Khamis, 20 Februari 2014

Bab 6: Maaf Itu Sempurnakan Kasih (MISK)

Assalamualaikum wbt..
Maaf sgt kalau n3 xmemuskan ht ramai pihak..
Sbnrnya, sy langsung xde idea nk type bab 6 ni..
Tp, sy cuba jugak..
Buat kwn2 di facebook yg slalu memberi dorongan..
Terima kasih sgt2..
Buat kakak sy yg xhenti2 suruh sy teruskan buat cerita ni, thanks kak sbb bg adik smgt..
N buat my BFF.. I tahu u baca tau.. haha..
okey lah.. enjoy ye.. =D


Fazli


BAB 6
Aryana duduk di tangga sambil membelek telefon bimbit yang di hadiahkan papanya. Dia gembira. Sangat gembira! Dapat bertemu dengan papa dan menziarahi kubur arwah bondanya merupakan sebuah kebahagian yang tidak berbelah bagi dia rasakan.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.” Aryana tergamam saat matanya menjamah wajah si pemilik suara yang memberi salam. Liur di telan perlahan. Cuba mententeramkan perasaannya yang mula bercelaru.
“Izzatie.. err.. kau buat apa dekat sini?” Izzatie melangkah menghampiri Aryana. Tanpa teragak-agak, dia melabuhkan duduknya di sebelah Aryana di atas tangga. Terkedu sekejap Aryana dengan perlakuan Izzatie itu.
“Err..”
“Aku datang sini sebab.. err.. aku nak minta maaf dengan kau.” Aryana tersenyum. Dan kali ini senyumannya cukup sinis. Ucapan maaf yang lahir dari bibir Izzatie itu benar-benar menggeletek hatinya.
“Kau ada buat salah dengan aku ke?” Izzatie tergamam. Tak sangka yang Aryana akan menyoal dia sebegitu. Tersentap sekejap jantung dia. Tapi nak buat macam mana kan, dah memang salah dia. Kenalah redha aje!
“Aku betul-betul minta maaf, Aryana. Aku tahu aku dah buat dosa besar. Aku hina arwah bonda kau. Aku hina kau. Aku sedar yang aku dah melampau.” Aryana menarik nafas dalam-dalam. Ya! Memang gadis itu melampau dalam menuturkan kata-kata.
“Tie, kau balik lah. Aku perlukan masa.” Aryana bangun dan kemudiannya berlalu ke dalam rumah. Izzatie memejamkan matanya buat seketika. Itulah yang harus dia terima akibat kelancangannya dalam berbicara.

Aryana berjalan menyusuri bendang yang terbentang luas. Ingatannya kembali mengenangkan perubahan sikap Izzatie. Pelik! Memang pelik! Entah apa lah yang merasuk fikiran gadis itu sehingga sanggup berjumpa dengannya dan meminta maaf atas kesilapannya.
“Termenung lagi. Kau memang suka berangan ek?”
“Eh, Fikah!” Aryana tersenyum memandang rakannya. Shafikah berjalan seiring dengan Aryana. Rasa rindu pula tak bertemu dengan rakannya itu.
“Kau pergi mana dua hari ni?”
“Aku pergi KL. Ziarah kubur arwah bonda aku. Kau buat apa dekat sini?” Aryana menyoal Shafikah pula. Jarang gadis itu keluar bersiar-siar seperti ini. Biasanya Shafikah hanya akan duduk di rumah dan membantu ibunya menyediakan bahan-bahan untuk berniaga di kantin.
“Saja. Tak tahu kenapa hari ni aku rasa nak keluar jalan-jalan. Mungkin sebab mata aku dah berhabuk agaknya. Jadi, untuk hilangkan habuk, kenalah cuci mata. Haha.” Dia bercakap, dia juga yang ketawa. Aryana tersengeh mendengarkan kata-kata Shafikah.
“Sejak bila pula kau ni ada penyakit gatal merenyam, hah? Cuci mata lah sangat! Tahu lah dekat sini ramai lelaki yang handsome main takraw petang-petang!” Shafikah ketawa lagi. Aryana sedia maklum, rakannya itu memang murah dengan senyuman. Asyik senyum dan ketawa aje kerja dia! Waktu gembira, dia senyum. Waktu sedih pun dia senyum juga. Kalaulah aku boleh jadi macam dia! Detik hati kecil Aryana.
“Aku tak cakap pun nak cuci mata tengok lelaki! Aku cakap cuci mata aje. Kau aje yang fikir benda lain tau!”
“Yelah! Aku juga yang salah!” Mereka berdiam diri buat seketika. Menikmati keindahan petang yang nyaman.
“Beb, aku nak tanya sikit, boleh?”
“Apa dia?”
“Kalau ada orang dah hina mak kau, hina kau.. lepas tu dia minta maaf, kau rasa.. kau akan maafkan dia tak?” Shafikah mengerling Aryana. Pelik bila Aryana tiba-tiba sahaja menyoal sebegitu.
“Hurm.. Kalau aku lah.. aku maafkan aje.”
“Sebab?”
“Kan dia dah minta maaf. Jadi, maksudnya dia dah sedar lah apa yang dia buat tu salah. Lagi pun, sedangkan Nabi pun ampunkan ummat, ni kan pula kita.. insan biasa aje. Ada faham?” Aryana mengangguk. Pandangannya di arahkan ke tengah bendang. Cuba memikirkan kata-kata Shafikah itu. Ada betulnya juga! Tapi,..
“Ana! Ish! Budak ni, sempat lagi kau berangan. Apa nak jadi lah dengan kau ni?”
“Err.. Kenapa Fikah? Kau cakap apa?”
“Aku cakap, aku nak balik dululah. Jumpa esok dekat sekolah. Hah! Lagi satu, jangan balik lambat sangat. Kena sorok dek benda, padan muka.” Shafikah mengusik. Aryana tersenyum nipis. Suka sangat cakap yang bukan-bukan! Kang kena betul-betul, naya aku! Omel Aryana.
“Yelah, mak cik!” Shafikah menjegilkan matanya. Tergelak besar Aryana. Dia hanya memerhati langkah Shafikah.

Buntang mata Adrianna memandang wajah jejaka itu. Tak sangka langsung yang dia akan bertemu lagi dengan lelaki itu. Ingatkan cerita mereka akan tamat saat kemalangan air hari tu, tapi nampak gayanya tak habis lagi. Wajah jejaka itu di tatap tajam.
“Err.. Sorry.. I sebenarnya nak bagi you ni.”  Bungkusan plastik itu di hulurkan kepada gadis di hadapannya. Berkerut dahi Adrianna. Sekali lagi dia serba-salah.
“Ambillah. Ni sebagai tanda I ganti baju you hari tu.”
“It’s okey! Baju tu boleh pakai lagi. Terima kasih.” Adrianna ingin berlalu sebaik sahaja dia menghabiskan bicaranya. Namun Aryan bertindak lebih pantas. Beg sandang yang di galas di bahu Adrianna di tarik. Mengundur Aryana dengan tindakan Aryan itu.
“Hey! Gila ke?”
“Sorry, miss.. err.. boleh I tahu nama you?” Adrianna membulatkan matanya. Aduh! Masalah betullah!
“Awak nak apa sebenarnya, hah?”
“Tak banyak! Just nak kenal dengan you aje. Tak salah kan?”
“Malas nak layan awak!” Adrianna kembali mengatur langkah. Dan kali ini, sekali lagi dia mengundur apabila beg sandang miliknya kembali di tarik.
“Astaghfirullah al-adzim! Lepas lah! Saya ada kelas ni tahu tak?!” Aryan tersenyum manis. Suka betul dia tengok gadis itu marah. Makin cantik. Tapi dia merasakan gadis itu lebih cantik ketika sedang bersedih. Terserlah keayuan sebenar gadis itu.
“Okey! Macam ni.. Just tell me your name, and I’ll let you go. Easy right?” Adrianna mengeluh kasar. Jam di tangan di pandang sekilas. Alamak! Kelas aku dah nak mula! Habis lah aku kali ni! Adrianna mengomel lemah.
“Fine! Adrianna. Nama saya Adrianna.” Aryan tersenyum kemenangan. Cantik nama tu. Secantik tuannya juga. Aryan memuji di dalam hatinya.
“Excuse me! Boleh lepaskan beg saya tak? Saya dah lambat ni!” Perlahan-lahan Aryan melepaskan pegangannya dari beg milik Adrianna. Adrianna pula berlalu pergi dan tidak menoleh lagi sebaik sahaja begnya di lepaskan.
“Adrianna!” Aryan ketawa kecil. Bungkusan plastik yang berada di tangannya di pandang lama. Kepalanya di gelengkan berulang kali.

Fazli tersenyum kecil saat melihat kelibat Aryana yang sedang duduk di pondok itu. Nampak kusyuk benar gadis itu membaca sesuatu. Buku barangkali. Teka Fazli. Perlahan-lahan dia menghampiri Aryana dari belakang.
“Hai! Awak buat apa tu?” Aryana memalingkan wajahnya. Senyuman nipis terlukis di wajahnya saat Fazli duduk di sebelahnya.
“Hurm. Tak ada buat apa pun. Kenapa tak balik lagi?”
“Saja je! Saya nak tanya sikit boleh tak?”
“Tanya apa?” Fazli menoleh ke arah gadis itu. Ingin menatap wajah yang mula bermain di dalam tidurnya. Juga di waktu siang hari. Entah apa kenalah dengan dia sejak akhir-akhir ni. Sikit-sikit, teringatkan Aryana. Lepas tu, tak lama kemudian mulalah duk terbayangkan wajah Aryana. Dengan perangai kebudak-budakkan nya. What a such alluring character that she had. Detik hatinya.
“Pergi mana hari Jumaat hari tu? Puas saya cari awak!” Aryana tersenyum. Dari pandangan mata Fazli, senyuman itu bagaikan hidup. Sinar kebahagian terpancar jelas di sepasang mata milik gadis itu.
“Saya.. pergi.. ziarah kubur arwah bonda. Best sangat! First time tau saya pergi ziarah kubur arwah bonda. Rasa macam saya dapat jumpa bonda. Saya dapat rasakan kehadiran dia di sisi saya. Mungkin itu adalah kasih sayang dia buat saya. Hah! Papa pun saya jumpa juga.” Bersemangat sekali Aryana bercerita.
“Kenapa tak bagitahu saya?”
“Bagitahu apa?” Aryana menyoal. Wajah jejaka itu di pandang dengan penuh rasa aneh. Pelik juga dia! Tiba-tiba sahaja Fazli menyoalnya begitu. Fazli melepaskan keluhan. Baru hari ni dia sedar yang si Aryana ni agak bendul dan lambat tangkap apa yang mereka bicarakan.
“Awak ni slow lah, Aryana!” Selepas berkata begitu, elok sahaja tangan Aryana hinggap di bahunya.
“Adoi! Sakit lah!”
“Tu lah! Sape suruh cakap saya slow! Kan dah kena!” Fazli mengusap bahunya yang sengal. Sakit juga penangan perempuan di sebelahnya itu. Rasa bersalah mula menguasai Aryana apabila melihat jejaka itu mengusap kawasan yang di pukulnya.
“Sorry!” Fazli tersenyum. Tak kisah lah! Bukannya sakit macam nak mati. Sakit sikit aje. Setakat mana aje lah sakit kena pukul macam tu dengan sakit saat ajal di tarik oleh malaikat maut iaitu malaikat Izrael.
“Tak apa lah. Saya tak kisah pun awak nak pukul saya berapa kali. Lagi saya suka.” Terjegil mata Aryana di buatnya. Fazli ketawa kecil. Comel sangat wajah Aryana saat itu.
“Buku apa ni?” Fazli mengambil buku itu dari tangan Aryana. Buntang mata Aryana. Laju tangannya cuba menapai kembali buku itu dari tangan Fazli.
“Hey! Bagi balik buku tu!” Keras suaranya. Tersentak Fazli. Perlahan-lahan tangannya menghulurkan kembali buku itu kepada Aryana. Kasar Aryana menarik buku itu dari genggaman Fazli.
“Jangan sentuh barang saya tanpa kebenaran!” Fazli mengeluh perlahan. Cepat sangat emosi gadis itu berubah. Sekejap okey! Sekejap angin satu badan! Tak faham betul dia dengan sikap Aryana.
“Okey! Sorry!” Aryana mendengus. Tanpa pamitan, dia beredar dari situ. Entah lah! Dia tak suka orang sentuh barang dia. Langkah Aryana di pandang hingga kelibat gadis itu hilang.

Aiman Ariff duduk bersendirian di gazebo yang terdapat di kawasan rumah banglo mewah itu. Dia sunyi! Sunyi sangat! Ingatannya kembali melayang pada adiknya, Aryana. Dia akui, saat Aryana tinggal di rumah itu, dia tidak pernah melayan Aryana dengan elok. Ariff mengeluh perlahan.
“Ana, abang rindukan Ana.” Terasa menyesal dengan layanan kasarnya terhadap Aryana.
“What’s wrong, abang? Papa tengok abang macam ada masalah aje ni. Wanna share it with me?” Datuk Aryana menegur. Dari jauh lagi dia melihat kelakuan anak teruna dia itu. Seakan mengelamun dan termenung jauh.
“Ariff okey, pa.”
“Abang, kalau abang ada masalah, jangan malu bagitahu papa. Masalah apa sekali pun, mesti ada cara penyelesaiannya. Abang anak papa, jadi papa tak nak abang pendam sorang-sorang. Boleh jadi gila tahu.” Ariff tersenyum kecil.
“Pa, bila Ana nak balik sini? Abang rindu Ana lah papa.” Datuk Aryan mengeluh lemah. Wajah anak terunanya ditatap seketika sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah kolam renang. Tak tahu sama ada dia boleh percaya atau tidak kata-kata yang terluah di bibir Ariff.
“Papa, abang betul-betul rindukan Ana. Selama ni, abang selalu buli Ana. Tak pernah layan Ana dengan baik. Abang tak sedar yang selama ni hanya Ana yang jadi teman abang bermain. Tapi Ana sentiasa layan abang dengan baik walaupun abang layan dia buruk.” Ariff berkata perlahan. Dia rindukan Aryana!
“Abang, jom masuk. Dah lewat petang sangat dah ni.” Datuk Aryan mengajak. Enggan memanjangkan isu mengenai anak gadisnya. Kalaulah Datin Sarimah tahu tentang hal ini, pasti isterinya akan mengungkit kembali kisah-kisah lampau. Dia bosan dan takut. Takut sekiranya tembok kesabarannya runtuh. Ariff mengeluh buat kesekian kalinya. Papanya langsung tidak bereaksi dan bersuara. Longlai dia berjalan.

Aryana mengeluh lemah. Apa yang dah dia lakukan? Perasaan serba salah mula mengasak dadanya. Sikap Fazli terhadapnya berubah setelah kejadian lelaki itu mengambil diari arwah bondanya hampir seminggu yang lalu. Sebelum ini, lelaki itu sering bertegur sapa dengannya jika mereka bertemu. Tapi kini, lelaki itu bersikap dingin terhadapnya.
“Ana, boleh aku duduk dekat sini?” Aryana nerpaling sebelum tersenyum tanda membenarkan gadis itu duduk di sebelahnya.
“Sekali lagi aku minta maaf. Aku tak sepatutnya hina kau dan arwah bonda kau. Aku tahu perbuatan aku tu melampau.” Izzatie berkata sebelum matanya di halakan ke tengah bendang. Aryana hanya mendiamkan diri.
“Sejak kau datang, Fazli lebih banyak habiskan masa dia dengan kau. Aku cemburu! Cemburu dengan kau sebab kau cantik, bijak. Tak sampai tiga bulan kau dekat sini, semua dah sukakan kau. Cikgu-cikgu tak putus-putus puji kau.” Aryana berpaling ke arah Izzatie. Terkejut dengan penerangan gadis itu.
“Kau tak payah nak cemburu. Aku ni tak ada apa-apa pun untuk di cemburui. Kalau kau kata, kau cemburu sebab aku cantik. Lupakanlah! Benda ni tak kekal lama pun. Esok lusa bila dah tua, tetap berkedut. Dan kerana kecantikan jugalah arwah bonda pergi.” Aryana bersuara perlahan. Ayat terakhir yang dia ucapkan lebih di tujukan kepada dirinya sendiri.
“Aku sukakan Fazli. Sentiasa cari ruang untuk dekat dengan dia. Tapi dia layan aku tak lebih dari seorang kawan. Bila kau datang sini, dia jadi lain. Senyuman dia makin berseri-seri. Masa mula-mula ayah dia bagi motor dekat dia, aku minta dia bawa aku pusing-pusing kampung. Dia tolak mentah-mentah. Kau tahu dia jawab apa?” Sebelah kening Aryana terangkat.
“Apa dia?”
“Perempuan yang boleh naik motor dengan aku hanyalah insan yang istimewa dalam hati aku. Mak, kakak, adik dan bakal isteri aku. Jadi, bila aku nampak kau naik motor dengan dia, aku marah sangat. Sebab tu lah aku serang kau.” Aryana tersenyum. Lawak dengan penerangan Izzatie mengenai Fazli. Hailah! Kalau macam tu, aku ni bakal isteri dia ke? Haha.
“Tie, tak semestinya macam tu. Aku dengan dia kawan aje. Sama macam kau dengan dia. Dan aku nak, kita pun kawan. Aku maafkan kau. Dan aku pun nak minta maaf dengan kau. Maafkan aku.” Bulat mata Izzatie memandang Aryana. Tak percaya!
“Aa.. Aku..”
“Tak apa! Tak payah cakap apa-apa. Aku tahu dah! Aku baik, dan kau berterima kasih sangat sebab aku maafkan kau. Aku tahu dah apa yang kau nak cakap! Haha.” Izzatie tergelak sama. Sungguh! Aryana memang pelik! Mood gadis ini memang mudah swing! Padanlah Fazli muka ketat aje seminggu ni.

Fazli menjeling sekilas ke arah Aryana di hadapannya. Seminggu aku merajuk baru dia nak pujuk? Hish! Apalah minah ni!! Sempat dia mengomel sendiri. Aryana mengerdipkan matanya berkali-kali.
“Awak ingat awak comel ke buat macam tu?”  Ternganga Aryana jadinya. Fazli tahan senyum. Comel sungguh sebenarnya gadis itu!
“Awak! Sorry. Saya tak sengaja marah awak hari tu. Please! Maafkan saya!” Wajah Fazli yang tidak beriak di tenung lama. Kalau tak fikirkan dia yang salah, memang jangan haraplaj dia nak merayu segala. Memang betul apa yang orang kata. Buruk muka orang lelaki merajuk! Sempat lagi Aryana mengutuk.
“Kalau nak saya maafkan awak, temankan saya setiap petang dekat padang selama seminggu. Boleh?” melopong Aryana dengan permintaan Fazli. Tak nak lah dia tercongok dekat padang semata-mata nak temankan Fazli.
“Kenapa pula saya kena temankan awak?”
“Awak nak saya maafkan ke tak ni?” Aryana mengeluh. Memanglah dia nak Fazli maafkan dia, tapi dia tak naklah seringkali di lihat berdua bersama Fazli. Timbul fitnah pula nanti!
“Kalau saya ajak Izzatie temankan saya boleh?” Fazli diam. Niat dia buat permintaan macam tu untuk berdua dengan gadis itu. Kalau ajak Izzatie, tak ada chance lah dia nak main mata dengan Aryana. Tapi...
“Okey lah! So, start esok awak tunggu saya dekat pondok berhampiran padang.” Nak tak nak memang dia kena berada di situ jugalah. Aryana senyum tidak ikhlas.
“Ye lah!”
“Good girl. Sebab tu lah saya suka awak!” Wajah Fazli ditatap lama. Dia tak salah dengar kan tadi? Ke suka yang di maksudkan Fazli tu suka sebagai kawan aje?

“Suka?” Fazli senyum sebelum berlalu meninggalkan Aryana. Ya! Dia memang sukakan Aryana. Kalau dia tak suka, tak adanya dia nak merajuk sampai seminggu. Tapi gadis itu susah sangat nak faham perasaan dia. Memang hati beku sungguh! 

p/s: sy xpandai sgt bahasa omputeh.. lau slh, tolonggggggg la tegur.. merayu ni..

Isnin, 17 Februari 2014

Bab 5: Maaf Itu Sempurnakan Kasih

Assalamualaikum wbt...
maaf sgt lama xup n3 baru..
bz? xdelah bz pun.. mood aje yg lari.. haha
okok.. mls nk merapu pnjag2..
d sbbkan ada la dua tiga org duk kata sy xup n3 baru,
ni sy up.. hehe.. (jgn terasa)

masam manis pahit kehidupan, haruslah di tempuh dengan sebaiknya...
jangan terlalu mengikut perasaan sebab hasutan syaitan ni sentiasa ada..
tanpa sedar... kita dh termakan hasutan syaitan yg di rejam ni..
renung2kanlah.. dan selamat beramal.. hehehe...


FAZLI


Maaf Itu Sempurnakan Kasih

BAB 5
Tahun 2003..
Aryana melilaukan pandangan ke arah batu-batu nisan di hadapannya. Banyak! Dia tertanya-tanya yang mana satukah kubur arwah bondanya. Wajah Mak Tok di tatapnya seketika. Mak Tok tersenyum sebelum melangkah menghampiri sebuah pusara yang bersih.
Kalau mengikut pandangannya, semua pusara di tanah perkuburan itu sangat bersih dan terjaga. Malah, tersusun cantik sekali. Kelihatan tidak jauh dari pusara yang telah ‘berpenghuni’ terdapat kawasan lapang yang di tanda dengan batu biasa sebagai tanda tanah kubur yang masih lagi kosong.

“Ana..” Aryana melangkah menghampiri Mak Tok dan Tok Ayah apabila Tok Ayah menggamitnya. Tahu lah dia kini di mana arwah bondanya bersemadi. Sungguh jauh dari rumah  Mak Tok dan Tok Ayah. Tapi deminya, Tok Ayah rela memandu selama lapan jam untuk tiba di Tanah Perkuburan Islam Lebuhraya KL-Karak.
“Assalamualaikum, bonda..” Aryana memberi salam. Perasaan sebak mula menguasai dirinya. Kolam matanya di rasakan panas. Mimpi yang hadis dalam tidurnya dahulu kembali berulang tayang. Dia memejamkan matanya dan membiakan air mata membasahi pipinya.
“Ana, sedekahkan Al-Fatihah dan Yaasin pada arwah. Jangan menangis, nanti arwah bonda terseksa. Ana nak ke arwah terseksa dekat dalam sana?” Mak Tok cuba memujuk. Aryana mengangguk lemah. Hanya itu yang mampu dia lakukan tika itu.

Usai membaca Yaasin, Aryana mengusap lembut batu nisan di pusara arwah bondanya. Mak Tok dan Tok Ayah memberikan ruang buat Aryana bersendirian. Aryana menyapu lembut air mata yang jatuh bercucuran di pipinya.
“Bonda, Ana tak pernah melihat bonda. Ana tak pernah rasai kasih sayang bonda. Tapi Ana tahu.. bonda sayangkan Ana. Kasih sayang yang Mak Tok dan Tok Ayah beri pada Ana terlalu banyak. Ana bersyukur dengan semua tu. Bonda, ampunkan Ana.. Sepanjang hayat Ana, ini kali pertama Ana menziarahi bonda. Maafkan Ana..
Ana.. nak jumpa bonda.. Kenapa Ana mesti hidup sedangkan bonda tak ada bersama Ana.. Ana nak peluk bonda.. Tapi semua tu hanyalah sebuah khayalan yang tak mampu terjadi. Ana sunyi.. Kenapa mesti bonda pergi? Ana tak ada tempat nak luahkan segala yang Ana hadapi.. Selama Ana hidup, hanya keburukan tentang bonda yang menjadi makanan harian Ana.. Semua orang hina bonda.. Tapi Ana tahu, bonda merupakan seorang insan yang berhati mulia.
Bonda.. Kesakitan yang Ana rasai selama ni, tak mampu melawan kesakitan yang pernah bonda alami gara-gara mama. Ana janji bonda.. Ana janji akan buat mama rasa apa yang bonda rasa.. Memang Ana berdendam.. Selagi rasa sakit di hati Ana masih terasa.. selagi itu juga lah Ana tak akan maafkan mama. Kesakitan ini lah yang akan memberi kekuatan kepada Ana.” Aryana menyeka air matanya. Matanya di pejamkan buat seketika.
“Bonda.. maafkan Ana.” Terus sahaja dia berlalu dari situ. Langsung tidak menoleh lagi. Keputusannya muktamad untuk memberi pembalasan kepada Datin Sarimah. Aryana melangkah menghampiri Mak Tok dan Tok Ayah yang setia menantinya di pondok yang terdapat di tanah perkuburan itu.
“Tok Ayah, malam ni kita tidur rumah papa ke?” Tok Ayah menggeleng. Aryana melepaskan keluhan lega. Seboleh mungkin dia tak nak bertemu dengan Datin Sarimah. Paling tidak pun, buat masa ini. Dia masih belum punya kekuatan untuk memandang wajah wanita kejam itu.
“Kita tidur rumah Pak Su Akif.”
“Pak Su Akif?” berkerut dahi Aryana apabila mendengar nama itu. Kalau tak salah dia, itukan nama adik kepada papanya. Dan kalau tak salah dia juga, lelaki itu bukannya menetap di Malaysia.
“Hurm.. abang.. saya rasa elok lah kita bergerak sekarang. Dah lewat sangat ni.” Mak Tok berkata kepada Tok Ayah. Tak Ayah hanya mengangguk. Tidak manis kalau hendak menumpang tapi tiba saat matahari tenggelam.
“Tok Ayah..” Aryana teragak-agak untuk bersuara. Dia risau sekiranya adik papanya turut sama membenci dirinya dan arwah bondanya. Dia tidak rela lagi menerima cacian dan makian mengenai arwah bondanya.
“Pak Su Akif okey, sayang. Kalau tak, tak ada lah kita nak duduk rumah dia.” Tok Ayah tertawa kecil. Aryana tersenyum dengan penerangan Tok Ayah itu. Betul juga kan! Kalau Pak Su Akif tak suka dia, mestilah Tok Ayah tak akan setuju menumpang di rumah itu.

Fazli mengeluh perlahan saat melihat rumah kayu itu sepi dan pintunya pula terkunci. Kereta Proton Saga milik Tok Ayah Aryana turut tiada di bawah rumah itu. Manalah si Ana ni pergi? Fazli menyoal sendirian. Tangannya mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia melangkah ke rumah yang terletak tidak jauh dari rumah milik Tok Ayah Aryana.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam. Hah! Kamu kenapa, Li?” Abang Kamil anak kepada jiran Tok Ayah menyoal. Fazli mula menggaru kepalanya lagi.
“Abang, Mak Tok dengan Tok Ayah pergi mana ek? Li tengok rumah tu kosong aje. Ana pun tak ada. Abang tahu tak?” Tergelak Abang Kamil dengan soala Fazli. Nampak sangat yang si Fazli ni bukannya nak tahu sangat tentang Tok Ayah tapi pasal Aryana.
“Kau nak kelentong abang ek, Li? Kalau kau nak jumpa Ana, tak payah tanya panjang lebar sampai ke nama Tok Ayah dengan Mak Tok.” Tersengih Fazli. Kantoi dah!
“Hehe. Abang tahu tak diorang pergi mana?”
“Hurm. Kalau tak salah, mak abang ada cakap yang Tok Ayah nak bawa Ana pergi ziarah kubur arwah bonda dia. Dekat Kuala Lumpur rasanya.” Fazli mengeluh hampa. Kenapalah Aryana tak bagitahu dia yang mereka nak pergi Kuala Lumpur? Sedangkan elok aje mereka makan ABC sama-sama.
“Tak apa lah kalau macam tu. Thanks, bang.” Fazli segera berlalu dengan kehampaan. Eh, kejap! Aku hampa? Mana ada! Buat apalah aku nak hampa bagai dengan dia? Fazli menyoal hatinya sendiri. Gila dah dia agaknya!

Izzatie memandang kelibat Fazli dari jauh. Sengaja dia mengekori dan memerhati segala perlakuan Fazli. Rasa bersalah terhadap Fazli begitu menggunung dalam dirinya. Dia sedar dia dah terlalu berkurang ajar terhadap Aryana. Tapi nak buat macam mana lagi, dia betul-betul cemburu dengan gadis itu. Dah lah dekat sekolah pun tahap populariti dia jatuh gara-gara Aryana yang cantik lebih sedikit dari dia. Sedikit aje!
“Kau gaduh dengan mamat tu ke?” Shafikah menegur. Bukan dia tak kenal sepupu dia tu. Ya! Memang mereka sepupu! Tapi ramai tak tahu. Bukan apa, dia sebenarnya tak berapa suka sangat dengan Izzatie adik-beradik. Poyo je lebih!
“Kau buat apa dekat sini?” Izzatie menyoal kuat. Terkejut juga dia. Selamatlah tak gugur jantung dia tu. Tahu-tahu aje si Shafikah ni dah ada belakang dia. Minah ni memang ikut aku ke apa?
“Aku nampak kau duk perhatikan Fazli dari tadi, jadi aku tegur lah kau.” Shafikah memandang wajah Izzatie. Dia dapat mengesan riak wajah sepupunya itu muram. Entah apa kenalah dengan sepupu dia tu.
“Kalau kau dah rasa bersalah, pergi aje minta maaf. Tak rugi apa pun! Untung lagi adalah.” Izzatie segera mengalihkan pandangan matanya ke arah Shafikah. Apa yang gadis itu tahu tentang masalah nya?
“Apa maksud kau? Apa yang kau tahu?”
“Aku ni tak ada lah tahu apa-apa pun. Aku agak aje. Cuma, aku nak kau tahu.. selagi perasaan buruk sangka, iri hati, cemburu buta tu ada dalam diri kita, sampai bila-bila pun hidup kita tak akan senang. Dari raut wajah kau tu, aku rasa mesti kau dah buat sesuatu yang Fazli tak suka sampai kau gaduh dengan dia kan?” Shafikah memberi pendapatnya. Izzatie hanya mendiamkan diri. Mangaku pun tidak, menafikan pun tak. Biarlah apa yang terjadi itu menjadi rahsia.
“Orang-orang tua kata, diam itu tanda setuju. Jadi betul lah yang kau ada buat salah dekat dia. Senang je kalau kau nak hilangkan rasa bersalah kau tu. Minta maaf! Senang cerita!” Mudah kesimpulan yang dapat Shafikah rumuskan. Izzatie terdiam dengan bicara sepupunya itu. Dalam diam dia bersetuju dengan semua kata-kata Shafikah.
“Dah lah! Bercakap dengan kau ni macam bercakap dengan tunggul! Orang tanya, tak jawab! Entah-entah apa yang aku cakapkan pun kau tak dengar. Aku balik dulu lah!” Shafikah berjalan meninggalkan Izzatie yang masih memandang ke arah tengah bendang sedangkan Fazli telah pun tiada di situ.
“Betul apa yang kau cakapkan, Fikah! Hidup aku tak tenang dengan apa yang berlaku sekarang...” Izzatie mengeluh perlahan sebelum melangkah pulang ke rumahnya.

Liar mata Aryana memerhati sekitar rumah mewah itu. Rumah milik Pak Su Akif lebih kurang besar milik rumah papanya. Mungkin rumah papanya besar sedikit sahaja dari rumah Pak Su Akif. Saat pintu pagar automatik itu terbuka, Aryana sedikit gementar. Entah bagaimanalah nanti penerimaan Pak Su Akif sekeluarga dengan kedatangannya. Adakah di terima atau dia akan di halau seperti anjing kurap? Seperti yang pernah mama lakukan padanya suatu ketika dahulu.
“Ana, termenungkan apa lagi tu?” Teguran Tok Ayah menerbangkan segala lamunannya. Aryana tersenyum nipis sebelum melangkah masuk. Dia melihat Mak Toknya bersalaman dengan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan akhir 30-an. Wanita itu berjalan menghampirinya.
“Aryana.. Mak Lang, ni Ana?” Aryana melihat Mak Toknya mengangguk sebagai tanda mengiakan soalan wanita itu.
“Ana.. anak ibu.” Tubuh Aryana di tarik ke dalam pelukannya. Aryana terpaku dengan tindakan wanita itu. Saat pelukan di rungkaikan, wanita itu mencium pipinya bertalu-talu.
“Ibu rindu Ana.” Belum sempat Aryana menyoal siapakah gerangan wanita itu, Mak Tok terlebih dahulu bersuara.
“Ana.. Ni Mak Su Ida, isteri Pak Su Akif.” Aryana tersenyum saat matanya bertemu dengan mata milik Mak Su Ida. Jelas terpancar cahaya kasih di mata wanita itu terhadapnya. Tangan Mak Su Ida di capai dan di ciumnya. Mak Su Ida mengusap lembut rambutnya.
“Mak Lang, Pak Lang, Ana masuk lah.” Lelaki yang berdiri bersama Tok Ayah menjemput. Mungkin ni lah Pak Su Akif. Teka Aryana di dalam hati.
“Hah, yelah!”

“Mak Lang dengan Pak Lang duduk lah dulu. Biar Ida buatkan air.” Mak Su Ida berkata sebaik sahaja Aryana, Mak Tok dan Tok Ayah melangkah ke dalam ruang tamu rumah mewah itu.
“Mak Su, biar Ana tolong Mak Su.” Mak Su Ida tersenyum sebelum kembali melangkah menghampiri Aryana.
“Sayang, panggil ibu. Ibu akan lebih bahagia kalau Ana panggil ibu, ibu. Yang Pak Su Akif tu pula panggil daddy.” Sebuah kucupan hinggap di dahi Aryana. Terasa bagaikan kasih sayang Mak Su Ida mengalir ke seluruh tubuhnya. Perlahan-lahan Aryana memeluk erat tubuh Mak Su Ida.
“Terima kasih ibu, daddy. Terima kasih sebab sudi terima Ana.”
“Ana, ibu sayangkan Ana sama macam ibu sayangkan anak-anak ibu. Ibu yang menyusukan Ana masa Ana lahir. Ana anak ibu, mestilah ibu sayangkan Ana. Dah lah tu. Jom tolong ibu buat air. Boleh pula dia buat drama sampai ibu pun menangis sama.” Tergelak Pak Su Akif dengan kata-kata isterinya itu. Aryana tersenyum malu.
“Sayang, bukan Ida ke yang drama queen? Pantang ada sesi menyentuh jiwa, dia lah yang jadi ratu air mata.” Membulat besar mata Mak Su Ida dengan usikan Pak Su Akif. Aryana pun hampir-hampir aje nak ketawa dengan usikan Pak Su Akif dia tu.
“Owh. Saja ek abang nak kenakan Ida depan Ana ye? Malam ni, siap lah abang!”
“Sorry, sayang. Main-main aje tu. Abang tak nak tidur luar! Malu dengan Pak Lang nanti.” Meletus ketawa mereka semua. Sweet aje Pak Su Akif dengan Mak Mak Su Ida! Getus Aryana perlahan.
“Sudah lah tu. Ana, pergi tolong ibu dekat dapur ye.” Aryana mengangguk. Tak sangka juga dia yang Pak Su Akif ni jenis yang lawak dan sporting. Jauh beza dengan papa dia.
“Sayang, jangan lupa tambah satu sudu penuh gula cinta untuk abang ye. Special for me, okey? Just for me!” Sempat Pak Su Akif mengusik Mak Su Ida. Tok Ayah hanya boleh gelak aje dengan kerenah Pak Su Akif yang happy go lucky tu. Mak Su Ida pula tersenyum sambil kepala di gelengkan.
“Tak payah layan sangat daddy tu. Saja je nak kenakan ibu!” Aryana tersenyum dengan kata-kata Mak Su Ida. Dia sebenarnya suka tengok kemesraan Pak Su Akif dengan Mak Su Ida. Macam orang muda-mudi bercinta. Hehehe.

Aqil Syazmi memandang belakang badan gadis itu lama. Tajam matanya menyoroti tubuh gadis di hadapannya itu. Entah siapa-siapalah budak perempuan ni? Aqil menyoal sendiri. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri gadis itu. Belum pun sempat dia menyergah, gadis itu terlebih dahulu berpaling ke arahnya. Dan...
“Arghhh!!!” Terpejam mata Aqil di buatnya. Kuat gila gadis tu menjerit. Rasa macam nak pecah gegendang telinga dia pun ada juga. Boleh pekak kalau hari-hari macam ni.
“Woi!! Jangan jerit lah!” Aqil berkata dengan nada yang boleh tahan kuat juga. Ye lah! Kalau dia cakap slow, mana gadis tu nak dengar. Jadi nak tak nak, dia kena lah samakan voice level dia dengan gadis itu untuk menandingi jeritan gadis itu.
“Ana, kenapa ni?” Mak Su Ida menerpa ke arah Aryana. Terkejut dia bila dengar jeritan Aryana tu. Risau juga dia kalau-kalau terjadi sesuatu yang buruk pada Aryana. Aryana pula terus sahaja memeluk Mak Su Ida erat sebaik sahaja Mak Su Ida muncul di hadapannya.
“Ibu.. tolong.. Ada pencuri!”
“Mana pencuri? Mana? Mana??” Kelam kabut Mak Su Ida mencari pencuri yang di maksudkan Aryana. Membulat lagi mata Mak Su Ida bila melihat Aqil di hadapannya.
“Oh! Ni lah dia pencurinya ye?” Aqil membulatkan matanya. Geram bila ibunya menggelarkan dia sebagai pencuri walaupun dengan nada gurauan. Sensitif tahu tak! Sempat Aqil mengomel. Amboi! Senang-senang aje peluk ibu dia! Ini tidak adil!! Aryana yang memandangnya di belakang ibunya di tenung tajam.
“Ibu!” Mak Su Ida tergelak perlahan. Perlahan-lahan dia menarik Aryana yang memeluknya dari belakang. Dia yakin yang Aryana dah salah faham. Kesian Aryana!
“Aqil, meh sini jumpa Ana.” Aqil Syazmi memuncungkan bibirnya. Umur dah 17 tahun, tapi perangai mengalahkan budak umur 10 tahun. Sempat Mak Su Ida mengomel perlahan.
“Aqil, ni Ana. Adik Aqil.”
“Aik! Macam mana dia boleh jadi adik Kay, ibu? Anak ibu dengan siapa?” Terbeliak mata Mak Su Ida dengan soalan Aqil tu. Tapi nak buat macam mana kan, dah memang anak teruna dia tak tahu menahu pun.
“Eh! Budak ni, ada pula cakap macam tu! Ana ni adik beradik susuan Kay!” Aryana mengangguk perlahan. Owh! Baru dia faham. Patutlah tadi Mak Su Ida ada cakap yang dia yang menyusukan Aryana masa kecil dulu. Aqil tergelak besar dengan kata-kata ibunya.
“Sorry, ibu. Kay gurau je.” Aqil memeluk ibunya erat.
“Oit! Dah lah tu. Naik lemas ibu, awak peluk kuat sangat. Nampak dek daddy ni, habis lah Kay! Daddy tu mana boleh tengok ibu kena peluk dengan orang lain! Dengan anak pun cemburu!” Aryana ketawa perlahan. Suka melihat kemesraan ibu dan anak itu.
“Ana, ni Aqil. Anak sulung ibu. Nama je anak sulung, tapi manja mengalahkan Aqilah!” Aryana mengangguk perlahan. Owh! Ibu ada dua orang anak rupanya.

Aqil memetik jarinya betul-betul depan muka Aryana. Tersentak Aryana. Melilau dia mencari kelibat Mak Su Ida. Tak jumpa pun! Yang ada depan dia sekarang.. Aqil! Bila masa Mak Su Ida keluar pun dia tak sedar.
“Err.. Hai.” Aqil tersenyum mesra. Aryana membalas seadanya.
“Ana.. umur berapa ek?” Beralun nada suara Aqil. Tergelak kecil Aryana. Aqil mengerutkan dahinya. Aku ada buat lawak ke? Rasanya, tak! Perlahan dia berjalan dan duduk di atas kabinet dapur. Aryana pula duduk di atas kerusi betul-betul di hadapan Aqil.
“Sorry, abang Aqil. Ana tingkatan tiga tahun ni. Abang pula?” Aryana berkata perlahan. Senyuman nipis tidak putus-putus mekar di bibirnya. Hati gembira lah katakan!
“Ala. Tak payah lah panggil abang-abang bagai. Just call me Aqil or Kay aje.” Aryana mengangguk tanda mengerti.
“I pula, dua tahun tua dari you. Ana, duduk dekat Kelantan ek? Dengan Tok Ayah and Mak Tok ek?” Aqil menyoal. Telan liur Aryana bila Aqil gunakan ‘I’ ‘you’ dengan dia. Kembang tekak sekejap.
“Yup! Baru je. Sebelum ni duduk dengan papa.”
“Papa? Who’s your papa?” Macam mengejek pun ada nada suara Aqil tu. Tapi serius! Dia memang tak tahu siapa papa Aryana. Yang dia tahu, Aryana ni adik-beradik susuan dia. Tu pun baru aje dia tahu. Tak sampai lima minit lepas. Kalau ibu tak cakap dekat dia, mati-mati dia tak tahu yang dia ada adik-beradik susuan.
“Your Pak Long lah!” Geram Aryana menjawab. Nampak sangat yang Aqil langsung tak tahu apa hubungan asal mereka. Tapi, dia pun mula-mula tak tahu juga. Kalau bukan Mak Su Ida yang cakap, memang sepatah apa pun dia tak tahu. Jadi, memang tak boleh nak salahkan Aqil lah!
“Pak Long?! Oh my! I don’t believe it. You ni anak Mak Long Imah?”
“Tak. Ana anak bonda. Arwah isteri kedua papa.” Aqil sedikit tersentak. Perubahan riak wajah Aryana dapat di kesannya. Serba salah dia jadinya.
“Sorry! I didn’t mean to hurt your feeling. I really don’t know.” Aryana tersenyum menutup kelukaan hatinya. Aqil melangkah menghampiri Aryana. Kerusi di sebelah gadis itu di tarik sebelum dia melabuhkan duduknya di situ.
“Actually, I tak suka sangat dengan Mak Long Imah. She’s annoying! Really annoying!” Aqil berkata siap dengan riak muka lagi. Tergelak kecil Aryana. Tapi pelik juga dia. Kenapa Aqil tak suka dengan mama?
“Kenapa?”
“Sorry? What did you ask just now?”
“I tanya, kenapa you tak suka mama?” Aqil mengeluh perlahan. Nak cerita lebih-lebih pun dia tak tahu sangat kisah sebenarnya. Yang dia tahu, sesiapa yang benci atau tak sukakan ibu, memang dia akan benci orang tu. Dia sayangkan ibu lebih dari nyawa dia sendiri. Dia sanggup mati demi ibu!
“She hates ibu... and I hate her and her son!”
“How about papa? Did you hate him too?”
“Hurm. Pak Long... I tak benci dia. Tapi dia pengecut..” Aryana tersentak. Tersentap jantung dia bila Aqil kata papa dia pengecut. Kurang ajar nama dia! Aqil menggigit bibir. Tahu dia tersalah cakap.
“Watch your words, brother!!”
“Sorry...again. My mistake! Come, follow me! I’ll introduce you to my.. sorry.. our younger sister!” Tangan Aryana di tarik perlahan. Dalam keterpaksaan, dia mengekori Aqil. Kata-kata Aqil sebentar tadi kembali bermain di fikirannya. Entah lah! Hendak menidakkan, nampak gayanya macam iya! Kalau nak mengiakan, kurang ajar pula!

Datin Sarimah memandang tajam ke arah suaminya yang sedang bersiap-siap. Sempat dia memuji ketampanan suaminya itu walaupun usia suaminya sudah pun mencecah angka 44 tahun. T-shirt POLO dan seluar jeans Levi’s yang di pakai Datuk Aryan membuatkan dia kelihatan lebih muda berbanding usianya.
“You nak pergi mana ni?” Daruk Aryan menjeling sekilas wajah isterinya yang terbias di cermin. Dia tahu soalan itu pasti akan di tanya isterinya. Pantang nampak dia bersiap, mulalah isterinya itu menyoal.
“Rumah Akif. I ada hal nak bincang dengan dia. You nak ikut ke? Kalau nak ikut, pergilah bersiap.” Sengaja dia berkata begitu. Kalau di ajak pergi rumah adik dia tu, memang tak lah Datin Sarimah nak ikut.
“You ada hal dengan Akif atau you nak mengurat bini Akif? You jangan buat perangai belakang I! Kalau I tahu you buat macam-macam belakang I, tahu lah apa nasib you!” Datuk Aryan menggeleng perlahan. Tak sudah-sudah dengan fikiran negatif bini dia sorang ni. Apa nak jadi pun dia tak tahu lah!
“You ni kan, kalau tak tuduh I macam-macam tak boleh ke? Dah I ajak you ikut sama, you tak nak. Lepas tu mulalah fikir bukan-bukan. Kalau you nak tahu sangat apa yang I buat dekat sana, jom lah ikut I.” Provok Datuk Aryan lagi. Dia berani mengajak Datin Sarimah banyak kali sebab memang dia yakin seratus peratus yang isterinya itu tak akan ikut. Bukan dia tak tahu yang Datin Sarimah tu takut dengan isteri Akif, Ida.
“Dah lah! You nak pergi tu, pergi ajelah rumah dia. You sengaja aje kan nak sakitkan hati I. You tahukan yang I ni benci dengan isteri adik you tu! Mulut macam puaka!” Selamba Datin Sarimah memaki Ida.
“Yang you nak benci-benci dia tu kenapa? Apa yang dia dah buat dekat you?”
“Banyak! Tapi yang buatkan I benci dia sangat-sangat sebab dia sanggup menyusukan anak perempuan sundal tu!” Datuk Aryan mengeluh kasar. Tak habis-habis lagi dendam Datin Sarimah. Dan kali ini terhadap adik iparnya pula. Yang pastinya, semuanya berkaitan dengan Adrianna.
“Dah lah, Imah! Saya nak pergi dulu.” Menonong Datuk Aryan keluar dari bilik. Sakit hati dengan si isteri yang tidak sudah-sudah mempunyai rasa benci. Adakalanya dia tertanya-tanya, adakah dia seorang suami yang dayus kerana hanya membiarkan sahaja segala perlakuan Datin Sarimah?!

“Papa!”
Laju kaki Aryana melangkah menghampiri papanya. Tersenyum Datuk Aryan saat Aryana berada dalam pelukannya. Rindunya dia pada Aryana hanya dia dan Allah saja yang tahu. Memang itu lah tujuannya datang ke rumah Akif. Menyesal kerana telah beberapa bulan tidak menjenguk anaknya itu
“Anak papa sihat?” Aryana tersenyum manis. Dia tahu, papa memang sayang kan dia. Aryana mengangguk laju. Datuk Aryan mengusap lembut rambut anak gadisnya itu.
“Papa sihat?”
“Papa sihat, sayang. Mak Tok dengan Tok Ayah mana?”
“Ada kat dapur. Ana rindu gila dekat papa.” Aryana mencium pipi papanya. Tersenyum lebar Datuk Aryan dengan tingkah laku Aryana. Paling tidak, dia tahu yang anak gadisnya itu tetap menyayangi dan merinduinya walaupun mereka terpaksa berjauhan.
“Miss you too, honey!” Ubun-ubun Aryana di cium penuh kasih. Tubuh anak gadisnya itu kembali di peluk erat. Rasa bersalah cuba di buang jauh-jauh. Aryana membenamkan wajahnya di dada milik papanya. Air mata mula mengalir perlahan. Alangkah indahnya kehidupan dia sekiranya bonda berada bersama mereka saat ini. Bonda, I miss you so much! Both of us missing you so much!
“Papa.. I miss bonda.. miss her so much!”

“Me too, honey! I miss her too.” Perlahan suara Datuk Aryan.


cukup?? hehe.. komen2 lah ye.. hehe

Isnin, 20 Januari 2014

Maaf Itu Sempurnakan Kasih Bab 4

Assalam..
Maaf up n3 lmbt.. huhu..
Mood merudum 2 minggu belakangan ni.. haha..
okey, n3 kali ni tak se'sweet' n3 yg hari tu..
Tapi, apa boleh buat kan..
Ini lah kehidupan..
Ada yang manis dan ada yang pahit.. hah..
tu tak tmbah lagi dgn yg tawar, masin dan segala mak nenek lagi lah... haha..
Merepek sudah!
Okey lah, enjoyyy ye..
Jangan lupa, tinggalkan lah jejak anda di sini.. huhhu..
Tegur saya kalau saya ada silap dan salah.. tq.
=)

ARYANA

 
Maaf Itu Sempurnakan Kasih
 
BAB 4
Tahun 2014...
Aryana mendukung anak lelaki Izzatie yang berumur setahun tiga bulan. Izzatie memandang wajah Aryana dengan senyuman terukir di bibir. Dia dapat melihat ciri-ciri keibuan yang ada pada gadis itu. Gadis itu sudah layak menjadi isteri dan ibu. Tetapi, mengapa gadis itu masih belum berkahwin?
Adakalanya dia turut tertanya-tanya, adakah Aryana masih lagi mengingati apa yang pernah berlaku lebih sepuluh tahun yang lalu. Entahlah, dia juga tak dapat nak teka.  Aryana terlalu berahsia apabila melibatkan soal hati dan perasaan.
“Comelnya anak akak. Semangat betul tubuh dia. Geramnya saya.” Aryana bersuara sambil mengagah anak Izzatie. Mengekek budak tu di buatnya. Izzatie tersenyum melihat telatah Aryana melayan anak sulungnya itu.
“Hai! Teringin ke?”
“Sape tak nak anak comel macam ni, kak? Mestilah teringin.” Tanpa mengetahui persoalan sebenar, Aryana tetap menjawab. Izzatie menepuk dahi perlahan. Budak ni tetap tak berubah. Slow!
“Kahwin la Ana kalau nak anak. Seronok apa kahwin!” Aryana tersengeh apabila mendengar ayat yang terluah dari bibir Izzatie. Buat apa kahwin kalau hati merana? Dia tertanya-tanya sendiri.
“Belum sampai seru lagi kak. Lagi pun, tak ada sape nak dekat Ana ni, kak.” Aryana memberi alasan. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu statusnya itu. Izzatie mengerutkan dahinya. Tak percaya dengan kata-kata Aryana. Tubuh ala-ala model. Rupa pula semula jadi cantik. Mungkin menurun dari arwah ibunya.
“Takkanlah tak ada orang nak dekat adik akak ni? Dekat Melbourne sana, tak ada ke mat saleh yang berkenan dekat Ana?” Izzatie berseloroh. Apabila mengenangkan bumi Melbourne, Aryana tersenyum. Ingatannya melayang kepada seorang jejaka Melayu yang menjadi temannya di sana.
“Hah! Tu tersenyum-senyum tu, ada lah ye? Melepaslah kau Fazli.”
“Hish! Apa lah akak ni. Ada pula sebut nama kawan tu. Muncul kang, Ana lari dulu.” Aryana tergelak sebelum berpusing ke belakang. Fazli! Dia telan liur. Tak sangka mamat tu boleh ada dekat situ. Izzatie tersengeh-sengeh. Anaknya di ambil dari pegangan Aryana. Aryana membulatkan mata kepadanya. Allah! Kak Tie ni memang sengaja nak kenakan aku! Hati Aryana terdetik.
“Kenapa Ana lari kalau jumpa abang?” Fazli menyoal. Pandangannya tajam menikam wajah Aryana. Aryana kelu. Soalan itu pernah di tanya suatu ketika dahulu. Oleh orang yang sama, cuma sebabnya sahaja yang berbeza. Aryana memutarkan anak matanya. Dia memang tak berniat langsung nak jawab soalan Fazli.
“Kak, Ana minta diri dulu lah ye. Dah petang sangat ni.” Aryana bangun dari duduknya. Izzatie terpana. Langsung tak menduga sampai begitu sekali gadis itu ingin melarikan diri dari Fazli. Izzatie hanya mampu mengangguk apabila Aryana telah pun menuju ke muka pintu.
 

Aryana melangkah pulang ke rumah peninggalan arwah atuk dan neneknya. Telefon yang bergetar dari dalam poket seluarnya di tarik keluar. Senyuman terukir di bibirnya saat membaca nama pemanggil.
“Aryana, you dekat mana ni?” Aryana tergelak mendengar soalan dari si pemanggil. Masih kelam kabut seperti sewaktu di Melbourne.
“I dekat Malaysia lah. You bila balik KL?” Terdengar gelak tawa Aqil.
“Teka I dekat mana sekarang ni?” Aryana ketawa lagi. Mesti Aqil dah balik Malaysia. Tak sabarnya nak jumpa kawan baik dia ni.
“You dekat KL kan?”
“Nope! I dekat Kelantan. Ambil I dekat airport cepat.” Aqil berkata. Ceria nada suaranya. Aryana membulatkan mata. Tak percaya dengan kata-kata Aqil tu. Bukan dia tak tahu yang Aqil ni suka sangat main-mainkan dia. Dah banyak kali dia kena!
“Tipu lah! Buat apalah you datang Kelantan kan.”
“Babe! I tak tipu you lah!” Serius nada suara Aqil. Aryana mengerutkan dahinya. Biar betul mamat ni?
“You main-main je kan?” Terdengar Aqil ketawa. Aryana tersenyum. Dia yakin sangat yang Aqil sekadar mempermainkan dia.
 
“Ana, damn serious I dekat Kelantan sekarang ni. Pick me up! I dekat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa ni!” Aryana ternganga. Kalau dah Aqil sampai tiga kali Aqil ulang benda yang sama, memang lelaki itu tak tipu.
“You buat apa dekat Kelantan?”
“You datang ambil I dulu. Lepas tu, I cerita the whole story, okey. Cepat sikit!” Talian di putuskan. Aryana menggelengkan kepala. Macam mana lah dia nak pergi ambil mamat tu? Bukannya dia ada kereta pun dekat sini! Masalah betul! Selamat bestfriend merangkap keluarga, kalau tak memang jangan harap lah dia nak susahkan diri pergi ambil dekat airport yang boleh tahan jauh juga dari rumah arwah Tok Ayah dengan Mak Tok. Nak tak nak, kenalah dia patah balik pergi rumah Izzatie.
 
Izzatie memandang Aryana pelik. Tadi rasanya gadis tu kata nak balik. Tapi tak sampai sepuluh minit, dia datang balik. Aryana yang tersengeh-sengeh itu membuatkan dia rasa sesuatu yang pelik.
“Pinjam kereta nak buat apa?” Izzatie menyoal. Aryana tersengeh tetapi tetap tidak menjawab soalan Izzatie.
“Adalah! Pinjam ek, kak.”
“Awak tu tak ada lesen. Macam mana nak bawa kereta?” Izzatie menyoal lagi. Aryana ni kepala otak dia bukannya betul mana pun. Aryana mencebik apabila Izzatie seakan-akan bermain tarik tali dengannya.
“Tak apa lah kalau macam tu. Saya naik motor arwah Tok Ayah aje lah.” Aryana pura-pura merajuk. Izzatie mengeluh lemah. Ada-ada aje modal Aryana ni.
“Yelah! Tapi ada syaratnya. Fazli yang tolong hantar Ana nanti. Macam mana?” Aryana ternganga mendengar syarat yang di berikan Izzatie. Laju tangannya menggaru pipinya.
“Ala! Hurm. Yelah!” Laju Izzatie menghubungi Fazli. Aryana memuncungkan bibirnya tanda protes. Sengaja je si Izzatie ni nak kenakan dia! Tidak sampai lima minit Izzatie menamatkan perbualan dengan Fazli, lelaki itu tiba di hadapan rumah Izzatie.
“Laju nya!”
“Ada dekat depan tu aje tadi.” Fazli berkata sambil memandang Aryana. Aryana sengaja buat-buat tak nampak renungan Fazli itu.
“Akak, kitorang pergi dulu ek. Bye.” Laju Aryana melangkah keluar sebaik sahaja kunci kereta milik Izzatie berada dalam genggaman Fazli. Fazli hanya mengekori Aryana menuju ke arah kereta Izzatie.
 
“Nak pergi mana ni?”
Fazli menyoal sebaik sahaja kereta mula di pandu keluar dari kawasan kampung mereka. Aryana menggigit bibir seketika.
“Airport.” Fazli mengeluh apabila hanya sepatah perkataan sahaja yang keluar dari mulut Aryana. Susah betul untuk memancing Aryana untuk berbicara panjang. Semakin lama dia rasakan semakin jauh gadis itu darinya.
“Nak ambil siapa?” Fazli mencuba mengajak Aryana berbual. Aryana mengeluh. Nak cakap terus terang ke, nak bohong?!
“Kawan.”
“Ana.. kenapa pergi dulu tak bagitahu abang?” Aryana memejamkan matanya. Kenapa mesti kisah yang dah reput dek di telan zaman di ungkit semula? Dia tak suka nak ingat segala benda yang berlaku yang ada kena mengena dengan lelaki itu. Lelaki yang pernah mengkhianati cintanya dahulu.
“Ingat tak, dulu abang kata kalau abang beli kereta, Ana lah orang pertama yang abang nak bawak pusing-pusing. Tapi..” Belum sempat Fazli meneruskan kata-kata, Aryana terlebih dahulu bersuara.
“Diam boleh tak?” Fazli tersentak.
“Kalau awak nak ungkit benda yang dah lapuk, saya tak nak dengar lah. Sudah-sudah lah tu. I'm not interested in listening to ramblings coming out of your mouth!” Kurang ajar bahasanya. Fazli menekan brek secara tiba-tiba. Aryana mengerling ke arah Fazli saat kereta itu terhenti di bahu jalan.
“Nur Aiman Aryana! What happen to you, huh? Kenapa sampai macam ni sekali Ana layan abang? Ingat sikit abang ni siapa! Mana hilangnya rasa hormat Ana pada abang? Lupa ke apa hubungan kita sekarang?” tinggi nada suara Fazli. Aryana melepaskan keluhan kasar. Hubungan itulah yang telah membuatkan dia merana selama ini.
“Rasa hormat saya pada awak pernah ada. Tapi itu dulu!” Fazli meraup wajahnya. Aryana kini bukan lagi Aryana yang pernah dia cintai dulu. Aryana di sebelahnya kini terlalu berbeza dengan Aryana yang amat dia kasihi.
“Abang..”
“Saya dah lambat ni. Kalau awak nak tolong bawa saya pergi airport, awak bawa kereta sekarang. Kalau tak nak, biar saya drive sendiri.” Aryana berkata perlahan. Dia benar-benar kusut saat itu. Fazli menarik nafas panjang. Dia kembali meneruskan pemanduannya. Radio di pasangnya. Lagu Takku Sangka Takku Duga dendangan Saleem memecah kesunyian di dalam kereta yang di pandu Fazli.
Dahulu engkau berikan cinta..
Mengapa kini engkau berubah?
Manakah janji.. Akan setiasa menanti..
Takku sangka, takku duga..
Perpisahan yang akan melanda..
Dah ku cuba, pertahankan.. Namun dirimu pergi jua..
Kau lontar cintaku di tepian.. Ku bagaikan hanyut di lautan..
Yang lemas di dalam percintaan..
Di pukul gelombang keresahan..
Mengalir air mataku.. Menemani malam sepiku..
Ku rindu saat bersamamu..
Sukarnya untukku melupakanmu..
Tanpa sedar, Fazli mengalirkan air mata saat lagu itu berkumandang. Sungguh! Lagu itu benar-benar kena dengan kehidupan yang di laluinya selama ini. Gadis yang di cintainya membawa diri gara-gara salah faham berlaku. Sekembalinya Aryana ke Malaysia, kekuatan yang dahulunya hilang mula kembali sedikit demi sedikit. Namun, gadis itu bukanlah gadis yang pernah menjadi miliknya dulu.
Aryana mengetap bibirnya. Tangisan Fazli melemahkan jiwanya. Lagu itu umpama luahan hati jejaka itu terhadapnya. Akhirnya dia memejamkan matanya. Cuba menenangkan perasaan sendiri agar tidak tewas dengan kasih sayang yang di berikan jejaka itu.
 
“You dekat mana?” Aryana menyoal Aqil sebaik sahaja kereta yang di pandu Fazli berjaya di parking. Fazli menjeling Aryana yang sedang berbicara di talian. Dia kemudiannya memejamkan mata seketika.
“I dekat Old Town White Coffee. You datang sini lah. Boleh minum-minum dulu.” Aryana melihat jam di pergelangan tangannya. Gila apa mamat ni? Dah masuk waktu solat maghrib kot!
“You ni reti tengok jam ke tak? Dah masuk maghrib lah!”
“Ye! Dekat sini kan ada surau. Kita solat dekat sini aje lah. You jangan nak banyak bunyi pula. Cepat lah!” Aqil berkata. Aryana menggelengkan kepalanya. Susah kalau bercakap dengan orang terlebih pandai ni. Asyik dia aje yang kena!
“Yelah. Tunggu kejap!” Aryana menamatkan perbualannya. Fazli di sebelahnya di pandang. Aik! Sempat lagi tidur mamat ni?! Serba salah pula dia untuk mengejutkan lelaki itu. Terpaksa lah juga! Kalau tak kejut, habislah solat maghrib dia langgar!
“Fazli, wake up!” Aryana memanggil dengan harapan Fazli akan tersedar. Seboleh mungkin dia tak nak bersentuhan dengan lelaki itu. Mujurlah Fazli sekadar terlelap aje. Terpisat-pisat Fazli membuka mata apabila terdengar namanya di panggil.
“Kita pergi solat dulu!” Aryana berkata sambil turun dari kereta. Tergesa-gesa Fazli mematikan enjin kereta dan keluar dari kereta. Langkah Aryana di kejarnya. Sebaik sahaja dia berjalan di sisi gadis itu, sempat dia menggenggam erat jemari Aryana.
“Lepaslah!” Fazli buat tak tahu. Aryana menarik tangannya dari genggaman lelaki itu. Tapi dia gagal. Sakit tangan dia bila Fazli genggam tangan dia macam nak patahkan aje jari-jemari dia tu.
“Kalau tak nak sakit, diam aje lah.” Fazli berkata perlahan. Aryana mendengus geram. Fazli tersenyum kecil. Aryana tak ada lah jenis yang suka melawan mana pun. Aryana tersenyum lebar saat matanya menjamah wajah Aqil.
Aqil berdiri sambil melambai ke arah Aryana. Berkerut dahi dia apabila melihat tangan Aryana di genggam erat oleh seorang lelaki. Dia tersenyum nipis. Mungkin inilah jejaka yang pernah Aryana maksudkan dahulu.
“Hi, babe!” Aqil memeluk Aryana. Tergamam Fazli dengan perlakuan Aqil itu. Aryana pula seakan-akan merelakan. Mendidih hati Fazli. Dia berdehem kuat. Aryana memutarkan bebola matanya. Aqil tersenyum. Tahu yang hati lelaki itu pasti sedang membengkak marah.. dan cemburu.
“Kita solat dulu lah. Kejap lagi baru makan.” Aryana memberi usul. Aqil tersenyum sambil mengangguk. Mereka berjalan menuju ke arah surau. Fazli sekadar berjalan di belakang Aryana dan lelaki yang tidak di ketahui namanya.
 
“You buat apa datang sini?” Aryana menyoal Aqil sebaik sahaja mereka selesai menunaikan solat. Hanya Fazli yang belum keluar dari surau. Aqil mengerutkan dahi seolah-olah soalan yang di tanya Aryana itu terlalu sukar untuk di jawab. Laju Aryana memukul bahu Aqil. Mengekek ketawa lelaki itu.
“I datang sini sebab ibu suruh I tengok-tengokkan her beloved daughter ni lah. Actually, I tak datang sorang tau. Adik pun ikut.” Aryana membeliakkan matanya. Tak sangka pula Aqilah turut berada di situ.
“Mana? I tak nampak dia pun.”
“Solat. Tadi dia pergi toilet, so I sms dia, cakap kita solat dulu. Hum. What’s up with him?” Aqil menyoal Aryana. Aryana pura-pura tak faham.
“Who?”
“Your beloved..” Belum sempat Aqil menghabiskan bicara, Fazli keluar dari surau. Serta-merta mereka berdua mendiamkan diri. Fazli menjeling ke arah Aryana.
“So, tak nak kenalkan abang dengan kawan Ana?” Aryana tersentak dengan soalan Fazli. Wajah Aqil di pandang lama. Aqil hanya tersenyum.
“Err.. Aqil, kenalkan ni Fazli.. Dia ni.. err..” Aryana tak tahu nak kenalkan Fazli ni sebagai apa padanya. Sebab pada dia, Fazli is nothing!
 “Kak Aryana!” Aryana berpaling ke arah datangnya suara itu. Senyuman lebar menghiasi wajahnya. Lega bila dia tak payah susah-susah nak perkenalkan Fazli pada Aqil sedangkan Aqil dah tahu siapa Fazli padanya. Hanya Fazli yang tak tahu siapa Aqil padanya.
“Rindunya dengan akak!” Tubuh Aryana di peluknya erat. Aryana membalas pelukan Aqilah. Dia pun rindukan gadis itu. Mereka lah yang banyak membantunya selama ini.
“Akak pun rindu Qila.” Fazli mengerutkan dahinya. Siapa pula perempuan ni? Dah lah mamat ni pun belum habis cerita lagi. Ni tambah lagi sorang! Serabut kepala Fazli dengan kehadiran dua makhluk Allah yang tak dia kenali itu.
“Hurm. Jom pergi makan. I dah lapar ni Ana.”
“Okey, jom.” Aryana menarik tangan Aqilah. Kelam kabut Aqilah menarik bagasinya. Apa yang di kejarkan Aryana pun dia tak tahu lah. Fazli dan Aqil mengekori kedua gadis itu dari belakang. Masing-masing hanya mendiamkan diri.