penat trkejar-kejar nk type cerpen ni.. tarik nafas dulu kejap.. huh!! lega.. okey, kali ni sy publish part 1 dlu.. idea xbrapa nk dtg lps exam.. kalau ada salah silap, jgn lupa untuk tegur sy ye.. biasalah, budak baru belajar lagi ni.. sdngkan tupai yg pro dlm lompatan, blh jatuh.. inikan sy yg msh mentah sgt2.. hehe.. enjoy!!
HADIRNYA CINTA TANPA UNDANGAN (part 1)
Amalina menggaru
kepalanya yang tidak gatal. Tudung yang dipakai pula sudah senget akibat tangan
yang tidak henti-henti berlari di kepalanya. Rakan yang duduk berhadapan
dengannya tidak dipedulikan. Bengang dengan apa yang terjadi tadi masih belum hilang.
“Weyh, Ina. Dah lah
tu garu kepala. Tahu lah kau pakai tudung, orang tak kan nampak kalau rambut
kau botak pun. Tapi tak kan nak garu sampai kepala tu betul-betul botak kot?”
Sabrina yang memerhati dari awal pertemuan mereka memerli. Amalina menjeling
tajam.
“Rin, aku dah tak
tahan lah kerja dekat situ. Naik meremang bulu roma aku.”
“Kenapa pulak kali
ni? Dalam masa enam bulan, dah tiga kali kau berhenti tau tak. Lepas satu-satu
masalah kau ni. Dulu, kes bekas bini bos serang kau, siap ugut nak simbah asid,
memang patut lah kau berhenti. Lepas tu kes bos kau gatal merenyam lah, itu lah
ini lah. Kali ni kes apa pulak? Bos kau ajak nikah pulak? jadi bini nombor dua?
Tiga? Empat?” Sabrina membebel. Segala cerita yang dah berlaku semuanya di
ungkit semula.
“Datuk Farid tu
memanglah okey!! Tapi, yang tak okey nya anak dia. Merangkap bos dekat department
aku tu. Pening kepala aku nak layan dia. Tiap-tiap pagi, mesti dia lepak dekat
meja aku dulu. Siap jual minyak lagi dengan aku. Kalau aku nak beli tu tak apa
lah jugak. Masalahnya, aku tak nak!! Seram lah aku, Rin!!” Amalina mengadu.
Seram dengan sikap lelaki yang bergelar bos muda itu.
Air mata mula
bertakung di tubir mata. Bila-bila masa empangan air matanya akan pecah.
Sabrina mengeluh. Sudah masak dengan kemanjaan rakan nya itu. Kadangkala dia
tertanya-tanya, adakah semua anak bongsu, manja seperti Amalina?? Baru usik
sikit, mula lah buat drama air mata. Sikit-sikit nangis!! Manja betul lah budak
ni!! Sempat Sabrina mengutuk.
“Dah tu, kau nak
aku buat apa?”
“Tempat kau tak ada
kerja kosong ke? Aku tak nak dah kerja kat situ. Tolong lah aku, Rin!” Amalina
menyeka lembut air mata yang mengalir di pipi nya. Wajah Sabrina dipandang
penuh pengharapan. Mata di kerdip berulang kali.
“Tak ada!! Kau
teruskan aje kerja dekat Hijau Geroda tu. Buat tak tahu je dengan bos kau tu.
Tak pun, kau layan aje kerenah dia. Lama-lama nanti, berhenti lah dia kacau
kau. Tak payah nak cari kerja lain.” Sabrina terpaksa bertegas. Kalau ikutkan
kehendak Amalina, semua kerja dia tak akan jalan.
“Sampai hati kau,
Rin!! Macam ni ke kawan baik?” Amalina merengek. Sabrina menggelengkan kepala.
Handbag di capai sebelum berdiri.
“Dah lah tu. Lunch
hour dah nak habis ni. Pergi masuk office balik. Aku chow dulu. Jumpa dekat
rumah malam ni. Hah!! Kau ingat nasihat aku ni, kalau dia bertindak gila, kau
ikut kan aje. Tapi jangan melebihi tahap. Dengar tak ni??” Sabrina berkata dan
menyoal.
Amalina
menganggukkan kepala. Terpaksa mengalah dengan sahabat baik merangkap bakal
kakak iparnya itu. Kalau tak ikut, mesti Sabrina report pada Emran, abangnya.
Jika Emran tahu, pasti disuruhnya Amalina balik kampung tanam anggur a.k.a.
menganggur. Paling tidak, Emran akan berkata ‘adik duduk rumah,tunggu orang
masuk meminang,lepas tu kahwin. Tak pun, belajar masak. Senang nanti dah kahwin
nanti. Tak de lah suami adik cari lain’.
Aku tak nak kahwin
lagi!! Bos ni pun satu hal jugak, dalam ramai-ramai pekerja dia, kenapa aku
yang jadi mangsa? Main tenung-tenung aku sampai nak terkeluar biji mata lah,
kenyit mata bagai. Aku korek biji mata karang, baru tahu. Nasib anak big boss,
kalau tak dah lama aku telan. Boleh jugak jadi makanan aku. Huh!!
“Lina, hai!!”
Faheem menegur
Amalina. Dalam diam, dia sebenarnya meminati pengarah operasi syarikat milik
keluarganya itu. Namun, layanan gadis itu terhadapnya sangat-sangat formal.
Adakala, Faheem bengang dengan layanan acuh tidak acuh yang diterima dari
Amalina.
“Hai, bos.” Amalina
menjawab ringkas. Pesanan Sabrina terngiang-ngiang di telinga nya. ‘kalau dia
bertindak gila, kau ikut kan aje’. Yup!! Aku kena ikut aje peel dia. Amalina
tersenyum tanpa sedar.
“Hah!! Kan cantik
kalau hari-hari awak tunjuk senyuman macam ni dekat saya. Tergoda saya tau.
Hai, tak tahan betul tengok awak senyum! Kalau macam ni lah, saya kena serbu
rumah mak ayah awak cepat-cepat ni.” Faheem duduk di hadapan Amalina.
Amalina sedikit tersentak
dengan bicara Faheem. Baru dia sedar, dia tersenyum dengan tidak sengaja ketika
teringatkan nasihat Sabrina, dan bosnya itu telah salah sangka dengan senyuman
yang terpamer di wajahnya.
“Err.. En. Faheem
nak buat apa serbu rumah mak ayah saya?? Bukan ada kenduri pun.”
“Serbu sebab nak
cilok anak dara diorang lah. Buat menantu mummy dengan daddy saya. Boleh??”
Faheem tersengih. Walaupun kedengaran seperti gurauan, Faheem sememangnya
mempunyai niat itu. Bila lah aku boleh laksanakan niat yang satu ni? Esok boleh
tak? Hehe. Faheem menyoal diri sendiri.
Terbeliak mata
Amalina. Terkejut dengan kata-kata Faheem tadi. Ya Allah!! Jangan lah si Faheem
ni serius. Aku tak nak kahwin lagi!! Tambah-tambah lagi dengan mamat sengal ni.
Gila betul lah Faheem ni. Kalau aku kahwin dengan mamat ni, jawabnya aku
terpaksa menjebakkan diri dalam ‘kegilaan’ mamat ni. A big NO!!!
“Boleh tak, Lina??”
“Hah!! Err.. Boleh
sangat lah bos!!”
“Serius ni??”
Faheem teruja.
“Ada nampak muka
saya ni tengah main-main ke??”
“Kalau macam tu,
esok saya suruh mummy dengan daddy saya pergi rumah Lina. Okey tak??”
Alamak!! Ina, macam
mana ni?? Habis lah kau. Tu lah, siapa suruh main-main soal kahwin?? Kan dah
terjerat. Ina, cari idea cepat!! Ahah, Dapat pun!!
“Tapi.. ada
tapinya, bos.” Amalina berkata. Keluhan di lepaskan perlahan. Lega kerana idea
muncul di saat-saat genting. Faheem senyap seketika. Dia kemudiannya memandang
Amalina dengan kening diangkat tanda tidak sabar untuk mendengar syarat yang
akan dikemukakan.
“Untuk mahar, saya
nak mintak 30K. Masa bertunang bagi separuh, separuh lagi masa hari akad nikah.
Boleh?” Amalina tersenyum. Kening di angkat berulang kali. Padan dengan muka
kau!! Haha. Amalina gelak dalam hati.
“Apa lah awak ni,
Lina. Demand giler. Dalam Islam, ada mengatakan bahawa mas kahwin yang di minta
haruslah di ambil kira kemampuan bakal suami kan?? Kalau awak mintak banyak
macam tu, tak ada sesiapa pun akan kahwin dengan awak tau. Sepatutnya, kita ni
kena bersederhana aje tau. Orang kata, kalau tak nak jadi andartu, berpada-pada
lah meminta mahar.” Faheem berkata. Dia hanya ingin menguji Amalina. Bukan dia
tak mampu beri mahar sebanyak itu kepada Amalina. Malah, terlebih mampu.
Drpd Aishah r.a. , bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda:
sesungguhnya sebesar-besar keberkatan dalam
perkahwinan ialah yang bersederhana maharnya.
sesungguhnya sebesar-besar keberkatan dalam
perkahwinan ialah yang bersederhana maharnya.
Ambik kau sebijik!!
Kan dia dah bagi ceramah free!! Nak
balas apa ni ek?? Amalina terdiam seketika. Mencari hujah untuk membalas setiap
kata-kata yang Faheem bentangkan.
“Tapi, En. Faheem
mampu kan?? Saya rasa, bos lebih dari mampu nak bagi kalau setakat 30K. Well,
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tak gitu, En. Faheem Akmal?”
Amalina senyum sambil mengangkat keningnya. Terasa kemenangan berpihak
kepadanya apabila tiada balasan dari Faheem.
Faheem
menggelengkan kepala berulang kali. Pandai sungguh Amalina mengenakan dia.
Akhirnya, Faheem melangkah memasuki ruang office nya. Amalina pula sudah
terbahak-bahak ketawa. Hilang ciri-ciri gadis Melayu terakhir yang ada pada
dirinya.
Tawa Amalina dapat
Faheem dengar hingga ke dalam ruangan pejabatnya. Bahagia rasanya mendengar
gelak ketawa gadis pujaan hati. Alahai Lina, nakal pulak awak hari ni. Kalau
hari-hari macam ni kan bagus. Faheem tersenyum kecil. Wajah Amalina yang masih ketawa di luar ruang
pejabatnya di pandang melalui cermin gelap yang ada di ruangan itu.
Faheem kemudiannya
memfokuskan tumpuan ke arah dokumen yang harus di semak sebelum menghadiri
mesyuarat sebentar lagi. Namun, tumpuan nya hilang apabila iPhone 5C nya mula mendendangkan lagu Cinta Kita
Berbeda dendangan Saleem. Sempat mata
Faheem singgah di dada skrin iPhone 5C tersebut sebelum menjawab.
“Assalamualaikum,
mama.” Salam di hulur. Matanya kembali di halakan kearah fail yang terbuka luas
di atas mejanya.
“Waalaikummussalam,
Ayeem. Ayeem ada kat mana ni?” Datuk Sri Fariha menyoal lembut.
“Office lah, ma.
Kenapa call Ayeem ni?”
“Hisy!! Ayeem ni,
mama call pun tak boleh? Dah lah nak jumpa satu-satunya anak bujang mama
sendiri pun payah. Pagi keluar kerja, tengah malam baru balik. Ayeem bukannya
kisahkan mama dah sekarang ni. Tak sayang kat mama dah agaknya.” Sayu Datuk Sri
Fariha bersuara. Cuba memancing perhatian anak lelakinya yang workaholic itu.
Faheem mengeluh
perlahan. Sedar akan kesilapannya yang terlalu mementingkan kerja sehingga
tidak sempat untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Dia tahu,
mamanya itu kesunyian di rumah setelah menyerahkan syarikat yang di terajui
kepada kakak sulungnya, Farzliana. Manakala dirinya pula mengambil alih
syarikat milik Datuk Farid, papanya.
“Ayeem mintak maaf,
mama. Ayeem busy sangat sekarang ni. Nak rebut tender untuk supply simen untuk
projek pembinaan jambatan Pulau Pinang ketiga. Sekejap lagi pun ada meeting.”
“Kalau macam ni lah
gayanya, tak dapat lah mama nak merasa dapat menantu. Mama dengan papa pergi
Kuantan tau minggu ni. Jangan pulak Ayeem balik nanti, duk tercari-cari mama
dengan papa. Hujung minggu nanti baru mama dengan papa balik K.L. Hah!! Lagi
satu, balik rumah awal sikit. Tolong tengok-tengokkan kakak dengan adik . Kesian
kakak dengan adik duduk rumah tak ada orang jaga.” Datin Fariha menyuruh. Dia
tetap bimbang dengan keselamatan dua orang anak gadisnya walaupun rumah mewah
itu dikawal rapi oleh dua orang pengawal keselamatan dan di sekitar kawasan
rumah itu pula di awasi oleh CCTV.
Faheem mengangguk
namun seketika sahaja apabila sedar yang anggukannya itu tidak dapat dilihat
oleh mamanya. Keselamatan kakak dan adiknya harus di utamakan. Faheem tahu
tanggungjawabnya sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Dia harus
melindungi kedua-dua mereka sedaya upayanya.
“InsyaAllah, ma.
Habis aje meeting, Ayeem terus balik rumah. Don’t worry, mama. I will take care
of both of them very well. Sampai kan mama dengan papa balik nanti, tak akan
ada waima sikit pun debu kat diaorang. Hehe..” Faheem ketawa perlahan dengan
jenaka nya sendiri.
“Tak apa lah kalau
Ayeem dah kata macam tu. Ingat mama cakap tadi, balik awal!! Mama letak dulu
lah. Jaga diri elok-elok. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
Huarghh!! Penatnya.
Kalau macam nilah hari-hari, kompem aku tak dan nak menikah. Hurm, mama dengan
papa kat Kuantan la pulak. Faheem memejamkan mata untuk melepaskan penat.
Seketika kemudian, iPhone 5C nya
berbunyi. Keluhan di lepaskan. iPhone tersebut di capai sebelum menjawab
panggilan yang masuk.
“En. Faheem kat
mana ni?” tanpa salam suara itu menyoal. Faheem terkejut seketika sebelum
memandang skrin iPhone milik dia untuk mengesahkan suara pemanggil. Betul lah
dia!! Hati Feheem bersuara.
“En. Faheem..
hello!!” suara itu memanggil lagi.
“Err.. Ye saya.
Kenapa Lina?” Faheem menyoal. Teruja bila mendapat panggilan dari gadis pujaan
hati. Tapi dia masih mampu control nada suaranya agar tidak terlalu kedengaran
teruja.
“Bos ada kat office
lagi ke? Saya nak mintak tolong sikit ni. Boleh tak?” Amalina bertanya.
Perasaan serba salah yang hadir cuba diusir. Kalau tak mintak tolong bos, nak
mintak tolong sape lagi? Nak mintak tolong Rin, dia pulak emergency kena balik
kampung. Argh!! Lantak lah..
“Kenapa dengaan
awak Lina? Awak nak mintak tolong apa? Awak tak apa-apa kan?” kalut nada suara
Faheem. Risau kejadian yang tidak diingini berlaku kepada gadis itu. Segera
Faheem mencapai kunci motor Kawasaki Versys
sebelum melangkah keluar dari bilik tidurnya.
“Kereta saya
tiba-tiba mati lah bos. Kalau bos ada dekat office lagi, boleh tak bos datang
dekat traffic light dekat dengan Pusat Sains Negara?” Amalina benar-benar
risau. Pandai pula keretanya hendak mati dekat tempat sunyi. Baru sahaja dia
hendak u-turn, enjin keretanya mati. Terkejut beruk dibuatnya. Dah lah kawasan
tu sunyi, dia pulak perempuan. Sendirian pulak tu!! Memang benda ni dah nak
jadi pada dia agaknya!
“Masuk dalam
kereta, kunci pintu!! Now!! Lima minit lagi saya sampai sana.” Panggilan di tamatkan.
Menderum kuat bunyi motosikal berkuasa besar itu. Laju Faheem memecut. Enggan
membuang masa lagi. Takut sekiranya berlaku sesuatu ke atas gadis pujaannya.
tq yg sudi baca.. sudi-sudi lah komen ye.. =D
salam dek writer...best menarik teruja gak...faheem...lina,best versi cinta mereka...cepat2 smbg yer dek...
BalasPadaminsyaAllah kak.. tq sudi baca.. kalau ada salah dan silap, harap tegur ye.. sy ni budak baru blajar brtatih dlm penulisan mcm ni.. hehe..
Padamwah!!! bestnyer
BalasPadamnuraain tq ye sudi baca.. trharu ni sbnrnya.. huhu
Padamhehe,..best ! sambung lah lagi...^^..Faheem naik Kawasaki ya ? Wow..haha =D
BalasPadamhaha.. akak, actly sy sgt2 meminati motor berkuasa besar.. haha.. tq kak..
Padaminteresting.
BalasPadamtqvm sudi baca.. terharu ni.. huhu..
PadamBolehlah sambung malam ning ke? he he
BalasPadamhaha.. maybe rabu depan kowt.. time kasih sudi baca..
Padamwaaaaaaaaaaaah...best...x sbr nk tggu sbunggan...cpt ckit yew miss writer...
BalasPadamtqtqtq.. hehe..
PadamBEST...
BalasPadam