Rasa macam meleret-leret lak bab ni..
Okey,. Enjoy reading.
Maaf Itu Sempurnakan Kasih
Bab 10
Panjang
muncung Aryana apabila papa dan abangnya berkeras untuk ke sungai bersama
Fazli. Jika hanya mereka yang pergi tidak mengapa juga, ini dipaksanya dia untuk
pergi sama. Geram! Sempat dia menjeling kearah Fazli. Baru dia perasan, bibir
jejaka itu kelihatan seperti..lebam! Perlahan kaki Aryana melangkah menghampiri
Fazli.
“Masamnya
muka awak!” Fazli mengusik Aryana sebaik sahaja gadis itu menghampirinya. Aryana
menjegilkan mata. Geram betul dia! Memang hari ni hari geram sedunia atau aku
seorang je yang geram ni? Sempat Aryana mengomel.
“Pipi
ni kena apa? Awak bercium dengan siapa sampai biru bibir tu?” Sarkastik aje
nada aryana bersuara. Fazli tersenyum sebelum merapatkan jurang di antara
mereka berdua.
“Erm.
Saya bercium dengan awak la sayang. Lupa ek?”
Papp!!
“Aduh!
Sakit lah sayang!”
Tiga
pasang mata memandang kearah Fazli. Aryana mengetap bibir. Ya Allah! Malunya!!
Fazli ni memang tak agak-agak langsung memanggilnya dengan panggilan sayang
walaupun di hadapan papa dan abangnya.
“Amboi!
Bukan main lagi korang bersayang-sayang ye?”
“Abang!!”
Aryana merengek geram! Kaki di hentak berkali-kali di atas rumput. Malu! Datuk
Aryan tersenyum hambar. Sejujurnya, dia mula berasa tidak berkenan dengan
hubungan Aryana dengan pemuda itu. Mungkin ia berkait dengan rasa bersalah yang
dirasai olehnya.
“Ana,
come here! Walk with me. Papa ada sesuatu nak bagitahu Ana.” Aryana menganguk lalu
melangkah ke arah papanya. Sempat dia mencubit lengan Fazli seketika untuk
melepaskan kegeramannya.
“Hahaha..
Padan muka kau.” Aiman Ariff tergelak kuat melihat wajah Fazli yang berkerut
menahan sakit. Adiknya itu memang brutal. Pantang diusik, pasti si pengacau
akan menerima habuan.
“Abang
jangan nak ketawakan orang lain. Kan tak pasal-pasal abang pun kena dengan
Ana.” Aryana melaung agak kuat. Terhenti terus tawa Aiman Ariff. Terkulat-kulat
dia memandang ke arah adiknya itu. Habislah siapa yang jadi suami adik aku!!
Sempat dia mengomel sebelum liur di telan.
********************
Aryana
mencebik saat melihat aksi-aksi akrobatik Fazli dan abangnya, Aiman Ariff.
Terjunan demi terjenun dengan pelbagai aksi dan gaya dilakukan mereka
benar-benar membuatkan Aryana meluat. Meluat kerana dia tidak berani untuk masuk
ke dalam sungai dan ikut serta bersama mereka.
“Ana,
jom lah join abang. Rugi tau datang sungai tapi tak mandi sungai.” Aiman Ariff
melaung dari atas dahan pokok sebelum melompat ke dalam sungai. Aryana
menggeleng perlahan. Tetap enggan masuk ke dalam sungai.
“Hai
lah lintah, kenapa la kau ada dalam sungai ni? Kesian kekasih hati aku. Sanggup
tak masuk sungai hanya kerana takutkan engkau, wahai lintah.” Terkekeh-kekeh
Fazli dan Aiman Ariff.
“Oh,
suka ye! Siaplah awak dengan abang bila naik sini nanti. Ana kejar sampai tak
cukup tanah korang lari.” Panjang muncung Aryana. Datuk Aryan tertawa nipis.
Sungguh dia terhibur dengan keletah anak teruna dan anak gadisnya itu.
“Sayang,
kalau nak main air sungai tu jom lah. Papa temankan.”
“Tak
nak! Nanti binatang penghisap darah tu hisap darah Ana.” Datuk Aryan
menggelengkan kepala. Macam-macam sungguh anak gadisnya yang satu itu.
“Okey!”
“Papa!!!”
Lantang
suara Aryana menjerit. Laju dia berlari sambil dikejar oleh Fazli dan Aiman
Ariff. Air mata pula usah kata. Meleleh laju menuruni pipinya. Fazli dan Aiman
Ariff tergelak kuat. Gembira apabila dapat mengusik Aryana.
“Papa,
tolong!” Tubuh Datuk Aryan di peluk erat sebaik sahaja dia berjaya mendapatkan
papanya. Menggigil tubuhnya.
“Abang!
Apa ni?” Datuk Aryan bersuara tegas. Wajah anak terunanya di pandang tajam.
Pandangannya jatuh pula di wajah Fazli. Terkedu Aiman Ariff dengan jerkahan
Datuk Aryan. Belum pernah lagi dia melihat papanya itu segarang ini. Aiman
Ariff telan liur.
“Err..
Sorry papa. Abang..err..abang saja je nak usik adik.”
“Mengusik
apa sampai menangis adik dibuatnya?” Pandangan Datuk Aryan jatuh ke betis Aiman
Ariff. Jelas kelihatan darah mengalir di betis anak terunanya itu. Keluhan di
lepaskan saat melihat lintah yang melekap kemas di betis anak terunanya itu.
Ini ke puncanya? Haih!
“Ya
Allah! Abang, cabut lah lintah tu. Tak kesian ke dekat adik ni? Meraung-raung
macam orang mati laki dah papa tengok.” Kepala di gelengkan perlahan. Aiman
Ariff tersenyum kelat. Laju tangannya mengambil ranting kayu lalu mencabut
makhluk penghisap darah yang membuatkan Aryana ketakutan itu.
“Sorry,
papa. Abang tak sangka Ana terlalu takutkan lintah ni.” Aryana yang masih
teresak-esak dalam pelukan papanya itu di pandang dengan penuh rasa serba
salah. Aiman Ariff melepaskan keluhan.
“Ana,
abang minta maaf.”
“Saya
pun.” Fazli menyampuk.
“Just
go away! I hate both of you!!” Serak suara Aryana. Aiman Ariff dan Fazli
berpandang di antara satu sama lain. Datuk Aryan pula hanya sekadar menggeleng.
Pandai-pandai lah mereka berdua memujuk anak gadisnya itu.
“Padan
muka korang berdua.” Datuk Aryana berkata sambil mengusap lembut rambut Aryana.
********************
Buntu
Aiman Ariff dan Fazli apabila Aryana melancarkan mogok bersuara terhadap mereka
berdua. Puas Aiman Ariff memujuk namun Aryana tetap berdiam diri. Fazli pula
sekadar memerhati Aiman Ariff yang bersungguh-sungguh memujuk Aryana.
“Ariff,
let me.” Ringkas Fazli berkata. Aiman Ariff memandang ke arah Fazli seketika
sebelum mengangguk lemah. Menyesal okey!! Fazli melangkah perlahan ke arah
Aryana. Mengambil masa untuk seketika sambil ligat otaknya menyusun kata maaf
buat Aryana.
“Ana,
marah saya ek?” Aryana menjeling dengan ekor mata. Gila tak marah?? Mestilah
marah! Fazli tersengih menerima jelingan Aryana. Sekurang-kurangnya, gadis itu
bereaksi juga apabila dia bertanya.
“Okey
lah. I’m sorry, sayang. Promise tak buat lagi dah. Please! Maafkan saya ek?”
Tangan kanannya di angkat paras bahu tanda berjanji. Mata di kerlip
berkali-kali dan bibir diukir dengan senyuman yang manis.
“Janji?”
Aryana bertanya manja.
“Ye,
saya janji tak buat lagi dah.”
“Hurm.
Saya boleh maafkan awak dengan abang, tapi bersyarat. Boleh?” Keningnya
diangkat tanda meminta persetujuan. Fazli diam seketika sebelum mengangguk
tanda bersetuju.
