saya cuma nak kongsi apa yang saya rasa..
tak tahu kenapa..tapi saya nak tulis tentang ni..
INI adalah berdasarkan APA YANG SAYA TAHU!!
Kisah yang aku cuba sampaikan kali ini
berkaitan dengan dua insan istimewa yang aku kenali secara tidak sengaja. Aku
seorang gadis yang sangat menggilai novel Melayu. Nak dijadikan cerita, ada
seorang rakanku di laman sosial Facebook yang kami gelar “mommy” telah
menyertakan aku ke dalam sebuah kumpulan yang ditubuhkan di laman sosial ini.
Sambutan
yang diraikan oleh pemilik, admin mahupun ahli-ahli kumpulan ini terhadap ahli
baru sepertiku teramatlah meriah. Pemilik kumpulan ini menjamu setiap mata-mata
ahli-ahli kumpulannya dengan gambar hidangan yang cukup enak! Cukup mewah!
Katalah apa sahaja yang diinginkan, pasti sahaja pemilik dan admin kumpulan ini
sanggup mencarinya di Google.
Itulah
pertama kali aku menemui kumpulan yang teramat meriah. Namun, bukan ini yang
aku hendak ceritakan. Itu hanyalah sebagai mukaddimahnya sahaja. Panjangkan??
Layan kan aje lah!! Kali ini, aku lebih selesa menggunakan bahasa yang terlebih
santai, kerana ini sebenarnya lebih kepada luahan hati aku. Apa yang aku
rasakan sejak aku mula mengenali dunia alam maya yang seperti itu. Maafkan aku
andai aku silap. Bismillahirrahmanirrahim.
Kumpulan
ini di beri nama Waniza Aisa. Tuan rumahnya ialah Puan Azizah Md Isa atau lebih
mesra aku menggelarnya Cik AMI. Dalam kumpulan ini, ada dua orang admin yang
membantu Cik AMI mentadbir urusan-urusan yang berkaitan kumpulan tersebut.
Sebenarnya, menurut Cik AMI beliau melantik admin-adminnya bukannya bertujuan
untuk mentadbir urusan-urusan kumpulaan tersebut...namun admin-admin beliau di
lantik dalam kalangan sahabat yang
paling akrab. Sebagai tanda
menghargai persahabatan yang terjalin
antara mereka.
Dua
admin kumpulan tersebut aku kenali dengan nama Nurr Bayu dan Setiaku Disini
yang masing-masing aku panggil mereka Cik NB dan Cik SD. Baiklah! Kenapa aku kenalkan begini? Kerana dua insan yang
aku maksudkan ini adalah pemilik kumpulan ini dan salah seorang admin beliau.
Nak tahu siapa dan kenapa? Teruskan membaca!
Persahabatan
mereka terjalin bermula pada tahun 2013..(lebih kurang pada bulan April ataupun
Mei). Menurut Cik AMI, mereka berkenalan
secara tidak sengaja iaitu melalui laman sosial Facebook itu juga. Mereka
berkenalan di sebuah kumpulan yang ditubuhkan oleh sebuah syarikat penerbitan
novel. Cik AMI yang ketika itu meletakkan post yang mengongsikan link blog
milik beliau di kumpulan tersebut.
Menurut
Cik AMI lagi, salah seorang adminnya itu sentiasa komen dengan tanda (Y) di
ruangan komen yang di sediakan. Setiap kali Cik AMI meletakkan link blognya di
situ, hanya itulah yang sering adminnya itu komenkan. Kalau nak tahu apa maksud
tanda (Y) tu, anda bolehlah mencubanya di mana-mana ruangan komen yang di
sediakan di laman sosial Facebook tu.
Kemudian,
Cik AMI membalas komen tersebut dengan beberapa soalan. Dan bermula dari situ
lah persahabatan mereka terjalin. Sejujurnya, aku tidak lah tahu banyak tentang
perjalanan kisah persahabatan mereka. Ini sekadar apa yang aku tahu sahaja. Berbalik
pada kisah mereka.
Segala
suka duka mereka kongsi bersama. Aku ingat lagi, pada awal tahun ini ada
seorang insan yang tidak di kenali tiba-tiba sahaja menyertai kumpulan Cik AMI.
Setiap kali insan ini memberikan komen, pasti sahaja ia komen yang sangat
negatif. Mengkritik setiap karya Cik AMI. Pada mulanya aku hanya
memerhati...dan terus memerhati. Timbul tanda tanya dalam diri aku tentang
siapa sebenarnya insan ini. Dengan selambanya ia mengutuk dan mengkritik.
Sehingga
satu saat, aku yang membaca komennya mula terasa panas hati. Setiap komen
pedasnya aku balas. Aku perhatikan gaya balasannya, lenggok lingguistiknya dan
ada sesuatu timbul di benakku. Bicara insan ini seperti biasa aku
lihat..seperti biasa aku baca..dan seperti biasa aku hayati.
Perasaan
musykil itu harus aku selidiki.(kononnya nak jadi Jamos Bond la aku ni). Dengan
perasaan geram aku bertanya. Siapakah insan tersebut? Yang bicaranya tajam
sekali menghiris hati. Yang ayatnya terlalu bisa menyerap di segenap urat
saraf. (hiperbola aje tu). Cik AMI katakan kepada aku, layankan sahaja lah.
Biarlah bicara itu mengguris hati, yang penting kritikan itu mampu membina Cik
AMI menjadi seorang pengkarya yang lebih baik.
Pernah
juga aku tujukan soalan yang sama terhadap kedua-dua admin beliau. Aku ingat
lagi, Cik NB pernah memuji aku. Balasanku terhadap apa yang di komenkan oleh
insan tersebut membuatkan dia kelu dan kagum. Dia mengatakan aku sudah lebih
matang berbanding dengan Amellia Farhana yang dia pernah kenali pada awal
perkenalan kami.Cik NB katakan pada aku, mungkin niat insan tersebut baik.
Komen pedasnya dan kritikannya mungkin bertujuan untuk membina keyakinan Cik
AMI dalam dunia penulisan.
Kenapa
aku bercerita tentang insan tersebut? Insan yang pada mulanya aku anggap langau
yang memusnahkan makanan..hahaha.. Aku bercerita kerana ia adalah kisah mereka
berdua. Insan yang sangat akrab. Untuk pengetahuan semua, ketiga-tiga insan ini
tidak pernah bertemu mata. Hanya sekadar melihat gambar.. hanya sekadar
mendengar suara dan hanya sekadar berkongsi satu rasa yang sama.
Persahabatan
yang terjalin antara mereka sangat aku kagumi.. Cik Nurr Bayu (NB) dan Cik Azizah
Md Isa (AMI).. Kedua-dua insan ini telah menyedarkan aku.. Pernah aku tanyakan
pada Cik AMI..Apa yang membuatkan beliau selesa dengan Cik NB.. Nak tahu beliau
jawab apa?
Cik
AMI jawab kerana keikhlasan yang ada dalam diri Cik NB. Keikhlasan Cik NB dalam
membantu Cik AMI lah yang menjadi sebab mereka akrab... Lagi kata Cik AMI,
mereka akrab mungkin kerana memiliki sense of humor yang lebih kurang sama. Dan
banyak persamaan yang ada pada diri mereka berdua. Dan aku?? Jujur aku katakan,
tidak pernah aku tidak cemburu dengan keakraban mereka berdua. Malah aku juga
cemburu dengan keakraban mereka bertiga. Seakan-akan adik beradik... Seperti
kembar... Itu lah yang aku rasakan..
Siapa kata kawan
kena depan mata? Siapa kata persahabatan yang akrab tak boleh terjalin tanpa
bersua muka? Dulu, aku yang tidak percaya... Dulu, aku yang kata begitu. Kalau
kawan depan mata pun asyik bergaduh..beterngkar tak ingat dunia.. Tapi,
sekarang aku harus akui.. Setiap perhubungan
pastilah ada pasang surutnya. Bergaduh itu biasalah.. Malah itu lah yang
membuatkan perhubungan semakin akrab.
Aku sangat berbesar
hati mengenali mereka. Malah amat bersyukur dapat mengenali mereka bertiga.
Korang nak join group penulis ni?? Meh join.. Jangan lupa beli novel sulung
karya Cik Ami iaitu Aku, Dia dan Mrs, Syhh.. terbitan CUTE Kreatif. Dan bakal
novel kedua beliau iaitu Cinta Sos dan
Kicap. Jangan lupa juga baca karya-karya
beliau di blog...
https://www.facebook.com/groups/313089188846815/
(ini adalah link blog tersebut)
terima kasih pada yang sudi jengah..dan layan saya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan