Melopong Aryana di buatnya. Dua-dua jejaka
di hadapannya itu betul-betul buat dia rasa bingung. Apa kena lah dengan
diorang dua ni? Berkerut dahi Fazli mendengarkan kata-kata Aiman Ariff. Bakal
abang ipar? Takkanlah...
“Aa..
Abang Aryana ek?” Tergagap Fazli menyoal. Aiman Ariff hanya tersenyum tanda
mengiakan. Perlahan Fazli meraup wajahnya. Malu!
“Err..
Abang, jom balik! Ana nak jumpa papa.” Tangan Aiman Ariff di tarik lembut.
Abangnya menggosok perlahan kepala Aryana. Fazli yang melihat adegan itu hanya
mampu memandang. Nak kata tak cemburu, tipulah! Tapi kalau dia cemburu pun,
sia-sia aje. Bukannya mereka berdua tu boleh bercinta pun.
“Ana
balik lah dulu. Abang nak cakap dengan bakal adik ipar abang ni sekejap.”
Aryana menggoyangkan tangan abangnya tanda enggan abangnya berbicara dengan
‘bakal adik ipar’. Ish! Fazli ni pun satu hal! Kenapa lah mengaku yang dia tu
kekasih aku? Haih!
“Abang..
jom lah balik. Kata tadi rindu Ana. Ana
nak jumpa papa dekat rumah. Jom lah balik dengan Ana.” Merengek nada suara
Aryana. Tergelak Aiman Ariff dengan gelagat manja adiknya itu. Dalam diam dia
menyesal kerana tidak pernah memberi perhatian yang sepatutnya terhadap
satu-satunya adik yang dia ada.
“Manja
betul Ana ni! Hurm. Okay! Abang balik dengan Ana, tapi dengan satu syarat. Ana
kena temankan abang pergi sungai esok. Boleh?” Aryana memuncungkan bibirnya.
Pergi sungai? Dekat mana ada sungai dekat sini? Dia mana lah tahu! Lagipun,
dekat sungai mesti ada lintah. Tak sanggup dia berdepan dengan makhluk
penghisap darah tu!
“Ana
tak tahu sungai dekat mana. Lagipun..”
“Ariff,
kalau kau nak pergi sungai, esok aku bawak.” Sengaja Fazli memintas percakapan
Aryana. Biarlah dia berkenalan dengan abang si gadis sementara jejaka itu
berada di kampung.
“Okey,
deal! See you tomorrow.” Bahu Fazli di tepuk perlahan. Wajah Aryana yang kelat
di pandang. Jelas riak wajah adiknya itu tidak menyenangi usulnya untuk ke
sungai. Eleh! Takut pacat dengan lintah lah tu! Sempat Aiman Ariff mengutuk
adiknya itu.
“Ana,
let’s go!”
*******************
Aryana
memeluk erat tubuh tegap Datuk Aryan. Melempiaskan rindu yang membara di dada.
Bahagia menerpa saat terasa kepalanya di usap lembut. Biarlah dia dianggap
manja dan kebudak-budakan. Dia tidak peduli! Yang di inginkan hanyalah merasai
kasih sayang satu-satunya papa yang dia miliki.
“Berapa
lama papa stay dekat sini?” Aryana menyoal sebaik sahaja pelukannya
dirungkaikan. Wajah Datuk Aryan ditatap lama. Terlalu berharap agar jawapan
yang bakal diterimanya mampu membuatkan dia mengukirkan senyuman lebar.
“Berapa
lama dear nak papa stay dekat sini?” Sambil tersenyum datuk Aryan menyoal
kembali anak gadisnya. Suka benar dia melihat wajah Aryana yang tersenyum lebar
di sisinya.
“Kalau boleh, Ana memang nak papa duduk sini dengan
Ana lama-lama. Tapi Ana tahu yang papa sibuk.” Dan Ana jugak tahu yang mama tak
akan pernah mahu papa jenguk Ana. Aryana menyambung di dalam hati.
“Kalau
macam tu, how abaut a week?”
“Papa!
Are you kidding?”
“Papa
serius, sayang. I miss my one and only
daughter ni. So, sayang papa ni ada nak bawa papa pusing-pusing ke mana
sepanjang papa dengan abang dekat sini?” Lembut rambut anak gadisnya itu di
usapnya. Biarlah berkorban masa seminggu demi anak nya itu. Sayu hatinya bukan
kepalang saat Aryana berkata ingin dia berada di sisi anak gadisnya itu.
“Thanks,
papa! I love you so much!” Pipi Datuk Aryan dicium bertalu-talu persis anak
kecil. Seminggu sudah mencukupi baginya. Cukuplah untuk melepaskan rindu
terhadap papanya itu.
“Papa,
esok abang dah janji dengan kekasih Ana. Kita pergi sungai nak?” Aiman Ariff
memberi usul. Berkerut dahi Datuk Aryan apabila mendengar perkataan kekasih
Aryana. Aryana mengetap bibirnya kuat. Adehh! Kenapa la abang cakap macam tu?
Mampus aku!!
“Erm..
Sejak bila anak papa ni dah ada kekasih?”
“Err..
papa.. Ana dengan Fazli bukan kekasih. Kami kawan aje. Kalau tak percaya, papa
boleh tanya Mak Tok dengan Tok Ayah.” Kelam kabut Aryana menjawab. Enggan
papanya salah faham dengan hubungannya dan Fazli.
“Hurm.
Nampak gayanya, papa ada tertinggal kereta api ni! It’s okey! I’ll ask Mak Tok
and Tok Ayah about this thing.” Sengaja Datuk Aryan berkta begitu. Seronok
dapat mengusik anak gadisnya itu. Wajah yang akan berubah kemerah-merahan
tatkala di usik sebegitu. Persis arwah bondanya!
“Papa!!”
*******************
Telefon
bimbit dibelek lama. Nak hantar pesanan ringkas buat Fazli atau tidak. Haih!!
Memandai aje mengaku yang dia tu kekasih aku! Geramnya!! Aryana mengomel geram.
Tak pasal-pasal papanya dah salah faham. Mujurlah Datuk Aryan seorang papa yang
sporting. Kalau papa orang lain agaknya dah kena hambat dengan rotan.
“Hurm.
Cucu Tok Ayah tak tidur lagi?” Pintu bilik Aryana dikuat perlahan. Tok Ayah
melangkah perlahan kearah satu-satunya cucu yang dimilikinya. Aryana tersenyum
nipis kepada Tok Ayah.
“Belum
lagi, Tok Ayah. Yang Tok Ayah pula kenapa tak tidur lagi? Dah lewat ni.” Lembut
Aryana berkata.
“Tok
Ayah nak tanya sesuatu ni.”
“Tanya
apa Tok Ayah?” Laju Aryana menyoal.
“Petang
tadi Tok Ayah jumpa Cikgu Mat Salleh.” Belum lagi Tok Ayah meneruskan
kata-katanya, Aryana terlebih dahulu mengeluh berat. Cepat benar cerita sebegini
disampaikan ke telinga Tok Ayah.
“Kenapa
Ana mengeluh?” Lembut nada suara Tok Ayah bertanya. Rambut lurus cucunya itu
diusap lembut. Sungguh! Aryana lah satu-satunya permata hati yang amat bernilai
ditinggal oleh satu-satunya anak yang dia ada. Tiada yang lebih bernilai
berbanding Aryana bagi dia dan isterinya.
“Hurm.
Apa yang Cikgu Mat Salleh bagitahu Tok Ayah?”
“Dia
minta maaf dengan Tok Ayah sebab tuduh Ana dengan si Fazli tu buat perkara bukan-bukan
dalam kawasan sekolah. Tok Ayah mula-mula tu terkejut la juga. Tiba-tiba aje
dia datang minta maaf. Apa sebenarnya yang berlaku ni Ana? Tok Ayah tak nak Ana
dipandang serong oleh pelajar lain.”
Panjang
lebar Tok Ayah bercerita. Buat kali yang entah ke berapa, Aryana kembali
mengeluh. Entah macam mana dia hendak terangkan agar Tok Ayahnya itu faham
kerana dia sendiri tidak tahu bagaimana cerita itu tersebar. Tahu-tahu sahaja
dia dan Fazli dipanggil oleh guru disiplin itu.
“Tok
Ayah, Ana sendiri tak tahu siapa yang sebarkan cerita tu. Ana dengan Fazli
memang tak ada apa-apa. Kami tak buat apa- apa yang salah pun, Tok Ayah.”
Bersungguh-sungguh Aryana cuba mempertahankan dirinya. Tok Ayah melepaskan
keluhan.
“Masakan
pokok bergoyang jika tidak ditiup angin.”
“Tok
Ayah tak percayakan Ana?”
Pedih
hatinya saat Tok Ayahnya berkata begitu. Seolah-olah dia telah menghancurkan
kepercayaan yang diberikan oleh Tok Ayah dan Mak Tok. Aryana menjatuhkan
pandangan. Air mata mula bertakung di tubir mata. Bila-bila masa saja akan
jatuh ke pipinya.
“Sayang,
Tok Ayah bukan tak percaya. Cuma mungkin keakraban Ana dan Fazli di salah
ertikan. Mak Tok tahu cucu Mak Tok macam mana.” Mak Tok tiba-tiba sahaja muncul
di dalam bilik Aryana. Lembut kepala cucu kesayangannya itu diusapnya. Mulut
orang memang tak boleh ditutup. Selagi boleh bercakap, selagi itu jugalah
mereka akan terus berkata-kata.
“Maafkan
Ana.” Erat tangannya memeluk Mak Tok. Terasa satu kucupan halus menjamah lembut
ubun-ubunnya. Dia hanya mampu berserah dan tawakal ke hadrat Ilahi.
Sesungguhnya, Allah SWT maha mengetahui segala-galanya.
********************
Wajah
lena Aryana ditatap seketika sebelum keluhan dilepaskan. Bukan pertama kali dia
berhadapan dengan tohmahan penduduk kampung, malah berkali-kali. Dari ketika
anak nya masih hidup lagi dia harus berhadapan dengan segala tohmahan yang
dilemparkan penduduk kampung.
“Abang,
apa lagi yang dimenungkan tu?” Mak Tok menyoal perlahan. Bukannya dia tidak
tahu apa yang bermain di fikiran suami tercintanya itu. Perlahan tangannya mengusap
bahu suaminya.
“Tak
usahlah difikirkan lagi apa yang dah jadi, bang. Orang kampung boleh bercakap,
mengata. Tapi mereka tahu perkara yang sebenarnya. Penat nanti berhentilah
mulut mereka tu.” Lembut suaranya menenangkan insan kesayangannya. Tok Ayah tersenyum
hambar dengan bicara Mak Tok.
“Betul
tu, Mah. Abang cuma risaukan Ana. Kalau boleh, abang tak nak Ana dicemuh dan
dihina seperti mana anak kita dulu. Dia satu-satunya permata hati kita, Mah.
Sedih dia, sedih lagi kita. Abang tak nak Ana malu, Mah. Cukup lah dengan apa
yang anak kita hadapi. Janganlah cucu kita pun terpaksa hadapi perkara yang
sama.” Panjang lebar Tok Ayah berkata. Jarinya lembut mengelus rambut cucu
kesayangannya.
“Ayah,
Ayyan minta maaf.” Datuk Aryan tiba-tiba sahaja berkata. Secara tidak sengaja
dia terdengar perbualan mak dan ayah mertuanya itu. Terdetik dihatinya, bapa
jenis apakah dia? Tidak langsung peka dengan apa yang terjadi terhadap anak
gadisnya sehingga atuk dan nenek kepada anaknya lebih peka dan peduli dengan
apa yang berlaku terhadap Aryana.
“Aryan!”
Tersentak Tok Ayah dan Mak Tok.
********************
Fazli
menyapu lembut bibirnya yang berdarah. Inilah padahnya apabila cerita-cerita
yang tidak tentu kesahihannya disebarkan. Wajah ayahnya dipandang kosong. Entah
siapalah yang memperbesarkan hal ini. Kalau dapat, lunyai dia kerjakan! Tidak
pasal-pasal kecoh surau usai solat Isyak tadi gara-gara perbalahannya dan
beberapa remaja seusianya.
“Ayah
tak nak lagi dengar berita-berita macam ni lagi! Sekali lagi ayah dengar
perkara tak elok tentang Li dengan Aryana, jangan harap Li boleh berkawan lagi
dengan budak tu!” Kasar nada suara ayahnya. Perlahan-lahan Fazli berjalan
mendekati ayahnya yang sedang menghisap rokok. Secara perlahan-lahan juga dia
melutut di kaki ayahnya itu.
“Ayah,
abang minta maaf.” Perit dipipinya langsung tidak dipedulikan. Apa yang penting
baginya tika itu hanyalah sebuah kemaafan dari orang tua yang amat dihormatinya
itu.
“Ayah
kecewa, Li! Bukan seorang dua yang bercerita, tapi ramai. Jemaah di surau tadi
pandang ayah macam ayah ni tak reti mendidik anak. Tak reti ajar anak apa yang
halal dan apa yang haram.” Amarahnya kembali terbakar apabila mengenangkan
keceluparan bicara Cikgu Mat Salleh yang beria-ia bercerita mengenai anak
lelakinya dan Aryana.
“Ayah..
Ayah percaya kan yang abang tak akan pernah malukan ayah dan keluarga?”
“Ayah
berikan sepenuh kepercayaan pada abang selama ini. Dan ayah harap abang tak
ulangi lagi kesilapana yang sama. Ayah tak halang abang kawan dengan Aryana,
tapi ayah nak abang ingat. Kita ni orang Islam, ada pegangannya. Segala yang
Allah SWT larang, dan apa yang disuruh-Nya semuanya bersebab.” Panjang lebar
nasihat yang diberikan untuk anak terunanya itu. Lembut bibir Fazli diusapnya. Luka
dibibir anak terunanya itu dipandang lama.
“Terima
kasih ayah kerana percayakan abang. Abang janji, ini akan jadi yang pertama dan
yang terakhir. Maafkan abang, ayah.” Tangan ayahnya dicapai dan dicium lama.
Dalam diam dia bertekad tidak akan membenarkan kepercayaan ayahnya terhadap
dirinya goyah. Kasihnya terhadap keluarganya melebihi segala-galanya selepas
Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Baru sempat jenguk blog lia. Chaiyokk liakuuu!! ^_^
BalasPadam