kpd yg sudi bc, Lia ucp brbnyk tq.. kihkihkih.. (bahasa rojak dh kuar)
Lia pun xtau mcm mana blh trfkr nk wt cte ni sekejap thn ni.. lps tu thn tu..
xapa lah.. apa pun..
layanzzzz... zaszzzz.. huhu
enjoy!!(jgn lupa komen2 yer)
=D
Maaf Itu Sempurnakan Kasih..
BAB 1
“Abang! Jangan lah main-main.
Cabutlah benda tu! Orang gelilah!” Aryana menjerit kuat. Abangnya tergelak kuat
sebelum berlalu meninggalkan dia. Sempat abangnya menjerit mengejeknya.
“Padan muka! Dah tahu takut pacat
dengan lintah, kau nak main juga dekat bendang! Biar pacat tu hisap darah kau
sampai kering!” Aryana menangis perlahan. Sampainya hati Aiman Ariff membiarkan
dia sendirian di tengah bendang. Memang dia gelikan haiwan yang lembik seperti
itu. Dia akui itu! Tapi bukannya dia nak sangat main dekat bendang. Abangnya
yang mengajak. Langsung dia tak sangka niat abangnya mengajak dia bermain
bersama adalah untuk mengenakan dia.
“Kenapa nangis ni?” satu suara
menyapanya. Aryana mengesat air mata yang mengalir. Wajah lelaki itu di
pandangnya seketika sebelum menunjukkan pacat yang melekat di kakinya. Ketawa
kecil lelaki itu. Dia kemudiannya mencangkung di hadapan Aryana sebelum menarik
pacat itu dari kaki Aryana.
“Dah! Jangan nak menangis lagi dah.”
“Terima kasih!” ucap Aryana. Dia
menarik nafas lega. Mujurlah lelaki itu ada untuk membuang pacat di kakinya.
Kalau tak, mesti dia dah mati dekat situ juga sebab kekeringan darah seperti
yang di katakan abangnya.
“Pacat gigit tak mati pun lah!”
Aryana mencebik. Boleh pula dia kata tak mati? Kalau dah binatang tu hisap
darah dia, mestilah boleh sampai mati!
“Kan benda tu hisap darah. Mesti lah
boleh mati. Kalau darah kering macam mana?” Lurus soalan itu di tanya Aryana.
Lelaki itu ketawa kuat. Dia duduk di sebelah Aryana. Wajah Aryana di pandang
seketika. Tak menyangka ada juga yang kata pacat gigit boleh bawa mati.
Bukannya masuk dalam perut pun! Kalau masuk dalam perut tu lain cerita lah.
“Pacat tu hisap darah kotor aje lah.
Bila dia dah kenyang, dia jatuh lah sendiri. Tu pun tak tahu ke?” Aryana
menggelengkan kepala. Manalah dia tahu.
“Ye ke? Tak tahu pun. Abang kata,
pacat tu akan hisap darah sampai kering. Lepas tu, mati!” Aryana berkata lagi.
“Kau budak bandar ke? Aku tak pernah
nampak kau dekat sini pun.” Tanya lelaki itu. Aryana mengangguk. Ini merupakan
kali pertama dia pulang ke kampung. Sebelum ni, dia tak pernah tahu pun yang
dia masih memiliki atuk dan nenek. Menurut papanya, Mak Tok dan Tok Ayah yang
menyuruh dia membawa Aryana pulang ke kampung.
“Patutlah! Hurm. Dah lah. Aku nak
balik rumah dulu. Dah nak senja ni. Kau pergi lah balik!” Lelaki itu seakan
menghalaunya. Dia memandang ke arah kakinya yang masih lagi mengeluarkan darah.
“Boleh temankan saya balik rumah?
Dekat situ aje!” Aryana menunjukkan rumah Mak Tok dan Tok Ayahnya. Lelaki itu
melepaskan keluhan. Ala! Hantar aje lah. Bukannya jauh pun. Dia berdiri sebelum
membantu Aryana untuk bangun.
“Macam orang patah kaki!” Lelaki itu
menempelak. Aryana memuncungkan bibirnya. Dia kemudiannya tersenyum sendiri.
Bersyukur sebab masih ada juga yang sudi nak tolong dia. Saat mereka berdua
tiba di hadapan rumah kayu milik Mak Tok dan Tok Ayah, lelaki itu berpatah
semula. Sempat Aryana menjerit menyoal lelaki itu.
“Nama awak apa?”
“Fazli!” Aryana tersenyum lagi. Dia memandang belakang tubuh lelaki yang bernama Fazli itu sebelum melangkah naik ke dalam rumah. Dia berharap agar esok dia dapat berjumpa lagi dengan penyelamatnya hari ini.
“Fazli!” Aryana tersenyum lagi. Dia memandang belakang tubuh lelaki yang bernama Fazli itu sebelum melangkah naik ke dalam rumah. Dia berharap agar esok dia dapat berjumpa lagi dengan penyelamatnya hari ini.
“Assalamualaikum!”
Aryana memberi salam.
“Waalaikummussalam. Ana, Mak Tok
dekat belakang!” Terdengar suara Mak Tok menyahut. Aryana melangkah laju menuju
ke arah Mak Toknya.
“Mak Tok, papa mana?”
“Sayang, papa dah balik KL dengan
abang. Sayang duduk dengan Mak Tok dan Tok Ayah ye?” Mak Tok berkata. Sayu
hatinya apabila menantunya ingin meninggalkan cucu perempuannya di situ. Dia
tahu, pasti isteri pertamanya yang mendesak. Dia juga tahu, saat anak
perempuannya iaitu isteri kedua kepada Datuk Aryan meninggal ketika melahirkan
Aryana, sedaya upaya isteri pertama Datuk Aryan mencuba memisahkan Aryana
dengan papanya itu. Dan kini, wanita itu telah pun berjaya!
“Papa tinggalkan Ana?” Aryana
menyoal. Dia tidak sedih, malah rasa bersyukur. Bersyukur kerana dia tidak lagi
perlu menjadi hamba kepada Datin Sarimah. Dia tahu papanya terdesak. Papa
bukannya tidak sayangkan dirinya, tapi perasaan sayang itu tidak mampu di
tunjukkan gara-gara Datin Sarimah yang membenci dirinya.
“Ana tinggal dengan Mak Tok ye?”
Aryana mengangguk. Mak Tok memeluknya erat. Dia akan menjaga satu-satunya cucu
yang di milikinya dengan penuh kasih sayang. Hanya ini lah satu-satunya
peninggalan anak perempuannya Adrianna yang amat di kasihinya.
“Mak Tok sayang Ana?”
“Mak Tok sayang Ana. Sayang sangat.
Ana jangan tinggalkan Mak Tok dengan Tok Ayah ye. Mak Tok janji akan jaga Ana
sampai bila-bila.” Aryana memeluk Mak Tok erat. Terharu dengan kasih sayang
yang bakal di terimanya. Biarlah mama membencinya, dia kini punya Mak Tok dan
Tok Ayah yang menyayangi dirinya. Itu sudah memadai! Kasih bonda yang tidak
sempat di rasainya terbalas dengan kasih sayang Mak Tok dan Tok Ayah.
Dari jauh dia dapat melihat Fazli,
lelaki yang membantunya dua minggu yang lepas. Lelaki itu sedang membancuh
simen untuk melekatkan bata untuk menaik taraf dapur rumah Mak Toknya. Dia
tertanya-tanya, berapakah umur lelaki itu. Jika di lihat dari rupa, dia yakin
lelaki itu pasti lebih kurang usianya sahaja. Tapi kenapa lelaki itu bekerja?
Dia sendiri pun tak tahu.
Sudah masuk minggu kedua dia tinggal
di kampungnya yang terletak di Kelantan. Bersekolah di sini membawa seribu
perasaan yang berbeza. Ramai rakan baru yang dia perolehi. Cumanya dia perlu
berusaha berlipat kali ganda kerana silibus di Kelantan dan Kuala Lumpur adalah
berbeza. Tambah lagi, dia akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun itu.
“Termenung jauh nampak!” lamunan
Aryana mati. Wajah lelaki yang duduk di sebelahnya di pandang. Terkejut juga bila
tiba-tiba lelaki itu berada di sebelahnya. Bila masa pula dia ni ada dekat
sini?
“Eerr.. Hai.”
“Aku nampak kau termenung panjang.
Ingat siapa? Papa kau?” Fazli bertanya sambil mengelap peluh di dahinya. Aryana
tersenyum. Entah lah. Dia selesa dengan lelaki ini. Mungkin sebab lelaki ini
telah ‘menyelamatkan’ dia dari pacat dulu.
“Tak ada lah. Saya tahu papa
sentiasa ingatkan saya.” Aryana berkata. Sejak berada di kampung, dia semakin
tenang. Tiada lagi gangguan dari Datin Sarimah. Tiada lagi jeritan dan makian
yang menjadi makanannya sehari-hari. Hanya kasih sayang yang menggunung dari
Mak Tok dan Tok Ayah.
“Kau tak marahkan papa kau?” Fazli
bertanya. Dia sendiri tidak memahami sikap papa Aryana. Sayang, tapi tinggalkan
anak. Pelik betul!
“Tak pun. Papa buat macam tu sebab
dia sayangkan saya lah. Dia tahu, saya pasti akan lebih gembira kalau duduk
sini berbanding dekat sana.” Fazli mengangguk. Masing-masing mendiamkan diri.
Aryana memandang wajah Fazli secara tiba-tiba. Otaknya kembali mengemukakan
pelbagai soalan.
“Fazli,
umur awak berapa sebenarnya ek?”
“16
tahun. Kau?”
“Owh.
Awak tua setahun je lah dari saya. Sama macam abang Aiman Ariff.” Aryana
membalas perlahan. Fazli mengangguk lagi.
“Tapi,
kenapa awak kerja? Awak tak sekolah ke?”
“Sekolah.
Hurm. Keluarga aku, keluarga miskin. Jadi, kalau aku nak duit aku kena kerja
sendiri lah. Ayah aku banyak tanggungan lagi. Adik-adik aku semuanya kecil
lagi. Jadi, aku tak nak susahkan ayah aku. Aku boleh kerja untuk membiayai
segala perbelanjaan aku untuk terus belajar.” Buat pertama kali, Fazli bersuara
panjang. Kalau tak, sepatah yang di tanya, sepatah lah yang dia akan jawab.
“Hurm.
Dah lah. Aku nak pergi sambung buat kerja.” Fazli bangun dari duduknya. Dia
melangkah menuju ke bahagian dapur.
“Awak!”
Fazli memusingkan badannya. Kening di angkat tanda menyoal.
“Nama
saya Aryana.” Fazli tersenyum. Ibu jarinya di angkat sebagai isyarat bagus.
Aryana turut tersenyum.
Bengis
wajahnya memandang isterinya itu. Tak sudah-sudah dengan dendam terhadap arwah
isteri mudanya. Benci sungguh wanita itu dengan Adrianna. Dari saat Adrianna
masih hidup lagi isteri pertamanya itu berdendam. Sehinggakan Adrianna sudah
meninggalkan mereka pun, dendam itu masih lagi ada. Yang menjadi mangsa dendam
wanita itu, mestilah anak gadisnya dengan Adrianna.
“You,
I nak you berhenti hantar duit pada budak tak guna tu. Mak bapak perempuan
sundal tu boleh jaga dia.” Kuat suara Datin Sarimah bergema di ruangan mewah
itu. Datuk Aryan menarik nafas panjang. Cuba bertenang dengan situasi itu.
“Adrianna
dah meninggal lebih 14 tahun, Imah! Cukup-cukuplah dengan dendam you tu. Aryana
tu anak I. She’s my only daughter. I sebagai ayah dia kena bagi nafkah pada
dia. Apa lagi yang you tak puas hati, hah? You suruh I hantar Aryana balik
kampung arwah Adrianna, I hantar. Apa lagi yang you tak puas hati?” suara Datuk
Aryan sedikit kuat. Datin Sarimah mendengus.
“I
hanya akan puas hati bila budak tak guna tu mati. I tak nak dia hidup sebab dia
akan mengingatkan you pada perempuan sundal tu. Sampai bila-bila pun you akan
ingatkan perempuan tu kalau budak tu hidup.” Datin Sarimah menjerit. Serentak
itu juga tangan Datuk Aryan hinggap di pipinya. Terteleng dia jadinya. Datin
Sarimah memegang pipinya yang berbirat.
“Sampai
hati you! Kerana budak tu you sanggup tampar I? You memang tak guna! Tak guna!”
Dia berlari menuju ke kamarnya. Pipinya yang sakit di usap perlahan. Namun,
sakit dihatinya lebih lagi. Semakin menggunung perasaan bencinya pada Adrianna
dan Aryana.
okey.. smpai sini je dulu kali ni..
tq sudi baca..
=D
best citer ni... nak lagi... :)
BalasPadamtq kak tasya sudi baca..
PadamBEST.
BalasPadamtq baby mio.. =D
Padam