“Anything
for you, my sweetheart! Syarat apa?” Aryana senyum gembira. Ayat-ayat manis
yang diucapkan Fazli benar-benar membuai perasaannya. Kalau hari-hari kena
pujuk rayu macam ni, mahu aku kena kencing manis. Sempat Aryana mengomel.
“Saya
teringin nak makan ikan pari bakar cicah air asam. Bawa saya pergi pasar malam
boleh? Agak-agak ada tak ikan pari bakar dengan air asam?” Lembut nada suara
Aryana. Ini lah orang kata, lembut gusi dari lidah bila ada sesuatu yang di
kehendaki.
“Hurm.
Saya tak sure la awak. Tapi, apa kata kita suruh Mak Tok buatkan? Kita beli
bahan-bahan yang di perlukan lepas tu minta tolong Mak Tok.” Fazli memberi
cadangan. Di Kelantan, pasar malam di sekitar kawasan kampung tidak lah sebesar
mana. Lagi pula, tak ramai yang menjual ikan pari bakar. Kalau pasar malam di
sekitar bandar, mungkin lah ada.
“Okey,
deal. Jom lah.” Spontan Aryana menarik
tangan Fazli. Fazli tersentak. Seakan terasa arus eletrik mengalir dalam
segenap urat saraf mereka berdua. Mata bertentang mata, jatuh ke hati dan terus
menimbulkan satu rasa yang sukar diungkap dengan bicara. Hanya mata dan hati
bersuara dan hanya mampu difahami oleh mereka berdua.
“Err..
Sorry!” Serentak Aryana dan Fazli berkata.
********************
Buntang
mata Aryana dan Fazli apabila Mak Tok terpaksa bergegas ke surau untuk membantu menyediakan juadah untuk
majlis tahlil yang akan diadakan selepas solat Isyak pada hari itu.
“Macam
mana ni? Siapa nak buat ikan pari bakar sekarang?” Mencuka wajah Aryana. Fazli
pula hanya mampu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Rosak segala rancangan
mereka apabila watak utama untuk sesi masak-memasak ni tiada.
“Search
Google aje lah.” Selamba Aiman Ariff memberi cadangan. Aryana dan Fazli saling
berpandangan mendengarkan cadangan Aiman Ariff. Teragak-agak Aryana ingin
bersuara.
“Err..
Tok Ayah tahu tak ek?”
“Hurm.
Tak lah. Biar saya panggil Izzatie. Mungkin dia tahu kot.” Selesai sahaja
bberkata, Fazli terus berlari ke arah motornya. Aryana hanya mampu memandang
pemergian jejaka itu dengan perasaan yang berbaur.
“Izzatie?
Siapa tu?” Aryana hanya diam. Enggan mengulas apa-apa.
“Adik,
are you okey?” Bahu Aryana dipaut lembut. Kekeruhan yang terpancar pada wajah
adiknya itu berjaya dikesannya. Jelas kelihatan bahawa adiknya itu cemburu.
Aiman Ariff tersenyum nipis.
“I’m
okey. Abang, can you do me a favour?”
“Anything
for you, adik. Tell me!”
“Jom
cari resepi dekat Google. Sementara Fazli panggil Izzatie, kita cari resepi apa
yang patut dulu. Boleh?” Aiman Ariff sekadar mengangguk bersetuju. Dia sanggup
melakukan apa sahaja demi adiknya itu. Kesilapan lampaunya dahulu harus di
tebus kembali!
********************
Riuh
rendah suara dua beradik itu dapat di dengari hingga ke luar rumah. Fazli
tersenyum nipis dengan keriuhan tersebut. Izzatie yang tiba lewat seminit
darinya mengerutkan dahi.
“Siapa
ada kat rumah ni? Ana dengan siapa?” Izzatie menyoal kehairanan.
“Aryana
dengan abang dia, Ariff. Eh, jomlah naik!” Perlahan-lahan tangga kayu di
dakinya. Izzatie mengikut langkah Fazli perlahan.
“Abang!
Betul-betullah!” Aryana menjerit kuat. Tergapai-gapai tangannya ingin mencapai
kertas yang di pegang Aiman Ariff. Tergelak-gelak Aiman Ariff dengan keletah
manja Aryana itu.
“Biar
lah abang baca dulu resepi ni!” Aiman Ariff terus-terusan mengusik Aryana.
Resepi la sangat! Aryana mencebik. Memang salah dia juga! Ketika Aiman Ariff menyuruhnya
menyalin resepi, tangannya pula gatal tulis luahan tidak puas hatinya terhadap
Fazli. Sekarang ni, terpaksa lah dia menanggung malu.
“Assalamualaikum.”
Kejar-mengejar antara Aryana dan Aiman Ariff terhenti tatkala mendengarkan
salam yang di beri. Masing-masing memandang ke arah pintu yang terkuak luas
itu.
“Waalaikumsalam.”
Serentak dua beradik itu menjawab.
“Apa
yang bising-bising ni?” Fazli menyoal dua beradik itu. Aiman Ariff tersenyum
lebar. Kertas di tangannya di sorok ke belakang badan sebelum perlahan-lahan di
masukkan ke dalam poket seluar yang di pakainya.
“Mana
Izzatie?” Aryana menyoal dingin.
“Here
am I!” Aryana tersenyum nipis. Wajah Fazli langsung tidak di pandangnya.
Abangnya di sebelah pula seakan-akan terpegun melihat Izzatie. Nampak gayanya,
bakal berkakak iparkan Izzatie lah aku ni! Sempat Aryana mengomel.
“Can
we start now?”
“Sure!”
********************
Fazli
melangkah menghampiri Aryana yang sedang membalut ikan pari dengan daun pisang.
Gadis itu langsung tidak kekok melakukan kerja-kerja memasak itu. Nampak gaya
macam tak lekat di dapur tapi siapa sangka gadis itu berusaha belajar memasak
dari Mak Toknya.
“Hai!
Kusyuknya sayang saya ni buat kerja.” Aryana memandang sekilas ke arah Fazli.
Laju tangannya mencapai seekor lagi ikan pari yang di belah dua sebelum
melumurkan perencah dan membalutnya.
“Mana
Izzatie?”
“Izzatie
pula yang awak tanya. Saya ni awak tak tanya pun.” Masam wajh Fazli. Aryana
tahan gelak. Comel sangat wajah masam Fazli pada pandangannya. Tangannya yang dipenuhi
perencah di cuit ke pipi jejaka itu.
“Sayang!!”
Kuat Fazli menjerit sebelum mengejar Aryana.
“Mana
awak nak lari, hah?” Aryana tergelak kuat. Laju dia melarikan diri masuk ke dalam
rumah. Satu tempat aje yang selamat untuk dia bersembunyi dan yang dia pasti
Fazli tak akan berani jejak. Dalam bilik!!
“Awak,
pergilah duduk atas pemanggang sekali dengan ikan-ikan tu! Perencah dah ada,
mesti sedap kalau makan.” Tergelak Aryana dengan kata-katanya sendiri. Fazli
tergelak kuat. Nakal!
“Sayang,
sampai hati nak makan saya. Tak sayang saya ek?” Terkedu seketika Aryana dengan
soalan Fazli. Ish! Suka sangat tanya soalan yang boleh timbulkan kontroversi!
Panjang muncung Aryana apabila mendengar ketawa Aiman Ariff. Kan ada yang salah
faham dah!!
“Adik,
cuba tengok apa Fazli buat ni!” teriak Aiman Ariff. Tawa yang bergema di
halaman rumah menarik minat Aryana. Jendela biliknya di kuak luas. Sabaik
sahaja dia melihat permandangan di halaman rumahnya itu, Aryana terus sahaja
menghamburkan tawa.
“Ana,
tolong saya balut badan dengan daun pisang ni. Baru wangi kalau bakar. Sedap
sikit awak nak makan saya.” Selamba Fazli berkata. Izzatie yang baru sahaja
keluar dari dapur tercengang-cengang melihat gelagat Fazli itu.
“Astaghfirullah
al-adzim!!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan