Ahad, 14 September 2014

Celaru CInta bab 1

Assalamualaikum wbt.. (hahh!! tak jawab dosa tau!) hehehe..
okey.. saya nak mohon maaf sebab lama xupdate blog..
sorry ek?? (sambil kelip-kelip mata) hahaha..
ini ada satu cerita baru..erm.. sebenarnyabukan baru mana pun..
lama giler perap crita ni.. sebab cerita ni pada mulanya sekadar untuk melepaskan stress..
okey lah.. Maaf Itu Sempurnakan Kasih pun entah ke mana hala tujunya, ni dah masuk cerita baru.
tapi tu lah.. dah sy ni ting tong lebih sikit kan.. heheh..
harap-harap ada yang sudi baca.. enjoy reading.. tq.


CELARU CINTA

BAB 1
“Julia!!!!”
Bunyi yang menggegarkan SMP Kampung Dalam secara tiba-tiba. Alamak! Habis lah aku. Tu dia mak rimau dah mengaum. Sekejap lagi adalah tu yang kena makan dengan mak rimau seekor ni.
“Ye akak. Ada pape yang Ju boleh tolong?” Julia menyoal dengan suara yang perlahan. Mati lah aku kalau bercakap kasar dengan mak rimau ni. Sempat Julia mengomel.
“Mana name list ahli kelab Kebudayaan? Kan akak dah cakap nak pagi semalam” senior tersebut bertanyakannya. Terkebil-kebil mata Julia memandang wajah seniornya itu. Eh, bukan semalam aku bagi si Eyja dah ke? Ni mesti jadi kes lagi. Aduh!! Nasib lah! Blur sekejap Julia jadinya.
“Err.. Julia dah bagi kat Kak Eyja semalam. Dia kata kat Ju, yang akak suruh Ju bagi dia. Ju pun bagi lah. Cuba akak tanya dia”. Takut-takut Julia memberi jawapan kepada  seniornya yang bernama Fazurina.
“Hahh!!  Si Eyja? Bila pula akak suruh dia cakap macam tu kat Ju?” suara senior Fazurina sudah kembali meninggi. Aku dah agak dah!
Julia hanya mampu menyeringai. Sedar yang dia salah. Bukannya dia tidak tahu permusuhan antara senior Fazurina dengan senior Eyja ni. Diorang ni pantang berjumpa. Tak bertengkar, bergaduh. Satu sekolah pun tahu. Tapi macam mana lah kau boleh lupa yang diorang tu musuh, Lia oii!! Sempat Julia memarahi dirinya sendiri.
“Err.. Kak, saya jalan dulu lah ye. Kalau akak nak name list tu, akak minta lah dengan kak Eyja tu. Saya cabut dulu kak!” Julia berkata seraya laju melangkah meninggalkan seniornya yang kian membara. Dia tahu, makin lama dia berada di situ, dia pasti akan menjadi orang tengah untuk meleraikan pergaduhan antara dua senior yang paling hot di sekolahnya itu. Punca pergaduhan antara kedua seniornya itu gagal dia ketahui.
Nak kata gaduh pasal berebutkan lelaki, sekolah mereka mana ada lelaki. Sekolah perempuan memang lah tak ada lelaki. Tak tahu lah pula kalau mereka berdua berebutkan lelaki di luar sekolah. Akhirnya, Julia pun malas nak ambil tahu. Biarlah mereka. Dua-dua dah besar panjang. Pandai-pandai lah kedua mereka menyelesaikan masalah mereka itu. Julia enggan ambil peduli.

**********

Sebaik sahaja Julia melangkah ke dalam dorm yang di diaminya bersama empat rakannya yang lain, dia terus sahaja dikerumuni oleh rakan-rakannya. Kesemua mereka menayangkan wajah bersemangat. Bukan semangat apa, semangat nak bergosip aje lebih!
“Apa kes kakak kesayangan kau tadi?” tanya jiran atas katilnya, Amira.
“Kes apanya?” Julia menyoal kembali tanpa menjawab persoalan dari Amira. Belum sempat Amira menjawab. Seorang lagi rakannya menyampuk.
“Tadi aku dengar dia mengaum nama kau.. Kau ada buat salah ke dengan dia?” Mengeluh Julia dibuatnya. Hendak atau tidak, terpaksa lah dia menjawab. Kalau tak dijawab, mahu merajuk rakan-rakannya. Sebenarnya dia tidaklah kisah sangat sekiranya rakan-rakannya itu merajuk. Bagi Julia, biarlah Hana, Amira dan Zulaikha merajuk. Asalkan Farizah tidak.
“Tak lah. Dia tanya aku mana name list ahli kelab Kebudayaan. Aku pun cakaplah aku dah bagi dekat si Eyja seteru dia tu. Sah-sah lah mengamuk dia. Aku pun lupa yang dia dengan si Eyja tu bukannya boleh berjumpa pun. Asal jumpa aje, mesti nak bercakaran.” Terang Julia.
Belum sempat jiran-jiran tetangganya yang lain mengajukan soalan yang seterusnya, pintu dorm mereka telah di ketuk oleh ketua blok Lavender iaitu senior Shuhaiza. Salah seorang top student bagi upper six di SMP Kampung Dalam.
“Ju, Hana, Mira dan yang lain-lain, ada seorang palajar yang baru masuk sekolah kita akan di tempatkan di dorm kamu semua. Saya perkenalkan, ini Zahara” kata senior Shuhaiza.
“Hai! Nama saya Hana. Ini Mira, Zulaikha, dan yang comel lote ni nama dia Farizah. Nice to meet you, Zahara.” kata Hana mewakili kawan-kawan yang lain. Tapi dia terlupa untuk memperkenalkan Julia.
“Hai! Saya Zahara. Awak semua boleh panggil saya Zaha” kata Zahara.
“Hahh.. Ju, kamu tak perkenalkan diri ke?” senior Shuhaiza menyoal Julia. Julia tersengih sebelum memperkenalkan dirinya.
“Oh.. Err.. Nama aku Julia. Kau boleh panggil aku macam diorang panggil aku, JU”. Selamba reaksi yang Julia tunjukkan. Hana menggelengkan kepala. Tidak puas hati lah tu!
Itulah sikap sebenar Julia. Ramai yang mengatakan bahawa dia adalah seorang yang  sombong. Tapi mereka bukanlah mengenali dirinya yang sebenar. Julia jenis yang susah mesra dengan orang yang dia tak kenal. Bonda dengan abahnya selalu tegur. Tapi biasalah, Julia buat derkk jer. Pengakhirannya, dia juga yang menang. Buang air liur aje lah kalau berbalah dengan bakal peguam terhebat Malaysia ni.
“Woi!! Berangan ke?” jerkah Hana.
“Ehh.. senior Shuhaiza dah chow ke?” tanya Julia dengan muka yang blur.
“Nenek, kau ni kenapa hah? Meroyan ke?” tegur Hana.
“Eh, tak lah. Aku kahwin belum lagi, beranak apatah lagi, mana boleh meroyan. Sengal la kau. Err.. Aku nak pergi main handball dulu ye. Bye. Assalamualaikum” Julia menjawab pantas sambil berlalu sebelum dirinya menerima sepitan ketam dari Hana.

********** 

Sepanjang perjalanannya menuju ke gelanggang bola baling, Julia kembali berangan. Sesuatu yang amat jarang dilakukannya secara sengaja mahupun tidak sengaja. Memang aneh kerana dia bukan lah jenis orang yang suka berangan. Tapi hari itu telah menjadi satu hari yang amat aneh.
Tersentak seketika Julia, apabila dia tiba-tiba terdengar satu suara yang menegurnya dan sekaligus menghentikan lamunannya tadi. Segera dia menoleh ke belakang. Terkejut bukan kepalang Julia apabila melihat seorang remaja lelaki berdiri betul-betul di hadapannya.
Ehhh.. macam mana boleh ada lelaki kat sekolah ni? Bukan ke sekolah aku ni pompuan ke semua? Ke mamat ni tersalah masuk sekolah? Bertubi-tubi soalan mula timbul di benaknya ketika itu.
“Assalamualaikum” salam dihulur.
“Waalaikummussalam” jawab Julia. Kan ke jawab salam tu wajib. Hehehe.
“Saya nak tanya, bangunan asrama blok Lavender mana ye?”
“Blok Lavender kat depan tu” jawabnya lagi.
“Thanks ya” ucap mamat tersebut sebelum memulakan langkah menuju ke tempat yang di tanya. Namun, sebelum sempat dia meneruskan langkahnya, Julia terlebih dahulu memanggilnya.
“Bro.. Amacam lu boleh ada dalam area sekolah ni?” dengan kurang ajarnya Julia menyoal. Hilang terus sikap ayu Julia bila berkata-kata dengan mamat unknown ni..
“Maaf ye. Awak ni perempuan tulen atau cetak rompak? Bercakap biar beradap ye” sound dia pula.
Terkelu seketika Julia. Tapi takkan la nak biarkan mamat ni menang kot. Belum sempat Julia membidas kata-katanya, mamat unknown itu meneruskan kata-katanya lagi.
“Sebenarnya saya nak cari adik saya. Tapi saya tak jumpa blok yang dia duduk. Bila fikirkan balik, takkan lah saya nak kena pergi blok yang semuanya perempuan kan. Boleh awak tolong saya?”
Selepas menimbang-nimbang kembali apa yang di ucapkannya, Julia bersetuju membantu mamat unknown ni memanggil adiknya. Lagi pun, tu blok aku. “Okey! Siapa nama adik.. Err.. Lu.. Err.. Awak?” tanyanya tergagap-gagap. Bukan apa, dia tak tahu nak membahasakan diri dia sebagai apa.
“Zahara. Adik saya baru masuk hari ni” jawabnya ringkas.
“Tunggu jap” balas Julia sebelum melangkah laju.
Dengan segera Julia memulakan langkah menuju ke bloknya. Dalam masa yang sama, dia mula tercari-cari siapakah adik perempuan mamat unknown tu. Ada ke budak nama Zahara? Baru masuk? Oh!! Minah baru yang duduk dorm aku. Tak sangka aku, dia ada abang yang handsome macam tu. Hampir tergugat iman aku.
Ehh!! Tergoda ke?? Ahh!! Merepek je lah. Julia segera memanjangkan langkahnya ke dorm dan enggan melayan lamunan sesaatnya sebantar tadi.

**********

“Zahara. Abang kau tunggu kat bawah” Julia berkata tanpa memandang wajah pelajar baru itu. Enggan menatap wajah gadis itu kerana malu dengan sikap kurang ajar nya terhadap mamat unknown yang juga abang kepada Zahara.
“Abang?” tanya nya.
“Ye lah, abang kau. Dia dekat bawah. Kau pergi jelah jumpa dia.”
Julia terus merebahkan badannya ke katil miliknya yang bukan miliknya. Lantas dia memejamkan mata.
“Cik Julia. Mana you jumpa abang Zaha?” soalan yang terpancul dari bibir Farizah merangkap kawan baik Julia sejak azali lagi.
“Hurm.. Jumpa dekat bawah tadi. Dia minta tolong.” Sambil mata terpejam, Julia berkata.
“Tadi bukan you nak pergi main handball ke? Kenapa you tidur pula ni?” Farizah menyoal lagi.

“Aku nak tidur lah. Pening. Nanti aku story ok!” kata Julia perlahan. Hilang moodnya untuk bermain bola baling, sukan kegemarannya sejak di alam persekolahan sekolah rendah lagi. Tanpa mempedulikan sesiapa, Julia terus sahaja tidur.

Sabtu, 7 Jun 2014

CERPEN: ILUSI CINTA

Assalamualaikum wbt..
Ilusi Cinta merupakan sebuah cerpen yang hadir tika saya sedang lena tidur..
Mimpi yang membuatkan saya rasa seakan-akan realiti..
Tapi ofkos lah saya ada tambah sedikit sebanyak..
Nak buat sebijik macam dalam mimpi, payah.. haha
Apa pun, selamat membaca...
Entah bila lah lagi saya akan up entry baru..
Enjoy!!


ILUSI CINTA


“Ummi nak Ana kahwin dengan dia! Muktamad!” Aku memandang ummi dengan riak tidak percaya. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba kena kahwin! Dengan lelaki yang langsung aku tak kenal pulak tu!
“Kenapa? Kenapa mesti Ana? Fiza kan ada! Suruh lah Fiza yang kahwin dengan dia!” Aku cuba membantah. Banyak perkara lagi yang perlu aku capai sebelum berkahwin. Kalau dah kahwin nanti, pasti sesetengah impian harus aku kuburkan.
“Fiza tu tak habis belajar pun lagi! Takkan lah nak suruh kahwin? Kamu biar betul Ana!” Ummi menjegilkan mata. Aku mengeluh lagi. Lupa pulak adik aku yang seorang tu baru tingkatan 5. Tapi takkan lah aku kena nikah jugak?
“Ummi, Ana tak sedia lagi! Ana baru aje 21 tahun. Muda lagi lah!”
“Dah tu nak tunggu umur berapa baru nak kahwin?” Aku garu pipi. Tak tahu nak bagi alasan apa lagi dah. Nak tak nak, memang kena redha ajelah! Wajah ummi aku tatap lama. Berat untuk aku bersetuju. Tapi apa kan daya aku! Mengingkari suruhan ummi bermakna aku menderhaka kepada ummi.
“Ummi... Ana setuju.. dengan satu syarat!” Ummi menjungkitkan kening. Aku melepaskan keluhan lemah sebelum menyatakan syarat yang bakal aku tetapkan.
“Ana tak nak bersanding. Di pihak perempuan mahupun di pihak lelaki.” Buntang mata ummi. Tak pernah di buat orang!
“Jangan mengada-ngada, Farhana! Perasaan pihak lelaki kita kena fikirkan jugak! Kalau belah perempuan aje, bolehlah jugak kalau tak nak buat!” Sudah aku jangka apa yang bakal ummi tuturkan. Aku kenal ummi aku! Jika hitam katanya, maka hitam lah ia! Tidak akan berubah walau sedikit pun. Tapi kali ini, aku tetap akan berusaha memujuk ummi. Biarlah keputusannya berganjak walaupun sekadar menjadi kelabu.
“Ummi, Ana setuju untuk nikah kerana Ana sayangkan ummi lebih dari nyawa Ana sendiri. Ummi pentingkan perasaan pihak lelaki, tapi pernah tak ummi fikirkan tentang perasaan Ana? Anak ummi sendiri! Ana hanya minta itu aje ummi. Ana tak mintak lebih!” Aku lihat ummi seakan-akan terkedu seketika. Ummi diam! Mungkin sedang memikirkan permintaan aku.
“Baik! Ummi terima syarat Ana!”

****************************************

Aku duduk bersendirian di buaian yang terletak di bawah rumah. Cuba untuk menenangkan perasaan aku yang bercelaru. Seminggu sahaja lagi untuk aku bergelar isteri orang. Zaman anak dara bakal aku tinggalkan dalam masa seminggu sahaja lagi. Esok, aku bakal bergelar tunangan orang. Tunang kepada lelaki yang aku tidak ketahui namanya.. juga dirinya.
“Buat apa sorang-sorang dekat bawah ni?” Aku tersenyum. Wajah mak ku tatap lama. Jika hendak di bandingkan dengan ummi, aku lebih rapat dengan mak, ibu saudara aku yang juga merangkap kakak kepada ummi.
“Tak ada buat apa mak. Kenapa mak tak tidur lagi? Dah lewat malam dah ni.” Aku melabuhkan kepala ke riba mak. Perlahan-lahan terasa usapan di kepalaku. Aku suka! Terasa seakan di manjai.
“Patutnya, mak yang tanya Ana soalan tu. Esok kan nak bertunang, kenapa Ana tak tidur lagi? Tak pasal-pasal nanti mata tu jadi mata panda. Malu lah bakal mak mertua Ana tengok nanti.” Aku tersenyum nipis. Usikan mak sedikit sebanyak membuatkan aku lupa dengan apa yang mengganggu  fikiranku.
“Mak kenal ke dengan bakal mak mertua Ana tu?”
“Hurm. Kenal gitu-gitu aje, Ana. Tapi mak yakin keluarga mereka orang baik-baik. Ummi Ana tahu apa yang terbaik untuk Ana. Lagipun, mak tengok bakal suami Ana pun baik budi bahasanya. Elok aje pekerti dia. Mak yakin Ana akan bahagia dengan dia.” Aku termenung seketika. Bagaimana mak boleh bersuara seyakin itu sedangkan aku yang akan menikah dengan lelaki itu? Bagaimana mak mampu berkata yang aku akan bahagia hidup bersama lelaki itu sedangkan aku sendiri tidak seyakin itu?
“Mak faham apa yang Ana fikirkan. Dan mak juga tahu apa yang sedang Ana risaukan sekarang. Ana, yakinlah bahawa setiap kejadian itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Jodoh Ana telah di tetapkan sejak Ana masih belum lahir lagi. Mak yakin yang Ana akan bahagia dengan dia.” Mak menepuk bahuku lembut. Mungkin cuba menyalurkan kekuatan dan keyakinan kepadaku.
“Macam mana, mak?”
“Ana kena yakin. Niatkan dalam hati! Sekali Ana jadi isteri dia, selamanya Ana isteri dia. Jika Ana ingin kecapi bahagia bersama dia, maka Ana kena bahagiakan dia. Kita sebagai manusia ni tak lari dari kesilapan dan kekurangan, jadi kita kena bersikap give and take. Jangan hanya menerima kerana lambat laun pasangan akan bosan kerana hanya dia yang memberi. Kalau jadi macam tu, hubungan akan kaku.” Aku mengeluh. Aku bukan lah seorang yang sabar. Dan aku tak tahu samada aku mampu hadapi semua itu nanti.
“Mak, kalau Ana terluka gara-gara pernikahan ni macam mana?” Aku lihat mak menggelengkan kepalanya.
“Kenapa suka fikir yang negatif aje? Cuba fikir kalau Ana bahagia, dapat anak sorang setahun. Hah! Kan bagus macam tu.” Aku tergelak. Sorang setahun? Mati lah aku!
“Dah lah. Pergi naik atas! Tak pasal-pasal jadi mata panda. Lepas tu bakal mak mertua Ana salah sarung cincin pulak. Sarung dekat tangan mak, baru niaya!” Bergabung ketawa aku dan mak. Ya! Aku kena niat yang baik-baik aje untuk hidup aku.

*******************************

Berdegup kencang jantung aku saat tombol pintu di pusing. Aku lihat ummi melangkah masuk ke dalam bilik aku di ikuti beberapa orang wanita. Pinggang ku di cuit perlahan.  Aku mengerling ke arah mak. Mak memberikan isyarat supaya aku senyum.  Payah betul!
“Assalamualaikum.” Satu suara memberi salam. Aku telan liur sebelum menjawab salam itu.
“Cantiknya bakal menantu ibu.” Owh! Ini lah dia bakal mak  mertua aku! Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan bakal mak mertua aku. Mujurlah aku ingat lagi pesanan ummi agar bersalaman dengan bakal mak mertua aku sebelum rombongan meminang datang tadi. Pipi kiri dan kanan aku dikucup mesra.
“Ana, hulurkan jari tu. Ibu nak sarungkan cincin.” Mak mengarah. Aku hanya mampu menurut. Sebaik sahaja cincin belah rotan tersarung di jari manis ku, sekali lagi aku menyalami tangan bakal mak mertua aku.
“Tahniah, Ana. Ibu harap Ana dapat terima abang seadanya. Ibu yakin Ana akan bahagia hidup dengan abang.” Aku sekadar tersenyum. Abang?Abang aje?  Nama betul apa? Aku nak tanya ibu, tapi segan. Apa pulak kata dia bila bakal menantu dia ni tak tahu siapa gerangan bakal suami sendiri.
“InsyaAllah, ibu. Saya.. err.. Ana mohon ibu dan ummi doakan yang terbaik untuk Ana dan.. err.. abang!” Tergagap-gagap aku bersuara. Malu untuk membahasakan dia sebagai ibu dan tunangku sebagai abang.
“Ibu sentiasa doakan Ana dan abang bahagia, sayang.” Ibu mengucup pipi aku lembut. Aku tersenyum senang. Jika ini lah bakal mertuaku, aku amat bersyukur. Aku mengerling ke arah ummi. Dapat ku lihat air mata yang menuruni pipinya.  Aku tahu ummi bahagia. Bahagia kerana aku sanggup menunaikan hasrat hatinya. Dan aku hanya akan bahagia saat ummi ku bahagia.
“Ummi..” Perlahan aku memanggilnya. Ummi menghampiri aku.
“Ummi, jangan nangis. Air mata ummi hanya akan buatkan Ana terluka. Ana sayangkan ummi dan Ana akan tetap selamanya menyayangi ummi.” Tubuh ummi aku peluk seeratnya. Aku tahan sebak. Inilah kali pertama aku memeluk ummi erat sejak aku dewasa. Selama ini bukan aku tidak mahu, namun hubungan kami yang tidak akrab membuatkan aku ragu-ragu untuk memeluknya biarpun dia adalah ummi kandungku.
“Ummi doakan Ana bahagia dengan abang. Selamanya! Maafkan ummi kalau ummi terlalu memaksa Ana selama ni.” Perlahan suara ummi di telingaku. Aku terlalu menyayangi ummi. Hingga aku sanggup mati demi ummi. Aku sanggup mati demi melihat ummi bahagia!

************************************** 

Termenung!
Itu lah hobi baru ku sejak bertunang. Terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran ku. Persiapan perkahwinan semuanya di siapkan oleh ummi dan mak. Aku? Hanya mampu memandang dan akhirnya mengelamun.
Perkahwinan! Ini lah perkara yang paling aku takuti selain mati! Entah bagaimanalah nasibku usai aku memegang title sebagai isteri orang?  Mampukah aku menjadi isteri yang taat akan suami? Apakah aku mampu melaksanakan tugas seorang isteri dengan sebaik-baiknya? Aku takut! Sangat takut!
“Bakal pengantin ni! Termenung aje! Ingat apa?” Sepupuku menegur. Aku tersenyum kepadanya. Dia melabuhkan duduk di sebelahku.
“Duk fikir pasal malam pertama ke?” Terangkat keningku dengan soalan hentam kromonya. Dia tersenyum kepadaku. Dan aku dapat rasakan aura negatif dari senyumannya yang terpamer di wajahnya itu.
“Kakak, please jangan senyum macam tu! Kakak buat Ana takut!” Tergelak besar dia usai aku menghabiskan bicaraku itu. Kali ini aku yakin! Dia memang sedang memikirkan sesuatu! Sesuatu yang sangat menakutkan aku!
“Ana nak tips ke? Kalau nak, kakak boleh bagi!” Dia tersengih miang! Miang sekali! Aku telan liur. Dapat aku rasakan habis segala bulu roma ku meremang. Petandakah ini? Jika sebelum ini, aku menjadi tukang gelak kepada sepupu-sepupu ku yang bakal menamatkan zaman anak dara kerana terpaksa menahan malu akibat tips yang di kongsi Azie, kini tiba giliran aku pula untuk di gelakkan. Terasa menyesal pula!
“Kakak.. Please, Ana tak ready lagi nak dengar semua tu!” Aku tersenyum sambil merayu. Dia menggoyangkan jari telunjuknya tanda tidak akan mendengarkan segala rayuan ku. Aku mengeluh! Aku yakin, segala ilmu yang dia ada bakal di perturunkan kepadaku secara paksa rela.
“No way! Setiap isteri mesti tahu semua ni!” Aku menutup telingaku dengan kedua-dua belah tapak tanganku. Serius! Aku tak nak dengar semua itu! Tidak!!! 
“Kakak, please! Ana betul-betul tak ready!”
“Listen here, Ana! Ana kena jugak dengar apa yang kakak nak perkatakan ni.” Aku menggelengkan kepala. Aku tetap tak nak dengar! Aku malu! Aku segan! Dan aku yakin akan terseksa jiwa raga jika mendengarnya.
“Kakak, Ana tak nak! Tolong lah faham! Jangan paksa-paksa Ana lagi! Ana dah cukup menderita! Dah terlalu banyak kali Ana di paksa. Setiap yang Ana lakukan semuanya terpaksa! Ana tak nak kahwin, tapi ummi paksa Ana kahwin! Adakah Ana hidup di muka bumi ini hanya sekadar untuk menjadi mangsa semua orang?” Aku menyoal agak kasar! Dadaku mula sebak! Aku tak mampu menahan semuanya bersendirian. Aku lihat dia tergamam dengan kata-kataku.
“Cukuplah selama ni Ana hanya menurut. Ana dah penat jadi lembu yang di cucuk hidungnya! Ana ingat, lepas Ana turuti permintaan ummi untuk meninggalkan orang yang Ana cintai selama ini, Ana tak akan di paksa lagi. Tapi,.. semua tu tetap tak memberikan kesedaran buat semua orang. Ana terus-terusan di paksa. Malah, Ana di paksa berkahwin dan terpaksa melupakan segala impian Ana. Sudah lah kak! Ana penat dengan semua ini.” Perlahan-lahan aku bangun.
 Saat itu aku terlihat sepasang mata yang memerhatikan aku. Jarak antara aku dan dia tidaklah dekat. Namun aku yakin, dia mendengar segala apa yang aku perkatakan kepada sepupuku. Aku cuba amati wajahnya, namun aku gagal. Gagal untuk mengecam sepasang mata itu milik siapa. Dia aku lihat berlalu ke arah sebuah motosikal. Sepasang mata miliknya kembali menatap aku untuk seketika sebelum dia berlalu pergi. Aku terkelu! Mata itu seakan memberi aku sebuah rasa yang sukar untuk aku mengerti.

****************************************

Dua hari lagi!
Aku terus mengira detik demi detik yang aku tempuhi sebagai tunangan orang. Laju benar masa ini berlalu. Pejam celik, pejam celik, malam esok sudah majlis berinai. Pada mulanya aku enggan. Namun saat mata ku bertemu dengan maa ummi yang sayu, hati ini merelakan. Ya! Sungguh aku sayang padanya.
“Ana!” Aku sedikit tersentak. Wajah mak ku pandang seketika. Sebelum menyoal.
“Ada apa, mak?”
“Abang nak jumpa. Dia tunggu dekat bawah.” Aku kelu. Jantungku mula memainkan sebuah irama yang cukup rancak. Berdegup kencang dan cukup mendebarkan. Perlahan-lahan aku melangkah ke pintu. Dan di situ aku melihatnya. Duduk di atas motor sambil merenung ke arah ku.
Mata itu!
Aku yakin! Sepasang mata itulah yang menjadi tatapan terakhirku sebelum aku menutup mata semalam. Mata itu juga yang hadir dalam mimpiku semalam. Mata yang memberi aku satu rasa yang aku sendiri gagal menekanya. Itulah sepasang mata milik tunangku. Perlahan-lahan aku menuruni tangga kayu usang rumah nenek. Menghampirinya yang setia merenung ke arah ku.
“Assalamualaikum.” Dia memulakan perbicaraan kami dengan memberi salam. Perlahan aku menjawab salam yang di hulurkan. Suaranya membuat aku terpegun. Lirikan matanya makin mendebarkan jantungku.
“Maaf kalau saya curi masa awak seketika. Ada perkara yang ingin saya bicarakan.” Diam sejenak. Aku menarik nafas panjang. Mencari kekuatan untuk menatap wajahnya. Perlahan wajah ku angkat. Matanya menikam tajam ke mataku.
“Apa? Apa yang awak nak cakapkan?”
“Pertama sekali, maaf kalau awak terpaksa menerima pernikahan kita ni kerana ummi dan ibu. Saya.. Hurm.. Terima kasih.” Aku tersenyum. Tapi aku tahu, senyuman yang terlukis di wajahku cukup sinis.
“Kalau tu aje yang awak nak cakapkan, lebih baik awak tak payah datang.” Sedikit kasar suara ku. Dia! Aku lihat tetap tenang menghadapi aku. Aku berpaling dan ingin melangkah pergi. Namun suaranya menahan pergerakan kaki ku.
“Abang dengar apa yang awak katakan semalam. Dan abang nak tahu, adakah pernikahan yang bakal berlangsung antara kita dah menutup segala impian awak? Dan.. awak ada pilihan sendiri?” Dia bahasakan diri dia abang. Lembut suara dia di telingaku.
“Saya terima pernikahan ni dengan ikhlas. Tapi saya perlukan masa... untuk terima semua ni. Saya tak kenal awak, dan awak juga tak kenal saya. Kita masing-masing saling tidak mengenali hati budi sesama sendiri. Saya perlukan masa untuk mengenali siapa bakal suami saya. Dan saya rasa, awak pun perlukan masa untuk mengenali siapa saya.” Aku bersuara yakin. Dia aku lihat seakan-akan memikirkan apa yang aku perkatakan.
“Awak nak perkahwinan kita di tangguhkan? Itu maksud awak?” Dia menyoal aku. Nada suaranya tetap tenang. Tapi aku yang tersentak dengan soalan yang di tujunya kepada ku. Tak pernah sekalipun aku terfikir untuk menangguhkan perkahwinan kami ini.
“Tak! Bukan itu maksud saya.”
“Habis tu?”
“Alam perkahwinan akan lebih memudahkan saya untuk mengenali siapa awak sebenarnya. Cuma..” Aku serba salah untuk berterus-terang. Terlalu sensitif bagiku.
“Cuma apa?”
“Saya minta masa untuk menjadi isteri awak dalam erti kata yang sebenar.” Berbahang pipi aku! Aku yakin, pasti wajahku kini memerah. Aku lihat dia hanya tersenyum. Mungkin dia baru memahami maksud sebenarku meminta waktu.
“Abang faham. Abang faham dengan apa yang cuba awak sampaikan. Dan abang setuju.” Manis senyuman yang di lemparkan kepadaku. Terkedu aku seketika. Senyuman itu cukup mempersonakan. Hampir sahaja aku hanyut dalam lautan angan yang aku ciptakan sendiri.
“Err.. Terima kasih.”
“Sama-sama kasih. Awak masuk lah. Abang balik dulu. Jangan tidur lewat, menangis. Nanti tok kadi kata abang nikah dengan panda pulak.” Dia mengusik aku. Aku tersenyum nipis. Kalau beginilah sikap dan sifat bakal suamiku, aku mula yakin dengan apa yang mak cakapkan sebelum majlis pertunanganku hari tu.
“Hati-hati bawak motor.” Usai aku mengucapkan kata-kata itu, laju kaki ku melangkah ke tangga rumah. Dan aku sedar, senyumanku mekar di bibir. Tiba-tiba sahaja aku berasa yakin. Amat yakin! Aku akan bahagia. Hilang segala ragu-ragu yang timbul di benak ku selama ini. Ajaib sungguh!

***************************************

Dengan dua kali lafaz, aku sah menjadi miliknya. Aku kini sudah bergelar puan dan bukan lagi cik. Syurga ku kini telah pun berubah. Bukan lagi terletak di tapak kaki ummi, tapi terletak pada suamiku. Namun, aku tetap sayangkan ummi lebih dari aku menyayangi diri aku sendiri. Aku memejamkan mata buat seketika. Terasa hangat pipiku saat empangan air mataku pecah. Baru sahaja aku mengangkat tangan untuk mengelapnya, terasa ada tangan lain yang mengelap pipiku.
“Stop crying! Habis make up cair nanti.” Perlahan nada suaranya. Aku tersipu malu. Dia menghulurkan tangannya untuk aku salami. Syahdu perasaan aku saat itu, namun hati aku seakan-akan ingin mengenakan dia.
“Kenapa sampai dua kali?” Perlahan nada suara aku. Aku lihat dia tersentak. Namun seketika cuma. Dia tersenyum manis kepadaku. Perlahan dia mendekatkan mukanya ke muka ku. Sebuah ciuman hinggap di pipiku. Merona merah wajahku dengan tingkahnya yang agak lepas laku.
“Amboi!! Abang ni! Tak menyempat betul! Ingat sikit tetamu yang pandang ni!” Ibu berkata separuh mengusik. Aku pejam mata menahan malu. Memang nak kena suami aku ni!! Erk!!
“Ibu, abang saja nak usik isteri abang ni. Tengok menantu ibu ni. Merah dah muka dia.” Hampir aje aku geleng kepala dengan usikan suami ku itu. Nakalnya dia!!
“Abang! Dah lah tu. Kesian menantu ibu!” Aku senyum mengejek. Mujurlah mak mertuaku ini memihak kepadaku. Kalau tidak, memang malu besar aku hari ini.
“Okey, ibu.” Cup! Terbeliak mata aku apabila sekali lagi pipiku menjadi mangsa ciumannya. Ketawa besar tetamu-tetamu yang hadir ke majlisku hari itu. Perlahan aku cubit perutnya. Berkerut wajah suami ku menahan pedih! Ala! Tak pedih mana pun. Cubit-cubit manja gitu!
“Haih! Abang ni kan!” Aku lihat ibu menarik telinga suamiku. Sekali lagi riuh ruang tamu rumah nenekku dengan hilaian tawa tetamu. Upacara membatalkan air sembahyang yang sepatutnya syahdu menjadi medan tawa para tetamu. Apa nak buat? Pengantin lelakinya overdose nakal!

**************************************

“Ready?” Suamiku bertanya. Aku menarik nafas panjang sebelum mengangguk berserta sebuah senyuman manis terpamer di wajahku. Abang menarik tanganku lalu di genggamnya. Mungkin untuk menyalurkan kekuatan kepada diri aku.
“Assalamualaikum.” Abang memberi salam.
“Waalaikummussalam. Dah sampai pun pengantin baru!” Seorang wanita menyambut kami berdua. Aku agak, ni mungkin kakak kepada suamiku. Entah lah! Aku pun tak pasti. Tak sampai seminit aku melangkah masuk ke dalam rumah itu, dah berkerumun sanak saudara  abang di sekeliling aku. Terkejut! Aku lihat abang duduk di tangga. Tersenyum memandangku.
“Ana! Ni kak long. Anak sulung ibu.” Ibu memperkenalkan satu persatu. Betul telahanku sebentar tadi. Wanita yang menyambut kedatangan aku tadi adalah kakak abang. Aku tersenyum mesra. Tapi, baru aku sedar! Dalam ramai-ramai wanita dan gadis yang duduk mengelilingi aku, hanya seorang aje yang menempel dekat laki aku. Rasa lain macam pulak aku tengok telatah gadis tu.
Cemburu?! Entah lah! Aku melarikan anak mata saat abang memandang wajah aku. Baik aku layan ipar duai aku ni! Tengok dia pun menyakitkan mata aje!
“Ana, kalau nak tahu abang tu sebenarnya manja tau! Pantang dekat dengan ibu, mula lah merengek mintak tidur atas riba.” Kak Long buka cerita. Aku tersenyum. Lucu! Tak sangka betul aku, suamiku yang nampak macho itu sebenarnya manja orangnya.
“Ala! Sekarang ni abang dah kahwin, tak adanya nak tidur atas riba ibu lagi. Comfirmlah tidur atas riba Ana pulak!” Kak Ngah pula mengusik. Aku tersipu. Baru aku perasan! Walaupun suamiku bukan anak sulung, tapi Kak Long dan Kak Ngah tetap memanggilnya abang. Mungkin sebab dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu.
“Abang, dah kahwin ni jangan pulak manja lebih dengan ibu. Cemburu pulak Ana ni nanti. Tak pasal-pasal keluar surat khabar. Siap muka depan lagi! BINI LARI RUMAH CEMBURU KEMESRAAN SUAMI DAN IBU MERTUA!” tergelak besar semua nya. Aku pulak hanya mampu tersenyum. Kelakar pulak bila dengar tajuk yang kak long ucapkan sebentar tadi.
“Ehem!” Deheman itu membuatkan aku berpaling.  Aku lihat abang bangun lalu menghampiriku. Perlahan tanganku di tariknya. Aku berdiri mengikut langkahnya. Mata-mata ipar duaiku mula berubah. Nakal! Nakal sekali!

********************************

“So, this is our room!” Abang  berbisik lembut di telingaku. Tangannya pula mula membelit pinggangku. Aku telan liur. Aku rasa lain macam sangat. Degupan jantung aku semakin kencang. Abang memeluk erat aku dari belakang.
“Err.. Awak..” tergagap-gagap aku cuba bersuara. Aku tak selesa dengan keadaan yang begini. Tangannya yang sedang memeluk pinggangku cuba aku rungkaikan. Aku dengar abang mengeluh sebelum pelukannya dirungkaikan.
“Sorry.” Aku dah serba salah. Segala yang abang buat pada aku tak salah, tapi abang masih lagi minta maaf. Sedangkan aku yang seharusnya minta maaf pada abang sebab menolak apa yang dia lakukan pada aku.
“Awak tak salah. Saya minta maaf. It’s my fault.” Aku lihat abang tersenyum. Tak ada perasaan kah suami ku ini? Atau dia memang jenis yang penyabar? Penolakan aku di terimanya. Kalau orang lain, mungkin aku sudah bergelar janda. Mana tidaknya, kahwin tapi tak boleh buat apa-apa! Buat rugi aje!
“Tak apa. Take your time, sayang. Abang sanggup tunggu berapa lama lagi pun. Tapi kalau lama sangat, abang bagi la sayang madu secawan dua. Boleh?” Laju aje aku cubit perutnya. Isu ‘madu’ ni terlalu sensitif bagi wanita termasuklah aku. Abang hanya ketawa sambil tangannya kembali merangkul pinggangku.
“Walaupun sayang tak kenal abang, tapi dalam hati tu dah mula sayangkan abang kan?” aku tersenyum. Memang aku mula menyayangi abang. Dia suami aku, dan wajib aku menyanyangi dirinya.
“Mana awak tahu yang saya dah mula sayangkan awak atau tak?” Aku menyoalnya. Sengaja hendak menduga abang. Pelukannya di pinggangku makin erat. Dagunya pula di letakkan di atas bahu ku. Aku mengusap lembut tangan abang.
 “Kalau sayang tak sayangkan abang, sayang mesti tak kisah abang nak tambah cawangan. Tapi, sayang siap bagi abang sepit ketam lagi. Tu tandanya yang sayang dah mula sayangkan abang. Betul tak?” Pipi aku diciumnya lembut. Merona wajah aku. Malu!!
“Erm. Nanti saya fikir kejap ek.” Sebaik sahaja aku berkata begitu, laju tangan abang yang memeluk pinggangku erat terlerai dan abang mula menggeletek aku. Meronta-ronta aku menahan geli. Bergabung tawa aku dan abang.
“Oh! Tak nak mengaku ye. Tak apa! Kita tunggu sekejap lagi.”
“Tunggu sekejap lagi? Saya tak faham.” Berkerut dahi aku dengan kata-kata abang. Abang tersenyum lebar sebelum mendekatkan bibirnya ke telingaku.
“Dengan nama Allah...” Laju aku menolak badan abang. Terkejut!! Abang pula aku lihat sudah tertunduk-tunduk memegang perut gara-gara ketawa. Sungguh lah suami aku ini seorang yang sengal.
“Takut ye sayang?” Abang menyoal aku dengan tawa yang masih bersisa. Aku tahan geram. Tiba-tiba idea itu hadir dalam fikiran aku. Aku tersenyum menggoda dan berjalan menghampiri abang.
Aku lihat abang angkat kening ala-ala penyanyi terkenal kegemaran aku. Siapa lagi kalau bukan Ziana Zain. Dada abang aku usap perlahan. Aku perasan abang mula telan liur. Makin rancak aku membelai dadanya.  Saat tangan abang ingin memeluk pinggang aku, aku lari. Padan muka abang. Memang sengaja aku bakar perasaan abang. Tergelak-gelak aku keluar dari biliknya.
“Sayanggggg!!!”

******************************************

Sesi jeling-menjeling bermula! Aku pandang abang dan abang pula pandang aku. Sewaktu di meja makan, haru biru sungguh. Sengaja abang duduk berhadapan dengan ku. Jenuh juga aku untuk menjawab segala soalan yang di aju oleh ahli keluarga abang. Abang pula aku lihat hanya tersenyum. Langsung tak membantu aku menjawab soalan-soalan dari ahli keluarganya. Asyik dengan gadis yang tidak segan-silu menempel di sebelahnya.
“Ana..” Ibu tegur aku lembut. Pasti ibu sedar renungan aku pada abang. Aku ukir senyuman nipis yang ketara jelas tawarnya. Lengan aku ibu tarik perlahan. Tanda untuk aku menuruti langkahnya. Aku melabuhkan duduk di sisi ibu.
“Ana, cemburu ek?” Terkejut seketika aku dengan soalan ibu.
“Ibu, Ana perasan..tak. Err.. Maksud Ana, siapa perempuan yang selalu dengan abang tu?” Ibu tersenyum mendengarkan soalanku. Pelik sangat ke? Ke ketara sangat aku tengah cemburu? Perlahan ibu mengusap lembut rambutku. Terasa kasih sayang seorang ibu tercurah buatku walaupun dia hanya ibu mertuaku.
“Sayang, tu Acu, anak bongsu ibu. Acu memang rapat dengan abang. Sebab abang tu terlalu sayangkan Acu. Ana tak payah jeles lah dengan keakraban abang dengan Acu.Ibu tahu abang sayang Ana.” Ibu peluk erat bahuku. Lega rasanya apabila mendapat tahu gerangan gadis yang menyendeng di sisi suami aku.
“Terima kasih, ibu. Ana tak nak berlaku salah faham antara Ana dengan abang.” Kepala aku lentokkan ke bahu ibu. Sejujurnya, aku selesa dengan ibu. Sifat keibuannya benar-benar terserlah dari lenggok bicaranya, serta sikap melindunginya.
“Ehemm!! Amboi!!  Dengan ibu manja, dengan abang bila lagi?” Tersentak aku dengan suara yang tiba-tiba sahaja menegur. Terangkat keningku dengan bicara abang. Perlahan abang melangkah menghampiri aku dan ibu. Tanpa disuruh, abang melabuhkan duduk disisi ibunya.
“Hurm.. Ibu ada request. Boleh Ana dengan abang tunaikan untuk ibu?”
“InsyaAllah, ibu.” Serentak aku dan abang menjawab.
“Ibu nak..” berkerut dahi aku melihat ibu merenungku lembut. Mata ibu ku lihat penuh dengan pengharapan. Haih!! Kalau ibu mintak yang pelik-pelik, mahu tercabut jantung, hati, limpa dan buah pinggang aku.
“Ibu nak  cucu dari abang dan Ana.” Buntang terus mata aku. Liur mula terasa kesat. Abang ku lihat tersenyum lebar.
“InsyaAllah, ibu. Anak ibu ni kan kuat. Ibu nak berapa? Abang tak nak banyak. Cukup satu team bola sepak dah cukup lah.” Makin besar mata aku dengan kata-kata abang. Ingat aku ni kilang buat anak ke??????
“Ehem. Ibu, insyaAllah. Kalau ada rezeki, jangankan satu team bola sepak..satu Stadium Bukit Jalil tu Ana sanggup bagi.” Ehh!! Bagi ke buat?? Erkk!! Aku lihat mata abang bersinar cerah. Aku faham maksud sinaran matanya itu! Geramnya aku!!

**************************************

Arghh!! Penatnya! Sehari suntuk melayan ahli keluarga abang dan saudara mara yang berkunjung meraikan kami sebagai pengantin baru. Aku melabuhkan duduk di atas katil di dalam bilik abang. Perlahan aku merenung segenap ruang di dalam kamar itu.
“Sayang abang ni, menungkan apa?” Terkejut aku dengan kahadiran abang yang secara tiba-tiba. Terasa pinggangku di peluk erat.
“Err.. Tak ada apa-apa. Penat sikit je.”
“Hurm. Tadi kata nak bagi ibu cucu sampai full Stadium Bukit Jalil. Nampak gayanya, kena mula dari malam ni lah. Kena usaha dapat twins ni.” Membahang pipi aku dengan usikan abang. Usikan ke?? Aku rasa macam abang serius!! Warghh!!
“Err.. Abang, Ana...” Cupp!! 

****TAMAT****


Isnin, 12 Mei 2014

Maaf Itu Sempurnakan Kasih Bab 8 (MISK)

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, siap jugak akhirnya bab 8 MISK.. punya lah lama nak menaip 1 bab sy ni.. hehehe.. maaf ye.. busy menguruskan 'rumah tangga'.. haha.. okey! gurau je.. apa pun, sy harap ada yang sudi menanti kisah ni.. sy masih baru dalam bidang ni.. jadi, andainya ada salah dan silap, mohon sangat jangan malu jangan segan sila lah tegur saya ye.. enjoy reading ya.. *jangan lupa komen ye.. hehe.. thanks..

Maaf Itu Sempurnakan Kasih

BAB 8

“Maaf cikgu. Bukan niat saya nak berkurang ajar. Tapi, rasanya cikgu perlu terangkan apa yang telah saya dan Fazli buat sampai cikgu tuduh kami ni memburukkan agama Islam. Lagi satu, memberi salam adalah sunat, manakala menjawab salam adalah wajib. Tapi, yang wajib pun cikgu tak jawab, inikan pula nak buat yang sunat.” Pedas Aryana membalas. Panas hatinya dengan tuduhan yang di lemparkan Cikgu Mat Salleh itu. Berubah wajah Cikgu Mat Salleh dengan kata-kata Aryana itu. Fazli pula sudah terlopong. Tak sangka yang Aryana berani berkata begitu dengan guru yang paling di geruni di sekolah itu.
“Aryana! Behave! Ni bukan bandar, awak nak kurang ajar macam tu.” Fazli menegur. Aryana mendengus tidak puas hati. Selamba aje tuduh mereka macam-macam. Kena sedas, berubah wajah tu! Sempat dia mengumam sendiri.
“Hurm. Ada laporan mengatakan kamu berdua bercinta dan.. err.. bermesra dalam kawasan sekolah beberapa hari lepas.” Aryana tersenyum sinis. Fazli menggelengkan kepalanya. Dia dapat meneka apa yang bermain di minda gadis itu.
“Maaf sekali lagi cikgu. Saya rasa, ada salah faham di sini. Kami ni kawan aje. Kawan baik! Saya tak tahu mana cikgu dapat cerita ni, tapi saya dengan Aryana memang tak ada hubungan seperti yang cikgu katakan.” Perlahan tetapi tegas kata-kata yang di sampaikan Fazli.
“Kalau macam tu tak apalah. Hurm. Saya minta maaf kalau dah tuduh kamu berdua secara terburu-buru tadi.” Perlahan juga suara Cikgu Mat Salleh memohon maaf.
“Tak apa lah cikgu. Manusia dah terdidik sejak kecil lagi dengan meminta maaf selepas membuat salah. Tak ada orang pun nak minta maaf sebelum buat salah. Kalau ada pun, boleh di kira dengan jari.” Sekali lagi Aryana membidas.
“Err.. Maaf, cikgu. Kalau tak ada apa-apa lagi, kami minta diri dulu ye. Assalamualaikum.” Sebaik sahaja habis berbicara, laju Fazli menarik tangan gadis itu keluar dari bilik disiplin sebelum Aryana berbicara lebih banyak lagi. Dia yang mendengar kata-kata Aryana pun terasa panas telinga, inikan pula orang yang sememangnya di tujukan dengan kata-kata itu. Mahu tercabut telinga Cikgu Mat Salleh nanti! Jadi kes lain pula nanti!

********************************************************************** 

Terangkat sebelah kening Aryana saat dia melihat Fazli yang berjalan di sebelahnya tersengih-sengih macam kerang busuk. Bila mengingatkan kembali sikap Fazli yang hanya berdiam diri ketika di tuduh macam-macam sebentar tadi, dia berasa jengkel melihat sengihan jejaka itu.
“Yang awak tersengih-sengih macam budak kecik baru dapat lolipop ni kenapa?” Geram betul Aryana dengan Fazli. Kalau nak ikutkan hati dia yang tengah menggelegak, memang dah lama penumbuk dia hinggap di perut jejaka itu.
“Saya tak sangka.” Pendek Fazli menjawab.
“Tak sangka? Apa yang awak tak sangka?”
“Saya tak sangka yang awak ni sebenarnya berani. Cikgu Mat Salleh tu guru paling garang tau dalam sekolah ni. Tapi, awak berani perli dia depan-depan. Tak pernah lagi tau pelajar buat macam tu pada dia.” Fazli menerangkan. Aryana tersenyum bangga. Hilang bengangnya terhadap Fazli sebentar tadi.
“Well! Tu baru sikit. Saya boleh buat lagi hebat dari tu tau. Ni Aryana lah!” Bongkak Aryana berkata. Fazli tersenyum hambar. Dia serba salah sebenarnya hendak berterus terang dengan Aryana tentang apa yang terbuku di hatinya saat itu. Situasinya saat itu seolah-olah di telan mati emak, di luah mati bapa.
“Ana.. Saya minta maaf kalau apa yang saya nak cakapkan ni akan buat awak terasa hati dengan saya. Tapi, saya tetap kena cakap juga. Untuk kepentingan kita bersama.” Tenang Fazli bersuara. Aryana mengerutkan dahinya. Lain macam pula mamat ni! Omel Aryana.
“Apa dia?”
“Hurm. Macam yang saya cakap tadi, memang tak pernah ada pelajar yang menjawab macam tu pada Cikgu Mat Salleh. Bukan menjawab, tapi lebih tepat lagi berkurang ajar. Bukan sebab tak ada orang yang berani buat macam tu, tapi sebab senakal-nakal kami, kami masih tahu batas kami..” Belum sempat Fazli menghabiskan bicara, Aryana terlebih dahulu bersuara.
“Awak maksudkan saya kurang ajar dengan Cikgu Mat Salleh tu?”
“Hurm. Awak dah lima belas tahun Ana. Dah pandai menilai mana baik dan mana buruk. Awak faham kan maksud saya?” Sebaik sahaja selesai berkata, laju Fazli melangkah meninggalkan Aryana.

*******************************************************************

“Kau dah kenapa?” Shafikah menyoal Aryana yang sedang muncung bibirnya. Pelik pula dia dengan rakannya itu hari ni. Senyap aje sejak kembali dari bilik guru. Kalau tak, pantang ada masa, mesti tang tu juga mulut duk berbunyi. Mengadu itu ini!
“Fazli.” Sepatah Aryana menjawab. Berkerut dahi Shafikah di buatnya. Dah kenapa pula dengan diorang dua ni? Sempat dia mengomel sendiri.
“Kenapa dengan Fazli kau tu?”
“Ish! Sejak bila pulak dia jadi Fazli aku, hah?”
“Okey, fine! Kalau macam tu, Fazli aku lah! Habis cerita.” Shafikah bersuara sambil ketawa. Dan saat itu jugalah cubitan Aryana hinggap di lengannya. Makin kuat dia ketawa. Macam lah dia tak tahu yang dalam hati si Aryana sebenarnya tengah ada bunga-bunga cinta terhadap Fazli. Tapi ego punya pasal, sanggup nafi!
“Hahaha. Ana, kau suka dia kan?” Meleret nada suara Shafikah. Saja nak mengusik!
“Fikah!!” dengan suara tertahan Aryana menyebut nama Shafikah. Geram sungguh dia. Besar kecil, besar kecil aje dia nampak Shafikah ni! Kalau bukan kawan, dah lama agaknya dia ‘ngap’ Shafikah ni.
“Okey! Okey! Take it easy la, beb! Kalau kau suka dia sekali pun, okey apa. Dia handsome, baik, sopan-santun. Sesuai dah tu!” Aryana tergelak. Memanglah Fazli tu dah cukup okey! Tapi, sesuai ke dengan dia?? Aryana menyoal diri sendiri.
“Sesuai ke dengan aku??”
“Apa?”
“Kan tadi kau kata dia sesuai dah dengan aku. Ye ke dia sesuai dengan aku?” Shafikah tergelak besar.
“Haha. Aku tak cakap dia sesuai dengan kau, tapi sesuai dengan aku lah! Adeh! Perasan betul kau ni kan?” Ternganga mulut Aryana dengan kata-kata Shafikah! Kurang asam punya kawan!! Argh!! Malunya!!!
“Blah la kau!” Menonong Aryana berjalan meninggalkan Shafikah. Sumpah!! Dia malu gila!! Terdengar tawa Shafikah di belakangnya. Gelak lah! Gelak lahhh!!!

Izzatie memandang lama wajah Fazli. Pedih hatinya di tuduh yang bukan-bukan. Entah apa yang merasuk jejaka itu, dia sendiri tidak tahu. Menyesal pula dia setuju untuk bertemu jejaka itu.
“Mengaku aje lah, Tie. Kau cemburu dengan kemesraan aku dan Ana kan, sebab tu lah kau fitnah kami. Aku tak sangka kau macam ni. Mana hilangnya kawan baik aku yang lemah lembut? Mana hilangnya Wan Nur Izzatie yang aku kenal dulu?” Sedikit tinggi nada suara Fazli. Izzatie cuba bertenang.
Izzatie mengeluh perlahan. Kalau nak ikut apa yang di rasainya saat itu, memang sudah di cili-cili mulut Fazli. Tak kisah dah dia sayang sekalipun terhadap jejaka itu. Tapi, apabila mengenangkan pepatah kalau di ikutkan rasa, binasa lah jadinya dan kalau di ikutkan hati, mati pula akibatnya, dia hanya mampu bersabar.
“Oh! Kau kenal aku? Li, kalau kau kenal aku, kau takkan tuduh aku macam ni. Ye, aku mengaku aku cemburu dengan kemesraan kau dengan Ana. Tapi aku tak akan buat benda-benda macam tu lah! Buat apa aku report sedangkan aku sendiri ada dengan Ana waktu tu? Li, aku Wan Nur Izzatie yang kau kenal dulu, dan yang kau kenal sekarang tak pernah berubah. Tapi, kau Mohd Fazli yang aku kenal sekarang bukan lagi yang seperti aku kenal dulu.”
Izzatie menjeling sekilas wajah Fazli yang mula berubah. Dia mengeluh lemah. Jejaka itu sudah berubah sejak mengenali Aryana. Paranoid! Jika dahulu, memanglah dia tak suka Aryana, tapi keadaan sekarang ni dah berubah. Dia tidak akan sesekali pun menghancurkan hubungan sesiapa lagi.
“Aku tak menuduh. Aku tanya aje kan!” Tersenyum sinis Izzatie dengan kata-kata Fazli itu.
“Tanya? Macam tu kau kata tanya?! Itu bukan tanya lagi dah, Li. Tu namanya menuduh!” Fazli memejamkan matanya seketika. Rasa bersalah mula menghuni hatinya. Tapi, kalau bukan Izzatie, siapa lagi yang nak memburukkan namanya dan Aryana?
“Tie, aku minta maaf. Aku pelik!”
“Apa yang kau pelikkan?”
“Siapa yang sanggup tabur fitnah pada aku dan Ana? Dan apa motif orang tu buat macam tu?” Lemah Fazli bersuara. Kalau dia dapat siapa yang berani mencalit arang ke mukanya dan Aryana, memang naya dia kerjakan! Panas hatinya dengan kejadian yang berlaku pada hari itu. Izzatie hanya diam. Tiada apa yang mampu dia katakan saat itu.

******************************************************************** 

“I’m sorry!”
“Sebab?” Sepatah Aryana menjawab. Wajah Fazli langsung tidak di tatapnya. Dia  masih lagi terasa hati dengan bicara jejaka itu. Dah lah masa kena marah tadi, senyap aje! Geram betul! Sempat dia mengomel. Fazli menggaru kepalanya yang tidak gatal. Haih! Dalam sehari, macam-macam perkara yang jadi pada dirinya. Berhadapan dengan seekor harimau agaknya lagi mudah berbanding berhadapan dengan dua orang gadis. Hiperbola sungguh!!
“Err.. Sebab saya diam masa kena marah pagi tadi.”
“Hurm. Awak ni android ke? Macam orang tak ada perasaan dah saya tengok! Awak tak sakit hati ke bila kena tuduh dan fitnah macam-macam?” Aryana menyoal Fazli namun lebih kepada memerli.
“Benda kecil aje lah. Lagi pun, pahala saya dengan awak bertambah. Lagi bagus kan? Atau awak tak nak pahala awak bertambah?” Selamba Fazli berkata. Aryana mengeluh. Ada-ada aje jawapan mamat ni! Kang ada yang kena siku dengan aku karang!
“Hish!! Awak ni memang pandai menjawab tau tak! Geram betul!”
“Ana, bukan saya tak marah atau kecil hati. Tapi, mungkin cara kita bergurau dan keakraban kita ni membuatkan orang salah sangka. Jadi, tak boleh nak salahkan mereka seratus peratus.” Wajah Aryana di renung lembut. Cuba untuk tidak menyalahkan sesiapa. Bagi dia, semua yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
“Hurm. Memang lah! But, the problem is they did not ask us first. They accuse us without checking the truth! Semua pun akan mengamuk kalau macam tu. Awak sorang je yang buat muka toya tau tak!” Fazli tergelak kuat. Sekali Aryana cakap omputeh, memang tak dapat nak tangkap maksudnya. Laju sangat!!
“Yang awak tergelak ni kenapa?”

“Sayang, you are so cute! Damn cute tau tak?” Aryana terkedu. Terkebil-kebil mata nya memandang Fazli yang masih lagi ketawa. Oh my! Jantung please behave! Kasihani lah tuanmu ini! Aryana merayu sendiri. Entah sedar, entah tidak jejaka itu memanggilnya sayang. Tapi apa yang pasti, dia memang suka sangat dengan panggilan itu. Hehehe.